Anda di halaman 1dari 6

Rancangan Latihan Kemahiran

Mata Pelajaran : Kokurikulum Permainan


Tajuk /Tema : Kemahiran Menghantar dan Menerima Bola Sepak
Kelas /Darjah : 3 Kasturi
Bilangan Murid : 25 orang
Tarikh / Hari : 2/11/2023/ Khamis
Masa : 8.00 - 9.00
Standard Kandungan : 1.5 Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori
serangan dengan lakukan betul.
Standard pembelajaran : 1.5.1 Menghantar bola menggunakan tangan, kaki, dan alatan.
1.5.2 Menerima bola menggunakan tangan, kaki, dan alatan.
2.5.1 Menerangkan lakuan semasa menghantar dan menerima bola
menggunakan tangan, kaki dan alatan.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menyaksikan perlawanan bola sepak dalam
televisyen atau mana-mana media massa.
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:
Psikomotor
- Menghantar bola ke pelbagai arah sebanyak 5 kali dengan teknik yang betul.
- Menerima bola daripada pelbagai arah menggunakan anggota badan sebanyak 3
daripada 5 kali dengan betul.
Kognitif
- Menyenaraikan 2 daripada 4 aplikasi daya dalam menghantar dan menerima
bola dengan betul.
- Menerangkan perlakuan semasa menghantar dan menerima bola dengan betul.
Afektif (nilai-nilai murni)
- Bekerjasama dalam kumpulan semasa aktiviti menghantar dan menerima bola.
- Menunjukkan semangat kesukanan.
- Sikap kepemimpinan dalam menguruskan pasukan.
Nilai: Keberanian, ketaatan
BBM / Sumber: Bola sepak, kon, wisel, lembaran kerja
KOMPONEN/MASA KETERANGAN AKTIVITI CATATAN

Permulaan/set induksi 1. Memanaskan badan BBM


(lari berganti-ganti)
8.00- 8.07 pagi - Murid-murid dibahagikan 1. Wisel (1)
kepada 4 kumpulan. 2. Kon (5)
(7 Minit) - Guru menjelaskan cara
bermain iaitu murid berdiri
di kon masing-masing,
setelah wisel ditiup, pelari
pertama akan berlari dan
sentuh pelari kedua.
- Selepas disentuh baru
pelari seterusnya boleh
berlari dan diteruskan
sehingga pelari terakhir.
- Pelari terakhir akan
berlari untuk menyentuh
kon yang berada di
hadapan guru.
2. Aktiviti regangan dari
tangan, paha dan kaki
- Murid berdiri dalam
bulatan yang sama
dengan jarak yang selesa
antara satu sama lain.
- Guru melakukan
regangan statik dan
diikuti murid.
- Regangkan paha dan
kaki untuk mengelakkan
kecederaan.

Pengenalan Kemahiran menghantar bola BBM


Topik/Kemahiran
- Guru membuat - Wisel
Menghantar penerangan kemahiran - Bola
menghantar dan - Kon
menerima bola semasa
Langkah 1
Pdp. BBM

8.07- 8.22 pagi Teknik Hantaran - Bola

1. Hantaran leret
(15 Minit)
- Murid dibahagikan
kepada beberapa Nilai
kumpulan
- Setiap kumpulan - Kerjasama
membentuk bulatan
- Murid menghantar bola
kepada ahli dalam
kumpulan menggunakan
teknik hantaran leret.
- Teknik hantaran ini
diulang pada jarak yang
berbeza.

2. Tendangan lambung

- Murid dibahagikan
kepada beberapa
kumpulan
- Murid berada pada jarak
yang jauh daripada setiap
ahli kumpulan
- Murid pertama mula
membuat tendangan
lambung
- Teknik tersebut diulangi
sehingga semua ahli
kumpulan dapat
melakukan hantaran
- Guru sebagai
pembimbing dan
memperbetulkan teknik
hantaran murid sekiranya
melakukan kesalahan
semasa menghantar bola

Fasa Perkembangan Menerima bola dengan kaki: BBM

Langkah 2 1. Jarak 5m 1. Wisel (1)


2. Berpasangan 2. Bola (5)
8.22 - 8.37 pagi 3. Kon (6)

(15 Minit) Nilai


- Murid-murid dibahagikan
kepada 4 kumpulan. - Kerjasama
- Guru melakukan tunjuk - Keberanian
ajar dalam satu kumpulan - Disiplin
dengan berdiri di tengah
bulatan,
- Murid-murid yang berada
di sekeliling bulatan akan
menghantar bola kepada
guru yang berdiri di
tengah dan guru akan
menerima bola
menggunakan dalam kaki
dan luar kaki.
- Murid akan menerima
bola mengikut kumpulan
masing-masing.
- Murid akan diberikan
pujian atas usaha yang
diberikan oleh mereka.

Permainan Kecil 1. Pertandingan dalam BBM


kumpulan yang
8.37- 8.52 pagi melibatkan kemahiran 1. Bola
menghantar dan menerima
(15 Minit) bola.
- Permainan ini dinamakan
“monyet di tengah”
- Murid dibahagikan
kepada dua kumpulan.
- Dalam kumpulan masing-
masing, para pemain
akan membuat bukatan
besar dan seorang murid
akan dipilih sebagai
“monyet” untuk berada di
tengah bulatan.
- Pemain akan cuba
menghantar bola kepada
pemain lain dan “monyet”
perlu mencuba
mendapatkan bola
tersebut.
- Sekiranya”monyet” dapat
merebut bola dari pemain
yang gagal menghantar
bola kepada rakannya,
maka pemain itu pula
yang perlu menjadi
monyet.
Penutup 1. Aktiviti menyejukkan badan BBM
- Guru melakukan aktiviti
8.52 - 9.00 pagi menyejukkan badan 1. Lembaran kerja (25)
bersama murid
(8 Minit) - Guru akan berada di
tengah sementara murid-
murid akan mengelilingi
guru dalam bentuk bulatan
- Guru menunjukkan cara
yang betul untuk
memanaskan badan dan
murid akan mengikuti
pergerakan tersebut.

2. Rumusan
- Guru menerangkan
kembali pembelajaran
pada hari tersebut.
- Guru memberi komen
terhadap pergerakan,
tingkah laku serta sikap
murid.
- Berlaku soal jawab antara
guru dan murid berkaitan
apa yang dipelajari pada
hari tersebut.
- Guru memberi galakan
dan dorongan kepada
murid untuk terus aktif
dalam sukan bola sepak.

3. Menjawab lembaran kerja


- Guru akan mengagihkan
lembaran kerja untuk
setiap orang murid
- Ketua kelas perlu
mengumpulkan semula
lembaran kerja dan
memberikannya kepada
guru pada keesokan
harinya.

Penilaian/Pentaksiran
—-------------------------------------------------------------------------------------------------
—-------------------------------------------------------------------------------------------------
—-------------------------------------------------------------------------------------------------

Refleksi & Tindakan susulan untuk murid


—-------------------------------------------------------------------------------------------------
—-------------------------------------------------------------------------------------------------
—-------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai