Anda di halaman 1dari 2

PUNCA

1. SIKAP MUDAH PERCAYA

Kecuaian orang ramai yang mudah percaya dengan tawaran semasa


pembelian terutamanya apabila mereka mendapati bahawa barang
tersebut dijual dengan harga murah. Mereka terus membelinya tanpa
sebarang rasa sangsi.

2. TIDAK MEMERLUKAN KEMAHIRAN KOMPUTER


YANG TINGGI
Penipuan siber merupakan jenayah yang paling mudah dilakukan
kerana tidak memerlukan kemahiran yang tinggi dalam komputer.
Jenayah penipuan siber boleh dilakukan hanya dengan mempunyai
kemahiran asas terhadap komputer dan internet di samping gaya
penipuan yang sangat licik dalam memerangkap serta memperdayakan
mangsa

3. Sikap Ambil Mudah


Segelintir masyarakat tidak berasa curiga dengan nama-nama akaun
dan nombor telefon yang mengaku sebagai wakil sesuatu agensi.
Mereka terperdaya dengan scammer akibat janji manis, pujukan, dan
tawaran yang dinyatakan.

4. Tahap Kesedaran Rendah


Faktor orang ramai yang kurang pendedahan mengenai kegiatan scammer juga
menyumbang kepada jenayah berkenaan terus berleluasa dan scammer mengambil
kesempatan atas keadaan tersebut.
KESAN

1.MERUGIKAN MASYARAKAT
Penipuan dalam talian boleh menyebabkan masyarakat kehilangan wang
ringgit dan harta benda. Kesan jangka panjang mungkin menyebabkan
seseorang itu ditimpa kemiskinan.

2.Impak Negatif Atas Emosi dan Psikologi Individu


Jenayah siber terutamanya penipuan akan menyebabkan seseorang mangsa
berasa terdedah, gelisah dan bersendirian. Ini akan meningkatkan tahap stres
seseorang dan seterusnya menyebabkan timbulnya masalah kesihatan yang
mungkin membahayakan kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai