Anda di halaman 1dari 3

Punca keracunan makanan

Kita sering kali mendengar berlakunya keracunan makanan. Malah kematian berpunca dari
keracunan makanan juga dilaporkan.

Walaupun secara sedar atau tidak, ramai di antara kita biasa mengalami keracunan makanan
sekurang-kurangnya sekali setahun. Dari Januari hingga mac tahun ini sepuluh kes keracunan
makanan melibatkan 801 orang termasuk satu kematian telah dilaporkan. Daripada jumlah
tersebut, 601 mangsa terdiri dari pelajar sekolah.

Daripada segi perundangan kita mempunyai Akta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi
orang ramai terhadap bahayanya penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan
makanan. Tetapi jarang kita dengar mereka didakwa kerana kesalahan tersebut.

Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan
yang tercemar. Tanda-tandanya termasuklah rasa mual, muntah, cirit- birit, pening-pening
serta gangguan perut.

Kebanyakan kes-kes keracunan makanan disebabkan oleh bakteria, mikro-organisma,


virus,dan racun. Kesan bahaya akibat keracunan makanan adalah kehilangan air dalam
badan. Sekiranya tubuh kekurangan air dan terlalu serius, ia boleh membawa maut. Ada juga
yang lebih serius, hingga melibatkan keracunan sistem saraf.

Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses
penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan
yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.

Berikut adalah makanan yang sering dipengaruhi bakteria;

 Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim


 Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya
 Roti dan kuih-muih
 Makanan laut seperti kerang
 Daging- lembu, ayam, ikan

Keadaan sekitar anda dan pengendalian makanan yang tidak teliti juga menggalakkan
bakteria mencemari makanan. Beberapa contoh keadaan yang sering berlaku, termasuklah;

 Makanan mentah
 Daging, ayam dan ikan tidak disimpan di tempat dingin
 Makanan dalam tin terdedah kepada suhu bilik selepas dibuka
 Buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik
 Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus

Tanda-tanda khusus keracunan makanan bergantung kepada jenis bakteria atau organismanya
seperti:
Keracunan oleh bakteria

 Campylobacterosis disebabkan oleh bakteria campylobacter jenis ini yang terdapat


dalam ayam mentah, daging dan susu tidak pasteur.
Tanda-tanda keracunan bermula 2-5 hari selepas makan. Selain dari tanda-tanda
umum, pesakit akan mengalami demam dan najis mengandungi darah.

Keracunan berpunca dari virus

 Hepatitis A disebabkan oleh virus yang terdapat dalam kerang dan siput- siput yang
ditangkap di dalam air yang dicemari oleh air kumbahan dan sayuran mentah yang
tidak dibersihkan dengan sempurna.
Tanda-tanda bermula dari 2-6 minggu selepas makan dan pesakit akan mengalami
demam,lemah badan, tidak berselera dan jaundis. Bagi kes yang parah, kerosakan hati
boleh berlaku dan membawa maut.
 Norwalkvirus disebabkan oleh virus Norwalk yang didapati dalam kerang dan siput-
siput yang ditangkap di kawasan yang dicemari najis manusia.
Keracunan berpunca akibat memakan siput-siput mentah dan dimasak tidak
sempurna.

Keracunan berpunca dari protozoa

 Giardiasis disebabkan oleh protozoa Giardia lamblia terdapat dalam saluran usus dan
najis manusia. Air kumbahan yang digunakan sebagai baja pada sayur dan penyedia
makanan tidak membersihkan tangan adalah punca berlaku keracunan ini.
 Amebiasis dikenali juga sebagai disenteri amebik dan disebabkan oleh Entamoeba
histolytica.
Puncanya adalah sama seperti keracunan protozoa Giardia lamblia.
Tanda-tanda keracunan ialah kawasan badan di sekitar hati dan usus besar menjadi
lembut, cirit-birit, rasa berdebar, kehilangan berat dan lemah badan.

Punca-punca lain keracunan

Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh cendawan beracun atau buah dan sayuran
yang dicemari dengan racun serangga yang tinggi kepekatannya.

Toksin daripada kulat seperti aflatoksin yang terdapat pada bijirin juga salah satu punca
keracunan makanan.

Cara terbaik mengelak keracunan

JENIS makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan dihidangkan
ialah daging, ayam dan telur.

Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan keselamatan di
dapur.

Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan
pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain.
Peralatan dapur seperti alat pemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan
terutamanya alas pemotong daging.

Sebaik-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur- sayuran.

Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.

Banyak makanan seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya.

Makan makanan yang dimasak serta merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih
mudah mencemarinya.

Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di
atas pemanas atau kawasan dingin.

Panaskan semula makanan dengan teliti.

Ini adalah cara yang paling baik untuk menjauhi daripada kuman yang mungkin muncul
semasa dalam simpanan.

Anda mungkin juga menyukai