Anda di halaman 1dari 21

SARJANA MUDA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

DENGAN KEPUJIAN

JANUARI / 2021

XBLR3103

PERUNDANGAN KKP

NO. MATRIKULASI : 871121085391002


NO. KAD PENGENALAN : 871121085391
NO. TELEFON : 0182687910
E-MEL : idirhamid@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TANJUNG MALIM


XBLR3103

ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA
PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK.
Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan
oleh Open University Malaysia (OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di
dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New
Roman dan langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang
wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat
APENDIKS.

1
XBLR3103

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT
TAJUK

1 Pengenalan 3

2 Maklumat organisasi dipilih 3

3 Daftar undang - undang 8

4 Artikel Insiden Letupan Kilang Bunga Api 12


Bright Sparklers pada 07 Mei 1991.
Tragedi Bright Sparklers – Bagaimana
Peraturan-Peraturan Kawalan Bahaya Besar
Industri 1996 dapat mencegah ianya berulang?

5 Rujukan 19

2
XBLR3103

1.0. Pengenalan.

Dalam penugasan ini, organisasi yang dipilih adalah Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Hulu Selangor. IPD Hulu Selangor adalah satu organisasi yang diwujudkan
pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi kawasan pentadbiran daerah Hulu
Selangor. Polis DiRaja Malaysia merupakan satu organisasi atau badan
penguatkuasaan yang masih belum mewujudkan dasar keselamatan dan kesihatan
pekerjaannya. Di sini akan di bangunkan satu daftar undang – undang bagi IPD Hulu
Selangor berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 dan
Peraturannya dan Akta Kilang dan Mesin (FMA) 1967 dan Peraturannya.

Daftar undang – undang ini akan merangkumi perkara – perkara yang dapat
dirujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 dan
Peraturannya dan Akta Kilang dan Mesin (FMA) 1967 dan Peraturannya. Objektif
daftar undang – undang ini adalah untuk menyediakan panduan bagi pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerja. Ianya juga akan menerangkan berkenaan
peraturan umum dan garis panduan yang harus dipatuhi dan juga sebagai satu langkah
yang bersesuaian dalam usaha menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat
untuk pekerjanya dan orang – orang lain.

2.0 Maklumat organisasi dipilih.

IPD Hulu Selangor adalah satu organisasi yang di tubuhkan pada . Pejabat
pentadbiran IPD Hulu Selangor terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. IPD
Hulu Selangor diketuai oleh seorang pegawai penguasa polis dengan kakitangan
berjumlah 637 orang yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis
dan kakitangan awam. Tugas asas bagi IPD Hulu Selangor adalah untuk memelihara
undang – undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan,
mencegah dan mengesan penjenayah, menangkap dan mendakwa pesalah, dan
mengumpul risikan keselamatan di dalam daerah Hulu Selangor khususnya.

3
XBLR3103

Gambarajah 1 : Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor


Sumber :
https://web.facebook.com/PolisDaerahHuluSelangor/photos/a.142676869220940/182
4118437743433/?type=3&theater

Dalam melaksanakan tugas – tugas, IPD Hulu Selangor telah dibahagikan


kepada 9 bahagian dan 10 balai polis. Bahagian tersebut adalah Bahagian Pengurusan,
Cawangan Khas, Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,
Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik,
Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Bahagian Keselamatan
Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Bahagian Intergriti dan Pematuhan
Standard.

Gambarajah 2 : Pucuk pimpinan IPD Hulu Selangor.


Sumber :
https://web.facebook.com/PolisDaerahHuluSelangor/photos/a.142676869220940/182
4118437743433/?type=3&theater

4
XBLR3103

Bahagian Pengurusan adalah satu bahagian yang bertanggungjawab dalam


urusan pentadbiran ibu pejabat, soal perkhidmatan warga IPD Hulu Selangor, latihan,
dan sebagai pengurusan sumber manusia. Cawangan Khas bertanggungjawab sebagai
satu badan mengumpul dan memproses risikan keselamatan dalam usaha memelihara
undang – undang dan ketenteraman awam. Bahagian Siasatan Jenayah adalah satu
bahagian yang bertanggungjawab dalam mengesan, menangkap, menyiasat dan dan
mensabitkan penjenayah mengikut kehendak undang – undang. Fungsi utama
Bahagian Siasatan Jenayah Komersil adalah mengesan, menangkap, menyiasat dan
mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah
amanah, jenayah siber, dan lain – lain lagi. Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
adalah satu bahagian yang diwujudkan bagi membanteras pengedaran dan
penyalahgunaan dadah.

Gambarajah 3 : Cawangan MPV & URB, Bahagian Pencegahan Jenayah dan


Keselamatan Komuniti.
Sumber :
https://web.facebook.com/PolisDaerahHuluSelangor/photos/a.568979883257301/568
982929923663/?type=3&theater

Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman awam adalah satu


bahagian yang bertanggungjwab sebagai peneraju dalam meningkatkan keberkesanan
penguatkuasaan, mengekalkan ketenteraman dan keselamatan. Bahagian ini juga
bertanggungjawab sebagai satu pusat kawalan dan pemantauan bagi setiap penugasan

5
XBLR3103

yang dilaksanakan. Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti


berfungsi sebagai perangka strategi dan inisiatif dengan objektif untuk membanteras
jenayah, menghapuskan peluang berlakunya jenayah dan memperkasa komuniti
dengan membudayakan masyarakat berkenaan tanggungjawab bersama dalam
mencegah jenayah. Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik adalah satu bahagian
yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui pengurusan trafik yang terdiri daripada
siatan dan perundangan, penguatkuasaan undang – undang, kawalan lalu lintas dan
pengurusan saman.

Bahagian Logistik dan Teknologi adalah satu bahagian yang bertanggungjawab


dalam menyediakan keperluan logistik. Bahagian ini juga bertanggungjawab
mengendalikan belanjawan, mengendali dan menyelenggara semua aspek
komunikasi, teknologi maklumat, pengangkutan dan persenjataan, dan mengurus aset
IPD Hulu Selangor. Bahagian Intergriti dan Pematuhan Standard bertanggungjawab
sebagai satu bahagian yang diamanahkan untuk mengukuhkan intergriti setiap warga
IPD Hulu Selangor. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam soal kaunseling,
keagamaan dan kerohanian kesemua warga IPD Hulu Selangor. Balai – balai polis
berfungsi dalam menjaga urusan pengaduan daripada orang awam, mencegah jenayah
dalam kawasan pentadbirannya, dan juga sebagai satu medium yang digunakan dalam
memudahkan masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan pihak polis.

Gambarajah 4 : Antara tugas – tugas di balai polis (meneriama aduan)

6
XBLR3103

Sebagai satu badan penguatkuasaan, keselamatan dan ketenteraman awam, para


warga IPD Hulu Selangor juga tidak terkecuali daripada bahaya dan hazad yang
berkemungkinan wujud sewaktu menjalankan tugas. Disini akan disenaraikan daftar
undang – undang bagi IPD Hulu Selangor berdasarkan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 dan Peraturannya dan Akta Kilang dan Mesin
(FMA) 1967 dan Peraturannya dalam usaha menjaga keselamatan dan kesihatan
warganya. Daftar undang – undang ini diwujudkan sebagai satu usaha yang dilakukan
dalam usaha untuk menyediakan satu persekitaran kerja yang selamat dan sihat yang
mana ianya merangkumi tempat perlaksanaan kerja dan sistem kerja dan
mempertingkatkanya dari masa ke semasa.

7
XBLR3103

3.0 Daftar Undang – Undang.

No. Undang – Lesen / Akta / Peraturan Tajuk Spesifikasi Catatan


Undang & Permit / Bahagian Seksyen Sub
Peraturan Kelulusan Seksyen
1. Akta IV 15 (1),(2) Kewajipan am  Menyediakan persekitaran kerja
Keselamatan & (3) majikan dan dan sistem kerja yang selamat dan
dan Kesihatan orang yang sihat.
Pekerjaan bekerja sendiri  Menyediakan maklumat dan
(OSHA) 1994 kepada pekerja latihan yang mencukupi yang
mereka merangkumi keselamatan dan
kesihatan dalam menjalankan
tugas.
 Menyelenggara dan mengekalkan
persekitaran kerja yang selamat
dan sihat.
 Menyediakan dan menyelenggara
kemudahan untuk kegunaan dan
kebajikan pekerja.

8
XBLR3103

2. Akta - IV 16 - Kewajipan untuk  Menyediakan dan mempamerkan


Keselamatan membentuk dasar satu dasar keselamatan dan
dan Kesihatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Pekerjaan kesihatan.  Merangka tujuan dan misi dasar
(OSHA) 1994 keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.
 Menyenaraikan tanggungjawab
dalam mencapai tujuan dan misi
dasar keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.
 Menyediakan garis panduan dalam
penugasan.
3. Akta - IV 17 (1) & Kewajipan am  Menyediakan satu arahan /
Keselamatan (2) majikan dan paduan / tetapan yang perlu
dan Kesihatan orang bekerja dipatuhi pelawat semasa pekerja
Pekerjaan sendiri kepada menjalankankan pekerjaan bagi
(OSHA) 1994 orang selain menjaga keselamatan dan
daripada pekerja kesihatan mereka.
mereka.

9
XBLR3103

4. Akta - IV 24 (1) & Kewajipan am  Pekerja haruslah sentiasa


Keselamatan (2) pekerja yang memberikan komitmen yang penuh
dan Kesihatan sedang bekerja. dan peka sewaktu menjalankan
Pekerjaan pekerjaan.
(OSHA) 1994  Menjadi tanggungjawab pekerja
untuk bekerjasama dengan majikan
dalam memenuhi keperluan
keselamatan dan kesihatan.
 Menjadi tanggungjawab pekerja
untuk menggunakan setiap
peralatan perlindungan diri (PPE)
yang dibekalkan dalam
menjalankan pekerjaan.
 Pekerja haruslah mematuhi setiap
arahan atau langkah keselamatan
dan kesihatan dalam pekerjaan
yang dikeluarkan dan ditetapkan
oleh majikan.

10
XBLR3103

5. Akta - IV 25 - Kewajipan untuk  Setiap individu haruslah tidak


Keselamatan tidak menggangu atau menyalahgunakan
dan Kesihatan mengganggu atau apa – apa perkara, benda atau cara
Pekerjaan menyalahgunakan yang dilakukan untuk kepentingan
(OSHA) 1994 benda yang kesihatan, keselamatan dan
diadakan menurut kebajikan.
peruntukan  Jika disabitkan kesalahan, pesalah
tertentu. boleh dikenakan hukuman
mengikut peruntukan seksyen ini.
6. Akta VIII 32 (1) Pemberitahuan  Majikan hendaklah memberitahu
Keselamatan mengenai pejabat keselamatan dan kesihatan
dan Kesihatan kemalangan, pekerjaan terdekat mengenai apa –
Pekerjaan kejadian apa kemalangan, kejadian
(OSHA) 1994 berbahaya, berbahaya, keracunan pekerjaan,
keracunan atau penyakit pekerjaan yang telah
pekerjaan, dan atau mungkin terjadi di tempat
penyakit kerja.
pekerjaan, dan
siasatan.

11
XBLR3103

XBLR3103

4.0 Artikel Insiden Letupan Kilang Bunga Api Bright Sparklers pada 07 Mei
1991.

Tragedi Bright Sparklers – Bagaimana Peraturan-Peraturan Kawalan Bahaya


Besar Industri 1996 dapat mencegah ianya berulang?

Tanggal 7 Mei 1991 merupakan satu tarikh yang meninggalkan kesan sejarah
kepada negara kita. Namun begitu, tidak semua rakyat Malaysia yang mengetahui
berkenaan perkara ini. Ianya bukanlah satu tarikh sambutan, perayaan atau satu
peristiwa yang menggembirakan. Tanggal 7 Mei 1991 adalah hari dimana berlakunya
satu bencana dasyat yang menggemparkan negara pada ketika itu. Pada hari tersebut,
jam 3.45 petang dan bertempat di Sungai Buloh, Selangor satu tragedi letupan
terbesar pernah wujud dalam sejarah negara kita telah berlaku. Tragedi ini berlaku
akibat daripada kebakaran kilang mercun Bright Sparklers.

Gambarajah 5 : Lokasi kawasan kejadian tragedi letupan.


Sumber : https://soscili.my/bright-sparklers-letupan-kebakaran/

12
XBLR3103

XBLR3103

Kerajaan telah melaksanakan satu inisiatif dengan mewujudkan Peraturan-


Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya
Kemalangan Besar Dalam Industri) 1996 supaya kejadian – kejadian seperti tragedi
bersejarah ini dapat ditangani dan diatasi. Penguatkuasaan peraturan tersebut adalah
satu tindakan yang perlu dan amat baik untuk dilaksanakan. Melalui artikel ini, saya
akan menyingkap semula peristiwa bersejarah Bright Sparklers dan akan mengupas
bagaimana Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan
Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Industri) 1996 dapat mencegah kejadian
seumpama berikut daripada berulang di negara kita.

Pada hari kejadian, kebakaran daripada kilang mercun tersebut telah


menghasilkan letupan besar dan kuat yang dapat didengari dan dirasai sehingga
sejauh 7 kilometer jaraknya sehinggakan ianya digelar Hiroshima Sungai Buloh oleh
media tempatan ketika itu. Lebih 20 letupan telah direkodkan berlaku dalam tragedi
tersebut dan telah menghasilkan kepulan asap yang dapat dilihat dari jarak 8
kilometer. Sejurus selepas letupan berkurangan, kedengaran jeritan dan raungan
kesakitan dan ketakutan memecah suasana sekitar kawasan kejadian ekoran daripada
berpuluh – puluh mangsa berlumuran darah dan ratusan orang ramai mula memenuhi
kawasan kejadian. Tragedi ini telah merosakkan lebih 200 buah rumah kediaman dan
beberapa buah kilang yang berhampiran dengan kawasan tragedi.

13
XBLR3103

XBLR3103

Gambarajah 6 : Keadaan kawasan letupan


Sumber : http://armanizan.blogspot.com/2010/05/letupan-kilang-mercun-bright-
sparklers.html

Sebanyak 8 jentera bomba bersama 50 anggota bomba telah dikerahkan ke


tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran. Pelbagai kesukaran dihadapi dalam
memadamkan kebakaran seperti tekanan air yang rendah, pili bomba yang jauh, angin
kencang dan beberapa siri letupan kecil yang merisiko keselamatan petugas. Perkara
ini telah memaksa anggota bomba untuk menggunakan air yang dibawa sendiri bagi
memadamkan kebakaran. Setelah bertungkus lumus selama dua jam, pihak bomba
berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan sekitar. Walaupun api
sudah dipadamkan, pihak bomba masih tidak dapat meneruskan operasi mencari
mangsa kerana khuatir berlakunya letupan semula ekoran masih terdapat 3 daripada 5
tempat simpanan bawah tanah bahan letupan di lokasi kejadian.

Sebanyak 9 buah ambulans daripada Hospital Kuala Lumpur dan 5 buah


ambulans daripada Hospital Sungai Buloh berulang alik mengangkut mangsa yang
cedera ke hospital. Sebanyak 26 mangsa telah terkorban dan sebanyak 103 mangsa
cedera dilaporkan dalam kejadian ini. Walaubagaimanapun pihak polis mengalami
kesukaran dalam mengenalpasti dan mengesan jumlah sebenar pekerja yang hilang
dalam letupan ekoran daripada majikan yang tidak mempunyai daftar kehadiran tugas.
Kira – kira 200 anggota penyelamat telah dikerahkan dalam operasi menyelamat pada
hari berikutnya dan telah menjumpai 21 mayat. Kesukaran anggota penyelamat
bertambah hebat apabila hujan lebat yang turun pada hari ketiga selepas kejadian telah
menimbulkan tindak balas kimia yang mana ianya telah menghasilkan gas beracun.
Gas beracun tersebut telah menyebabkan lebih 50 anggota penyelamat mengalami
kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan. Perkara ini telah
memaksa anggota penyelamat untuk meneruskan operasi dengan memakai topeng gas
dan pakaian khas.

Satu demi satu perkara yang terselindung di sebalik tragedi letupan ini telah
timbul. Perkara yang mengejutkan banyak pihak adalah apabila mengetahui bahawa

14
XBLR3103

XBLR3103

kilang mercun tersebut telah beroperasi secara tidak sah semenjak tahun 1978. Selain
daripada itu, kilang tersebut juga telah bertindak menyalahi undang – undang apabila
menggajikan pekerja yang masih dibawah umur 18 tahun bagi melaksanakan
pekerjaan. Hasil daripada siasatan, letupan ini berpunca daripada bahagian makmal
yang menjalankan tugas – tugas menguji mercun yang telah siap dibuat.. Letupan
tersebut berlaku akibat daripada tindakan mengabaikan keselamatan yang dilakukan
oleh pihak kilang apabila menjalankan kerja pengujian mercun bukan di kawasan
yang telah ditetapkan dan berhampiran simpanan bunga api dan mercun. Kesilapan
yang berlaku sewaktu ujian telah menyebabkan berlakunya letupan dalam kawasan
yang penuh dengan bunga api dan mercun. Keadaan yang tidak terkawal dan tanpa
ada langkah awal yang dilaksanakan dalam memadamkan kebakaran yang terhasil
serta kemudahan pemadam api yang gagal disediakan dengan baik oleh pihak kilang
telah membuatkan api merebak dengan cepat. Kebakaran yang marak telah
meletupkan anggaran 200 tan belerang di dalam 2 stor simpanan bahan letupan bawah
tanah dan telah meninggalkan kesan seperti kawah sedalam 6 meter.

Gambarajah 7 ; Keratan akhbar Harian Nasional yang menyatakan Kilng Bright


Sparklers beroperasi secara haram.
Sumber : https://cilisos.my/the-terrifying-1991-incident-that-turned-sungai-buloh-
into-hiroshima/

Pada 16 Mei 1991, pihak berkuasa tempatan telah melancarkan satu operasi
untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang yang dinamakan

15
XBLR3103

XBLR3103

Operasi Api Buloh. Dalam operasi tersebut petugas telah menjumpai beberapa lagi
mayat yang berada dalam keadaan hangus terbakar dan mengerikan. Walauun
kejadian letupan telah beberapa hari berlalu, gas beracun masih lagi belum
menghilang malahan gas tersebut telah merebak ke kawasan penduduk berhampiran.
Selain daripada itu, masih terdapat bara – bara api yang muncul di kawasan kejadian,
namun ianya dapat dikawal oleh pihak berkuasa.

Tragedi ini bukan sahaja memberikan tamparan hebat kepada keluarga


mangsa, ianya turut menggusarkan pihak kerajaan ketika itu. Ekoran daripada tragedi
tersebut, kerajaan telah mengharamkan bunga api dan kilang – kilang bunga api di
seluruh negara telah ditutup. Bagi memastikan kesiapsiagaan anggota penyelamat,
kerajaan telah mewujudkan Unit HAZMAT di dalam Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Malaysia sebagai satu unit khas dalam menangani bahaya kimia. Selain daripada itu
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah diwujudkan dalam usaha
memastikan tragedi besar seperti di Kilang Bright Sparkles tidak berulang lagi dan
seterusnya pada Februari 1996, di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap
Bahaya Kemalangan Besar Dalam Industri) 1996 telah dikuatkuasakan oleh pihak
kerajaan.

Dengan kuatkuasanya Peraturan – Peraturan Kawalan Bahaya Kemalangan


Besar Dalam Industri 1996, pihak kerajaan dapat mengenalpasti dan memantau segala
aktiviti industri sepertimana tersenarai di dalam Jadual 4 yang melibatkan atau
mungkin akan melibatkan bahan merbahaya yang berkemungkinan mendatangkan
bahaya besar. Segala aktiviti industri yang dikenalpasti tersenarai di dalam Jadual 4
dan melibatkan atau mungkin akan melibatkan bahan merbahaya oleh setiap
pengilang hendaklah dikemukakan borang pemberitahuan untuk tindakan kelulusan
dan semakan pihak kerajaan sama ada ianya berupaya mendatangkan bahaya
kemalangan besar atau tidak seperti mana termaktub pada Bahagian II, Subperaturan
7(1) dan (2) Peraturan – Peraturan Kawalan Bahaya Kemalangan Besar Dalam
Industri 1996.

16
XBLR3103

XBLR3103

Penyenaraian bahan – bahan berbahaya dan had kuantiti yang ditetapkan


dalam Jadual 1 dan 2 Peraturan – Peraturan Kawalan Bahaya Kemalangan Besar
Dalam Industri 1996 adalah satu perlaksanaan yang amat baik apabila ianya dapat
membantu pihak kerajaan dalam mengawal penggunaan bahan – bahan merbahaya
tersebut dalam industri. Perkara ini dapat mengelakkan penggunaan bahan merbahaya
tersebut secara sewenangnya apabila had kuantiti telah ditetapkan mengikut jenis –
jenis bahan tersebut. Melalui perkara ini juga, ianya dapat mengurangkan risiko
daripada terjadinya bencana besar seumpama tragedi letupan di Bright Sparklers
apabila kuantiti setiap bahan merbahaya telah dihad dan ditetapkan mengikut
piawaian keselamatan.

Selain daripada itu dengan perlaksanaan Bahagian IV Sub peraturan 13(1) da


(2) iaitu Pendaftaran Orang Kompeten telah membuatkan pemantauan kepada aktiviti
industri yang terlibat dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkala dimana individu
yang telah dipastikan berkelayakan perlu menyediakan laporan bertulis kepada pihak
kerajaan apabila ingin menjalankan aktiviti industri berkaitan bahan merbahaya yang
tersenarai di jadual 1 dan 2 seperti mana termaktub didalam sub peraturan 14(1), (2)
dan (3). Melalui laporan yang dihantar, pihak kerajaan dapat mengenalpasti jenis
industri, jenis bahan merbahaya yang digunakan, jenis risiko yang berkemungkinan
berlaku serta dapat merangka dan melaksanakan langkah – langkah pencegahan
bencana besar. Selain daripada itu juga, kesesuaian kawasan industri juga dapat
ditetapkan supaya ianya mamatuhi piawaian keselamatan dimana maklumat –
maklumat berhubung penempatan penduduk serta perkhidmatan kecemasan yang
berhampiran disertakan di dalam laporan tersebut. Turut juga di ambil kira adalah
maklumat berkenaan proses kerja yang dilaksanakan, tetapan pekerja dan jenis latihan
yang diberikan kepada pekerja dalam memastikan bahan merbahaya ini dikendalikan
dengan betul dan oleh orang yang berkemampuan dan berkelayakan
melaksanakannya.

Sub peraturan 18 juga telah menegaskan supaya pengilang menyediakan satu


pelan kecemasan yang merangkumi cara – cara menangani kemalangan besar di
kawasan industri dan hendaklah dikemukakan kepada pihak kerajaan serta setiap

17
XBLR3103

XBLR3103

individu yang terlibat dengan kawasan industri diberitahu berkenaan pelan kecemasan
tersebut. Melalui peraturan ini, setiap pengilang dan pekerja akan lebih peka terhadap
langkah – langkah kecemasan serta proses kerja yang betul bagi memastikan
kemalangan besar dapat dielakkan. Sebagaimana sub peraturan 21, pihak pengilang
juga perlu menyediakan pelan kecemasan kawasan sekitar kawasan industri serta
memaklumkan pihak berkuasa tempatan berkenaan segala maklumat aktiviti industri
yang dijalankan serta kemungkinan bahaya yang akan wujud. Selain daripada itu,
pihak berkuasa tempatan juga dapat bersedia dengan lebih siap siaga akan segala
kemungkinan bahaya apabila sub peraturan 21(2)(c) memperuntukkan pengilang
supaya memberi segala kemudahan yang yang munasabah bagi menyediakan dan
melaksanakan pelan kecemasan tersebut.Pengilang juga diwajibkan untuk
memberikan maklumat, latihan, dan peralatan kerja yang mencukupi kepada pekerja
dalam memastikan keselamatan dapat dijaga serta mengambil langkah yang
mencukupi untuk mencegah apa – apa bahaya besar. Pengilang juga perlu
menyediakan bukti kepada pihak kerajaan berkenaan langkah – langkah yang telah
diambil sekiranya diminta sebagaimana bahagian III sub peraturan 10.

Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


(Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Industri) 1996 adalah satu
langkah yang tepat dalam usaha mengelakkan berlakunya kemalangan besar
sepertimana kejadian letupan Kilang Bunga Api Bright Sparklers. Pemantauan dan
penguatkuasaan peraturan ini haruslah digiatkan dalam memastikan industri terlibat
mematuhi peraturan tersebut. Kegagalan dalam menguatkuasakan peraturan ini akan
mengakibatkan kemungkinan berlakunya bencana besar di akan datang. Selain
daripada itu, kerjasama daripada semua pihak adalah amat perlu seperti penduduk
kawasan berhampiran kawasan industri terbabit, pekerja, atau mana – mana individu
yang mengenalpasti terdapat aktiviti perindustrian yang menyalahi peraturan ini
supaya dapat melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk diambil
tindakan sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini sepertimana tragedy letupan
Bright Sparklers.
2778 patah perkataan.

18
XBLR3103

XBLR3103

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Kementerian Sumber Manusia, (1994), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dicapai daripada
https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/acts-legislation/3773-
akta-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-1994-akta-514/file
Kementerian Sumber Manusia, (2007), Akta Kilang dan Jentera 1967, Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dicapai daripada
https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/acts-legislation/562-01-
akta-kilang-dan-jentera-pindaan-2006/file
Kementerian Sumber Manusia, (1996) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam
Perindustrian 1996, dicapai daripada
https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/peraturan/peraturan-di-
bawah-akta-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-1994-akta-514/546-07-
peraturan-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-kawalan-terhadap-bahaya-
kemalangan-besar-dalam-perindustrian-1996/file
NIOSH, (2005), Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan
Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian 1996, dicapai
daripada https://mgt1023icam.files.wordpress.com/2011/10/cimah.pdf
Wikipedia, (2021), Tragedi Letupan Kilang Mercun Bright Sparklers, dicapai dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tragedi_letupan_kilang_mercun_Bright_Sparkler
s
Amat, (2020), Kes Ditutup Selepas 15 Tahun, Ini Tragedi Bright Sparklers 1991
Serupa Hiroshima Yang Hampir Dilupai, dicapai daripada
https://ohbulan.com/kes-ditutup-selepas-15-tahun-ini-tragedi-bright-sparklers-
1991-serupa-hiroshima-yang-hampir-dilupai
Nota ku, (2011), Nota Ringkas – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(DOSH) Kementerian Sumber Manusia, dicapai daripada
http://notakuini.blogspot.com/2011/10/jabatan-keselamatan-dan-kesihatan.html

19
XBLR3103

XBLR3103

20

Anda mungkin juga menyukai