Anda di halaman 1dari 15

“ISU – ISU YANG BERKAITAN DENGAN JUAL BELI DALAM ISLAM

YANG MELIBATKAN URUSNIAGA DALAM TIKTOK”

KOD KURSUS : CTU231


NAMA KURSUS : ASAS PERAKAUNAN ISLAM
KOD PROGRAM : AC110
NO. KUMPULAN :4
k 3 kali enter)
NO.
NO. NAMA AHLI KUMPULAN
PELAJAR
1. NURUL HUSNA AINI BINTI SHAHRIL ANNUAR 2022829786
2. UMMU JANNAH BINTI SHAMSUL BAHAR 2022628408

3. IRDINA BINTI MOHAMMAD ISWADI 2022869692

4. AMIRA IZATI BINTI IZWAN AMIR 2022477432

(jarak 3 kali
Nama Ketua Kumpulan : NURUL HUSNA AINI BINTI SHAHRIL ANNUAR
No. Telefon : 01162848282
Tarikh Serahan : 9/11/2023

SEMESTER OKTOBER 2023 – MAC 2024

Analisa & Rumusan


Susunan Etika Bibliografi/
Pengenalan Perbincanga dan
Isi/Idea Penulisan Rujukan
n Kesimpulan
1
1 0 0 7 4 1
2 . 1 . 4 3 2 1 - - - - 4 3 2 1 4 3 2 1 4 3 2 1
5 5 1 9 6 3
2

JUMLAH MARKAH
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pengenalan 3
2. Objektif Kajian 4
3. Definisi, dalil dan hukum jual beli dalam 5-6
islam
4 Isu-isu yang berkaitan dengan jual beli 7-9
dalam islam yang melibatkan urusniaga
melalui platform Tiktok.
5. Penyelesaian isu-isu yang berkaitan 10-11
dengan jual beli dalam islam yang
melibatkan urusniaga melalui platform
Tiktok.
6. Kesimpulan 12
7. Rujukan 13
8. Lampiran 14-15

2
PENGENALAN
Perniagaan dalam talian atau atas talian merupakan salah satu medium perniagaan
yang banyak diaplikasikan oleh para peniaga di zaman yang serba moden ini. Jual beli atas
talian merupakan alternatif yang sangat berkesan kepada para peniaga untuk berniaga
disebabkan oleh perubahan teknologi yang semakin canggih dari masa ke semasa. Jika
dahulu, tidak tergambar bahawa suatu urusniaga itu boleh dilakukan secara jarak jauh. Kini
ianya bukanlah suatu perkara yang mustahil lagi. Walaupun kehidupan manusia berubah
mengikut zaman, namun kehendak dan keperluan hidup dalam jual beli adalah masih kekal
sama sehingga hari ini. Mahupun perubahan yang terjadi adalah dari segi transaksi yang
dilaksanakan iaitu secara fizikal atau atas talian.

Tambahan pula, terdapat pelbagai platform yang telah diwujudkan mengikut


perubahan zaman. Antara platform yang digunakan oleh para peniaga adalah melalui
aplikasi Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok. Platform yang telah diwujudkan ini telah
memberi banyak kebaikan dan kemudahan kepada para peniaga. Para peniaga boleh
berniaga dan mempromosikan barangan jualan mereka di setiap platform tersebut untuk
menarik perhatian para pembeli.

Namun, bagaimana pula jual beli atas talian ini menurut kaca mata Islam dan syarak,
rukun serta isu ketika menjalankan transaksi atas talian. Justeru itu, kertas kerja ini akan
membincangkan tentang kajian yang telah kami pilih iaitu mengenai isu-isu berkaitan
dengan jual beli dalam Islam yang melibatkan urusniaga melalui aplikasi TikTok bagi
memastikan ia bertepatan dengan kehendak syarak.

3
OBJEKTIF KAJIAN

1) Mengenalpasti konsep umum yang merangkumi definisi jual beli dalam islam,dalil dan
hukum yang disyariatkan.

2) Membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan jual beli dalam islam yang melibatkan
urusniaga melalui platform Tiktok.

3) Menghuraikan langkah dan penyelesaian untuk mengatasi masalah isu-isu yang


melibatkan urusniaga melalui platform Tiktok.

4
DEFINISI JUAL BELI DALAM ISLAM

Jual beli dari segi bahasa ialah pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain. Dari segi
istilah pula, jual beli adalah suatu akad atau kontrak ke atas pertukaran harta dengan harta
bagi tujuan pemilikan secara selama-lamanya. Sesuatu jual beli hendaklah berlaku ke atas
sesuatu yang diiktiraf sebagai harta mengikut syarak. Menurut kamus al-Munjid , harta
membawa maksud tiap-tiap benda, barang perniagaan, wang atau binatang yang dimiliki
sama ada secara individu atau kumpulan. Mengikut pengertian umum pula, maksud
perkataan ‘harta’ (mal) yang paling mudah difahami adalah peredaran wang di antara
manusia sama ada dari bahan galian mahupun kertas.

HUKUM JUAL BELI DALAM ISLAM

Hukum asal jual beli dalam islam adalah harus. Hukum ini ditetapkan adalah bertujuan untuk
menyempurnakan hajat manusia yang memerlukan sesuatu sebagai pemilikan untuk
meneruskan kelangsungan hidup. Syariat ini telah termaktub dalam Al-Quran dan juga
hadis.

DALIL DAN HADIS JUAL BELI DALAM ISLAM

Dalil:

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya : “ … Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba….”

(Al-Baqarah :275)

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya : “ .. janganlah kamu makan harta yang ada di kalangan kamu secara batil,
melainkan dengan cara perniagaan secara reda antara kamu.” .( Al-Nisa’ : 29 )

5
Hadis:

Nabi Muhammad SAW ditanya oleh sahabat tentang pekerjaan apa yang paling suci
menurut baginda, lalu baginda menjawab:

Maksudnya : “ Pekerjaan tangan seseorang dari setiap jual beli yang baik-baik iaitu jual beli
yang tidak sambil (menipu barang dagangan) lagi pula tidak khianat .”

6
ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN JUAL BELI DALAM ISLAM
YANG MELIBATKAN URUSNIAGA MELALUI TIKTOK.

1) Wujudnya unsur gharar dalam perniagaan

Gharar ialah istilah bahasa Arab yang bermaksud "penipuan nyata sebagai satu helah
penjual untuk mengaut untung yang tidak sepatutnya”. Dalam hukum Islam, ia merujuk
kepada unsur ketidakpastian, keraguan, atau spekulasi dalam suatu transaksi atau kontrak.
Konsep ini berkait rapat dengan prinsip-prinsip ekonomi dan hukum Islam, terutama dalam
konteks kewangan dan perdagangan. Contohnya dalam perniagaan dalam Tiktok seperti
‘berniaga cedok’ yang menjadi satu ‘trend’ suatu ketika dahulu. Ramai kalangan pengguna
media sosial mula mengikuti trend viral dengan menjual pelbagai jenis barangan seperti
kosmetik, gula-gula dan kerongsang menggunakan cara ‘cedok-cedok’. menerusi kaedah
tersebut, si penjual akan mencedok barangan jualan mengikut jumlah yang dibayar pembeli
secara rawak. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan pelbagai persoalan dalam
kalangan netizen. kaedah ‘cedok-cedok’ dikatakan mengandungi unsur gharar iaitu wujud
unsur ketikdakpastian maka hukumnya adalah haram. Bukan itu sahaja, menurut Ibn Hajar
al-Asqalani, kaedah tersebut merupakan salah satu bentuk jual beli jahiliah. Menjual dengan
cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama
bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang
jelas. Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih
Bukhari dan Muslim). Muamalat dalam islam sangat bagus kerana ia menjaga hak pembeli
dan penjual agar tiada pihak yang dizalimi.

2) Berlakunya kes menipu untuk melariskan barangan jualan

Dalam keghairahan mempromosikan barangan untuk menarik pelanggan, pelbagai cara dan
strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun perbuatan itu
dibolehkan, namun sebagai peniaga yang beriman mereka sewajarnya tidak alpa dan lupa
bahawa Islam melarang sebarang bentuk penipuan dalam perniagaan. Menipu ialah
melakukan suatu helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain.
Sebagai contoh dalam perniagaan Tiktok, pelbagai cara penipuan yang boleh dilakukan
dalam aplikasi tersebut seperti menjual barangan tiruan dengan harga yang mahal dan
menipu pelanggan dengan iklan-iklan palsu. Peniaga selalunya akan mengatakan bahawa
barangan mereka dijual dengan harga paling murah dan sedangkan hakikat yang sebenar
adalah sebaliknya.

7
Abu Hurairah R.A berkata :

‫َع ْن َأِبي ُه َر ْي َر َة َأَّن َر ُسوَل ِهَّللا َص َّلى ُهَّللا َع َلْيِه َو َس َّلَم َمَّر َع َلى ُص ْب َر ِة َط َع اٍم َف َأْد َخ َل َي َدُه ِفيَه ا َفَن اَلْت َأَص اِبُعُه َب َلاًل َفَق اَل َم ا َه َذ ا َي ا‬
‫ من غش‬: ‫ أي‬.‫ َق الَ َأَف اَل َج َع ْلَت ُه َف ْو َق الَّط َع اِم َك ْي َي َر اُه الَّن اُس َم ْن َغ َّش َفَلْي َس ِم ِّن ي‬. ‫َص اِحَب الَّط َع اِم ؟ َق اَل َأَص اَب ْت ُه الَّسَم اُء َي ا َر ُسوَل ِهَّللا‬
‫ رواه مسلم‬.‫فليس على دينيى الكامل‬

Maksudnya:

Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan
tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah.
Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab;
makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Seraya Rasulullah bersabda:
kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat
melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).

3) Mengurangkan kadar sukatan dan timbangan

Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam perniagaan, Islam menuntut para peniaga
bersikap amanah dan tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti
mengurangkan kadar timbangan dan mengubah suai alat timbang tersebut. Perbuatan
seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam. Contohnya dalam perniagaan
Tiktok, penipuan sukatan timbangan adalah seorang pembeli ingin membeli satu kilo
keropok. Semasa ditimbang oleh penjual semasa membuat ‘live’ secara langsung, berat
menunjukkan tepat satu kilogram. Tetapi apabila beliau menimbang di tempat lain, berat
keropok tersebut kurang daripada satu kilogram. Terdapat banyak ayat yang memerintahkan
agar disempurnakan sukatan dan timbangan dalam aktiviti pernigaan. Antaranya firman
Allah dalam surah al-Isra’ ayat 35,

“mafhumnya: dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah


dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan
sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).”

Dalam surah al-Rahman ayat 9, Allah SWT juga berfirman,

“Maksudnya: dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu
mengurangi barang yang ditimbang.”

8
Oleh itu, Islam membenarkan kita berniaga mengikut apa yang telah ditetapkan cara
sebagaimana yang diperintahkan Allah supaya tidak melakukan perkara yang haram atau
menindas orang lain untuk mengejar keuntungan yang tidak dihalalkan di dalam Islam.

9
PENYELESAIAN ISU YANG BERKAITAN DENGAN JUAL BELI
DALAM ISLAM YANG MELIBATKAN URUSNIAGA MELALUI TIKTOK

1. Mengetahui barang jualan yang dibeli


Barang jualan yang dibeli perlulah terhindar daripada unsur gharar. Hal ini perlu
dititikberatkan oleh semua pembeli di luar sana agar tidak berlaku kekeliruan antara
dua pihak. Dengan ini, beberapa unsur telah dikenalpasti bagi memudahkan urusan
jual beli mengikut islam. Pembeli perlulah mengenalpasti kuantiti, kualiti, saiz dan
maklumat lain yang berkaitan dengan barangan jual beli. Jika pembelian dilakukan
tanpa unsur periksa terhadap barangan yang dibeli maka wujudnya unsur gharar
dalam situasi ini. Malahan, jika pembeli itu membeli barangan dalam talian,
barangan tersebut perlu dikenalpasti harganya dahulu. Selain itu, pembeli juga perlu
mengenalpasti dari segi kos penghantaran yang dinyatakan secara jelas dalam
urusan jual beli dan ulasan – ulasan yang dibeli oleh pembeli lain terhadap barangan
tersebut. Tambahan pula, Penipuan yang berlaku telah merugikan para pembeli
kerana mengetahui bahawa barangan yang dibeli mempunyai unsur ketidakpastian.
Hal ini menyebabkan penjual telah menjalankan perniagaan secara haram.

2. Kejujuran dalam urusan jual beli


Sikap jujur perlu ditanam oleh pembeli dan penjual agar urusan jual beli berjalan
lancar kerana dapat memuaskan kedua – dua pihak. Salah satu sifat yang perlu
dimiliki oleh setiap penjual ialah berlaku jujur terhadap barangan yang dijual. Hal ini
kerana kejujuran merupakan salah satu modal utama dalam mencapai kejayaan
perniagaan. Sebaliknya, penipuan yang dilakukan dalam urusan jual beli boleh
mengurangkan keberkatan rezeki kepada para pembeli dan para penjual. Hal ini
berlaku apabila penjual mahu mengambil kesempatan terhadap pembeli dengan
meletakkan harga yang lebih tinggi dari harga asal. Penipuan yang berlaku dalam
jual beli adalah termasuk dalam dosa yang besar kerana Islam mengharamkan
perbuatan tersebut berlaku dalam jual beli.

10
Firman Allah S.W.T:

‫ُروَن‬ ‫وُهۡم ُیۡخ ِس‬ ‫اُلوُهۡم َأو َّو َز ُن‬ ‫َتۡو ُفوَن * َو ِإَذ ا َك‬ ‫اِس َی ۡس‬ ‫اُلو۟ا َع َلى ٱلَّن‬ ‫ِذیَن ِإَذ ا ٱۡك َت‬ ‫َو ۡی ࣱل ِّلۡل ُم َط ِّفِفیَن * ٱَّل‬

“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan


sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang
lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka
menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.”

[al-Mutaffifin: 1 – 3]

3. Menggunakan akad
Akad ialah pertukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan
yang kekal. Dalam kata lain akad ialah ikatan antara ijab dan qabul yang dibuat
mengikut cara yang disyariatkan. Ijab ialah tawaran yang dilakukan oleh penjual
manakala qabul daripada pembeli. Terdapat pelbagai kaedah pembentukan akad
jual beli. Dengan adanya teknologi yang maju pada masa kini, akad boleh
dilaksanakan melalui media social. Pelbagai medium komunikasi melalui media
sosial digunakan seperti WhatsApp, Facebook, Tiktok dan lain – lain. Pada masa
yang sama aplikasi mudah alih ini menjadi platform para peniaga untuk menjual
barangan mereka. Kaedah ini membolehkan penjual dan pembeli bertukar – tukar
maklumat dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Tambahan pula,proses akad
boleh dilaksanakan kerana mesej yang dihantar dalam bentuk kiriman atau
penerimaan secara tidak langsung menyamai pembentukan akad. Dalam kata lain
proses akad dilakukan Ketika pembeli berkata” Saya hendak beli barangan ini yang
berharga RM5”. Penjual menjawab, “Saya jual kepada awak”, Hal ini menunjukkan
jual beli yang dilaksanakan oleh kedua – dua pihak adalah sah.

11
KESIMPULAN

Sebagai menggulung segala perkara yang telah kami kaji, dalam kertas kerja ini kami
membincangkan tentang isu-isu yang berkaitan dengan jual beli dalam Islam yang
melibatkan urusniaga melalui aplikasi TikTok. Kami mengenal pasti apa definisi jual beli.
Kami sertakan sekali hukum jual beli dalam Islam iaitu harus kerana bertujuan untuk
menyempurnakan hajat manusia yang memerlukan sesuatu sebagai pemilikan untuk
meneruskan kelangsungan hidup. Untuk mengukuhkan lagi pernyataan, kami sertakan juga
dalil firman Allah SWT dan hadis Nabi Muhammad SAW yang kami peroleh melalui carian di
platform tertentu.

Selain itu, kami juga mengenal pasti tentang isu-isu jual beli dalam Islam melalui aplikasi
TikTok. Kami menekankan secara khusus tentang penggunaan unsur-unsur haram dalam
jual beli dalam Islam. Sebagai contohnya, wujudnya unsur “Gharar” dalam urusan jual beli
melalui TikTok. Unsur Gharar boleh didapati dalam Tiktok iaitu ‘berniaga cedok’ yang
menjadi satu ‘trend’ suatu Ketika dahulu. Seterusnya, berlakunya kes menipu dan
bersumpah bagi melariskan barangan. Contohnya, menjual barang tiruan dengan harga
yang mahal dan bersumpah barang ini paling murah dengan tujuan melariskan barang
jualan. Akhir sekali, peniaga mengurangkan kadar sukatan dan timbangan. Sebagai contoh,
berat timbangan sewaktu dalam ’live’ TikTok adalah tidak sama dan kurang apabila
menimbang di tempat yang lain.

Akhir sekali, kami membincangkan tentang penyelesaian terhadap isu-isu yang telah
dinyatakan. Antaranya ialah pembeli perlu mengetahui lebih dahulu barang jualan yang
dibeli untuk mengelakkan dari terjadinya unsur ’Gharar’. Seterusnya, penjual mestilah
mempunyai sifat jujur dalam urusan jual beli supaya perniagaan diredhai oleh Allah SWT.
Akhir sekali, penjual dan pembeli menggunakan akad dalam urusan jual beli mereka. Ini
kerana, untuk mengesahkan jual beli antara dua pihak tersebut dan bertujuan bagi pemilikan
yang kekal.

12
RUJUKAN
Ahmad, I. (2021). Akad Jual Beli dalam talian. Retrieved from
http://journalarticle.ukm.my/18237/1/JCIL-2021-62-Article-1.pdf
Alfilfilany, M. (2018, Oktober 30). Hukum menipu untuk tujuan marketing. Retrieved from
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2718-irsyad-al-
fatwa-siri-ke-263-hukum-menipu-untuk-tujuan-marketing
Alias, W. N. (2016, Jun 14). Elak unsur gharar dalam jual beli. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/06/164072/elak-unsur-gharar-dalam-
jual-beli-mufti-pahang
Andini, N. (2020, May 5). Adab Jual Beli Online. Retrieved from
https://sekolahalampurwakarta.sch.id/8-adab-jual-beli-online-dalam-islam/
Ashraf, H. (2013, September 2). Jual beli dalam islam. Retrieved from
http://hafizashraf.blogspot.com/2013/09/jual-beli-dalam-islam.html
Mahmood, A. M. (2020). Konsep akad dan jenisnya dalam muamalat islam. Retrieved from
https://e-muamalat.islam.gov.my/en/bahan-ilmiah/artikel/156-konsep-akad-dan-
jenisnya-dalam-muamalat-islam
Naim, M. (2012). Kaedah Jual Beli Dalam Islam. Retrieved from
https://akuislam.com/blog/muamalat/jual-beli-dalam-islam/
Sitoresmi, A. R. (2021, Disember 28). Pengertian Jual Beli Dalam Agama Islam. Retrieved
from https://www.liputan6.com/hot/read/4838505/pengertian-jual-beli-dalam-agama-
islam-ketahui-rukun-dan-syaratnya
Wahab, H. (n.d.). Jual Beli dalam islam dari prespektif fiqh islam. Retrieved from
https://issuu.com/hafizwahab31/docs/jual_beli_atas_talian_dari_perspektif_fiqh_isla
mi_/s/14278243
Wahab, N. b. (2020, April). Hukum dalam sistem jual beli atas talian. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/340861616_FIQH_MUAMALAT_ISLAM_H
UKUM_DALAM_SISTEM_JUAL_BELI_ATAS_TALIAN_E-
DAGANG_DARI_SUDUT_PANDANGAN_FUQAHA_ISLAMIC_MUAMALAT_OF_FIQ
H_LEGAL_SYSTEM_IN_SELLING_ONLINE_E-
COMMERCE_FROM_THE_FUQAHA_ISLAMIC_VIEW_1_NORA

13
LAMPIRAN

BUKU LOG PROSES TUGASAN BERKUMPULAN

BAHAGIAN A : PEMBAHAGIAN TUGAS

BIL. NO MATRIK NAMA TANGGUNGJAWAB


1. 2022829786 NURUL HUSNA AINI BINTI Membantu kumpulan dalam
SHAHRIL ANNUAR menggabungkan tugasan
kumpulan,membuat rujukan dan
mencari bahan untuk
menghuraikan definisi,dalil dan
hukum jual beli dalam islam.
2. 2022628408 UMMU JANNAH BINTI SHAMSUL Membantu dalam mendapatkan
BAHAR isi-isi penting berkenaan dengan
isu-isu yang berkaitan dengan
jual beli dalam islam
3. 2022869692 IRDINA BINTI MOHAMMAD Membantu dalam menyediakan
ISWADI penyelesaian bagi isu-isu yang
berkaitan dengan jual beli dalam
islam melibatkan urusniaga
melalui platform Tiktok.
4. 2022477432 AMIRA IZATI BINTI IZWAN AMIR Membantu dalam memberikan
idea dan isi-isi penting berkenaan
tajuk kertas kerja serta
melengkapkan bahagian
pengenalan dan kesimpulan
kepada tajuk ini sepenuhnya
dengan lengkap,jelas dan teratur.

14
BAHAGIAN B : PERAKUAN TANGGUNGJAWAB DAN KOMITMEN

Diakui sah dan ditandatangani oleh ahli kumpulan

BIL NO MATRIK NAMA TANDATANGAN


.
1. 2022829786 NURUL HUSNA AINI BINTI SHAHRIL
ANNUAR

2. 2022628408 UMMU JANNAH BINTI SHAMSUL BAHAR

3. 2022869692 IRDINA BINTI MOHAMMAD ISWADI

5. 2022477432 AMIRA IZATI BINTI IZWAN AMIR

15

Anda mungkin juga menyukai