Anda di halaman 1dari 25

SISTEM KEWANGAN ISLAM

PPPG3203

SESI 2021/2022

TAJUK KERTAS KERJA:


IMPAK WAKAF SEBAGAI INSTRUMEN KEWANGAN SOSIAL KEPADA
PEMBANGUNAN EKONOMI

NAMA PENSYARAH:
DR. MAT NOOR MAT ZAIN

NAMA PELAJAR & NO. MATRIK:


NAJIHATUL NAJWA BINTI JOHA (A175483)
NUR AINA HAZWANI BINTI MOHAMMAD (A175535)
NURUL FARHANAH BINTI JOHAN (A176814)
ABSTRAK

Di fasa endemik kini, wakaf berfungsi sebagai satu mekanisme lain dalam membangunkan
ekonomi selain bertujuan memakmurkan kehidupan masyarakat Malaysia yang terkesan akibat
wabak COVID-19 serta memberi tekanan kepada pelbagai pihak. Sistem wakaf telah diaplikasikan
sejak zaman Rasulullah SAW dan disyariatkan dalam Islam dimana amalan mewakafkan harta ke
jalan yang baik akan diberikan oleh Allah SWT ganjaran pahala yang berkekalan dan berpanjangan
selama mana harta wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan atau tidak musnah. Sehubungan
dengan itu, kertas kerja ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana wakaf dapat memberikan
impak yang penting dalam membangunkan ekonomi khususnya di Malaysia. Justeru itu, ini hasil
kajian akan membincangkan tentang implikasi wakaf dalam membangunkan ekonomi iaitu dalam
aspek Pendidikan, aspek kesihatan, aspek ekonomi dan sosial. Hal ini sedikit sebanyak dapat
membuka mata para pengkaji yang lain akan kepentingan sistem wakaf dalam memajukan dan
menaiktaraf pembangunan ekonomi negara Malaysia.

Kata kunci : Wakaf, ekonomi, Malaysia

1.0 PENGENALAN

Dalam pada era endemik ini, ekonomi global berada dalam fasa pemulihan dan sederhana akibat
daripada penularan wabak COVID-19 yang telah merebak dengan pantas bermula daripada suku
pertama tahun 2020. Seluruh negara yang terkesan daripada wabak ini telah menyebabkan masalah
ekonomi kian meruncing malah hampir semua industri juga terlibat secara langsung dan tidak
langsung merasai tekanan implikasi daripada wabak ini.

Industri kesihatan khususnya memerlukan bekalan ubat-ubatan dan kelengkapan kesihatan


yang tinggi. Selain itu, industri kewangan yang berkait rapat dengan ekonomi juga terlibat dalam
memastikan rakyat Malaysia dapat menampung kehidupan disamping tidak menepikan kesihatan
mereka dengan adanya tindakan daripada kerajaan. Bukan itu sahaja, penguncupan dan
kemerosotan industri pelancongan, perhotelan, pengangkutan, dan pengilangan yang banyak
membantu dalam industri kewangan juga merasai kerugian yang drastik. Industry Pendidikan tidak
terkecuali apabila para pelajar dan tenaga pengajar serta bahagian pentadbiran memerlukan dana
bagi meneruskan pengajaran dan pembelajaran agar tidak ketinggalan.

Disini kita dapat melihat bahawa di dalam Islam adanya wakaf yang dapat membantu
mengharmonikan masalah ekonomi yang telah dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW.
Sepertimana yang dilakukan oleh Uthamn bin ‘Affan yang telah mewakafkan telaga miliknya
sebagai sumber air utama kepada umat Islam ketika itu. Maka peranan kerajaan dalam
memakmurkan ekonomi di Malaysia ketika ini adalah bersesuaian dengan menggunakan kaedah
wakaf sebagai satu alternatif dalam menangani kemerosotan ekonomi akibat wabak COVID-19.
Wakaf telah menjadi mekanisme agihan semula kekayaan bagi menyediakan pendidikan, pusat
kesihatan, tempat ibadat dan kemudahan-kemudahan lain.

Pembangunan ekonomi dapat dibantu melalui wakaf seiring dengan konsep wakaf itu
sendiri yang mengamalkan prinsip tolong-menolong kepada masyarakat bagi kegunaan bersama
tanpa mengharapkan balasan melainkan keredhaan Allah SWT. Sesungguhnya amalan wakaf
dapat memberikan impak yang positif dalam pembangunan ekonomi terhadap pelbagai bidang dan
aspek kesihatan, pendidikan, social dan juga negara. Setiap harta wakaf yang dibangunkan
mendatangkan manfaat ekonomi apabila bangunan-bangunan wakaf yang disewakan mempunyai
hasil dan diagihkan untuk kebajikan dan kepentingan masyarakat. Contohnya, memberi bantuan
kewangan kepada golongan asnaf zakat, sumbangan pembinaan, penyediaan rawatan perubatan
serta pelbagai kebajikan lain kepada yang memerlukan.

Justeru artikel ini akan membincangkan impak wakaf kepada pembangunan ekonomi
secara terperinci dengan mengaitkan konsep wakaf yang melibatkan aspek-aspek utama dalam
membangunkan ekonomi di Malaysia seperti aspek wakaf dalam pendidikan, kesihatan dan
ekonomi sosial.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Sejak akhir-akhir ini, ekonomi berada dalam keadaan yang kurang memberangsangkan akibat
dilanda Covid-19 sejak penghujung 2019 yang lalu. Maka, wakaf dilihat sebagai satu mekanisme
yang dapat membantu golongan yang terkesan seperti golongan perkhidmatan kesihatan,
pelancongan, dan ekonomi sosial yang lain. Bertepatan dengan maksud wakaf itu sendiri iaitu
saling tolong-menolong dalam bentuk wang dan harta benda bukan hanya mahukan balasan
daripada manusia akan tetapi demi mendapatkan keredaan Allah SWT. Oleh itu selain zakat, hibah
dan sebagainya, umat Islam akan berkongsi harta kekayaannya dengan orang lain melalui
berwakaf. (Asmak Ab Rahman, 2009)

Selain itu, wakaf ini sepatutnya dilihat sebagai satu metod pengagihan semula harta dalam
kalangan masyarakat yang terkesan dengan penguncupan ekonomi ketika ini. Justeru itu,
pembangunan wakaf seharusnya tidak tertumpu kepada aspek-aspek keagamaan sahaja malah ia
seharusnya membantu membangunkan ekonomi sosial di negara kita. Hal ini bertepatan dengan
gesaan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menyatakan bahawa semua projek
pembangunan harta wakaf hendaklah sentiasa maju dan efektif. (Amelia & Asmak, 2021)

Dalam kajian yang dilakukan oleh Intan Fatimah & Nuradli Ridzwan, 2021, menyatakan
bahawa industri kewangan dan perbankan adalah industri yang berkait rapat dengan ekonomi
disebabkan tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah untuk memastikan rakyat sebuah negara
mampu menyara hidup dengan tidak mengabaikan kesihatan mereka. Jelaslah bahawa, wakaf juga
mampu memberi impak yang positif dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan membantu
dalam industri kewangan dengan menyediakan kemudahan kesihatan seperti wakaf klinik An-Nur,
bantuan mesin pernafasan, serta beberapa keperluan dan kelengkapan bagi proses mengendali
pesakit.

Di samping perkhidmatan kesihatan dan perbankan, pendidikan juga turut sama terkesan
seperti yang diajukan oleh Mohd Faizal & Mohd Zaini, 2021 iaitu sumber kewangan utama
pendidikan adalah peruntukan kerajaan. Negara kita sememangnya bergantung penuh dengan dana
kerajaan dan ia bukanlah suatu amalan yang baik bagi ekonomi pada masa kini. Justeru melalui
wakaf yang menjalankan kutipan dana wajar diperkenalkan sebagai satu alternatif yang membantu
pembiayaan pelajaran di peringkat sekolah dan universiti.

Wakaf juga seharusnya dapat memenuhi tanggungjawab sosial Islam di Malaysia oleh
kerana bebanan yang ditanggung oleh masyarakat Islam pada hari ini yang amat terkesan dengan
kemiskinan dan kesempitan kewangan dalam memenuhi keperluan harian. Hasil kajian yang
dilakukan oleh Abdul Shakor, 2011 mendapati bahawa wakaf korporat yang diperkenalkan oleh
Jcorp merupakan adaptasi daripada wakaf saham yang terdapat di dalam Islam. Berasaskan laporan
tahunan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut ternyata pelaksanaan pembangunannya telah
memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat. Justeri, wakaf ini terbukti mampu
menyelesaikan pelbagai kemesut ekonomi sosial yang terjadi pada masa ini.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah subjudul yang akan membincangkan tentang kaedah dan pendekatan
bagi mengkhendaki objektif kajian. Kajian yang dilaksanakan akan menjadi lebih teratur dan
tersusun bagi proses mencapai objektif kajian yang terarah kepada perkara yang dikaji. Subjudul
ini akan mengutarakan secara terperinci tentang metodologi kajian yang digunapakai bagi
menjalankan kajian ini.

Antara perkara utama yang menjadi tunjang bagi metodologi kajian adalah jenis kajian
yang dipilih. Sehubungan itu, pengkaji menengahkan jenis kajian yang berasaskan kualitatif
dengan mengguna pakai reka bentuk kajian melalui analisis kajian-kajian yang terdahulu seperti
jurnal, artikel dan kajian ilmiah yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih oleh pengkaji iaitu impak
wakaf sebagai instrumen kewangan sosial kepada pembangunan ekonomi.

Demikian itu, jurnal seperti Peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi di negeri Perak
(Amelia & Asmak. 2021), Peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi umat Islam dan
aplikasinya di Malaysia (Asmak. 2009) dan Maqasid Syariah dalam pelaksanaan wakaf (Dr.
Mohamad Akram b. Laldin et al. 2008) dianalisis oleh pengkaji sebagai sumber untuk
pengumpulan data dan meningkatkan kebolehpercayaan hasil kajian kelak. Selain itu, pengkaji
juga mengumpul data melalui kaedah temubual beberapa responden yang terdiri daripada
golongan atau organisasi yang terlibat dalam menguruskan harta wakaf di Malaysia.

Hasil daripada pengumpulan data melalui analisis dan temubual, ianya akan disusun, diatur
dan diteliti secara sistematik. Pengkaji turut menggunakan kaedah induktif dan deduktif terhadap
kajian yang terkumpul sebagai kaedah menganalisis. Pengkaji akan menjelaskan setiap daripada
data yang diperoleh dengan lebih terperinci di subjudul dapatan/hasil kajian.

4.0 SOROTAN LITERATUR


Di Malaysia, amalan wakaf adalah sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat bahkan telah
menjadi sebahagian dari instrumen yang telah membantu membangunkan ekonomi di negara kita.
Menurut Mohd Ali Muhammad Don dalam artikelnya yang bertajuk ‘Teori Wakaf, Kepelbagaian
dan Contoh Amalan di Malaysia’, wakaf berasal dari perkataan Arab iaitu (‫ )وقف يقف ووقوفا‬yang
merujuk kepada beberapa pengertian antaranya berdiri, berdiri tegak, tetap yang diam dan tidak
bergerak - gerak. Walaupun terdapat kepelbagaian istilah yang dikemukakan, majoriti ulama
beranggapan wakaf adalah sedekah memandangkan istilah yang disebutkan adalah tidak ketara
perbezaan maknanya. Al Imam Abu Hanifah mengatakan wakaf dari sudut istilah adalah menahan
harta atas milik waqif dan bersedekah dengan manfaatnya. Menurut Al Qalyubiy yang telah
mewakili ulama Mazhab Syafi'i wakaf pada syarak adalah menahan harta yang boleh dimanfaatkan
dengan mengekalkan bentuk fizikal asal dengan terputus hak pemilikan untuk perkara yang wujud
lagi diharuskan. Menurut Mohd Ali lagi dalam artikelnya itu, ulama kontemporari seperti Al
Sayyid Sabiq pula mendefinisikan wakaf sebagai menahan harta dan memberikan manfaat untuk
kegunaan di jalan Allah.

Dalam kajian yang telah ditulis oleh Dr Mohamad Akram, Dr Mek Wok dan Dr Mohd
Fuad yang bertajuk ‘Maqasid Syariah dalam Pelaksanaan Waqaf’ telah menjelaskan wakaf
memainkan peranan dalam menjamin daruriyat iaitu keperluan asasi yang lima dalam keperluan
maqasid Syariah iaitu memelihara agama, memelihara diri, memelihara akal, memelihara
keturunan dan memelihara harta. Bukan sahaja itu, wakaf juga memelihara hajiyyah iaitu
keperluan kurang asasi serta mengekang sebarang kesulitan di samping memelihara tahsiniyyah
(kesempurnaan). Walaupun pada asalnya wakaf adalah perkara sunat, namun jika ia ditinggalkan
sehingga tiada seorang pun melakukannya, wakaf akan menjadi suatu kewajiban kepada semua
orang sepertimana yang telah dijelaskan oleh para ulama usul fiqh.

Nik Mohd Azim dan Muhammad Hakimi telah menyatakan dalam kajian mereka bahawa
wakaf memainkan peranan dalam mengupayakan ekonomi ummah tersisih. Instrumen wakaf
boleh diaplikasikan dalam bentuk integrasi antara dua bentuk wakaf iaitu tabung kewangan wakaf
(TKW) dan juga pasar wakaf (PW). TKW memainkan peranan dalam bentuk pembiayaan
sementara PW bertindak sebagai tempat untuk ummah tersisih menjana pendapatan mereka
melalui kegiatan ekonomi iaitu menerusi perniagaan. Objektif utama penubuhan Tabung
Kewangan Wakaf adalah untuk menerima deposit terutama deposit dalam bentuk wakaf tunai
daripada masyarakat awam dan memainkan peranan memberi pembiayaan untuk tujuan
pembangunan sosial ekonomi umat Islam. Pasar Wakaf pula boleh diwujudkan sama ada melalui
wakaf harta tanah, wakaf istibdal dan wakaf tunai dalam bentuk wakaf kaki atau gabungan ketiga
- tiga bentuk wakaf sekaligus.

Institusi wakaf juga dilihat menyumbang peranan penting kepada beberapa aspek dalam
kehidupan masyarakat. Antaranya adalah peranan institusi wakaf dalam pendidikan seperti yang
diketengahkan oleh penulis Rosnani Hashim dalam artikelnya bertajuk ‘Ekonomi dan Pendidikan
: Peranan Institusi Wakaf’. Menurut beliau, pengaruh ekonomi ke atas pendidikan berlaku dalam
pelbagai bentuk misalnya seperti sistem ekonomi sesebuah negara menjadi tonggak utama
persediaan bahan material untuk tujuan pembangunan pendidikan. Segala keperluan kewangan
ditampung oleh para pelajar dan murid sendiri dan sekiranya ia tidak ditampung oleh mereka,
maka ia ditampung oleh pihak yang lain seperti pihak kerajaan. Oleh itu, isntitusi wakaf berfungsi
untuk membantu memajukan lagi institusi pendidikan di negara kita terutamanya pendidikan
islam. Perwakafan harta untuk tujuan pendidikan ini telah dimulai sejak awal dahulu oleh Khalifah
Al - Mamun yang telah mendirikan Baitul Hikmah dan membiayai peruntukan yang diperlukan
oleh institusi tersebut. Contoh lain tentang perwakafan terhadap institusi pendidikan adalah oleh
Sheikh Ali Sulaiman Absyadi yang telah mewakafkan sebuah perpustakaan yang lengkap kepada
asrama Riafah di Jamiah Al - Azhar pada abad kesembilan belas. Sehingga kini, Al Azhar ditadbir
oleh harta wakaf yang digunakan untuk membina bangunan asrama, bilik kuliah, membayar gaji
tenaga pengajar dan kakitangan termasuklah biasiswa kepada para pelajar dari dalam luar negeri.

Sementara itu, dalam kajian Farhana dan Asmak (2021) telah menyatakan bahawa projek-
projek berasaskan instrumen wakaf seperti Bazar Wakaf Rakyat (BWR) yang telah dilaksanakan
oleh Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) mampu membangunkan sosioekonomi masyarakat di
Malaysia. Hal ini demikian, sumber tanah yang diwakafkan dapat dimanfaatkan secara optimum
melalui projek sedemikian dengan mewujudkan aktiviti ekonomi di atasnya. Masyarakat
berpeluang menjana pendapatan daripada perniagaan yang dilakukan di bawah projek tersebut
kerana kadar sewaan tapak perniagaannya yang lebih rendah berbanding harga pasaran. Berikutan
hal ini, jika perniagaan dapat dijalankan di atas tanah wakaf tersebut maka potensi bagi
mengurangkan kadar pengangguran juga lebih besar kerana kewujudan peluang pekerjaan, sekali
gus keperluan fasiliti kepada masyarakat juga dapat disediakan. Oleh yang demikian, wakaf
memainkan peranan penting sebagai instrumen kewangan sosial dalam membangunkan ekonomi
masyarakat melalui pelbagai cara dan salah satunya seperti projek BWR yang di mana ia banyak
membantu golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal, fakir miskin dan lain-lain untuk meraih
pendapatan bagi menampung kehidupan yang serba kekurangan selain mengeratkan hubungan
sesama masyarakat.

Dalam pada itu, kegiatan ekonomi masyarakat dapat digerakkan dengan memainkan
peranan wakaf sebagai intrumen kewangan sosial melalui penyediaan pusat dan premis
perniagaan. Hal ini kerana pusat dan premis perniagaan yang dibangunkan hasil daripada dana
wakaf atau di atas tanah wakaf mampu meningkatkan peluang kegiatan ekonomi di kalangan
masyarakat. Sebagai contoh, beberapa negeri di Malaysia seperti Kedah, Johor, Selangor, Wilayah
Persekutuan dan Pulau Pinang telah membina kompleks dan bangunan perniagaan di atas tanah
wakaf ataupun menggunakan hasil dana saham wakaf. Pusat atau premis perniagaan yang dibina
ini akan disewakan kepada orang ramai dan kemudiannya pulangan pendapatan akan diberikan
kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing ke dalam pendapatan hasil wakaf
untuk dimanfaatkan kepada masyarakat seperti penyediaan pusat latihan kemahiran,
penyelenggaraan bangunan yang berkaitan, kebajikan am dan sebagainya (Asmak Ab Rahman
2009).

Seterusnya, instrumen wakaf juga turut menyumbang kepada aspek peningkatan


pendapatan dan taraf hidup seperti di negeri Perak supaya masyarakat Islam bebas daripada
gelombang kemiskinan. Antara peranan intrumen wakaf dalam usaha meningkatkan pendapatan
dan taraf hidup masyarakat Islam adalah dengan membina rumah-rumah wakaf untuk disewakan
dengan harga yang rendah di atas tanah-tanah wakaf. Sebahagian hasil daripada sewaan rumah-
rumah ini akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebagai
kos penyelenggaraan serta pengurusan. Manakala lebihannya pula akan dikumpulkan bagi
membina rumah-rumah wakaf yang lain. Di samping itu, MAIPk juga telah mengambil langkah
untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi yang memerlukan menerusi dana Wakaf Business
Centre (WBC) yang berfungsi untuk membina premis perniagaan yang lengkap fasilitinya kepada
para peniaga yang layak dengan cas sewaan yang sangat rendah. Sementara itu, para nelayan di
Perak turut menikmati manfaat daripada intrumen wakaf dengan menyediakan bot-bot untuk
disewa oleh mereka dengan harga yang murah disebabkan majoriti nelayan adalah tergolong di
kalangan B40. Demikianlah bagaimana intrumen wakaf dapat meningkatkan taraf ekonomi
masyarakat di negeri Perak (Amelia Nur Natasha Nazeri & Asmak Ab Rahman 2021).

4.1 KONSEP WAKAF

Wakaf merupakan sebuah perkataan yang berasal daripada kalimah arab (‫ )وقف‬yang bermaksud
berhenti (‫)السكن‬, menegah (‫ )املنع‬dan menahan (‫)احلبس‬. Namun demikian, para ulama bersepakat

bahawa wakaf adalah mengikut kepada istilah “‫ ”الحبس‬iaitu “menahan” disebabkan kalimah ini
lebih dekat dengan pengertian syarak berdasarkan hadis:

‫حبس األصل وس بل المثرة‬


Maksudnya: Wakafkanlah tanah itu dan berilah hasil buahnya sebagai sedekah.

Wakaf dari segi istilah pula ialah suatu bentuk penyerahan harta samada secara sarih (jelas)
atau kinayah (sindiran) apabila harta tersebut ditahan dan dimanfaatkan kepada tujuan-tujuan
kebajikan dalam bentuk umum mahupun khusus. Selain itu, ia juga membawa maksud suatu harta
individu yang ditahan supaya manfaatnya digunakan untuk orang lain. Setiap harta yang
diwakafkan itu hendaklah berada dalam keadaan yang sempurna, kekal dan bertujuan untuk
memperhambakan diri kepada Allah SWT serta memelihara kebajikan orang di sekelilingnya.
Justeru, pewakaf yang mewakafkan hartanya itu tidak lagi menjadi pemilik ke atas harta yang
diwakafnya (Asmak Ab Rahman 2009).

4.1.1 Dalil Pensyariatan Wakaf

Berdasarkan pandangan daripada Abu Yusuf, Muhammad bin Hasan, Ahmad bin Hanbal dan al-
Syafie, wakaf menahan harta (‘ayn mawquf) sebagai milik Allah atau pada hukum milik Allah dan
menyedekahkan manfaatnya ke arah kebajikan dari mula hingga akhirnya. Firman Allah SWT:

‫اّلل رب ٖه عَ رل ْ مي‬ ْ َ ‫لَ ْن تَنَالُوا الْ ر َِّب َح ى ّٰت تُ ْن رف ُق ْوا رم َّما ُ رُت ُّب ْو َن َۗو َما تُ ْن رف ُق ْوا رم ْن‬
َ ٰ ‫َش ٍء فَ را َّن ى‬
(Surah al-Imran 3:92)
Maksudnya: Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sebenarnya sehingga kamu
belanjakan sebahagian daripada harta yang paling kamu sayangi dan apa sahaja yang kamu
belanjakan dari sesuatu, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Daripada Anas bin Malik r.a menceritakan bahawa Abu Talhah merupakan seorang Ansar
yang paling banyak memiliki kebun kurma di Madinah. Antara kebun kurma yang paling disayangi
ialah kebun kurmanya di Bairuha yang terletak berhadapan dengan masjid. Rasulullah SAW
sendiri pernah mengunjunginya dan meminum airnya yang sangat nyaman. Oleh itu, Allah SWT
telah menurunkan firmannya dalam Surah al-Imran ayat 92 tersebut dan diwahyukan kepada
Baginda SAW yang kemudiannya Abu Talhah mewakafkan kebun kurmanya ke jalan Allah SWT
kerana kebun itu merupakan harta yang paling disayanginya (Asmak Ab Rahman 2009).

Terdapat juga dalil sunnah yang menghendaki orang Islam untuk mewakafkan harta
mereka ke jalan Allah SWT kerana ganjaran pahalanya yang berkekalan dan tidak putus selagi
mana harta itu tidak musnah. Antaranya ialah hadis daripada Abu Hurairah r.a. Yang menjelaskan
bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ صدقة جارية أو عمل ينتفع به أو ودل صاحل يدعو ل‬: ‫اذا مات ابن أدم انقطع عنه معهل اال من اثلث‬
Maksudnya: Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga
perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang
sentiasa mendoakannya.

Hal ini demikian, wakaf adalah dimaksudkan dengan sedekah jariah di dalam hadis tersebut
kerana ulama bersepakat bahawa pahala sedekah jariah akan terus mengalir terhadap orang yang
melakukannya sinonim dengan harta wakaf yang bersifat kekal (Asmak Ab Rahman 2009).

Walau bagaimanapun, dalam menguruskan harta wakaf perlu dilihat juga panduannya
supaya harta wakaf tersebut dapat diurus dengan baik berdasarkan hadis Ibn Umar iaitu:

‫ أصبت أرضا مل أصب ماال قط‬: ‫ فأيت النيب صىل اهلل عليه فقال‬, ‫ أصاب معر خبريب أرضا‬:‫عن انفع عن ابن معر قال‬
‫ فتصدق معر أنه ال يباع أصلها وال يوهب وال‬.‫ ان شئت حبست أصلها وتصدقت هبا‬: ‫ فكيف تأمرين به ؟ قال‬,‫أنفس منه‬
‫ ال جناح عىل من ولهيا أن يألك مهنا‬, ‫يورث يف الفقراء والقرابء والرقاب ويف سبيل اهلل والضيف وابن السبيل‬
.‫ابملعروف أو يطعم صديقا غري ممتول فيه‬

Maksudnya: Dari Nafi` dari Ibn `Umar beliau menyebut bagaimana Umar r.a. telah memperoleh
tanah di bumi Khaibar. Beliau lalu bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, saya
telah memperoleh tanah di bumi Khaibar yang nilainya tinggi dan tidak pernah saya peroleh yang
lebih tinggi nilai daripadanya. Apakah yang tuan nak saya lakukannya? Rasulullah SAW bersabda:
“Kalau kamu mahu, bekukan sumbernya dan bersedekah dengannya.” Lalu Umar menyedekahkan
tanah tersebut kepada fakir miskin, kaum keluarganya, untuk memerdekakan hamba, para tetamu,
dana orang musafir. Tanah tersebut tidak boleh dijual, dihibah atau dijadikan pusaka. Tetapi, ia
boleh digunakan dengan cara yang munasabah oleh pihak yang menguruskannya. Contohnya,
memakan harta tersebut tanpa menjadikannya sebagai sumber harta.

Maka terdapat tiga syarat yang perlu dipatuhi dalam berwakaf iaitu:

a) Harta wakaf tidak boleh dijual

b) Harta wakaf tidak boleh diberikan (dihibahkan) kepada orang lain

c) Harta wakaf tidak boleh diwarisi.

Ketiga-tiga syarat ini hendaklah diikuti oleh orang yang diberi amanah untuk mengurus
harta wakaf (nazir wakaf) dalam konteks pembangunan ekonomi di samping memajukan harta
wakaf untuk mencapai iktikad pewakaf. Akan tetapi ia diberi keringanan untuk mengambil upah
terhadap pengurusan harta wakaf mengikut kadar-kadar yang bersesuaian dengan tidak
menganggap harta tersebut adalah miliknya (Asmak Ab Rahman 2009).

4.1.2 Bentuk-Bentuk Wakaf

Wakaf boleh terbahagi kepada tiga bentuk kategori iaitu wakaf umum, wakaf khusus dan wakaf
bercampur. Wakaf umum adalah merujuk kepada harta wakaf yang ditujukan kepada semua
golongan masyarakat samada bertujuan untuk kebajikan atau khairat yang umum tanpa
dispesifikasikannya. Ini bermakna pewakaf yang mewakafkan hartanya tidak mengenakan
sebarang syarat ke atas harta yang diwakafnya. Wakaf umum adalah bersinonim dengan wakaf
khairy (Mohd. Ali 2019).

Wakaf khusus pula adalah wakaf yang berlawanan dengan wakaf yang berbentuk umum.
Hal ini demikian, harta yang diwakafkan itu dikhususkan kepada golongan atau tujuan tertentu
yang dinyatakan secara spesifik oleh pemberi wakaf yang di mana pada permulaan wakaf lagi ia
telah ditetapkan. Wakaf ini dikenali sebagai wakaf ahliy atau zurriy (Mohd. Ali 2019).

Manakala wakaf bercampur pula ialah wakaf yang tujuannya digabungkan antara umum
dan khusus. Harta wakaf tersebut sebahagiannya diwakafkan untuk golongan tertentu seperti ahli
keluarga dan sebagainya. Seterusnya sebahagiannya lagi diwakafkan kepada masyarakat umum.
Antara nama lain bagi wakaf bercampur ini ialah wakaf musytarak (Mohd. Ali 2019).

4.1.3 Rukun Wakaf

Terdapat empat perkara bagi menjadikan setiap wakaf itu sah dan terlaksana, ia adalah:

a) Pewakaf (Waqif); disyaratkan pewakaf adalah seorang yang merdeka, baligh, berakal serta
berkelayakan dalam bersedekah harta miliknya. Pewakaf juga perlu bebas dan tidak terikat
dengan mana-mana syarat yang memaksanya untuk berwakaf.
b) Penerima wakaf (Mawquf Alayh); boleh ditentukan kepada golongan tertentu atau sesiapa
sahaja mengikut kategori bentuk wakaf tersebut samada umum atau khusus.
c) Harta wakaf (Mawquf); dikehendaki berbentuk objek yang tertentu seperti rumah dan
memastikan harta wakaf yang diwakafkan itu adalah kepunyaan pewakaf. Penggunaan
harta wakaf juga mestilah diharuskan oleh syarak dan tidak digunakan untuk tujuan
maksiat.
d) Sighah (lafaz akad); terbahagi kepada dua lafaz iaitu lafaz sarih yang membawa maksud
yang terang atau nyata dan lafaz kinayah pula ialah lafaz yang mempunyai pelbagai
maksud.

4.1.4 Jenis Harta Yang Boleh Diwakafkan

Antara jenis-jenis harta yang boleh diwakafkan ialah:


i) Harta tak alih (Aqar); harta ini ialah jenis harta yang kebiasaannya diwakafkan dan menjadi
amalan tradisi pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Ia merupakan harta yang bersifat
kekal dan tidak boleh dialih seperti tanah atau rumah.

ii) Harta alih (Manqul); berbentuk wang, buku, sejadah dan sebagainya yang boleh dialihkan ke
mana sahaja dengan syarat ianya tidak habis sewaktu digunakan. Bagi wakaf duit atau saham, ia
perlu digantikan kepada bentuk harta kekal (tak alih) yang lainnya dengan cara melaburkannya ke
dalam bentuk-bentuk pelaburan yang mematuhi piawaian syariah. Keuntungan daripada pelaburan
itulah yang akan digunakan untuk membeli harta wakaf jenis tak alih.

Dalam pada itu, harta yang berbentuk tunai, saham, korporat dan sebagainya diharuskan
juga untuk diwakafkan mengikut pandangan ulama fuqaha seperti Muhammad ‘Abdullah al-
Ansari yang merupakan salah seorang daripada sahabat Zufar. Mengikut pandangannya, harta
sebegini boleh diwakafkan melalui pengubahan harta tersebut kepada harta tak alih. Harta tersebut
diubah dengan melaburkannya ke dalam apa jua bentuk pelaburan yang dibenarkan oleh syarak,
lalu keuntungan yang diperolehi hasil pelaburan tersebut akan digunakan bagi membeli harta tak
alih lain sebagai penggantian aset wakaf asal menerusi harta alih yang dilaburkan tadi (Asmak Ab
Rahman 2009).

Tambahan pula, wakaf saham dilaksanakan dengan sejumlah saham diwakafkan oleh
individu atau syarikat melalui pengagihan keuntungannya mengikut bahagian kepada seluruh
masyarakat. Saham wakaf adalah merupakan sebuah skim pembelian saham-saham mengikut
kadar harga tertentu dan seterusnya sijil saham tersebut akan diwakafkan. Saham yang telah dibeli
itu pula akan diistibdalkan (ditukar ganti) kepada harta tak alih seperti tanah, bangunan atau
projek-projek yang mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada masyarakat Islam
seluruhnya (Abd. Shakor & Siti Mashitoh 2013).

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Peranan Wakaf Dalam Aspek Ekonomi


Umum mengetahui bahawa wakaf memainkan peranannya yang amat besar dalam memperkasa
ekonomi masyarakat dan perkara ini terbukti sejak zaman Rasulullah SAW lagi di mana sahabat
baginda iaitu Anas bin Malik yang telah mewakafkan kebun kurma yang merupakan harta
kesayangannya di jalan Allah SWT. Dalam mengorak langkah menuju pembangunan ekonomi,
wakaf adalah antara instrumen infaq yang sangat efektif selain zakat, hibah dan sedekah. Selain
itu, instrumen wakaf yang bersifat fleksibel juga menjadi punca mengapa pembangunan ekonomi
boleh dijalankan. Hal ini demikian, zaman yang semakin maju dengan teknologi dan inovasi yang
dicipta membuatkan wakaf turut mengikut trend terkini dan lebih kontemporari berbanding
dahulu.

Dalam aspek ekonomi, terdapat banyak institusi wakaf yang telah merealisasikan peranan
wakaf dalam kegiatan ekonomi. Antaranya seperti institusi kerajaan iaitu Majlis Agama Islam
Negeri (MAIN) yang telah menyediakan pusat dan premis perniagaan sebagai tempat untuk
masyarakat melakukan aktiviti perniagaan menerusi hasil daripada dana wakaf atau di atas tanah
wakaf (Asmak Ab Rahman 2009). Begitu juga dengan institusi Yayasan Wakaf Malaysia (YWM)
dengan kerjasama MAIN dalam melaksanakan projek Bazar Wakaf Rakyat. Projek tersebut
merupakan projek yang berasaskan wakaf di mana ianya memfokuskan tanah wakaf dalam
kawasan masjid untuk digunakan sebagai tapak aktiviti ekonomi (Farhana & Asmak 2021). Kedua-
dua institusi ini berjaya meningkatkan hasil ekonomi apabila penyediaan tempat aktiviti
perniagaan dapat membantu masyarakat menjana pendapatan mereka khususnya kepada golongan
yang kurang berkemampuan. Tambahan pula, kadar pengangguran juga dilihat semakin rendah
disebabkan peningkatan aktiviti perniagaan.

Di samping itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) juga tidak
melepaskan peluang untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan taraf hidup masyarakat di
negeri tersebut melalui pembinaan premis perniagaan si setiap daerah negeri Perak. Dana Wakaf
Perak Ar-Ridzuan (WPAR) telah mengumpul dana wakaf menerusi Wakaf Business Centre
(WBC) yang kemudiannya membuka peluang kepada para peniaga yang berkelayakan untuk
berniaga dengan kadar harga sewaan yang rendah di samping persekitaran yang kondusif di premis
berkenaan. Tambahan pula kedudukan premis-premis yang dibangunkan adalah strategik supaya
matlamat dalam membantu para peniaga yang memerlukan tercapai. Hal ini merupakan inisiatif
MAIPk bagi menggalas tanggungjawab dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi masyarakat.
Selain pembinaan premis perniagaan, MAIPk juga berganding bahu bersama pihak Maybank
Islamic bagi menyediakan dan menyewakan kelengkapan utama iaitu bot kepada para nelayan di
negeri Perak menerusi dana projek MyWakaf yang merupakan antara projek-projek wakaf oleh
kerjasama enam institusi perbankan Islam dan pihak Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Hal ini
demikian, kebanyakan para nelayan yang berhak menyewa bot berkenaan mempunyai kemahiran
dalam aktiviti menangkap ikan, akan tetapi kesukaran untuk mendapatkan bot yang sesuai dan
lebih berkualiti disebabkan harganya yang mahal telah menyebabkan mereka kurang mendapat
hasil bagi menampung kehidupan harian (Amelia & Asmak 2021).

Dalam pada itu, kerajaan persekutuan dengan kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM)
telah melancarkan dana-dana berasaskan wakaf menerusi program “Bulan Wakaf Kebangsaan
2021” bersempena dengan bulan Ramadan 1442H yang memfokuskan aspek pertumbuhan
kewangan sosial Islam dalam rangka kerja bagi membuat persediaan serta kemudahan terhadap
penawaran dana unit amanah Islam yang berunsurkan wakaf kepada masyarakat. Pelancaran
program seperti ini telah menunjukkan bahawa sistem kewangan Islam terkini mampu mencapai
kematangan dan kemajuan seiring dengan usaha dalam menjadikan instrumen wakaf sebagai
prinsip utama untuk membangunkan negara. Tidak ketinggalan juga bagi projek-projek berskala
besar yang telah melibatkan produk-produk kewangan Islam termasuk sukuk diterbitkan supaya
keperluan dana dapat diperolehi dan dalam masa yang sama, usaha memajukan wakaf menjadi
faktor kepada kewujudan produk-produk kewangan Islam yang lebih moden dan berdaya saing
(Yusry Yusoff 2021). Secara kesimpulannya, wakaf juga berperanan dalam memajukan produk-
produk kewangan Islam di samping memberi kemudahan terhadap pengurusan dana-dana wakaf.

Seterusnya, wakaf juga berkait rapat dengan keusahawanan sosial dalam memupuk
masyarakat untuk menceburi bidang keusahawanan sekali gus memantapkan lagi pertumbuhan
ekonomi. Hal ini demikian, wakaf mempunyai elemen kesukarelawanan di dalamnya yang
menjadikan ia sebagai platform dalam membantu golongan terpinggir seperti ibu tunggal dan fakir
miskin mengintai peluang meningkatkan taraf kehidupan mereka menerusi aktiviti keusahawanan
(Zaihana & Shuhairimi 2021). Institusi wakaf boleh menyediakan aktiviti keusahawanan sosial
dengan mewujudkan kesempatan kerja kepada pelbagai kumpulan melalui minat, potensi diri dan
kemahiran yang sedia ada pada setiap individu seperti bengkel menjahit, kelas kek dan pastri,
kursus ICT komputer serta bermacam-macam lagi. Ini kerana kewujudan kerjaya baharu melalui
keusahawanan sosial mampu meningkatkan kebolehgajian serta imej kebanggaan terhadap kerjaya
yang dilakukan. Justeru, wakaf secara realitinya dapat memainkan peranannya sebagai medium
keusahawanan sosial bagi membantu masyarakat yang menghadapi masalah sosial di samping
membangunkan ekonomi dalam sesebuah komuniti (Mohd Adib, Azizah & Shuhairimi 2018).

Sementara itu, wakaf turut sinonim dengan sektor pertanian kerana ianya dilihat
mempunyai peranan yang signifikan dalam sektor pertanian. Hal ini tercetus apabila kerajaan
negeri Johor telah mewakafkan tanah seluas 3900 ekar di Mersing sebagai ladang kelapa sawit
menerusi kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bil. 1342 / 94 bertarikh 28 September 1994.
Ladang sawit tersebut ditubuhkan daripada hasil dana saham wakaf yang bertujuan untuk
mengusahakan ladang tersebut bagi memperoleh hasil pulangan yang lumayan. Manakala di
Terengganu juga turut melibatkan perwakafan pokok dan ladang kelapa sawit di mana keuntungan
daripada hasil tuaiannya akan disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (PERKAYA)
di negeri tersebut. Keuntungan daripada skim wakaf ladang sawit PERKAYA mampu mencecah
sebanyak 1.3 juta setahun dan ini bermakna PERKAYA dapat berdikari dalam menguruskan
rumah-rumah anak yatimnya bahkan dapat menjaga kebajikan anak-anak yatim di Terengganu
dengan sebaiknya tanpa perlu memikirkan masalah kekurangan kos perbelanjaan (Asmak Ab
Rahman 2009).

Wakaf tunai juga turut memainkan peranannya dalam aspek ekonomi apabila ianya
diaplikasikankan sebagai sumber modal untuk dilaburkan ke dalam sektor yang menjamin
pulangan hasil yang besar seperti sektor hartanah atau pun dengan cara membeli premis
perniagaan, pejabat dan sebagainya lalu disewakan. Selain itu, dana wakaf tunai yang terkumpul
itu juga boleh digunakan sebagai dana pembangunan dan penyelenggaraan harta wakaf yang sedia
ada. Hal ini demikian, masih terdapat harta wakaf yang tidak dapat diusahakan disebabkan
kekurangan dana. Penyediaan perkhidmatan pembiayaan secara Islam (Kontrak Qard Al Hassan)
yang berasaskan wakaf tunai juga membolehkan umat Islam untuk membuat pinjaman modal
perniagaan dan sebagainya. Hal ini kerana kontrak pembiayaan tersebut terbukti mampu
mengurangkan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah terutamanya apabila
berlakunya krisis kewangan disebabkan tiadanya kadar bunga atau faedah yang akan dikenakan
kepada mereka (Surita Hartini & Dr. Mohd Nasir 2016).
Selain itu, disebabkan ciri-ciri wakaf tunai yang bersifat fleksibel maka ianya juga
memudahkan institusi pendidikan Islam yang mengalami masalah kewangan dalam urusan
pengendalian dan utiliti menerusi platform seperti mudharabah atau mushtarakah. Industri
perlancongan dan perhotelan juga dapat ditingkatkan melalui skim wakaf tunai di samping
menambah peluang pekerjaan kepada orang ramai untuk melibatkan diri dalam industri-industri
berkenaan. Masyarakat juga dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka apabila ramai pelancong
luar dan dalam datang bercuti ke kawasan perlancongan dan menginap di hotel-hotel yang dibina
berasaskan wakaf. Tamsilnya di Perak dan Melaka, Hotel Seri Warisan di Taiping dan Hotel Pantai
Puteri di Tanjung Kling telah berjaya dibangunkan oleh JAWHAR di bawah pengurusan YWM
melalui implimentasi wakaf tunai sebagai dana utama pembangunannya (Muhammad Sofiyuddin
& Mohd Zamro 2017).

5.2 Peranan Wakaf Dalam Aspek Sosial

Antara peranan wakaf dalam aspek sosial ialah menyuburkan sifat cinta kemanusiaan melalui
amalan berwakaf. Hal ini demikian, kesejahteraan ummah dapat diwujudkan dengan adanya rasa
kasih sayang antara manusia yang mempunyai jiwa yang suci. Melihat pada perspektif cinta dalam
amalan berwakaf, terdapat unsur seperti saling prihatin atau peduli terhadap sesama manusia
walaupun berbeza bangsa dan pangkat. Perkara inilah yang menjadi keutamaan dalam wakaf
sebagai instrumen kewangan sosial bagi meningkatkan pembangunan ekonomi kerana wujudnya
perasaan kasih sayang atau cinta dan menunjukkannya melalui keprihatinan dan peduli terhadap
golongan yang memerlukan (Radin Anis, Syaidatun Nazirah & Mohamad Sabri 2017).

Selain itu, wakaf juga berperanan sebagai wadah kepada setiap masyarakat untuk sentiasa
memikirkan tentang orang yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan untuk terus hidup
menerusi sumbangan wakaf mereka tidak kira jenis wakaf yang dilaksanakan. Sementelahan,
ukhuwah serta persaudaraan sesama muslim dapat dipupuk di dalam diri setiap orang Islam dan
seterusnya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka melalui amalan berwakaf
berdasarkan tunjang akidah yang sama bagi memenuhi kemaslahatan dalam umat. Hal ini amat
berkait rapat dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 10 yang menuntut agar setiap
orang mukmin mengambil berat terhadap sesama mereka kerana sesungguhnya orang mukmin itu
adalah bersaudara (Mohd Ali 2019). Justeru, wakaf mengajar masyarakat sekelilingnya untuk
mengenali antara satu sama lain melalui aktiviti atau projek yang dilakukan bagi membuang sifat
perkauman serta sombong di dalam diri dan menggantikannya dengan sifat ikhlas, tolong-
menolong, prihatin dan sebagainya.

5.3 Peranan Wakaf dalam Aspek Kesihatan

Perkhidmatan kesihatan di Malaysia dilihat mempunyai kemampuan perkhidmatan kesihatan yang


berkualiti tinggi apabila Malaysia telah diiktiraf menduduki tempat pertama bagi kategori
penjagaan kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019 di bawah pengiktirafan dunia.
Selain itu juga, Malaysia turut diiktiraf sebagai antara lima negara terbaik dan menjadi negara
contoh di dunia dalam menangani pandemik Covid - 19 yang telah melanda dunia sekaligus
mendapat pujian daripada World Health Organization (WHO). Seiring dengan kejayaan - kejayaan
tersebut, walaupun terdapat hospital dan klinik yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta di
Malaysia, institusi wakaf telah dilihat turut memainkan peranan dalam membantu mengekalkan
kemutuan kesihatan di negara kita.

Antara peranan institusi wakaf dalam aspek kesihatan yang terdapat di Malaysia adalah
seperti program yang telah telah diperkenalkan oleh Wakaf Korporat Johor Corporation. Wakaf
Korporat Johor Corporation (JCorp) adalah satu bentuk wakaf kontemporari yang sedang
berkembang di Malaysia di mana wakaf korporat adalah merupakan adaptasi daripada wakaf
saham dalam Islam. Wakaf ini mula diperkenalkan oleh Jcorp iaitu sebuah syarikat bisnes korporat
milik kerajaan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat dalam memberi sumbangan
kepada muslim di negara ini. Ia juga telah dikendalikan sepenuhnya oleh Waqaf An - Nur
Corporation Berhad (WANCorp) yang merupakan anak syarikat kumpulannya. WANCorp ini
bertanggungjawab mengagihkan sumbangan kepada orang ramai melalui pelaksanaan program
kebajikan yang pelbagai hasil daripada keuntungan dividen yang diterima daripada unit - unit
saham yang telah pun diwakafkan oleh JCorp.

Wakaf Korporat Johor Corporation telah menjalankan beberapa program yang merupakan
program tanggungjawab sosial korporat. Antara sumbangan terbesar institusi Jcorp ini adalah
mereka telah pun mengendalikan perkhidmatan kesihatan di 13 buah rangkaian Klinik Waqaf An
- Nur dan Pusat Dialisis di empat buah klinik dan sebuah hospital wakaf yang telah diuruskan oleh
KPJ Healthcare Bhd.Berdasarkan data yang telah dinyatakan oleh Abd Shakor dan Siti Mashitoh
dalam artikel mereka yang bertajuk ‘Wakaf Johor Corporation dan Sumbangannya dalam
Memenuhi Tanggungjawab Sosial Islam di Malaysia : Satu Tinjauan’, bilangan pesakit yang telah
menerima rawatan di seluruh rangkaian Klinik Waqaf An - Nur dan hospital wakaf telahpun
mencecah sehingga 652,435 orang sejak dari penubuhan pusat - pusat tersebut iaitu pada Disember
2010. Daripada jumlah tersebut, data telah menunjukkan bukan hanya pesakit yang muslim sahaja
yang datang ke Klinik Waqaf An - Nur serta hospital wakaf, malah terdapat juga pesakit yang
bukan Islam yang turut menggunakan kemudahan institusi wakaf tersebut walaupun bilangannya
sedikit. Pesakit yang dirawat di institusi - institusi kesihatan waqaf ini hanya dikenakan bayaran
sebanyak RM 5 bagi setiap sesi rawatan yang telah diterima oleh mereka termasuklah dengan kos
ubatan yang mereka terima. Bagi rawatan hemodialisis pula, pesakit hanya dikenakan bayaran
sebanyak RM 90 untuk setiap rawatan dan kos rawatan yang selebihnya akan ditanggung oleh
Dana Waqaf An - Nur.

Selain itu, dana wakaf yang terkumpul juga digunakan bagi membiayai kos pengurusan
dan pembangunan hospital wakaf. Perkara ini termasuk lah dengan hal - hal berkaitan pembayaran
gaji para pekerja di hospital tersebut seperti para doktor, jururawat, pekerja - pekerja am di hospital
dan pembelian ubat - ubatan serta rawatan para pesakit (Abd. Shakor et.al, 2013). Menurut Asmak
Ab Rahman dalam artikelnya yang bertajuk ‘Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Umat
Islam dan Aplikasinya di Malaysia’, kumpulan Wakaf An - Nur Berhad juga telah bekerjasama
dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) untuk membuka sebuah
klinik wakaf di Kelantan di perkarangan Masjid Kampung Sireh. Tujuan pembinaan klinik wakaf
ini adalah untuk menyalurkan bantuan perkhidmatan perubatan kepada pesakit yang kurang
berkemampuan di kawasan tersebut tanpa mengira agama dan bangsa untuk mendapatkan harga
ubatan yang paling minimum.

Di negeri Perak, institusi wakaf di negeri tersebut telah menjalankan suatu inisiatif
pembinaan pusat hemodialisis yang berfungsi untuk membantu para pesakit dialisis mendapatkan
perkhidmatan dialisis dengan kadar harga yang rendah dan berpatutan. Perancangan pembinaan
pusat hemodialisis ini muncul apabila bilangan pesakit yang menghidapi masalah buah pinggang
di bawah bantuan institusi zakat semakin bertambah. Hal ini telah menjadi beban kos kepada
Majlis Agama Islam Negeri Perak kerana kos rawatan dialisis bagi setiap pesakit adalah tinggi.
Oleh itu, pembinaan pusat hemodialisis ini dilihat dapat memberi manfaat yang menyeluruh dalam
tempoh masa yang panjang. Tambahan pula, pusat hemodialisis tersebut bukan hanya dikhususkan
untuk golongan asnaf, malah golongan biasa juga dapat menikmati faedah pusat tersebut bersama.
Pusat hemodialisis ini didirikan di kawasan yang meliputi faktor - faktor berkait seperti jumlah
kepadatan penduduk sekitar, perkhidmatan pengangkutan awam yang tersedia serta statistik
pesakit yang menghidapi penyakit buah pinggang.

Ketika negara kita berhadapan dengan pandemik Covid - 19, wakaf juga memainkan
peranan dalam membantu institusi kesihatan di negara kita berhadapan dengan wabak Covid - 19.
Sebagai contoh, Malaysian Medical Relief Society atau dikenali sebagai MERCY Malaysia telah
mewujudkan sebuah dana khas wakaf Covid - 19 bertujuan untuk menyalurkan bantuan pernafasan
ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital - hospital kerajaan yang terpilih. Bukan sahaja itu, dana
wakaf yang dikutip juga digunakan untuk pembelian kelengkapan dan peralatan hospital yang lain
seperti kelengkapan pakaian keselamatan petugas barisan hadapan, peralatan ujian saringan,
khidmat pengangkutan ambulans, katil dan pelbagai lagi bentuk keperluan lain yang telah
dikhususkan. Sebuah program yang telah dijalankan oleh Institut Latihan Islam Malaysia dan
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan kerjasama beberapa badan organisasi yang lain telah
mewujudkan sebuah dana Al - Quran iaitu Program Wakaf Al - Quran Mu’jam yang telah
mengumpul sumbangan Al - Quran bernilai RM45 senaskhah dan kemudiannya diberikan kepada
para pesakit dan petugas barisan hadapan di hospital -hospital, pusat kesihatan dan pusat kuarantin
sebagai sokongan emosi dan rohani Intan Fatimah et.al, 2020).

Melalui perkara yang disebutkan dalam kajian - kajian tersebut jelaslah menunjukkan
wakaf memainkan peranan yang penting dalam aspek kesihatan terutamanya di negara kita
Malaysia.

5.4 Peranan Wakaf dalam Aspek Pendidikan

Pada tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima bajet sebanyak RM 60.2
billion bersamaan 19.1% daripada keseluruhan bajet negara pada tahun 2019 tersebut. Hal ini
menunjukkan sektor pendidikan adalah merupakan antara sektor yang menerima peruntukan
terbesar dalam bajet negara. Oleh itu, aspek pendidikan adalah antara kegiatan yang memerlukan
dana yang besar dalam negara berikutan kepada pendidikan adalah merupakan hak asasi manusia
sejagat dan setiap insan berhak untuk mendapatkan akses kepada pendidikan tersebut. Justeru, di
Malaysia telah diwujudkan juga wakaf untuk tujuan pendidikan untuk membantu mengurangkan
pergantungan penuh secara berterusan daripada pihak kerajaan (Mohd Faizal et.al 2021).

Antara peranan wakaf dalam pendidikan di Malaysia adalah melalui penubuhan institusi
pendidikan wakaf seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN).
Kajian oleh Prof Madya Dr Ahmad Zaki et.al (2006) menerangkan sebahagian besar daripada
institusi - institusi pendidikan tersebut menerima sumber kewangan dari Kerajaan Pusat, Kerajaan
Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Selain itu, wujud juga institusi pendidikan lain
yang berasaskan wakaf selain dari SAR dan SAN iaitu institusi pendidikan madrasah dan pondok.
Bagi madrasah, penubuhannya banyak tertumpu di kawasan - kawasan pekan yang kecil dan
institusi tersebut mempunyai syarat tertentu yang dikenakan seperti meletakkan had umur bagi
para pelajar yang akan belajar di madrasah tersebut. Pondok pula merupakan institusi pendidikan
yang didirikan dengan adanya rentetan - rentetan rumah kecil atau pondok yang didiami oleh para
pelajar yang ingin mengikuti pengajian agama di institusi tersebut. Institusi pondok juga
kebiasaannya didirikan di kampung - kampung dan tidak mengenakan sebarang syarat bagi mereka
yang ingin mendiami pondok tersebut dan mengikuti pelajaran agama di sana. Melalui
pembangunan institusi pendidikan wakaf yang ada, dianggarkan sebanyak 175 buah institusi
pendidikan wakaf telah pun ditubuhkan setakat yang telah direkodkan pada tahun 2005.

Seterusnya, terdapat juga skim wakaf pendidikan yang telah dilaksanakan di institusi -
institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) adalah antara institusi yang terawal yang melaksanakan skim wakaf pendidikan ini
dengan memperkenalkan konsep endowment fund di bawah pengurusan IIUM Endowment Fund
(IEF) yang berfungsi untuk mencari dana, mengurus, memberikan biasiswa dan melaburkan dana
yang ada bagi menjana keuntungan. Keuntungan tersebut dijana melalui modal hasil daripada
pembangunan kompleks serba, mahallah penginapan pelajar dan menjana pendapatan melalui
aktiviti sewaan premis. Sebahagian keuntungan kemudiannya akan diagihkan sebagai biasiswa
kepada para pelajar mengikut kepada niat para penyumbang. Di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) juga turut diperkenalkan konsep Wakaf Ilmu di bawah pengurusan Pejabat Yayasan
Canselor (YC) UKM. YC ini bertanggungjawab menerima sumbangan, menjana kewangan serta
bekerjasama dengan Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain bagi menjana dan menguruskan sumbangan
wakaf yang berfungsi untuk menjaga kebajikan pelajar UKM. Dana Wakaf Ilmu UKM juga
berfungsi untuk melancarkan program - program akademik, penyelidikan, jaringan industri dan
mobiliti pelajar di UKM.

Selain itu juga, Universiti Putra Malaysia (UPM) turut memperkenal konsep Wakaf Ilmu
yang dapat membantu membiayai aktiviti akademik dan biasiswa kepada para pelajar di bawah
seliaan Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu Pejabat Bursa UPM yang kini ditukar kepada Pusat
Pengurusan Zakat, Wakaf dan Endowmen UPM (WAZAN). Dana Wakaf Al - Abrar yang
diperkenalkan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut memberi peluang kepada warga
universiti dan orang ramai untuk berwakaf dan seterusnya dana wakaf tunai tersebut akan
dimanfaatkan untuk aktiviti berbentuk dakwah, pendidikan, penyelidikan, penerbitan, kesihatan,
pembangunan pendidikan dan kemudahan kesihatan. Universiti awam yang lain seperti Universiti
Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Sabah juga turut
memperkenalkan dan mempraktikkan konsep wakaf pendidikan seperti Tabung Endowmen UTM,
Tabung Amanah Endowment, Tabung Wakaf dan Tabung Amanah Biasiswa.

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) turut memperkenalkan wakaf sebagai sumber
pendanaan dan pembiayaan wakaf contohnya seperti Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah
yang didirikan di atas tanah wakaf seluas 100 ekar sumbangan daripada Raja Dr Nazrin Shah.
Madrasah Idrisiah yang terletak di negeri Perak juga telah ditubukan di atas tanah wakaf
sumbangan daripada Almarhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah. Kolej Universiti Islam Pelis
(KUIP) juga mengemukakan peranan wakaf dalam pendidikan di institusi tersebut di mana
majoriti para pelajar di KUIP menerima pembiayaan elaun sara hidup bulanan, kemudahan asrama
dan pengangkutan bas percuma selain dari kadar yuran pengajian yang berpatutan. Sumber dana
dan sumbangan wakaf yang diterima oleh KUIP adalah daripada dalam dan luar negara. Selain itu
juga, skim wakaf pendidikan ini juga turut dilihat diperkenalkan di IPTS di negeri lain seperti di
Universiti College Bestari (Terengganu), Maktab Mahmud (Kedah), Kolej Islam Darul Ulum
(KEDAH), Kolej Universiti Islam Selangor (Selangor), Asrama Pelajar Johor di Mesir dan
Universiti Antarabangsa Al - Bukhary yang terletak di Alor Setar, Kedah. Kesemua institusi
tersebut ditubuhkan dan dilaksanakan di bawah pengurusan dana wakaf yang dapat digunakan oleh
para pelajar serta orang awam juga boleh memberikan sumbangan dalam meneruskan skim wakaf
pendidikan di institusi - institusi tersebut.
Melalui skim pendidikan wakaf yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak dapat membantu
institusi pendidikan di Malaysia yang dilihat merupakan antara sektor yang paling banyak
peruntukan dana diperlukan.

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, peranan wakaf amat signifikan dalam menjadi sebuah instrumen
kewangan Islam terhadap pembangunan ekonomi sosial. Banyak manfaat dan kebaikan yang
diperoleh daripada amalan berwakaf bermula dari sudut ekonomi, sosial, kesihatan dan seterusnya
pendidikan. Ini bermaksud, peranan wakaf itu sendiri meliputi segenap aspek kehidupan manusia
supaya kehidupan mereka lebih maju bahkan dapat memupuk diantara mereka sifat saling prihatin,
penyayang dan bantu-membantu. Tanpa sifat-sifat tersebut nescaya kehidupan manusia akan
berbolak-balik kerana mementingkan diri sendiri.

Oleh yang demikian, instrumen wakaf hendaklah dikembangkan lagi berserta institusi-institusinya
demi kesejahteraan masyarakat mahupun negara. Masyarakat Islam khususnya di didik untuk
mengamalkan amalan berwakaf sejak di peringkat sekolah rendah lagi supaya mereka terbiasa
dengan amalan berwakaf tanpa perlu ada paksaan untuk melakukannya. Malah pada zaman kini,
orang ramai boleh mewakafkan harta mereka dengan harta alih seperti wang tunai atau saham
disebabkan tidak semua orang berpeluan untuk mewakafkan harta berbentuk kekal seperti tanah
dan bangunan.

Maka, tiada alasan lagi untuk masyarakat Islam untuk mewakafkan harta mereka ke jalan
kebajikan yang diredhai Allah SWT. sesiapa sahaja berpeluang untuk meraih ganjaran pahala yang
berpanjangan selagi mana harta yang diwakafkannya itu bertahan. Melalui wakaf ini jugalah
diharapkan pembangunan sosial masyarakat dapat ditingkatkan sentiasa disebabkan impaknya
yang sangat besar bagi kehidupan manusia.
7.0 RUJUKAN

Abd Shakor bin Borham. 2011. Pelaksanaan Pembangunan Wakaf korporat Johor
Corporation Berhad (Jcorp): Satu Tinjauan. International Conference on Humanities
2011:1-2.

Amelia Nur Natasha Nazeri & Asmak Ab Rahman. 2021. Peranan wakaf dalam
pembangunan ekonomi di negeri Perak. Jurnal Fiqh 18(1): 169-216.

Asita Elengoe. 2020. Covid - 19 Outbreak in Malaysia. Osong Public Health and
Research Perspectives 11(3) :93 – 100

Asmak Ab Rahman. 2009. Peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi umat Islam
dan aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah 17(1): 113-152.

Borham, A. S., & Mahamood, S. M. 2013. Wakaf korporat Johor Corporation dan
Sumbangannya dalam memenuhi tanggungjawab sosial Islam di Malaysia: Satu tinjauan.
Journal of Techno-Social 5(2): 61-77.

Dr. Mohamad Akram b. Laldin, Dr. Mek Wok b. Mahmud & Dr. Mohd. Fuad b. Sawari.
2008. Maqasid Syariah dalam pelaksanaan waqaf. Jurnal Pengurusan JAWHAR 2(2): 1-
24.

Farhana Mohamad Suhaimi & Asmak Ab Rahman. 2021. Peranan Wakaf dalam

Pembangunan Sosioekonomi: Analisis ke atas Projek Bazar Wakaf Rakyat Terpilih.


Islāmiyyāt 43 (Isu Khas): 115-127.

Intan Fatimah Anwar, Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, Syadiyah Abd Shukor &
Muhamad Azrin Nazri.2021. Pandemik Covid-19: Wakaf Sebagai Alternatif Penyelesaian
Kepada Malaysia. hlmn 303-305.

Mohd Adib Abd Muin, Azizah Che Omar & Shuhairimi Abdullah. 2018. Pembentukan
Model Amalan Keusahawanan Sosial Islam dalam kalangan Usahawan Sosial Berjaya
Muslim. Jurnal Pembangunan Sosial 21: 1-16.

Mohd. Ali Muhamad Don. 2019. Teori Wakaf, Kepelbagaian dan Contoh Amalan di

Malaysia. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 20: 24-39.

Mohd Faizal Noor Ariffin, Mohammad Zaini Yahaya, Abdul Basir Mohamad & Amir
Fazlim Jusoh@Yusoff, 2021. Wakaf sebagai dana alternatif untuk pembiayaan pendidikan
peringkat sekolah di Malaysia : satu tinjauan. Journal of Contemporary Islamic Law, 6 (2):
105-113.

Muhamad Firdaus Ab Rahman, Hussein Azeemi Abdullah Thaidi , Azman Ab Rahman &
Siti Farahiyah Ab Rahim. 2020. Peranan wakaf dalam mendepani pandemik Covid-19.
Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa 22(1): 49-64.

Nik Mohd Azim Bin Nik Ab Malik & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai. 2014.
Pengupayaan Ekonomi “Ummah Tersisih” Melalui Instrumen Wakaf. Seminar Waqf Iqlimi
2014, hlm. 475-490.

Radin Anis Adlina Radin Hasbani, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin & Mohamad Sabri bin
Haron. 2017. Peranan Wakaf Dan Cinta Kemanusiaan Untuk Kesejahteraan Umat. Sains
Insani 2(2): 127-134.

Yusry Yusoff. 2021. Peranan wakaf dalam Pembangunan.


https://www.utusan.com.my/terkini/2021/05/peranan-wakaf-dalam-pembangunan/.html
[4 Jun 2022].

Zaihana Manshor & Shuhairimi Abdullah. 2021. Wakaf dan keusahawanan sosial: Potensi
dalam memperkasakan ekonomi muslim. International Journal of Zakat and Islamic
Philantrophy 3(1): 98-103.

Anda mungkin juga menyukai