Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 2: PEMBANGUNAN KURSUS

i) Tajuk kursus ‘Canvakan Dunia PendidikanMu’

ii)Penerangan kursus Canva ialah sebuah aplikasi untuk reka grafik dalam talian secara percuma
yang dapat dicapai dengan mudah melalui komputer mahupun telefon pintar.
Berbanding aplikasi reka grafik yang lain seperti Illustrator dan Photoshop,
Canva jauh lebih mudah untuk dipelajari dan dikendalikan oleh peserta yang
bukan dari bidang Seni Grafik terutamanya para Pendidik.
Dalam Kursus ini, Peserta yang terdiri daripada guru dalam pelbagai bidang
pendidikan termasuk dari pihak Kerajaan dan Swasta merupakan golongan yang
dijadikan Sasaran utama untuk mengubah corak pendidikan kearah
mendigitalkan dunia Pengajaran dan Pembelajaran(PdP).
Peserta akan mencapai matlamat berikut:
1. Memahami struktur dan pengendalian Canva untuk reka grafik
2. Menghasilkan reka grafik dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Mengenalpasti jenis fail dan cetakan Canva untuk pengajaran dan
pembelajaran
iii)Rasional kursus Kursus aplikasi Canva sebenarnya memberikan pendedahan kepada
guru(peserta) dalam mendigitalkan sistem pendidikan seiring dengan dunia
teknologi komunikasi. Guru(peserta) akan didedahkan dengan cara menghasilkan
reka grafik secara digital dengan mudah yang dapat digunakan untuk membuat
pembentangan, mesyuarat, aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum serta lain-lain
majlis rasmi termasuk bahan edaran dan cetakan yang memerlukan reka grafik.
Penggunaan aplikasi Canva dapat menambahkan lagi keunikan semasa peroses
pembentangan, terutamanya sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran yang mampu
menarik perhatian pelajar secara total.
Kursus aplikasi Canva juga sebenarnya lebih tertumpu kepada guru(peserta)
yang lebih Senior yang kebanyakannya terlepas dari pengaruh media massa.
Canva bukanlah satu aplikasi baru dalam arus masa kini tetapi tidak semua tahu
kewujudan aplikasi yang amat memudahkan para penggunanya. Penerapan ilmu
penggunaan Canva dalam penyampaian ilmu Pendidikan sebenarnya dapat
menceriakan lagi proses pengajaran. Selain dari memudahkan peserta, aplikasi ini
jauh lebih moden dan dapat menghasilkan karya pembentangan dan persembahan
yang berkualiti tinggi berbanding penggunaan Power point.
Kursus ini amat memenuhi keperluan masyarakat kerana dengan adanya
corak pendidikan yang dimodenkan, peserta sebenarnya bergerak selangkah
kehadapan seiring dengan para pelajar yang sangat arif dengan dunia digital dan
media massa. Natijahnya, peserta yang terlibat dalam Kursus ini telah membuka
peluang kepada diri sendiri dalam menambah baik ilmu dan kepakaran baharu
yang secara tidak langsung menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) lebih
mantap dalam mendepani arus globalisasi.

iv)Tempoh kursus Kursus ini akan diadakan selama 6minggu pada cuti sekolah kerana melibatkan
peserta dari bidang pendidikan. Maka, pemilihan mod cuti sekolah amatlah
bersesuaian dengan Kursus ini.

v)Hasil pembelajaran CLO 1: Mengenali struktur dan cara pengendalian aplikasi canva untuk
kursus Pengajaran dan Pembelajaran dengan betul (Kognitif)
CLO 2: Membezakan jenis pemilihan templet dan cetakan yang boleh dipilih
mengikut kesesuaian penggunaan dengan tepat (Psikomotor)
CLO 3: Menghasilkan reka grafik secara berkumpulan dengan baik (Afektif)

vi)Pra- syarat kursus Ekspektasi pengetahuan yang diperlukan ada pada peserta ialah kemahiran
menggunakan asas komputer, boleh menaip dengan baik dan mahir
menggunakan google chrome. Selain itu, peserta perlu mempunyai e-mel sendiri
yang bertujuan untuk mendaftar masuk aplikasi canva dalam talian. Seterunya
peserta mesti mempunyai Komputer dan telefon pintar secara peribadi untuk
tujuan memudahkan proses mengakses aplikasi Canva.
Sebelum mengikuti Kursus Canva, peserta seharusnya telah mengikuti
kursus Asas Sains Komputer(ASK) atau telah mempunyai kemahiran sedia ada
dalam menggunkan Komputer seperti:
• Pengetahuan mengendalikan Komputer
• Keupayaan untuk menggunakan fail audio dan video
• Keupayaan menyimpan fail, memuat turun dan memuat naik fail.
Kemahiran menaip teks
vii)Kandungan 1.0 Asas pengurusan Akaun Canva
2.0 Alatan asas reka bentuk grafik Canva (Guna Template)
3.0 Suntingan ‘latarbelakang(background)’, ‘reka letak(layout)’
4.0 Penggunaan ‘Tulisan(fonts)’, ‘warna (colours)’, ‘gambar (images)’dan
‘bentuk(shapes)’.
4.1 Perincian Tulisan
4.2 Perincian gambar
4.3 Muat turun dan muat naik fail
5.0 Suntingan video dan audio
6.0 Canva untuk Pengajaran dan Pembelajaran
7.0 Canva untuk Majlis Rasmi dan mensyuarat
8.0 Canva untuk cetakan latih tubi, amali, kuiz dan soalan peperiksaan
9.0 Aplikasi alternatif
9.1 Canva untuk media social
10.0 Latihan dan amali
10.1 Tugasan berkumpulan
10.2 Tugasan Individu
10.3 Pembentangan hasil reka grafik

viii)Bahan Bahan yang akan digunakan sepanjang kursus aplikasi Canva ini adalah
i. Komputer
Telefon pintar
ii. Buku nota dan latihan yang diedarkan berjudul ‘Cikgu Canva’
iii. E-book yang dihantar terus melalui e-mel peserta berjudul ‘Saya Pandai
Canva’
iv. Jalur lebar yang mampu menampung jumlah pengguna tinggi dalam satu
masa.
v. OPH projector,komputer riba dan pembesar suara untuk kegunaan
fasilitator dan tenaga pengajar
ix) Metodologi Kaedah pendekatan pertama yang telah dipilih dalam pembangunan Kursus
Pengajaran aplikasi Canva ini ialah pendekatan Konstruktivis dengan cara melibatkan
peserta secara aktif berbanding menerima secara pasif. Kaedah konstruktivis ini
menekankan peserta dalam melibatkan diri sepenuhnya berdasarkan kepada
pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Kaedah pendekatan kedua ialah Koperatif iaitu satu strategi pembelajaran
berdasarkan pasukan kecil, dalam kaedah ini pelajar bertanggungjawab akan
pencapaian individu dan juga sesame ahli kumpulan.
Kaedah pendekatan terakhir ialah Integratif iaitu kuasa untuk mendalami
sesuatu pembelajaran sepenuhnya berpusat kepada pelajar dan guru hanya
menjadi pembimbing.
Strategi pedagogi yang digunakan dalam kursus ini adalah secara
bersemuka iaitu dengan menggunakan kaedah kuliah dan kelas tutorial. Tujuan
kelas dibahagi kepada dua peringkat bertujuan untuk memudahkan proses
penyampaian ilmu. Kelas secara kuliah dilakukan untuk peyampaian isi
kandungan dan penerangan isi utama yang melibatkan peserta seramai 350
orang. Manakala, kelas tutorial iaitu kelas berskala kecil adalah untuk peserta
menjalankan aktiviti,tugasan projek dan ujian yang terdiri daripada 50 orang
setiap kelas. Melalui kelas tutorial ini, ia membantu memudahkan tahap
penguasaan peserta dinilai dengan lebih tepat agar dapat mencapai objektif
pembelajaran secara holistik.

x) Prosedur Kemajuan dan pencapaian pelajar dalam kursus ini akan diukur dan dinilai
pentaksiran dan melalui konsep pengujian. Terdapat tiga peringkat akan digariskan dalam
penggredan kursus ini dengan cara sistematik iaitu sebelum, semasa dan selepas sesuatu
pengajaran. Ujian yang diberikan ialah secara individu dan berkumpulan, bagi
mengukur tahap pemahaman peserta.
Kaedah penilaian yang dipilih ialah melalui projek berkumpulan. Satu
latihan reka grafik dalam Canva perlu disiapkan oleh setiap kumpulan. Peserta
perlu berbincang sesama ahli kumpulan dan akan membentangkan hasil reka
grafik Canva di hadapan kelas.
Selain itu, Latih tubi secara individu juga perlu dilakukan peserta
berdasarkan soalan latihan daripada buku nota dan latihan ‘Cikgu Canva’ yamg
diedarkan. Peserta boleh merujuk buku nota dan juga e-book sebagai bahagn
rujukan tambahan jika masih kurang memahami konsep Canva sambil
dibimbing olkeh para fasilitator terlatih.
Seterusnya, satu sesi kuiz secara atas talian juga akan diadakan secara
individu yang memerlukan penglibatan peserta secara keseluruhannya. Soalan
yang akan ditanya melalui kuiz atas talian tersebut lebih kepada asas kepada
pengendalian dan penggunaan Canva dalam PdP.
Kaedah penilian yang terakhir adalah secara demonstrasi iaitu peserta akan
diminta untuk menjalankan aktiviti ini secara berpasangan. Setiap pasangan
akan diminta untuk tampil kehadapan kelas dengan menggunakan OHP
projektor dan menjawab soalan mengenai reka grafik, penggunaan asas Canva
dan pemilihan templet yang betul yang bertujuan untuk mengukur tahap
pemahaman peserta sambil dibimbing oleh fasilitator. Jika terdapat kesilapan
mahupun kekurangan, peserta akan segera dibantu dan ditambah baik
pemahaman mereka oleh guru pembimbing dan fasilitator terlatih.

xi) Rujukan utama 1)Buku


E-Book Mudahnya Design Canva Siri 2. (n.d.). OnPay. Retrieved July 14, 2023,
from https://shop.tarbiahkreatif.my/order/form/ebookcanva2

2)Jurnal
Pelangi, G. (2020). PEMANFAATAN APLIKASI CANVA SEBAGAI
MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA DAN SASTRA INDONESIA
JENJANG SMA/MA. Jurnal Sasindo UNPAM, 8(2), 79–96.
https://doi.org/10.32493/sasindo.v8i2.79-96

3)Pautan Youtube
Zaini, A. [@anwarzaini301]. (2022, August 11). CARA DAFTAR CANVA
PENDIDIKAN BAGI GURU. Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=syydjQhfGu4
Canva, B. [@belajarcanva]. (2022, December 25). BELAJAR CANVA Untuk
Pemula di Tahun 2023!. Pemula yang ingin belajar CANVA WAJIB
TONTON! Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=xDycGak5ivg

4)Artikel
Penggunaan aplikasi canva sebagai strategi pembelajaran efektif Dan inovatif.
(n.d.). Sch.Id. Retrieved July 14, 2023, from
http://smkn1randudongkal.sch.id/berita/detail/penggunaan-aplikasi-canva-
sebagai-strategi-pembelajaran-efektif-dan-inovatif

5)Bahan dalam talian


(N.d.). Canva.com. Retrieved July 14, 2023, from
https://www.canva.com/ms_my/pendidikan/pembelajaran-jauh/
xii)Maklumat tambaan
Tempat: Dewan Tunku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia
lain
Masa: 8:30pagi sehingga 12:30 tengahhari
Tempoh Kursus: 6 minggu (Mod cuti sekolah)
Mod Belajar: Bersemuka
Yuran kursus: Rm1500 (untuk keseluruhan tempoh kursus)
Jumlah peserta: 350 orsng warga pendidik
Penceramah 1. Profesor Dr. Zaiyan
Jemputan: (Ketua pusat pengajian Fakulti Komunikasi
dan Pengajian Media UiTM puncak Alam

2. Dr. Nayla Aqila (Pensyarah kanan Fakulti


Psikologi Pendidikan UPM)

3. Prof. Madya Dr. Adam Mikhael (Pensyarah


pusat Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
dan Pendidikan Sains)
Dengan kerjasama: Fakulti Pendididkan Universiti Sains Malaysia

Anda mungkin juga menyukai