Anda di halaman 1dari 31

TOPIK 7

LAPORKAN RASUAH,
LANGKAH
PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
Shahrizah bt Husin

SINOPSIS

Topik ini membincangkan tentang kewajipan


melaporkan jenayah rasuah kepada SPRM dan
bagaimana pelaporan dibuat. Pelajar dijelaskan
dengan cara-cara bagaimana jenayah rasuah dapat
dielakkan. Turut dikongsikan di dalam sesi
pembelajaran adalah inisiatif kerajaan bagi
memastikan jenayah rasuah dapat dibanteras.
2 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN & INISIATIF
KERAJAAN

PENGENALAN

Syari’at Islam yang sifatnya bagus adalah menggalakkan umatnya


turut memelihara harta orang lain tanpa memakannya secara tidak
betul seperti mengambil rasuah, iaitu memberikan harta kepada
penguasa atau pegawai umum untuk menghukum terhadap
lawannya mengikut telunjuknya atau meluluskan sesuatu
pekerjaan kepadanya atau melambatkan pembayaran hutang
kepada pemiutangnya dan sebagainya.

Pengharaman agama Islam ke atas umatnya dalam


menjalani lorong rasuah adalah terpakai kepada semua sama ada
penerima; hakim, qaadhi, pegawai atau pekerja yang kerjanya
tidak perlu lagi diberi upah oleh rakyat; demikian juga bagi pemberi
dan perantara.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188 yang


bermaksud “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta
sesamamu secara tidak sebenar dan (janganlah) kamu membawa
(urusan) harta itu kepada hakim-hakim agar (dengan tujuan) kamu
dapat memakan sebahagian harta benda orang lain secara dosa
(rasuah) sedangkan kamu mengetahui”.

Ilmuan kalangan sahabat Nabi dan generasi yang menyusulinya


sepakat mengharamkan rasuah sama ada mengambil, yang
memberi dan perantara.
3 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN & INISIATIF
KERAJAAN

7.0 RUKUN-RUKUN KESALAHAN RASUAH:

Pengkajian terhadap Fiqh Islam menyatakan terdapat 3 rukun yang


membolehkan terjadinya rasuah, iaitu:

1. Pemberi rasuah: iaitu orang yang memberi harta atau


manfaat kepada pegawai bagi memastikan dia akan
memperoleh kehendak atau kepentingannya termasuk
merugikan orang lain.

2. Penerima rasuah: iaitu pegawai yang menerima harta atau


manfaat untuk menunaikan kepentingan pemberi tanpa
restu syara’, sama ada pegawai itu berbuat sesuatu atau
menghentikan sesuatu bagi kepentingan tersebut.

3. Bahan rasuah: iaitu harta atau manfaat yang dimakan atau


digunakan bagi menyampai atau melaksanakan
kepentingan pemberi rasuah.
4 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN & INISIATIF
KERAJAAN

PROSES MENETAPKAN KESALAHAN RASUAH:


Rasuah boleh disabitkan apabila lengkap 3 perkara berikut iaitu:

1. Saksi
2. Pengakuan yang tertuduh ke atas dirinya
3. Bukti nyata

Terdapat 3 tingkat penyaksian iaitu:


1. Penyaksian dua orang lelaki
2. Penyaksian seorang lelaki serta dua orang wanita
3. Seorang saksi serta sumpah.

Sesungguhnya ancaman rasuah merupakan satu fenomena yang


menular di kalangan masyarakat dewasa ini, masalah ini tidak
akan dapat diatasi dengan mudah melainkan dengan salah satu
dari tindakan berikut:

1. Menghapuskan perantara (orang tengah)


2. Menggunakan kedudukan (bagi sesiapa yang mempunyai
kekeuasaan)
3. Menolak amalan rasuah

Ancaman rasuah merupakan suatu kerosakan yang besar di


muka bumi; sedangkan Allah telah pun melarang dan memberi
ancaman kepada mereka yang berbuat kerosakan dengan
firmanNya dalam surah al-A’raf:56 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi
sesudah Allah memperbaikinya”.
5 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN & INISIATIF
KERAJAAN

Dalam kerosakan demikian itulah berlaku kezaliman ke atas harta


benda, penghinaan dan penganiayaan ke atas orang-orang yang
lemah di kalangan orang Islam. Agama Islam mencela perbuatan
memakan dari sumber yang haram; manakala memakan rasuah
atau suapan adalah termasuk dari kalangan memakan sumber
haram. Umat Islam hendaklah mengelakkan diri darinya dengan
menanam dalam jiwa bahawa ianya bukanlah satu akhlak orang
Islam, malah ianya adalah sikap orang Yahudi. Allah SWT telah
berfirman dengan menyifatkan golongan Yahudi melalui firmanNya
yang bermaksud:

“Mereka sangat gemar mendengarkan berita bohong,


mereka banyak memakan sumber haram” (Al-Maidah: 42).

Justeru, apabila diketahui telah berlaku jenayah rasuah


dalam sesebuah organisasi yang memenuhi syarat dari segi rukun
dan penyaksian, maka langkah yang perlu diambil oleh individu
tersebut adalah melaporkan jenayah rasuah itu.
6 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN & INISIATIF
KERAJAAN

7.1 TANGGUNGJAWAB MELAPORKAN RASUAH

Amalan rasuah akan menjadikan sesebuah negara runtuh, porak


peranda, pemimpin akan ditumbangkan serta parti politik yang
terlibat akan terkubur. Rasuah mewujudkan negara yang penuh
dengan kezaliman, kerana undang-undang dan kehakiman tidak
dihormati, berlaku ketidakadilan, tidak seimbang serta pilih kasih di
dalam kerajaan. Justeru, ianya akan menanamkan benih-benih
perpecahan, kebencian dan permusuhan. Bagi mengelakkan ianya
terus menjadi nanah dan membarah di kalangan masyarakat,
jenayah rasuah ini perlu dilaporkan jika diketahui ianya berlaku.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barangsiapa di


antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia
mengubahnya dengan tangan (kuasanya), Sekiranya ia tidak
mampu, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya
(nasihatnya), Sekiranya ia tiada mampu maka hendaklah ia
mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan
7 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN & INISIATIF
KERAJAAN
tersebut). Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. –
Riwayat Muslim.

Sebelum melaporkan jenayah rasuah kepada pihak berkuasa,


terdapat beberapa kaedah yang boleh dikenalpasti jika seseorang
itu terlibat dengan jenayah rasuah selain dari pengakuan sendiri
individu terbabit atau pemberitahuan saksi yang terlibat. Di antara
tanda-tanda individu terbabit terlibat dengan jenayah rasuah dapat
dilihat dari rajah berikut:

Selalu menerima hadiah dan keraian dari kontraktor/pembekal


Jabatan kerap terima aduan rasuah
Kontraktor/pembekal tidak mahu berurusan
dengan pegawai lain selain pegawai terbabit

TANDA-TANDA
INDIVIDU
TERLIBAT RASUAH Perubahan gaya hidup
mewah secara tiba-tiba
Enggan dinaikkan pangkat atau ditukarkan
Individu terbabit sukarela melakukan kerja yang
melampaui tugas hakikinya

Rajah 7.1.1 Tanda-tanda individu terlibat rasuah


8 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN & INISIATIF
KERAJAAN

Apabila telah dikenalpasti serta dibuktikan bahawa seseorang


individu itu terlibat dengan rasuah; beberapa langkah perlu
dilaksanakan sebelum jenayah rasuah itu dilaporkan. Ini kerana
laporan jenayah rasuah adalah sesuatu jenayah berat yang boleh
melibatkan maruah, integriti, serta kredibaliti seseorang. Justeru,
langkah berikut perlu diteliti sebelum jenayah rasuah itu dilaporkan:

Tarikh Laporkan
Masa rasuah: Apa
Tempat kejadian yang penting?
Identiti pemberi, Apa yang berlaku
dan siapa yang
penerima dan terlibat dalam
orang tengah kejadian?
(jika ada)
Dokumen-
Saksi yang dokumen yang
mengetahui atau berkaitan
melihat kejadian

Rajah 7.1.2 Laporkan Rasuah


9 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN & INISIATIF
KERAJAAN

- Datang
sendiri ke
mana-mana
pejabat
SPRM
- Menghubungi
pejabat
SPRM
 Talian
bebas tol:
1-800-88-
6000
 Talian
biasa: 03-
88700688
 SMS:
Bagaimana 019-
6000696
melaporkan  Faks: 03-
88700901
jenayah - Mengirim e-
rasuah? mel
kepadainfo@
sprm.gov.my
- Layari portal
SPRM
- Sistem
Pengurusan
Aduan (CMS)
- Mengirim
surat ke peti
surat 6000
(tanpa
setem)
- Menghubungi
mana-mana
10 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
pegawai
SPRM
Rajah 7.1.3 Bagaimana Melaporkan Jenayah Rasuah

Di dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) Bahagian III


Kesalahan dan Penalti, Seksyen 17 iaitu Kewajipan untuk
melaporkan transaksi penyogokan menyatakan seperti mana
berikut:

(1) Mana-mana pegawai badan awam yang diberi, dijanjikan,


atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar
mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan
pemberian, janji atau tawaran itu, beserta dengan nama,
jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau
menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai
Badan atau pegawai polis yang paling hampir.

(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)


adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun
atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta


atau diperoleh, atau suatu percubaan telah dibuat untuk
memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana
peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang mungkin
selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau
percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan
perihalan yang lengkap dan benar dan jika diketahui, nama
orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba
memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai
Badan atau pegawai polis yang paling hampir.

(4) Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang


munasabah, mematuhi subseksyen (3) adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
11 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-
duanya.

CONTOH LAPORAN KEPADA SPRM


Saya, ……………………………………………………………….
(nama) dengan nombor kad pengenalan
……………………………………. (no KP) ingin membuat satu
laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) atas satu urusniaga yang melibatkan Perdana Menteri,
Dato’ Seri Najib Tun Razak yang saya syak telah melanggar
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Berikut adalah maklumat yang telah diketahui umum mengenai


urusniaga tersebut:

1. Pada 7 Julai 2015, akhbar antarabangsa The Wall


Street Journal telah menyiarkan dokumen-dokumen
yang menjadi bukti bagaimana sejumlah USD700 juta
telah dipindahkan ke akaun peribadi milik Dato’ Seri
Najib Tun Razak. Dokumen-dokumen tersebut
termasuklah slip-slip pemindahan wang dari Falcon
Private Bank ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun
Razak dan slip-slip pemindahan wang dari SRC
International ke akaun-akaun lain sebelum dipindahkan
ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak.

2. Sejak dokumen-dokumen itu disiarkan, Dato’ Seri Najib


Tun Razak tidak pernah menafikan bahawa wang
sejumlah USD700 juta itu dipindahkan ke akaun peribadi
beliau.
12 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
3. Pada 3 Ogos 2015, Suruhanjaya Pecegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan kenyataan
bahawa sejumlah 2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun
peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan
derma kepada beliau dan bukanlah dana 1MDB.

4. Seksyen 3 Akta SPRM 2009 menetapkan bahawa


pemberian derma juga ditakrifkan sebaga suapan
sekiranya ia bagi tujuan mendapat balasan.

5. Seksyen 50 Akta SPRM 2009 menetapkan bahawa


seiranya sesutau suapan telah dibuktikan diterima, ia
hendaklah dianggap sebagai satu dorongan atau upah
bagi satu kelakuan rasuah seperti yang didakwa.

6. Oleh yang demikian, kenyataan SPRM bahawa telah


berlaku satu suapan dalam bentuk derma sebanyak 2.6
bilion kepada Dato Seri Najib Tun Razak hendaklah
disiasat sebagai satu kelakuan rasuah mengikut
Seksyen 3 dan Seksyen 50 Akta SPRM 2009.

Saya dengan ini menyatakan bahawa maklumat-maklumat ini


adalah benar setakat pengetahuan saya dan telah diperolehi dari
media dan kenyataan umum SPRM. Saya membuat laporan ini
untuk melaksanakan tanggungjawab saya sebagai rakyat
Malaysia yang sayangkan negara ini.

Sekian.

7.2 PERLINDUNGAN TERHADAP PEMBERI


MAKLUMAT
13 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
Masyarakat Malaysia atau orang awam perlulah diberikan
pendedahan tentang perlunya melaporkan kesalahan jenayah
rasuah yang diketahui kepada pihak berwajib yang sepatutnya bagi
mengelakkan jenayah ini terus membarah di kalangan masyarakat.
Mereka perlu dimaklumkan bahawa di dalam Undang-Undang
Malaysia Akta 711, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010;
Bahagian III Perlindungan Pemberi Maklumat menyatakan seperti
mana dalam Subseksyen 7

(1) seseorang pemberi maklumat hendaklah, apabila


pendedahan kelakuan tidak
wajar diterima oleh mana-mana agensi
penguatkuasaaan di bawah Seksyen 6, diberi
perlindungan pemberi maklumat di bawah Akta ini
seperti yang berikut:

(a) perlindungan maklumat sulit;

(b) kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah;


dan

(c) perlindungan terhadap tindakan yang


memudaratkan,

dan bagi maksud perenggan (c), perlindungan itu hendaklah


diperluas kepada mana-mana orang yang mempunyai hubungan
atau kaitan dengan pemberi maklumat itu.

(2) Perlindungan pemberi maklumat yang diberikan di


bawah seksyen ini tidak terbatas atau terjejas
sekiranya pendedahan kelakuan tidak wajar itu tidak
membawa kepada apa-apa tindakan tatatertib atau
14 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
pendakwaan terhadap orang yang terhadapnya
pendedahan kelakuan tidak wajar itu telah dibuat.

(3) Akta ini tidak membataskan perlindungan yang


diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis
lain kepada mana-mana orang berhubungan dengan
maklumat yang diberikan berkenaan dengan pelakuan
sesuatu kesalahan.

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010

Kerahsiaan identiti pemberi maklumat itu


sendiri.

Kebal dari tindakan sivil, jenayah atau


tatatertib akibat dari pendedahan.
15 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN

Perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan- apabila


pemberi maklumat diambil
NOTA: Dengan syarat pemberi maklumat bersedia untuk dikenali
pegawai SPRM

Rajah 7.2.1 Ringkasan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat

7.3 PERLINDUNGAN SAKSI

Saksi rasuah, atau dalam konteks hukum ianya sering disebut


sebagai pemberi maklumat adalah individu yang memiliki
pengetahuan atau informasi yang relevan berkait dengan tindakan
rasuah. Saksi rasuah adalah seseorang yang mungkin telah
menyaksikan, terlibat, atau memiliki informasi tentang tindakan
suapan atau sogokan yang dilakukan oleh seseorang individua
atau organisasi seperti pejabat kerajaan, pegawai negeri mahupun
pihak swasta.
Peranan saksi ini sangat penting dalam usaha
membanteras jenayah rasuah dan menjaga keadilan dalam
negara. Mereka ini dapat membantu pihak berkuasa dalam
memberi bukti-bukti berkait bagi mendukung jenayah rasuah yang
telah berlaku. Penyaksian saksi rasuah dapat menjadi bukti kukuh
bagi mensabitkan kesalahan kepada pelaku rasuah.
Seksyen 65 (1)(2), Akta SPRM 2009 memperuntukkan
perlindungan kepada pemberi maklumat dan kandungan maklumat
tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang termasuk tidak
boleh didedahkan atau diperintahkan supaya didedahkan dalam
16 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
mana-mana prosiding mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa
lain. Pemberi maklumat juga boleh diberikan perlindungan di
bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Akta
Perlindungan Saksi 2009.

1. Orang yang mempunyai pengetahuan langsung


melalui:
- Penglihatan,
- Pendengaran dan
- Penglibatannya dalam sesuatu kelakuan
jenayah
2. Menjadi saksi perbicaraan di mahkamah
3. Dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi
2009

Rajah 7.3.1 Ciri-ciri Saksi atau Pemberi Maklumat

Walaubagaimanapun, harus diingat peranan saksi rasuah


berhadapan dengan risiko yang tinggi. Saksi akan berhadapan
dengan tekanan, ancaman, bahkan keselamatan peribadi implikasi
dari memberikan kesaksian mereka. Oleh kerana itu, saksi rasuah
dijaminkan dengan perlindungan sebagai saksi.
17 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
Antara akibat yang mungkin akan diterima oleh saksi adalah
seperti dibuang kerja, diugut, ditukarkan, diturunkan pangkat, atau
dipulaukan. Jika saksi berhadapan dengan situasi ini, remedi
berikut boleh dituntut (dengan perintah mahkamah):
a. Mendapatkan pampasan, ganti rugi atau relif lain
b. Injunksi (terhadap orang yang mengambil tindakan)
c. Memerintahkan tindakan personal seperti kembali
bertugas atau mendapatkan kembali jawatan
d. Jika penempatan semula tidak boleh diberi, harus
membayar pampasan sebagai ganti.
Melalui program perlindungan saksi, antara bentuk
perlindungan yang boleh diterima oleh saksi adalah:
a. Mendapat tempat tinggal
b. Mendapat identiti baru

c. Mendapat pembayaran sara hidup


d. Atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang didapati
perlu oleh Ketua Pengarah Unit Perlindungan Saksi, JPM.
18 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN

Rajah 7.3.2 Bentuk Perlindungan Saksi


Penting untuk dicatatkan bahawa tidak semua saksi rasuah itu
adalah pihak yang tidak bersalah atau memiliki niat yang baik.
Beberapa saksi berkemungkinan juga terlibat dalam tindakan
rasuah dan memutuskan untuk menjadi saksi sebagai sebahagian
dari perjanjian atau sebagai cara untuk mengurangkan hukuman
yang dikenakan ke atas mereka. Oleh kerana itu, keaslian dan
kredibiliti saksi rasuah itu sentiasa diperiksa dengan adil dalam
proses penghakiman.

7.4 LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI


TERLIBAT DENGAN JENAYAH RASUAH
19 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
Ekosistem yang sesuai dalam sesebuah institusi memainkan
peranan penting bagi mengurangkan risiko perlakuan rasuah dan
pelanggaran integriti. Dalam konteks integriti, ini tidak hanya
tertumpu kepada isu rasuah sahaja, bahkan ianya merupakan satu
konsep yang mencakupi amalan budaya kerja berintegriti seperti
ketepatan waktu, penyampaian maklumat, perkhidmatan terbaik,
serta perhubungan dan komunikasi. Budaya organisasi yang
memartabatkan integriti akan mewujudkan persekitaran atau iklim
etika yang baik kepada warga kerja untuk menghindari salah laku
termasuk rasuah.
“Allah mengutukkan penyuap, pemakan suap dan orang
tengah yang berjalan (menghubungkan) antara keduanya.” – Hadis
riwayat Ahmad.
Di dalam kaedah fiqh kubra yang ke-4 juga telah
ditekankan tentang ‘kemudaratan hendaklah dihilangkan’ maka,
sebelum kemudaratan yang lebih besar akibat dari jenayah rasuah
yang berlaku, adalah lebih utama dielakkan dengan mengamalkan
langkah-langkah yang boleh dilaksanakan dari terjerumus ke
dalam jenayah rasuah. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Memperluaskan keadilan dalam Negara Islam bagi seluruh
penduduknya (Muslim dan bukan Muslim) dan semua
peringkat manusia. Keadilan yang terjamin hanya apabila
mengamalkan dasar al-Quran dan as-sunnah; kerana
hukum Allah itu ialah hukum yang dicipta oleh Tuhan Maha
Pencipta.

2. Mengukuhkan integriti diri: mengenal pasti dan memelihara


nilai-nilai etika seperti kejujuran, keadilan serta
akauntabiliti dalam tindakan dan keputusan.

3. Mempelajari hukum & peraturan: mengenal pasti peraturan


dan undang-undang yang berkaitan dengan rasuah di
Malaysia. Pastikan anda memahami apa yang dianggap
sebagai tindakan rasuah serta akibat serta hukuman yang
berkaitan.
20 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN

4. Beretika dalam perniagaan: jika anda merupakan seorang


usahawan, pastikan bahawa perniagaan anda beroperasi
dengan prinsip-prinsip etika yang tinggi. Hindari tindakan
yang boleh melibatkan jenayah suapan atau rasuah, atau
memanipulasi kewangan yang tidak sah.

5. Memberi taudalan yang baik: mengamalkan tauladan yang


baik dalam kehidupan seharian. Tunjukkan pada diri serta
rakan sekeliling bahawa integriti adalah nilai yang penting
bagi anda.

6. Telus dalam kewangan: pastikan urusan kewangan anda


telus. Hindarkan diri dari perkara salah dalam kewangan
seperti pengubahan wang haram, pencucian wang haram
atau pelaporan wang palsu.

7. Melaporkan rasuah: jika anda mengetahui berlakunya


jenayah rasuah atau melihat tindakan yang mencurigakan,
segera laporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

8. Kesedaran dan Pendidikan: terus tingkatkan kesedaran


tentang isu rasuah dan mengikuti program-program
Pendidikan yang bertujuan mencegah jenayah rasuah.

9. Reputasi yang baik: pelihara reputasi baik anda dalam


masyarakat atau perniagaan. Reputasi diri yang baik
adalah satu aset diri yang tinggi.

10. Lindungi maklumat sulit: sentiasa menjaga maklumat sulit


dengan baik, hindarkan diri dari menggunakan maklumat
itu untuk mendapatkan keuntungan yang tidak sah.

11. Melibatkan diri dengan masyarakat: sertai gerakan-


gerakan masyarakat yang aktif dalam memerangi rasuah
dan mendukung integriti dalam masyarakat.
21 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
Mengelakkan diri dari terlibat dalam jenayah rasuah adalah
tanggungjawab bersama. Dengan mengamalkan langkah-langkah
pencegahan ini, anda akan menjadi sebahagian dari usaha
membina masyarakat yang lebih jujur dan bebas dari rasuah.

KESAN RASUAH
Rasuah memiliki kesan yang merosakkan dalam pelbagai aspek
masyarakat dan institusi. Berikut adalah beberapa kesan utama
dalam rasuah:
1. Kerosakan Integriti: Rasuah merosakkan integriti individu,
organisasi dan institusi. Ia mengancam kejujuran, etika,
dan nilai moral yang penting untuk pembangunan
masyarakat yang sihat.

2. Pembaziran Sumber: Rasuah menyebabkan pembaziran


sumber-sumber negara dan organisasi. Wang dan sumber
yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan
masyarakat digunakan untuk memberi suapan atau
ganjaran.

3. Ketidakadilan: Rasuah mengancam keadilan dalam sistem


kehakiman dan institusi kerajaan. Individu yang
mempunyai wang atau kuasa boleh mempengaruhi
keputusan yang tidak adil, memberikan kesan negatif
terhadap hak asasi manusia dan keadilan sosial.

4. Pengurangan Kepentingan Awam: Rasuah mengekang


kepentingan awam. Keputusan yang sepatutnya
berdasarkan kepentingan masyarakat boleh diubah demi
kepentingan peribadi yang terlibat dalam amalan rasuah.

5. Perbezaan Pendapatan yang Lebih Besar: Rasuah boleh


menyebabkan perbezaan pendapatan yang lebih besar
dalam masyarakat. Orang yang terlibat dalam rasuah
boleh memperoleh keuntungan yang besar sementara
orang biasa dan golongan miskin semakin menderita.
22 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN

6. Pemburukan Perkhidmatan Awam: Rasuah dapat


merosakkan perkhidmatan awam dengan menyebabkan
perlaksanaan yang tidak berkesan dan kurang berkecuali.
Ini boleh mengurangkan keupayaan kerajaan untuk
memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

7. Pengaruh Buruk terhadap Pembangunan Ekonomi:


Rasuah boleh menghambat pembangunan ekonomi
dengan menakutkan pelabur, merosakkan kepercayaan,
dan menghalang pelaburan asing.

8. Perpecahan Sosial: Rasuah boleh mencetuskan


ketidakpuasan dan perpecahan dalam masyarakat kerana
orang mungkin kehilangan kepercayaan kepada institusi
dan pemerintah.

Rajah 7.4.1 Mencegah lebih baik dari merawat


23 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
TIPS / PETUA UNTUK MENCEGAH RASUAH
Sebagai tambahan dari langkah pencegahan di atas, berikut
disenarakan beberapa tips bagi mencegah diri dari terlibat dengan
jenayah rasuah:
1. Jangan mengatakan ‘Ya’ pada pelawaan pertama.

2. Berhati-hati dengan pujian yang diberikan. Pujian yang


berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu lupa diri dan
akhirnya membawa kepada pelanggaran peraturan.

3. Jangan sesekali menampakkan perbuatan atau tingkah


laku yang menggambarkan seolah-olah kita yang
meminta-minta.

4. Jangan membiasakan diri menerima sebarang bentuk


keraian daripada mereka yang mempunyai urusan rasmi
dengan kita, walaupun sekadar belanja minum.

5. Elakkan berbincang mengenai hal peribadi atau keluarga


dengan mereka yang mempunyai urusan rasmi dengan
kita.

6. Berkawan dengan orang yang jujur dan boleh menasihati


serta membimbing kita.

7. Elakkan perhubungan yang terlalu rapat dengan pihak


syarikat yang mempunyai urusan rasmi dengan kita.

8. Tolak tawaran atau pujukan yang diberi dengan tegas.


24 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
7.5 INISIATIF KERAJAAN DALAM MENCEGAH
JENAYAH RASUAH
Kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif dalam usaha
untuk mencegah dan memerangi jenayah rasuah. Berikut adalah
beberapa inisiatif dan agensi yang terlibat dalam usaha ini:

a. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM):


 SPRM, juga dikenali sebagai Malaysian Anti-
Corruption Commission (MACC), merupakan agensi
utama dalam memerangi rasuah di Malaysia. Ia
bertanggungjawab untuk menyiasat, mendakwa, dan
memerangi tindakan rasuah dalam sektor awam dan
swasta.

b. ISO 37001: ABMS Anti-Bribery Management System


 International Organization for Standardization
atau ISO adalah pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) peringkat antarabangsa yang berpusat di
Geneva, Switzerland. ISO mempunyai 162 ahli
pertubuhan standard di seluruh dunia.
 Mulai 15 OKtober 2016, ISO 3700: Anti-Bribery
Management System (ISO 37001: ABMS)
diperkenalkan. ISO ini memberi panduan kepada
organisasi mengenai keperluan dan instrumen
untuk mencegah rasuah. Pada 17 Oktober 2017,
Kerajaan Malaysia menerima pakai ISO 37001
sebagai Malaysian Standard (MS).
 Semua agensi kerajaan digalakkan mendapat
persijilan ISO 37001: ABMS sebagai usaha
pencegahan rasuah secara lebih sistematik.
25 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
c. Integirity Pact
 Arahan untuk melaksanakan Integrity Pact (IP) dibuat
melalui Surat Arahan Perbendeharaan bertarikh 1 April
2010.
 IP dilaksanakan dalam tiga peringkat di mana
penender/penyebut harga perlu menandatangani
Surat Akuan Pembida untuk tidak menawarkan atau
memberi rasuah sebagai sogokan dalam urusan
sesuatu kontrak.
 Tiga peringkat tersebut adalah;
1. Semasa penghantaran dokumen tawaran oleh
penender/penyebut harga.
2. Semasa mengembalikan Surat Setuju Terima.
3. Menandatangani perjanjian berkaitan perolehan
kerajaan yang mengandungi klausa ‘Pencegahan
Rasuah dalam Perolehan Kerajaan’.
 Setiap IP mengandungi kenyataan bahawa
penender/penyebut harga mestilah:
1. Menerima tawaran rasmi untuk menyertai
tender/sebut harga
2. Membuat akuan bahawa tidak akan terlibat
dengan rasuah dalam semua peringkat perolehan.
3. Mewujudkan ‘code of conduct’ bagi membanteras
rasuah.
4. Mematuhi perjanjian kontrak yang mengandungi
klausa pencegahan rasuah.

d. Pendedahan Maklumat Perolehan di Laman Sesawang


 Melalui inisiatif ini, Kementerian Kewangan Malaysia
memaparkan maklumat perolehan kerajaan kepada
umum melalui portal MyProcurement yang
dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 1 April
2010.
 Usaha yang sama turut dibuat oleh Unit Kerjasama
Awam Swasta (UKAS) dengan mewujudkan portal
MyPartnership. Ia dilancarkan pada 25 Ogos 2010
bagi memaparkan maklumat projek penswastaan.
26 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
 Kedua-dua inisiatif ini merupakan komitmen kerajaan
untuk meningkatkan ketelusan, integriti dan
kebertanggungjawaban dalam perolehan kerajaan.

e. Penubuhan Unit Integriti


 Inisiatif kerajaan untuk menubuhkan Unit Integriti di
semua agensi awam peringkat persekutuan dan
negeri, berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
6 Tahun 2013 yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2013.
 Sehingga 31 Disember 2019, 887 Unit Integriti
ditubuhkan di agensi awam peringkat persekutuan dan
negeri.
 Penubuhan Unit Integriti bertujuan bagi membendung
salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan
etika organisasi.

f. Pembentangan LKAN di Setiap Persidangan Parlimen


 Inisiatif ini diperkenalkan bagi membolehkan
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dibentangkan
pada setiap persidangan Parlimen.
 Ia bertujuan agar siasatan dapat dijalankan segera
setelah isu penyelewengan dan salah laku yang
dikesan serta dilaporkan dalam LKAN
dibentangkan di Parlimen.
 Inisiatif ini mula dilaksanakan mulai tahun 2013.
Sebelum ini siasatan hanya bermula selepas
LKAN dibentangkan pada persidangan Parlimen
sesi ketiga iatu di akhir tahun. Keadaan ini
menyebabkan kelewatan siasatan terhadap isu
berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah laku.
Akibatnya, siasatan SPRM tidak dapat
dilaksanakan dengan berkesan.

g. Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (Akta 694):


 Akta ini merupakan undang-undang utama yang
mengawal perbuatan rasuah di Malaysia. Ia memberi
kuasa kepada SPRM untuk menyiasat dan mendakwa
individu yang terlibat dalam tindakan rasuah.
27 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN
h. Pelaporan rasuah:
 SPRM telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk
mendorong laporan rasuah dari orang awam. Mereka
juga menyediakan saluran laporan yang selamat dan
dirahsiakan bagi individu yang ingin melaporkan kes
rasuah.

i. Akta Pengambilan Sumber Tidak Wajar (Akta 613):


 Akta ini membolehkan kerajaan menyita aset yang
diperoleh secara tidak sah melalui tindakan rasuah. Ini
merupakan satu lagi alat untuk memerangi rasuah
dengan cara mengambil kembali aset yang dicuri oleh
individu yang terlibat.

j. Minda Anti-Rasuah (AMAN):


 Program AMAN adalah inisiatif SPRM untuk
meningkatkan kesedaran tentang bahaya rasuah dan
membina budaya integrity dalam kalangan masyarakat
Malaysia.

k. Laporan Harta Pegawai Awam:


 Pegawai awam di Malaysia dikehendaki melaporkan
harta benda mereka secara teratur. Ini adalah sebagai
satu langkah untuk mencegah konflik kepentingan dan
memerangi rasuah.

l. Latihan dan Pendidikan:


 SPRM bekerjasama dengan institusi Pendidikan dan
pihak berkepentingan lain untuk menyediakan latihan
dan Pendidikan dalam bidang etika dan integriti
kepada masyarakat.

m. Peraduan Rasuah Zero:


 SPRM mengadakan peraduan ini untuk menggalakkan
penyertaan masyarkat dalam menghasilkan
kandungan kreatif yang menolong dalam usaha
memerangi rasuah.
28 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN

n. Kerjasama Antarabangsa:
 Malaysia juga bekerjasama dengan agensi
antarabangsa seperti Interpol dan United Nations
Office on Drugs and Crime (UNODC) dalam usaha
memerangi jenayah serantau dan global.

o. Penambahbaikan Sistem dan Proses:


 Kerajaan Malaysia terus memantapkan proses-proses
dan sistem dalam sektor awam untuk mengurangkan
peluang rasuah, termasuk melalui sistem pengadaan
awam yang lebih telus dan proses pemilihan yang
lebih adil.

Inisiatif ini mencerminkan kesungguhan kerajaan Malaysia dalam


memerangi rasuah dan membina masyarakat yang lebih bersih
dan berintegriti. Usaha ini amat penting dalam memastikan
pembangunan negara berlaku secara adil dan saksama serta
untuk mempertahankan kepercayaan rakyat.
29 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN

7.6 KESIMPULAN
Kewujudan peluang dan kesempatan kepada individu dalam
organisasi awam mahupun swasta, khususnya iklim etika yang
rendah dalam organisasi seperti kelemahan dalam pengurusan,
serta kelemahan penguatkuasaan undang-undang merupakan
antara faktor utama yang mempertingkat risiko rasuah. Oleh yang
demikian, pendidikan dan penghayatan nilai etika kerja yang baik,
penguatkuasaaan undang-undang antara lain adalah penting bagi
memastikan tahap integriti yang tinggi di kalangan kakitangan
awam dan swasta bagi mengurangkan risiko dalam pentadbiran
organisasi terbabit.
Rasuah adalah amalan yang melibatkan pemberian atau
penerimaan suapan atau ganjaran secara tidak sah dengan niat
untuk mempengaruhi keputusan atau mendapatkan kepentingan
peribadi. Amalan ini merosakkan integriti, keadilan, dan
perkembangan masyarakat serta institusi. Memerangi rasuah
adalah penting untuk memastikan ketelusan, keadilan dan
pembangunan yang mampan dalam sesuatu masyarakat.
30 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN &
INISIATIF KERAJAAN

RUJUKAN

Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, (2004). Hukum dan Ancaman Rasuah Terhadap
Masyarakat dan Negara. Al-Hidayah Publishers.

Ahmad Nasyran Azrae, H. H (2018). Penglibatan Rasuah Di Kalangan Agensi


Penguatkuasaan Kerajaan: Satu Analisis Laporan Berita Tempatan. International
Jurnal of Law, Government and Communication.

Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) & Anti-Corruption Act 1997 (Act 575)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) & Malaysian Anti-
Corruption Commision Act 2009 (Act 694)

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2009.

Anis Yusal Yusoff. Z.M. (2017). Laporan Hasil Dapatan Kajian Persepsi Mahasiswa
Mengenai Rasuah di Malaysia. Institut Integriti Malaysia.

Daud, E. (2019). Faktor-Faktor Dalaman Yang Mempengaruhi Niat Individu Untuk


Mengamalkan Rasuah Di Kalangan Penjawat Awam Pihak Berkuasa Tempatan.
Jurnal Kemanusiaan.

Hashim, N. (2017). Development Efforts and Public Sector Corruption in Malaysia:


Issues and Challenges. Journal of Sustainability Science and Management.

Noraida Harun, Z.H. (2017). Rasuah Dalam Pentadbiran Tanah: Penyelesaian


Menurut Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari.

Ramlee, N.S. (2019). Rasuah dalam Kalangan Penjawat Awam Menurut Undang-
Undang Jenayah Islam dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
(Akta 694). Malaysian Journal of Youth Studies.

Wan Murshida Wan Hashim, M.M. (2019). Combating in Malaysia: An Analysis of


the Anti-Corruption Commission Act 2009 with Special Reference to Legal
Enforcement Body. Journal of Administrative Science.
31 TOPIK 7 LAPORKAN RASUAH, LANGKAH PENCEGAHAN & INISIATIF
KERAJAAN

Anda mungkin juga menyukai