Anda di halaman 1dari 5

KFP 60404

KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

TAJUK TUGASAN : LAPORAN TEORI GROUNDED

PROF.MADYA.DR.NORWALIZA BINTI ABDUL WAHAB


NAMA PENSYARAH :

KUMPULAN KULIAH :

31 DISEMBER 2022
TARIKH HANTAR :

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO. MATRIK NO. TELEFON

1. MANGALARUBENE A/P SIVAJAGADASON M20221002019 011-36016793

2. VAISHAANEE FENISAN M20221000953 012-6989423

3. ADHA ISKANDAR BIN KAMAROL FAUZI M20221002016 018-2264183

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Fakulti Pembangunan Manusia


Teori Grounded

Pengenalan

Teori Grounded dikenali sebagai teori asas dan ia merupakan salah satu metodologi
penyelidikan kualitatif khusus yang telah dibangunkan pada tahun 1967. Pengasasnya adalah
ahli sosiologi bernama Glaser and Strauss dengan diterbitkannya buku yang bertajuk “The
Discovery of Grounded Theory” dan buku ini pula menyatakan “We believe that the
discovery of theory from data which we call grounded theory is a major task confronting
sociology today, for, as we shall try to show, such theory fits empirical situations, and is
understandable to sociologists and layman alike”.

Teori ini digunakan sebagai benda untuk memfokus gejala hingga data yang diperoleh. Teori
Grounded sedang berkembang sangat pesat beberapa tahun terakhir ini kerana Teori
Grounded menekankan penemuan atau pembinaan teori melalui analisis dan proses
mengabstraksi, dan subjektif iaitu membina semula tafsiran dan pemaknaan hasil kajian
berdasarkan keterangan masyarakat yang dijadikan sebagai subjek kajian. Teori ini juga
berkembang pesat dari sisi kuantiti mahupun bidang kajian yang sedang menggunakannya.

Selain dari bidang sosiologi, Teori Grounded berkembang ke bidang-bidang lain seperti
pendidikan, ekonomi, antropologi, psikologi, bahasa, komunikasi, politik, sejarah, agama dan
sebagainya. Teori Grounded adalah metodologi yang berfokus kepada gerakan teori
pembinaan dan pengesahan. Teori Grounded juga boleh diperluaskan tanpa batas dengan
local theory dan patterned theory yang bersifat open ended.

Penyelidik Teori Grounded mesti melibatkan diri secara langsung dengan penuh teliti kerana
penyelidik dapat memastikan hasil ‘grounded’ dari masyarakat yang penuh diteliti. Isi-isi
yang yang terdapat dari proses Teori Grounded dalam membangunkan teori menurut Aidah
(2008) adalah perbandingan berterusan iaitu isu-isu penting yang menarik perhatian dalam
Teori Grounded adalah perwakilan dari penemuan yang diterangkan dengan kebolehpastian,
keterulangan dari penemuan dijelaskan dengan diharapkan/kebolehaudit, kelebihan
metodologinya diterangkan dengan konsistensi dalaman dan kemampuan generalisasi
dijelaskan dengan kebolehpindahan.
Objektif

Daripada kesefahaman, kertas kerja Teori Grounded ini telah mencapai beberapa objektif.
Objektif pertama adalah, kertas kerja ini menerangkan pengertian pendekatan Teori
Grounded. Kedua, ia menerangkan ciri-ciri dan jenis Teori Grounded dan objektif terakhir
pula, menerangkan pengertian dan prosedur pengekodan (coding) Teori Grounded dalam
analisis dan interpretasi data kualitatif.

Definisi Konsep

Daripada penjelasan Strauss dan Corbin (1990:23) teori grounded “is one that inductively
derived from the study of the phenomenon it represents. That is it discovered, developed, and
provisionally verified through systematic data collection and analysis data pertaining to that
phenomenon. Therefore, data collection, analysis and theory stand in reciprocal relationship
with each other. One does not begin with a theory, than prove it. Rather, one begins with an
area of study and what is relevant to that area is allowed to emerge. Teori yang diperoleh
dari hasil pemikiran induktif dalam suatu kajian tentang fenomena yang sedia ada. Teori
Grounded ini dikembangkan dan dibuktikan melalui pengumpulan data secara sistematik dan
analisis data yang berkaitan dengan fenomena tersebut.

Manakala, dari pandangan tujuan dan perspektif Teori Grounded, Strauss dan Corbin (1994;
273-274) menjelaskan bahawa “In this approach, researchers are responsible for developing
other theories that emerge from observing a group. The theories are ‘grounded’ in the
group’s observable experiences, but researchers add their own insight into why those
experiences exist. In essence, grounded theory attempts to “reach a theory or conceptual
understanding through stepwise, inductive process”. Dalam pendekatan ini, penyelidik
bertanggungjawab untuk mengembangkan teori-teori lain yang muncul dari pemerhatian
terhadap suatu kelompok. Teori-teori itu bersifat “grounded” dalam pengalaman-pengalaman
kumpulan yang diperhatikan; tetapi penyelidik menambah pemahaman sendiri ke dalam
pengalaman-pengalaman itu. Asasnya, Teori Grounded berusaha mencapai suatu teori atau
pemahaman konsep melalui proses bertahap dan induktif.

Jenis-jenis Teori Grounded

Terdapat tiga jenis Teori Grounded iaitu Classic Grounded Theory (Teori berasaskan klasik),
Constructivist Grounded Theory dan Straussian Grounded Theory. Pemberian istilah
“Klasik” dapat membezakan pendekatan asal ini daripada pendekatan teori berasaskan yang
akan muncul kemudian. Ciri utama pendekatan teori berasaskan klasik ia lebih menumpukan
kepada mengkonseptualisasikan realiti empirikal, dan bukannya mencari maksud sebalik
fenomena yang berlaku. Prinsip utama Teori berasaskan klasik ialah kemunculan. Interpretasi
pengkaji mesti mendapatkan perkaitan dan justifikasi daripada data terlebih dahulu dan
dimasukkan sebahagian daripada analisis dan teori tersebut. Terdapat empat kriteria yang
digunakan untuk menguji kesahan teori yang terhasil dengan kesesuaian, kerja, perkaitan dan
kebolehubahsuaian.

Seterusnya, pendekatan Constructivist Grounded Theory (CGT) merupakan aliran utama


Teori Grounded dan diasaskan oleh Kathy Charmaz melalui penerbitan buku Constructing
Grounded Theory pada tahun 2006. Beliau ialah anak didik kedua-dua ahli Sociologi
bernama Glaser and Strauss. Konsep-konsep yang ada dalam Teori Grounded dan CGT
dianggap sebagai fleksibel kerana ia memberi kebebasan kepada pengkaji untuk memberi
makna terhadap makna yang disampaikan oleh responden. CGT amat menekankan aspek
kualiti kajian.

Straussian Grounded Theory(Straussian GT) diperkenalkan dalam satu paradigma yang


sangat berbeza dengan Teori berasaskan klasik. Ciri-ciri Straussian GT ialah kritik para ahli
terhadap paradigma positivitik yang menjelaskan objektif menandai munculnya sebuah
paradigma baharu. Interaksi antara penyelidik dan responden yang diteliti diwujudkan dalam
pemilihan pelbagai teknik analisis dan kaedah untuk mendapatkan penerangan dan makna
yang tepat mengenai fenomena yang tengah diteliti.Straussian GT dianggap sebagai bentuk
pengubahsuaian Teori Grounded yang sangat berbeza daripada aslinya tetapi penulis hanya
boleh memberi kesimpulan bahawa Straussian GT merupakan sebuah produk daripada Teori
berasakan klasik dengan paradigma terkini. Namun begitu, sampling teoritis dan analisis
komparatif tetap dipegang oleh Straussian GT.

Zalmizy Hussin. (2014). Aplikasi pendekatan Grounded Theory dan pengekodan Coding dalam
analisis dan interprestasi data kualitatif. Social Sciences Postgraduate International Seminar
(SSPIS), 1–15. http://eprints.usm.my/37753/1/sspis_2014_ms66_-_81.pdf

Lebar, O. (2018). Penyelidikan Kualitatif pengenalan kepada teori dan metode (kedua).

Anda mungkin juga menyukai