Anda di halaman 1dari 17

PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN MEMBANGUN EKONOMI

UMAT ISLAM MENERUSI WAKAF TUNAI: SATU ANALISIS


DALAM PENGURUSAN WAKAF DI PUSAT PENGAJIAN DARUL
HADIS PULAU PINANG
Mohd Asril Hafiz Bin Che Hashim ,Mohamad Saufee Anuar,
Ahmad Ghazi Bin Mohd Razali, Muhammad Nur Arif Bin Saari, Nur Affisa Emalin Bt
Mohd Roshanaffi, Aina Irsalina Itqan Bt Rosli, Lia Maisarah Bt Mohd Sohaizul
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
ustazasrilhafiz83@gmail.com, mohamadsaufee7588@yahoo.com
ghaleyziyrus@gmail.com arifsaari055@gmail.com akudia334@gmail.com
ainairsalina2010@gmail.com iamnottheangel@gmail.com
ABSTRAK
Terdapat banyak cabaran pada hari ini dalam memastikan ekonomi umat Islam teguh dan terus membangun
khususnya untuk pembangunan institusi pengajian Islam yang serba lengkap. Hal ini menjadi isu kerana
sudah banyak institusi pendidikan Islam tidak dapat bertahan disebabkan kekurangan dana. Salah satu
manhaj bagi mengatasi permasalahan ini adalah dengan mendapatkan sumbangan daripada umat Islam
sendiri. Pelbagai cara umat Islam dapat menyumbang kepada institusi pengajian ini seperti pemberian
wakaf, zakat dan sedekah. Selain terdapat umat Islam yang tidak tahu tentang wakaf tunai, pemerhatian
menunjukkan bahawa mereka terlalu sibuk bekerja dan tidak berkesempatan untuk menunaikan
tanggungjawab ini. Untuk meningkatkan dan memudahkan kegiatan wakaf umat Islam kini, pihak berkuasa
perlulah mengambil kira gaya hidup abad 21. Jadi, kajian telah dijalankan terhadap sebuah madrasah hasil
daripada sedekah, zakat dan terutamanya wakaf yang diperoleh daripada pelbagai kaedah iaitu Pusat
Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti adakah wakaf berperanan
sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi ummah dan mengkaji keberkesanan kaedah pemberian
wakaf tunai. Objektif kajian akan dicapai melalui perolehan data daripada Darul Hadis, soal selidik soalan
struktur dan temuduga semi-struktur dengan Pegawai Kewangan dan Mudir Darul Hadis. Daripada dapatan
metodologi tersebut, data dapat dianalisis untuk menyokong konseptual yang dicadangkan dan dapatlah
dirumuskan bahawa terdapat kaedah terbaik dalam sistem wakaf untuk golongan mawkuf dan wakif. Kajian
ini signifikan untuk diaplikasi oleh agensi-agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan. Implikasi kajian ini
diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada para pengkaji dan para akademik terhadap keberkesanan
kaedah pemberian wakaf yang dapat menjadi pemangkin pembangunan ekonomi umat Islam.

Kata kunci: Wakaf, Derma, Ekonomi, Islam


1.0 PENGENALAN
1.1 Ekonomi Umat Islam
Dalam menerusi arus komodenan, umat Islam sering di letakkan dalam golongan keciciran dan kedhaifan.
Ini dapat dibuktikan lagi apabila terdapat statistik yang menunjukkan umat Islam khusunya bangsa
melayu di Malaysia tidak menguasai dalam semua aspek ekonomi seperti yang di bentangkan oleh
(Hanim Hassan et al., 2010) di jadual 1.0:
Jadual 1.0: Pemiliki Saham (Peratus,%)
Kumpulan Etnik 1970 1990 2006
Bumiputera 2.4 19.3 19.4
Individu 1.6 14.2 15.1
Institusi 2.6
Agensi Amanah 0.8 5.1 1.7
Bukan Bumi 34.3 46.8 43.9
Cina 45.5 42.4
India 1.0 1.1
Lain-lain 0.3 0.4

Nomini 63.3 25.4 30.1


Sumber: Bahan Ceramah Modul Kursus Kenegaraan, 2008
Jika ingin dibandingkan Antara 1970, 1990, dan 2006, bumiputera yang manjoritinya beragama Islam
merupakan golongan paling sedikit dalam penguasaan pemilikan ekuiti dan jika dilihat pada jadual 1.0,
golongan bukan Bumiputera menduduki di kelas yang terbaik kerana melebihi 30% pemilikan tunggal
berbanding Bumiputera yang hanya berada dibawah 20%. Ini menunjukkan kebanyakan bukan
Bumiputera yang terdiri majoriti bukan Islam menguasai ekonomi di Negara ini.
Banyak inisiatif yang telah diambil bagi meningkatkan lagi ekonomi umat Islam antaranya melalui sistem
zakat dan wakaf. Antara cadangan yang dicadangkan oleh Zainal Abidin Ahmad atau dikenali sebagai
Za’ba iaitu penulis tersohor tanah air yang banyak mengupas isu-isu kemelayuan telah mencadangkan agar
kaedah yang paling berkesan dalam menangkis segala kemunduran dan kemiskinan orang Melayu adalah
melalui elemen pendidikan yang boleh mengubah segalanya dengan menyampaikan ilmu pengetahuan
yang sebenar (Ermy Azziaty Rozali & Othman, 2010). Pernyataan ini disokong oleh (Hashim, 1990)
dengan menghuraikan pendidikan merupakan satu cabang ekonomi yang harus di titiberatkan bagi
menyelesaikan masalah ekonomi umat Islam melalui sistem wakaf. Beliau juga menyatakan bahawa
dengan kewujudan banyak institusi yang dibina melalui sumbangan wakaf bukan sekadar untuk
memartabatkan pendidikan keagamaan malahan ia dapat mempertingkatkan lagi ekonomi umat Islam.
Ia berpotensi menjana pulangan berlipat kali ganda jika diuruskan dengan baik.Hasilnya sudah pasti
dapat melegakan tanggungan Kerajaan dalam penyediaan modal pembangunan masyarakat islam dan
institusinya yang pada asalnya tertanggung di bahu mereka selain sumber perolehan Baitulmal negeri -
negeri. Selain itu, umat Islam juga boleh menggunakan kemudahan percuma ataupun kadar bayaran sewa
yang mampu milik di institusi tersebut seperti sewa penempatan bagi tujuan majlis-majlis tertentu,
menggunakan kemudahan bilik kuliah atau darjah, dewan makan serta bantuan kewangan bagi tujuan
pendidikan (Ismail et al., 2015). Kalau kita lihat pada sekitar 80-an, bagi memartabatkan pendidikan
berteraskan Islam di negara ini dengan membangunkan sekolah – sekolah agama SMA ini seakan – akan
sukar kerana perbelanjaan yang sangat tinggi dan kebanyakannya serba kekurangan kerana dana
pendapatan yang diterima bagi membantu sekolah – sekolah ini hanya bergantung kepada dana zakat
(Hashim, 1990).
Wakaf merupakan salah satu bentuk transaksi kehartaan yang dapat mengatasi masalah kemiskinan
ummah di samping zakat. Jadi, wakaf tunai merupakan satu sistem yang tidak asing lagi kepada para
pewakaf yang dermawan iaitu al-waqif dengan hanya menggunakan wakaf al manqul iaitu wakaf boleh
alih seperti wang tunai adalah sangat memudahkan pewakaf yang ingin menyumbangkannya sama ada
untuk tujuan khas ataupun am. Berdasarkan perbincangan oleh (Haslindar Ibarahim et al., 2013), antara
kelebihan wakaf tunai ialah:
1) Mudah bagi pewakaf untuk menyumbang dan tidak semestinya memerlukan jumlah yang
besar.
2) Boleh memperoleh pendapatan yang banyak bagi membantu membangunkan tanah terbiar.
3) Membantu institusi pendidikan yang mengalami masalah kewangan.
4) Mengurangkan institusi Islam daripada kebergantungan kepada kerajaan dan
mengukuhkan kedudukannya dalam menempuh cabaran akan datang.

Walaubagaimanapun, terdapat kekurangan kesedaran masyarakat terhadap wakaf tunai ini dan
disebabkan itu, cadangan yang diperoleh oleh (Muhammad et al., 2017) menjumpai tiga faktor signifikan
yang mempengaruhi kesedaran masyarakat untuk menyumbang kepada wakaf tunai ialah masyarakat
Islam perlu ada kefahaman berkenaan wakaf, promosi berkenaan informasi wakaf tunai perlu dihebahkan
secara meluas dan memperkukuh kewangan diri agar dapat dikongsikan rezeki kepada wakaf tunai bagi
mendapatkan keredhaan Allah swt. Ini dapat dilihat lagi apabila wakaf tunai di negeri Terengganu juga
menunjukkan jumlah kutipan yang sedikit dengan statistik yang diterima daripada Majlis Agama
Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) pada tahun 2014, jumlah wakaf tunai yang berjaya
mereka perolehi adalah RM540,477.74 dengan populasi sebanyak 1,062,516 orang (Nadiah et al., 2015).
Oleh itu, dengan menubuhkan institusi agama melalui sistem wakaf tunai bukan sekadar baik dari segi
pendidikan malahan ia adalah satu cabang ekonomi yang menghubungkaitkan antara saham akhirat dan
sasaran tertentu bagi memanfaatkan harta wakaf tersebut untuk mendapatkan keredhaan Allah s.wt. Oleh
hal demikian, kajian ini akan mencari kaedah yang sesuai dalam memudahkan sistem pengurusan wakaf
tunai dan secara tidak langsung mencari tahap kepuasan masyarakat terhadap kemudahan wakaf yang
disediakan oleh madrasah atau institusi agama dengan meletakkan Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau
Pinang (PPDHPP) sebagai satu model institusi wakaf di negeri Pulau Pinang. PPDHPP merupakan satu
institusi tahfiz swasta yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang sedang
membina pembangunan di atas tanah wakaf melalui sumbangan wakaf tunai orang ramai. Melalui sampel
ini, dapatan kajian ini akan menetukan sama ada relevan ataupun tidak wakaf tunai ini dijadikan sebagai
penanda aras tahap ekonomi umat Islam.

2.0 TUJUAN/OBJEKTIF
Di Malaysia, masalah ekonomi yang dihadapi oleh Institusi Pengajian Islam terutamanya institusi wakaf
sudah lama dibincangkan. Berdasarkan kajian (Wakaf Di Malaysia et al., 2017), perbelanjaan dan dana
yang besar diperlukan untuk membangunkan tanah wakaf. Namun begitu, institusi wakaf di Malaysia tidak
dapat dibangunkan kerana mengalami masalah ketidakcukupan dana. Menurut (Mohamad 2012, Iman
2014, Azha 2013). perkembangan tanah wakaf terbantut kerana gagal menyediakan peruntukan dana yang
secukupnya bagi pembangunan dan pembinaan tanah wakaf. Penyataan in disokong oleh (Hassan
Langgulung, 1987) yang menyatakan bahawa sistem wakaf tidak berfungsi apabila sistem pendidikan Islam
mulai lemah seterusnya menyebabkan kemeresoton keseluruhan sistem kaum muslimin. Perkara ini dapat
diatasi dengan menggunakan kaedah-kaedah pemberian wakaf yang berkesan. Masalah ini disebabkan
masyarakat mempunyai kurang pengetahuan tentang cara pemberian wakaf selain cara tradisional seperti
Jompay, online banking, dan rebat cukai. Selain itu, kesedaran masyarakat mengenai kepentingan institusi
wakaf yang selalunya hanya dikaitkan dengan tanah perkuburan, masjid ataupun surau. Peranan sistem
wakaf seperti yang pernah dimainkan pada zaman kegemilangan Islam dalam perkembangan pendidikan
sudah tidak berfungsi lagi.Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti adakah wakaf
berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi ummah dan mengkaji keberkesanan kaedah
pemberian wakaf tunai. Darul Hadis Pulau Pinang merupakan sampel kajian ini. Darul Hadis dipilih sebagai
sampel kerana institusi pengajian ini menerima sumber dana kebanyakannya daripada hasil wakaf.

Sumbangan yang diterima oleh PPDHPP


60

40

20

0 Series 1
Wakaf Zakat Lain- lain

Rajah 1.0 : Sumbangan yang diterima oleh Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang (PPDHPP)
Sumber: Soal selidik Google Form terhadap 90 orang responden pada tarikh 11 hingga 25 Januari 2018.

Graf ini menunjukkan bahawa sumbangan yang diterima oleh PPDHPP adalah melalui wakaf. Maka
terbuktilah PPDHPP dapat membangun dengan dana hasil wakaf. Ini disebabkan Darul Hadis mempunyai
kaedah-kaedah penerimaan wakaf yang berkesan.

3.0 DEFINISI WAKAF

3.1 Pengertian wakaf


Wakaf berasal dari Bahasa Arab yang bermaksud menahan. Sama juga pandangan oleh (Nasution &
Hasanah, 2006) yang menyatakan bahawa wakaf berasal dari kata kerja wakafa yang bermaksud menahan
atau berhenti. Jika ditakrif dari istilah syarak wakaf adalah menahan harta yang bermanfaat agar dinikmati
tanpa merosak, menghabis dan digunakan untuk kebaikan (M. Yunan Yusuf, 2005). Menurut (Abdullah
Alwi Hj Hassan et al., 2005) juga mengistilah wakaf sebagai menahan dan memutuskan harta daripada
digunakan oleh pewakaf agar fizikalnya dapat dimanfaatkan dengan kekal. Menurut (Rahman, 2009) wakaf
berasal daripada perkataan Arab “waqf” iaitu nama terbitan (masdar) yang diambil dari kata kerja (fi’il)
wakafa, ia mempunyai berbagai-bagai makna mengikut tujuan dan penggunaan ayat itu sendiri. .Menurut
istilah yang digunakan dalam perundangan Islam pula, wakaf difahami sebagai suatu bentuk dedikasi harta
sama ada secara terang (sarih) atau sindiran (kinayah) di mana harta berkenaan ditahan dan hanya
manfaatnya sahaja yang diaplikasiakn kepada tujuan-tujuan kebajikan sama ada berbentuk umum mahupun
khusus.(Siti Mashitoh, 2001). Menurut Enakmen Wakaf Negeri pula, wakaf didefinisikan sebagai
menyerahkan apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa jua tujuan kebajikan
samada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut hukum syarak (Of & Gazette, 2015)

3.2 Jenis Wakaf


Berdasarkan perbincangan seminar 25 oleh (FSKK, 1995), jenis wakaf terbahagi kepada dua iaitu wakaf
zurri atau wakaf ahli atau dikenali sebagai wakaf khusus kepada sesuatu dan terperinci. Manakala jenis
berikutnya dikenali sebagai wakaf khairi atau wakaf am yang bermaksud lebih umum penggunaanya.
Maksud yang lebih mendalam tentang wakaf khas adalah harta yang diwakafkan atas niat dan tujuan
pewakaf itu sendiri manakala wakaf am pula adalah harta yang diberi amanah kepada penerima wakaf
agar diuruskan bagi manfaat seluruh umat Islam setempat dan mengikut pengedaran semasa (Yusoff &
Aziz, 2016).

3.3 Jenis Harta Wakaf


Rajah tersebut adalah rumusan yang diringkaskan oleh Majlis Agama Islam Melaka melalui lama webnya
seperti jadual 2.0:
Jadual 2.0: Jenis Harta Wakaf
No. Harta Wakaf Definisi
1. Wakaf Al – Iqar Harta yang tidak boleh alih dan kekal seperti tanah dan
bangunan.
2. Wakaf Al-Manqul ( Wakaf Harta yang boleh dialihkan seperti peralatan dan lain-lain.
Harta Alih )
3. Wakaf Al-Musya Harta perkongsian yang tidak boleh dibahagikan
penggunaannya seperti kenderaan.
4. Wakaf Haq Al-Irtifaq Harta yang mempunyai ramai pemiliknya tetapi boleh
diwakafkan salah satunya seperti bangunan bertingkat yang
diwakafkan salah satu tingkatnya bagi manfaat tertentu.
5. Wakaf Al –Irsad Harta pemerintah yang diwakafkan agar dapat dimanfaatkan
oleh rakyat tanpa ada kepentingan.
Sumber: (Laman Web: MAIM)
4.0 SUB TAJUK KAJIAN DAN KAJIAN LITERASI

4.1 Wakaf Tunai Membangunkan Ekonomi Umat Islam


Dalam membangunkan ekonomi umat Islam, kerajaan Malaysia prihatin terhadap isu ini dengan
menubuhkan entiti institusi wakaf melaui yayasan, jabatan dan peruntukan yang dimasukkan dalam
agenda RMK agar ia dapat dikembangkan lebih berkesan di masa hadapan (S. Ahmad & Muhamed,
2011). Ini dapat dibuktikan lagi apabila dengan penubuhan wakaf korporat dari syarikat Johor Corporation
yang dikenali sebagai WANCorp menunjukkan mereka telah memberikan impak positif dalam
pembangunan sosioekonomi bagi mengurangkan kebergantungan masyarakat atau pertubuhan terhadap
kerajaan, menerapkan sifat berdikari umat Islam, serta membantu umat Islam yang mengalami bebanan
hidup (Afizah, 2014). Melalui kaedah wakaf tunai lebih memudahkan pewakaf untuk menderma dan tidak
terhad dalam penggunaanya. Ini dibuktikan lagi di dalam laporan akhbar Utusan Malaysia, (2014), wakaf
tunai lebih memudahkan kerana tidak semua orang memiliki harta tanah berbanding wang tunai dan ini
juga dapat membantu pengurus atau pentadbir wakaf untuk membeli dan membangunkan aset bagi tujuan
orang ramai. Mengikut dari pengkaji Indonesia mengatakan bahawa wakaf tunai sangat besar manfaatnya
kerana bukan sekadar untuk pembelian aset malah ia dapat meneruskan aset yang tersedia ada terus
keadaan kekal kerana dijaga penyelenggaraannya dan lebihan dana boleh di produktifkan ke arah
mengembangkannya mengikut syariat Islamiah (Zaidah, 2016).

4.2 Kaedah yang berkesan dalam wakaf tunai

4.2.1 Cara Tradisional


Tabung ialah salah satu daripada manhaj yang digunakan oleh Pusat Pengajian Darul Hadis dalam
mengumpul dana wakaf. Tabung diletakkan di masjid, pasar malam dan di kedai- kedai. Selain itu, pusat
ini turut mendapat dana wakaf dengan cara pelanggan yang datang sendiri ke pusat untuk memberi wakaf
secara peribadi.

4.2.2 Cara Moden


Seiring dengan era globalisasi, cara pembayaran kini telah berubah. Umat Islam boleh beribadat walaupun
dalam kesibukan bekerja. 80% daripada jumlah hasil wakaf yang diterima oleh Pusat Pengajian Darul
Hadis ialah hasil wakaf daripada umat islam menerusi cek, wang deposit, kaunter, ‘standard instruction’
(S.I) iaitu autodebit dan perbankan Internet. Perbankan Internet melibatkan transaksi wang dari satu akaun
ke akaun yang lain untuk menyumbang dana wakaf untuk pembangunan ummah. Pusat ini menggunakan
dua cara dalam memudahkan urusan umat untuk berwakaf iaitu ‘Jom Pay’ dan sistem laman sesawang.
Kaedah ‘Jom Pay’ amat memudahkan umat Islam hari ini kerana mereka tidak dikenakan cas atas urusan
transaksi wang dari akaun bank lain ke akaun dari bank lain. Pelanggan tidak perlu lagi menaip nombor
akaun yang panjang kerana mereka hanya perlu mengisi 4 digit untuk tujuan transaksi dan seterusnya dapat
memindah wang ke akaun pihak Darul Hadis dengan mudah. Pihak Darul Hadis turut menyediakan
khidmat berwakaf melalui laman web Pusat Pengajian Darul Hadis sendiri. Terdapat aplikasi
senangpay.my yang memudahkan umat Islam yang sibuk sentiasa memberi sumbangan kepada ummah
kerana aplikasi ini menggunakan konsep yang sama seperti laman web jual beli atas talian yang lain.

4.2.3 Cara Pakatan Strategik (Strategic Alliances)


Darul Hadis bekerjasama dengan Jabatan Bendahari USM. Bendahari USM mengambil RM50 daripada
insentif pekerja USM untuk diwakafkan ke Darul Hadis. Pihak USM boleh melakukan ‘Corporate Social
Responsibility’ (CSR) . USM melakukan program mengedar beras dan lain- lain semasa bulan Ramadan.
Darul Hadis juga bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). LHDN mewakafkan
gazebo di tapak Darul Hadis dan tenaga pengajar Darul Hadis memberikan ceramah di LHDN. Kerjasama
dengan bank- bank turut memberi manfaat kepada Darul Hadis. Bank memberikan dividen terhadap Darul
Hadis kerana menggunakan khidmatnya.

Kaedah yang kerap digunakan dalam wakaf tunai

Wang Deposit Kaunter Bank Atas talian/ JomPay


Potongan Gaji Tabung Edaran Walk In

Rajah 2.0 : Kaedah yang kerap digunakan dalam wakaf tunai.


Sumber: Soal selidik Google Form terhadap 90 orang responden pada tarikh 11 hingga 25 Januari 2018.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh masyarakat lebih mesra menggunakan kaedah atas talian atau
JomPay iaitu sebanyak 33 orang daripada 90 orang berbanding kaedah-kaedah yang lain. Yang kedua
tertinggi ialah tabung edaran dengan 2/9 responden memilihnya. Hal ini menunjukkan sebahagian
masyarakat masih kurang pendedahan tentang pemberian wakaf secara atas talian yang menjimatkan
masa. Selain itu, responden yang memilih kaunter bank hanya 2 orang sahaja membuktikan bahawa umat
Islam masa kini sibuk dengan kerjaya masing- masing dan tidak sempat untuk berwakaf di kaunter bank.

5.0 PERBINCANGAN
Wakaf sangat penting untuk pembangunan ummah khususnya dalam bidang pendidikan. Wakaf dapat
memberi dana kepada institusi pendidikan khususnya institusi swasta yang tidak mendapat pembiayaan
sepenuhnya daripada kerajaan. Dengan ini, institusi pendidikan dapat berkembang pesat hasil daripada
dana wakaf dan mengurangkan beban kerajaan untuk membiayai institusi ini. Kerajaan dapat
menggunakan dana ini kearah lain seperti kebajikan masyarakat selain membiayai institusi pendidikan.
Sebagai contoh, kerajaan menyediakan prasarana, menyediakan peluang pekerjaan dan pertanian. Hal ini
membuktikan bahawa sistem wakaf dapat meningkatkan ekonomi negara serta mewujudkan masyarakat
yang prihatin terhadap orang yang memerlukan. Penggunaan teknologi moden dalam urusan wakaf
membantu dan memudahkan masyarakat yang mampu tetapi tidak berkesempatan untuk melakukan
pembayaran kerana kekangan seperti masa dan jarak. Antara kemudahan yang digunakan termasuklah
kaedah pembayaran atas talian, JomPAY dan mesin ATM di mana kaedah pembayaran yang paling
banyak diguna pakai oleh masyarakat ialah atas talian kerana transaksi dapat dijalankan dengan mudah,
cepat dan berkesan.

5.1 Kerangka Kerja Konseptual


Rajah 3.0 : Wakaf Tunai Meningkatkan Ekonomi Umat Islam

Rajah ini menunjukkan bahawa kegiatan wakaf dalam memberi sumbangan dalam ekonomi umat Islam
khususnya dalam bidang kemudahan infastruktur, pekerjaan, kebajikan, pendidikan dan pertanian.
Kerangka Konseptual

Rajah 4.0 : Manfaat yang diperolehi daripada kegiatan wakaf dalam pembangunan institusi pengajian
Islam
Sumber: Soal selidik Google Form terhadap 80 orang responden pada tarikh 29 Januari hingga 3 Februari
2018.
Daripada hasil soal selidik, 48.8% iaitu 39 orang daripada 80 responden memilih pendidikan sebagai
manfaat utama kegiatan wakaf dalam pembangunan institusi pengajian Islam. Hal ini menunjukkan
bahawa orang ramai sedar bahawa kegiatan wakaf menitikberatkan pendidikan untuk pembangunan
ummah. Kegiatan wakaf paling sedikit menyumbang kepada peluang pekerjaan mengikut respon
masyarakat.
6.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya , kajian ini difokuskan kepada agensi-agensi kerajaan Islam mahupun agensi-agensi
bukan kerajaan Islam . Kajian ini akan menunjukkan kepentingan wakaf dalam membangunkan ekonomi
umat Islam dan mengenal pasti kaedah yang berkesan dalam urusan wakaf . Kajian ini juga untuk
membuka mata semua lapisan masyarakat tentang kepentingan wakaf untuk membantu membangunkan
ekonomi ummah . Tambahan pula dengan keadaan kegawatan ekonomi Malaysia . Kajian ini turut
mendedahkan penyelesaian terbaik dalam pengurusan wakaf untuk mendapat dana wakaf yang optimum
di mana urusan wakaf ini diubahsuai dengan menggunakan teknologi terkini yang canggih untuk urusan
wakaf yang cepat , mudah dan berkesan . Jadi , kajian literasi telah membuktikan bahawa wakaf merupakan
pemangkin ekonomi umat Islam .

7.0 PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya , kami dapat menyiapkan kajian bertajuk
“PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN MEMBANGUN EKONOMI UMAT ISLAM MENERUSI
WAKAF TUNAI: SATU ANALISIS DALAM PENGURUSAN WAKAF DI PUSAT PENGAJIAN
DARUL HADIS PULAU PINANG” . Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Jamaludin bin
Yaacob , Pengetua Cemerlang SMS Tun Syed Sheh Shahabudin kerana membenarkan kami untuk
menjalankan kajian ini . Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada tidak lain tidak bukan guru
pembimbing kami iaitu Encik Asril Hafiz bin Che Hashim dan Encik Aziwan bin Mat Sehak kerana
berpenat lelah dalam membimbing kami dari segi wang , masa dan tenaga untuk menjayakan kajian ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Darul Hadis yang membenarkan kami untuk
menjalankan kajian terutamanya kepada Ustaz Mohd Hanif Harun dan Encik Mohamad Saufee Anuar
yang telah banyak membantu dalam menyiapkan kajian ini . Segala penghargaan diberikan kepada ibu
bapa kami yang tidak putus menyokong dan mendoakan kami sepanjang masa serta buat guru-guru yang
sentiasa memberi galakan dan sokongan moral . Sekalung penghargaan kepada rakan-rakan kami yang
sentiasa menyokong dan membantu dalam kajian ini . Tidak dilupakan kepada mana-mana pihak yang
telah membantu kami secara zahir atau batin .

8.0 RUJUKAN
Abdullah Alwi Hj Hassan et al. (2005). Teori dan aplikasi kontemporari sistem ekonomi Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Afizah, A. J. (2014). Wakaf Korporat: Transformasi dalam Pembangunan Ekonomi. Maktab Koperasi
Malaysia.
Ahmad, S., & Muhamed, N. D. (2011). Institusi Wakaf dan Pembangunan Ekonomi Negara :
Kes Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Ekonomi
Malaysia Ke VI (PERKEM VI), 1, 138–147.
Ahmad, Z. H. O. dan M. Y. (2013). Saham Wakaf Pahang: Pengurusan Dan Isu-Isu Perlaksanaannya.
Penerbitan Jabatan Syariah, UKM.
Ermy Azziaty Rozali, & Othman, M. R. (2010). Jalan Keselamatan Bagi Orang-Orang Melayu:
Pemikiran Za’ba Bagi Memajukan Pendidikan Dan Ekonomi Pada Tahun 1920-an. Jurnal
Sejarah, (Jurnal Sejarah), 19–34.
Fathullah Al Haq, M. A., & Jasni, S. (2017). WAKAF TUNAI DAN APLIKASINYA DALAM
UNDANG-UNDANG DI NEGARA ASEAN Cash Waqf and Its Application in ASEAN
Countries ’ Laws, 25(2), 217–246. Retrieved from http://conference.ukm.my/kaspi/KASPI15
FSKK. (1995). Seminar 25 Tahun FSKK: Isu sosial & komunikasi. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hanim Hassan, Razli Ahmad, & Lt. Kol. (B) Azuddin Bahari. (2010). Kemelut Survival Melayu Dalam
Era Globalisasi. Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (sePMA), 1.

Hashim, R. (1990). Ekonomi dan Pendidikan: Peranan Institusi Wakaf. Jurnal Pendidikan Islam.
Haslindar Ibarahim, Afizar Amir, & Masron, T. A. (2013). Cash Waqf: An Innovative
Instrument for Economic Development. International Review of Social Sciences and Humanities
6, 1–7.
Hassan Langgulung, Asas-asas pendidikan Islam, Pustaka Husna, 1987, hal. 159
Iman, A. H. M., & Mohamad, M. T. S. (2014). Waqf property: Concept, management, development,
and financing. Penerbit UTM Press.
Ismail, M., Som, H. M., Deni, M. I. M., & Sulaiman, M. (2015). Model Operasi Wakaf Pendidikan di
Malaysia. International Conference on Cash Waqf (ICCW), 2015(May), 215–
228. M. Yunan Yusuf. (2005). Ensiklopedi Muhammadiyah. RajaGrafindo Persada.
MAIM. (n.d.). Jenis Harta Wakaf. Retrieved from http://www.maim.gov.my/index.php/my/wakaf-dan-
sumber-am
Muhammad, S., Azizi, H., & Abdul, S. (2017). Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai
di
Kuis, 2017(ICoMM), 362–372.
Muhammad Sofiyuddin Zakaria & Mohd Zamro Muda. (2015). Pelaksanaan Wakaf Tunai di
Malaysia: Satu Sorotan Literatur. Prosiding Kolokium Antarabangsa Siawazah Pengajian
Islam, 44–50.Retrieved from http://conference.ukm.my/kaspi/KASPI15
Nadiah, Z., Hairunnizam, W., & Sanep, A. (2015). Kesedaran Terhadap Wakaf Tunai: Kajian di
Besut, Terengganu. Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015, (January 2015), 1–11.
Nasution, M. E., & Hasanah, U. (2006). Wakaf tunai inovasi finansial Islam: peluang dan tantangan
dalam mewujudkan kesejahteraan umat. Indonesia: Pusat Kajian Timur Tengah dan Islam
Universitas Indonesia bekerja sama dengan Bank Indonesia, didukung oleh Departemen Agama
RI.
Utusan Malaysia. (2014, May 12). Wakaf Tunai Menjana Pemilikan Aset Umat Islam. Utusan
Malaysia.
Yusoff, O., & Aziz, J. (2016). Jawi Peranakan di Pulau Pinang. Penerbit USM.
Zaidah, Y. (2016). Wakaf Tunai Sebagai Alternatif Pemberdayaan Ekonomi Umat Islam di Indonesia.
Fakultas Syariah IAIN Banjarmasin, 1–9.

Maklumat Penulis
Nama: Muhammad Nur Arif Bin Saari
No. Kad Pengenalan: 011126-07-0551
Tarikh lahir: 26.11.01
Tempat lahir: Hospital Pantai, Bayan Baru, Pulau Pinang
Tempat tinggal: Permatang Pauh, Pulau Pinang
Nama Ibu: Norhuda Bt Baharom
Pekerjaan Ibu: Suri rumah
Nama Bapa: Saari Bin Din
Pekerjaan Bapa: Juruukur Bahan
Aliran: Sains Tulen
Cita- cita: Saintis
Nama: Ahmad Ghazi Bin Mohd Razali
No. Kad Pengenalan: 010102-03-0227
Tarikh lahir: 02.01.01
Tempat lahir: Kota Bharu Medical Centre, Kota Bharu, Kelantan
Tempat tinggal: Bayan Lepas, Pulau Pinang
Nama Ibu: Nor ‘Aini bt Yusof
Pekerjaan Ibu: Pensyarah
Nama Bapa: Mohd Razali bin Abdullah
Pekerjaan Bapa: Juruukur Tanah
Aliran: Sains Tulen
Cita- cita: Doktor Pakar Otak
Nama: Nur Affisa Emalin bt Mohd Roshanaffi
No. Kad Pengenalan: 001227-03-0436
Tarikh lahir: 27.12.01
Tempat lahir: Hospital Pasir Mas, Kelantan
Tempat tinggal: Nibong Tebal, Pulau Pinang
Nama Ibu: Noraini bt Che Hasan
Pekerjaan Ibu: Guru
Nama Bapa: Mohd Roshanaffi b Mohd Amin
Pekerjaan Bapa: Juruteknik
Aliran: Sains Tulen
Cita- cita: Doktor Pakar Kanak-kanak
Nama: Aina Irsalina Itqan bt Rosli
No. Kad Pengenalan: 011020-07-0588
Tarikh lahir: 20.10.01
Tempat lahir: Hospital Bagan Specialist Centre, Butterworth
Tempat tinggal: Alma Jaya, Pulau Pinang
Nama Ibu: junaidah bt Noor Mohamed
Pekerjaan Ibu: HR Officer
Nama Bapa: Rosli bin Omar
Pekerjaan Bapa: Jurutera
Aliran: Sains Tulen
Cita- cita: Doktor Gigi
Nama: Lia Maisarah bt Mohd Sohaizul
No. Kad Pengenalan: 010719-02-0168
Tarikh lahir: 19.07.01
Tempat lahir: Kulim Specialist Centre, Kedah
Tempat tinggal: Nibong Tebal, Pulau Pinang
Nama Ibu: Rosesazana bt Johari
Pekerjaan Ibu: Penyelia Asrama
Nama Bapa: Mohd Sohaizul bin Othman
Pekerjaan Bapa: Peniaga
Aliran: Sains Tulen
Cita- cita: Doktor Haiwan
LAMPIRAN 1

Gambar di sebelah kanan menunjukkan dewan dan bilik- bilik seminar yang sedang dibina dan juga
merupakan tempat tinggal sementara pelajar Pusat Pengajian Darul Hadis, Pulau Pinang. Gambar di sebelah
kiri menunjukkan bangunan utama PPDHPP yang merupakan tempat belajar, menghafaz Al-Quran dan
makan bagi pelajar PPDHPP.

Gambar di sebelah kiri menunjukkan gazebo yang telah dibina oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) hasil pakatan strategic (strategic alliances). Gambar di sebelah kanan menunjukkan calendar yang
telah dikeluarkan oleh Pihak Darul Hadis bagi mempromosikan kepada orang ramai tentang PPDHPP dan
untuk meningkatkan hasil wakaf yang diterima.

.
Gambar di sebelah kanan menunjukkan sesi soal selidik bersama Mudir Darul Hadis.Ust, Awww ). Gambar
di sebelah kiri menunjukkan tempat pembelajaran pelajar PPDHPP.

.
Gambar di sebelah menunjukkan sesi temuduga terhadap Pegawai Kewangan Draul Hadis, En. Saufee bin
Anuar.

PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN MEMBANGUN EKONOMI UMAT ISLAM


MENERUSI WAKAF TUNAI: SATU ANALISIS DALAM PENGURUSAN WAKAF DI
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG

.
.

Anda mungkin juga menyukai