Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

AG10203 PEMETAAN DAN INTERPRETASI PETA


SEMESTER 1 – 2023/2024

TUGASAN AMALI KEDUA: PENDIGITAN DAN PENGEDITAN

NAMA PENSYARAH PROF MADYA. GS. DR. OLIVER VALENTINE EBOY

NAMA TUTOR MISS JUNIATTIE SUTIM

NAMA PELAJAR AYU NAZRIN BINTI BADRUL HISHAM

NO. MATRIKS BA23110419


ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

1.0 TAJUK TUGASAN

2.0 OBJEKTIF TUGASAN

3.0 JENIS PERISIAN

4.0 LANGKAH-LANGKAH KERJA AMALI YANG TERPERINCI

5.0 HASIL

6.0 KESIMPULAN

7.0 RAJAH-RAJAH ATAU SCREENSHOTS


1.0 TAJUK TUGASAN

Tajuk kerja amali 2 ialah Pendigitan dan Pengeditan Peta.

2.0 OBJEKTIF TUGASAN

Objektif tugasan ini adalah untuk melatih pelajar menggunakan perisian GIS, mengetahui
kaedah pendigitan dan pengeditan peta dan melatih pelajar menulis laporan amali dengan
baik.

3.0 JENIS PERISIAN

Perisian yang telah digunakan untuk menyiapkan tugasan amali 2 ini ialah ArcGIS versi 10.8.

Gambar 1: Perisian ArcGIS 10.8


4.0 LANGKAH-LANGKAH KERJA AMALI YANG TERPERINCI

4.1 Peringkat 1: Pendigitan

Langkah pertama, memuat naik aplikasi ArcGIS-ArcMap (versi 10.8) di komputer


dengan menggunakan fail Google Drive yang telah disediakan oleh pensyarah. Setelah
aplikasi ArcGIS-ArcMap (versi 10.8) dibuka, cari butang add data untuk memasukkan data
yang telah dibekalkan oleh pensyarah ke dalam connection file.

Gambar Rajah 2: Memasukkan data yang telah dibekalkan

Langkah 2: Data yang telah dimasukkan adalah dalam bentuk peta lalu masukkan koordinat
dalam peta tersebut. Untuk memasukkan koordinat, di bahagian layer yang berada dalam
table of content tekan kanan pada mouse kemudian cari data frame properties lalu klik untuk
memaparkannya. Selepas itu, bahagian coordinate system, pilih Timbalai 1948 RSO Borneo
(meters)’ kerana peta yang telah disediakan adalah peta negeri Sabah.

Gambar Rajah 3: Memasukkan koordinat peta


Langkah 3: Seterusnya, untuk memasukkan point koordinat dalam peta, tekan pada toolbar
Georeferencing, jika tiada pergi ke bahagian customize dan klik untuk paparan dan klik untuk
paparan lalu tekan toolbars lalu pilih Georeferencing. Selepas itu, untuk memasukkan point
koordinat dalam peta, tekan add control point yang ada pada toolbar. Masukkan point
koordinat mengikut arah jam. Dengan berhati-hati, pilih dan letakkan titik pertama di atas
grid agar tepat kemudian tekan kanan untuk memasukkan input-x dan input-y selepas
memasukkan koordinat titik tersebut lalu tekan ok. Koordinat yang dimasukkan hendaklah
betul dan ulang langkah tersebut sebanyak 4 titik koordinat yang membentuk segi empat
sama. Jika salah, tekan kanan pada mouse dan pilih cancel point untuk membuang koordinat
itu.

Gambar Rajah 4: Proses meletakkan point koordinat

Langkah 4: Selepas meletakkan titik koordinat, pergi ke view link table di bahagian toolbar
Georeferencing untuk melihat perincian dan penerangan titik koordinat. Pastikan Total RMS
Error adalah di bawah 0.001 yang menunjukkan peta diplot dengan betul. Setelah semuanya
selesai, pergi ke toolbar Georeferencing dan pilih untuk menyimpan segala data-data yang
telah dibuat. Terdapat ‘pop up’ save as, pilih lokasi file dan sambungkan dengan connection
file di bahagian location agar mudah diakses. Letakkan nama file yang bersesuaian dan pilih
‘TIFF’ sebagai format, lalu tekan save.

Gambar Rajah 5: Total RMS Error

4.2 Peringkat 2: Pengeditan

4.2.1 Pengeditan dan create shapefile

Langkah 1: Buka file yang berformatkan ‘TIFF’ di perisian ArcMap. Kemudian,


keluarkan toolbar editor dengan pergi ke customize dan buka toolbar lalu pilih editor.
Selepas itu, susun toolbar editor di bahagian toolbar dengan kemas dan tersusun.

Gambar Rajah 6: Mengakses toolbar untuk editor


Langkah 2: Pergi ke catalog lalu cari file tugasan, tekan pada bahagian kanan mouse lalu
tekan new dan cari shapefile untuk membuat tiga jenis shapefile. Shapefile yang pertama,
isikan bahagian nama dengan ‘Kampung’ manakala untuk feature type pula pilih point.
Seterusnya, tekan butang edit untuk memilih koordinat peta iaitu Timbalai 1948 RSO Borneo
(Meters) dan tekan ok. Ulang Langkah tersebut dengan menggantikan nama shapefile dengan
nama ‘Hutan’ dengan feature type pilih polygon dan koordinat peta yang sama. Akhir sekali,
shapefile ketiga pula diberi nama ‘Jalan Raya’ dan gantikan feature type kepada polyline
dengan koordinat yang sama iaitu Timbalai 1948 Borneo (Meters).

Gambar Rajah 7: Membuat Shapefile


Langkah 3: Kemudian, pergi ke table of content dan tekan kanan pada shapefile yang telah
dibuat tadi iaitu Kampung, Hutan dan juga Jalan Raya lalu klik pada bahagian open attribute
table. Setelah itu, cari dan buka option pada bahagian kanan atas dan tekan add field. Selepas
itu, isikan Name dengan nama dan Type dengan text pada bahagian shapefile Kampung,
Hutan dan juga Jalan Raya.

Gambar Rajah 8: Pengisian attribute table


4.2.2 Pengeditan

Langkah 1: Untuk memulakan proses editing, tekan start editing pada toolbar editing maka
semua tools yang ada pada editing boleh diakses selepas start editing ditekan. Kemudian,
untuk memaparkan create feature tekan ikon pada hujung toolbar editing. Selepas itu, pada
bahagian construction tools, pilih polyline untuk Jalan raya, polygone untuk Hutan dan juga
point untuk Kampung.

Gambar Rajah 9: Menggunakan create feature

Langkah 2: Untuk memulakan pengeditan bagi Kampung di peta, letakkan titik di setiap
kampung yang ada dan apabila selesai meletakkan titik pada setiap kampung, tekan kanan
pada mouse keyboard F2 untuk finish sketch. Ulang langkah yang sama semasa mengedit
jalan raya, hutan dan lain-lain.

Gambar Rajah 10: Meletakkan titik sehingga Finish Sketch


Langkah 3: Tekan sudut auto complete polygon pada construction tools agar proses
pengeditan menjadi lebih mudah kerana tidak perlu mengikut titik pada polygon sedia ada.
Proses mencantumkan dua polygon hanya perlu ke editor dan klik pada mouse untuk
menggabungkan dua buah polygon.

Gambar Rajah 11: Mengakses construction tools

Langkah 4: Apabila selesai proses pengeditan pergi ke table of construct dan tekan kanan
setiap shapefile dan pilih open attribute untuk mengisi data-data bentuk yang telah diedit.
Isikan nama-nama bentuk polygon, polyline dan point.

Gambar Rajah 12: Mengakses attribute table

Langkah 5: Setelah selesai untuk semua shapefile, pergi ke table of content lalu klik kanan
pada ketiga-ketiga shapefile dan pilih. Lalu buka layer > properties > symbology dan klik
categories. Semudah itu, pilih unique > value field nama yang telah diisi tadi. Kemudian, add
all values lalu tukar warna mengikut kesesuaian di colour rump.
Gambar Rajah 12: Mengubah warna dan simbol

Langkah 6: Maka terhasillah sebuah peta yang baru.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pelajar telah menguasai cara-cara untuk menggunakan atau mengaplikasikan


tips yang telah diajar oleh pensyarah dan juga tutor semasa kelas tutorial semasa melakukan
tugasan amali 2 iaitu proses pendigitan dan pengeditan peta. Selain itu, tugasan amali 2 ini
sangat penting agar dapat mengaplikasikan cara penggunaan perisian ArcGis ini pada masa
akan datang.
7.0 RAJAH-RAJAH ATAU SCREENSHOTS

Anda mungkin juga menyukai