Anda di halaman 1dari 12

Hak milik Niagawan Plus Sdn. Bhd.

Dibenarkan untuk berkongsi panduan ini dengan


syarat tidak mengubah sebarang tulisan tanpa
kebenaran pihak penulis.

2
Masih lagi tidak percaya! Ya, ini adalah krisis yang tidak
pernah kita alami pada era ini. Pandemik ini bukan
sahaja berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Di Malaysia, kerajaan telah mengadakan Movement


Control Order (MCO) bermula 18 April 2020 sebagai
langkah untuk mencegah dan memutuskan rantaian
COVID-19 ini dari terus merebak.

Kesannya, pelbagai industri perniagaan turut terkena


tempias kerana kebanyakan bisnes terpaksa ditutup.
Rakyat juga turut mengambil langkah berjaga-jaga
dengan tidak keluar dari rumah.

Berikutan situasi ini, kami di Niagawan ingin berkongsi


sedikit pengalaman pengasas Niagawan kami, Bryant
Gan yang mana beliau telah pun melalui krisis ekonomi
pada 1998 dan 2008.

Walaupun situasi kali ini lebih teruk, kita masih lagi


boleh bertahan jika mempunyai persediaan yang cukup
dengan izin-Nya. Berikut ialah 8
​ panduan urus bisnes
pada krisis pandemik sekarang :

3
1) Bertenang dan​ accept the
reality​ / terima kenyataan.
Kita mesti menerima hakikat bahawa pandemik ini
telah melanda satu dunia.

Dari segi bisnes, banyak perniagaan terpaksa


mengalami kerugian (bukan kita seorang sahaja yang
rugi).

Kita boleh merungut pelbagai benda, tapi perkara itu


tak mengubah apa-apa pun sebenarnya.

Jualan bisnes orang pun jatuh, jualan bisnes kita pun


jatuh.

Paling penting, sebagai peniaga kita kena bertenang


dan bersyukur.

Sekurang-kurangnya kita masih hidup dan tidak


dijangkiti virus COVID-19 ini.

4
2) Mula merancang​ cash flow &
forecast​ bisnes untuk 3 bulan
akan datang
Mulakan merancang c
​ ashflow​ bisnes dari segi c
​ ash
reserve​, jualan dan perbelanjaan dalam tempoh 3 bulan
dari sekarang.

Kenapa 3 bulan? Hal ini kerana kita tidak tahu berapa


lamakah tempoh Movement Control Order (MCO) akan
dilanjutkan.

Sekiranya dilanjutkan sehingga 3 bulan (semoga MCO


dapat habis lebih awal), kita sudah pun bersedia
dengan kira-kira yang di buat.

Selain itu, selepas MCO ini orang ramai akan


mengalami “​ The Ripple Effect”​, iaitu rakyat akan
mengambil sedikit tempoh masa untuk kembali
menjalankan kehidupan normal seperti pandemik
dahulu.

5
3) ​Zoom​ ke dalam perbelanjaan
anda
Ambil masa untuk buat kajian tentang perbelanjaan
bisnes anda dari segi :

1. Cut-off atau hold dahulu perbelanjaan yang belum


dibelanjakan pada bulan ini dan 3 bulan dari
sekarang

2. Teruskan perbelanjaan sedia ada, dalam masa yang


sama cari alternatif untuk membayar perbelanjaan
pada harga lebih jimat seperti diskaun sewa premis
dari tuan kedai dan sebagainya.

6
4) Pantas dalam melakukan
tindakan
Jika anda sebelum ini seorang usahawan yang pantas
dalam gerak kerja, tetapi disebabkan situasi MCO ini
menyebabkan anda menjadi slow, anda silap!

Teruskan bertindak dan berfikir dengan lebih cepat


dalam problem solving.

Jangan terikut-ikut dengan berita-berita di sosial


media, komen perkara yang tak memberi manfaat dan
lain-lain.

Ambil masa untuk muhasah diri dan bisnes anda


selama ini. Bertindak dengan lebih bijaksana. Bersedia
dengan apa kemungkinan daripada duduk saja.

Satu pepatah menyebut,

“Dalam bisnes, duduk diam dan tidak bertindak


membuatkan anda lebih rugi dari bertindak.”

7
5) Buang ‘lemak’, jangan buang
‘tulang’
Jika cash flow anda dalam tempoh 3 bulan ini sudah
habis, berkemungkinan besar anda mungkin terpaksa
mengurangkan staf anda dalam situasi ini.

Sebagai contoh, banyak kilang-kilang industri dan


syarikat penerbangan udara terpaksa mengurangkan
staf mereka kerana bahagian ini merupakan bahagian
overhead paling besar dalam bisnes.

Sebulan sahaja overhead mungkin menanggung


beratus ribu perbelanjaan untuk gaji sahaja.

Jangan terus memberhentikan semua staf.

Gunakan konsep buang ‘lemak’ iaitu mengurangkan


staf bahagian bawah seperti bahagian operasi dan
lain-lain.

Dalam masa yang sama kekalkan ‘tulang’ iaitu ​key​ staf


yang menjadi tulang belakang syarikat anda.

8
6) Payrol
Pastikan gaji ‘tulang’ bisnes anda iaitu top
management ini dibayar sama seperti sebelum ini
tanpa tunggakan.

Jaga kebajikan staf ini kerana merekalah


bersama-sama membangunkan bisnes ini bersama
anda dari kecil sehingga berkembang sampai sekarang

9
7) Sentiasa a
​ lert​ dan jaga
perbelanjaan anda
Dalam situasi pandemik ini, sebagai pemilik bisnes
anda mesti lebih berhati-hati dalam perbelanjaan
bisnes.

Waktu ini, cash sangat-sangat bernilai untuk backup


pada kos yang lain.

Diibaratkan seperti,

“Once the money spend, it will gone forever and never


come back.”

10
8) Potong perbelanjaan peribadi
yang tidak penting
Di waktu krisis pandemik ini, cuba untuk hidup dalam
keadaan sederhana dan minimalist.

Pada waktu ini, fokus kita hanya untuk terus survive


dalam bisnes dan kehidupan sekuran-kurangnya 3
bulan.

11
Akhir kata.

Selesai 8 panduan urus bisnes di waktu krisis COVID-19


ini.

Sebagai applikasi sistem akaun No. 1 di Malaysia, kami di


Niagawan p
​ rihatin dengan keadaan bisnes para
peniaga di Malaysia dari syarikat kecil sehingga ke
syarikat besar.

Apa guna jika cash reserve banyak, akaun kemas tetapi


contingency plan​ tiada.

Kami doakan agar bisnes anda dapat bertahan dan


berjalan lebih lancar selepas krisis ini.

Semoga anda dapat belajar sesuatu daripada panduan


ini.

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang akaun


bisnes dan mahukan bisnes akaun anda lebih bersistem
dan teratur, layari ​https://niagawan.com/home/​ untuk
info lanjut.

12

Anda mungkin juga menyukai