Anda di halaman 1dari 103

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Setiap keputusan mahupun pilihan yang dilakukan oleh individu adalah sangat
bergantung kepada pengalaman hidup yang mereka lalui. Pengalaman hidup yang
dimaksudkan adalah proses sosialisasi yakni proses yang membantu seseorang
individu dalam beradaptasi dan mempelajari cara hidup dan gaya berfikir individu di
persekitarannya agar dirinya mampu berperanan dan berfungsi dengan baik dalam
kalangan mereka (Buhler, 1928). Sosialisasi juga merupakan sebuah proses interaktif
sepanjang hayat dalam usaha mempelajari sesuatu perilaku mahupun budaya yang
melibatkan aktor sosial yang berbeza (Monnier, 2010). Oleh hal yang demikian, maka
tidak hairanlah jika pendirian seseorang itu akan berbeza dengan yang lainnya kerana
ianya amat bergantung kepada perjalanan proses sosialisasi yang diperoleh oleh diri
individu masing-masing.

Dalam pada itu juga, elemen penting yang sangat tidak boleh diabaikan apabila
seseorang itu mengalami proses sosialisasi adalah agen sosialisasi. Agen sosialisasi
merupakan individu, kumpulan mahupun institusi yang mewujudkan konteks sosial
bagi proses sosialisasi (Monnier, 2010). Melalui peranan yang dimainkan oleh agen
sosialisasi, maka setiap individu yang berkaitan akan belajar serta menggabungkan
kesemua nilai serta norma yang terdapat dalam budaya mereka ke dalam struktur
sosial menerusi kelas, bangsa mahupun jantina (Monnier, 2010). Bagi situasi untuk
mendapatkan pilihan yang terbaik, maka pengaruh daripada peranan yang dimainkan
oleh agen sosialisasi akan dipertimbangkan oleh individu dalam mendapatkan
keputusan yang mendatangkan manfaat terutama kepada diri sendiri.
2

Bagi situasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tindakan yang akan


dilaksanakan oleh setiap mahasiswa semasa berlangsung Pilihan Raya Kampus
adalah memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pada dasarnya, terdapat dua
pihak yang akan menerajui pucuk kepimpinan MPP di UKM yakni Aspirasi
Mahasiswa dan juga Gabungan Mahasiswa. Setiap pihak akan mempersiapkan
sebilangan calon untuk bertanding di setiap peringkat yakni bagi peringkat Umum
serta peringkat Fakulti. Mahasiswa UKM perlu mengundi calon - calon dari setiap
peringkat mengikut panduan seperti yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Menerusi laman sesawang Sistem Maklumat Pelajar UKM (SMPWEB) yang


rasmi dan laman sesawang Utusan Malaysia (Utusan Online, 2015), pihak Aspirasi
Mahasiswa telah menerajui Majlis Perwakilan Pelajar dengan memenangi dua puluh
enam buah kerusi daripada tiga puluh satu buah kerusi yang dipertandingkan. Hal ini
merupakan anjakan positif bagi pihak tersebut setelah gagal menerajui dengan jumlah
majoriti yang kukuh pada pilihan raya kampus sesi sebelumnya terutama pada sesi
2013/2014 kerana hanya berjaya menerajui empat buah kerusi sahaja daripada dua
puluh tujuh kerusi yang dipertandingkan. Bagi pihak Gabungan Mahasiswa pula,
kekalahan mereka semasa pemilihan MPP sesi 2015/2016 merupakan sebuah situasi
yang sama dialami oleh pihak Aspirasi Mahasiswa semasa pemilihan sesi 2013/2014
kerana memenangi empat buah kerusi sahaja daripada keseluruhan kerusi yang
dipertandingkan.

Secara umumnya, keputusan PRK UKM sesi 2015/2016 merupakan hasil


daripada undian yang dilakukan oleh mahasiswa UKM. Dalam hal ini, agen sosialisasi
merupakan pihak yang akan memberikan pengaruh terhadap pilihan mahasiswa
tersebut. Kajian yang dilakukan oleh Rush dan Althoff (1971) menunjukkan bahawa
agen sosialisasi politik yang paling dominan adalah ibu bapa atas . Bagi kajian oleh
Azita (1995) dan Syed Arabi (2014) pula mendapati bahawa media massa merupakan
antara agen sosialisasi politik yang sangat berpengaruh. Merujuk dapatan kajian
lepas, pengkaji ingin membuktikan bahawa jenis agen sosialisasi apakah yang paling
pengaruh dalam pemilihan ideologi politik dalam konteks mahasiswa UKM.
3

Oleh hal yang demikian, maka kajian ini dijalankan bagi meneliti
peranan agen sosialisasi bersempena pemilihan calon Majlis Perwakilan Pelajar Sesi
2015/2016. Bagi kajian, pengkaji telah memilih ahli Persatuan Mahasiswa Pulau
Pinang (PMPP) di UKM untuk dijadikan sebagai subjek kajian.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Menurut Rush dan Althoff (1971) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007)
menerangkan bahawa peranan ibu bapa semasa proses sosialisasi politik berlaku
secara tidak langsung seperti dalam urusan penyebaran maklumat, sikap, serta nilai-
nilai politik kepada anak-anak mereka. Hal ini secara tidak langsung melibatkan
pewarisan ideologi politik daripada ibu bapa menerusi hubungan rapat dan
kepercayaan kepada anak-anak mereka agar tetap mempertahan ideologi politik yang
sama. Dalam konteks kehidupan di kampus, Azita (1995) seperti dikutip Ku Hasnita
(2007) menyatakan bahawa hanya terdapat dua sahaja agen sosialisasi yang paling
berpengaruh dalam kalangan mahasiswa di universiti yakni orientasi kampus dan juga
media massa. Pada masa yang sama, agen-agen lain seperti ahli keluarga dan juga
persekolahan pula didapati kurang berpengaruh.

Sementara itu, Riesman et al. (1950) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007)
menyatakan bahawa kumpulan rakan sebaya menjadi agen sosialisasi yang paling
utama berbanding agen sosialisasi yang lain seperti ibu bapa serta autoriti yang lain.
Didapati bahawa individu yang tinggal bersama kalangan masyarakat yang
berkembang maju akan cenderung untuk merujuk juga berbincang tentang perkara
tertentu dengan rakan sebaya berbanding dengan golongan yang lebih tua seperti ibu
bapa. Merujuk kepada Syed Arabi (2014), majoriti remaja yang berusia di antara 21
hingga 35 akan cenderung untuk mempercayai maklumat politik dari surat khabar
berbanding internet dan televisyen.

Secara kesuluruhan, kajian yang dijalankan oleh Rush dan Althoff (1971)
menunjukkan bahawa agen sosialisasi politik yang paling dominan adalah ibu bapa.
4

Bagi kajian oleh Azita (1995) dan Syed Arabi (2014) pula menunjukkan bahawa
media massa merupakan antara agen sosialisasi politik yang sangat berpengaruh.
Berdasarkan dapatan kajian lepas, pengkaji ingin membuktikan agen sosialisasi
apakah yang paling berpengaruh dalam pemilihan ideologi politik dalam konteks
mahasiswa UKM.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Terdapat dua persoalan utama kajian ini iaitu:

1. Apakah agen sosialisasi yang mempengaruhi pilihan mahasiswa dalam


pemilihan calon MPP sesi 2015/2016 ?
2. Bagaimanakah agen sosialisasi memainkan peranan dalam mempengaruhi
pemilihan calon MPP sesi 2015/2016 ?
3. Apakah agen sosialisasi yang paling berpengaruh bagi pilihan mahasiwa dalam
pemilihan calon MPP sesi 2015/2016 ?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif utama kajian ini iaitu:

1. Untuk meneliti jenis agen sosialisasi yang mempengaruhi pilihan mahasiswa


dalam pemilihan calon MPP sesi 2015/2016.
2. Untuk mengenal pasti tahap pengaruh agen sosialisasi terhadap pilihan
mahasiswa dalam pemilihan calon MPP sesi 2015/2016.
3. Untuk mengenal pasti jenis agen sosialisasi yang paling berpengaruh bagi
pilihan mahasiswa dalam pemilihan calon MPP sesi 2015/2016.

1.5 SKOP KAJIAN

Kajian oleh Rush dan Althoff (1971) mendapati bahawa agen sosialisasi politik yang
paling berpengaruh adalah ibu bapa. Sementara itu, kajian oleh Azita (1995) dan
Syed Arabi (2014) pula menunjukkan bahawa media massa merupakan antara agen
5

sosialisasi politik yang sangat berpengaruh. Merujuk kepada dapatan kajian lepas,
pengkaji ingin membuktikan bahawa sebenarnya terdapat agen sosialisasi yang paling
berpengaruh bagi pemilihan ideologi politik dalam konteks mahasiswa UKM. Oleh
itu, pengkaji ingin meneliti peranan agen sosialisasi dalam pemilihan calon Majlis
Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2015/2016.

1.6 KAEDAH KAJIAN

Kaedah pengumpulan data yang diaplikasikan bagi kajian ini adalah bersifat kualitatif.
Antaranya adalah:

1.6.1 Temu bual mendalam

Dalam usaha memperoleh data bagi kajian, pengkaji menggunakan kaedah temu bual
mendalam di bawah kerangka fenomenologi. Pendekatan fenomenologi merupakan
sebuah teori yang bernaung di bawah paradigma definisi sosial adalah sebuah tradisi
kualitatif berdasarkan falsafah, psikologi dan memfokuskan kepada pengalaman yang
dialami oleh seseorang individu Secara komprehensifnya, kaedah ini memfokuskan
kepada pengalaman subjektif seseorang manusia kerana setiap tindakan akan
dipengaruhi oleh pandangan individu terhadap diri individu tersebut dan juga dunia
sosialnya. Menurut Berger dan Luckmann (1973) menerusi “The Social Construction
of Reality: A Treatise In The Sociology of Knowledge”, interaksi dari muka ke muka
atau bersemuka adalah merupakan elemen asas dari fenomena mahupun pengalaman
yang bersifat lebih luas serta kompleks. Kedua mereka memberi fokus kepada
perspektif individu khususnya berkaitan kesedaran. Di samping itu, Berger dan
Luckmann (1973) juga telah membahagikan elemen interaksi kepada tiga komponen
penting yakni ciri-ciri pelaku, ciri-ciri di antara pelaku serta ciri-ciri perlakuan pelaku.

Ketika berlangsungnya sesi temu bual, pengkaji berada dalam posisi yang
mewujudkan rasa selesa bagi informan dengan duduk bertentangan dengan informan.
Pengkaji juga menghargai penerangan yang diberikan oleh para informan dengan
sedaya upaya menunjukkan tindak balas yang positif. Oleh hal yang demikian,
informan berasa selesa lalu meneruskan penerangan mereka. Bagi temu bual
6

mendalam ini, pengkaji hanya menanyakan beberapa soalan utama sahaja dan
seterusnya membiarkan para informan bercerita dari sisi pemahaman dan pengalaman
mereka. Seandainya berlaku penyimpangan daripada penceritaan dari informan, maka
pengkaji akan mengembalikan fokus informan kepada objektif kajian.

1.6.2 Pemerhatian Tidak Turut Serta

Untuk memperoleh data bagi kajian ini, pengkaji mengaplikasikan kaedah


interpretivisme. Setiap perbuatan informan semasa berjalannya sesi temu bual akan
sentiasa diperhatikan sebaiknya. Antaranya adalah seperti lirikan mata, bahasa badan
serta nada suara. Menerusi pemerhatian yang dilakukan, maka pengkaji berupaya
mengenal pasti yakni sama ada maklumat yang diberikan itu merupakan suatu rekaan
atau benar-benar berlaku serta pengkaji juga mampu menteladani perasaan para
informan. Oleh hal yang demikian, hal ini mampu membantu pengkaji agak dapat
berperilaku sewajarnya demi menjaga perasaan para informan. Di samping itu,
keadaan persekitaran bagi kawasan kajian juga turut diberi perhatian.

1.6.3 Kajian Kepustakaan

Di samping itu, pengkaji turut mengaplikasikan kajian kepustakaan yakni


menggunakan bahan rujukan dan bacaan yang terdapat di perpustakaan sebagai
sumber sekunder. Pengkaji juga sering berkunjung ke Perpustakaan Tun Seri Lanang
(PTSL), Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mendapatkan bahan bacaan. Menerusi
usaha ini, pengkaji berjaya menemui pelbagai bahan bacaan serta kajian lepas yang
berkaitan dengan tajuk kajian. Data sangat membantu pengkaji dalam menyiapkan
penulisan ilmiah yakni dengan menyatakan rujukan serta sumber daripada pembacaan
yang mampu memberi pengukuhan terhadap kekuatan kajian ini.

1.6.4 Kaedah Pemilihan Sampel

Menerusi kajian ini, enam belas orang informan telah ditemu bual yang terdiri
daripada sembilan orang lelaki dan juga tujuh orang perempuan. Kesemua informan
7

dipilih menerusi teknik Stratified Random yakni bermula daripada informan yang
memegang jawatan tertinggi dalam PMPP sehinggalah ahli-ahli biasa. Seterusnya,
golongan bagi pemegang jawatan tertinggi dan kumpulan ahli biasa akan dipilih
secara rawak mengikut kadar yang betul bagi setiap kumpulan. Bagi Persatuan
Mahasiswa Pulau Pinang UKM sesi 2015/2016, mereka mempunyai ahli seramai
sembilan puluh satu orang ahli. Seramai empat belas orang ahli merupakan pelajar
lelaki peringkat prasiswazah manakala tujuh puluh tujuh orang ahli merupakan pelajar
perempuan peringkat prasiswazah juga. Daripada kesemua jumlah ahli tersebut,
hanya terdapat seorang pelajar berbangsa India manakala selebihnya merupakan
berbangsa Melayu dan tiada ahli yang berbangsa Cina.

Ketika hendak menjalankan temu bual, pengkaji telah menghubungi terlebih


dahulu para informan menerusi laman sesawang Facebook mahupun aplikasi
Whatsapps dalam telefon pintar. Hal ini kerana pengkaji ingin memastikan jumlah
para informan yang sanggup ditemu bual dan boleh memberikan kerjasama yang baik
terhadap kajian ini. Setelah melakukan beberapa kali rundingan bersama beberapa
ahli PMPP, saya telah berjaya menemual buat sebanyak tiga belas orang informan di
sekitar kawasan Seberang Perai semasa tempoh cuti semester 1 bagi sesi 2015/2016
dan tiga orang informan ditemu bual di kampus Bangi bagi minggu pertama
bermulanya semester 2 sesi 2015/2016.

Kesemua para informan yakni ahli PMPP UKM sangat memberikan respon
yang baik semasa ditemu bual oleh pengkaji. Terdapat juga di antara mereka yang
sanggup datang ke sebuah pusat membeli belah yang berdekatan dengan kawasan
perumahan pengkaji semata-mata ingin menjayakan proses temu bual tersebut. Hal
ini sangat memudahkan pengkaji untuk menjalankan proses temu bual tanpa perlu
membuang banyak masa dan tenaga untuk mencari lokasi sebenar kediaman beberapa
para informan tersebut yang terlalu jauh dari tempat tinggal informan. Kebanyakan
dari para informan merupakan kenalan rapat oleh pengkaji. Oleh hal yang demikian,
pengkaji berpeluang menjalan proses temu bual dalam keadaan yang tidak formal
serta mampu mengupas dengan banyak idea-idea yang dilontarkan oleh para informan
dalam melengkapkan kajian pengkaji. Ianya juga mendorong para informan untuk
berasa selesa dan sudi memberitahu pengalaman peribadi mereka kepada pengkaji.
8

1.7 KERANGKA KONSEPTUAL

Agen Sosialisasi

Keluarga
Ahli
Persatuan Rakan Sebaya Pemilihan MPP sesi
Mahasiswa 2015/2016
Pulau  Parti Aspirasi
Pinang Media Massa Mahasiswa
(PMPP)  Parti Gabungan
UKM Mahasiswa
Pihak
Pentadbiran Di
UKM

Pendidikan
Agama

RAJAH 1.1 Kerangka Konseptual Kajian


Sumber: Kajian lapangan 2016

Berpandukan kerangka konseptual di RAJAH 1.1, kajian ini dilaksanakan ke atas


Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang di Universiti Kebangsaan Malaysia. Subjek bagi
kajian ini ialah mahasiswa yang merupakan ahli bagi Persatuan Mahasiswa
Mahasiswa Pulau Pinang. Bagi kajian ini, antara perkara yang diteliti oleh pengkaji
adalah peranan agen sosialisasi semasa pemilihan calon MPP sesi 2015/2016.
Berdasarkan kepada kajian ini, para informan telah menyatakan bahawa terdapat lima
agen sosialisasi utama yang berperanan dalam mempengaruhi pilihan mereka. Agen
sosialisasi yang dimaksudkan adalah keluarga, rakan sebaya, media massa, pihak
pentadbiran UKM dan juga pendidikan agama.
9

1.8 DEFINISI KONSEP DAN ISTILAH

Terdapat beberapa konsep mahupun istilah yang telah diaplikasikan melalui


penyelidikan akan dihuraikan dalam bahagian ini. Hal ini adalah berkait dengan
istilah-istilah yang tertentu berhubung dengan penyelidikan yang dijalankan dan dapat
memberi kemudahan kepada pembaca dalam meneliti kajian yang dijalankan serta
dapat menghindarkan daripada berlakunya salah faham daripada matlamat sebenar
kajian dilaksanakan.

1.8.1 Mahasiswa

Mahasiswa adalah gelaran bagi golongan yang sedang melanjutkan pelajaran di


peringkat pengajian tinggi yakni universiti (Kamus Dewan, 2005). Dari sudut yang
lain pula, mahasiswa juga turut dikenali sebagai pelajar. Menurut Rosmida (1999),
mahasiswa merupakan antara media perubahan terhadap sesuatu masyarakat. Perkara
ini sangat menunjukkan bahawa mahasiswa sebagai aset yang sangat berharga kepada
negara juga merekalah antara golongan yang bakal menerajui pemerintahan negara
Malaysia kelak .

Menurut Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Novel Lyndon Dan
Mazlan Ali (2013), mahasiwa merupakan kumpulan pelajar yang menuntut di
peringkat tertinggi dalam sistem pendidikan yang berbentuk formal bagi sesebuah
negara. Golongan mahasiswa juga biasanya akan berusia di antara 18 hingga 23
tahun serta mereka juga merupakan penuntut di peringkat di peringkat Ijazah
Sarjanamuda. Mereka juga sering dilabel sebagai generasi yang bakal mewarisi pucuk
pemerintahan negara serta menjadi teras bagi integrasi dan hala tuju di masa hadapan
juga dihormati oleh seluruh ahli masyarakat kerana ketinggian tahap pendidikan selain
berkemampuan memikirkan tentang masa depan demi kemajuan masyarakat (Junaidi
Awang Besar; Mohd Fuad Mat Jali; Novel Lyndon Dan Mazlan Ali, 2013). Di
samping itu, tahap pemikiran mereka yang kritis berkaitan perkembangan isu semasa
berpunca daripada pendedahan maklumat sejak di peringkat universiti lagi selain
ditambah pula dengan heterogen sumber maklumat sama ada melalui lisan, bercetak
10

atau melalui atas talian yang tidak terbatas (Junaidi Awang Besar; Mohd Fuad Mat
Jali; Novel Lyndon Dan Mazlan Ali, 2013).

Menerusi penulisan Gerakan Politik Mahasiswa Malaysia yang terkandung


dalam penerbitan Esei-Esei Pentadbiran Awam, Muhammad Ali Embi dan Ahmad
Faiz Abdul Hamid (2005) Mahasiswa di Pusat Pengajian Tinggi adalah merujuk
kepada segolongan individu pelajar yang sedang mengikuti satu proses pendidikan
yang tersusun dan terancang seperti di universiti, institut, kolej, akademi ataupun
politeknik. Bagi kajian ini, mahasiswa merujuk kepada ahli Persatuan Mahasiswa
Pulau Pinang yang merupakan mahasiswa peringkat ijazah sarjana muda di Universiti
Kebangsaan Malaysia.

1.8.2 Sosialisasi

Menurut Ferrante (2011), sosialisasi merupakan sebuah proses sepanjang hayat yang
melibatkan individu-individu belajar tentang sesuatu perlakuan yang diamalkan oleh
masyarakat yang terdapat dalam persekitaran mereka. Secara spesifiknya,ianya
merupakan process di mana manusia memerlukan kehadiran identiti diri mahupun
sosial, mengembangkan keupayaan diri mereka, belajar tentang budaya bagi
masyarakat di sekitar mereka serta mempelajari jangkaan bagi sesuatu tingkah laku.
Selain itu, Sosialisasi juga ditakrifkan sebagai proses interaktif sepanjang hayat dalam
usaha mempelajari sesuatu perilaku mahupun budaya yang melibatkan aktor sosial
yang berbeza (Monnier, 2010).

Menurut Giddens (1977), sosialisasi merupakan proses di mana seorang manusia


yang tiada sebarang pengetahuan untuk bagaimana menjalankan kehidupan seperti
bayi, menjadi sedar akan keupayaan diri, berpengetahuan, berkemahiran yang
bersesuaian dengan budaya dalam persekitaran yang didiaminya. Ringkasnya,
sosialisasi merupakan proses di mana pelbagai norma dan pengawalan bentuk tingkah
laku diserap dan ditukarkan menjadi elemen personaliti bagi seseorang individu
bersesuaian dengan amalan budaya masyarakat dalam persekitarannya. Oleh hal yang
demikian, proses sosialisasi telah dirumuskan dalam tiga cara yakni:
11

1. Proses belajar dalam situasi formal dan tidak formal.


2. Proses pembentukan personaliti dan juga pembangunan diri.
3. Proses penyerapan normal sosial, nilai serta kod moral yang bersesuaian
dengan amalam sesuatu masyarakat.

Menurut Easton dan Dennis (1969) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007),
sosialisasi politik merupakan sebuah proses pengekalan sesuatu kepercayaan politik
dan orientasi individu atau masyarakat di dalam sebuah sistem politik. Pernyataan ini
seiring dengan pendapat Dawson dan Prewitt (1969) seperti dikutip oleh Ku Hasnita
(2007) yang menyatakan bahawa sosialisasi politik merupakan antara inisiatif dalam
usaha meneruskan orientasi serta pegagan politik kepada generasi yang baharu.
Pelaksanaan ini direalisasikan menerusi insitusi formal seperti sekolah mahupun
universiti dan institusi tidak formal seperti seperti keluarga serta rakan sebaya.

Berdasarkan pendapat beberapa tokoh tersebut, keluarga serta rakan sebaya


merupakan antara agen sosialisasi yang termasuk dalam kelompok primer. Apabila
seseorang itu meningkat usia dewasa, pengaruh keluarga sebagai agen sosialisasi
akan semakin lemah justeru digantikan oleh pengaruh agen sosialisasi yang lain
seperti rakan sebaya mahupun media massa. Di samping itu pula, Roberts (1971)
seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007) mendefinisikan sosialisasi politik sebagai
proses pembelajaran yang mendedahkan mereka kepada beberapa orientasi
kepercayaan, perasaan serta komponen nilai terhadap pihak kerajaan ataupun
pemerintah dan kehidupan berpolitik. Sementara itu, orientasi ini juga turut
merangkum beberapa konsep autoriti, demokrasi serta obligasi politik.

Sementara itu, Horton (1972) pula menjelaskan bahawa sosialisasi juga


merupakan sebuah proses yang membantu seseorang individu memahami norma-
norma yang wujud dalam masyarakat di persekitarannya sehingga mencorakkan
keperibadiannya. Dalam hal ini, keperibadian yang dimaksudkan merangkumi pilihan
yang dibuat oleh seseorang dalam usaha memperoleh keperluan dalam hidupnya.
Sehubungan dengan itu, maka kajian ini merujuk proses sosialisasi kepada tindakan-
tindakan agen sosialisasi dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
12

untuk mempengaruhi pilihan mahasiswa UKM semasa mengundi ahli MPP sesi
2015/2016.

1.8.3 Agen Sosialisasi

Agen sosialisasi merupakan individu, kumpulan mahupun institusi yang mewujudkan


konteks sosial bagi proses sosialisasi (Monnier, 2010). Ianya juga merujuk kepada
pihak-pihak mahupun sesuatu lokasi yang mampu memberi pengaruh secara langsung
mahupun secara tidak langsung kepada seseorang individu dalam memperoleh nilai-
nilai supaya dia dapat mempelajari dari segala sesuatu yang menjadikannya dewasa.
Antara peranan agen sosialisasi ialah menyampaikan idea, membentuk peribadi
seseorang individu serta memujuk seseorang individu untuk meyakini sesuatu idea
yang disampaikan. Berkaitan proses sosialisasi politik bagi kajian ini, terdapat lima
agen sosialisasi yang utama dalam mempengaruhi idelogi politik mahasiswa. Kelima-
lima agen sosialisasi tersebut ialah keluarga, rakan sebaya, media massa, institusi
pendidikan yakni pihak pentadbiran di UKM dan pendidikan agama.

1.8.3.1 Keluarga

Menurut Ferrante (2011), keluarga merupakan agen sosialisasi yang penting kerana
mereka membekalkan seseorang individu dengan pengalaman yang mendalam sejak
di peringkat awal berdasarkan hubungan yang terjalin bersama. Tambahan lagi,
keluarga juga mengajarkan seseorang individu untuk belajar tentang realiti dunia yang
mereka tinggal dan bagaimana untuk bertindaka seiring dengan keadaan dunia..
Keluarga juga berperanan sebagai salah satu cara faktor sosialisasi politik yang sangat
berkesan terutamanya dalam membentuk keperibadian asas serta sikap-sikap
terutamanya berkaitan orientasi politik seseorang mahasiswa. Bagi kajian ini,
keluarga merupakan ahli keluarga bagi setiap informan yang terdiri daripada ibu, bapa
mahupun adik beradik mereka serta lain-lain lagi.
13

1.8.3.2 Rakan Sebaya

Dawson dan Prewitt (1969) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007) menerusi Political
Socialization mengenal pasti bahawa kumpulan rakan sebaya merupakan antara
penyebab kepada sesebuah hubungan sosial yang berperanan sebagai medium
pembelajaran sosial dalam semua masyarakat. Kumpulan pergaulan antara rakan
sebaya mampu untuk mensosialisasikan anggota-anggotanya secara terdorong atau
terpaksa mahupun terdesak untuk beradaptasi terhadap gaya hidup yang diamalkan
oleh kelompok tersebut. Oleh hal yang demikian, mahasiswa mungkin akan tertarik
kepada sesuatu idea politik disebabkan oleh pengaruh kelompok rakan sebayanya
yang mengalami peristiwa politik yang tertentu. Menerusi kajian ini, rakan sebaya
merujuk kepada golongan yang menjadi sahabat kepada para informan sama ada di
rumah, kolej kediaman, fakulti, kelas dan lain-lain lagi.

1.8.3.3 Media Massa

Ferrante (2011) menyatakan bahawa media massa merupakan bentuk komunikasi


yang direka untuk menghubungkan banyak kelompok masyarakat tanpa perlu
bersemuka ketika melalui proses penyampaian serta penerimaan sesuatu mesej. Media
massa mampu mempengaruhi keyakinan-keyakinan politik seseorang mahasiswa
terutamanya bagi golongan yang mudah terpengaruh. Melalui media massa juga,
ideologi negara juga berkesempatan untuk disemaikan dalam jiwa masyarakat serta
situasi politik negara juga dapat diambil tahu oleh seluruh masyarakat (Almond,
1960). Bagi kajian ini, media massa merujuk kepada internet, televisyen mahupun
surat khabar serta banyak lagi bentuk media massa yang sering dirujuk oleh para
informan.

1.8.3.4 Institusi Pendidikan

Menurut Ferrante (2011), persekolahan merupakan program formal yakni arahan


sistematik yang khususnya mengambil tempat di dalam bilik darjah tetapi melibatkan
juga aktivti ko-kurikulum dan tugasan di luar kelas. Proses pendidikan politik sejak di
institusi pendidikan rmerupakan usaha pihak kerajaan untuk memperkenalkan politik
14

kepada masyarakat sejak dari peringkat awal. Sekolah memainkan peranan penting
bagi proses sosialisasi politik. Pembelajaran di institusi pendidikan akan
mendedahkan para pelajar kepada dunia politik serta peranan mereka terhadapnya.
Pihak institusi pendidikan juga akan memberikan pandangan yang lebih konkrit
berkaitan lembaga-lembaga politik serta hubungan-hubungan politik (Almond, 1960).
Para pelajar akan mempelajari nilai, norma serta atribut sistem politik di negara
sendiri. Bagi kajian ini, institusi pendidikan adalah merujuk kepada Universiti
Kebangsaan Malaysia juga pihak pentadbirannya.

1.8.3.5 Pendidikan Agama

Menurut Peraturan Pemerintah Republik Indonesia Nombor 55 Tahun 2007 (PP RI o.


55 Th 2007), pendidikan agama didefinisikan sebagai pendidikan yang memberikan
pengetahuan serta mencorakkan sikap personaliti dan keterampilan pengamalnya
semasa melaksanakan ajaran agama tersebut yang sekurang-kurangnya dilaksanakan
menerusi mata pelajaran dalam semua jenjang jalur dan jenis pendidikan. Menurut
Zakiyah Daradjat (1982) seperti dikutip oleh Sholichah (2011), pendidikan agama
Islam merupakan bimbingan dan asuhan kepada anak murid agar setelah selesai dari
pengajiannya akan dapat memahami dan mengamalkan ajaran Islam sebagai
pandangan hidup. Bagi kajian ini, pendidikan agama merupakan pendidikan agama
Islam yang didapatkan oleh mahasiswa UKM menerusi ibu bapa mahupun ahli
keluarga mereka secara langsung mahupun mereka memperoleh pendidikan tersebut
melalui jalur pendidikan formal yakni di peringkat sekolah dan juga universiti.
.

1.9 BATASAN KAJIAN

Meskipun pengkaji memperoleh kerjasama daripada ahli Persatuan Mahasiswa Pulau


Pinang (PMPP) dalam mendapatkan maklumat bagi permasalahan kajian, namun
masih terdapat kekangan yang harus ditempuhi oleh pengkaji. Hal ini telah telah
memberi kesulitan kepada para pengkaji dalam memperoleh maklumat penting
15

dengan sebaik mungkin. Di samping itu, cabaran yang dihadapi oleh pengkaji juga
adalah kesukaran untuk mengumpulkan maklumat penting dengan sebanyak mungkin
kerana kesulitan mengadakan temu janji bersama para informan. Lantaran daripada
kesibukan ahli PMPP dengan komitmen masing-masing semasa berlangsungnya sesi
kuliah sepanjang semester 1 bagi sesi 2015/2016, maka pengkaji hanya dapat menemu
bual kesemua informan semasa cuti semester yakni di saat pengkaji dan juga para
informan berada di kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang.

1.10 ETIKA KAJIAN

Semasa berlangsungnya kajian ini, pengkaji sedaya upaya mematuhi tika-etika


tertentu. Pada mulanya, pengkaji telah berhubung dahulu dengan Pengerusi Persatuan
Mahasiswa Pulau Pinang (PMPP) bagi sesi 2015/2016 untuk mendapatkan kebenaran
bagi melakukan kajian yang melibatkan persatuan tersebut. Setelah dipersetujui oleh
pengerusi serta ahli majlis tertinggi PMPP yang lain, barulah pengkaji menjalankan
kajian.

Sebelum menjalankan kajian, pengkaji terlebih dahulu telah meminta


kebenaran para informan terlebih dahulu untuk melaksanakan kajian serta
memerjelaskan terlebih dahulu tentang objektif kajian ini dilakukan. Setelah
mendapat persetujuan para informan, maka barulah sesi temu bual dilakukan. Semasa
melakukan temu bual, pengkaji juga sangat menghormati hak peribadi para informan
yang sesetengah daripadanya bertegas untuk tidak menceritakan kepada pengkaji
berkaitan hal yang tidak mahu dikongsi. Pada dasarnya, memang terdapat para
informan yang tidak menceritakan pengalaman mereka secara mendalam. Menurut
pandangan pengkaji, mereka tidak mahu menceritakan hal yang akan mencetuskan
perkara aib kepada diri mereka sendiri mahupun pihak lain. Oleh hal yang demikian,
pengkaji sangat menghormati keputusan yang diambil oleh informan serta tidak
memberi paksaan kepada informan untuk menceritakannya.
16

1.11 KEPENTINGAN KAJIAN

Terdapat dua kepentingan yang berkaitan dengan kajian ini. Yang pertama adalah
untuk menyatakan tentang bagaimana mahasiswa melakukan pilihan untuk memilih
calon MPP sesi 2015/2016 hasil daripada proses sosialisasi bersama agen sosialisasi
masing-masing. Hal ini dapat digunakan bagi menerangkan perlakuan membuat
pilihan dalam pemilihan calon MPP sebagai sebuah hasil interaksi sosial antara
mahasiswa dengan agen sosialisasi masing-masing. Situasi ini dilihat berupaya
menjelaskan tahap pengaruh yang diguna pakai oleh agen sosialisasi yang terdapat
dalam kalangan mahasiswa bagi mempengaruhi pilihan mereka.

Selain itu, kajian ini juga berkepentingan dalam mengembangkan ilmu


pengetahuan. Menerusi hasil kajian ini, pembaca mampu memahami sebab kepada
pilihan yang dibuat oleh setiap individu dalam meyakini sesuatu idea politik
berdasarkan penceritaan mereka secara peribadi. Pertelingkahan boleh berlaku di
antara dua pihak yang berlainan pemahaman politik sekiranya tidak wujud kesedaran
dalam diri untuk menghormati pilihan orang lain.

Di samping itu juga, hal ini juga kadangkala boleh menjadi bertambah serius
sekiranya ianya cenderung menjejaskan hubungan baik yang terjalin dalam kalangan
seorang individu dengan individu yang lain. Contohnya, pergaduhan yang berlaku di
antara suami dan isteri hanya kerana berbeza pemahaman politik dan berakhir dengan
perceraian. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi mewujudkan
kesedaran bagi seluruh ahli masyarakat agar menghormati pendapat serta pendirian
orang lain berkaitan hal politik. Hal ini juga menegaskan bahawa setiap individu itu
mempunyai pengalaman dan sebab yang tersendiri dalam menyatakan pilihan mereka
yang berbeza dari individu yang lain.
17

BAB II

SOROTAN KARYA

2.1 PENGENALAN

Menerusi bab ini, pengkaji akan membincangkan kajian lepas berkaitan peranan agen
sosialisasi. Perbincangan ini akan merangkumi perspektif sosiologi berkaitan peranan
agen sosialisasi. Di samping itu, pengkaji juga akan membincangkan tentang proses
sosialisasi yang dialami oleh para mahasiswa sehingga mereka cenderung memilih
calon MPP sesi 2015/2016 daripada salah satu pihak yang bertanding. Bagi kajian ini,
perhatian akan diutamakan bagi peranan agen sosialisasi bagi pemilihan calon MPP
sesi 2015/2016. Malahan, pengkaji cuba menjelaskan bagaimana agen sosialisasi
memainkan peranannya dalam usaha memastikan ideologi yang disampaikan oleh
mereka akan dituruti oleh sasaran mereka yakni para mahasiswa.
18

2.2 SOSIALISASI

Menurut Ferrante (2011), sosialisasi merupakan sebuah proses sepanjang hayat yang
melibatkan individu-individu belajar tentang sesuatu perlakuan yang diamalkan oleh
masyarakat yang terdapat dalam persekitaran mereka. Secara spesifiknya,ianya
merupakan process di mana manusia memerlukan kehadiran identiti diri mahupun
sosial, mengembangkan keupayaan diri mereka, belajar tentang budaya bagi
masyarakat di sekitar mereka serta mempelajari jangkaan bagi sesuatu tingkah laku.

Bagi Giddens (1977), sosialisasi merupakan proses di mana seorang manusia yang
tiada sebarang pengetahuan untuk bagaimana menjalankan kehidupan seperti bayi,
menjadi sedar akan keupayaan diri, berpengetahuan, berkemahiran yang bersesuaian
dengan budaya dalam persekitaran yang didiaminya. Ringkasnya, sosialisasi
merupakan proses di mana pelbagai norma dan pengawalan bentuk tingkah laku
diserap dan ditukar menjadi elemen personaliti bagi seseorang individu bersesuaian
dengan amalan budaya masyarakat dalam persekitarannya. Oleh hal yang demikian,
proses sosialisasi telah dirumuskan dalam tiga cara yakni:

1. Proses belajar dalam situasi formal dan tidak formal.


2. Proses pembentukan personaliti dan juga pembangunan diri.
3. Proses penyerapan normal sosial, nilai serta kod moral yang bersesuaian
dengan amalam sesuatu masyarakat.

Langton (1969) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007) telah membahas


tentang proses sosialisasi politik yang berlaku pada sesuatu masyarakat. Menurut
beliau, sosialisasi politik merupakan satu inisiatif bagi sesebuah masyarakat untuk
mewariskan budaya politik dari generasi atas kepada pewaris mereka melalui peranan
yang dimainkan oleh agen-agen sosialisasi seperti ahli keluarga, rakan sebaya,
institusi pendidikan ataupun sekolah serta media massa. Oleh hal yang demikian,
maka seseorang individu itu mampu untuk mempelajari hal berkaitan politik menerusi
peranan-peranan yang dimainkan oleh agen-agen tersebut.
19

Easton dan Dennis (1969) dalam Ku Hasnita (2007) berpendapat bahawa


sosialisasi politik merupakan sebuah medium untuk mengekalkan sesuatu kepercayaan
politik serta orientasi individu mahupun masyarakat bagi sesebuah sistem politik.
Pernyataan ini merupakan sebuah pengukuhan terhadap pernyataan oleh Dawson dan
Prewitt (1969). Mereka bertegas untuk menyatakan bahawa sosialisasi politik
merupakan inisiatif bagi melanjutkan orientasi serta kepercayaan politik kepada
generasi yang seterusnya. Ideologi ini dapat dilaksanakan melalui institusi –institusi
formal seperti sekolah atau institusi pengajian seperti universiti juga menerusi institusi
tidak formal seperti keluarga dan juga rakan sebaya. Umumnya, keluarga dan juga
rakan sebaya merupakan media sosialisasi politik yang sangat penting tergolong
dalam peringkat primer. Walau bagaimanapun, agen sosialisasi keluarga akan
memberikan pengaruh yang minimum apabila seseorang itu semakin dewasa dan
agen-agen sosialisasi yang lain akan mula mendominasi peribadi seseorang individu.

Roberts (1971) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007) menerusi karya A


Dictionary of Political Analysis menyatakan bahawa sosialisasi politik sebagai sebuah
proses pembelajaran yang memperkenalkan seseorang individu kepada orientasi-
orientasi kepercayaan, perasaan serta komponen nilai terhadap sesuatu pihak kerajaan
juga kehidupan berpolitik. Orientasi tersebut juga turut merangkum konsep-konsep
autoriti, demokrasi serta tanggungjawab politik.

Rush dan Althoff (1971) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007) berpendapat
bahawa sosialisasi politik merupakan satu proses yang menjadikan seseorang individu
itu mengenali sistem politik seterusnya menentukan persepsi-persepsi berkaitan politik
serta tindak balasnya terhadap sesuatu fenomena politik yang wujud. Hal ini akan
mengambil kira faktor sosial, ekonomi, persekitaran budaya bagi sesebuah
masyarakat, pengalaman berinteraksi juga personaliti seseorang individu itu sendiri.
Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh tersebut, mereka mengandaikan sosialisasi sebagai
satu proses yang berjalan konsisten di sepanjang hayat juga melibatkan golongan
kanak-kanak, remaja dan dewasa. Proses tersebut berlaku menerusi peranan agen-
agen sosialisasi yang terdapat dalam persekitaran seseorang individu seperti keluarga,
pendidikan, rakan sebaya, kumpulan kerja, kumpulan agama juga media massa.
20

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa proses sosialiasi politik membolehkan


seseorang individu itu berupaya untuk membangunkan kesedaran terhadap politik.
Apabila hal ini berjaya diwujudkan, maka komponen lain yang berkaitan juga akan
terwujud seperti kebolehan untuk menentukan persepsi politik serta memberi respon
kepada sesuatu fenomena politik yang berlaku. Kemahiran tersebut merangkumi
pembuatan pilihan bagi menentukan pihak parti politik yang layak untuk memerintah
sesebuah negara mahupun organisasi dalam usaha melancarkan setiap urusan yang
perlu dilaksanakan demi menjamin kesejahteraan sosial.

2.3 PERANAN AGEN-AGEN SOSIALISASI

Agen sosialisasi merupakan individu, kumpulan mahupun institusi yang mewujudkan


konteks sosial bagi proses sosialisasi (Monnier, 2010). Ianya juga merujuk kepada
pihak-pihak mahupun sesuatu lokasi yang mampu memberi pengaruh secara langsung
mahupun secara tidak langsung kepada seseorang individu dalam memperoleh nilai-
nilai supaya dia dapat mempelajari dari segala sesuatu yang menjadikannya dewasa.
Antara peranan agen sosialisasi ialah menyampaikan idea, membentuk peribadi
seseorang individu serta memujuk seseorang individu untuk meyakini sesuatu idea
yang disampaikan. Berkaitan proses sosialisasi politik bagi kajian ini, terdapat empat
agen sosialisasi yang utama dalam mempengaruhi idelogi politik mahasiswa.
Keempat-empat agen sosialisasi tersebut ialah keluarga dan ibu bapa, rakan sebaya,
media massa, institusi pendidikan serta pendidikan agama.

2.3.1 Ibu bapa Dan Keluarga

Menurut Ferrante (2011), keluarga merupakan agen sosialisasi yang penting kerana
mereka membekalkan seseorang individu dengan pengalaman yang mendalam sejak
di peringkat awal berdasarkan hubungan yang terjalin bersama. Tambahan lagi,
keluarga juga mengajarkan seseorang individu untuk belajar tentang realiti dunia yang
mereka tinggal dan bagaimana untuk bertindaka seiring dengan keadaan dunia.

Umumnya, tahap pengaruh bagi peranan yang dimainkan oleh sesebuah agen
sosialisasi akan berbeza-beza bergantung kepada fasa kehidupan seseorang individu
21

itu sendiri. Misalnya, agen sosialisasi politik yang sangat dominan ketika seseorang
itu masih lagi berada di fasa kanak-kanak adalah ibu bapa dan rakan sebaya.
Berdasarkan kajian bertajuk “The Child’s Political World” oleh Easton dan Hess
(1962) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007), dikenal pasti bahawa kanak-kanak
Amerika Syarikat pada peringkat awal persekolahan telah menggambarkan ibu bapa
mereka menyerupai seorang presiden yakni sebagai seorang penguasa mahupun ketua.
Walau bagaimanapun, hal ini akan berubah seiring bertambahnya usia serta
mendalamnya pendedahan mereka berkaitan hal politik menerusi proses sosialisasi
politik. Justeru, kanak-kanak yang telah berganjak dewasa tersebut mampu
membezakan antara ibu bapa bapa mereka dengan seorang pemerintah. Pada waktu
tersebut, mereka mula sedar bahawa presiden adalah golongan yang menerajui
hierarki pemerintahan negara yang lebih kompleks berbanding tugas seorang bapa
dalam sesebuah keluarga.

Menerusi situasi tersebut, Easton dan Dennis (1969) di dalam Ku Hasnita


(2007) menerusi Children In Political System menggariskan empat fasa bagi
seseorang kanak-kanak mengalami proses sosialisasi politik. Bagi fasa pertama,
kanak-kanak tersebut akan didedahkan kepada autoriti yang terdapat dalam sesebuah
negara menerusi beberapa individu tertentu seperti ibu bapa, presiden dan juga polis.
Pada fasa kedua, pengetahuan yang sedia ada akan diperkembangkan dengan
mengenali perbezaan yang wujud antara autoriti internal dan juga eksternal, seperti
jabatan swasta dan jabatan awam. Fasa ketiga pula adalah kanak-kanak didedahkan
pula kepada institusi –institusi politik impersonal seperti Kongres, Mahkamah Agung
serta pilihan raya. Bagi fasa keempat pula, segala pengetahuan yang mereka peroleh
akan dikembangkan dengan mengenali perbezaan antara institusi-institusi politik serta
individu-individu yang berada dalam institusi tersebut.

Pada realiti sebenarnya, kanak-kanak akan mempelajari sesuatu yang baru


daripada ibu bapa mereka sendiri kerana mereka merupakan autoriti peringkat primer
dalam kehidupan setiap kanak-kanak. Almond dan Verba (1963) seperti dikutip oleh
Ku Hasnita (2007) menyokong pernyataan tersebut dengan mengatakan bahawa
keluarga merupakan kumpulan autoriti pertama yang akan dijumpai oleh setiap
kanak-kanak. Untuk itu, adalah merupakan sebuah hal yang mustahil bagi kanak-
22

kanak untuk membesar tanpa mendapatkan pengaruh daripada golongan yang paling
akrab dengan mereka yakni keluarga serta ibu bapa. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa bapa sangat berperanan dalam mendidik anak-anak mereka dengan pengetahuan
berkaitan negara dan kerajaan sejak di usia muda. Jelasnya pada saat itu tiada lagi
pengaruh daripada agen sosialisasi yang lain dalam persekitaran mereka. seperti rakan
sebaya juga rakan sekolah. Situasi ini akan menjurus kepada terhasilnya “ pola
keberkesanan terhad”. Ianya merupakan kesempatan bagi sesuatu agen sosialisasi
untuk memperoleh keberkesanan pengaruh mereka pada tahap tertentu.

Walau bagaimanapun, pengaruh tersebut akan mula pudar apabila kanak-


kanak itu telah mula bersekolah. Hal ini berlaku kerana hadirnya agen-agen
sosialisasi baru dalam orientasi persekolahan, rakan sebaya serta media massa.
Namun begitu, pengaruh ibu bapa dan keluarga masih lagi menjadi dominan bagi
kanak-kanak tersebut.

Menurut Mo Kyung Hwan (2000) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007)


dalam kajian tesis peringkat Doktor Falsafah yang bertajuk“Citizenship Education for
Korean-American Youth”, perbincangan berkaitan isu politik di rumah merupakan
faktor wujudnya minat kepada politik dalam generasi muda. Namun begitu, kajian
sebelumnya yang dilakukan oleh Jennings dan Niemi (1973) adalah bertentangan
hasilnya dengan hasil kajian oleh Mo Kyung Hwan (2000). Jennings dan Niemi
(1973) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007) mendapati bahawa ahli keluarga bukan
merupakan agen sosialisasi politik yang penting jika hendak dibandingkan dengan
orientasi persekolahan. Alasan bagi keterangan ini adalah keluarga hanyalah sebagai
pemberi maklumat bersandarkan kepada nilai-nilai yang bersifat terhad yakni perkara
asas kenegaraan seperti tugas polis dan nama negeri walhal pelbagai lagi maklumat
yang harus disampaikan kepada anak-anak namun tidak berupaya untuk dilaksanakan
oleh ahli keluarga seperti hal berkenaan sistem politik negara juga perundangan.

Pendapat tersebut dipersetujui oleh Rush dan Althoff (1971) yang menyatakan
bahawa peranan ibu bapa semasa berlangsungnya proses sosialisasi politik adalah
berlaku secara tidak langsung seperti dalam urusan menyampaikan maklumat, nilai
serta sikap politik kepada anak-anak mereka. Beberapa kajian yang dinyatakan ini
23

memperlihatkan bahawa faktor jarak masa mendorong keluarga juga ibu bapa semakin
dipersetujui akan kepentingan mereka dalam membangkitkan minat kepada politik
dalam kalangan anak-anak yang masih bersekolah.

Namun begitu, tidak semua tempat di dunia ini sesuai untuk memperakui
bahawa ibu bapa merupakan agen sosialisasi politik utama bagi seseorang individu.
Hal ini bolehlah dirujuk kepada kajian Agencies of political socialization and political
change: The political orientations of Japanese law students oleh Kuroda (1965),
beliau mendapati bahawa kebanyakan daripada majoriti responden menyokong Parti
Sosialis namun banyak daripada ibu bapa mahupun ahli keluarga mereka memberi
sokongan kepada parti lain ataupun tidak terlalu mengambil tahu akan hal politik.
Dalam hal ini, Kuroda menyimpulkan bahawa ibu bapa serta ahli keluarga bukanlah
agen sosialisasi utama selepas zaman perang Jepun.

Kesimpulannya, keluarga dan juga ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang
berupaya membentuk peribadi juga corak pemikiran seseorang terhadap sesuatu
ideologi politk. Dalam hal memperoleh sesuatu pilihan, seseorang individu itu pasti
akan mendapatkan pengaruh daripada ahli keluarga masing-masing atas dasar
hubungan rapat serta kepercayaan yang wujud akibat hubungan rapat yang dijalani
sejak dari lahir. Oleh itu, ahli keluarga sememangnya agen sosialisasi yang paling
berpengaruh bagi seseorang individu selagi pemikiran mereka tidak dikuasai oleh
unsur-unsur dari agen sosialisasi lain secara kerap yang berupaya mengubah persepsi
mereka terhadap sesuatu perkara.

2.3.2 Rakan Sebaya

Terdapat beberapa kajian tentang rakan sebaya sebagai salah satu agen sosialisasi
yang penting dalam proses sosialisasi politik dijalankan oleh para sarjana sosiologi
politik.

Dawson dan Prewitt (1969) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007) menerusi
Political Socialization mengenal pasti bahawa kumpulan rakan sebaya merupakan
antara penyebab kepada sesebuah hubungan sosial yang berperanan sebagai medium
24

pembelajaran sosial dalam semua masyarakat. Namun begitu, keberkesanan pengaruh


kumpulan rakan sebaya sebagai agen sosialisasi adalah tidak sama bagi sesuatu
budaya dengan budaya yang lain. Oleh hal yang demikian, status rakan sebaya
sebagai agen sosialisasi didapati semakin berkembang serta penting dalam masyarakat
moden serta maju.

Bagi dapatan kajian oleh Riesman et al. (1950) seperti dikutip oleh Ku Hasnita
(2007) pula, kumpulan rakan sebaya merupakan agen sosialisasi yang paling utama
serta penting berbanding agen-agen lain seperti ibu bapa juga autoriti-autoriti lain.
Kesemua individu dalam masyarakat yang berkembang maju didapati semakin ramai
merujuk serta melakukan perbincangan tentang sesuatu perkara bersama rakan sebaya
berbanding dengan golongan yang lebih tua daripada mereka serta beberapa autoriti
sosial yang lain. Perkara ini sangat mencerminkan kepentingan agen-agen sosialisasi
akan berubah mengikut arus perkembangan bagi sesebuah masyarakat.
Secara kompreshensifnya, pengaruh rakan sebaya boleh menandingi pengaruh
ibu bapa dalam mempengaruhi ideologi politik seseorang individu. Hal ini merupakan
sebuah proses sosialisasi normal yang dialami oleh setiap individu. Namun begitu,
pengaruh daripada rakan sebaya ini juga amatlah bergantung kepada kekuatan
pengaruh daripada ahli keluarga dan juga tahap pemikiran kritikal seseorang untuk
menentukan pilihan yang terbaik bagi dirinya berdasarkan dua pengaruh yang penting
dalam hidupnya.

2.3.3 Media Massa

Ferrante (2011) menyatakan bahawa media massa merupakan bentuk komunikasi


yang direka untuk menghubungkan banyak kelompok masyarakat tanpa perlu
bersemuka ketika melalui proses penyampaian serta penerimaan sesuatu mesej. Media
massa didefinisikan sebagai sebuah elemen serta mekanisme penting bagi sesuatu
masyarakat tradisional yang mahu berubah kepada masyarakat moden (Ku Hasnita,
2007). Media massa mampu menyampaikan mesej politik secara berterusan serta
standard kepada sekumpulan manusia dan boleh berperanan penting dalam perubahan
masyarakat (Ku Hasnita, 2007). Fagen (1966) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007)
menerusi Politics Communication menyatakan bahawa media massa lebih mudah
25

tersebar serta efektif sebagai sebuah medium komunikasi serta sosialisasi bagi
sesebuah masyarakat yang lebih moden. Pernyataan ini disokong oleh Lambert dan
Klineberg (1967) dalam Children’s Views of Foreign People, A Cross-National
Studyyang menyatakan bahawa media massa khususnya televisyen serta wayang
gambar sebagai sumber paling dominan bagi kanak-kanak dari kelompok negara maju
seperti Amerika Syarikat, Jepun serta Jerman memperoleh sebarang maklumat. Bagi
kanak-kanak dari negara kurang maju seperti Brazil dan Lubnan, kebanyakan mereka
tidak menyebut langsung televisyen sebagai sumber bagi mereka memperoleh
maklumat. Namun, mereka menyatakan ibu bapa serta kawan-kawan sebagai utama
memperoleh maklumat. Oleh hal yang demikian, media massa dilabel sebagai ‘the
new parent’ kerana pengaruhnya sebagai salah satu sumber utama bagi proses
pembelajaran politik.

Menurut Atkin dan Gantz (1978) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007)
Communication News, majoriti kanak-kanak yang menonton berita dari televisyen
akan menjadi minat kepada pengetahuan hal ehwal politik. Pada masa yang sama,
berita televisyen berperanan sebagai alat penghubung di tempat pertama antara diri
kanak-kanak dengan dunia politik sehingga mereka meningkat remaja. Ketika ini,
tingginya tahap pendedahan seseorang individu itu kepada program berita televisyen
akan seringkali dirujuk kepada tingginya tingkat pengetahuan politik mereka. Hal
yang sama juga diutarakan oleh Renshon (1977) seperti dikutip oleh Ku Hasnita
(2007) menerusi Handbook of Political Socialization: Theory and Research. Menurut
beliau, televisyen merupakan media yang paling berpengaruh dalam kalangankanak-
kanak di Amerika Syarikat. Bagi golongan remaja di sana pula, surat khabar
merupakan sumber bagi mereka mendapatkan berita tentang keadaan politik semasa.

Berdasarkan kajian oleh Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Novel
Lyndon Dan Mazlan Ali (2013) yang bertajuk‘Penggunaan Internet dan Persepsi
Politik Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia’, pengaruh internet dan media
sosial memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perlakuan politik para
mahasiswa. Hasil bagi kajian ini mendapati bahawa internet merupakan sumber
maklumat politik yang paling dipercayai dengan peratusan tertinggi yakni sebanyak
64.5 peratus berbanding beberapa sumber lain. Dalam hal ini, Mahasiswa Universiti
26

Kebangsaan Malaysia cenderung untuk mempercayai internet atau blog atas alasan
maklumat yang diberikan adalah bersifat menyeluruh. Selain itu, segala informasi
yang diberikan adalah bersifat interaktif yakni boleh dibincang serta dibahas secara
terbuka, ilmiah, serta rasional agar dapat dipastikan tahap kesahihan serta kebenaran
maklumat yang disebarkan oleh media alternatif tersebut.

Namun begitu, hasil kajian oleh Harcourt dan Hartland (1992) seperti dikutip
oleh Ku Hasnita (2007) bersifat kontra daripada dapatan oleh pengkaji lain. Menurut
Harcourt dan Hartland menerusi Discovering Readers, sebanyak 6 peratus daripada
kebanyakan generasi muda di United Kingdom menonton program berita di televisyen
berkaian dengan politik. Bagi pembaca surat khabar pula, tumpuan akan diberikan
kepada bahagian sukan, rencana serta hiburan. Fenomena ini mencerminkan bahawa
generasi muda memperlihatkan tahap minat yang rendah bagi hal ehwal politk yang
tersedia dalam media massa. Menurut Bhavnani (1991) seperti dikutip oleh Ku
Hasnita menerusi Talking Politics: A Psychological Framing for Views from Youth in
Britain, tahap minat yang rendah bagi hal ehwal politik yang diperlihatkan oleh
generasi muda merupakan sebuah tidak balas kepada ‘powerlessness’ diri mereka.
Bagi generasi muda, mereka merasakan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa serta
pengaruh politik. Oleh hal yang demikian, mereka memutuskan untuk tidak
mengambil berat serta belajar berkaitan hal politik kerana tidak mempunyai kuasa
atau kebolehan untuk mempengaruhinya.

Kesimpulannya, media massa berupaya memberikan pengaruh kepada


seseorang individu dalam memberikan persepi mahupun membuat keputusan seperti
membuat pilihan bagi ideologi politik. Kebergantungan seseorang terhadap maklumat
berkaitan situasi politik berupaya mengurangkan kecenderungan seseorang individu
untuk bersosialisasi dengan pihak yang lain dalam mendalami sesuatu ideologi politik
secara langsung dan berkesan.

2.3.4 Institusi Pendidikan

Menurut Ferrante (2011), persekolahan merupakan program formal yakni arahan


sistematik yang khususnya mengambil tempat di dalam bilik darjah tetapi melibatkan
27

juga aktivti ko-kurikulum dan tugasan di luar kelas. Kajian oleh Easton dan Hess
(1962) dalam Children in the Political System cenderung memperakui aspek
pendidikan sebagai media sosialisasi politik yang penting di saat golongan muda
sedang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian masing-maisng. Menurut Easton dan
Hess (1962) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007), semakin lama seseorang itu
belajar di sesebuah sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi seperti universiti, maka
semakin bertambahlah pengetahuan yang diperoleh justeru mewujudkan kesedaran
politik. Perkara ini bertepatan dengan kajian Almond dan Verba (1963) dalam The
Civic Culture yang menyatakan bahawa semakin tinggi tingkat pendidikan bagi
seseorang individu maka semakin bertambah kesedaran berkaitan hal politik serta
kenegaraan. Contohnya, apabila seseorang individu berminat mendalami berkaitan
hal impak dasar kerajaan kepada mereka, mengetahui maklumat yang lebih banyak
berkaitan politik dan berkehendak memiliki pandangan yang lebih luas berkaitan
sesuatu fenomena politik dan lain-lain lagi.

Menurut Almond dan Verba (1963) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007),
kajian mereka di lima buah negara yakni Amerika Syarikat, England , Jerman , Itali
serta Mexico menunjukkan sejumlah 89 peratus daripada pelajar-pelajar di Amerika
Syarikat di peringkat Sekolah Menengah memperoleh kesedaran politik yang lebih
tinggi berbanding para pelajar di sekolah rendah dengan jumlah sebanyak 73 peratus.
Di England pula, sebanyak 76 peratus mahasiswa universiti memperoleh kesedaran
politik yang lebih tinggi berbanding pelajar sekolah rendah dengan jumlah 7 peratus.
Bagi negara Jerman pula, sebanyak 83 peratus pelajar universiti memperoleh
kesedaran politik yang lebih tinggi berbanding 66 peratus bagi kalangan pelajar
sekolah. Di negara Itali pula, sebanyak 72 peratus pelajar sekolah menengah
mempunyai kesedaran politik berbanding jumlah yang lebih tinggi yakni 85 peratus
bagi pelajar universiti. Di negara Mexico, sebanyak 57 peratus pelajar universiti
mendapatkan kesedaran politik berbanding sejumlah 35 peratus bagi pelajar sekolah
menengah. Berdasarkan dapatan kajian ini, keterbukaan pemikiran seseorang individu
berkaitan hal ehwal politik serta kenegaraan sangat merujuk kepada tahap pendidikan
yang mereka lalui.
28

Easton dan Hess (1962) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007) Children in
The Political System turut memperoleh hasil kajian yang sama dengan Almond dan
Verba (1963). Kajian oleh mereka yang berlaku di Amerika Syarikat mendapati
bahawa seseorang individu yang berumur tiga tahun berupaya mempelajari hal politik
di sekolah justeru tingkat pengetahuan mereka akan menjadi lebih mantap ketika
berusi tujuh tahun. Fasa awal pembelajaran politik melibatkan hal ehwal persekitaran
mereka seperti “ keterikatan kepada hal sekolah” serta “ pengenalan” bahawa mereka
menetap di kawasan tertentu di dalam sesebuah negara. Hal ini diikuti pengenalan
kepada simbol-simbol yang boleh dilihat melalui autoriti-autoriti umum seperti
presiden, polis serta bendera negara. Di saat kanak – kanak tersebut berusia sembilan
tahun, mereka akan diperkenalkan pula kepada konsep-konsep lain yang lebih abstrak
serta kompleks seperti sistem demokrasi, hak bersuara, peranan warganergara dalam
sistem politik serta kebebasan sivil.

Pada peringkat pusat pengajian tinggi seperti universiti, orientasi kampus


merupakan salah satu agen sosialisasi utama kepada para pelajar. Pada masa yang
sama, media massa turut juga berperanan sebagai salah satu sumber untuk
memperoleh sesuatu pengetahuan politik. Lazimnya, mahasiswa di kampus tidak
menetap bersama dengan keluarga serta ibu bapa mereka namun mereka menetap di
asrama mahupun rumah sewa. Oleh hal yang demikian, ibu bapa serta ahli keluarga
yang lain bukanla lagi agen sosialisasi politik utama bagi mahasiswa universiti.

Menerusi kajian Azita (1995) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007) bertajuk
“Sosialisasi Politik: Nasionalisme-Patriotisme dan Kesedaran Politik di Kalangan
Mahasiswa di Fakulti Sastera dan Sains Sosial”, didapati bahawa hanya dua agen
sosialisasi sahaja yang dilihat paling dominan untuk menentukan kesedaran politik
bagi para mahasiwa yakni orientasi kampus serta media massa. Agen-agen sosialisasi
lain seperti institusi keluarga juga sistem persekolahan didapati akan menurun kadar
pengaruh mereka. Messick (1970) seperti dikutip oleh Ku Hasnita (2007) Political
Awareness Among Mexican-American High School Students,” High School Journal
menyatakan bahawa pusat pengajian adalah agen yang lebih dominan dalam hal
memberikan heterogen maklumat berkaitan politik bagi para penuntutnya berbanding
agen lain. Hal ini merujuk kepada sebanyak 64 peratus responden melakukan
29

perbincangan berkaitan hal politik di dalam kelas hampir pada setiap hari. Perkara ini
memberi cerminan bahawa mereka begitu minat berkaitan pengetahuan politik justeru
menunjukkan bahawa kesedaran mereka kepada politik adalah tinggi. Tambahan pula
di negara-negara seperti Amerika Syarikat serta Taiwan yang telah lama
mendedahkan pengetahuan politik kepada para pelajar menerusi sistem pendidikan di
sekolah serta pusat pengajian. Contohnya di negara Amerika Syarikat pada sekitar
tahun 1790-an, kesemua pelajar diberikan buku-buku teks sekolah yang mengandungi
pengetahuan politik seperti pendedahan berkenaaan ancaman-acaman kerajaan yang
baru dibentuk. Bermula tahun 1915 pula, para pelajar di peringkat sekolah tinggi
harus mengambil kursus-kursus berkaitan kajian tentang institusi-institusi politik serta
latihan kewarganegaraan.

Bagi negara Taiwan pula, regim pemerintahan yang sering mengalami


pergantian sejak lebih daripada seratus tahun telah menjadikan bidang pendidikan
sebagai medium bagi menyebarkan kesedaran politik serta menjayakan proses
indoktrinasi politik. Situasi ini dapat dilihat ketika Jepun memerintah Taiwan sekitar
tahun 1895-1945. Pada ketika itu, pihak Jepun telah menggunakan slogan “Becoming
Japanese” sebagai teras sistem pendidikan ketika itu. Pengambil alihan Taiwan oleh
Republik China ketika Jepun tewas semasa Perang Dunia Kedua mewujudkan pula
slogan “Becoming Chinese” dalam sistem pendidikan di Taiwan. Ketika Taiwan
berjaya diperintah oleh rakyatnya pada tahun 2000, jasa para pendidik amat
diperlukan dalam membentuk “Taiwanese Conciousness” serta mewujudkan
kurikulum pendidikan yang menegaskan kepada “Becoming Taiwanese”. Fenomena
ini memperlihatkan bahawa pentingnya aspek pendidikan sebagai agen sosialisasi
dalam menyampaikan malumat, pengetahuan politik juga memupuk semangat
patriotisme rakyat.

Konklusinya, insititusi pendidikan seperti sekolah dan universiti mempunyai


peranan yang tersendiri dalam mempengaruhi pilihan seseorang untuk menentukan
sesuatu keputusan dalam hidup seperti pilihan ideologi politik. Pengaruh daripada
persekitaran di institusi pendidikan masing-masing serta aliran pendidikan yang
diterima sebenarnya memberikan pengalaman yang baru kepada seseorang individu
dalam melihat kehidupan. Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi corak
30

pemikiran seseorang dalam mengamalkan sesuatu nilai agar dirinya akan berasa
seperti ahli kumpulan persekitaran tersebut. Maka dengan ini, pilihan terutamanya
dalam pemilihan parti politik akan cenderung untuk terpengaruh daripada pengalaman
diri dalam persekitaran sesuatu institusi pendidikan serta yang diterima.

2.4.5 Pendidikan Agama

Menurut Peraturan Pemerintah Republik Indonesia Nombor 55 Tahun 2007 (PP RI o.


55 Th 2007), pendidikan agama didefinisikan sebagai pendidikan yang memberikan
pengetahuan serta mencorakkan sikap personaliti dan keterampilan pengamalnya
semasa melaksanakan ajaran agama tersebut yang sekurang-kurangnya dilaksanakan
menerusi mata pelajaran dalam semua jenjang jalur dan jenis pendidikan. Menurut
Zakiyah Daradjat (1982) seperti dikutip oleh Sholichah (2011), pendidikan agama
Islam merupakan bimbingan dan asuhan kepada anak murid agar setelah selesai dari
pengajiannya akan dapat memahami dan mengamalkan ajaran Islam sebagai
pandangan hidup.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Afnia (2011), pendidikan agama harus
mula diajarkan kepada seseorang di rumah lagi yakni sejak mereka masih kecil oleh
penjaga mereka. Hal ini kerana pendidikan agama akan memupuk jiwa anak-anak
kecil supaya mempunyai keiman kepada Tuhan juga untuk membiasakan diri mereka
dengan nilai-nilai dan peraturan yang termaktub dalam agama. Oleh hal yang
demikian, pendidikan agama seharusnya dipupuk dalam jiwa seseorang semenjak
mereka dari kecil lagi agar membesar dalam keadaan yang dipandu oleh nilai-nilai
murni dalam agama. Seandainya tiada nilai-nilai keagamaan dalam proses seseorang
menjadi dewasa maka individu tersebut akan cenderung untuk terlibat dengan
kegiatan negatif seperti jenayah dan sebagainya (Afnia, 2011).

Menurut Afnia (2011), pendidikan agama yang diterima oleh seseorang


individu di sekolah merupakan sebuah ilmu tambahan dalam menguatkan lagi
kepercayaan agama dalam kehidupan seseorang individu. Namun begitu, tempoh
pengajaran pendidikan agama yang terbatas di sekolah tidak begitu berkesan dalam
memotivasikan seseorang individu untuk mengamalkan ajaran agama khususnya
31

ajaran agama Islam secara menyeluruh. Oleh itu, para guru di sekolah haruslah
mengamalkan ajaran agama Islam di luar waktu pengajaran bagi mata pelajaran
pendidikan agama Islam seperti cara berketerampilan, sikap serta seluruh aspek hidup.
Hal ini dituntut agar para pelajara lebih terdorong untuk mengamalkan gaya hidup
yang berteraskan kepada agama melalui proses sosialisasi bersama agen sosialisasi
mereka itu (Afnia, 2011).

Kesimpulannya, tahap pendidikan agama Islam yang diterima oleh seseorang


individu melalui proses sosialisasinya bersama agen-agen sosialisasi seperti ahli
keluarga mahupun orientasi institusi pendidikan akan mampu membentuk peribadi
serta corak pemikiran mereka untuk lebih bersifat Islamik. Maka tidaklah menjadi
sesuatu yang janggal bagi seseorang individu yang memilih ideologi politik yang lebih
bersifat Islamik kerana mendapat pengaruh yang kuat dari agen sosialisasi pendidikan
agama masing-masing atas faktor pendidikan agama merupakan pegangan utama
dalam kehidupan.

Keseluruhan dapatan kajian lepas telah membincangkan tentang proses


sosialisasi serta peranan agen sosialisasi yang mempengaruhi ideologi politik
seseorang individu. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Rush dan Althoff
(1971), ianya menunjukkan bahawa agen sosialisasi politik yang paling dominan
adalah ibu bapa. Bagi kajian yang dilaksanakan oleh Azita (1995) dan Syed Arabi
(2014) pula telah menunjukkan bahawa media massa merupakan antara agen
sosialisasi politik yang sangat berpengaruh. Berdasarkan dapatan kajian lepas,
pengkaji ingin membuktikan agen sosialisasi apakah yang paling berpengaruh dalam
pemilihan ideologi politik dalam konteks mahasiswa UKM.

2.5 RUMUSAN

Berdasarkan bab ini, kita dapat meneliti bagaimana pandangan ahli-ahli sosiologi serta
beberapa kajian berkaitan peranan agen sosialisasi. Malahan, kajian yang disertakan
juga dapat memberikan pengukuhan terhadap pernyataan yang dibuat. Menerusi bab
ini, kita dapat melihat bagaimana seseorang individu itu mendapatkan pengaruh
daripada agen sosialisasi dalam membuat pilihan terhadap sesuatu perkara. Setiap
32

pilihan yang dibuat oleh setiap individu adalah merupakan hasil daripada proses
sosialisasi bergantung kepada jenis agen sosialisasi yang wujud dalam persekitaran
sosial mereka.
33

BAB III

LATAR BELAKANG KAJIAN DAN KAWASAN KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan mengupas dengan lebih teliti berkaitan latar belakang lokasi kajian.
Penerangan tentang lokasi geografinya serta kemudahan-kemudahan yang berada di
kawasan kajian diperincikan melalui bab ini. Di samping itu, pengkaji akan
menerangkan secara ringkas berkaitan latar belakang informan serta Persatuan
Mahasiswa Pulau Pinang (PMPP) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hal ini
merangkumi nama informan, umur, jantina, fakulti pengajian, program pengajian dan
peringkat pengajian bagi pra-universiti. Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang (PMPP)
ditubuhkan dengan tujuan untuk menyatukan mahasiswa UKM yang berasal daripada
negeri Pulau Pinang. Ianya merupakan antara beberapa persatuan yang berada di
bawah naungan Persatuan Anak Negeri Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

3.2 LOKASI KAJIAN

Bagi kajian ini, lokasi pengutipan datanya terdiri daripada dua yakni:

1. Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi


2. Kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang

3.2.1 Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

Umumnya, Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang (PMPP) UKM berpusat di kampus


UKM Bangi. Oleh hal yang demikian, lokasi ini dijadikan sebagai lokasi kajian
34

kerana kesemua enam belas informan bagi kajian yang terdiri dari ahli PMPP UKM
menuntut dan menetap di kampus tersebut. Selain itu, kampus UKM Bangi juga
merupakan tempat berlakunya proses sosialisasi antara para informan dengan agen
sosialisasi masing-masing dalam memilih calon MPP kerana segala hal yang berkaitan
dengan Pilihan Raya Kampus UKM adalah berpusat di Kampus Bangi. Oleh hal yang
demikian, maka jelaslah bahawa proses sosialisasi yang mempengaruhi pemilihan
calon MPP bagi mahasiswa berlaku di dalam kawasan kampus UKM Bangi. Di
samping itu, pengkaji juga menuntut dan menetap di Kampus UKM Bangi serta
pengkaji juga sudah terbiasa dengan keadaan PRK UKM yang berlangsung semenjak
pengkaji berada di pengajian tahun satu. Maka dengan itu, jelaslah lokasi bagi kajian
ini berlaku di kampus UKM Bangi dengan alasan yang kukuh.

3.2.2 Kawasan Seberang Perai

Bagi kajian ini, lokasinya juga tertumpu di daerah Seberang Perai merangkumi
bahagian selatan, tengah dan utara. Hal ini kerana kesemua informan yang ingin temu
bual menetap di kawasan Seberang Perai. Para informan yang kesemuanya berjumlah
enam belas terdiri daripada ahli PMPP yang menetap di kawasan Seberang Perai.
Umumnya, PMPP UKM sendiri berpusat di kampus UKM Bangi, namun sesi temu
bual tidak mampu dijalankan semasa cuti semester kerana semua informan yakni ahli
PMPP yang menetap di kawasan Seberang Perai pulang bercuti ke rumah masing-
masing. Oleh hal yang demikian, pengkaji menjadikan kawasan Seberang Perai
sebagai lokasi bagi sesi pengutipan data dijalankan bersama ahli PMPP yang menetap
di kawasan Seberang Perai.

Kawasan Seberang Perai merupakan sebuah daerah Pulau Pinang yang berada
di kawasan tanah besar Semenanjung Malaysia. Negeri Pulau Pinang merupakan
salah sebuah daripada negeri yang terdapat dalam negara Malaysia. Kedudukan
negeri Pulau Pinang adalah sekitar 320 Kilometer ke utara dari Kuala Lumpur .
Negeri Pulau Pinang terdiri daripada beberapa daerah seperti Barat Daya Pulau
Pinang, Barat Laut Pulau Pinang, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan
juga Seberang Perai Utara.
35

Bagi kawasan Seberang Perai, banyak kemudahan dibangunkan di sekitar


kawasan daerah ini dan majoritinya bertumpu di bahagian Seberang Perai Tengah. Di
kawasan tersebut banyak dibangunkan jabatan-jabatan kerajaan Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang, Jabatan Imegresen Negeri Pulau Pinang, Hospital
Seberang Jaya, Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Pulau Pinang,
Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pulau Pinang, Universiti Teknologi
Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang serta Pejabat PERKESO Negeri Pulau Pinang
dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah. Di daerah Seberang Perai
Tengah juga telah dibangunkan beberapa pusat membeli belah seperti Sunway
Carnival Mall dan MYDIN Mall Bukit Mertajam yang menjadi pusat tumpuan
penduduk sekitar untuk berkunjung dan mendapatkan keperluan masing-masing.

Tujuan pengkaji memilih lokasi ini kerana kawasan Seberang Perai merupakan
kawasan yang dihuni oleh para informan bagi kajian ini iaitu ahli Persatuan
Mahasiswa Pulau Pinang (PMPP). Hal ini sangat penting dalam mengkaji proses
sosialisasi yang berlaku dalam kalangan informan bersama agen sosialisasi masing-
masing dalam memperoleh sebarang pemilihan ideologi politik selamsa mereka
membesar dan menetap di kawasan Seberang Perai.

Walaupun umumnya PMPP UKM berpusat di kampus UKM Bangi, namun


pengkaji telah menyaringkan para informan kepada ahli PMPP yang tinggal kawasan
Seberang Perai sahaja. Oleh itu, pengkaji sangat berkeyakinan untuk mampu
melaksanakan sesi pengutipan data sewaktu cuti semester tanpa mengeluarkan kos
yang banyak kerana tempat tinggal pengkaji berada dalam kawasan Seberang Perai.
Hal ini amat memudahkan pengkaji untuk berulang alik dari lokasi pengutipan data.
Di samping itu juga, pemilihan lokasi pengutipan ini juga merupakan pilihan yang
dibuat oleh pengkaji dalam mencapai matlamat akhirnya iaitu untuk menamatkan
pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda. Hal ini bermula apabila penyelia tesis
bagi pengkaji mengarahkan pengkaji untuk melakukan kajian di tempat yang berupaya
dilaksanakan oleh pengkaji. Dari sudut seorang pengkaji, maka sedayanya bagi
pilihan yang dibuat adalah bagi kawasan yang mampu dicapai dengan kos yang
rendah serta membuahkan hasil kajian yang memuaskan. Pada mulanya pengkaji
bercadang untuk melakukan kajian di kampus UKM Bangi memandangkan, namun
36

begitu pertimbangan telah dibuat dari segi kos untuk hidup di UKM semasa cuti
semester dan juga kebarangkalian untuk bertemu dengan informan sewaktu cuti
semester yang agak tipis kerana kebanyakan pelajar UKM akan cenderung pulang
sewaktu cuti. Bagi memudahkan pencapaian matlamat pengkaji dan penyelianya
untuk menyiapkan kajian pada masa yang ditetapkan, persetujuan telah dibuat agar
kajian dijalankan di kawasan Seberang Perai untuk bertemu dengan para informan
yang balik bercuti sewaktu cuti semester di kawasan Seberang Perai.

Dalam usaha mendapatkan maklumat bagi kajian ini, pengkaji telah berhubung
dengan ahli PMPP. Hasilnya, pengkaji berjaya menemui Pengerusi Persatuan
Mahasiswa Pulau Pinang di Universiti Kebangsaan Malaysia (PMPP) bagi sesi
2015/2016 untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut berkaitan persatuan anak
negeri tersebut. Untuk mendapatkan informan, pengkaji telah dimasukkan ke dalam
kumpulan Whatsapp Persatuan Anak Negeri Pulau Pinang untuk menghubungi setiap
daripada seorang informan. Hal ini telah memudahkan pengkaji untuk mengatur
jadual bagi menemu bual setiap informan dengan berjaya dan menepati masa serta
kualiti yang dikehendaki dalam kajian.

PETA 3.1 Kedudukan Seberang Perai

Sumber : https://www.google.com/maps/@5.3826474,100.6624056,10.5z
37

3.3 LATAR BELAKANG PERSATUAN MAHASISWA PULAU PINANG


(PMPP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Bagi sesi 2015/2016, Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang UKM dipengerusikan oleh
Zul Muhammad Adam Bin Zulkifli yakni pelajar Tahun 3 bagi program pengajian
Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuluddin dan Falsafah).
Untuk sesi 2015/2016 juga, persatuan ini mempunyai seramai sembilan puluh satu
orang ahli dari kalangan pelajar prasiswazah. Seramaiempat belas orang ahli
merupakan pelajar lelaki dan tujuh puluh tujuh pelajar perempuan. Bagi stratifikasi
kaum pula, sebanyak sembilan puluh orang ahli merupakan berbangsa Melayu
manakala terdapat seorang ahli yang berbangsa India. Dari segi stratifikasi fakulti
pengajian pula, seramai tiga puluh satu orang ahli merupakan pelajar Fakulti
Pengajian Islam (FPI),dua puluh orang ahli merupakan pelajar Fakulti Sains Sosial
Dan Kemanusiaan (FSSK), seramai sebelas orang ahli merupakan pelajar Fakulti
Sains Dan Teknologi (FST), sebelas orang ahli merupakan pelajar Fakulti Teknologi
Dan Sains Maklumat (FTSM), sepuluh orang pelajar merupakan pelajar Fakulti
Kejuruteraan Dan Alam Bina (FKAB) serta lapan orang ahli merupakan pelajar dari
Fakulti Undang-Undang (FUU). Jadual berikut bilangan ahli PMPP sesi 2015/2016
mengikut fakulti pengajian.

JADUAL 3.1 Bilangan Ahli Persatuan PMPP Sesi 2015/2016 Mengikut Fakulti
Pengajian

Bil. Fakulti Pengajian Bilangan Ahli


1. Fakulti Pengajian Islam (FPI) 31
2. Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (FSSK) 20
3. Fakulti Sains Dan Teknologi (FST) 11
4. Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat (FTSM) 11
5. Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (FKAB) 10
6. Fakulti Undang-Undang (FUU) 8

Sumber: Kajian Lapangan 2016


38

Seterusnya, rajah berikut menunjukkan carta organisasi bagi PMPP bagi sesi
2015/2016.

SENARAI NAMA MAJLIS TERTINGGI PMPP 2016

Yang di-pertua
Zul Muhammad Adam bin Zulkifli (FPI)
(A 144773)

Naib yang di-pertua


Hani Zuhairah binti Zulmajdi (FPI)
(A 144767)

Setiausaha
Najuah binti Eshak (FPI)
(A 144790)

Bendahari
Nur Farhana binti Zolkefli (FPI)
(A 144945)

Exco Penerbitan dan Multimedia Exco Program dan Hubungan Luar


- Aiffah bt Shuib (FPI) - Farhana bt Abdul Halim Shah (FST)
(A 151938) (A 151218)
- Shifak bt Ahmad Baharrudin (FPI)
(A 144905)

Exco Sukan dan Rekreasi Exco Ekonomi dan Keusahawanan

- Nor Hidayah binti Zahari (FPI) - Siti Khatijah binti Othman (FSSK)
(A 149511) (A 145214)
- Mohamad Zulhilmi bin Zainol (FPI)
(A 149467)

Exco Pendidikan dan Kerohanian Exco Mahasiswa dan Masyarakat


- Wani Syafiqah binti Adnan (FPI) - Nurul Izzaty bt Ahmad (FSSK)
(A 150222) (A 151139)
- Syamsyathul Mardiah bt Akbar Ali (FPI) - Muhammad Fahmi bin Hassan(FSSK)
(A 150135) (A 151832)

RAJAH 3.1 Senarai Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang


2015/2016.
39

Sumber: Kajian Lapangan 2016

Merujuk kepada rajah 3.1, majoriti jawatan yang dipegang bagi Majlis
Tertinggi PMPP sesi 2015/2016 terdiri daripada pelajar FPI. Hal ini berlaku kerana
majoriti pelajar PMPP terdiri daripada pelajar FPI. Di samping itu, pada sesi yang
lepas, kebanyakan jawatan Majlis Tetinggi PMPP dipegang oleh pelajar FPI. Oleh hal
yang demikian, kebiasaanya jawatan oleh pelajar lama FPI akan diserahkan kepada
pelajar baharu FPI atas dasar saling mengenali dan sudah terbiasa bekerjasama dalam
pelbagai perkara. Situasi ibarat sebuah tradisi yakni kebanyakan jawatan bagi Majlis
Tertinggi PMPP akan diterajui oleh pelajar FPI sejak dari pengkaji berada di
pengajian tahun 1.

Umumnya, ahli bagi persatuan ini akan mendaftar dengan persatuan semasa
berlangsungnya Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar termasuk persatuan anak negeri
semasa di awal semester 1 setiap sesi pengajian. Umumnya, persatuan ini ditubuhkan
bagi para pelajar UKM yang berasal daripada negeri Pulau Pinang. Selain itu,
kewujudannya juga adalah untuk menyatukan kesemua mahasiswa dari negeri Pulau
Pinang di bawa satu persatuan di samping mengambil tahu akan perihal ahli-ahlinya
atas semangat persaudaraan.

Antara aktiviti wajib bagi persatuan ini adalah mengadakan mesyuarat agung
tahunan dalam melantik majlis tertinggi serta ahli jawatan kuasa baru bagi
memastikan persatuan ini sentiasa menjana aktiviti yang bermanfaat kepada ahlinya
juga kepada seluruh warga UKM. PMPP juga akan selalu mengadakan hari interaksi
bersama ahli baru pada semester satu setiap sesi. Tujuan hari interaksi diadakan
adalah bagi merapatkan lagi ikatan silaturahim sesama ahli juga untuk membentuk
pelbagai perancangan dalam memastikan persatuan ini sentiasa bergerak aktif.

Lazimnya, PMPP akan mengadakan program dengan para pelajar sekolah


seperti pelajar tingkatan 6 dari negeri Pulau Pinang dengan matlamat untuk menyuntik
40

semangat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi bagi anak jati Pulau
Pinang. Antara aktiviti yang berkaitanadalah Program Kelestarian Masa Depan
dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Perlis Darul Sunnah (PERSADA) Universiti
Kebangsaan Malaysia yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik
Pulau, Pulau Pinang bersama-sama murid sekolah tersebut semasa sesi pengajian
2013/2014.

Bilik gerakan PMPP terletak di bangunan Pusanika, Universiti Kebangsaan


Malaysia. Lokasi tepatnya adalah bersebalahan dengan mesin ATM Bank Islam.
Selalunya bilik ini akan diguna pakai oleh ahli Majlis Tertinggi PMPP untuk
mengadakan mesyuarat bagi sesuatu aktiviti. Di samping itu, bilik juga digunakan
oleh para ahli untuk menempatkan segala peralatan milik persatuan agar sentiasa
selamat dan dapat digunakan apabila perlu.

3.4 LATAR BELAKANG INFORMAN

JADUAL 3.2 Ringkasan latar belakang informan yang telah ditemu bual

Bil. Nama Umur Jantina Tahun Fakulti Tahap


Pengajian Pengajian Pengajian di
Peringkat
Pra-
Universiti
1 Nu’man 23 Lelaki 3 FSSK STPM
(Aliran
Sastera
Agama)
2 Najmuddin 23 Lelaki 3 FSSK STPM
(Aliran
Sastera
Agama)

bersambung...

..sambungan
41

3 Hani 23 Perempuan 3 FPI STPM


(Aliran
Sastera
Agama)
4 Najuah 23 Perempuan 3 FPI STPM
(Aliran
Sastera
Agama)
5 Adam 23 Lelaki 3 FPI STPM
(Aliran
Sastera
Agama)

6 Firdaus 23 Lelaki 3 FPI STPM


(Aliran
Sastera
Agama)
7 Luqman 23 Lelaki 3 FPI STPM
(Aliran
Sastera
Agama)
8 Syazwan 22 Lelaki 2 FPI STPM
(Aliran
Sastera
Agama)

9 Halimatun 23 Perempuan 3 FSSK STPM


(Aliran
Sastera)

10 Hafida 23 Perempuan 3 FSSK STPM


(Aliran
Sastera)
11 Hakim 22 Lelaki 2 FSSK STPM
(Aliran
Sastera)

12 Liyana 22 Perempuan 2 FSSK STPM


(Aliran
Sastera)

13 Maisarah 22 Perempuan 3 FSSK Matrikulasi


Perakaunan
42

bersambung...

...sambungan

14 Fitri 22 Lelaki 3 FSSK Matrikulasi


Perakaunan
15 Azizi 22 Lelaki 3 FST Matrikulasi
Sains

16 Shazwarina 22 Perempuan 3 FSSK Asasi


Undang-
Undang
UiTM

Sumber: Kajian lapangan 2016

Jadual 3.2 menunjukkan bahawa informan adalah terdiri daripada 9 orang lelaki dan 7
orang perempuan. Lingkungan umur informan adalah di antara 22 hingga 23 tahun.
Di samping itu, kesemua informan merupakan berbangsa Melayu. Tiga orang
informan merupakan pelajar tahun 2 manakala seramai 13 orang informan merupakan
pelajar tahun 3. Selain itu, 9 informan merupakan pelajar dari Fakulti Sains Sosial
Dan Kemanusiaan (FSSK), 6 informan dari Fakulti Pengajian Islam (FPI), seorang
informan dari Fakulti Sains Dan Teknologi (FST). Daripada kesemua informan, 8
informan merupakan pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi
aliran Sastera Agama, 4 informan merupakan lepasan STPM aliran Sastera, 2
informan merupakan pelajar lepasan Matrikulasi Perakaunan, seorang informan
merupakan pelajar lepasan Matrikulasi Sains dan seorang informan merupakan pelajar
lepasan Asasi Undang-Undang UiTM. Setiap informan akan diberikan keterangan
berkaitan perihal dan pengalaman diri masing-masing.

3.4.1 Nu’man

Informan pertama adalah Nu’man. Beliau berusia 23 tahun. Beliau merupakan pelajar
tahun 3 bagi program Sejarah dan sebelumnya beliau merupakan pelajar lepasan
STPM aliran Sastera Agama. Beliau mula mendaftar sebagai mahasiswa UKM pada
sesi kemasukan 2016/2016. Menurut beliau, corak politik yang berlaku di dunia luar
banyak mempengaruhi pilihan yang dibuatnya semasa mengundi bagi pilihan raya
43

kampus. Selain itu, Nu’man juga menyatakan bahawa kedua orang tuanya
mempunyai ideologi politik yang berbeza yakni ibunya lebih cenderung menyokong
pihak Kerajaan Barisan Nasional manakala bapanya lebih kepada menyokong pihak
Pembangkang. Bagi dirinya pula, dia tidak terlalu cenderung untuk menyokong
mana-mana pihak sepenuhnya. Namun begitu, Nu’man merupakan seorang peribadi
yang sangat menyokong tindakan mana-mana pihak yang memperjuangkan hak
agama Islam.

3.4.2 Najmuddin

Informan ketiga bernama Najmuddin.Beliau berusia 23 tahun serta merupakan pelajar


tahun 3 bagi program Persuratan Melayu. Beliau merupakan pelajar lepasan STPM
aliran Sastera Agama. Menurut Najmuddin, pihak keluarga bukanlah penyebab utama
yang mendorong dirinya untuk menyokong sebarang pihak dalam sebarang jenis
pilihan raya baik Pilihan Raya Umum mahupun Pilihan Raya yang dijalankan di
dalam Kampus UKM. Sebagai seorang yang terlibat dalam pendidikan beraliran
agama Islam semenjak dari sekolah rendah, beliau sangat mementingkan elemen
agama Islam dalam mana-mana perjuangan sebarang pihak baik Pro-Kerajaan
mahupun Pembangkang.

3.4.3 Hani

Informan ketiga bagi kajian ini adalah Hani. Beliau berusia 23 tahun merupakan
pelajar tahun 3 bagi program Usuluddin Dan Falsafah. Sepanjang tempoh
persekolahan beliau, aliran agama merupakan bidang yang ditekuni oleh dirinya
bermula dari peringkat tadikan sehinggalah ke STPM. Namun begitu, untuk urusan
pilihan parti politik, Hani tidak terlalu mudah untuk menyokong mana-mana pihak
walaupun ibu bapanya cenderung untuk menyokong pihak pembangkang pada
awalnya.
44

3.4.4 Najuah

Informan keempat adalah Najuah. Beliau berusia 23 tahun dan merupakan pelajar
tahun 3 bagi program Usuluddin dan Falsafah. Beliau merupakan pelajar lepasan
STPM aliran Sastera Agama. Bagi Najuah, segala pilihan yang dibuat oleh dirinya
semasa Pilihan Raya Kampus merupakan hasil peranan media massa kerana dirinya
sendiri mengaku bahawa beliau banyak melayari laman sesawang seperti Facebook
untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan perkembangan Pilihan Raya Kampus
bagi sesi 2016/2016.

3.4.5 Adam

Informan kelima merupakan Adam. Beliau berusia 23 tahun dan merupakan pelajar
tahun akhir bagi program Usuluddin dan Falsafah. Adam merupakan pelajar lepasan
STPM aliran Sastera Agama . Bagi Adam, walaupun kedua orang tuanya merupakan
penyokong Barisan Nasional yang agak kuat, namun dirinya cenderung untuk lebih
menyokong ideologi yang dibawa oleh pihak pembangkang berbanding pihak Barisan
Nasional.

3.4.6 Firdaus

Informan keenam adalah Firdaus. Beliau berusia 23 tahun dan merupakan pelajar
tahun akhir bagi program Usuluddin dan Falsafah. Sebelum melanjutkan pelajaran
bagi peringkat Ijazah Sarjanamuda, Firdaus merupakan pelajar lepasan STPM aliran
Sastera Agama. Menurut Firdaus, beliau mendapatkan pengaruh untuk mengundi
pihak Gabungan Mahasiswa semasa Pilihan Raya Kampus (PRK) sesi 2015/2016 hasil
daripada proses sosialisasi yang dijalankan bersama-sama teman sefakulti dan juga
rakan sekolejnya.

3.4.7 Luqman
45

Informan ketujuh bagi kajian ini adalah Luqman. Beliau berusia 23 tahun dan
merupakan pelajar tahun akhir bagi program Syariah. Aliran agama merupakan
bidang pendidikan yang ditempuhi oleh beliau semenjak dari sekolah Menengah lagi.
Oleh hal yang demikian, hal ini sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap
kecenderungan pilihannya terhadap pihak pembangkang terutamanya PAS selain
kedua orang tuanya juga merupakan penyokong pihak tersebut.

3.4.8 Syazwan

Informan kelapan adalah Syazwan. Beliau berusia 22 tahun dan merupakan pelajar
tahun 2 bagi program Syariah. Beliau juga merupakan pelajar lepasan STPM aliran
Sastera Agama semasa di peringakat pengajian Pra-Universiti. Menurut Syazwan,
walaupun kedua orang tuanya merupakan penyokong Barisan Nasional, namun beliau
cenderung untuk lebih menyokong pihak pembangkang terutamanya PAS. Bagi PRK
sesi 2015/2016 pula, beliau sememangnya menyokong pihak Gabungan Mahasiwa.

3.4.9 Halimatun

Informan kesembilan bernama Halimatun. Beliau berusia 23 tahun dan merupakan


pelajar tahun 3 bagi program Linguistik. Beliau juga merupakan pelajar lepasan
STPM aliran Sastera sebelum ini. Halimatun menyatakan bahawa dirinya cenderung
untuk menyokong pihak Aspirasi Mahasiswa kerana keupayaan pihak tersebut dalam
memperjuangkan hak mahasiswa UKM dengan sepenuh komitmen.

3.4.10 Hafida

Informan kesepuluh bernama Hafida. Beliau berusia 23 tahun dan merupakan pelajar
tahun akhir program linguistik. Sebelum melanjutkan pelajaran di UKM, Hafida
merupakan pelajar lepasan STPM aliran Sastera. Menurut Hafida, dirinya menyokong
pihak Aspirasi Mahasiswa atas dasar pihak tersebut boleh membawa perubahan yang
positif ke atas Mahasiswa UKM.
46

3.4.11 Hakim

Informan kesebelas merupakan Hakim. Beliau berusia 22 tahun dan merupakan


pelajar tahun 2 program Geografi. Hakim merupakan pelajar lepasan STPM aliran
Sastera sebelum ini. Hakim menyatakan bahawa pengaruh besar yang mempengaruhi
dirinya untuk menyokong pihak Aspirasi Mahasiswa adalah kerana beliau merupakan
salah seorang daripada ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) di kolej kediamannya.

3.4.12 Liyana

Informan kedua belas adalah Liyana. Beliau berusia 22 tahun dan merupakan pelajar
tahun 2 bagi program Psikologi. Liyana merupakan pelajar lepasan STPM aliran
Sastera sebelum ini. Menurut Liyana, walaupun kedua ibu bapanya merupakan
penyokong setia bagi Barisan Nasional, namun pendiriannya untuk menyokong mana-
mana pihak masih bergantung kepada tahap kerasionalan tindakan sesuatu pihak
tersebut

3.4.13 Maisarah

Informan ketiga belas adalah Maisarah. Beliau berusia 22 tahun dan merupakan
pelajar tahun akhir bagi program Kerja Sosial. Maisarah merupakan pelajar lepasan
Matrikulasi jurusan Perakaunan sebelum menyambung pelajaran di UKM. Menurut
Maisarah, pengaruh yang didapatkannya untuk menyokong pihak Gabungan
Mahasiswa adalah daripada ahli keluarganya.

3.4.14 Fitri

Informan ke empat belas adalah Fitri. Beliau berusia 22 tahun dan merupakan pelajar
tahun 3 bagi program Sains Politik. Sebelum melanjutkan pelajaran di UKM, Fitri
merupakan pelajar lepasan Matrikulasi jurusan Perakaunan. Sebelum menjadi pelajar
di UKM, Fitri cenderung untuk menyokong pihak pembangkang yakni PAS akibat
47

pergaulan sesama rakan sekolahnya walaupun ibu bapanya merupakan penyokong


Barisan Nasional. Namun begitu, Fitri memilih untuk menyokonh pihak Aspirasi
yang dibayangi oleh Barisan Nasional apabila mula menjadi pelajar UKM.

3.4.15 Azizi

Informan kelima belas adalah Azizi. Beliau berusia 22 tahun dan merupakan pelajar
tahun akhir bagi program Biokimia. Azizi merupakan pelajar lepasan Matrikulasi
jurusan Sains dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Azizi menyatakan bahawa dirinya
cenderung menyokong pihak Aspirasi Mahasiswa atas dasar pihak tersebut berupaya
membawa perubahan positif terhadap kebajikan serta segala hak mahasiswa.

3.2.16 Shazwarina

Informan yang keenam belas adalah Shazwarina. Beliau berusia 22 tahun dan
merupakan pelajar tahun akhir bagi program Linguistik. Sebelum menyambung
pengajian di UKM, Shazwarina merupakan pelajar Asasi Undang-Undang di
Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Shazwarina menyatakan bahawa ibu
bapanya merupakan penyokong setia Barisan Nasional dan hal ini secara tidak
langsung mendotong dirinya untuk turut menyokong pihak Aspirasi Mahasiswa di
UKM.

3.5 RUMUSAN

Secara ringkasnya, bab ini membincangkan berkaitan lokasi kajian serta latar
belakang informan. Menerusi bab ini juga, lokasi kajian dinyatakan secara teliti serta
faktor-faktor pemilihan kawasan juga dinyatakan secara jelas. Selain itu, pengkaji juga
ada menerangkan tentang cara informan mengenali dunia politik dalam kalangan
mereka menerusi bab ini. Di samping itu, latar belakang inorman, maklumat asas
informan juga telah dinyatakan secara ringkas dan telah dihuraikan. Antara perkara
yang difokuskan dalam bahagian latar belakang informan adalah berkaitan bagaimana
mereka mendapatkan pengaruh dalam mengundi mana-mana pihak bagi Pilihan Raya
Kampus UKM sesi 2015/2016. Hal ini berupaya memberikan gambaran kepada
48

pembaca berkaitan informan. Maklumat-maklumat yang diperoleh akan digunakan


dalam bab seterusnya.
49

BAB IV

JENIS AGEN SOSIALISASI DAN PERANAN AGEN SOSIALISASI

4.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan hasil kajian yang telah dijalankan. Bab ini pula dibahagikan
kepada tiga bahagian yakni jenis agen sosialisasi yang memberi pengaruh terhadap
pilihan yang dilakukan oleh mahasiswa semasa Pilihan Raya Kampus UKM sesi
2015/2016 dan juga tahap pengaruh agen sosialisasi bagi pilihan mahasiswa dalam
pemilihan calon MPP serta agen sosialisasi yang paling berpengaruh dalam kalangan
mahasiswa bagi menentukan pilihan ideologi politik mereka. Dalam bab ini, pengkaji
akan menghurai dapatan kajian berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada sesi
temu bual yang dijalankan ke atas enam belas informan yang terdiri daripada ahli
Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang (PMPP) Universiti Kebangsaan Malaysia yang
tinggal di kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang. Dapatan kajian akan dibincangkan
berdasarkan tema-tema yang telah dibahagikan. Tema-tema tersebut adalah berkaitan
dengan tiga objektif kajian yang telah dinyatakan dalam bab I. Melalui bab ini,
pengkaji cuba membuktikan bahawa objektif kajian adalah tercapai.
50

4.2 JENIS AGEN SOSIALISASI BAGI AHLI PERSATUAN


MAHASISWA PULAU PINANG (PMPP) DI UKM

Seramai enam belas informan telah ditemu bual dan soalan berkaitan jenis agen
sosialisasi telah ditanyakan kepada setiap informan. Merujuk kepada temu bual yang
telah dilakukan, pengkaji mendapati bahawa setiap informan mempunyai jenis agen
sosialisasi yang tersendiri. Jenis agen sosialisasi yang dinyatakan oleh kesemua
informan adalah berbeza-beza dan terdapat juga persamaaan jenis agen sosialisasi di
antara informan. Oleh hal yang demikian yakni merujuk kepada temu bual, pengkaji
telah mendapati bahawa terdapat empat jenis agen sosialisasi yang utama bagi ahli
Persatuan mahasiswa Pulau Pinang (PMPP) yang tinggal di Seberang Perai yakni ahli
keluarga, rakan sebaya, media massa, pihak pentadbiran di UKM dan juga pendidikan
agama.

JADUAL 4.1 Jenis agen sosialisasi bagi ahli PMPP di UKM

Jenis Agen Sosialisasi

Bil. Nama Informan Keluarga Rakan Media Pihak Pendidikan


Sebaya Massa Pentadbiran Agama
Di UKM

1 Nu’man x x
2 Najmuddin x x x x x
3 Hani x x x
4 Najuah x x x
5 Adam x x
6 Firdaus x x
7 Luqman x x
8 Syazwan x x
9 Halimatun x
51

10 Hafida x
11 Hakim x
12 Liyana x
13 Maisarah x x
14 Fitri x x
15 Azizi x
16 Shazwarina x x x

Sumber: Kajian Lapangan 2016


4.2.1 Keluarga

Berdasarkan temu bual yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa terdapat


beberapa informan menyatakan bahawa ibu bapa merupakan pihak yang banyak
memberikan pengaruh terhadap diri mereka semasa membuang undi bagi calon
Pilihan Raya Kampus UKM sesi 2015/2016. Salah seorang daripada informan turut
menambahkan bahawa ahli keluarganya yang lain yakni abang serta kakaknya turut
memberikan pengaruh yang besar dalam menentukan hala tuju pilihannya semasa
mengundi calon- calon tersebut. Kesemua situasi ini berlaku kerana mereka
menyatakan bahawa hubungan yang rapat dijalin oleh mereka bersama ahli keluarga
sejak lahir hinggalah melanjutkan pelajaran di universiti banyak mempengaruhi
pemilihan ideologi politik yang diguna pakai oleh mereka terutamanya dalam
mengundi semasa Pilihan Raya Kampus sesi 2015/2016.

Menurut informan pertama yakni Nu’man, beliau menyatakan bahawa ibu


bapa merupakan pengaruh yang paling utama dalam memberikan pengaruh terhadap
pilihan beliau. Nu’man menyatakan bahawa ibu bapanya bukanlah jenis ibu bapa yang
terlalu tegas dalam menentukan pilihan hidupnya selama ini. Namun begitu, kedua
orang tuanya adalah jenis yang sangat mementingkan kehidupan berteraskan elemen
agama Islam dalam kehidupan seharian. Hal ini sememangnya terbukti apabila
Nu’man telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah yang beraliran agama
Islam sejak dari peringkat tadika sehinggalah berada Tingkatan 6. Bagi hal ideologi
politik bagi ibu bapa Nu’man sendiri, Nu’man menyatakan bahawa ibu dan bapanya
mempunyai dua ideologi politik yang berbeza .
52

Menurut Nu’man, “....aku dah terbiasa dengaq pendapat dua parti dalam
keluarga aku sebab kalau ikut belah mak aku dengan keluarga dia, depa sokong BN.
Kalau ikut ayah aku pulak, depa sokong PAS. So aku selalunya akan ada di tengah-
tengah untuk pikiaq dulu apa yang depa kata...”. Berdasarkan ekspresi wajah dan
nada suara Nu’man yang bersahaja, pengkaji mendapati bahawa Nu’man ingin
menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan
kedua orang tuanya yang berlainan pegangan ideologi politik. Hal ini secara tidak
langsung malah menjadikan Nu’man seorang peribadi yang tidak menilai sesuatu parti
politik di Malaysia dari sudut yang positif mahupun negatif semata-mata. Malahan,
Nu’man cenderung untuk melakukan pembacaan melalui buku-buku ilmiah yang
didapatkannya daripada sumber-sumber dipercayai dan bahan-bahan bacaan lain
untuk memperjelaskan lagi pemahamannya berkaitan setiap dua pihak berbeza yang
disokong oleh kedua orang tuanya. Oleh itu, jelaslah bahawa peribadi Nu’man yang
lebih gemar menilai sesuatu perkara dengan mengkaji dengan mendalami terlebih
dahulu akan perkara tersebut merupakan hasil daripada peranan agen sosialisasi yang
dimainkan oleh kedua ibu bapanya yang berbeza aliran pegangan politik.

Dalam hal mengundi pada peringkat Pilihan Raya Kampus di UKM bagi sesi
2015/2016 khususnya, Nu’man sendiri telah menyatakan bahawa dirinya cenderung
menyokong pihak Gabungan Mahasiswa secara keseluruhan disebabkan oleh
perjuangan pihak tersebut yang mengutamakan elemen agama Islam. Menurut
Nu’man, “....aku daqi kecik memang dah kena hantaq pi sekolah aliran agama. Mak
ngan ayah aku hantaq..” Sebagaimana yang diketahui, ibu bapa Nu’man sangat
mementingkan ajaran agama Islam dalam setiap aspek kehidupan. Maka, hal ini
terpancar jelas daripada cara pemikiran Nu’man terhadap sesuatu pilihan dengan lebih
mengutamakan elemen agama Islam terlebih dahulu mengatasi kepentingan mahupun
keperluan yang lain.

Informan kedua iaitu Najmuddin juga menyatakan bahawa ibu bapa juga
merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi pegangan politiknya baik di
peringkat nasional mahupun kampus. Menurut Najmuddin, ibu bapanya merupakan
jenis yang tegas bagi mengutamakan ajaran agama Islam dalam kehidupan.
Walaupun ayahnya merupakan bekas penjawat awam di Angkata Tentera Malaysia,
53

namun ideologi politik yang dipegang oleh ayahnya sentiasa bersandar kepada Parti
Islam Se-Malaysia (PAS).

Di samping itu juga, ketegasan ibu bapa Najmuddin bagi ajaran agama Islam
telah menyebabkan Najmuddin telah dihantar oleh orang tuanya untuk mendapatkan
pendidikan yang beraliran agama semenjak dari peringkat peringkat sekolah
menengah hinggalah ke peringkat Tingkatan 6. Hasilnya, pilihan ideologi politik
yang diputuskan oleh Najmuddin juga majoritinya cenderung untuk melihat Parti
Islam Semalaysia (PAS) sebagai pihak yang sentiasa memperjuangkan kebenaran
dalam menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang diperintah mengikut panduan
Al-Quran serta Sunnah. Najmuddin berkata bahawa:

...mak ngan pak aku memang sokong PAS. Pastu aku pulak depa hantaq pi sekolah
agama. Jadi masa kat sekolah agama pulak aku memang campoq ngan budak-budak
yang memang kuat PAS. Jadi, aku memang qasa apa yang PAS buat tu betul dan
kebanyakan apa yang UMNO buat tak betul even sampai mai U pon aku nampak
Aspirasi sah-sah sokong kerajaan. Aku x beqapa minat..aku kebanyakkannya sokong
GM sebab depa lagi perjuangkan Islam...

Bagi situasi yang dialami oleh Najmuddin ini, dapatlah dilihat bahawa peranan
yang dimainkan oleh kedua ibu bapa Najmuddin telah mencorakkan pemikirannya
untuk berpaksikan kepada pihak PAS dalam menentukan hala tuju masa depan negara.
Bagi peringkat Universiti pula, memang tidak dinafikan bahawa Najmuddin lebih
memilih untuk bersetuju terhadap kebanyakan ideologi bawaan Gabungan Mahasiswa
berbanding pihak Aspirasi Mahasiswa kerana dia telah disosialisasikan bahawa
Gabungan Mahasiswa merupakan jelmaan pihak PAS di dalam kampus UKM.

Sepanjang temu bual dijalankan, Najmuddin kelihatan tidak gugup dalam


memberikan jawapan berkaitan pilihan yang dilakukan oleh dirinya dalam memilih
ideologi politiknya itu. Walaupun ketika menyatakan dirinya tidak bersetuju dengan
sesetengah idea bawaan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional, namun Najmuddin
masih boleh bergelak ketawa dan tersenyum. Namun begitu, pengkaji mengenal pasti
bahawa Najmuddin tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut akan hal berkaitan pihak
Kerajaan Barisan Nasional kerana jawapan yang diberikan oleh dirinya hanyalah
mudah dan dengan nada yang rendah.
54

Bagi informan ketiga pula yakni Maisarah, beliau menyatakan bahawa kedua
ibu bapanya serta adik beradiknya yang lebih tua seperti kakak dan abangnya
merupakan pengaruh besar kepada pilihannya dalam memilih untuk mengundi pihak
PAS serta Gabungan Mahasiswa. Menurut Maisarah, dirinya serta adik beradik yang
lain telah dididik dengan tegas menerusi pendekatan agama Islam yang kuat sejak dari
kecil. Buktinya, beliau sendiri telah dihantar untuk belajar di tadika beraliran agama
Islam. Dalam pada itu, pegangan politik yang dipegang oleh kedua orang tuanya juga
turut disosialisasikan secara terus menerus sejak dari peringkat bawah kepada dirinya
dan juga adik beradik. Menurut Maisarah:

...Aku dari kecik memang mak ngan ayah aku ajaq untuk sokong PAS jala.. Kalau pi
universiti pon aku just sokong apa yang memang berkaitan dengan agama Islam. Mai
universiti pon memang aku sokong GM. ....aku tak minat nak tau pasai Aspirasi
langsung...

Dalam hal ini, dapatlah dilihat bahawa peranan yang dimainkan oleh ibu bapa
Maisarah dalam mengajarkan dirinya untuk menyokong ideologi parti politik yang
disokong mereka telah membentuk peribadi Maisarah yang tegas. Semasa
menyatakan bahawa dirinya tidak berminat untuk mengambil tahu tentang pihak
Aspirasi Mahasiswa pada peringkat universiti, nada suaranya agak begitu keras
dengan ekspresi muka yang sedikit serius.

Berkaitan pengaruh yang diterima oleh Maisarah daripada adik beradiknya


yakni kakak dan abangnya, Maisarah mengungkapkan bahawa ianya terjadi hasil
daripada pengalaman abang dengan kakaknya yang telah keluar berhijrah dan tinggal
jauh daripada keluarganya. Menurut Maisarah, “...abang ngan kak aku kan tinggai
luaq. Abang aku qeja KTM pahtu kak aku pulak dulu ambik A-Level kat kolej
MARA Seremban, pastu kawan-kawan depa la yang dok bagitau depa pasai GM kat
IPTA.tu ja...”. Disebabkan hubungan yang rapat antara Maisarah bersama abang dan
kakaknya, maka Maisarah mengakui bahawa dia memang mempercayai sepenuhnya
akan penceritaan kedua orang adik-beradiknya itu tanpa perasaan ragu. Hal ini justeru
berlaku aku akibat daripada jalinan hubungan yang dijalankan oleh Maisarah bersama
kakak dan abangnya sangat rapat sejak dari kecil hinggalah sekarang.
55

Di samping itu, Maisarah juga menyatakan beliau mudah untuk menerima


pendapat abang dan kakaknya kerana mereka tidak terlalu memaksakan dirinya untuk
sesuatu pilihan hidup. Hal ini membuatkan dirinya selesa dan mampu untuk
menerima pakai sebarang pendapat dari abang dan kakaknya. Oleh hal yang
demikian, tidak boleh dinafikan bahawa ahli keluarga maisarah secara keseluruhannya
telah mempengaruhi pilihannya justeru membentuk peribadinya yang tegas terhadap
sesuatu perkara yang dipercayainya tanpa ada keraguan atas dasar dirinya lebih
mempercayai ahli keluarga sebagai kelompok primer yang ditemuinya sejak lahir.

Bagi informan keempat pula yakni Shazwarina, pengaruh yang didapatkan


oleh dirinya dalam menentukan pilihannya bagi memilih ideologi politik adalah tidak
terlalu berkaitan dengan elemen agama Islam seperti informan-informan sebelum ini.
Memang tidak dinafikan bahawa kedua orang tua Shazwarina merupakan penyokong
kepada pihak Barisan Nasional dan hal itu juga mempengaruhi dirinya untuk lebih
cenderung menyokong pihak Barisan Nasional pada peringkat Nasional. Namun
begitu, Shazwarina menyatakan bahawa tidak pernah ada unsur paksaan daripada
kedua orang tuanya bagi beliau untuk menentukan pilihan hidupnya sama ada untuk
menyokong parti Barisan Nasional atau tidak.

Menurut Shazwarina, “...mak ngan ayah aku memang sokong BN, so aku
memang sokong BN. Bila mai universiti pulak sebab dah nampak Aspirasi macam BN
dan GM macam pembangkang so memang aku lebih kepada sokong Aspirasi la...”.
Dalam keadaan ini, hasil proses sosialisasi secara tidak langsung oleh ibu bapa
Shazwarina dalam menyokong pihak Barisan Nasional pada peringkat Nasional secara
tidak langsung mendorong Shazwarina untuk menyokong pihak Aspirasi atas dasar
sangkaan bahawa ideologi Aspirasi adalah bersamaan dengan parti Barisan Nasional.
Shazwarina juga turut menyatakan bahawa dirinya kurang gemar untuk menyebelahi
pihak Gabungan Mahasiswa disebabkan oleh pihak tersebut dilihat sebagai
mempergunakan Agama Islam dalam usaha menarik minat para pelajar UKM yang
majoritinya beragama Islam untuk menyokong idea bawaan mereka.
56

Selama temu bual dijalankan, gerak geri Shazwarina yang bersahaja serta nada
suara yang jelas menyatakan bahawa di sangat yakin dengan pilihannya. Di samping
itu, Shazwarina juga menyatakan bahawa ibu bapanya telah menghantar dirinya untuk
melanjutkan pelajaran sekolah aliran Inggeris sejak dari peringkat sekolah rendah
hinggalah ke sekolah menengah. Dalam hal ini, dapat dikenal pasti bahawa ibu bapa
Shazwarina cenderung untuk mendedahkan Shazwarina kepada persekitaran yang
lebih bersifat multi etnik dan moden kerana biasanya sekolah beraliran Inggeris akan
mempunyai murid daripada pelbagai kaum serta cenderung menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar. Persekitaran Shazwarina yang kurang bersifat
Islamik dan lebih berorientasikan kepada ideologi kebarat-baratan sedikit sebanyak
membentuk corak pemikirannya untuk tidak terlalu bersandarkan dengan kuat kepada
ideologi Islamik seperti bawaan Parti PAS. Namun begitu, Shazwarina masih
mengamalkan gaya hidup islamik seperti mengenakan tudung kepala apabila keluar
bertemu dengan orang luar. Buktinya, semasa bertemu pengkaji untuk ditemu bual di
restoren Mc Donald Seberang Jaya, Shazwarina datang dengan mengenakan tudung
kepala dan berperilaku sopan seperti kebanyakan wanita muslim.

Berdasarkan data-data yang diperoleh, jelaslah bahawa ahli keluarga


merupakan agen sosialisasi yang penting dalam menentukan pilihan keempat-empat
informan ini. Majoritinya, setiap informan mengakui bahawa elemen hubungan yang
rapat antara ahli keluarga banyak mempengaruhi pilihan mereka masing-masing
walaupun terdapat juga elemen ketegasan dalam didikan ibu bapa yang mempengaruhi
pilihan mereka. Daripada beberapa informan yang dinyatakan, hanya seorang
informan sahaja yang menyatakan bahawa adik-beradiknya berperanan dalam
mempengaruhi pilihannya berbanding ketiga orang informan lainnya yang hanya
menyatakan bahawa ibu bapa sahaja yang memberikan pengaruh besar terhadap
pilihan mereka.

4.2.2 Rakan Sebaya

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa terdapat
sesetengah informan yang menganggap bahawa rakan sebaya merupakan agen
sosialisasi yang mempengaruhi pilihan mereka. Dalam pada itu pula, konsep rakan
57

sebaya bagi para informan ini pula terbahagi kepada rakan sekolah, rakan sekelas,
rakan sefakulti, rakan sekolej kediaman, serta rakan sebilik.

Bagi informan yang bernama Fitri, salah satu sebab yang mendorong dirinya
untuk menyokong pihak Aspirasi Mahasiwa semasa Pilihan Raya Kampus Universiti
Kebangsaan Malaysia bagi sesi 2015/2016 adalah kerana pengaruh rakan-rakan yang
ditemui di kolej kediamannya yakni Kolej Pendeta Za’ba UKM. Fitri berkata,
“...masa mula-mula masuk UKM, kan masa minggu orientasi tu, adala sorang abang
senior tu. Dia mai cakap ngan cakap-cakap ngan kami pasai Aspirasi. Kenapa kena
sokong Aspirasi pastu macam-macam lagi la....”. Fitri turut menyatakan bahawa
semenjak dari itu, beliau mula menjalinkan hubungan yang rapat bersama rakan-
rakan yang giat memperjuangkan ideologi bawaan Aspirasi Mahasiswa di kolej
kediaman tersebut dengan menyertai sebuah kelab yang dikhususkan bagi menyokong
pihak Aspirasi Mahasiswa di Kolej Pendeta Za’ba. Menurut Fitri lagi, rakan-rakan
yang dikenalinya itu sangat mengambil berat akan hal dirinya. Hubungan yang rapat
di antara Fitri serta rakan-rakannya itu mendorong mereka menggelara Fitri sebagai
“Mamu”. Di samping itu, Fitri turut mengungkapkan bahawa setiap kali mereka
terlibat dalam program-program di kolej kediaman, Fitri tidak akan pernah lupa untuk
diajak bersama-sama menyertai program-program tersebut bersama rakan-rakannya
yang kuat memperjuangkan ideologi pihak Aspirasi Mahasiswa tersebut.

Dalam keadaan Fitri yang tinggal berjauhan daripada ahli keluarganya di


Pulau Pinang, pengaruh rakan-rakan sebaya telah berjaya membuatnya rasa selesa dan
mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Di samping itu juga,
Fitri juga berkemampuan untuk menyertai perjuangan bagi menyokong pihak Aspirasi
Mahasiswa kerana dirinya berasa rakan-rakan di kolej kediaman yang sealiran
dengannya itu mampu menjamin keselamatan dirinya dalam melakukan hal tersebut.
Hal ini menunjukkan bahawa Fitri memerlukan sokongan daripada orang di
sekelilingnya dalam melakukan sebarang perbuatan terutamanya apabila berada jauh
daripada ahli keluarganya.

Semasa temu bual dijalankan, gerak geri Fitri sangat menggambarkan bahawa
dia sangat menikmati masa-masanya bersama rakan-rakan sekolejnya untuk
58

memastikan pihak Aspirasi Mahasiswa boleh menerajui Majlis Perwakilan Pelajar


UKM. Untuk hal itu, pengaruh rakan sebaya sangat memainkan peranan penting
dalam kehidupan Fitri sebagai seorang mahasiswa UKM terutamanya dalam
memastikan dirinya mampu melaksanakan sesuatu urusan yang amat memerlukan
kerjasama mahupun bantuan daripada rakan-rakannya kerana memiliki keterbatasan
dalam sesuatu hal. Oleh hal yang demikian, Fitri melakukan pilihan dengan
menyokong pihak Aspirasi dengan mempertimbangkan kepentingan yang bakal
diperoleh oleh dirinya yakni kebergantungan kepada orang-orang disekelilingnya
seperti rakan-rakan sekolej kediamannya itu yakni sebagai agen sosialisasi.

Bagi informan kedua yakni Luqman, beliau juga menyatakan bahawa dirinya
telah terdorong untuk memilih calon MPP bagi Pilihan Raya Kampus adalah kerana
pengaruh rakan sebaya yakni rakan-rakan sefakulti. Pengaruh yang diterima oleh
Luqman adalah berbeza daripada Fitri kerana Luqman telah terdorong untuk
menerima ideologi pihak ideologi pihak Gabungan Mahasiswa. Menurut Luqman,
“...kalau FPI memang sedia maklum FPI, memang Aspirasi tak boleh tembuih la,
silap besaq la kalau sapa sokong Aspirasi kat FPI. Jadi kami semua memang
terdorong untuk sokong GM...”. Kata-kata ini menunjukkan bahawa dirinya sendiri
terpaksa akur dengan keadaan yang sememangnya sangat sinonim dengan Fakulti
Pengajian Islam (FPI) yakni keseluruhan Mahasiswa di fakulti tersebut menyokong
penuh Gabungan Mahasiswa.

Luqman berkata, “...aku ada kawan satu fakulti yang bertanding masa PRK
haritu. Aku tengok la dia macam mana dia buat keja. Aku bukan jenis yang main
undi ja dan dia memang baguih la. Aku pulak satu kelas ngan dia. Dia memang
baguih. Memang dia buat qeja sungguh-sungguh la.....”. Dalam hal ini, Luqman
cuba mengatakan bahawa dia melakukan pilihannya berdasarkan sejauh mana
peribadi pihak yang diundinya mampu mewakili suara mahasiswa UKM. Dalam hal
itu, Luqman mengenal pasti bahawa komitmen positif yang diberi oleh rakan
sefakultinya sebagai calon dari pihak Gabungan Mahasiswa dalam menjalankan tugas
sebagai seorang wakil pelajar merupakan antara faktor yang mendorong bahawa dia
percaya bahawa pihak Gabungan Mahasiswa selayaknya menerajui barisan Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP).
59

Dalam pada itu, Luqman juga mengatakan bahawa merupakan sesuatu yang
janggal apabila seorang pelajar FPI untuk menyokong Aspirasi Mahasiswa sehingga
fakulti itu sendiri telah digelar sebagai “Kubu GM”. Oleh hal yang demikian, dalam
usaha mendapatkan kepercayaan serta kerjasama rakan-rakan di persekitaran yang
kerap dijumpai, Luqman memilih untuk membuang undiannya bagi calon Gabungan
Mahasiswa setelah memikirkan beberapa akibat dan faedah yang akan diperoleh oleh
dirinya. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa harus memandang serius terhadap
pengaruh yang didapatkan dari agen sosialisasi kelompok rakan sebayanya yakni
rakan-rakan sefakulti dalam memilih pihak yang terbaik dalam menerajui kepimpinan
Majlis Perwakilan Pelajar UKM sesi 2015/2016 demi kepentingan bersama.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dilihat bahawa pengaruh rakan


sebaya sebagai sebuah agen sosialisasi merupakan salah satu aspek penting dalam
mendorong para informan dalam melakukan pilihan. Dua informan yakni Fitri dan
Luqman dilihat jelas menyatakan bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan sebuah
pertimbangan yang sangat penting dalam memastikan mereka memperoleh pilihan
yang terbaik terutamanya dalam memberikan manfaat serta keselamatan dalam
kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Fitri memilih untuk menyokong pihak
Aspirasi Mahasiswa atas dasar memperoleh rakan-rakan yang dapat membantunya
memudahkan beberapa urusan. Bagi Luqman pula, warga-warga di persekitarannya
yang menyokong Gabungan Mahasiswa telah membuatkan dirinya akur untuk turut
sama menyokong demi memperoleh kerjasama yang sewajarnya selama tempoh
pengajian. Di samping itu, rasa kagum Luqman terhadap peribadi serta komitmen oleh
rakan sefakultinya yang bertanding mewakili pihak Gabungan Mahasiswa bagi
menerajui barisan MPP sesi 2015/2016 merupakan antara faktor yang mendorong hala
tuju pilihannya. Oleh hal yang demikian, pengaruh rakan sebaya merupakan antara
elemen penting dalam pembuatan pilihan mereka.

4.2.3 Media Massa

Di samping agen sosialisasi seperti keluarga dan juga rakan sebaya, kajian ini juga
turut mendapati bahawa media massa juga turut memainkan peranan penting dalam
60

mempengaruhi pilihan bagi para informan. Dalam hal ini, seramai enam informan
telah mengungkapkan berkaitan pengaruh media massa. Berdasarkan pengulangan
maklumat tersebut, pengkaji dapat mengenal pasti bahawa media massa adalah satu
elemen yang sangat penting dalam kehidupan informan tersebut.

Menurut Azizi, beliau menyatakan bahawa media massa terutamanya laman


sesawang Facebook menjadi tempat rujukan utama dalam mendapatkan sebarang
maklumat berkaitan situasi politik yang berlaku dalam kampus UKM. Azizi berkata:

...aku jenis yang kuqang bersembang ngan oqang pasai politik ni, sebab aku tak mau
oqang jugde aku. Dulu ya memang aku lebih kepada GM tapi aku qasa lani aku
tengah-tengah. Aku tengok kat Facebook kadang-kadang GM kata kat Aspirasi lebih
kuqang aku tak suka. Semua apa yang naik kat FB, aku tengok, peqati..mana yang
betoi aku sokong. Mana yang salah aku tak berkenan la...haha...

Berdasarkan situasi ini, Azizi sememangnya menjadikan laman sesawang


Facebook itu sendiri sebagai sumber rujukan yang utama bagi dirinya untuk
memperoleh sebarang maklumat yang berkaitan dengan pihak Aspirasi Mahasiswa
dan Gabungan Mahasiswa di UKM. Bagi Azizi, segala maklumat yang dipaparkan
menerusi laman sesawang sudah cukup bagi dirinya untuk membentuk
pemahamannya tentang apa yang sebenarnya berlaku di dunia realiti. Dalam hal ini,
Azizi sedar akan kelemahan dan kekurangan maklumat yang dipaparkan melalui
laman sesawang tersebut. Namun bagi Azizi, media massa merupakan medium
maklumat yang paling mudah untuk diakses dan segala perkara berkaitan politik
kampus juga mudah diperoleh dalam masa yang singkat. Hal inilah yang menjadi
kriteria utama penggunaan media massa oleh Azizi dalam meneroka hal-hal berkaitan
politik kampus.

Menurut Azizi, “...aku mai UKM sebab nak belajaq la yang penting, so politik
kampus ni macam just selingan ja. Sebab tu aku just rujuk internet la. Depa pulak ada
caqa nak taqik perhatian kita macam bubuh headline yang berunsur sensasi macam-
macam tu la. So, at least aku tertarik nak ambik tau daripada tak ambik tau tequih...”.
Dalam situasi ini, sememangnya Azizi tidak meletakkan hal berkaitan politik kampus
sebagai keutamaan atau berminat untuk mengetahuinya dengan lebih dalam.
61

Oleh hal yang demikian, Azizi menggangap bahawa media massa seperti
laman sesawang Facebook sebagai sumber yang ideal bagi dirinya untuk melakukan
penilaian serta memutuskan pilihannya berdasarkan sejauh mana keberkesanan
penyampaian berita yang muncul melalui media-media massa tersebut. Walaupun
melakukan juga sedikit perbincangan bersama kenalan-kenalannya berkaitan hal
politik kampus, namun hal itu juga berlaku menerusi media massa yakni laman
sesawang Facebook. Secara keseluruhannya, Azizi merupakan individu yang
bergantung kepada media massa sebagai agen sosialisasi yang boleh mempengaruhi
pilihannya semasa membuang undi bagi calon MPP UKM yang bertanding.

Bagi Najuah pula, keyakinan yang diperolehnya untuk menyokong Gabungan


Mahasiswa sedikit sebanyak merupakan pengaruh yang dia peroleh daripada media
massa terutamanya laman sesawang Facebook. Menurut Najuah:

...aku kan FPI. So, hang faham-faham jala no. Tapi, aku pon bukan sokong GM
sepenuhnya just ideologi GM saja yang aku rasa sesuai dengan aku. Kalau pasai depa
buat qeja ka dak, aku macam selalunya tanya kawan-kawan macam tu pastu tengok
FB la. Aku qasa FB tu satu sebab yang buat aku qasa aku nak sokong GM la dan aku
percaya kalau apa yang GM kata...

Dalam situasi ini, Najuah sangat memanfaatkan laman sesawang Facebook


dalam meyakinkan pilihannya untuk menyokong pihak Gabungan Mahasiswa.
Najuah juga menyatakan bahawa dia cenderung untuk lebih percaya segala maklumat
yang disiarkan atau didedahkan oleh pihak Gabungan Mahasiswa. Hal ini berlaku
sedemikian kerana dia merupakan seorang peribadi yang mengutamakan ajaran agama
Islam dalam kehidupan sehariannya. Oleh hal yang demikian, perjuangan pihak
Gabungan Mahasiswa yang sangat bersifat islamik dirasakan sesuai oleh Najuah untuk
dia menyokong ideologi berkaitan pihak Gabungan Mahasiswa.

Di samping itu juga, Najuah juga menyatakan bahawa dia menilai usaha pihak
Gabungan Mahasiswa dalam memperjuangkan hak mahasiswa UKM melalui media
massa. Najuah berkata,”...bila depa (GM) perjuangkan pasai masalah ayaq haqitu
boleh nilai la depa buat qeja ka dak. Even pihak UKM kata benda tu salah tapi lepaih
ja depa buat demo tu, ayaq tequih ada. Aku tak join pun, aku just tengok internet
jala. Tapi aku qasa GM buat benda betoi la...”. Situasi ini telah mendorong Najuah
62

mengganggap usaha pihak Gabungan Mahasiswa yang disiarkan melalui media massa
itu adalah merupakan sesuatu perkara yang baik dan wajar dilakukan selagi ianya
mendatangkan kebaikan juga manfaat kepada seluruh mahasiswa UKM dalam apa
cara sekalipun walau harus melalui cara melakukan demonstrasi jalanan. Oleh hal
yang demikian, media massa sebagai agen sosialisasi sangat berperanan besar dalam
mempengaruhi pilihan Najuah juga ianya lebih bersifat menguatkan lagi keyakinan
Najuah bagi menyokong pihak Gabungan Mahasiswa.

Sementara itu, Hani juga mengatakan bahawa media massa merupakan


antara penyebab untuk dirinya menilai sendiri pihak mana yang wajar disokong pada
Pilihan Raya Kampus PRK UKM sesi 2015/2016. Namun begitu, dirinya tidak
memfokuskan penilaiannya kepada satu pihak sahaja seperti Najuah. Hani cenderung
untuk membandingkan secara positif gerak kerja mahupun tindakan bagi kedua-dua
belah pihak yang bertanding bagi jawatan MPP. Menurut Hani:

...aku berada di tengah-tengah. Sebab tu aku tak suka sangat nak bincang-bincang
dengan kawan-kawan pasal politik. Kalau nak sokong ka apa ka. Aku tengok melalui
Facebook la senang cerita. Lani kan semua suka upload gerak kerja kat FB, pastu bila
aku nampak pihak mana yang buat kerja dan aku rasa depa betoi la dalam perjuangan
tu, aku cenderung undi depa la. Macam aku kata, aku tengah-tengah. Masa undi, aku
campoq-campoq ja calon GM ngan Aspirasi sebab aku nilai calon base on individu la.
Sapa buat qeja pastu peqangai elok aku undi la...

Berdasarkan penerangan tersebut, Hani lebih cenderung untuk mengundi calon


yang bertanding berdasarkan personaliti individu calon tersebut yakni sejauh manakah
komitmen yang boleh diberikan oleh calon dalam menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang yang mewakili suara para mahasiswa UKM. Oleh hal yang demikian,
Hani dilihat menggunakan media massa (Facebook) sebagai agen sosialisasi untuk
memperkasakan keyakinannya kepada individu yang bertanding dan bukannya parti
mahupun pihak yang bertanding. Hani berkata, “ ...ada ja yang betoi dari Aspirasi
dan ada ja yang salah dari GM, aku just tengok gerak kerja calon dari setiap parti tapi
aku tak judge pon parti-parti yang bertanding tu. Kalau ada berita yang burukkan parti
mana-mana pon aku tak ambik tau sangat...”. Di sini, Hani ingin menegaskan bahawa
dia tidak mempercayai secara terus menerus segala berita yang memburuk-burukkan
sama ada pihak Aspirasi dan pihak Gabungan Mahasiswa. Hani lebih memilih untuk
63

memfokuskan kepada calon yang bertanding berbanding daripada memfokuskan


kepada pihak yang bertanding. Bagi Hani, setiap pihak itu tidaklah sempurna serta
masing-masing mempunyai kelebihan serta kekurangan. Oleh itu, untuk tidak
merumitkan urusan, maka Hani melakukan pilihannya dengan tidak menyentuh urusan
parti yang bertanding namun dia menekankan berkaitan calon mana yang mampu
memberikan manfaat yang maksimal serta wajar dalam memperjuangkan hak
mahasiswa UKM.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dilihat bahawa media massa


banyak memberikan pengaruh kepada para informan untuk menentukan pilihan
mereka. Bagi Azizi dan Hani, mereka lebih gemar untuk menilai calon dari segi
individu kerana mereka yakin bahawa individu yang bertanding dengan imej parti
akan mempunyai perbezaan tidak seperti yang dilabel oleh kebanyakan orang
seandainya mengundi pihak Aspirasi Mahasiswa akan mendapat keuntungan dan
seandainya mengundi Gabungan Mahasiswa akan mendapat masalah. Bagi Najuah
pula, dirinya cenderung untuk mempercayai pemberitaan yang datang dari pihak
Gabungan Mahasiswa sahaja seiring dengan kepercayaannya yang utuh kepada
perjuangan pihak tersebut tanpa menghiraukan perjuangan Aspirasi Mahasiswa.
Secara keseluruhannya, media massa merupakan antara agen sosialisasi yang penting
dalam mempengaruhi pilihan para informan.

4.2.4 Pihak Pentadbiran di UKM

Menerusi temu bual yang telah dijalankan juga, pengkaji mendapati bahawa terdapat
sesetengah informan menyatakan bahawa pihak pentadbiran yang terdapat di UKM
merupakan antara pengaruh yang telah mendorong mereka memutuskan pilihan
mereka kepada pihak-pihak tertentu yang bertanding semasa Pilihan Raya Kampus
UKM sesi 2015/2016.

Bagi Shazwarina sendiri, beliau merasa pihak pentadbiran kolej kediaman


yang dihuninya sendiri merupakan pihak yang sangat berperanan dominan dalam
mendorongnya untuk selalu menyatakan taat setia kepada perjuangan pihak Aspirasi
64

Mahasiswa. Shazwarina merupakan antara barisan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)


bagi sesi 2014/2015 yakni semasa dirinya berada di Tahun 2. Menurut Shazwarina:

...Aku kan MEP masa second year, sah-sah la kena sokong Aspirasi, pihak kolej
memang gila-gila brainwash semua MEP untuk sentiasa sokong Aspirasi. Tapi kami
semua bukan sokong bulat-bulat. Ada ja benda yang kami tak sokong tapi kena cakap
belakang-belakang la. Macam setiap kali meeting, mesti depa akan habaq apa
perkembangan Aspirasi pastu suruh sokong la Aspirasi. Kalau tak sokong memang
akan ada masalah la...

Berdasarkan penerangan Shazwarina ini, pengkaji mengenal pasti bahawa


pihak pentadbiran kolej kediaman yang dihuni oleh Shazwarina menggunakan cara
yang tegas serta terdapat sedikit unsur paksaan dalam memastikan seluruh pelajar
yang menghuni kolej kediaman tersebut sentiasa menyokong pihak Aspirasi walau
tidak setuju sekalipun dengan ideologi pihak Aspirasi Mahasiswa. Bagi Shazwarina
pula, dirinya melihat tindakan pihak pentadbiran kolej itu sebagai sesuatu yang perlu
dipatuhi. Jika dia tidak tunduk kepada permintaan pihak pentadbiran kolej tersebut,
dia mungkin akan dilucutkan jawatan sebagai seorang MEP dan hilang akan segala
keistimewaan yang diterimanya sebagai seorang MEP sebagai tidak dikenakan
bayaran sewa bilik yang dihuni serta lain-lain lagi keistimewaan.

Sepanjang temu bual dijalankan, Shazwarina kelihatan sangat fokus dengan`


soalan yang diberi serta dia menjawab soalan-soalan tersebut dengan santai namun
apabila terdapat ketidak puasan terhadap sesuatu isu, Shazwarina akan sedikit
kelihatan beremosi. Menurut Shazwarina, “...Aku memang Aspirasi dari mula-mula,
tapi bila jadi MEP ni lagi la kena sokong, tapi kan Aspirasi bukan sempurna, kalau
nak bantah benda yang aku tak berkenan atau kami tak berkenan tu macam susah sikit
la..nanti takut kena complain la..dan bukan semua calon Aspirasi tu aku sokong.ada
gak aku sokong GM sebab dia kawan aku...”. Di sini, Shazwarina berasa bahawa
ketegasan pihak pentadbiran kolej kediamannya kadang-kadang agak keterlaluan dan
merugikan suatu pihak kerana tidak berlaku adil. Namun begitu, Shazwarina
menyatakan bahawa itu bukanlah satu permasalahan yang besar selagi kehidupannya
tidak mendapat kesan yang negatif hasil daripada tindakan pihak pentadbiran kolej
tersebut. Secara keseluruhannya, pihak kolej kediaman sangat mempengaruhi pilihan
Shazwarina untuk sentiasa taat kepada perjuangan pihak Aspirasi Mahasiswa.

Daripada satu sudut pandangan yang lain pula, Syazwan merasakan pihak
pentadbiran kolej kediamannya memainkan peranan yang membuatkan dia tidak
bersetuju dengan ideologi pihak pentadbiran kolej kediamannya. Menurut Syazwan:
65

...Aku memang tak setuju la depa buang kolej. Bukannya tak bayaq yuran ka apa.
Bayaq kot, tapi apa masalah hanya sebab tak sokong Aspirasi, semua kena buang
kolej. Depa bagi alasan sebab tak aktif kolej. Padahal ada soqang tu aktif kolej, dia
wakil kolej untuk sukan haritu, tapi still kena buang. Tak adil langsung. Depa buang
sebenaqnya sebab tak sokong Aspirasi...

Bagi Syazwan, pihak pentadbiran kolej kediamannya telah bertindak pada satu
tahap yang menyusahkan para pelajar UKM. Kekerasan dan paksaan yang diterapkan
dalam tindakan pihak pentadbiran kolejnya mendorong dirinya untuk tidak cenderung
menyokong pihak Aspirasi. Hal ini kerana tindakan pihak pentadbiran kolejnya itu
benar-benar mencerminkan ideologi bawaan pihak Aspirasi Mahasiswa yakni dengan
tidak mampu berlaku adil dengan pihak lawan. Syazwan menambah:

...lebih baik tak payah buat PRK, kalau nak halang pihak satu lagi bertanding
secara adil. Lagi satu, masa minggu orientasi haqitu depa kata Aspirasi berkempen
kat budak first year masa minggu orientasi kat DECTAR. Memang Brainwash gila-
gila. Pahtu, GM nak berkempen tak bagi. Depa pandai, bagi budak first year kenai
Aspirasi, pastu halang GM berkempen pastu buat PRK minggu-mingu awai sem,
memang menang la Aspirasi sebab junior qamai dan depa takdak masa yang cukup
nak kenai GM sebab tu Aspi boleh menang...

Semasa memberikan pendapatnya ini, Syazwan agak kelihatan marah. Hal ini
kerana dia tidak bersetuju dengan tindakan pihak pentadbiran di UKM yang memberi
peluang kepada pihak Aspirasi menang tapi dengan cara yang tidak betul kerana
berlaku tidak adil kepada pihak Gabungan Mahasiswa. Keadaan ini menaikkan lagi
dorongan bagi Syazwan untuk memutuskan pilihannya cenderung untuk menyokong
pihak Gabungan Mahasiswa pada Pilihan Raya Kampus sesi 2015/2016. Oleh hal
yang demikian, tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran yang terdapat di
UKM yang bertindak sebagai agen sosialisasi telah mempengaruhi undiannya bagi
calon MPP sesi 2015/2016.

4.2.5 Pendidikan Agama

Berdasarkan hasil temu bual , pengkaji mengenal pasti bahawa sesetengah informan
secara tidak langsung telah menyatakan bahawa pendidikan agama yang mereka
terima sejak dari tempoh masa sebelum mereka melanjutkan pengajian di UKM
66

merupakan antara elemen yang mendorong mereka melakukan pilihan bagi pihak
tertentu yang bertanding semasa Pilihan Raya Kampus sesi 2015/2016.

Bagi Najmuddin, beliau secara tidak langsung telah menyatakan bahawa


didikan agama oleh ibu bapanya juga merupakan antara faktor utama yang
mempengaruhi ideologi politiknya di semua peringkat. Najmuddin berkata bahawa
bahawa ibu bapanya merupakan jenis yang tegas bagi mengutamakan ajaran agama
Islam dalam kehidupan. Walaupun ayahnya merupakan bekas penjawat awam di
Angkata Tentera Malaysia, namun ideologi politik yang dipegang oleh ayahnya
sentiasa bersandar kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang secara jelasnya dilihat
memperjuangkan ideologi agama Islam

Selain itu, Najmuddin juga telah mempelajari aliran pendidikan yang


berorientasikan agama Islam sejak dari peringkat sekolah menengah hinggalah ke
peringkat Tingkatan 6. Hal ini bermakna, majoriti daripada tempoh persekolahan
Najmuddin sememangnya telah disosialisasikan dengan ajaran agama Islam selain
dididik sebegitu oleh kedua oleh kedua orang tuanya di rumah. Hasilnya, pilihan
ideologi politik yang diputuskan oleh Najmuddin juga majoritinya cenderung untuk
melihat Parti Islam Semalaysia (PAS) sebagai pihak yang sentiasa memperjuangkan
kebenaran dalam menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang diperintah
mengikut panduan Al-Quran serta Sunnah. Najmuddin berkata bahawa:

...mak ngan pak aku memang sokong PAS. Pastu aku pulak depa hantaq pi sekolah
agama. Jadi masa kat sekolah agama pulak aku memang campoq ngan budak-budak
yang memang kuat PAS. Jadi, aku memang qasa apa yang PAS buat tu betul dan
kebanyakan apa yang UMNO buat tak betul even sampai mai U pon aku nampak
Aspirasi sah-sah sokong kerajaan. Aku x beqapa minat..aku kebanyakkannya sokong
GM sebab depa lagi perjuangkan Islam...

Bagi situasi ini, dapatlah dilihat bahawa keterbiasaan Najmuddin yang


mengalami pendidikan agama Islam dari segi formal dan tidak formal telah berjaya
mencorakkan pemikirannya untuk sentiasa berpaksikan kepada pihak PAS dalam
menentukan hala tuju masa depan negara. Hal ini juga berlaku atas faktor agama
islam yang merupakan pegangan utama hidupnya maka keutamaan akan diberikan
kepentingan agama dalam segala aspek kehidupan Najmuddin. Bagi peringkat
67

Universiti pula, memang tidak dinafikan bahawa Najmuddin lebih memilih untuk
bersetuju terhadap kebanyakan ideologi bawaan Gabungan Mahasiswa berbanding
pihak Aspirasi Mahasiswa kerana dia telah disosialisasikan bahawa Gabungan
Mahasiswa merupakan jelmaan pihak PAS di dalam kampus UKM. Menurut
Najmudin:

...Aku memang berhati-hati la bila nak pilih parti bukan sebab apa. Aku just takut
nanti aku dipersoalkan kat akhirat nanti kenapa aku pilih pihak sekian. Just sebab nak
kesenangan dunia atau aku nak pertahankan Islam? Aku pikiaq semua tu kalau aku
nak buat something...

Ekspresi muka Najmuddin kelihatan agak serius semasa menyatakan


pendapatnya itu. Sememangnya kenyataan yang dibuat oleh Najmuddin ini sangat
menggambarkan peribadinya yang sentiasa berhati-hati dalam setiap perlakuan dan
berorientasikan ajaran Islam. Keupayaan Najmuddin untuk berfikir akan akibat
daripada setiap perbuatannya membuktikan bahawa ajaran agama Islam sememangnya
meresap ke dalam dirinya dalam segenap sudut baik dari segi pemikiran dan juga
perbuatan. Oleh hal yang demikian, pengaruh pendidikan agama Islam sememangnya
telah mendasari seluruh aspek kehidupan Najmuddin termasuk ideologi pilihan politik
yang menjadi pilihan hidupnya.

Bagi Maisarah pula, pendidikan agama Islam yang diperoleh daripada ahli
keluarganya yakni ibu bapanya merupakan sebab yang mendorong dirinya untuk
hanya menyokong pembawa ideologi politik bersifat Islamik di semua peringkat.
Menurut Maisarah, dirinya serta adik beradik yang lain telah dididik dengan tegas
menerusi pendekatan agama Islam yang kuat sejak dari kecil. Buktinya, beliau sendiri
telah dihantar untuk belajar di tadika beraliran agama Islam. Dalam pada itu,
pegangan politik bersifat Islamik yang dipegang oleh kedua orang tuanya juga turut
disosialisasikan secara terus menerus sejak dari peringkat bawah kepada dirinya dan
juga adik beradik. Menurut Maisarah:

...Aku dari kecik memang mak ngan ayah aku ajaq untuk sokong PAS jala.. Kalau pi
universiti pon aku just sokong apa yang memang berkaitan dengan agama Islam. Mai
universiti pon memang aku sokong GM. ....aku tak minat nak tau pasai Aspirasi
langsung...
68

Berdasarkan pernyataan ini, jelaslah bahawa pengaruh yang dimainkan oleh


didikan agama oleh ibu bapa Maisarah dalam mengajarkan dirinya untuk menyokong
ideologi parti politik yang senantiasa bersifatkan Islamik sekaligus telah membentuk
peribadi Maisarah yang tegas dan hanya berpandukan Islamik. Semasa menyatakan
bahawa dirinya tidak berminat untuk mengambil tahu tentang pihak Aspirasi
Mahasiswa pada peringkat universiti, nada suaranya agak begitu keras dengan
ekspresi muka yang sedikit serius.

Walaupun secara keseluruhan Maisarah tidak menerima pendidikan agama


Islam dalam jaringan formal, namun dengan didikan agama yang diberikan oleh kedua
orang tuanya yang tegas sudah cukup untuk menetapkan pendirian Maisarah supaya
teguh berada di jalan yang sentiasa meletakkan agama Islam sebagai keutamaan dalam
segala hal. Maisarah berkata:

...Aku sokong GM sebab macam besa la depa perjuangkan Islam dan aku tak sokong
Aspirasi sebab depa tak nampak sangat utamakan Islam. Lepas tu, aku nampak orang
Aspirasi ni suka bersosial macam tak dak batas antara laki dengan perempuan sangat
sebab tu aku tak suka Aspi...

Ketika menyatakan pendapatnya ini, Maisarah melontarkan perkataan-


perkataannya itu dengan nada yang sedikit kedengaran agak marah. Hal ini
menunjukkan bahawa ketidakcenderungan Maisarah terhadap ideologi dan tindakan
pihak Aspirasi juga difokuskan kepada akhlak mahupun perlakuan pihak Aspirasi
yang dilihatnya tidak begitu menjaga batas pergaulan antara golongan lelaki dan
perempuan. Ini merupakan antara aspek yang dititik beratkan oleh Maisarah terhadap
sesuatu pilihan ideologi politik hasil daripada proses sosialisasinya menerusi didikan
agama Islam yang diterimanya bersama ibu bapanya. Oleh hal yang demikian,
didikan agama Islam yang diterima oleh golongan primer dalam kehidupan manusia
yakni ahli keluarga Maisarah yakni ibu bapanya telah mempengaruhi ideologi politik
Maisarah yang sentiasa tegas dengan pendekatan Islamik dalam segenap aspek
kehidupan.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa jenis agen sosialisasi bagi setiap
informan yang telah ditemu bual mempunyai peranannya yang tersendiri dalam
menentukan pilihan mereka bagi pemilihan calon MPP sesi 2015/2016. Namun
69

begitu, setiap pengaruh yang didapatkan daripada agen sosialisasi masing-masing


bergantung kepada cara setiap individu menterjemahkan di dalam definisi masing-
masing dengan membezakan yang mana yang baik dan yang mana yang tidak baik
berasaskan akal yang sihat. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, terdapat jenis
agen sosialisasi yang mempunyai persamaan dan perbezaan. Sebagai seorang
pengkaji, kepekaan terhadap setiap kata-kata oleh informan adalah sangat penting.
Hal ini kerana di dalam kata-kata mereka itulah yang mampu memberikan maklumat
berkaitan jenis agen sosialiasi. Informan tidak akan memberitahu secara jelas
mengenai jenis agen sosialisasi yang terdapat dalam kalangan mereka namun hal ini
dapat diperoleh dengan mengenal pasti kata-kata yang terdapat pengulangan di
dalamnya.
70

4.3 TAHAP PENGARUH AGEN SOSIALISASI BAGI PILIHAN


MAHASISWA DALAM PEMILIHAN CALON MPP SESI 2015/2016

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa faktor pengaruh yang
telah digunakan oleh agen sosialisasi masing-masing semasa mempengaruhi pilihan
mahasiswa dalam memilih calon MPP sesi 2015/2016.

JADUAL 4.2 Pengaruh yang digunakan oleh Agen Sosialisasi ke Atas Pilihan Para
Informan Dalam Memilih Calon MPP Sesi 2015/2016

Faktor Pengaruh

Bil. Nama Informan Agama Hubungan Baik Pengaruh Pihak


Dengan Rakan Pentadbiran Di
Dan Keluarga UKM

1 Nu’man x
2 Najmuddin x x
3 Hani x
4 Najuah x
5 Adam x
6 Firdaus x
7 Luqman x x
8 Syazwan x
9 Halimatun x
10 Hafida x
11 Hakim x
12 Liyana x
13 Maisarah x x
14 Fitri x
15 Azizi x
16 Shazwarin x
a

Sumber: Kajian Lapangan 2016

Lapan informan telah dikenal pasti mendapatkan pengaruh bagi memutuskan


pilihan mereka menerusi faktor pengaruh keagamaan. Selain itu, dua orang informan
pula telah dikenal pasti mendapatkan pengaruh agen sosialisasi menerusi elemen
ketegasan yang digunakan sebagai oleh pihak agen sosialisasi yang berada dalam
71

kalangan dua informan tersebut. Turut ditemukan juga bahawa terdapat lapan
informan yang memperoleh keyakinan untuk memutuskan pilihannya menerusi
hubungan rapat yang dijalin bersama agen sosialisasi mereka yang mendorong mereka
teguh menyokong sesebuah pihak semasa Pilihan Raya Kampus UKM Sesi
2015/2016. Terdapat penerangan kepada setiap faktor pengaruh yang telah dikenakan
kepada setiap informan daripada agen sosialisasi mereka dalam usaha mempengaruhi
pilihan mereka. Untuk melihat keadaan ini dengan lebih jelas, maka pengkaji telah
membahagikan perbincangan ini kepada beberapa buah tema yakni hubungan rapat,
agama dan juga pengaruh pihak pentadbiran di UKM.

4.3.1 Agama

Berdasarkan penceritaan oleh kesemua informan, pengkaji telah mengenal pasti


bahawa seramai sembilan orang informan telah disosialisasikan oleh agen sosialisasi
masing-masing dengan menggunakan pendekatan agama. Hal ini berlaku apabila
ideologi agama Islam diungkapkan oleh kelapan-lapan informan ini sebagai
keutamaan dalam menjalankan sebarang urusan kehidupan. Dalam urusan memilih
pemimpin yang mewakili kebajikan mahasiswa semasa Pilihan Raya Kampus UKM
sesi 2015/2016, semestinya mereka melakukan pilihan bersandarkan pihak yang
mengutamakan urusan agama Islam dalam menjalankan tugas.

Berdasarkan situasi yang dialami oleh salah seorang informan yakni


Najmuddin, dia sememangnya telah dididik sejak dari kecil oleh kedua orang tuanya
untuk selalu meletakkan agama Islam sebagai keutamaan dalam menjalani kehidupan.
Antara usaha yang dilakukan oleh kedua orang tuanya yang bertindak sebagai agen
sosialisasi politiknya adalah dengan menghantar Najmuddin untuk mendapatkan
pendidikan berteraskan ajaran agama Islam semasa di peringat Sekolah Menengah
hinggalah ke peringkat Tingkatan 6. Dalam situasi ini, tindakan kedua orang tua
Najmuddin dilihat sebagai sesuatu yang sangat ideal. Hal ini kerana Najmuddin
didedahkan kepada ajaran agama Islam dalam pendidikan formalnya pada usia remaja
yang sememangnya merupakan fasa kehidupan di mana seseorang individu cenderung
untuk mencari identiti diri mahupun jalan hidup yang hendak dipilih. Pendedahan
kepada aliran agama Islam secara tidak langsung membentuk peribadi seseorang
72

individu itu kepada lebih bersifat Islamik dan hal ini terlihat pada keperibadian
Najmuddin sendiri yang sememangnya sopan dan tenang dalam menghadapi sebarang
keadaan.

Di samping itu juga, pendedahan dari kedua orang tua Najmuddin kepada
dirinya dengan menyatakan bahawa parti PAS sebagai sebuah kepimpinan berada di
jalan yang benar semenjak dari kecil telah membuatkan diri Najmuddin terbiasa
untuk hanya membenarkan setiap tindakan yang dilakukan oleh kepimpinan parti
tersebut. Menurut Najmuddin, “...mak ngan ayah aku memang dah dedahkan aku
dengan PAS sejak daqi aku kecik la. Pastu aku memang tengok PAS tu macam
something yang sentiasa betoi. Dia macam dah lekat dalam diqi aku ni. Pastu PAS
plak kan memang oqang tau perjuangkan agama Islam. So, aku memang lagi percaya
la dengan PAS. Imej Islam tu yang buat aku yakin...”. Berdasarkan penerangan ini,
Najmuddin sememangnya telah terbiasa dengan keadaan hidupnya sejak dari
peringkat mula untuk sentiasa bersandar kepada ideologi PAS. Tambahan pula,
kedua orang tua Najmuddin yang bertindak sebagai kelompok primer yang ditemui
Najmuddin dalam masa-masa awal tumbesarannya sangat membuatkan Najmuddin
meletakkan kepercayaannya kepada pihak PAS tanpa berbelah bagi. Walau
bagaimanapun, faktor utama yang sentiasa dirujuk oleh Najmuddin sehingga kini
untuk menyokong pihak PAS adalah mereka merupakan pejuang-pejuang Islam dalam
menegakkan kebenaran Agama Islam di Malaysia .

Faktor agama Islam turut dijadikan rujukan utama bagi Najmuddin apabila
dirinya hendak melakukan pilihan bagi pihak yang layak untuk menerajui MPP sesi
2015/2016. Najmuddin berkata, “...aku cenderung sokong ideologi GM sebab depa
faktor agama Islam la berbanding Aspirasi. Dalam hal apa-apa pun, aku akan berbalik
rujuk untuk pihak mana yang perjuang Islam. Tu bagi aku la...”. Berdasarkan situasi
ini, Najmuddin tetap tidak dapat beralih daripada kebiasaan dirinya untuk tetap
menyokong pihak yang memperjuangkan agama Islam dalam setiap hal. Najmuddin
menambah, “ walaupun GM tu bukan betoi sangat kadang-kadang dan aku pun tak
tengok calon base on parti sangat tapi aku lebih kepada GM. Lagipun aku percaya la
kalau agama Islam tu penting dalam hidup kita. Kalau GM naik... aku harap MPP
lebih Islamik la dan banyak program Islam dan kebajikan student Melayu terbela”. Di
73

sini, Najmuddin yang sangat mengutamakan agama Islam dalam kehidupan berharap
agar corak kepimpinan MPP akan menjadi lebih Islamik serta banyak manfaat
diterima oleh mahasiswa Melayu yang majoritinya beragama Islam seandainya
diterajui sepenuhnya oleh pihak Gabungan Mahasiswa. Secara komprehensifnya,
faktor agama tampak jelas dalam memandu Najmuddin meletakkan pilihan dalam
mencari pihak yang layak menerajui MPP sesi 2015/2016.

Menurut Firdaus pula, faktor agama juga menjadi elemen utama dalam
mempengaruhi dirinya untuk melakukan pilihan bagi pemilihan calon MPP sesi
2015/2016 terutamanya. Berbeza dengan Najmuddin, Firdaus menyatakan bahawa
dirinya mula dipengaruhi oleh agen sosialisasinya melalui faktor pengaruh agama
bermula sejak dari dia melanjutkan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Firdaus
menyatakan bahawa semuanya bermula semasa beliau masih berada di semester satu.
Pada asalnya beliau tidak tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hal
politik kampus. Namun begitu, lama-kelamaan Firdaus mula sedar akan kewujudan
dua pihak yang bertanding bagi PRK UKM yakni Aspirasi Mahasiswa dan juga
Gabungan Mahasiswa. Firdaus berkata “...aku mula-mula tak ambik tau sangat pasai
semua ni, pastu bila GM yang memang kuat kat FPI ni berkempen la, kawan-kawan
aku plak asyik ceqita pasai GM , aku pun mula tau pasai GM. Semua ni sebab
kawan-kawan fakulti...”. Berdasarkan penerangan ini, Firdaus mula mengambil tahu
akan perihal dua pihak yang bertanding bagi PRK dan beliau mula untuk mengenali
pihak Gabungan Mahasiswa yang sangat mendominasi fakulti pengajiannya yakni
Fakulti Pengajian Islam (FPI).

Firdaus juga menerangkan bahawa dirinya tidak dapat menafikan bahawa


elemen Islamik sangat mempengaruhi dirinya untuk memilih pihak Gabungan
Mahasiswa secara majoritinya semasa Pilihan Raya Kampus sesi 2015/2016. Firdaus
berkata:

...walaupun aku ada juga rasa terpaksa untuk undi sebab aku FPI dan kalau undi
Aspirasi memang sakit la kena kutuk, tapi aku rasa aku prefer GM sebab depa bawak
Islam. Aku pulak memang nampak brutal la dalam hidup, taklah islamik sangat tapi
bila buat keputusan secara mendalam atau yang serius, aku memang pilih yang mana
yang lebih kepada Islam dan buat dengan cara yang betoi la...
74

Berdasarkan pernyataan ini, Firdaus cuba menyatakan bahawa pilihan yang


beliau lakukan dalam segala aspek kehidupannya adalah sentiasa merujuk kepada
ajaran agama Islam. Hal ini berpunca daripada kalangan rakan-rakan sefakultinya
yang berperibadi lebih berfikiran kepada Islamik. Secara tidak langsung juga, proses
sosialisasi yang dialami oleh Firdaus dan rakan-rakan fakultinya yakni Fakulti
Pengajian Islam yang memang sinonim dengan hal-hal berkaitan elemen Islamik turut
mendorong Firdaus mengutamakan segala faktor kehidupan lebih kepada
mementingkan agama Islam. Firdaus menambah,

...kawan-kawan aku depa memang macam syeikh-syeikh sikit la, pastu aku kan
sembang dengan depa pastu buat qeja sama-sama lepak la. Secara tak langsung, aku
pun terikut la ngan cara depa. Lagipun depa buat tu pun betoi dan aku orang Islam
so aku rasa betoi la cara depa pikiaq tu betoi ngan caqa apa yang Islam suruh buat.
Jadi, aku rasa GM tu lebih sesuai untuk aku undi la daripada Aspirasi. Memang
semua nampak lebih mewah atau senang ngan Aspi, tapi aku prefer yang lebih agama
Islam sikit la...

Berdasarkan situasi ini, dapat dilihat bahawa cara berfikir rakan-rakan


sefakulti Firdaus yang lebih cenderung bersifat Islamik mendorong dirinya untuk turut
sama membuat pertimbangkan berasaskan ajaran agama Islam dalam memilih
pemimpin semasa PRK sesi 2015/2016. Walaupun Firdaus menyatakan bahawa
dirinya bukanlah seorang yang terlalu Islamik dalam diri namun di sangat mengambil
kira faktor Islamik dalam melakukan sebarang keputusan dalam hidupnya seperti
melakukan pilihan semasa mengundi calon MPP sesi 2015/2016.

B.A. Mohamed (2010) dalam kajiannya yang bertajuk “ Sejauh Mana Peranan
Agama Dalam Politik Malaysia” menyatakan bahawa:

...Perbezaan pandangan dalam mengamalkan agama menyebabkan kaum Melayu


secara kasarnya terpecah dua. Akhir-akhir ini pula ada pula yang berpandangan kaum
Melayu berpecah tiga. Perpecahan tersebut adalah menurut perspektif politik kepartian
di Malaysia kerana terdapat 3 parti terbesar yang dianggotai oleh orang Melayu iaitu
UMNO, PAS dan Parti KeAdilan Rakyat (PKR). Ketiga-tiga parti ini mempunyai
ideologi masing-masing. UMNO berpegang kepada nasionalisme Melayu; PAS pula
berjuang untuk memartabatkan Islam; manakala PKR yang liberal mahu
membudayakan demokrasi di Malaysia...
75

Kajian yang dijalankan oleh B.A. Mohamed (2010) ini adalah mempunyai
kaitan terhadap situasi yang dialami oleh Firdaus dan Najmuddin. Pada dasarnya,
pihak Aspirasi juga diterajui oleh pelajar Melayu yang beragama Islam. Walau
bagaimanapun, unsur Islamik bagi pihak Aspirasi Mahasiswa bukanlah menjadi
keutamaan seperti yang diperjuangkan oleh pihak Gabungan Mahasiswa. Oleh hal
yang demikian, berlakulah perpecahan penyokong bagi PRK UKM yakni golongan
yang menyokong pihak Aspirasi Mahasiswa dan juga golongan yang menyokong
Gabungan Mahasiswa bagi mereka yang mengutamakan agama Islam dalam setiap
elemen kehidupan seperti Najmuddin dan Firdaus. Maka, kajian ini secara tidak
langsung menunjukkan bahawa perbezaan dalam mengamalkan agama boleh
menyebabkan perpecahan bagi pilihan Mahasiswa bagi pemilihan calon MPP sesi
2015/2016 bergantung kepada kecenderungan para pelajar terhadap elemen
kepentingan agama dalam hidup mereka.

Berdasarkan ideologi Giddens (1977), sosialisasi merupakan proses di mana


pelbagai norma dan pengawalan bentuk tingkah laku diserap dan ditukarkan dan
elemen personaliti bagi seseorang individu bersesuaian dengan amalan budaya
masyarakat dalam persekitarannya. Bagi Najmuddin, pengaruh agama yang diperoleh
daripada ibu bapanya yang sentiasa menekan didikan agama ke dalam hidupnya telah
membentuk personaliti dan sebarang pilihan hidup Najmuddin yang lebih Islamik
seperti ideologi pilitik serta hal ini bersesuaian dengan gaya hidup agen sosialisasi
dalam persekitaran Najmuddin yakni ibu bapanya. Hal yang sama turut dialami oleh
Firdaus apabila corak pemikiran dan dan juga pilihan yang dilakukan bagi pemilihan
MPP juga adalah hasil proses sosialisasinya bersama rakan sefakulti. Segala gerak
geri Firdaus telah terdorong untuk disesuaikan dengan tuntutan ahli dalam
persekitarannya yakni rakan sefakultinya. Hal ini secara tidak langsung telah
menjadikan firdaus cenderung untuk berfikir serta bertingkah laku khususnya semasa
mengundi bagi pemilihan calon MPP yang bersesuaian dengan kehendak rakan
sefakultinya yang lebih bersifat Islamik dan menyokong pihak Gabungan Mahasiswa.
Oleh hal yang demikian, proses sosialisasi bersama agen sosialisasi yang
menggunakan faktor pengaruh Islamik telah membentuk personaliti dan
mempengaruhi pilihan hidup Firdaus dan Lukman yang lebih Islamik bersesuaian
dengan gaya hidup agen sosialisasi dalam persekitaran mereka.
76

Berdasarkan situasi pengaruh agama oleh kedua orang informan ini, proses
sosialiasi yang berasaskan ajaran agama Islam telah mendorong diri mereka untuk
cenderung memilih sebarang corak kepimpinan yang bersifat Islamik. Pelaksanaan
kepimpinan yang berteraskan agama Islam merupakan prinsip yang sememangnya
dimiliki oleh pihak Gabungan Mahasiswa. Corak kepimpinan yang diamalkan oleh
mereka itu sememangnya menjadi pilihan oleh kalangan mahasiswa UKM seperti
kedua-dua informan yang menginginkan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UKM
sesi 2015/2016 dilaksanakan melalui kaedah yang lebih Islamik. Oleh hal yang
demikian. Apabila para informan ini diberi peluang untuk memilih calon yang
bertanding bagi PRK UKM sesi 2015/2016, mereka semestinya memilih calon yang
datang dari kalangan pihak Gabungan Mahasiswa berbanding calon Aspirasi. Apabila
calon yang diundi oleh para informan ini berjaya mendapatkan jawatan dalam barisan
kepimpinan MPP, maka berlakulah kebergantungan antara para informan sebagai
pengundi dan juga calon yang diundi mereka itu dalam usaha memuaskan kehendak
dua belah pihak yakni untuk melaksanakan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar
yang lebih bersifat Islamik seperti yang diimpikan oleh para informan dan calon yang
menang. Kesemua interaksi antara para informan sebagai pengundi dan calon yang
diundi akhirnya menghasilkan satu sistem sosial.

Secara kesuluruhannya, Najmuddin serta Firdaus mendapatkan pengaruh


agama sebagai faktor yang membuatkan mereka cenderung untuk melakukan pilihan
pada sesebuah pihak semasa PRK UKM sesi 2015/2016 dengan alasan yang kukuh.

4.3.2 Hubungan Baik Dengan Rakan Dan Keluarga

Hasil daripada temu bual yang telah dilakukan oleh pengkaji juga telah mendedahkan
bahawa terdapat beberapa informan yang telah mengalami proses sosialisasi bersama
agen sosialisasi mereka atas faktor hubungan baik. Dalam hal ini dapat dilihat bahawa
pihak agen sosialisasi bagi para informan tersebut sangat memanfaatkan hubungan
baik yang dijalankan bersama para informan yang terlibat untuk mempengaruhi
mereka menyokong sesebuah pihak yang bertanding semasa PRK UKM sesi
2015/2016. Berdasarkan hasil kajian, terdapat dua jenis hubungan baik yang berlaku
dalam kalangan informan iaitu:
77

1. Hubungan baik dengan rakan


2. Hubungan baik dengan keluarga

Bagi informan pertama yakni Luqman, beliau sememangnya mempunyai


seorang teman sefakulti yang bertanding bagi PRK UKM sesi 2015/2016 yang lepas.
Luqman sememangnya mempunyai hubungan yang baik serta akrab bersama sahabat
sefakultinya itu. Menurut Luqman:

...Masa PRK haqitu ada kawan satu fak ngan aku bertanding. Memang baik ngan dia.
Lagipun kami dah biasa buat qeja sama-sama. Aku memang kenai dia luaq dalam la.
So , aku qasa tak qugi la kalau aku aku undi dia sebab dia buat qeja elok la selama
ni...

Berdasarkan penceritaan Luqman ini, pengkaji melihat bahawa Luqman


mempunyai hubungan yang baik bersama sahabatnya yang bertanding itu. Di
samping itu, Luqman juga menyatakan bahawa dia mengenali sahabatnya itu dari
aspek peribadi dan juga komitmen yang diberikan oleh sahabatnya dalam melakukan
tugasan akademik yang diberikan kepada mereka secara berkumpulan selama ini.
Beliau ternyata sangat mempercayai serta mengagumi akan kualiti yang ada pada diri
sahabatnya itu sehingga tidak berasa ragu-ragu untuk meletakkan pilihannya kepada
sahabatnya yang bertanding bagi jawatan untuk MPP sesi 2015/2016.

Luqman menambah, “...Selama masa dia bertanding dulu pun, dia tak pernah
pun pujuk aku secara direct la nak suruh aku undi dia. Aku sendiri yang memang nak
undi dia sebab dah kenai hati budi kan, so aku takdak masalah la. Lagipun aku
memang undi sapa yang betoi-betoi layak ja...”. Dalam situasi ini, pengkaji sendiri
dapat melihat secara jelas bahawa Luqman tidak memerlukan pujuk rayu daripada
sahabatnya itu untuk meminta dirinya supaya mengundi sahabatnya itu kerana telah
muncul perasaan rela dan percaya dari diri Luqman sendiri untuk memilih sahabatnya
bagi diundi semasa PRK UKM yang lepas. Semasa temu bual dijalankan, terlihat
jelas ekspresi wajah yang yakin semasa membicarakan berkaitan perihal sahabatnya
yang bertanding itu. Intonasi nada suara Luqman semasa membicarakan tentang
78

sahabatnya itu sangat kedengaran gembira sebagai tanda beliau berpuas hati dengan
tindakannya itu.

Berdasarkan penceritaan Luqman, hubungan rapat yang dijalin bersama


sahabatnya itu telah mewujudkan elemen kepercayaan bagi Luqman untuk
memutuskan pilihannya.

Jika dilihat daripada situasi Luqman ini, hasil proses sosialisasi Luqman
bersama sahabatnya itu telah mendorong Luqman untuk bergantung kepada sahabat
yang dipercayakannya itu dalam memperjuangkan suara Mahasiswa UKM.
Sahabatnya itu merupakan seorang yang berpeluang meperoleh kuasa dalam
melaksanakan matlamat yang sama seperti Luqman. Dalam hal ini, Luqman dan
sahabatnya itu berada dalam situasi saling memerlukan di antara satu sama lain untuk
mencapai matlamat yang sama. Luqman pada asalnya diberi beberapa pilihan calon
untuk diundi semasa PRK UKM sesi 2015/2016. Namun begitu, hubungan baik yang
terjalin dengan sahabatnya hasil proses sosialisasi yang dijalani bersama telah
mendorong Luqman memutuskan pilihannya kepada sahabatnya kerana dia
mengetahui akan sahabatnya itu merupakan seseorang yang boleh dipercayai dari segi
peribadi yang bertanggungjawab terhadap komitmen. Seandainya kemenangan
berpihak kepada sahabatnya itu, maka ianya merupakan peluang sahabatnya itu
melaksanakan matlamat yang dikongsi bersama Luqman kerana sahabatnya itu telah
mempunyai kuasa untuk mendapatkan manfaat daripada kuasa yang didapatkan hasil
kebergantungannya kepada para pengundinya termasuk Luqman. Segala tindakan ini
akhirnya membentuk sebuah sistem sosial kerana terdapat elemen kebergantungan di
antara komponen-komponen seperti Luqman dan sahabatnya sebagai pengundi dan
calon. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa hubungan rapat yang terjalin antara
Luqman dengan sahabatnya telah membentuk elemen kepercayaan yang dapat
mempengaruhi pilihan Luqman dalam memilih calon yang bertanding semasa PRK
Kampus sesi 2015/2016 terutamanya.

Bagi informan kedua pula yakni Maisarah, telah dikenal pasti bahawa
hubungannya yang baik bersama ahli keluarganya yakni kedua ibu bapa dan juga
kakak serta abangnya telah membentuk pegangannya yang teguh untuk secara terus
79

menerus menyokong pihak pembangkang baik di peringkat nasional juga di peringkat


kampus. Ketegasan Maisarah terhadap pendiriannya itu telah membuatkan dirinya
untuk tidak berminat langsung untuk mengambil tahu tentang pihak Aspirasi yang
merupakan salah satu daripada pihak yang bertanding semasa PRK UKM sesi
2015/2016. Hal ini sangat terlihat jelas daripada intonasi nada suara Maisarah yang
agak kedengaran marah atau tidak suka apabila pengkaji bertanyakan soalan berkaitan
pihak Aspirasi.

Sememangnya Maisarah sangat mempunyai hubungan yang rapat bersama


kakak dan abangnya. Sepanjang perkenalan pengkaji bersama Maisarah semenjak
dari kedua-duanya masih menuntut di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP),
Maisarah sememangnya dilihat mempunyai hubungan yang rapat bersama abang dan
kakaknya. Hal ini sangat terlihat jelas menerusi akaun laman sesawang sosial
miliknya di mana dia banyak memuat naik banyak foto-foto kemesraannya bersama
abang dan juga kakaknya. Oleh hal yang demikian, ketika Maisarah menyatakan
kepada pengkaji bahawa dia cenderung untuk mempercayai arahan kakak dan
abangnya maka tiada keraguan yang boleh dipertikai oleh pengkaji yang telah lama
mengenali Maisarah sebelum kami sama-sama melanjutkan pelajaran di UKM.

Menurut Maisarah, “...aku memang qapit (rapat) ngan family. Daqi kecik-
kecik memang qapit kan, so memang kami percaya la sama-sama kami kalau apa
buat apa-apa pon, even kak aku kat Australia lani pon, kami haqi-haqi WhatsApp.”
Berdasarkan situasi ini, Maisarah cuba mengatakan beliau serta ahli keluarganya telah
menjalin hubungan yang baik sejak dari mereka kecil. Keluarga Maisarah boleh
dikatakan keluarga yang mesra di antara sesama ahli keluarga kerana menurut dirinya
juga tidak terdapat rahsia di antara satu sama lain antara Maisarah dan juga ahli
keluarganya setakat ini. Dalam hal untuk mendapatkan pegangan politik pula,
Maisarah sememangnya tidak terlalu mendengar pendapat orang luar melainkan dia
sangat mempercayai kata-kata kedua orang tuanya bagi hal politik di peringkat
Nasional dan dia merujuk kepada kakak dan abangnya dalam mempercayai hal politik
kampus.
80

Menurut Maisarah, “...abang ngan kak aku kan tinggai luaq. Abang aku qeja
KTM pahtu kak aku pulak dulu ambik A-Level kat kolej MARA Seremban, pastu
kawan-kawan depa la yang dok bagitau depa pasai GM kat IPTA tu ja...”. Perkara
yang menarik bagi pernyataan Maisarah ini adalah di mendapatkan pengaruh daripada
untuk mengundi pihak Gabungan Mahasiswa daripada kakaknya semata-mata
sedangkan kakaknya tidak pernah melanjutkan pelajaran di UKM dan kakaknya juga
hanya mendengarkan penceritaan berkaitan hal Gabungan Mahasiswa dari teman-
temannya yang menuntut di universiti awam lain. Keadaan yang diceritakan oleh
kakak Maisarah berkaitan pihak Gabungan Mahasiswa mungkin sahaja berbeza
dengan keadaan yang sebenar atas faktor kakaknya tidak pernah menjadi mahasiswa
di UKM. Namun begitu, hal itu tidak langsung dihiraukan oleh Maisarah dan dia
secara tegas juga menyatakan bahawa dia menyokong pihak Gabungan Mahasiswa
tanpa rasa ragu hasil daripada proses sosialisasi bersama ahli keluarga terutamanya
abang dan kakaknya serta tidak langsung mendapatkan pengaruh daripada rakan-
rakannya di UKM. Oleh hal yang demikian, rasa percaya yang muncul dalam
kalangan ahli keluarga Maisarah langsung tidak boleh dipatahkan oleh pengaruh
daripada pihak luar.

Menurut Giddens (1977), sosialisasi merupakan proses di mana seorang


manusia yang tiada sebarang pengetahuan untuk bagaimana menjalankan kehidupan
seperti bayi, menjadi sedar akan keupayaan diri, berpengetahuan, berkemahiran yang
bersesuaian dengan budaya dalam persekitaran yang didiaminya. Berdasarkan
pengalaman hidup Maisarah, proses sosialisasi bersama kelompok primer dalam
hidupnya yakni ahli keluarganya telah membentuk personaliti dirinya yang
bersesuaian dengan gaya hidup yang di amalkan oleh kedua ahli keluarganya yakni
ibu bapa dan adik beradiknya yang lebih bersifat Islamik. Apabila dikaitkan dengan
ideologi Giddens, maka terbuktilah bahawa hubungan baik yang terjalin antara
Maisarah dan ahli keluarganya telah membentuk sebarang tindakan yang dibuat oleh
Maisarah cenderung mengikuti kehendak agen sosialisasinya yakni ahli keluarganya.

Pilihan yang diperoleh oleh Maisarah dalam mengundi pihak Gabungan


Mahasiswa semasa PRK UKM sesi 2015/2016 adalah hasil daripada proses
sosialisasinya bersama kakaknya. Justeru, semasa hendak melakukan undian, dia
81

telah diberikan pilihan sama ada untuk mengundi pihak Aspirasi yang berbeza
ideologi dengan dirinya mahupun pihak Gabungan Mahasiswa yang sealiran dengan
pegangan dirinya yang dicorakkan oleh ahli keluarganya. Maka, hasil
pertimbangannya adalah berakhir dengan Maisarah meletakkan pilihannya kepada
calon dari pihak Gabungan Mahasiswa dengan harapan calon yang diundinya akan
menang serta mempunyai kuasa yang untuk melaksanakan matlamat yang dikongsi
bersama antara Maisarah dengan calon yang diundinya itu. Kesemua interaksi ini
sememangnya membentuk sebuah sistem sosial yang wujud akibat kebergantungan
Maisarah kepada kakaknya dalam mendapatkan pengaruh juga kebergantungan calon
dari pihak Gabungan Mahasiswa kepada pengundi seperti Maisarah untuk
memperoleh sumber kuasa untuk merealisasikan aspirasi yang dirancang bersama.
Maka dengan itu , jelaslah hubungan yang rapat antara Maisarah dengan ahli
keluarganya terutamanya kakak kepada Maisarah telah membentuk satu rasa percaya
yang tiada ragu sehinggakan Maisarah cenderung percaya semata-mata kepada ahli
keluarga untuk mendapat pilihan berkaitan PRK kampus 2015/2016 tanpa meeujuk
kepada pengaruh luar.

Berdasarkan elemen hubungan rapat yang dialami oleh Luqman dan juga
Maisarah bersama agen sosialisasi mereka, maka sememangnya wujud elemen
kepercayaan semasa mereka memutuskan pilihan mereka. Menurut N. Yusoff (2015):

….Kepercayaan individu terhadap manusia yang lain boleh berdasarkan pada


penilaian manusia ke atas kemampuan individu lain, kebaikan dan integriti yang
dibawa bersama melalui proses pembinaan kepercayaan. Kemampuan adalah merujuk
pada penilaian ke atas pengetahuan, kemahiran dan kecekapan pemegang amanah
untuk melaksanakan tindakan seperti yang dijangka….

Bagi Maisarah, dia sangat meletakkan kepercayaan kepada kakak dan juga
abangnya dalam mempengaruhi pilihannya bagi pengundian calon MPP. Tahap
kepercayaan Maisarah terhadap abang dan juga kakaknya adalah sehingga
menyebabkan dirinya tidak mempercayai langsung penceritaan orang lain melainkan
hanya merujuk kepada maklumat daripada abang dan kakaknya walaupun mereka
bukanlah pernah menuntut di UKM sebagai seorang pelajar melainkan hanya
mendapatkan informasi daripada teman-teman mereka. Bagi situasi Luqman pula,
dia meletakkan kepercayaan kepada sahabatnya itu berdasarkan sikap dan juga
82

kemampuan sahabatnya dalam menyelesaikan sesuatu tanggungjawab sepanjang


tempoh persahabatan mereka semenjak dari Tahun 1. Oleh hal yang demikian, maka
Luqman telah meletakkan elemen kepercayaan dalam memutuskan pilihannya dalam
mengundi sahabatnya tersebut semasa pemilihan calon MPP.

Konklusinya, Luqman serta Maisarah mendapatkan pengaruh hubungan baik


bersama agen sosialisasi masing-masing sebagai faktor yang membuatkan mereka
cenderung untuk melakukan pilihan pada sesebuah pihak semasa PRK UKM sesi
2015/2016 dengan alasan yang kukuh.

4.3.3 Pengaruh Pihak Pihak Pentadbiran di UKM

Selain faktor agama dan juga hubungan baik dengan rakan keluarga, pengkaji juga
telah mengenal pasti bahawa terdapat elemen ketegasan merupakan pengaruh yang
telah digunakan pihak pentadbiran yang terdapat di UKM ke atas dua orang informan.
Ketegasan yang dikenakan ke atas salah seorang informan untuk menyokong kepada
satu pihak yang bertanding semasa PRK UKM sesi 2015/2016 merupakan suatu
perkara yang tidak boleh dielak untuk dipatuhi oleh seorang informan memandangkan
mereka telah terikat dengan satu perjanjian yang boleh menyebabkan mereka
mendapat kerugian dari satu sudut sekiranya melanggar perjanjian tersebut.

Bagi seorang lagi informan, dirinya merasakaan bahawa berapa tindakan yang
dilakukan oleh pihak pentadbiran kolej kediamannya merupakan sesuatu yang tidak
wajar kerana mereka memberikan layanan tidak sama rata kepada para pelajar yang
tidak sealiran politik yang tidak sama dengan pihak pentadbiran kolej. Hal ini secara
tidak langsung membuatkan dirinya untuk tidak cenderung menyokong pihak yang
disokong oleh pihak kolej kediamannya kerana merasakan bahawa tindakan yang
tidak wajar oleh pihak kolej kediamannya melambangkan perlakuan sebenar
kepimpinan pihak yang disokong oleh kolej kediamannya itu.

Merujuk kepada informan yang bernama Shazwarina, beliau sememangnya


telah terlibat di dalam situasi yang mana beliau harus menurut perintah pihak
pentadbiran kolej kediamannya demi menjaga kepentingan dirinya menjawat jawatan
83

sebagai Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) di kolej kediamannnya. Menurut


Shazwarina:

...Aku kan MEP masa second year, sah-sah la kena sokong Aspirasi, pihak kolej
memang gila-gila brainwash semua MEP untuk sentiasa sokong Aspirasi. Tapi kami
semua bukan sokong bulat-bulat. Ada ja benda yang kami tak sokong tapi kena
cakap belakang-belakang la. Macam setiap kali meeting, mesti depa akan habaq apa
perkembangan Aspirasi pastu suruh sokong la Aspirasi. Kalau tak sokong memang
akan ada masalah la...

Berdasarkan pernyataan ini, Shazwarina sememangnya berada dalam keadaan


yang mana dia harus menyokong segala tindakan yang dilakukan oleh pihak Aspirasi
Mahasiswa sekalipun perbuatan itu dirasakan olehnya sebagai tidak wajar atau
muncul rasa ketidak puasan hati dari dalam dirinya. Shazwarina sememangnya tahu
membezakan antara perkara yang wajar dan tidak wajar dilakukan, namun dia tetap
harus menunjukkan taat setianya ke atas pihak Aspirasi Mahasiswa atas dasar ingin
mempertahankan jawatannya sebagai MEP. Sebagai seorang MEP, Shazwarina
sememangnya berpeluang mengasah bakat kepimpinannya dengan mengetuai
sejumlah program yang dijalankan di kolej sepanjang tempoh di menjadi MEP. Di
samping itu, sebagai seorang MEP, Shazwarina memperoleh keistimewaan untuk
tidak perlu membayar yuran sewa bilik di kolej kediamannya disebabkan oleh mereka
berbakti kepada seluruh warga kolej dalam usaha memastikan segala aktiviti dapat
berjalan dengan lancar dan memasyhurkan prestasi kolej kediaman tersebut.

Walau bagaimanapun, segala kemudahan tersebut seolah-olah terikat dengan


syarat di mana setiap MEP harus akur dan setia dengan kehendak pihak kolej
kediamannya untuk sentiasa menyokong tindakan Aspirasi Mahasiswa dan seboleh-
bolehnya menghalang sebarang aktiviti yang dilakukan oleh pihak Gabungan
Mahasiswa. Menurut Shazwarina, “....cuba hang pikiaq, takkan aku nak lepaih
jawatan sebab aku tak setuju pasai Aspi kat depa, mampuih la. So, kami semua MEP
ikut ja, lagipun qugi kalau lepaih kalau pikiaq-pikiaq balik, pasai la kat pihak
kolej..depa yang bertanggungjawab kami main ikut ja macam depa nak...”. Dalam hal
ini, Shazwarina telah membuat pertimbangan ke atas pilihan yang telah diberikan oleh
dirinya secara tidak langsung dalam hal memilih aliran politik. Walau bagaimanapun,
Shazwarina memilih untuk akur terhadap kehendak yang datang dari pihak kolej
kediaman kerana dia merasakan bahawa dia hanya menurut perintah pihak kolej
84

kediamannya, oleh itu segala perlakuan mereka yakni para MEP yang mengikut
kehendak kolej kediaman akan menjadi tanggungjawab pihak kolej kediaman dalam
segala hal. Oleh hal yang demikian, Shazwarina tidak mendapat kerugian walaupun
dia mengakui bahawa bukanlah semua tindakan yang dilakukan oleh pihak Aspirasi
itu betul dan harus diakui kebenarannya.

Umumnya, pengaruh yang diberikan agen sosialisasi Shazwarina yakni pihak


pentadbiran kolej kediaman telah menjadikan Shazwarina tunduk kepada segala
tuntutan diberikan oleh mereka. Antara sebab Shazwarina cenderung berkelakuan
sedemikian adalah kerana dirinya terikat kepada suatu perjanjian yang dipersetujui
bersama pihak pentadbiran kolej kediamannya apabila di memegang sesuatu jawatan
penting yang memberikan kepentingan dan keistimewaan kepada dirinya. Menurut
Giddens (1977), sosialisasi merupakan proses di mana pelbagai norma dan
pengawalan bentuk tingkah laku diserap dan ditukar menjadi elemen personaliti bagi
seseorang individu bersesuaian dengan amalan budaya masyarakat dalam
persekitarannya. Dalam hal ini, komitmen serta tanggungjawan Shazwarina dalam
memegang jawatan penting di kolej kediamannya telah dijadikan sebagai alat kawalan
oleh pihak pentadbiran kolejnya untuk menentukan sebarang tingkah laku oleh
Shazwarina adalah bersesuaian dengan kehendak mereka seperti menyokong pihak
Aspirasi bagi pemilihan calon MPP. Maka dengan ini, jelaslah bahawa pilihan yang
dibuat oleh Shazwarina bagi pemilihan calon MPP adalah sangat dipengaruhi an
dicorakkan oleh agen sosialisasinya yang mempunyai sistem kawalan tersendiri
terhadap pihak yang mempunyai komitmen terhadap mereka.

Bagi situasi Shazwarina, dirinya telah disosialisasikan untuk perlu menyokong


pihak Aspirasi Mahasiswa kerana dengan menyokong pihak tersebut maka
Shazwarina dapat mengekalkan jawatannya sebagai MEP di mana jawatan tersebut
sangat penting bagi dirinya. Oleh hal yang demikian, Shazwarina telah diberikan
pilihan sama ada akan terjamin jawatan sebagai MEP selama satu tahun dengan
menyokong pihak Aspirasi Mahasiswa semasa PRK UKM ataupun akan terdapat
ancaman masalah terhadap jawatan yang disandangnya jika terlalu jelas
memperlihatkan dirinya menyokong pihak Gabungan Mahasiswa. Untuk memastikan
jawatannya sebagai MEP akan kekal terjamin maka Shazwarina memilih untuk
85

menyokong pihak Aspirasi Mahasiswa. Dalam hal ini, Pihak Aspirasi Mahasiswa
serta Shazwarina dilihat sebagai memerlukan di antara satu sama lain yakni
Shazwarina perlu menyokong Aspirasi demi kepentingan jawatannya dan pihak
Aspirasi Mahasiswa perlukan sokongan dari pengundi seperti Shazwarina untuk
mendapatkan kemenangan bagi menerajui kepimpinan MPP secara kukuh. Maka,
terbentuklah satu sistem sosial atas kewujudan dua pihak yang saling bergantungan di
anatara satu sama lain yakni Shazwarina sebagai penyokong dan juga Pihak Aspirasi
Mahasiswa sebagai pihak yang disokong Oleh itu, sangat jelas dapat dilihat bahawa
pilihan yang dilakukan oleh Shazwarina bagi mengundi semasa PRK UKM sangat
dipengaruhi oleh elemen ketegasan yang datang dari pihak pentadbiran kolej
kediaman yang didiaminya.

Hal yang berbeza pula berlaku kepada informan yang bernama Syazwan di
mana dia merasakan bahawa ketegasan yang dilakukan oleh pihak kolej kediaman
yang didiaminya hanya menimbulkan rasa tidak setuju daripada rasa akur kepada
kehendak politik pihak kolej kediamannya itu. Menurut Syazwan:

...Aku memang tak setuju la depa buang kolej. Bukannya tak bayaq yuran ka apa.
Bayaq kot, tapi apa masalah hanya sebab tak sokong Aspirasi, semua kena buang
kolej. Depa bagi alasan sebab tak aktif kolej. Padahal ada soqang tu aktif kolej, dia
wakil kolej untuk sukan haritu, tapi still kena buang. Tak adil langsung. Depa buang
sebenaqnya sebab tak sokong Aspirasi...

Walaupun tidak terlibat dengan kes dibuang kolej namun Syazwan merasakan
bahawa tindakan pihak kolej kediamannya yang membuang sebahagian para pelajar
dari kolej kediamannya atas alasan tidak aktif kolej adalah sesuatu yang tidak masuk
akal. Hal ini tidak dianggap wajar kerana dia mengenali salah seorang daripada
pelajar yang dibuang daripada kolej kediaman tersebut merupakan salah seorang wakil
kolej kediaman tersebut semasa berlangsung salah satu daripada temasya sukan yang
diadakan di UKM. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pelajar tersebut
kerana dia turut dibuang kolej atas alasan yang samar-samar. Syazwan menambah:

...Aku tau depa buang kolej actually student-student tu sebab depa tak sokong
aspirasi..actually oqang kolej boleh cek kita undi sapa-sapa sebab setiap qetas undi tu
ada nombor kod yang lain-lain bagi setiap pengundi. Kalau hang boleh tengok
sebelum kita nak undi tu kan kita cek nama kita kan. Yang tu sebab depa nak tau kod
86

kertas kita dan cek kita undi mana lepaih tu. Sebab tu depa cek sapa yang tak undi
Aspi kena buang. Senior aku kata satu aras kena buang sebab tak sokong Aspirasi.
Macam mana aku nak sokong Aspi kalau benda depa buat pon tak betoi ?...

Berdasarkan pernyataan ini, Syazwan merasakan perbuatan yang dilakukan


oleh pihak pentadbiran kolejnya ini sebagai sesuatu yang tidak patut dilakukan.
Syazwan juga menyatakan bahawa rasa hormatnya kepada pihak Aspirasi Mahasiswa
juga telah mula pudar setelah mengetahui akan keadaan yang sebenarnya berlaku.
Bagi Syazwan dia merasakan bahawa tindakan tidak wajar pihak kolej kediamannya
membuang ramai pelajar yang menyokong Gabungan Mahasiswa semata-mata
meramaikan jumlah penyokong Aspirasi Mahasiswa merupakan cerminan kepada
kepimpinan yang berlaku bagi pihak Aspirasi Mahasiswa itu sendiri. Oleh itu,
Syazwan berasa bahawa dirinya tidak wajar untuk menyokong pihak Aspirasi
Mahasiswa semasa PRK UKM kerana pihak tersebut mengamalkan amalan real
politik yakni boleh menggunakan apa cara sekalipun dalam mencapai sesuatu
matlamat. Kekecewaan dirinya kepada pihak Aspirasi sebenarnya telah
menambahkan lagi kepercayaannya untuk menyokong pihak Gabungan Mahasiswa
yang selama ini membawa matlamat yang sama dengan dirinya yakni mengutamakan
ajaran Islam.

Pada dasarnya, Syazwan dianggap sebagai seorang yang memerlukan pihak


Gabungan Mahasiswa yang bakal mendapat sumber kuasa dalam mencapai matlamat
mereka bersama yakni memperjuangkan corak kepimpinan MPP yang bersifat Islamik
hasil proses sosialisasi yang dijalaninya. Syazwan telah diberikan pilihan untuk
menyokong pihak Aspirasi Mahasiswa dan juga pihak Gabungan Mahasiswa semasa
PRK UKM. Setelah membuat pertimbangan, Syazwan tidak menyokong pihak
Aspirasi Mahasiswa berdasarkan tindakan pihak tersebut yang dianggap tidak matang
untuk mendapatkan sokongan dan kemenangan dalam PRK UKM. Justeru, Syazwan
memilih untuk menyokong pihak Gabungan Mahasiswa yang dilihat berpeluang
merealisasikan matlamat mereka bersama. Pihak gabungan Mahasiswa dan Syazwan
dilihat memerlukan di anatara satu sama lain yakni Syazwan sebagai pengundi dan
Pihak Gabungan Mahasiswa sebagai pihak yang berpeluang mempunyai kuasa bagi
merealisasikan kepimpinan MPP yang lebih bersifat Islamik. Interaksi yang berlaku
antara kedua – dua belah pihak ini akhirnya melahirkan sebuah sistem sosial kerana
87

berlaku kebergantungan di antara komponen-komponen di dalamnya yakni Syazwan


sebagai pihak yang mengundi dan juga pihak Gabungan Mahasiswa sebagai pihak
yang berpeluang mempunyai sumber kuasa bagi merealisasikan impian bersama
kedua belah pihak. Oleh hal yang demikian secara keseluruhannya, jelaslah bahawa
ketegasan yang dikenakan oleh pihak pentadbiran kolej kediaman Syazwan
mempengaruhi pilihan Syazwan namun dari sudut berlawanan atas sebab-sebab
ketidak wajaran tindakan pihak kolej tersebut dari pihak Syazwan.

Bagi situasi yang dialami oleh Shazwarina dan Syazwan, pengkaji telah
mengenal pasti bahawa terdapat unsur paksaan yang dikenakan terhadap mereka
sehingga memutuskan sesuatu pilihan. Menurut Colvin (2000) seperti yang dikutip
N. Yusoff (2015):

…paksaan atau pemaksaan sebagai kuasa yang menyebabkan individu untuk


bertindak dalam cara tertentu kerana ketakutan atau kerisauan yang dicipta dari
paksaan. Paksaan akan berlaku apabila individu dipaksa untuk bertindak dalam cara
tertentu melalui kuasa langsung atau ugutan daripada orang lain atau melalui tekanan
ekonomi impersonal atau kuasa sosial…
Hal ini sangat bertepatan dengan situasi yang dialami oleh Shazwarina.
Walaupun bentuk paksaan yang dikenakan ke atas dirinya tidak berlaku secara terang-
terangan dan juga didasari oleh ketegasan, namun dia dapat merasakan bahawa
elemen paksaan itu wujud sehingga mendorongnya untuk sentiasa mengikut arahan
pihak pentadbiran kolejnya jika dia tidak mahu kehilangan jawatan dan juga
keistimewaan yang diperoleh olehnya selagi memegang jawatan MEP. Sementara
unsur paksaan yang dikenakan ke atas Syazwan telah menyebabkan dirinya semakin
menghindar daripada memberi sokongan kepada pihak pentadbiran di UKM. Hal ini
kerana beliau tidak dapat menerima ketidak wajaran tindakan pihak pentadbiran di
UKM dalam memberi kemenangan kepada pihak Aspirasi menerusi paksaan.

Pengalaman Syazwan dengan pihak pentadbiran di UKM yang menggunakan


elemen paksaan telah menimbulkan konflik bagi Syazwan. Menurut Fisher et. al
(2000) seperti dikutip oleh N. Yusoff (2015), Konflik bermaksud hubungan antara dua
pihak atau lebih yang tidak mempunyai matlamat yang sama. Dalam hal ini, Syazwan
memilih untuk mengundi calon MPP dari pihak Gabungan Mahasiswa kerana
merasakan matlamat yang ingin dicapai oleh pihak Aspirasi yang disokong penuh oleh
88

pihak pentadbiran di UKM adalah bertentangan dengan matlamat yang ingin dicapai
oleh dirinya. Unsur paksaan dan juga penindasan yang dilakukan oleh pihak
pentadbiran di UKM merupakan penyebab utama yang menyebabkan munculnya
konflik antara Syazwan dengan pihak pentadbiran di UKM.

Konklusinya, Shazwarina dan Maisarah telah mendapatkan pengaruh


kpihak pentadbiran di UKM yang menggunakan ketegasan sebagai faktor yang
menentukan untuk pilihan mereka pada sesebuah pihak semasa PRK UKM sesi
2015/2016. Bagi Shazwarina, dia terpaksa mengikut kehendak agen sosialisasinya
dalam pemilihan MPP kerana beliau terikat dengan sebuah komitmen yang boleh
memberikan dirinya kerugian jika tidak dipatuhi. Bagi Syazwan pula, tindakan yang
tidak wajar oleh pihak pentadbirannnya dengan menggunakan kuasa pada jalan yang
tidak rasional membuatkan dirinya cenderung untuk tidak patuh kepada ideologi
politik oleh pihak kolej pentadbiran yang didiaminya.

4.4 JENIS AGEN SOSIALISASI YANG PALING BERPENGARUH BAGI


PILIHAN MAHASISWA DALAM PEMILIHAN CALON MPP SESI
2015/2016.

Berdasarkan perbincangan hasil kajian bagi objektif pertama dan objektif kedua,
didapati bahawa agen sosialisasi yang paling berpengaruh dalam mempengaruhi
pilihan para informan dalam pemilihan calon MPP sesi 2015/2016 adalah pendidikan
agama dan juga pihak pentadbiran di UKM.

4.4.1 Pendidikan Agama

Bagi pendidikan agama, ianya dilihat sebagai agen sosialisasi yang paling
berpengaruh dalam kalangan informan berdasarkan dapatan kajian ini. Berdasarkan
latar belakang pendidikan informan, lapan orang informan daripada enam belas orang
informan merupakan pelajar lepasan STPM aliran sastera agama. Ianya mewakili
lima puluh peratus (50 peratus) daripada jumlah kesemua informan. Maka tidak
hairanlah jika pendidikan agama merupakan antara agen sosialisasi yang
mempengaruhi majoriti pilihan para informan.
89

Selain itu, kekuatan mahupun kelebihan agen sosialisasi pendidikan agama


adalah kerana ianya faktor agama Islam itu sendiri yang menjadi pegangan hidup
utama para informan. Menurut Sabiq (1993), agama mempunyai suatu kekuasaan
yang tertinggi dalam hati dan jiwa serta memberikan kesan yang mendalam terhadap
perasaan. Pernyataan ini menunjukkan bahawa elemen agama itu sendiri mampu
menguasai perasaan seseorang individu yang akan menyebabkan dirinya bertindak
dalam satu tindakan tertentu. Hal ini membuktikan bahawa pengaruh agama menerusi
pendidikan agama yang diperoleh para informan akan menjadi elemen pertimbangan
yang utama bagi mereka melakukan sesuatu tindakan.

Hal seperti itu amat terlihat jelas menerusi situasi yang dialami oleh
Najmuddin. Beliau sememangnya amat mementingkan faktor agama dalam hidupnya
dan perkara ini merupakan hasil daripada proses sosialisasi yang dialami oleh
Najmuddin menerusi pendidikan agama yang diperoleh oleh dirinya di rumah dan
juga di sekolah. Pengaruh tersebut amat terlihat jelas menerusi pilihan yang
dilakukannnya bagi pemilihan calon MPP. Menurut Najmuddin:

...Aku memang berhati-hati la bila nak pilih parti bukan sebab apa. Aku just takut
nanti aku dipersoalkan kat akhirat nanti kenapa aku pilih pihak sekian. Just sebab nak
kesenangan dunia atau aku nak pertahankan Islam? Aku pikiaq semua tu kalau aku
nak buat something...

Berdasarkan pernyataan yang dibuat oleh Najmuddin ini, amat jelas kelihatan bahawa
kesan daripada proses sosialisasi dirinya menerusi ajaran dalam pendidikan agama
yang diterimanya telah menjadikan dirinya amat teliti dalam segala tindakan yang
dibuat oleh dirinya. Najmuddin sendiri lebih memilih untuk menyokong pihak
Gabungan Mahasiswa kerana dilihatnya sebagai pihak yang mengutamakan agama
Islam dalam segala aspek. Oleh itu, Najmuddin berasa selamat dan selesa dengan
pilihannya itu kerana di melakukan perkara yang diajarkan oleh ajaran agama Islam
yakni melakukan tindakan yang mengutamakan urusan agama Islam dalam segala
tindakan.
90

Bagi Maisarah pula, pendidikan agama Islam yang diterima dalam jalur yang
tidak formal menerusi kedua orang tuanya telah mempengaruhi segala aspek
kehidupan dirinya. Menurut Maisarah:

...Aku dari kecik memang mak ngan ayah aku ajaq untuk sokong PAS jala.. Kalau pi
universiti pon aku just sokong apa yang memang berkaitan dengan agama Islam. Mai
universiti pon memang aku sokong GM. ....aku tak minat nak tau pasai Aspirasi
langsung...

Pernyataan yang dibuat oleh Maisarah membuktikan bahawa pendidikan


agama Islam yang diterima olehnya telah membuatkan setiap tindakan dalam
kehidupannya cenderung menumpukan kepada hal yang bersifat Islamik sahaja.
Tindakan untuk tidak mahu ambil tahu tentang pihak Aspirasi Mahasiswa yang
dinyatakan oleh Maisarah menunjukkan bahawa didikan agama yang diterimanya juga
mendorong dirinya untuk menolak sebarang perjuangan ideologi politik yang terlalu
bersifat keduniaan. Walaupun Maisarah bukanlah seorang yang bersikap esktrem
dalam mengekspresikan tindakan dan perasaannya dalam sesuatu hal berkaitan
perjuangan agama Islam, namun ketegasan yang dimiliki oleh dirinya dalam
mengamalkan ajaran agama Islam mencerminkan keutuhan pendirian serta
keimanannya dalam mengaplikasikan ajaran agama Islam dalam kehidupannya.

Kesimpulannya, pendidikan agama telah menjadi agen sosialisasi yang paling


berpengaruh dalam kalangan informan seperti Najmuddin dan Maisarah. Hal ini
kerana agama merupakan elemen yang paling penting dalam hidup manusia. Menurut
Emmons (1999), agama membekalkan makna kepada kewujudan manusia dengan
pengukuhan matlamat serta sistem nilai berkaitan dengan seluruh aspek kehidupan.
Oleh hal yang demikian, terbuktilah bahawa pendidikan agama yang didasari oleh
faktor agama mampu menguasai segala pandangan hidup serta perlakuan bagi
seseorang individu atas aspek keutamaan dan kepentingannya dalam hidup seseorang
manusia.

4.4.2 Pihak Pentadbiran Di UKM.

Elemen pengaruh kuasa kepimpinan yang dimiliki oleh pihak pentadbiran di UKM
seperti pentadbiran pusat dan pentadbiran kolej kediaman telah menjadikan golongan
91

ini sebagai agen sosialisasi yang paling berpengaruh dalam kalangan informan dan
mahasiswa UKM untuk mempengaruhi pilihan mahasiswa semasa Pilihan Raya
Kampus UKM sesi 2015/2016. Menurut Abdullah (1998), kepemimpinan merupakan
sejenis tingkah laku yang didasari untuk mempengaruhi pihak lain agar sanggup dan
berasa sukarela untuk melakukan tindakan yang diinginkan oleh pihak yang
memimpin. Elemen kepimpinan yang dimiliki oleh pihak pentadbiran di UKM
didapati mempunyai elemen ketegasan yang cenderung membuat sesetengah pihak
berasa terpaksa untuk menuruti kehendak pihak pentadbiran di UKM

Bagi situasi yang dialami oleh Shazwarina, beliau telah dipimpin oleh pihak
pentadbiran kolej kediamannya untuk memenuhi segala kehendak mereka sama ada
bertepatan mahupun berlawanan dengan pemikiran rasional oleh Shazwarina. Hal ini
juga berlaku kepada Shazwarina di atas komitmen yang dipegang oleh dirinya sebagai
menyandang jawatan bagi Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) di kolej kediamannya
sekaligus memperoleh keistimewaan yang tidak diperoleh oleh pelajar biasa seperti
mendapat layanan istimewa dalam setiap program yang dianjurkan oleh pihak
pentadbiran di UKM serta tidak perlu membayar sewa bilik di kolej kediaman
sepanjang tempoh berkhidmat sebagai MEP. Menurut Shazwarina:

...Aku kan MEP masa second year, sah-sah la kena sokong Aspirasi, pihak kolej
memang gila-gila brainwash semua MEP untuk sentiasa sokong Aspirasi. Tapi kami
semua bukan sokong bulat-bulat. Ada ja benda yang kami tak sokong tapi kena cakap
belakang-belakang la. Macam setiap kali meeting, mesti depa akan habaq apa
perkembangan Aspirasi pastu suruh sokong la Aspirasi. Kalau tak sokong memang
akan ada masalah la...

Berdasarkan pernyataan oleh Shazwarina, sememangnya elemen ketegasan


yang mendorong kepada berlakunya pemaksaa telah dirasakan oleh dirinya semasa
berkhidmat sebagai MEP. Walaupun sesekali dirinya tidak begitu bersetuju dengan
tindakan pihak pentadbiran kolejnya namun kelihatannya beliau tidak terdaya untuk
melawan pihak tersebut kerana mereka lebih berkuasa dan mampu bertindak di luar
dugaan Shazwarina yang akan memberikan kerugian terhadap dirinya seperti
dilucutkan jawatan mahupun dibuang kolej. Bagi mengelakkan segala kejadian yang
tidak diingini berlaku, maka Shazwarina telah bertindak mematuhi segala arahan oleh
pihak pentadbiran kolejnya bagi mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku. Hal
92

ini sangat jelas menunjukkan bahawa pihak pentadbiran kolej merupakan agen
sosialisasi yang paling berpengaruh dalam kalangan mahasiswa seperti Shazwarina
yang memiliki banyak kepentingan.

Bagi Syazwan pula, elemen ketegasan yang digunakan sebagai pengaruh oleh
pihak pentadbiran kolejnya cenderung untuk membuat dirinya bertingkah laku yang
berlawanan dengan keinginan pihak kolejnya. Menurut Syazwan:

...Aku memang tak setuju la depa buang kolej. Bukannya tak bayaq yuran ka apa.
Bayaq kot, tapi apa masalah hanya sebab tak sokong Aspirasi, semua kena buang
kolej. Depa bagi alasan sebab tak aktif kolej. Padahal ada soqang tu aktif kolej, dia
wakil kolej untuk sukan haritu, tapi still kena buang. Tak adil langsung. Depa buang
sebenaqnya sebab tak sokong Aspirasi...

Menerusi situasi ini, pihak pentadbiran kolej kediaman yang didiami oleh
Syazwan sangat dilihat sebagai agen sosialisasi yang berpengaruh. Hal ini disokong
oleh kenyataan Syazwan yakni salah seorang daripada rakan sekolej kediamannya
yang memberikan sumbangan terhadap kolej dengan mewakili kolej bagi suatu
temasya sukan namun masih tetap dibuang daripada kolej tersebut atas dasar pelajar
tersebut didapati oleh pihak kolej kediaman cenderung menyokong ideologi politik
oleh pihak Gabungan Mahasiswa yang bertentangan dengan ideologi pihak Aspirasi
Mahasiswa yang disokong oleh pihak pentadbiran kolej. Sehubungan dengan itu,
pengaruh kepimpinann yang didasari dengan ketegasan oleh pihak pentadbiran
kolejnya mampu melakukan sebarang tindakan ke atas penguni kolej sehingga
menyebabkan mereka memperoleh kerugian atas sebab yang tidak rasional.

Walau bagaimanapun, situasi yang berlaku tersebut tidak telah menyebabkan


kepercayaan Syazwan bertambah kuat kepada pihak Gabungan Mahasiswa yang
mengutamakan ajaran Islam serta mampu berlaku adil terhadap kebajikan semua
pihak. Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pihak pentadbiran kolej Syazwan
adalah dalam bentuk utokratik. Menurut Khan (1983), gaya kepimpinan autokratik
merujuk kepada situasi di mana pemimpin membuat keputusan tanpa merujuk kepada
orang-orang di bawahnya. Hal inilah yang diamalkan oleh pihak pentadbiran kolej
kediaman yang didiami Syazwan yang mereka sebagai agen sosialisasi yang paling
93

berpengaruh dalam mempengaruhi pilihan mahasiswa UKM dalam pemilihan MPP


sesi 2015/2016.

Konklusinya, pihak pentadbiran di UKM seperti pihak pentadbiran kolej


Shazwarina dan Syazwan merupakan agen sosialisasi yang paling berpengaruh bagi
pilihan mahasiswa dalam pemilihan calon MPP bersandarkan pengaruh kuasa
kepimpinan yang mereka miliki dalam bentuk ketegasan sehingga boleh
menyebabkan pelajar dipaksa menurut segala perintah mereka.

Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan dalam bab ini, setiap agen
sosialisasi akan mempunyai cara masing-masing yang tersendiri dalam memastikan
pilihan golongan sasaran mereka akan mendapatkan pengaruh mereka. Lima jenis
agen sosialisasi utama yang diperoleh daripada data temu bual adalah keluarga, rakan
sebaya, media massa pihak pentadbiran di UKM serta pendidikan agama. Selain itu,
beberapa pendekatan yang dikenal pasti digunakan oleh para agen sosialisasi dalam
mempengaruhi golongan sasaran mereka yakni para informan adalah agama,
hubungan baik dengan rakan dan keluarga dan juga pengaruh pihak pentadbiran di
UKM. Daripada kesemua pendekatan yang digunakan oleh pihak agen sosialisasi,
hanya pendekatan ketegasan oleh pihak pentadbiran sahaja yang dikenal pasti
mempunyai respon yang tidak sama dengan matlamat pihak agen sosialisasi. Seorang
informan yakni Syazwan yang menyatakan bahawa pihak pentadbiran kolej
kediamannya merupakan antara agen sosialisasi yang mempengaruhi pilihannya telah
memberikan respon yang berlawanan dengan matlamat agen sosialisasinya itu.

Bagi Syazwan, ketidak wajaran tindakan pihak kolej pentadbirannnya


mendorong dirinya untuk menyokong pihak yang berlawanan dengan pihak yang
disokong oleh pihak kolej kediamannya semasa PRK UKM. Berbanding dengan para
informan yang lain, faktor pengaruh yang datang dari agen sosialisasi mereka
menyebabkan mereka memberikan respon yang menepati matlamat agen sosialisasi
mereka tersebut. Berdasarkan faktor pengaruh yang digunakan oleh agen sosialisasi
Syazwan dan juga perbezaanya dengan agen sosialisasi yang lain serta pendekatan
mereka, ketegasan yang melampau serta tidak wajar akan menyebabkan golongan
94

sasaran mereka tidak akan akan memberikan respon yang sesuai dengan matlamat
pihak agen sosialisasi terbabit sekiranya tidak dikawal dengan cara betul.

Daripada keseluruhan dapatan kajian ni, telah dikenal pasti bahawa agen
sosialisasi yang paling berpengaruh dalam kalangan informan adalah pendidikan
agama kerana agama merupakan pegangan utama hidup para informan yang
mendasari segala tingkah laku mereka. Di samping itu, agen sosialisasi lain yang
paling berpengaruh adalah pihak pentadbiran di UKM yang boleh menggunakan
pengaruh kuasa kepimpinan melalui elemen ketegasan bagi memaksa mahasiswa
mengikut kehendak mereka bagi pemilihan calon MPP sesi 2015/2016.

4.5 RUMUSAN

Berdasarkan perbincangan berkaitan peranan agen sosialisasi dalam mempengaruhi


pilihan mahasiswa bagi pemilihan calon Majlis Perwakilan Pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia Sesi 2015/2016, dapatlah dirumuskan bahawa lima golongan
agen sosialisasi utama dalam kalangan informan adalah keluarga, rakan sebaya, media
massa pihak pentadbiran di UKM serta pendidikan agama. Selain itu, elemen faktor
agama, hubungan baik dengan rakan dan keluarga serta elemen ketegasan sebagai
pengaruh oleh pihak pentadbiran di UKM merupakan antara peranan yang diguna
pakai oleh agen sosialisasi dalam kalangan informan bagi mempengaruhi pilihan
mereka semasa memilih calon MPP sesi 2015/2016. Kesemua faktor pengaruh ini
turut dijelaskan berdasarkan perspektif sosiologi. Di samping itu, telah dikenal pasti
juga bahawa pihak pentadbiran di UKM dan pendidikan agama merupakan agen
sosialisasi yang paling berpengaruh dalam mempengaruhi pilihan informan dalam
pemilihan calon MPP sesi 2015/2016.
95

BAB V

KESIMPULAN

Kajian ini adalah berkaitan dengan peranan agen sosialisasi bersempena pemilihan
calon Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2015/2016. Objektif utama bagi kajian ini
adalah untuk meneliti jenis agen sosialisasi yang mempengaruhi pilihan mahasiswa
dalam pemilihan calon MPP sesi 2015/2016. Selain itu, objektif bagi kajian ini juga
adalah mengenal pasti tahap pengaruh agen sosialisasi terhadap pilihan mahasiswa
dalam pemilihan calon MPP sesi 2015/2016. Di samping itu, kajian ini juga
mempunyai objektif untuk mengenal pasti jenis agen sosialisasi yang paling
berpengaruh bagi pilihan mahasiswa dalam pemilihan calon MPP sesi 2015/2016.
Kajian ini dijalankan menerusi pendekatan kualitatif dengan menjalankan sesi temu
bual mendalam bersama 16 orang informan yang terdiri daripada ahli Persatuan
Mahasiswa Pulau Pinang UKM sesi 2015/2016.

Rumusan yang boleh dibuat bagi kajian ini adalah terdapat lima jenis agen
sosialisasi yang mempengaruhi pilihan mahasiswa dalam pemilihan calon MPP sesi
2015/2016. Antara agen sosialisasi yang dimaksudkan adalah keluarga, rakan sebaya,
media massa, pihak pentadbiran di UKM serta pendidikan agama.

Selain itu, kajian ini juga telah menyimpulkan bahawa agen sosialisasi dalam
kalangan mahasiswa telah mempengaruhi pilihan mahasiswa dalam pemilihan calon
MPP sesi 2015/ melalui faktor pengaruh agama atas sebab ianya merupakan pegangan
hidup utama dalam menentukan setiap tingkah laku. Selain itu, kajian ini juga telah
membuktikan bahawa faktor hubungan baik bersama rakan dan keluarga yang
mewujudkan rasa kepercayaan dan kebergantungan juga merupakan elemen yang
digunakan oleh agen sosialisasi dalam usaha untuk mempengaruhi pilihan mahasiswa
96

bagi pemilihan calon MPP sesi 2015.2016. Di samping itu, faktor pengaruh yang juga
ditemukan menerusi kajian ini adalah berdasarkan pengaruh kuasa pihak pentadbiran
UKM dalam bentuk yang mampu memberikan paksaan terhadap pilihan yang dibuat
oleh mahasiswa dalam pemilihan calon MPP sesi 2015/2016 demi menjaga
kepentingan mereka. Kesemua faktor ini telah membentuk personaliti serta tindakan
para informan bersesuaian dengan kehendak agen sosialisasi mereka.

Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa agen sosialisasi yang


paling berpengaruh bagi pilihan mahasiswa dalam pemilihan calon MPP sesi
2015/2016 adalah pendidikan agama dan pihak pentadbiran di UKM. Bagi
pendidikan agama, status agama yang merupakan rujukan utama dalam kehidupan
manusia menjadikan setiap tindakan yang dilakukan akan sentiasa merujuk kepada
agama sama ada boleh dilakukan mahupun dilarang. Oleh itu, kepercayaan agama
Islam yang menjadi pegangan hidup para informan yang sememangnya kukuh serta
susah digugat amat susah untuk menerima ideologi politik yang tidak mengutamakan
ajaran agama Islam. Seterusnya bagi pihak pentadbiran di UKM, faktor yang
menjadikan mereka sebagai agen sosialisasi yang paling berpengaruh adalah
berdasarkan keupayaan mereka menggunakan pengaruh kuasa berasakan elemen
ketegasan supaya mahasiswa di UKM menurut kehendak mereka bagi pemilihan calon
MPP sesi 2015/2016 demi menjaga kepentingan masing-masing.

Kajian ini sekaligus telah membuktikan bahawa terdapat agen sosialisasi yang
lebih berpengaruh selain daripada media massa seperti yang dinyatakan oleh kajian
Azita (1995). Menerusi kajian ini, pengkaji mengenal pasti bahawa agen sosialisasi
paling berpengaruh bagi pemilihan ideologi politik dalam konteks mahasiswa UKM
adalah pendidikan agama dan pihak pentadbiran kampus. Oleh hal yang demikian,
dapatlah disimpulkan bahawa kesemua objektif bagi kajian ini telah tercapai.

Di samping itu, pengkaji ingin mencadangkan agar pihak pentadbiran di UKM


tidak seharusnya melakukan sebarang tindakan yang bersifat menyebelahi sebelah
pihak sahaja dalam usaha memberikan pengaruh terhadap sesuatu ideologi politik
yang didukung oleh mereka. Tindakan seperti itu hanya akan cenderung
memperlihatkan bahawa pihak pentadbiran di UKM tidak bertindak profesional dan
97

telus dalam urusan pentadbiran serta pengurusan mereka terhadap urusan pelajar.
Selain itu, Majlis Perwakilan Pelajar UKM juga merupakan sebuah organisasi yang
ditadbir dalam kalangan mahasiswa UKM sendiri dalam mengasah kemahiran
kepimpinan yang tulus tanpa memerlukan pengaruh yang bersifat memonopoli dengan
cara yang bersifat berat sebelah oleh mana-mana pihak. Hal ini amat dituntut dalam
melahirkan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan yang sejati serta mempunyai
daya usaha yang tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu hal tanpa terlalu bergantung
kepada pihak lain yang boleh menaikkan reputasi tanpa usaha yang bersungguh-
sungguh datang dari diri pelajar itu sendiri.
98

RUJUKAN

Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad. 1998. Komunikasi untuk pemimpin. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Almond, Gabriel A. 1960. “A Functional Approach to Comparative Politics,” in


Gabriel A. Almond and James S. Coleman (eds.), The Politics of Developing
Areas. Princeton, NJ: Princeton University Press: 26-33

Almond, G.A. dan Verba, S. 1965. The Civic Culture. Boston: Little, Brown & Co.

Atkin, C. K. & Gantz, W. 1978. Communication news and the child audience.
Journal of Broadcasting. Vol (22): 47-61.

Azita Aminudin. 1995. “Sosialisasi politik: Nasionalisme-Patriotisme dan kesedaran


politik di kalangan mahasiswa di fakulti sastera dan sains sosial.” Latihan
Ilmiah. Universiti Malaya.

B.A. Mohamed. 2010. Sejauh Mana Peranan Agama Dalam Politik Malaysia.
http://repo.uum.edu.my/3184/1/S20.pdf (27 Mei 2016)

Berger, P. L., dan T. Luckmann. 1973. the social construction of reality: a treatise
in the sociology of knowledge. Harmondsworth, Middx.

Bhavnani, K-K. 1991. Talking Politics: A Psychological framing for views from
youth in britain. Cambridge: Cambridge University Press.

Buhler, Charlotte. 1928. Charlotte Bühler’s pioneering experimental


study of infants’ attitudes to novelty.
https://dialnet.unirioja.es/descarga/articulo/2749908.pdf. (27 Mei 2016)

Chao-Ching Lin. 2003. “Political indoctrination in the curriculum during four


periode of elementary school education in taiwan.” The Social Studies. Vol
94. Iss. 3.

Colvin, Mark. 2000. Crime and coercion: An integrated theory of chronic criminality.
New York: Palgrave MacMillan.

Daradjat, Zakiyah. 1982.Islam dan kesehatan mental. Jakarta: PT Gunung Agung.

Dawson, R. E. & Prewitt, K. 1969. Political Socialization. Boston: Little, Brown.

Easton, D, Dennis, J. 1969. Children in the political system: Origins of political


legitimacy. New York: McGraw-Hill.

Easton, D, Hess, R.D. 1962. “The child’s political world.” Midwest Journal of
Political Science.Vol. 11.
99

Afnia, EM. 2011. Bab II: Landasan Teori.


http://digilib.uinsby.ac.id/8924/4/Bab.%20II.pdf

Emmons, Robert A. 1999. Religion in the psychology of personality: An introduction.


Journal of Personality 67(6), 873–889.

Fagen, R. R. 1966. Politics communication. Boston: Little, Brown & Company.

Ferrante, Joan. 2011. Seeing Sociology An Introduction. Australia: Wadsworth


Cengage Learning.

Fisher, Simon, et. al. 2000. Working with conflict. London: Zed Books/

Giddens, A. 1977. Studies in social and Political Theory. London: Hutchinson

Google Maps. 2016. Peta Kawasan Seberang Perai.


https://www.google.com/maps/@5.3826474,100.6624056,10.5z.
(29 April 2016)

Horton, Paul B. & Hunt, Chester L. 1972. Sociology. Michigan: McGraw-Hill Co.,
Inc.

Harcourt, K. & Hartland, S. 1992. Discovering readers. Tunbridge Wells:


Newspaper in Education.

Jennings, M. K. & Niemi, R. G. 1973. “The transmission of political values from


parent to child.” Dalam Dennis, J. (ed.), Socialization to Politics. Canada:
John Wiley & Sons, Inc.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Novel Lyndon & Mazlan Ali. 2013.
Penggunaan Internet dan Persepsi Politik Mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia. Penerbit UKM Bangi.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Khan, Umar A. 1993. Type of administrattor differences in work satisfaction of


secondary school administrators. Education. Vol 113 (4), pg 574-579.

Ku Hasnita Ku Samsu. 2007. The cultivation of the spirit of patriotism through the
process of political socialization. http://repository.um.edu.my/1067/1/Ku
%20Hasnita%20Ku%20Samsu-The%20Cultivation%20of%20the%20Spirit
%20of%20Patriotism%20Through%20the%20Process%20of%20Political
%20Socialization.pdf (31 Disember 2015).

Kuroda, Yasumasa. 1965.“agencies of political socialization and political change:


The political orientations of japanese law students.” Human Organization. 24.
328.

Lambert, W. E. & Klineberg, O. 1967. Children’s views of foreign people, a cross-


100

national study. New York: Appleton-Century-Crofts.

Langton, K. P. 1969. Political Socialisation. Oxford: Oxford University Press.

Langton, K. P. & Jennings, M. K. 1973. “School: Political socialization and the high
school civics curriculum in the United States.” Dalam Dennis, J. (ed).
Socialization to Politics. Canada: John Wiley & Sons, Inc.

Messick, R. G. 1970. “Political awareness among mexican-american high school


students.” High School Journal. 54 (2). 108-118.

Mo, Kyung-Hwan. 2000. Citizenship education for Korean-American Youth. (Tesis


PhD, University of California).

Mohd Taib Osman. 2004. Globalisasi, patriotisme dan isu-isu kemasyarakatan.


Kuala Lumpur: Penerbit UM.

Monnier, Christine. 2010. Global sociology/ Revisions of agents of socializations.


https://globalsociology.pbworks.com/w/page/14711154/Agents%20of
%20Socialization (8 Disember 2015).

Muhamad Ali Embi dan Rozita Abdul Mutalib. 2005. Esei-esei pentadbiran awam.
Petaling Jaya : Prentice Hall.

N. Yusoff. 2015. Teori Pilihan Rational (Rational Choice Theory/ TPR).


http://studentsrepo.um.edu.my/5910/4/Bab_2_siri_2.pdf. (27 April 2016)

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. 2015.


https://smp.ukm.my/mpp/index.cfm. (29 Disember 2015)

Pro-Aspirasi menang 26 kerusi MPP UKM. 2015.


http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/pro-aspirasi-menang-26-
kerusi-mpp-ukm-1.136817. (29 Disember 2015)

Peraturan Pemerintah Republik Indonesia Nombor 55 Tahun 2007 Tentang


Pendidikan Agama Dan Pendidikan Keagamaan (PP RI o. 55 Th 2007). 2007.
http://kemenag.go.id/file/dokumen/PP5507.pdf. (22 Jun 2016)

Renshon, S.A. (pnytg.).1977. Handbook of political socialization: Theory and


research. New York: The Free Press.

Riesman, D., Denney, R., Glazer. 1950. The lonely crowd. New Haven: Yale
University Press.

Roberts, G. K. 1971. A dictionary of political analysis. London: Longman.

Rosmida Abdul Rahman. 1999. “ Kembalikan Student Power”: Tamadun,


November 1997. m/s 56.
101

Rush, M. 1992. Politics and society: An introduction to political sociology.


Hertfordshire: Simon & Schuster International Group.

Rush, M. & Althoff, P. 1971. An introduction to political sociology. Melbourne :


Thomas Nelson and Sons Ltd.

Sabiq, S. 1993. Aqidah Islam: Pola Hidup Manusia Beriman. Indonesia: Diponegoro

Sabitha Marican. 2009. Penyelidikan Sains Sosial - Pendekatan Pragmatik. Batu


Caves: Edusystem Sdn. Bhd.

Sholichah, I . 2011. Bab II-Kajian Teori.


http://digilib.uinsby.ac.id/9420/5/bab%202.pdf.

Syed Arabi Idid. 2014. Scholarship in transformation. bangi: Media and democracy
research group, institute of malaysia and international studies, The National
University of Malaysia.

.
102

LAMPIRAN

SOALAN TEMU BUAL

SOALAN

1. Maklumat peribadi informan.

Nama, umur, jantina, agama, bilangan adik-beradik, senarai institusi pengajian


yang pernah dihadiri.
2. Jenis agen sosialisasi yang mempengaruhi pilihan mahasiswa bagi pemilihan
Calon MPP UKM sesi 2015/2016.
i. Siapakah individu yang paling rapat dengan diri anda sejak dari anda
memasuki sekolah?
ii. Siapakah individu yang paling anda percaya untuk segala hal yang anda
ceritakan kepadanya?
iii. Parti politik apakah yang anda sokong di negara Malaysia ini?
iv. Daripada siapakah anda mendapat pengaruh untuk menyokong parti
tersebut?
v. Seberapa kerapkah anda berinteraksi dengan individu tersebut ?
vi. Apakah status hubungan anda dengan individu tersebut ?
vii. Apakah pendapat peribadi anda terhadap individu itu dalam segala hal di
antara anda dengan individu tersebut ?
viii. Pihak manakah yang anda sokong bagi Pilihan Raya Kampus di UKM bagi
sesi 2015/2016 ?
ix. Mengapakah anda menyokong pihak tersebut ?
x. Apakah elemen utama yang anda pertimbangkan dalam menyokong setiap
calon yang bertanding ?

3. Peranan yang dimainkan oleh agen sosialisasi dalam mempengaruhi pilihan


mahasiswa dalam pemilihan calon MPP UKM sesi 2015/2016
i. Bagaimanakah pihak tersebut meyakinkan diri anda untuk memilih calon
parti tersebut sebagai ahli MPP UKM yang layak bagi sesi 2015/2016 ?
103

ii. Adakah terdapat unsur paksaan dikenakan ke atas anda untuk memilih
parti tersebut ?
iii. Adakah secara peribadi anda rasakan bahawa parti yang disokong anda
layak untuk mendominasi MPP UKM sesi 2015/2016 ?
iv. Berapa lamakah masa yang diambil oleh pihak tersebut untuk
mempengaruhi pilihan anda bagi memilih parti yang menerajui MPP
UKM sesi 2015/2016 ?
v. Adakah anda membuat beberapa kali pertimbangan terhadap ideologi
politik yang disampaikan oleh pihak tersebut ?
vi. Adakah pernah berlaku perdebatan antara anda dengan pihak tersebut
sebelum anda menerima pakai ideologi politik yang disampaikan
olehnya ?
vii. Adakah pernah berlaku perdehatan antara anda dengan pihak lain
berkaitan parti pilihan anda bagi Pilihan Raya Kampus sesi 2015/2016 ?
viii. Adakah anda pernah rasa bersalah atau menyesal kerana memilih parti
tersebut bagi Pilihan Raya Kampus UKM sesi 2015/2016 ? Jika ya,
berikan sebab.

Anda mungkin juga menyukai