Anda di halaman 1dari 2

DOKTOR YANG BERTANGGUNGJAWAB

Di dalam sebuah Hospital kelihatan seorang doktor sedang berlari-lari menaiki tangga

menuju bilik pembedahan. Setelah tiab di pintu billik pembedahan doktor itu telah disergah oleh

seorang lelaki. “Kenapa awak begitu lambat untuk datang.”

“Tidakkah awak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?”

“Mana rasa tanggungjawab awak!”

Doktor itu tersenyum dan menjawab dengan lembut. “ Saya minta maaf encik.”

“ Saya tidak ada di hospital ketika menerima panggilan kecemasan.”

“Saya telah berusaha untuk dastang ke hospital secepat yang mungkin.”

“Harap encik bertenang dan saya akan berusaha menyelamatkan anak encik.”

“Bertenang! Bagaimana awak boleh bertenang jika anak awak yang berada di dalam,”

“Apa awak akan buat jika anak awak mati kerana menunggu doktor,”kata lelaki itu dengan

marahnya.

Doktor terus memberikan senyuman dan berkata “Kami akan buat yang terbaik untuk

menyelamatkan anak encik. Berdoalah encik untuk kejayaan pembedahan ini.”

Doktor itu pun masuk ke bilik pembedahan.

Setelah beberapa jam pintu pembedahan pun terbuka dan doktor keluar dengan senyuman

lalu berkata, “anak awak telah selamat encik,”.

Doktor tersebut terus meninggalkan tempat itu sambil berkata kepada ayah budak itu, “

sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada jururawat yang bertugas.”

Ayah budak itu hendak bertanya sesuatu tetapi doktor telah berlalu pergi. Ketika itu

jururawat pun keluar dari bilik pembedahan. Ayah budak itu pun berkata dengan sombongnya ,
“kenapa doktor di sini tidak ada masa melayan pertanyaan?”. Dengan linangan air mata jururawat

menjelaskan “ ketika panggilan kecemasan dibuat, doktor tadi sedang menghadiri pengkebumian

dua orang anaknya yang meninggal kelmarin kerana kemalangan.

Moral dari cerita di atas ialah

1. Kita tidak boleh menilai seseorang kerana kita tidak tahu apa yang dilalui dalam

kehidupannya.

2. Jangan sombong dalam kehidupan.

3. Bertenang ketika menghadapi masalah/kesusahan.

Anda mungkin juga menyukai