Anda di halaman 1dari 5

PERTANDINGAN BERCERITA

BAHASA MALAYSIA

PRASEKOLAH
PENGENALAN:

Dalam pendidikan prasekolah, bahasa dan komunikasi merupakan teras kepada


pembelajaran murid. Dengan penguasaan kemahiran asas bahasa, murid boleh memahami
konsep, menerima maklumat, berfikir, menyelesaikan masalah serta berinteraksi dan
berkomunikasi dengan orang lain.

Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik dan berkesan akan meningkatkan
keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Penguasaan
kemahiran ini boleh dicapai melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dan
mengembirakan seperti aktiviti bercerita. Kesepaduan aktiviti berteraskan kepada
pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema akan menjadikan matlamat
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dapat dicapai. Aktiviti bercerita ini merupakan asas
amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (ABP).

OBJEKTIF:

1. Membentuk kemahiran berkomunikasi di kalangan murid

2. Mengasah, memupuk dan memperkembangkan bakat serta potensi

3. Melahirkan insan yang berketrampilan dan berkeyakinan

4. Mengetahui dan menyemai nilai-nilai murni dari cerita

5. Membina minda yang sihat dan cerdas

PENYERTAAN:

Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid prasekolah Daerah Batang Padang.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

1. Penyertaan

● Penyertaan terbuka kepada semua murid-murid prasekolah di Daerah Batang


Padang.
● Setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang peserta
2. Pemilihan cerita

● Cerita-cerita rakyat Malaysia sahaja


● Mempunyai unsur-unsur pengajaran
● Mesej cerita hendaklah sesuai dengan tahap murid
● Cerita tidak menyentuh isu-isu sensitif mengenai agama, ras atau keturunan mana-
mana kaum di negara ini.
● Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau semasa
pendaftaran (3 salinan).

3. Masa

● Masa persembahan bagi setiap peserta tidak melebihi lima minit


● Loceng akan dibunyikan pada minit keenam menandakan masa telah tamat.
● Markah tidak akan dikira bagi peserta yang melebihi tempoh masa yang tamat
● Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambil kira.

4. Tatacara persembahan

● Markah penyampaian akan lebih berfokus kepada kelancaran berbahasa


● Penggunaan kostum dibenarkan tetapi dilarang menggunakan props dan muzik.

5. Pakaian-bebas

KRITERIA PEMARKAHAN:

Bahasa dan gaya : 20 markah

Sebutan jelas dan tatabahasa yang betul : 20 markah

Pengajaran cerita penyampaian : 10 markah

Petah atau kelancaran : 15 markah

Variasi dan kreativiti : 10 markah

Intonasi suara : 10 markah

Penghayatan (mimik muka dan bahasa) : 10 markah

Kostum : 5 markah
● Pengiraan markah : Julah markah ketiga-tiga hakim X 100
300

● Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan
pemenang :
i) Teknik persembahan
ii) Bahasa dan pertuturan
iii) Penghayatan cerita

● Bilangan panel hakim sekurang-kurangnya tiga orang.


● Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.
CONTOH BORANG PEMARKAHAN:

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN BERCERITA


Nama peserta : _____________________________

Nama sekolah : _____________________________

KRITERIA MARKAH
Bahasa dan gaya / 20
Sebutan jelas dan tatabahasa yang betul / 20
Pengajaran cerita penyampaian / 10
Petah atau kelancaran / 15
Variasi dan kreativiti / 10
Intonasi suara / 10
Penghayatan (mimik muka dan bahasa) / 10
Kostum /5
Jumlah markah / 100

Nama hakim : _________________________

Anda mungkin juga menyukai