Skrip Cerita Batu Belah
Skrip Cerita Batu Belah
Mak Timah : Hmm… sudah lama aku tidak makan telur ikan tembakul. Telur ikan tembakul sunggah
sedap. Kamu pernah cuba?
Kawan : Tidak. Rasanya aku hendak mencubanya hari ni. Senang ke cara menangkap ikan tembakul?
Kawan : Timah, kamu pernah dengar cerita mengenai Batu Belah, Batu Bertangkup?
Kawan : Batu Belah, Batu Bertangkup. Dengar kata, ia boleh menelan orang.
Mak Timah : Oh, dahsyatnya! Dimanakah terletaknya Batu Belah, Batu Bertangkup tersebut?
Mak Timah : Oh, baru aku teringat! Aku kena balik rumah supaya anak-anak aku tidak kelaparan.
Kawan : Sudah tentunya mereka akan menyukai ikan tembakul ini. Aku hendak pulang ke rumah, hari
pun sudah semakin gelap. Selamat tinggal.
Mak Timah : Melur, Pekan! Emak sudah pulang. Melur, emak ada bawa pulang seekor ikan tembakul.
Kamu pergilah menggoreng ikan tembakul ini.
Mak Timah : Mak hendak berehat sebentar. Kamu makanlah ikan tembakul itu bersama Pekan.
Jangan lupa menyimpan telurnya untuk mak.
Pekan : Tidak mengapalah, kak. Jika Pekan masuk surat khabar, terkenallah Pekan.
Pekan : Kakak, Pekan masih lapar lagi. Boleh tak Pekan ambil bahagian kakak?
Melur : Kakak akan gorengkan telur mata kerbau untuk Pekan. Tunggu sebentar, ya?
Pekan : Lambat betul kakak menggoreng telur mata kerbau. Aku ambil bahagian ibu sahajalah.
Mak Timah : Baiklah, mak buatkan susu untuk Pekan. Sabar, ya? Melur, dimanakah kamu
menyimpan telur ikan tembakul untuk mak?
Mak Timah : Pekan, kamu jangan berpura-puralah. Mana ada kucing, kamu hendak tukar topik sahaja
kerana bersalah kan?
Mak Timah : Mak sudah masak dengan perangai kamu. Kamu memamng degil dan terlalu mengikut
perasaan. Baiklah, memandangkan kamu berdua sudah tidak menyayangi mak lagi, lebih baik mak
mati ditelan Batu Belah Batu Bertangkup.
Pekan : Mak! Mak! Mak tidak boleh mati, mak belum lagi memberikan susu kepada Pekan.
Mak Timah : Nah, ini susu terakhir yang mak beri kepada kamu.
Mak Timah : Ish… ish…. Ish… Kamu sudah besar, Melur. Tak payahlah.
Melur/Pekan : Mak! Mak! Janganlah pergi, kami sudah insaf, kami tidak akan mengulangi perbuatan
itu lagi.
Mak Timah : Mak sudah malas melayan kamu berdua. Selamat tinggal, anak-anak aku. Wahai Batu
Belah, Batu Bertangkup, telanlah aku. Anak-anak aku sudah tidak menyayangiku lagi.
*Lagu*
Melur : Pekan, sekarang kita sudah menjadi anak yatim. Siapa yang hendak menjaga kita?
Pekan : Ayah kan ada.
Melur : Pekan, kamu ini memang sakit otak betullah! Tidak sedar dan pelupa. Arwah ayah kan dah
tak ada, kamu masih nk ungkitkan pasal itu.
Nenek Kebayan : Nenek baik sahaja. Apa yang cucu buat dalam hutan ini?
Pekan : Nek... kesian kami. Mak... mak... baru sahaja ditelan Batu Belah Batu Bertangkup. Kami…
kami anak yatim. Kami tidak tau nak ke mana lagi.
Nenek Kebayan : Cu, jangan risau. Mulai hari ini, nenek akan pelihara dan jaga kamu berdua.
Pemangku : Perhatian! Perhatian! Rakyat jelata sekalian, pada pagi ini pertandingan ayam sabung
akan diadakan di istana. Sesiapa yang menpunyai ayam jaguh, bolehlah menurut serta. Sekian.
Pekan : Cepat Felix, kamu boleh melakukannya! Hooray! Ayam aku sudah menang!
Raja Tior : Pekan, jika kamu ingin, kamu boleh menjadi adik angkat beta.
Raja Tior : Sudahlah, anggap sahaja kamu sudah a… Pekan, siapa ini?
Pekan : Tuanku, janganlah buka mulut besar sangat, nanti lalat masuk. Ini Melur, kakak kesayangan
saya.
Raja Tior : Senyaplah kamu, Pekan. Melur, kamu memang seorang wanita yang jelita. Sudikah kamu
mejadi pendanping hidup beta?
Melur : Ya.
*Lagu*