Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 1

Bagi memulakan tugasan 1 ini, mari saya jelaskan mengenai sejarah dan latar
belakang negara Qatar yang berkaitan dengan tajuk tugasan ini. Qatar adalah sebuah negara
berdaulat di Asia Barat dengan nama rasminya Negara Qatar (Arab: ‫َقَط ر‬, rumi: Qaṭar
[ˈqɑtʕɑr]; sebutan tempatan: [ˈɡɪtʕɑr]). Ia juga menduduki Semenanjung Qatar kecil di timur
laut Semenanjung Arab. Satu-satunya sempadan daratnya ialah dengan Arab Saudi di selatan.
Teluk Parsi memisahkan Qatar dengan Bahrain, negara pulau jiran. Pada awal abad ke-20,
Qatar menjadi sebuah jajahan naungan Britain selepas pemerintahan Uthmaniyah sehingga ia
mendapat kemerdekaan pada tahun 1971. Kerabat Thani telah memerintah Qatar sejak abad
ke-19. Negara Qatar ditubuhkan oleh Sheikh Jassim bin Mohammed Al Thani. Emir Sheikh
Tamim bin Hamad Al Thani mengetuai Qatar, sebuah negara monarki warisan. Adalah hanya
perbezaan pendapat sama ada Qatar mempunyai monarki berperlembagaan atau mutlak. Pada
tahun 2003, perlembagaan telah diluluskan dalam satu pungutan suara dengan hampir 98%
pemilih bersetuju. Pada 2017, jumlah penduduk Qatar adalah 2.6 juta, dengan 313,000
warganegara Qatar dan 2.3 juta orang asing. Selain itu, dengan simpanan gas asli dan minyak
terbesar di dunia, Qatar adalah sebuah negara ekonomi yang kaya.Negara ini mempunyai
pendapatan per kapita tertinggi di seluruh dunia. Pertubuhan Bangsa Bersatu meletakkan
Qatar sebagai negara dengan pembangunan manusia tertinggi. Ia juga merupakan negara
Arab paling maju dalam pembangunan manusia.Qatar adalah sebuah kuasa besar di Dunia
Arab kerana ia menyokong beberapa kumpulan pejuang semasa Rusuhan Arab dengan wang
dan melalui Al Jazeera Media Network, sebuah kumpulan media global yang berkembang
pesat. Qatar juga dianggap sebagai kuasa pertengahan kerana saiznya yang besar. Krisis
diplomatik Qatar berlaku pada 5 Jun 2017, apabila Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab
Bersatu dan Mesir menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar kerana mereka
menuduhnya membiayai keganasan dan mencampuri hubungan dalaman negara jiran mereka.
Sejarah yang ada pada negara Qatar ia cuba menjadi negara bebas selepas Perang Dunia
Kedua, terutamanya selepas India menjadi negara bebas pada tahun 1950-an. Setelah Kuwait
mendapat kemerdekaan daripada British pada tahun 1961, usaha Qatar meningkat. Walaupun
British mengatakan mereka tidak akan menguasai politik Qatar, mereka terus menguasai
ekonominya. Qatar dan Bahrain membentuk Persekutuan Arab Teluk sebagai tindak balas.
Qatar akhirnya menjadi negara merdeka pada 3 September 1971 selepas taklukan oleh
Inggeris dan Empayar Uthmaniyah. (Qatar - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas,
2023)

Seterusnya seperti mana yang kita tahu pada tahun lepas, Qatar telah menjadi tuan
rumah pertama untuk Piala Dunia FIFA 2022 dalam sejarah di negara Arab. Lagu yang
bertajuk “Dreamers” telah menjadi lagu utama dalam Piala Dunia FIFA 2022. Lagu
"Dreamers" mempunyai maksud yang mendalam tentang keinginan untuk terus bermimpi dan
mewujudkan semua impian yang boleh difikirkan. Pemain bola sepak selalu melakukan,
terutamanya semasa Piala Dunia. Setiap pemain dan pasukan bola sepak negara selalu
mengharapkan Piala Dunia dan ianya adalah gelaran tertinggi dalam bola sepak. Oleh yang
demikian, mesej yang ingin saya sampaikan disini ialah apabila keinginan kita untuk
bermimpi dengan impian yang besar ia dapat memberikan aura yang positif dalam
meneruskan cita-cita bagi kehidupan seseorang itu. Impian kita tidak boleh dipengaruhi oleh
keselesaan masa lalu, keinginan ibu bapa kita atau pengaruh rakan sebaya atau guru kita.
Sebaliknya, ia harus mencerminkan siapa kita sebenarnya. Selain itu, kita mungkin kecewa
apabila kita terpaksa mengorbankan sebahagian daripada diri kita untuk mencapai impian dan
aspirasi kita. Namun, jika kita menangguhkan, meragui keupayaan kita tidak pernah
memenuhi impian atau berusaha untuk hari lain kerana kita tidak mempunyai masa kita
mungkin akhirnya menyesal kerana terlambat meninggalkannya. Selain daripada itu, saya
akan jelaskan mengenai falsafah kehidupan yang jarang orang menghubungkan antara
"falsafah" dan kehidupan seharian. Kehidupan praktikal bermakna melakukan kerja harian
secara sedar dan sukarela dalam pelbagai domain yang dikaji. Ia termasuk penggunaan
"tulang-empat kerat" untuk menjalankan dan menyelesaikan beberapa tugas, sama ada di
pejabat, ladang, lebuh raya, laut, produk, bangunan dan sebagainya. Tenaga fizikal adalah
sangat penting. Kekuatan akliah juga digunakan, tetapi ia tidak sebanyak kerja sebenar. Dari
segi hierakinya, kaki, tangan dan anggota badan menyempurnakan kerja akal dahulu. Oleh
itu, kerja lahir adalah "terjemahan" daripada keputusan yang telah dibuat oleh rumusan akal,
jadi kerja akal mesti tepat dan mudah difahami. Setiap tindakan yang diambil akan
menghadapi masalah jika maklumat tidak tepat. Walaupun kerja-kerja akal mempunyai unsur
falsafah, ia berlaku tanpa disedari atau dirancang. Walau bagaimanapun, orang biasanya
jarang merujuk kepada corak berfikir falsafah atau perbualan bersifat falsafah. Justeru itu, apa
yang saya boleh kaitkan falsafah kehidupan dengan lagu yang membawa maksud keinginan
impian yang tinggi ini adalah dapat

Anda mungkin juga menyukai