Anda di halaman 1dari 111

PRODUK KOSMETIK HALAL: KAJIAN DI ZELCOS LABORATORY

NUR BALQIS BINTI FAISAL

SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG


JABATAN UNDANG-UNDANG
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
2023
PRODUK KOSMETIK HALAL: KAJIAN DI ZELCOS LABORATORY

NUR BALQIS BINTI FAISAL


(19BI01041)

SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG


JABATAN UNDANG-UNDANG
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
2023
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
JABATAN UNDANG-UNDANG
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG

NUR BALQIS BINTI FAISAL

LATIHAN ILMIAH INI ADALAH UNTUK MEMENUHI SYARAT


PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA
SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG
2023

___________________________ ___________________
PENYELIA TARIKH
DR. RABI’AH BINTI MUHAMMAD SERJI

___________________________ ___________________
KETUA JABATAN TARIKH
PUAN MAFFUZA BINTI SALLEH
PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T, tuhan yang menciptakan alam semester.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan
mulia Nabi Muhammad S.A.W serta keluarganya.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allaht S.W.T kerana memberi ruang dan


kekuatan terhadap penulis bagi menyiapkan tugasan latihan ilmiah yang bertajuk
“Produk Kosmetik Halal: Kajian Di Zelcos Laboratory”. Tajuk Latihan ilmiah ini
ditulis atas kesedaran bahawa kebanyakkan pengguna produk kosmetik pada masa kini
tidak mengendahkan berkaitan hukum sama ada halal atau tidak terutamanya kepada
pengguna wanita. Cabaran paling utama untuk menyiapkan penulisan latihan ilmiah
adalah dalam membuat penelitian dan perbandingan terhadap Malaysia Standard yang
telah diperbaharui di samping membuat kajian di Zelcos Laboratory yang ditubuhkan
untuk memproses produk kosmetik halal akan tetapi penulis tidak dapat menemu bual
dengan pihak syarikat Zelcos Laboratory akibat daripada kekangan masa yang tidak
mencukupi untuk kedua-dua pihak.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr. Rabi’ah Binti Muhammad
Serji selaku penyelia bagi penulisan latihan ilmiah ini yang banyak membantu
sehingga penulis dapat melengkapkan kajian ilmiah ini dengan baik dan sistematik.
Segala dorongan dan sokongan beliau amat dihargai kerana tanpa dorongan beliau ini,
penulis amat sukar untuk menyiapkan penulisan latihan ilmiah secara menyeluruh.
Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik beliau dan penulis sentiasa
mendoakan segala urusan beliau sentiasa dipermudahkan dan diberkati oleh Allah
S.W.T.

Di samping itu, penulis juga tidak melupakan jasa serta pengorbanan abuya dan ummi
penulis, Encik Faisal Bin Abdul Raman dan Puan Zuraina Binti Mohd Jaeh serta adik
beradik yang menjadi tulang belakang kepada penulis. Selain itu, mereka juga turut
sentiasa memberi semangat, teguran dan menyalurkan sedikit kewangan bagi
menyiapkan penulisan latihan ilmiah ini selama setahun. Ini adalah satu nikmat yang
tidak dapat dinafikan dengan kehadiran keluarga disisi penulis sepanjang penulis

iii
bertungkus lumus menyiapkan penulisan latihan ilmiah ini. Kalian merupakan sumber
inspirasi dan sumber nadi yang penting untuk penulis mencapai kejayaan di dunia dan
akhirat.

Seterusnya, jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam membantu memberikan maklumat yang berkaitan bagi
membantu penulis menyiapkan penulisan latihan ilmiah ini. Seterusnya kepada pihak
JAKIM, Mufti Wilayah dan Zelcos Laboratory yang banyak menjadi rujukan penulis
memperoleh maklumat mengenai tajuk latihan ilmiah penulis. Semoga urusan kalian
dalam memartabatkan Industri Halal akan diberikan ganjaran yang tidak terhingga dari
Allah s.w.t.

Akhir sekali, terima kasih juga kepada sahabat seperjuangan yang tidak putus
memberikan idea di samping sentiasa berada bersama penulis dalam menyiapkan
penulisan latihan ilmiah ini.

Dengan rendah hati, penulis ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang
kesalahan yang disedari dan tidak disedari oleh penulis sendiri serta kemusykilan
memahami ulasan yang dikemukan. Sesungguhnya segala yang baik itu datangNya
dari Allah S.W.T dan kekurangan daripada kelemahan penulis sendiri.

Sekian Terima Kasih.

Nur Balqis Binti Faisal


(19BI01041)
No.21, Jalan Setia Impian u13/2r,
Impian 2, Setia Alam,
40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

iv
ABSTRAK

Penulisan latihan ilmiah ini berkisar tentang “Produk Kosmetik Halal: Kajian Di
Zelcos Laboratory”. Bab satu kajian ini menerangkan latar belakang kajian yang
mengandungi pengenalan, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian,
limitasi kajian, hipotesis kajian dan metodologi kajian. Penulis menekankan semula
objektif kajian dalam penulisan ini iaitu penulis telah menerangkan konsep produk
kosmetik halal. Objektif kedua adalah menjelaskan undang-undang berkaitan dengan
kosmetik halal dan mengkaji produk kosmetik halal di Zelcos Laboratory. Di dalam
metodologi kajian pelbagai cara yang telah digunakan oleh penulis dengan
menggunakan kajian kualitatif untuk mendapatkan data yang lebih baik dan bukan
plagiat yang diperlukan antaranya adalah metodologi perpustakaan, dokumentari, soal
selidik dan lain-lain. Malah, penulis juga menekankan tinjauan literatur daripada
beberapa penulis daripada artikel dan akhbar yang menjelaskan berkaitan produk
kosmetik di negara Malaysia serta perbandingan antara generasi-generasi mengikut
peredaraan zaman.

Bab kedua penulis akan menjelaskan konsep produk kosmetik halal mengikut
perundangan dan perspektif Islam, dalil pensyariatan yang berkaitan dengan produk
kosmetik malah penulis memasukkan beberapa hukum penggunaan dan kandungan
bahan produk kosmetik yang dikeluarkan oleh mufti wilayah persekutuan. Walau
bagaimanapun, terdapat jenis-jenis bahan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan di
dalam produk kosmetik yang ditekankan oleh penulis bagi tujuan keselamatan
pengguna dalam menggunakan sesuatu produk. Beberapa penguatkuasaan dan
perundangan kosmetik yang terlibat bagi membantu pihak-pihak untuk meneliti
pengeluaran produk di negara Malaysia.

Bab ketiga merupakan kajian penulis berkaitan temu bual antara sebuah syarikat
pengeluaran produk kosmetik persendirian yang mempunyai pensijilan Good
Manufacturing Practices (GMP) yang terletak di Pulau Pinang iaitu Zelcos Labrotary.
Oleh hal yang demikian, penulis tidak dapat melengkapkan sepenuhnya objektif kajian
yang ketiga iaitu mengkaji produk kosmetik halal di Zelcos Laboratory yang mana
penulis tidak berkesempatan untuk menemu bual pihak syarikat tersebut akibat

v
daripada kekangan penulis. Walau bagaimanapun, penulis mengambil beberapa fakta
pada laman sesawang syarikat Zelcos Laboratory tersebut malah penulis juga
mengambil di beberapa laman sesawang seperti VNI Scientific Sdn Bhd,
Aszulqa.com, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd dan sebagainya untuk dijadikan
sebagai rujukan tambahan bagi memenuhi kajian penulisan di dalam bab tiga.

Bab keempat pula merupakan penutup kepada penyelidikan ini. Penulis hanya
menerangkan saranan yang dikehendaki bagi memperbaiki beberapa permasalahan
yang dihadapi oleh kerajaan serta masyarakat dan kesimpulan sebagai pengakhiran
tajuk penyelidikan ini.

vi
SENARAI KEPENDEKAN

Singkatan Keterangan

ACD ASEAN Cosmetic Diractive


AHA Alpha Hydroxy Acids
BKKM Bahagian Kawalan Kualiti Makanan
BPFK Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
EDT Eau de Toilette
EDP Eau de Parfum
GMP Good Manufacturing Practice
IMO International Maritime Organization
ISO International Organization for Standardization
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JAIN Jabatan Agama Islam Negeri
JSM Jabatan Standard Malaysia
KDRM Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
KKM Kementerian Kesihatan Malaysia
KPDNHEP Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna
KPDNKK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
MS Malaysian Standard
NPRA National Pharmaceutical Regulatory Agency
ODM Original Design Manufacturing
OEM Original Equipment Manufacturer
OTCO Ecocert, Oregon Tilth Certified Organic
PBT Pihak Berkuasa Tempatan
r.a Radiallahu anha
R&D Research And Development
s.a.w sallallahu alaihi wasallam
s.w.t subhanahuwataala

vii
SENARAI STATUT

Halaman
Akta Perlindungan Pengguna 1999 54
Akta Racun 1952 39
Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549] 49 - 50
Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 51 - 54

viii
SENARAI TRANSLITERASI

1. Konsonan

Kebiasaannya konsonan pada huruf arab atau jawi tidak semestinya padan dan
sesuai dengan penggunaannya pada huruf rumi. Pada beberapa huruf konsonan
tertentu, konsonan tersebut boleh dijawikan, tetapi ada beberapa konsonan tertentu
terpaksa dilakukan beberapa tambahan. Hal sedemikian dapat disimpulkan dalam
keadaan seperti berikut:

HURUF JAWI HURUF RUMI HURUF JAWI HURUF RUMI

‫أ‬،‫ء‬،‫ا‬ a,’(hamzah) ‫ط‬ ṭ


‫ب‬ b ‫ظ‬ ẓ
‫ت‬ t ‫ع‬ ،
‫ث‬ th ‫غ‬ gh
‫ج‬ j ‫ف‬ f
‫ح‬ h ‫ق‬ q
‫خ‬ kh ‫ك‬ k
‫د‬ d ‫ل‬ l
‫ذ‬ dh ‫م‬ m
‫ر‬ r ‫ن‬ n
‫ز‬ z ‫ه‬ h
‫س‬ s ‫و‬ w
‫ش‬ sy ‫ي‬ y
‫ص‬ ṣ ‫ة‬ h
‫ض‬ ḍ

ix
2. Vokal

Dalam sistem vokal Arab ada vocal pendek, panjang dan dfitong.

1. PENDEK 2. PANJANG 3. DIFTONG

‫ ___`_ا‬a ‫___`__ا‬ā ‫__·` __يا‬ay

‫___`_ي‬i ‫___`__ي‬i ‫__·'__وا‬aw

‫___’_و‬u ‫___’__و‬u

x
DAFTAR ISI

KANDUNGAN HALAMAN

HALAMAN TAJUK
HALAMAN PENGESAHAN
PENGHARGAAN iii - iv
ABSTRAK v – vi
SENARAI KEPENDEKAN vii
SENARAI STATUT viii
SENARAI TRANSLITERASI ix – x
DAFTAR ISI xi – xii

BAB SATU: PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1 -2
1.2 Permasalahan Kajian 2 -5
1.3 Persoalan Kajian 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Hipotesis Kajian 6
1.6 Skop Kajian 6
1.7 Metodologi Kajian 7
1.7.1 Metode Pengumpulan Data 7–9
1.7.2 Metode Penganalisian Data 9 – 10
1.8 Sorotan Literatur 10 – 16

BAB DUA : PRODUK KOSMETIK HALAL 17

2.1 Pendahuluan 18 – 20
2.2 Definisi Produk Kosmetik Halal 21
2.2.1 Definisi Kosmetik 21
2.2.2 Definisi Halal 22
2.2.3 Definisi Kosmetik Halal 22 – 23

xi
2.3 Dalil Pensyariatan 23 – 25
2.4 Hukum Pengunaan Produk Kosmetik 25 – 34
2.5 Bahan Produk Kosmetik 34 - 35
2.5.1 Bahan Yang Dibenarkan Dalam Kosmetik 35 – 38
2.5.2 Bahan Yang Dilarang Dalam Kosmetik 39 – 42
2.6 Produk Kosmetik Dan Pengguna 43 – 45
2.7 Penguatkuasaan Dan Undang-Undang Kosmetik Halal 45 – 46
2.7.1 Asean Cosmetic Directive (ACD) 47 – 48
2.7.2 Standard Malaysia 48 – 50
2.7.3 Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah 50 – 53
2.7.4 Akta Perlindungan Pengguna 1999 53 – 54
2.8 Kesimpulan 54 – 55

BAB TIGA : KOSMETIK HALAL DI ZELCOS 56


LABORATORY

3.1 Pendahuluan 57 – 59
3.2 Pengenalan Mengenai Zelcos Laboratory 59 – 61
3.3 Jenis-Jenis Produk Kosmetik Yang Dikaji Oleh Zelcos 62 – 66
Laboratory
3.4 Peranan Zelcos Laboratory Terhadap Produk Kosmetik 67 – 69
Mengikut Piawaian Standard Halal
3.5 Perkhidmatan Zelcos Laboratory Kepada Pengeluar 69 – 75
3.6 Kesimpulan 76 - 77

BAB EMPAT : PENUTUP 78

4.1 Kesimpulan 79 – 82
4.2 Saranan 83 – 86
4.3 Penutup 86 – 87

BIBLIOGRAFI 88 - 97

xii
BAB SATU
BAB SATU

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kosmetik adalah bahan yang digunakan pada luar badan bagi tujuan membersihkan,
mewangikan, mengubah rupa, memperbaiki bau badan, melindungi atau mengekalkan
dalam keadaan yang baik. Selain itu, kosmetik ini amat digemari oleh para wanita
berbanding para lelaki yang mana ia menitikberatkan penampilan fizikal bagi
mencapai kesempurnaan dengan memilih dan menggunakan pelbagai jenis produk
kosmetik yang dipercayai dapat membantu dalam kecantikan diri. Kosmetik dikenali
sebagai solekan yang mengandungi pelbagai bahan serta pelbagai jenis kosmetik yang
telah direka untuk digunakan pada muka.

Antara campuran yang terdapat dalam kosmetik adalah campuran daripada bahan
kimia, sesetengahnya berasal daripada sumber alam semula jadi dan bahan-bahan
sintetik. Sebelum ini, pengguna amat menumpukan pemilihan kosmetik dari segi
penjenamaan serta keberkesanan pengiklanan yang dibuat setiap jenama kosmetik
tersebut tetapi kini pengguna lebih arif dalam menilai produk dan lebih sensitif kepada
bahan yang digunakan dalam sesuatu produk kosmetik.

Negara Malaysia mempunyai pelbagai bangsa serta agama terutamanya peningkatan


daripada masyarakat beragama Islam. Pada waktu yang sama, Malaysia mengambil
inisiatif berkaitan status halal pada produk-produk yang dijual di pasaraya atau kedai
serbaneka untuk pengguna yang beragama Islam dibawah Jabatan Standard Malaysia.
Di samping itu, produk kosmetik juga tidak terkecuali dalam kategori status halal yang
dititikberatkan oleh pengguna beragama Islam bahkan pengguna bukan Islam juga
sudah mula menggunakan produk kosmetik halal seperti produk penjagaan kulit atau
produk penjagaan diri. Bagi pengeluar yang ingin mengeluar produk kosmetik halal

1
hendaklah memohon pensijilan halal dan merujuk MS 2200:2008 yang telah
dikemaskini kepada MS 2634:2019.

Malaysia mempunyai pelbagai makmal ujian bagi produk kosmetik halal mengikut
piawaian standard yang ditetapkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) serta
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya bahan yang digunakan di dalam
produk adalah halal dan bukan daripada unsur haram. Pihak JAKIM berkuasa dalam
mengeluarkan pensijilan halal bagi produk-produk yang dikeluarkan termasuklah
makanan, pelancongan mesra muslim serta farmaseutikal. Sebanyak 430 syarikat
kosmetik dan 6 513 produk kosmetik di Malaysia telah mendapat pensijilan halal di
bawah JAKIM yang mana pengeluar produk kosmetik telah melalui Bahagian Hab
Halal yang menguji tahap bahan digunakan ke dalam produk kosmetik itu.

Sehubungan itu, sektor kosmetik halal turut menyumbang sebanyak 10 sehingga 20


peratus daripada pasaran kosmetik domestik. Ini membuktikan bahawa sektor produk
kosmetik juga dapat meningkatkan ekonomi negara Malaysia serta dapat menarik
minat masyarakat bukan Islam untuk membeli dan menggunakan produk yang
berlandaskan sebagai satu produk halal. Malaysia adalah negara yang dilihat lebih
maju dalam memartabatkan sektor perniagaan halal dan terus menerajui kedudukan
yang baik sehingga penanda aras piawaian halal dapat diakses kepada nilai pasaran
global. Agama Islam merupakan agama yang menaruh perhatian pada persoalan
kebersihan, kesucian serta keindahan bahkan menggalakkan umatnya menjaga
kebersihan dan memelihara diri.

1.2 Permasalahan Kajian

Dengan membuat pemilihan terhadap produk kosmetik halal menjadikan pengguna


beragama Islam yang bijak untuk menggunakan bahan kimia berbahaya pada kulit dan
tidak menyokong kekejaman terhadap haiwan melalui ujikaji produk. Kebiasaanya
para wanita lebih banyak menggunakan produk kosmetik untuk memenuhi keperluan
daripada kesan fisiologi dan keperluan psikologi. Bagi keperluan fizikal sebagai
contoh untuk kebersihan diri, kesihatan dan kecantikan manakala keperluan psikologi
pula untuk diri sendiri dan rasa keinginan untuk dihargai.

2
Beberapa permasalahan yang timbul antaranya di dalam akhbar berita harian yang
mengeluarkan kenyataan berkaitan pengeluaran produk kosmetik secara kitar semula
adalah haram. Pengeluaran tersebut merupakan taktik yang digunakan oleh sesetengah
pihak pengusaha kosmetik untuk menutup produk yang dilarang itu dijual di pasaran
daripada pihak berkuasa dengan mengeluarkan produk baharu dan mempunyai sedikit
perubahan campuran formula daripada produk lama. Perkara ini berlaku sejak 2017
sehingga 2019 yang dikenakan terhadap beberapa jenama kosmetik bahkan bukan
setakat satu produk malah ada juga tiga produk dibawah jenama yang sama setiap
tahun1. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM)
telah melarang pengeluaran produk-produk yang mengandungi bahan terlarang
terutamanya racun berjadual seperti hydroquinone, merkuri dan tretinoin.
Kebiasaannya pengeluar-pengeluar produk mempunyai taktik kitar semula untuk
pengeluaran produk kosmetik itu seperti krim pemutih yang telah dijual bahkan
dinamakan sebagai Day Cream, Night Cream, Glow Cream atau Treatment Cream.
Pada tahun 2022, National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) Kementerian
Kesihatan (KKM) memberi peringatan terutamanya kepada pengguna untuk
menghentikan penggunaan tiga jenis produk kosmetik itu antaranya ialah Puteri Ratu
Treatment Cream dan Flash Night Cream yang dikesan mengandungi racun berjadual.
Produk tersebut tidak dibenarkan memasarkan dan dijual di Malaysia kerana notifikasi
produk kosmetik telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM 2.
Sedemikian itu, pengguna yang mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan
advers haruslah berjumpa dengan ahli profesional dengan segera supaya tidak
memberi kesan yang buruk kepada pengguna. Sesetengah pengguna Islam sendiri
tidak menitikberatkan tentang pelbagai jenis bahan yang terkandung di dalam produk
kosmetik tersebut daripada bahan asli yang organik sehinggalah membawa kepada
bahan-bahan kimia semata-mata untuk mengekalkan kecantikan pada wajah dan
anggota badan. Pelbagai produk telah dihasilkan dengan kandungan yang meragukan

1
Norhafzan Jaafar (2019 Oktober). Kosmetik Haram Dikitar Semula. Akhbar Berita Harian.
Retrieved November 20, 2022,
https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/10/622435/kosmetik-haram-dikitar-semula.
2
KKM Kesan Tiga Produk Kosmetik Beracun (2022 April). Akhbar Berita Harian. Retrieved
Mac 21, 2023, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/950553/kkm-kesan-
tiga-produk-kosmetik-beracun.

3
kehalalannya. Berikutan daripada segelintir pengguna yang tidak sensitif dengan isu
halal dan aspek keselamatan sesuatu produk dengan kandungan merbahaya 3.

Permasalahan seterusnya adalah kelonggaran penguatkuasaan dari segi undang-


undang sehingga menyebabkan kekeliruan kepada pengguna terutamanya dari segi
pengeljuaran logo halal yang tidak sekata oleh pihak berkuasa Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM). Pihak pengusaha meletakkan logo halal secara sendiri pada
produk keluaran mereka secara bebas selagi mana tidak melanggar apa-apa
peruntukkan undang-undang4. Setiap produk kosmetik yang diluluskan oleh pihak
JAKIM, mereka akan mengeluarkan logo halal besertakan dengan nombor rujukan
JAKIM sebagai rujukan pengguna. Dalam permasalahan ini, JAKIM telah mengubah
nombor rujukan bagi produk kosmetik kerana terdapat beberapa perkara yang diubah
di dalam Malaysia Standard tersebut. Sebelum ini nombor rujukan untuk produk
kosmetik adalah MS2200: 2018 kemudian diubah kepada MS2634: 2019. MS2634:
2019 telah dikuatkuasakan oleh JAKIM pada tahun 2019 bagi setiap pengeluaran
produk kosmetik yang berada di Malaysia akan tetapi nombor rujukan tersebut kurang.
Nombor rujukan JAKIM ini kurang didedahkan kepada pengguna dan menyebabkan
pengguna tidak menghiraukan nombor rujukan yang ada sekiranya mereka membeli
produk-produk kosmetik itu. Sekiranya tedapat nombor rujukan yang lama iaitu
MS2200: 2018 pada produk kosmetik yang dikeluarkan, pengguna boleh membuat
aduan kepada pihak berkuasa kerana nombor rujukan tersebut tidak sah untuk
digunakan lagi serta tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

3
Nur Ilmi Ambo et al. 2021. Adakah Mahasiswa Gen-Z tahu Mengenai Pensijilan Halal bagi
Produk Kosmetik di Malaysia? International Conference on Islam in Malay World X. Hlmn.
2-3.
4
Ahmad Hidayat Buang et al. 2012. Isu Dan Cabaran Badan Pensijilan Halal Di Malaysia.
Shariah Journal. Vol.20, No.3. Hlmn 281.

4
Oleh sebab itu, kajian ini dibuat untuk mengetahui sama ada bahan yang terkandung
di dalam produk kosmetik tersebut perlulah mematuhi kehendak halal mengikut
hukum syarak dan standard halal yang telah ditetapkan oleh JAKIM dan JSM ataupun
tidak. Selain itu, dapat melihat bahan yang dibolehkan dan dilarang dalam penggunaan
kosmetik agar tidak mengundang merbahaya pada diri. Malah, garis panduan yang
telah digariskan oleh pihak berkuasa turut dikaji di dalam kajian ini

1.3 Persoalan Kajian

Persoalan kajian sebagai garis panduan bagi menjelaskan persoalan yang timbul untuk
dikaji dan difahami. Persoalan kajian ini juga dapat membantu pengkaji dan secara
tidak langsung mengkaji dengan lebih teliti dan teratur untuk subjek kajian
berdasarkan persoalan-persoalan yang timbul.

Dalam kajian ini terdapat tiga persoalan yang telah dikemukakan oleh pengkaji iaitu:

1- Apakah konsep produk kosmetik halal?


2- Apakah undang-undang yang berkaitan dengan kosmetik halal?
3- Apakah produk kosmetik halal di Zelcos Laboratory?

1.4 Objektif Kajian

Dalam menjalankan kajian terhadap bahan yang diguna pakai dalam Produk Kosmetik
Halal: Satu Kajian Di Zelcos Laboratory, pengkaji telah mengemukakan beberapa
objektif kajian iaitu:

1- Menerangkan konsep produk kosmetik halal.


2- Menjelaskan undang-undang berkaitan dengan kosmetik halal.
3- Mengkaji produk kosmetik halal di Zelcos Laboratory.

5
1.5 Hipotesis Kajian

Hipotesis merupakan satu tekaan intelek yang ingin menyatakan hubungkait antara
dua atau lebih bagi sesuatu pemboleh ubah tersebut. Di samping itu, ia haruslah
berasaskan kepada teori atau bukti yang menunjukkan bahawa hipotesis itu perlu
dibuktikan dan boleh diuji dengan jelas serta ringkas untuk dijadikan sebagai rujukan.
Antara hipotesis yang telah ditentukan adalah:

1- Produk kosmetik halal telah memberi kepercayaan kepada pengguna bahawa


produk itu halalan toyyiban untuk digunakan sebagai rutin harian.
2- Dengan wujudnya penguatkuasaan undang-undang produk kosmetik telah
memberi jaminan lebih selamat dan tidak meragui pengguna untuk
menggunakannya.
3- Zelcos Laboratory telah membantu sebahagian syarikat atau pengeluar produk
kosmetik untuk mendapatkan sijil halal yang sah dengan mengikut piawaian
standard ditetapkan daripada pihak JAKIM.

1.6 Skop Kajian

Kajian ini menumpukan terhadap batasan kajian yang akan menjadi garis panduan
kepada masyarakat sebagai kesedaran bersama bagi penggunaan produk kosmetik
halal pada masa kini. Selain itu, turut memberi penekanan terhadap hukum-hukum
syarak penggunaan bahan yang dilarang di dalam produk kosmetik dan akta-akta yang
dapat dirujuk untuk produk kosmetik halal. Kajian ini juga memberi fokus terhadap
satu makmal di Pulau Pinang iaitu Zelcos Laboratory yang mengkaji dan menilai
produk kosmetik tersebut sama ada ia selamat atau tidak dengan mengikut piawaian
standard ditetapkan daripada syarikat atau pengeluar produk kosmetik tersebut agar
mendapat pengiktirafan sijil halal yang sah.

6
1.7 Metodologi Kajian

Metodologi penyelidikan adalah tatacara mengkaji dan menyelidik sesuatu kajian


secara sistematik dan objektif bagi mengumpul data-data yang tepat serta berkesan
untuk mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku supaya dapat menambah
pengetahuan.

Oleh sebab itu, kaedah metodologi penyelidikan mempunyai pelbagai fungsi kerana
dalam erti kata sebenar ia telah mengenal pasti aktiviti penyelidikan serta dapat
menentukan dan mentakrifkan konsep sebenar. Di samping, dapat merujuk kepada
bahan-bahan yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat yang kukuh dalam
kajian penyelidikan tertentu.

Pengkaji telah menggunakan kajian kualitatif yang merupakan satu proses inkuiri
interpretatif untuk memahami sesuatu isu atau masalah bagi menonjolkan keunikan
kritikal persekitaran kajian. Kajian kualitatif memudahkan pengkaji untuk menyelidik
serta meneliti data statistik yang diambil sebagai panduan penulisan di dalam latihan
ilmiah ini. Jelaslah bahawa kajian ini amat berguna dan kajian utama yang digunapakai
di dalam garis panduan penyelidikan ini.

Metodologi kajian yang akan dilaksanakan sepanjang kajian ini dengan menerangkan
metode pengumpulan data dan metode penganalisian data

1.7.1 Metode Pengumpulan Data

Metode pengumpulan data adalah satu teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh
pengkaji untuk mengumpul data-data yang penting di dalam penulisan latihan ilmiah
ini. Selain itu, ia tidak diwujudkan melalui objek malahan ia dilihat bagi sesuatu
penggunaan seperti soal selidik, temu bual, pemerhatian, dokumentasi dan sebagainya.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengumpul data antaranya ialah
metode dokumentasi, metode perpustakaan, metode temu bual, dan metode tinjauan
kajian bagi memudahkan pengkaji menghasilkan penulisan latihan ilmiah tersebut.

7
1. Metode Dokumentasi

Metode dokumentasi ini merupakan satu cara untuk melihat dan menganalisis
dokumen atau catatan yang mempunyai permasalahan bagi penyelidikan ini.
Pengkaji telah mengambil beberapa sumber yang dapat digunakan sebagai
dokumentasi antaranya adalah artikel, akhbar harian, jurnal, Malaysian Standard
dan kajian-kajian lepas.

2. Metode Perpustakaan

Metode perpustakaan merupakan kaedah yang sangat penting untuk digunakan


bagi mencari dan mendapatkan maklumat berkenaan tajuk penulisan ini. Pada
masa kini, rujukan di perpustakaan boleh diperolehi secara dalam talian dengan
beberapa laman sesawang perpustakaan di seluruh Malaysia antaranya adalah
melalui E-library. Pengkaji lebih memberi tumpuan pada pembacaan dan rujukan
daripada beberapa buku berkaitan yang disediakan sekaligus membantu dalam
menghasilkan penulisan latihan ilmiah ini. Antara perpustakaan yang menjadi
pilihan pengkaji ialah:

a) Perpustakaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.


b) Perpustakaan Kuala Lumpur.
c) Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Raja Tun Uda, Shah Alam.

3. Metode Temu Bual

Metode temu bual kaedah tambahan yang akan dilakukan oleh pengkaji bagi
merekodkan dan menulis semula jawapan yang diberi ke dalam penulisan ini
bahkan mendapat beberapa pertukaran idea dilakukan antara satu sama lain bagi
membincangkan tajuk yang tertakluk dalam latihan ilmiah ini. Selain itu, temu
bual ini hanya melalui pegawai Zelcos Laboratory sahaja bagi membantu pengkaji
menyiapkan latihan ilmiah ini melalui temu bual secara bersemuka.

8
4. Metode Lapangan Kajian

Pengkaji akan membuat lapangan kajian di Zelcos Laboratory, Pulau Pinang untuk
meneliti dan mengkaji beberapa perkara berkaitan bahan yang digunakan dalam
produk kosmetik tersebut di samping mengenalpasti tindakan yang dilakukan oleh
pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Standard Malaysia
(JSM) untuk meluluskan permohonan logo halal bagi keluaran produk kosmetik.

1.7.2 Metode Penganalisian Data

Penganalisian data ini merupakan salah satu kaedah yang sangat penting bagi pengkaji
untuk melengkapkan penulisan latihan ilmiah ini. Penulis dapat mengubah data-data
yang telah dihasilkan dan dikaji untuk penelitian yang baharu agar dapat digunakan
dalam membuat kesimpulan keseluruhan dengan menyatakan impak serta cadangan
yang perlu diambil bagi merealisasikan produk kosmetik halal menjadi tumpuan
penting kepada masyarakat beragama Islam. Pengkaji menggunakan dua kaedah
dalam penganalisian ini iaitu metode induktif dan metode deduktif.

1. Metode Induktif

Merupakan huraian yang menganalisis satu pembuktian daripada penggunaan


struktur atau kerangka yang bersifat khusus bagi membantu pengkaji mencari
kesimpulan bersifat umum seperti konsep, hipotesis atau teori yang dikembangkan
dalam penulisan lengkap. Metode ini akan membantu pengkaji menghasilkan
kajian secara menyeluruh termasuklah pemakaian undang-undang terhadap
produk kosmetik halal tertakluk pada Malaysian Standard yang diselitkan dalam
bab dua.

9
2. Metode Deduktif

Kaedah ini tidak melibatkan struktur, teori atau kerangka yang ditetapkan kerana
ia lebih kepada komprehensif dan kerap digunakan untuk menganalisis data
kualitatif dalam menghasilkan sebuah rumusan yang bersifat khusus. Pengkaji
menggunakan kaedah ini hanya sebagai panduan untuk membuktikan kebenaran
dan mendapat beberapa maklumat yang tepat dari temu bual oleh pihak Zelcos
Laboratary untuk mengukuhkan fakta dalam penggunaan bab tiga.

1.8 Sorotan Literatur

Terdapat beberapa kajian baru-baru ini yang telah menumpukan pada permasalahan
penggunaan produk kosmetik halal yang semakin berleluasa di negara Malaysia
sehingga menjejaskan keraguan pengguna dalam menentukan sama ada ia halal atau
tidak. Peningkatan keraguan pengguna dalam penggunaan produk kosmetik di negara
Malaysia berpunca daripada permasalahan pihak berkuasa yang kurang mengambil
cakna berkaitan pengeluaran dan kelulusan logo halal untuk produk kosemtik tersebut.
Beberapa penyelidik telah mempertimbangkan kes penggunaan produk kosmetik ini
dengan membandingkan punca yang berlaku sama ada daripada pihak berkuasa atau
pihak pengeluaran yang tidak mengikut prosedur ditetapkan oleh JAKIM atau JSM
berkaitan logo yang perlu didaftarkan sebelum pengeluaran sesuatu produk kosmetik
agar tidak bercanggah terutamanya menggunakan bahan daripada haiwan atau
tumbuhan yang tidak halal.

Beberapa perkara yang dibahaskan oleh pengkaji antaranya adalah dari penulis Nor
‘Adha et. al. (2019) menjelaskan bahawa bilangan penduduk Islam di seluruh dunia
semakin meningkat serta ia memberi kesan yang positif terhadap penggunaan produk
halal bahkan pengguna bukan beragama Islam juga tertarik dengan produk yang halal
kerana ia selamat dan suci. Walau bagaimanapun pengusaha hendaklah mengambil
cakna tentang peningkatan pembelian pasaran kosmetik yang semakin luas kerana
pada masa kini bukan sahaja pengguna wanita yang menggunakan untuk penjagaan
diri tetapi pengguna lelaki turut menggunakan bagi kekemasan diri dihadapan

10
khalayak ramai5. Negara Malaysia telah mengambil inisiatif paling berkesan mengenai
kepenggunaan produk kosmetik halal yang digunakan oleh pengguna di samping logo
halal tersebut diiktiraf secara sah oleh pihak JAKIM.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah agensi yang utama di negara
Malaysia bagi menguruskan pensijilan halal yang dimohon oleh pengeluar terhadap
industri masing-masing tambahan pula JAKIM bekerjasama dengan beberapa agensi
kerajaan yang lain antaranya adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Standard Malaysia, Jabatan
Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kastam
Di Raja Malaysia (KDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Setiap agensi
kerajaan mempunyai peranan tersendiri dalam industri halal di Malaysia agar tidak
bercanggah dengan matlamat masing-masing supaya pengguna yang beragama Islam
menggunakan produk halal dengan baik dan selamat (Zulfah,2019) 6.

Menurut Mahyeddin el at. (2016), plasenta haiwan mempunyai banyak manfaat


terutamanya dari segi perubatan tradisional China sejak sekian lama. Walau
bagaimanapun, di negara Malaysia juga menggunakan plasenta haiwan dan ia
bukanlah perkara yang baharu kerana terdapat salah seorang artis popular beragama
Islam telah mendedahkan rutin hariannya setiap tiga bulan melakukan suntikan
plasenta biri-biri demi mengekalkan kecantikan kulit di wawancara akhbar Sinar
Harian pada tahun 20137. Akan tetapi tidak ada fatwa yang dikeluarkan di Malaysia
berkaitan hukum menggunakan plasenta haiwan sama ada dibenarkan atau tidak malah
ia perlu merujuk secara jelas garis panduan penggunaan dalam standard halal seperti
Standard Malaysia.

5
Nor ‘Adha Ab Hamid et al. 2019. Pengguna dan Kosmetik Halal: Perspektif Syariah. 5 th
Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019), KUIS. Hlmn. 19-20.
6
Nur Zulfah Md Abdul Salam. 2019. Agensi Terlibat Dalam Membantu Proses Pensijilan
Halal Bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 5 th Muzakarah Fiqh &
International Fiqh Conference (MFIFC 2019), KUIS. Hlmn. 278-279.
7
Mohd Mahyeddin Mohd Salleh et al. (2018). Plasenta Haiwan Dalam Produk Kosmetik Dan
Farmaseutikal: Halal Atau Haram?. Malaysian Journal Of Syariah And Law. Vol 8. No.1.
Hlmn. 102.

11
Pengkaji yang seterusnya pula ialah Syuhaily et al. (2020) telah mengkaji bahawa
negara Malaysia mempunyai pelbagai agama, bangsa dan budaya malah isu halal dan
haram merupakan isu yang sering didengari dikalangan masyarakat terutamanya
terhadap kalangan beragama Islam serta bukan beragama Islam. Pengguna Muslim
menekankan penggunaan produk yang halal bukan semata-mata melihat bahan atau
ramuan yang terkandung pada produk tersebut tetapi mereka mengambil berat tentang
kebersihan, sumber serta peralatan yang digunakan mengikut piawaian yang diberi
oleh pihak berkuasa JAKIM8. Pemilihan produk kosmetik halal adalah mengikut dasar
dari pengguna itu sendiri tanpa merasakan ragu-ragu dalam pembelian produk itu.

Sebelum ini, pengguna muslim tidak mengambil berat tentang produk yang
mempunyai logo atau label halal kerana mereka hanya bergantung dengan kesedaran
diri sendiri dan maklumat yang tidak tepat. Kadangkala perbezaan dari segi bentuk
atau corak di antara satu produk dengan produk yang lain bagi penggunaan logo halal
sehingga menjadi rumit dan mempunyai masalah produk gunaan orang Islam yang
melibatkan pengusaha bukan Islam kurang memahami akan halal dan haram secara
terperinci. Pengguna hanya bergantung sepenuhnya terhadap tanggungjawab pihak
berkuasa bagi memastikan produk yang dihasilkan menepati standard halal ditetapkan
(Adilah Ariffin et al. 2016)9.

Selain itu, Norkhazzaina et al. (2020) telah membuat kajian antara umur 18 tahun
sehingga 30 tahun dapat melihat tahap ketersediaan pembelian dalam kalangan
pengguna Muslim dan bukan Muslim bagi generasi Y tersebut. Sebanyak 95 peratus
generasi Y telah melibatkan diri mereka dalam pasaran kosmetik di Malaysia bagi
pembelian produk kosmetik kerana bukan sahaja pengguna wanita yang menjadi
pembeli tegar malah pengguna lelaki juga merupakan pembeli yang sering untuk
menampilkan diri mereka lebih nampak kemas. Pengguna Muslim bagi generasi Y
mempunyai ketersediaan yang lebih baik terhadap pembelian produk kosmetik halal

8
Syuhaily Osman et. al (2020). Eksplorasi Faktor Pengaruh Terhadap Tingkah Laku
Pembelian Kosmetik Halal Dalam Kalangan Pengguna. International Journal of Social
Science Research. Vol 2. No 4. Hlmn. 34.
9
Adillah Ariffin et al. 2016. Faktor-Faktor Mempengaruhi Permintaan Produk Kosmetik
Halal. Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS). Hlmn. 21.

12
berbanding ketersediaan pengguna non-Muslim generasi Y yang rendah dari sudut
logo halal tidak mempunyai pengaruh besar terhadap mereka 10.

Hanis et al. (2017) telah menceritakan bahawa kecenderungan untuk membeli sesuatu
produk melihat kebergantungan dari sikap peribadi seseorang dengan produk yang
ingin dibeli dan perkhidmatan yang ditawarkan itu berbaloi untuk diri sendiri atau
tidak. Kebanyakkan pengguna kurang mahir dari segi pemilihan jenama produk
kosmetik yang mempunyai pensijilan halal oleh pihak berkuasa. Masyarakat amat
mementingkan aspek penjagaan diri untuk meningkatkan keyakinan diri agar
kelihatan lebih bergaya. Permintaan kosmetik halal yang semakin meningkat bukan
akibat daripada pertumbuhan masyarakat beragama Islam tetapi kerana keyakinan
seseorang terhadap kualiti dan keselamatan produk kosmetik halal tersebut 11.

Nizam (2022) menjelaskan bahawa pembeli yang beragama Islam haruslah memilih
dan membeli produk kosmetik yang mempunyai logo halal serta pensijilan halal yang
sah oleh pihak berkuasa JAKIM kerana ia dapat memberi impak kurang baik pada
masa akan datang. Produk kosmetik hanya boleh digunakan pada bahagian luaran
sahaja akan tetapi sesetengah masyarakat yang menganggap bahawa produk yang
diminum atau dimakan boleh dikategorikan sebagai produk kosmetik bahkan ia hanya
suplemen kesihatan sahaja. Agama Islam telah menggariskan panduan mengikut
standard yang ditetapkan mengikut hukum halal dan haram12. Halal yang memberi
maksud dibenarkan, dibolehkan atau tidak melanggar syarak malah perkataan halal
juga setanding dengan perkataan tayyib secara bersama. Perkataan tayyib dirujuk bagi
memenuhi sesebuah kualiti, keselamatan, kebaikan dan kesempurnaan terhadap

10
Norkhazzaina Salahuddin et al. 2020. Perbezaan Ketersediaan Pembelian Kosmetik Halal
Antara Pengguna Muslim Dan Non-Muslim Generasi Y. Proceeding 24th MACFEA Virtual
Seminar. Hlmn. 158.
11
Nurul Hanis Noor Hasni & Mastora Mustafar. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Kecenderungan Pelajar Untuk Membeli Produk Kosmetik Halal Di UUM. Pusat Pengajian
Pengurusan Teknologi dan Logistik, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Hlms. 704
12
Mohd Nizam Mohamad Yatim (2022 Jun). Pastikan Produk Kosmetik Halal. Akhbar Utusan
Malaysia Retrieved Oktober 28, 2022,
https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/06/pastikan-produk-kosmetik-halal/.

13
sesuatu produk yang selari dengan Good Manufacturing Practice (GMP) sebagai
proses yang diwajibkan di dalam standard bagi industri kosmetik yang terbaik.

Majoriti pengguna Muslim di Malaysia sebanyak 61.3 peratus oleh Jabatan Statistik
Malaysia pada tahun 2020. Pelbagai permasalahan yang timbul antaranya ialah
beberapa produk yang meragukan kerana kandungan ramuan dalam produk itu diragui
kehalalannya iaitu penghasilan gelatin sebanyak 60 sehingga 70 peratus berasaskan
khinzir di seluruh dunia. Pengguna haruslah mengetahui dan mengenali produk
kosmetik yang digunakan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mencegah penggunaan
produk kosmetik yang haram dan tidak selamat serta tidak berkualiti. Pengkaji juga
menjelaskan bahawa individu yang berstatus bujang, muda dan berada di institusi
tinggi lebih berpengetahuan tinggi berkaitan kosmetik halal berbanding dengan
mereka yang sudah berkahwin (Ilma et al. 2020) 13.

Yusmizal (2022) menceritakan bahawa seorang pengguna TikTok telah mengeluarkan


satu kenyataaan berkaitan bahan kosmetik yang mempunyai babi adalah boleh
digunakan dengan tujuan rawatan dan kecantikan akan tetapi ia menjadi haram
sekiranya memakan daging babi tersebut 14. Dengan wujudnya pengaruh yang sebegitu
ia telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat beragama Islam yang tidak
merujuk terlebih dahulu bahan-bahan terkandung serta tidak merujuk terlebih dahulu
kepada pihak berwajib mengenai hukum halal sesuatu produk. Datuk Nadzim Johan
merupakan ketua aktivis telah menegaskan kepada semua pemilik akaun media sosial
yang memberi pengaruh tidak sepatutnya dengan mengeluarkan hukum sendiri dan
menampilkan kandungan bahan yang mengelirukan kepada sesetengah masyarakat
yang tidak merujuk kepada pihak berwajib mengenai hukum halal bagi sesuatu
produk. Apa-apa penggunaan atau melibatkan haiwan babi, hukumnya adalah haram
di sisi Islam kerana ia adalah najis mughallazah sebagai najis berat yang perlu dibasuh
untuk menghilangkan sifat najis tersebut.

13
Nur Ilmi Ambo et al. 2020. Tahap Pengetahuan Kosmetik Halal dalam Kalangan Pelajar
Pascasiswazah di Univeristi Malaya. Journal of Ilmi. Jilid 10. Hlmn. 76.
14
Yusmizal Dolah Aling (2022 April). Bahan Kosmetik Ada Babi: JAKIM Digesa Nasihati
Pengguna Tiktok & Jangan Main-Main Soal Halal Haram. Akhbar Harian Metro. Retrieved
Oktober 28, 2022, https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/04/829882/bahan-kosmetik-
ada-babi-jakim-digesa-nasihati-pengguna-tiktok.

14
Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa:

“Kebersihan bekas salah seorang daripada kamu, apabila anjing menjilat padanya, dia
hendaklah membasuhnya dengan tujuh kali basuhan, salah satunya daripada air
tanah.”
(Riwayat Muslim)

Budaya masyarakat pada hari ini sangat membimbangkan apabila mereka terlalu
taksub untuk memiliki kulit wajah yang cantik seperti barbie doll akibat daripada
lambakan penjualan produk kosmetik tempatan yang wujud di Malaysia sehingga
memberi kerisauan terhadap pengeluar yang sanggup menggunakan bahan terlarang
dan boleh memudaratkan pengguna. Rata-rata pengeluar masih degil menggunakan
bahan-bahan yang mengandungi racun berjadual di dalam produk kosmetik walaupun
pihak Kementerian Kesihatan giat menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di
premis-premis kecantikan terutamanya menghasilkan produk sendiri dengan menjual
produk timbang kilo. Sebagai contoh pengalaman seseorang yang menggunakan
produk timbang kilo dan dikenali sebagai Evelyn, 31. Dia berkata, selepas dua hari
menggunakan produk timbang kilo kulitnya terasa pedih, kemerah-merahan dan tona
kulit tidak sekata sehingga mengakibatkan seluruh wajahnya dipenuhi jerawat nanah
yang teruk dan menggelupas akibat menggunakan produk berbahaya. Evelyn telah
membuat keputusan untuk tidak meneruskan pemakaian produk dan berhenti serta-
merta (Faznie Aida 2021)15.

Secara keseluruhannya adalah, produk kosmetik ini haruslah diteliti dan disemak
dengan sebaik mungkin sama ada halal atau haram untuk diguna sepanjang hari.
Perkara ini boleh merujuk dengan pihak lebih berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam
Malasyia (JAKIM), Jabatan Standard Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri
(JAIN) untuk mengesahkan pensijilan halal yang sah serta logo halal yang dikeluarkan
tersebut adalah logo yang disahkan atau tidak kerana kebanyakkan pengeluar pada
masa kini mengambil pendekatan yang mudah untuk menipu bagi pensijilan halal

15
Raja Nur Faznie Aida (2021 Februari). Kaji Dahulu Sebelum Guna Produk Kosmetik.
Akhbar Sinar Harian. Retrieved Mac 21, 2023.
https://www.sinarharian.com.my/article/122393/suara-sinar/analisis-sinar/kaji-dahulu-
sebelum-guna-produk-kosmetik.

15
tersebut di negara Malaysia. Di dalam buku “Halalan Thoyyiban Perspektif Malaysia”,
menjelaskan bahawa negara Malaysia masih tidak mempunyai akta khusus seperti
Akta Halal tetapi terdapat peruntukkan perundangan serta badan pegawalseliaan halal
yang terlibat bagi membantu untuk meningkatkan kawalan produk kosmetik lebih
ketat dan teratur. Pelaksanaan undang-undang halal di Malaysia dilihat lemah dan
perlu ditambahbaik dengan segera.

16
BAB DUA
BAB DUA

KONSEP PRODUK KOSMETIK

2.1 Pendahuluan

Islam amat menekankan aspek halal dan haram tentang apa jua perkara dan keadaan
dalam kehidupan seseorang manusia sama ada dalam bentuk pemakanan, pengeluaran
produk, percakapan, perbuatan dan sebagainya. Pengusaha bagi produk halal haruslah
cakna tentang pasaran kosmetik dunia kerana ia bukan sahaja melibatkan golongan
wanita sahaja bahkan ia melibatkan golongan lelaki yang menitikberatkan aspek
penjagaan diri agar tampil dengan lebih kemas dan bersih 1.

Hadis ke-6 dari buku hadis Arbain (hadis 40), Imam Nawawi menceritakan tentang
hukum halal, haram dan syubhah seperti dibawah:

ِ‫س ْو َل هللا‬ ُ ‫س ِم ْعتُ َر‬ َ ‫ض َي هللاُ َع ْن ُه َما َقا َل‬ ِ ‫َع ْن أَ ِبي َع ْب ِد هللاِ النُّ ْع َم‬
ِ ‫ان ب ِْن بَ ِشي ٍْر َر‬
‫ام بَيِ ٌن َوبَ ْينَ ُه َما أ ُ ُم ْو ٌر‬
َ ‫ ِإ َّن ْال َحالَ َل بَيِ ٌن َو ِإ َّن ْال َح َر‬: ‫سلَّ َم يَقُ ْو ُل‬
َ ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ
‫ت فَقَ ْد ا ْستَب َْرأَ ِل ِد ْينِ ِه‬ ِ َّ‫ُم ْشتَبِ َهاتٌ الَ يَ ْعلَ ُم ُه َّن َكثِي ٌْر ِمنَ الن‬
ُّ ‫ فَ َم ِن اتَّقَى ال‬،‫اس‬
ِ ‫شبُ َها‬
‫عى َح ْو َل‬ َ ‫الرا ِعي َي ْر‬ َّ ‫ َك‬،‫ت َوقَ َع ِفي ْال َح َر ِام‬ ُّ ‫ َو َم ْن َوقَ َع ِفي ال‬،‫ض ِه‬
ِ ‫شبُ َها‬ ِ ‫َو ِع ْر‬
ِ ‫ أَالَ َو ِإ َّن ِل ُك ِل َملِكٍ ِح ًمى أَالَ َو ِإ َّن ِح َمى هللاِ َم َح‬،‫ْال ِح َمى يُ ْو ِشكُ أَ ْن َي ْرتَ َع فِ ْي ِه‬
ُ‫ار ُمه‬
َ ‫سدَ ْال َج‬
ُ‫سد‬ َ ‫ت َف‬
ْ َ‫سد‬ َ ‫صلَ َح ْال َج‬
َ ‫سدُ ُكلُّهُ َو ِإذَا َف‬ َ ‫ت‬ ْ ‫صلَ َح‬ َ ‫ضغَةً ِإذَا‬ ْ ‫س ِد ُم‬ َ ‫أَالَ َو ِإ َّن فِي ْال َج‬
ُ ‫ِي ْالقَ ْل‬
.‫ب‬ َ ‫ُكلُّهُ أَالَ َوه‬

1
Nor ‘Adha Ab Hamid et al. 2019. Pengguna Dan Kosmetik Halal: Perspektif Syariah. 5 th
Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019). Hlm. 20.

18
Maksudnya :

Daripada Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir RA katanya: “Aku mendengar


Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu pun
jelas dan di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara yang syubhat, ramai dari
kalangan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga diri daripada perkara
syubhat, maka dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Dan sesiapa yang
terjatuh ke dalam perkara-perkara syubhat, dia akan jatuh ke dalam perkara haram.
Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, dibimbangi
gembalanya akan meragut makanan di dalamnya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya
bagi setiap raja itu ada kawasan larangan, dan kawasan larangan Allah ialah perkara-
perkara yang diharamkannya. Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul
daging apabila ia baik, maka baiklah jasad keseluruhannya. Apabila ia rosak maka
rosaklah jasad seluruhnya ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Walau bagaimanapun, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan satu


agensi yang utama di Malaysia bagi mendokong perkembangan industri halal bahkan
bertanggungjawab dalam mengeluarkan pensijilan halal untuk pengeluar bagi sesuatu
produk. Malah, menyediakan dan memastikan garis panduan produk halal tersebut
sebagai komperehensif. Garis panduan telah merangkumi prosedur pemeriksaan,
pengesahan dan permohonan sijil halal, kelulusan, syarat-syarat, pemantauan dan
penguatkuasaan. Selain itu, terdapat beberapa agensi kerajaan yang lain bekerjasama
dan menyokong pembangunan industri halal di Malaysia antaranya adalah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),
Jabatan Standard Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (KDRM) dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT). Setiap agensi kerajaan mempunyai peranan tersendiri dalam industri

19
halal di Malaysia agar tidak bercanggah dengan matlamat masing-masing supaya
pengguna yang beragama Islam menggunakan produk halal dengan baik dan selamat 2.
Konsep halal di dalam produk kosmetik ini bukan sahaja tertumpu kepada pengguna
Islam bahkan pengguna bukan Islam mula menggunakan produk kosmetik halal
seperti produk penjagaan kulit dan penjagaan diri untuk digunakan dalam kehidupan
harian. Produk Kosmetik merupakan salah satu daripada bidang industri yang luas dan
terbesar di dunia bahkan ia bukanlah perkara yang baharu diperkenalkan tetapi telah
muncul sejak kian lama dahulu kerana merupakan perkara asas penggunaan bagi
setiap manusia.

Pelbagai jenis produk kosmetik yang telah dikeluarkan oleh pengusaha sehingga
menjadi tarikan dan tumpuan kepada pengguna berkenaan. Setiap pengguna haruslah
cakna dengan bahan yang digunakan terutamanya mempunyai logo halal daripada
JAKIM. Namun, pemilihan produk bergantung kepada pengguna untuk mengetahui
sama ada ia selamat atau sebaliknya kerana kebanyakkan produk kosmetik sukar
dijumpai logo halal oleh pengguna berbanding produk makanan. Sesetengah pengguna
melihat produk kosmetik yang menampakkan hasil penggunaan yang baik seperti
“glowing” berbanding dengan status halal. Pemilihan produk kosmetik tertakluk
kepada atas dasar dari pengguna itu sendiri tanpa merasakan ragu-ragu dalam
pembelian produk tersebut3.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Zahid Hamidi menyatakan bahawa negara
Malaysia akan mendahului dalam Global Islamic Indicator untuk kali ke-5 dalam
Minggu Halal Sedunia pada bulan april akan datang kerana ia telah mencerminkan
satu ekosistem ekonomi Islam yang kukuh supaya Malaysia dapat menikmati sebagai
peneraju besar dalam kewangan Islam dan produk halal.

2
Nur Zulfah Md Abdul Salam. 2019. Agensi Terlibat Dalam Membantu Proses Pensijilan
Halal Bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 5th Muzakarah Fiqh &
International Fiqh Conference (MFIFC 2019). KUIS. Hlmn. 276.
3
Syuhaily Osman et al. 2020. Eksplorasi Faktor Pengaruh Terhadap Tingkah Laku Pembelian
Kosmetik Halal Dalam Kalangan Pengguna. International Journal of Social Science Research.
Hlmn. 38.

20
2.2 Definisi Produk Kosmetik Halal

Kebiasaannya, produk kosmetik ini sering dikenali sebagai alat solek atau produk yang
digunakan secara luaran untuk mencantikkan seseorang individu. Perkataan kosmetik
berasal daripada Greek yang membawa maksud to adorn (mendandan atau bersolek).
Barangan kosmetik sering disimpan di rumah malah merupakan barangan utama yang
sentiasa dibawa oleh wanita.

2.2.1 Definisi Kosmetik

Mengikut Standard Malaysia, Perkara 3.3 kosmetik adalah bahan dan sediaan
yang dibuat untuk bersentuhan dengan pelbagai bahagian luar badan seperti
epidermis, rambut, kuku, bibir dan organ sulit luaran antaranya pada gigi atau
saluran mukus di mulut bagi tujuan untuk membersih, mewangikan, mengubah
penampilan serta membaiki bau badan dengan memastikan berkeadaan yang
baik4.

Oleh itu, produk kosmetik juga sering dikenali sebagai alat solek atau produk yang
digunakan secara luaran untuk mencantikkan seseorang. Pada peringkat
regulatori, kosmetik mempunyai definisi yang lebih terperinci dan jelas iaitu
sesuatu bahan atau sediaan untuk digunakan pada bahagian luaran badan manusia
seperti kulit, rambut, kuku, bibir, bahagian luaran organ genital manusia, gigi atau
membran mukus di dalam mulut yang bertujuan untuk membersih, mewangi,
mengubah penampilan, menghilangkan bau badan, melindungi dan mengekalkan
secara baik. Produk kosmetik tidak hanya merujuk kepada gincu, bedak muka,
maskara malah merangkumi lain-lain produk penjagaan, pembersihan diri seperti
syampu, sabun badan dan produk penjagaan gigi. 5.

4
Malaysian Standard (2008). Jabatan Standard Malaysia. Hlmn. 2.
5
Noor Hidayah Bt Mohd Noor (Ogos 2019). Produk Kecantikan Atau Produk Kosmetik. My
Health Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved Disember 1, 2022,
http://www.myhealth.gov.my/produk-kecantikan-atau-produk-kosmetik/.

21
2.2.2 Definisi Halal

Bagi maksud halal merupakan kata nama Bahasa Arab dengan kata dasarnya ialah
halla, yahillu, hillan yang bermaksud membebaskan, melepaskan, memecahkan,
membubarkan dan membolehkan. Menurut Yusuf Qardhawi pula, halal merujuk
kepada sesuatu yang membolehkan, yang tiada ikatan larangan padanya dan
diharuskan dari sudut syara’ untuk melakukannya 6.

Dari tafsiran undang-undang, tidak ada definisi yang khusus untuk halal daripada
Akta Perihal Dagangan 2011 tetapi terdapat perundangan subsidiari di bawah Akta
tersebut mengandungi peruntukan berkaitan dengan takrifan halal yang memberi
maksud produk halal sebagai tidak mengandungi bahagian atau benda daripada
mengandungi najis, tidak memabukkan, tidak mengandungi bahagian atau anggota
manusia, tidak beracun atau memudaratkan kesihatan, tidak disediakan, diproses
atau dikilang menggunakan peralatan yang dicemari najis, dan tidak bersentuhan,
bercampur atau berdekatan dengan apa-apa yang tidak halal ketika penyediaan,
pemprosesan atau penyimpanan produk tersebut7.

2.2.3 Definisi Kosmetik Halal

Konsep kosmetik halal telah meliputi semua aspek sistem pengurusan walau
bagaimanapun ia bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek pengeluaran,
tetapi ia juga merangkumi cara mendapatkan bahan halal, tetapi semua unsur
mestilah diambil kira seperti prosedur pembuatan, pembungkusan, penyimpanan
dan logistik8.

6
Prof. Madya Dr. Alias Bin Azhar el al. 2017. Pentakrifan Halal Menurut Syara’ Dan
Perundangan Di Malaysia: Satu Tinjauan, Journal Of Global Business And Social
Entrepreneurship (GBSE). Hlmn. 18.
7
Ibid. Hlmn. 277.
8
Pengenalan Halal Dalam Industri Kosmetik (2019). Institute Of Bioproduct Development
(IBD), UTM Johor Bahru, Julai.

22
Walau bagaimanpun, kosmetik halal juga merupakan kosmetik yang tidak
mempunyai bahan bersumberkan daripada bahan yang haram dan proses
pembuatannya telah dijalankan secara menyeluruh mengikut syariat Islam
manakala ia berlainan dengan kosmetik haram mempunyai bahan atau kandungan
yang merbahaya seperti racun, alkohol yang menjejaskan kesihatan kepada
pengguna.

Tambahan pula, pengguna menganggap bahawa produk kecantikan yang diambil


secara makan atau minum bagi mencantikkkan dan melembapkan kulit merupakan
salah satu bahagian daripada produk kosmetik akan tetapi sebarang produk yang
dimakan atau diminum tidak boleh dikategorikan sebagai produk kosmetik malah
ia perlulah diklasifikasikan sebagai produk suplemen kesihatan, tradisional atau
makanan. Pengguna tidak perlu risau berkaitan produk yang dimakan atau
diminum kerana di Malaysia terdapat beberapa agensi yang mengawal selia bagi
membantu menyakinkan pengguna iaitu Bahagian Regulatori Farmaseutikal
Negara (NPRA) dan Bahagian Kawalan Kualiti Makanan (BKKM) yang dipantau
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

2.3 Dalil Pensyariatan

Islam adalah agama atau sistem hidup yang menyeluruh dengan erti kata lain ialah
syumul. Dengan wujudnya agama Islam ia telah mencukupi semua keperluan bagi
mengatur kehidupan manusia dengan lengkap dari aspek akidah, ibadah,
akhlak,ekonomi, politik, kemasyarakatan, kesihatan, kebudayaan, bahasa, seni,
pengetahuan, hubungan antarabangsa, alam sekitar, falsafah, sains, undang-undang
dan sebagainya9.

9
Prof Madya Dr Mohd Mizan Mohd Aslam. 2020. Bukti Kesyukuran Islam. Pakar Kajian
Strategik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Keratan Akhbar Metro Harian.

23
Firman Allah SWT dari surah Ali Imran, Ayat 19 menerangkan bahawa:

ِ ْ ِ‫َّللا‬
….‫اْلس َْال ُم‬ َّ َ‫ِإ َّن الدِينَ ِع ْند‬

Maksudnya:
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam….”

Surah Ali Imran (3): 19

Selain itu, Islam juga bersifat terbuka kepada penganutnya apabila tidak melarang
untuk berhias, terutamanya kaum wanita yang berkait rapat dengan kosmetik. Lebih-
lebih lagi, perhiasan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dijaga oleh seorang
wanita kerana ia dapat menimbulkan syahwat kepada orang lelaki. Jika dilihat dari
surah An-Nur ayat 31 telah menjelaskan tentang kecantikan seorang wanita yang
disebutkan oleh Allah SWT dengan maksud:

…‫ظ َه َر ِم ۡن َها‬
َ ‫… َو َال يُ ۡبدِينَ ِزينَتَ ُه َّن ِإ َّال َما‬

Maksudnya:
“...janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa)
terlihat...”
Surah An-Nur (24): 31

Al-Qurtubi menjelaskan dua jenis perhiasan yang dinyatakan pada surah An-Nur ayat
31 iaitu:
a) Perhiasan semula jadi terdiri daripada kecantikan wajah dan tubuh badan
seseorang.
b) Perhiasan yang diusahakan daripada pelbagai bentuk fesyen pakaian dan
persolekan diri dengan alat-alat solek.

24
Seseorang wanita digalakkan menggunakan keperluan-keperluan menghias diri hanya
untuk menyenangkan suami malah kaum wanita mempunyai hak serta menggalakkan
untuk memakai celak mata dan hinna’ (pewarna kuku semula jadi). Justeru itu, agama
Islam menekankan kepada kaum wanita agar menggunakan bahan-bahan yang tidak
membahayakan tubuhnya, tidak mengubah ciptaan Allah SWT dan tidak berlebihan.
Perhiasan diri bagi kaum wanita bukan tujuan untuk bertabarruj yang mengundang
ketidakselesaan pada lelaki lain di luar sana apabila melihat solekan yang dipamerkan
oleh wanita sehingga menimbulkan fitnah.

Beberapa garis panduan bagi kaum wanita beragama Islam khususnya penggunaan
produk kosmetik bagi tujuan berhias dan perbaiki penampilan diri, antaranya ialah:

 Produk kosmetik haruslah digunakan bagi tujuan memperelokkan wajah dan


menyenangkan hati suami.
 Produk kosmetik yang ingin digunakan mestilah dari sumber yang halal.
 Tabarruj atau berlebih-lebihan dalam menghias diri.

2.4 Hukum Penggunaan Produk Kosmetik

Menurut ulama’, terdapat dua faktor yang bergantung pada sesuatu produk iaitu zat
yang terkandung di dalam produk itu sendiri dan haruslah tidak tergolong perkara yang
diharamkan oleh syarak. Manakala, bagi produk yang haram ialah produk yang tidak
mengikut ciri-ciri ditetapkan antaranya adalah:

a) Tidak mendatangkan mudarat pada akal dan badan


b) Bebas daripada najis
c) Bukan diperoleh dari sumber anjing atau babi
d) Penyembelihan mengikut hukum syarak
e) Diperoleh melalui sumber yang diharuskan

25
Mengikut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang mengeluarkan Irsyad Al-Fatwa
Siri Ke-400 berkaitan hukum wanita memakai lipstik dan alat-alat solek lain adalah
harus10. Secara umumnya, sebagaimana firman Allah SWT:

ِ ‫ه َُو ٱلَّذِى َخلَقَ لَ ُكم َّما فِى ٱ ْْل َ ْر‬


…..‫ض َج ِمي ًۭ ًعا‬

Maksudnya:
“Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.”

Al-Baqarah (2): 29

Seorang wanita diharuskan untuk berhias menggunakan alat solek seperti memakai
lipstik atau bedak secara nipis untuk kelihatan kemas, berseri dan tidak kusam. Namun
demikian, terdapat sesetengah wanita bersolek untuk meningkatkan keyakinan diri di
luar, manakala sebahagian yang lain sekadar untuk dipandang dan dipuji. Oleh sebab
itu, Islam amat menitikberatkan dan menekankan tentang perhiasan atau solekan
tersebut agar tidak berlebihan sehingga mengubah ciptaan Allah kerana khuatir akan
menimbulkan fitnah dan menyerupai persolekan wanita jahiliah yang bertabarruj.

10
Tengku Ibrahim Helmi (2020). Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-400 : Hukum Wanita Memakai
Lipstik dan Alat-Alat Solek Lain. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Retrieved November
23, 2022, https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4109-irsyad-al-
fatwa-siri-ke-400-hukum-wanita-memakai-lipstik-dan-alat-alat-solek-lain.

26
Firman Allah SWT:

...‫ َو َال تَبَ َّرجْ نَ تَبَ ُّر َج ْال َجا ِه ِليَّ ِة ْاالُ ْو ٰلى‬...

Maksudnya :
“…Dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku (bertabarruj) seperti orang
jahiliah yang terdahulu…”

Surah Al-Ahzab (33): 33

Terdapat beberapa hukum lain yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan bagi menentukan penggunaan bahan tersebut di dalam produk kosmetik
adalah seperti berikut:

 Sake (Sejenis Arak)11

Sake adalah sejenis arak yang terkenal dikalangan bangsa Jepun dan diperbuat
daripada hasil penapaian kanji beras yang telah digilap untuk mengeluarkan dedak
beras. Sake juga dihasilkan melalui proses pembiran di mana kanji telah
ditukarkan kepada gula sebelum ditukar kepada alkohol.

11
Mardia Mazri (2020). Al-Kafi #1737 : Hukum Menggunakan Sake (Sejenis Arak) Dalam
Produk Kosmetik. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Retrieved Disember 1, 2022,
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4554-al-kafi-1737-hukum-menggunakan-
sake-sejenis-arak-dalam-produk-kosmetik.

27
Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quran dari Surah Al-Maidah, ayat 90 yang
membawa maksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak,judi, pemujaan


berhala, menilik nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor
(keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya”.

Surah Al-Maidah (3): 90

Jelaslah bahawa ayat Al-Quran di atas telah menegaskan pengharaman


penggunaan arak atau alkohol untuk manfaat seperti tujuan makanan, minuman,
perubatan kosmetik sama ada penggunaan dalaman mahupun penggunaan luaran,
minyak wangi dan sebagainya. Hukum pengharaman tersebut telah disepakati
oleh para fuqaha’ yang menjelaskan bahawa arak adalah najis kerana ia termasuk
dalam jenis bahan cecair yang memabukkan.

Tahun 2011, telah berlangsungnya Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis


Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan dan
memutuskan dengan persetujuan bersama berkaitan isu alkohol yang terdapat di
dalam makanan, minum, pewangi dan ubat-ubatan.

Antara perbincangan yang telah dipersetujuinya adalah 12:

1) Tidak semua alkohol adalah arak tetapi sekiranya alkohol itu diproses
menjadi arak maka hukumnya akan menjadi haram dan najis.
2) Alkohol yang bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya adalah
tidak najis tetapi ia akan menjadi haram dan tidak boleh diminum dalam
bentuk asli kerana ia mengandungi racun dan boleh membunuh.
3) Minuman ringan yang diproses dibawah aras 1% v/v dan bukan tujuan
untuk menghasilkan arak maka hukumnya harus diminum.

12
Ibid, https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4554-al-kafi-1737-hukum-
menggunakan-sake-sejenis-arak-dalam-produk-kosmetik.

28
4) Minuman ringan yang mempunyai alkohol dengan tujuan dan niat yang
sama seperti proses membuat arak maka hukum meminum minuman
tersebut adalah haram.
5) Makanan atau minuman secara semula jadi mengandungi alkohol seperti
buah-buahan, kekacang, atau bijirin serta perahannya maka hukumnya
tidak najis dan harus dimakan atau diminum termasuklah semasa proses
pembuatan makanan atau minuman terdapat kandungan alkohol yang
dijadikan sebagai sampingan sahaja.
6) Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol seperti bahan perisa
atau pewarna bagi tujuan menstabilkan makanan atau minuman tersebut
adalah dibolehkan sekiranya alkohol itu bukan daripada hasil pembuatan
arak. Kuantiti arak haruslah kadar alkohol tidak melebihi 0.5% dan tidak
memabukkan.
7) Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan
pelarut adalah diharuskan malah tidak diambil daripada pemprosesan
pembuatan arak.

Terdapat perbezaan pandangan daripada empat mazhab tentang alkohol. Menurut


mazhab Maliki sekiranya alkohol itu berubah menjadi produk yang baru maka
hukumnya adalah haram, manakala untuk untuk mendapat hukumnya halal dalam
penggunaan alkohol apabila ia berubah menjadi cuka. Seterusnya menurut
mazhab Hanafi dan Maliki pula apabila alkohol yang sudah bercampur atau
semula jadi di dalam makanan, minum dan ubat-ubatan diproses secara istihalah
maka hukumnya menjadi halal. Mazhab Syafie dan mazhab Hanbali telah
menjelaskan terdapat tiga asas melalui perkataan istihalah tersebut antaranya
adalah melalui proses perubahan semula jadi apabila alkohol menjadi cuka,
penyamakan haiwan seperti khinzir dan anjing serta penguraian bangkai atau
haiwan mati.

29
Penulis berpandangan bahawa alkohol yang dihasilkan tersebut tidak bertujuan
pembuatan arak maka diharuskan dalam Islam, sekiranya menjadi sebaliknya
dengan tujuan alkohol itu semata-mata untuk pembuatan arak maka diharamkan.
Bagi menentukan sesuatu hukum tersebut menjadi harus maka lihatlah hukum
asal yang disediakan di dalam kaedah fiqh13.

 Plasenta

Definisi plasenta adalah organ yang menghubungkan ibu dengan janin dalam
rahim membekalkan makanan, termasuk oksigen daripada ibu kepada janin dan
juga mengeluarkan bahan kumuhan daripada janin melalui ibu 14.

Plasenta haiwan merupakan salah satu bahan yang sering digunakan dan
dimanfaatkan dalam produk kosmetik dan farmaseutikal, lantaran kandungan
kimianya mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan tersebut. Sedemikian itu,
plasenta mengikut hukum syarak adalah tidak jelas dan memerlukan penelitian
terperinci agar tidak memberi mudarat atau syubhat kepada orang yang beragama
Islam15.

Di dalam al-quran tidak ada ayat yang khusus mengenai plasenta tetapi bagi
membincangkan kepentingan anggota haiwan yang digunakan untuk kebaikan
haruslah memerlukan autoriti yang bersandarkan al-quran, hadis, ijmak dan qiyas.
Terdapat beberapa ayat al-quran yang mana Allah SWT memberi keizinan kepada
manusia untuk memanfaatkan apa sahaja terutamanya perkara-perkara baik yang
dijadikan sebagai panduan umum16.

13
Nur Bahirah Baharum et al. 2020. Kajian Literatur: Konsep Alkohol Menurut Islam. Jurnal
Al-Sirat. Vol. 19. Hlmn. 37-38.
14
Kamus Dewan Edisi Keempat.
15
Mohd Mahyeddin Mohd Salleh et al. (2018). Plasenta Haiwan Dalam Produk Kosmetik dan
Farmaseutikal: Halal Atau Haram?. Malaysian Journal of Syariah and Law. Vol 8. No.1.
Hlmn. 104-105.
16
Ibid. Hlmn 104.

30
Firman Allah SWT:

َ ِ‫ت َويُ َح ِر ُم َعلَ ۡي ِه ُم ۡٱل َخ َب ٰـٰٓئ‬


…‫ث‬ َّ ‫… َويُ ِح ُّل لَ ُه ُم‬
ِ ‫ٱلط ِي ٰ َب‬

Maksudnya:
“…dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi
mereka segala yang buruk…”

Surah Al-A’raf (7): 157

Bahkan Al-Quran membenarkan pengambilan manfaat daripada haiwan,


memandangkan tujuan penciptaan haiwan di atas muka bumi adalah untuk
memenuhi keperluan manusia.

Allah SWT berfirman:

َ‫ِف ٌء َّو َمنَافِ ُع َو ِم ْن َها تَأ ْ ُكلُ ْون‬ َ ‫َو ْاالَ ْن َع‬
ْ ‫ام َخلَقَ َها لَ ُك ْم فِ ْي َها د‬

Maksudnya:
“Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu)
yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat dan sebahagiannya kamu
makan.”

Surah An-Nahl (16): 5

Di samping itu terdapat satu kaedah dalam qawa’id fiqhiyyah yang penting
dirumuskan oleh ulama’ fiqh iaitu ‘la darar wala dirar’ yang menekankan sesuatu
keperluan untuk menghilangkan dan menghapuskan sesuatu bagi kemudaratan
yang telah diperakui oleh syarak. Kaedah ini juga telah menghalang orang Islam

31
daripada melakukan sesuatu tindakan yang bukan sahaja membahayakan diri
sendiri bahkan ia juga akan memberi kemudaratan kepada orang lain 17.

Sekiranya plasenta tersebut dapat memberi manfaat kepada pengguna, maka


hukum penggunaannya adalah harus dan halal untuk digunakan. Islam telah
menekankan bahawa terdapat dua kategori yang boleh dinyatakan iaitu halal dan
haram kerana ia memerlukan ijtihad untuk membuat penentuan kerana tidak ada
nas secara jelas. Kategori pertama ini telah dipersetujui dan disepakati oleh para
ulama serta disahkan dalam garis panduan halal Malaysia dengan syarat haiwan
tersebut halal dan cara penyembelihan haruslah mengikut hukum syarak.
Manakala kategori kedua adalah plasenta yang haram telah dimanfaatkan dengan
tiga keadaan iaitu plasenta daripada haiwan halal yang masih hidup iaitu plasenta
yang keluar bersama kelahiran haiwan itu, plasenta daripada bangkai haiwan halal
seperti haiwan tidak disembelih mengikut hukum syarak dan plasenta daripada
haiwan yang haram dimakan.

Sebagai satu contoh yang boleh dibuat, haiwan khinzir merupakan haiwan yang
haram disentuh dan dimakan oleh orang Islam walaupun telah diekstrak atau
dihidrolisis sebagai bahan yang terdapat di dalam produk kosmetik, makanan,
ubat-ubatan dan lain-lain kerana haiwan khinzir adalah najis mughallazah dan
bukan digunakan atas alasan darurat. Pengharaman tersebut telah dijelaskan di
dalam al-quran dan dikategorikan sebagai najis 18.

17
Nazmi Yaakub (2020), Cegah Kemudaratan Diri, Orang Lain Dituntut Syarak. Berita
Harian. Retrieved Mac 3, 2023,
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2020/03/666076/cegah-kemudaratan-diri-
orang-lain-dituntut-syarak.
18
Umar Mukhtar Mohd Noor (2020 Mei). Al-Kafi #1731 : Penyucian Plasenta Khinzir Dalam
Produk Kosmetik Dengan Kaedah Hidrolisis. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Retrieved
Disember 1, 2022, https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4526-al-kafi-1731-
penyucian-plasenta-khinzir-dalam-produk-kosmetik-dengan-kaedah-hidrolisis.

32
Allah SWT berfirman:

…‫ير‬ ِ ‫ِإنَّ َما َح َّر َم َعلَ ۡي ُك ُم ۡٱل َم ۡيتَةَ َوٱلد ََّم َولَ ۡح َم ۡٱل ِخ‬
ِ ‫نز‬

Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan
darah, dan daging babi…”

Surah Al-Baqarah (2): 173

 Serbuk Emas19

Perkataan emas adalah sinonim bagi seseorang wanita yang tidak boleh
dipisahkan kerana emas dicipta sebagai perhiasan diri, lambang kemegahan, cita
rasa mewah dan boleh dijadikan sebagai mata wang yang berharga. Bagi kaum
lelaki, bahan atau barang yang bersumberkan daripada emas adalah haram ini
memang ditegaskan oleh Islam. Tidak kekok apabila rawatan wajah yang
menggunakan hablur emas 24K di sesetengah salun kecantikan sehingga menjadi
tarikan dan meluas dalam bidang kosmetik. Antara hasilan yang digunakan
daripada emas sebagai teknik rawatan adalah dalam bentuk sabun, serum,
penyegar, wangian atau skrub20.

19
Umar Mukhtar Mohd Noor (2017 Januari). Al-Kafi #512 : Hukum Memakai Alat Solek
Serbuk Emas. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Retrieved Disember 1, 2022,
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2076-al-kafi-511-hukum-memakai-
alat-solek-serbuk-emas.
20
Mahani Ishak (2016 Disember). Emas Serikan Kulit Muka. Akhbar Berita Harian. Retrieved
Disember 20, 2022, https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/12/225156/emas-serikan-
kulit-muka.

33
Pada asalnya hukum memakai alat solek yang berserbuk emas adalah harus cuma
perlu diperhatikan semula sama ada alat solek tersebut menghalang air wuduk
atau mandi wajib. Sekiranya terhalang maka hendaklah dicuci dengan bersih
setiap kali sebelum berwuduk atau mandi.

Salah satu cara kaum wanita ingin dilihat cantik dan kemas adalah bersolek tidak kira
dimanapun ia berada kerana itu satu kepuasan untuk berhias yang merupakan satu
kepuasan bagi manusia. Oleh itu, untuk menjadi cantik tidak salah di sisi Islam kerana
berdasarkan niat seseorang sama ada berniat untuk dipuji atau solekan itu sekadar
memberi keyakinan kepada diri sendiri untuk berhadapan masyarakat. Sekiranya niat
tersebut boleh membawa kepada sifat riak seseorang, ia telah bercanggah dengan apa
yang telah diajar oleh Islam.

2.5 Bahan Produk Kosmetik

Terdapat pelbagai jenis bahan-bahan asli dan bahan kimia yang diproses di dalam
produk kosmetik ketika zaman teknologi yang kurang canggih. Bahan-bahan asli yang
sering digunakan dalam produk kosmetik adalah bahan natural dan organik, manakala
bahan sintetik adalah daripada bahan kimia. Penggunaan teknologi yang semakin
canggih menyebabkan pelbagai bahan kosmetik dapat dihasilkan sehingga dapat
menarik minat pengguna untuk menggunakan produk kosmetik tesebut tanpa
mengkaji bahan tersebut. Terdapat sesetengah bahan yang terkandung di dalam
produk kosmetik selamat digunakan dan beberapa bahan yang tidak selamat
digunakan sehingga memudaratkan diri sendiri21.

21
Wan Zainal Azman Wan Abdullah (1996 Jun). Bahaya Penggunaan Kosmetik (Bahagian
1). Dewan Kosmik. Retrieved Disember 1, 2022,
https://prn.usm.my/index.php/publications/magazines/dewan-kosmik/539-bahaya-
penggunaan-kosmetik-bahagian-1-jun-1996.

34
Kebiasaan pengguna menggunakan lebih daripada satu produk kosmetik sebagai rutin
harian ada kemungkinan yang menggunakan beberapa dozen bahan berbeza.
Sedemikian itu, sangat penting untuk pengguna tahu beberapa prinsip asas yang
memudahkan untuk membaca bahan kosmetik yang terkandung di dalam produk dan
dapat membuat pilihan yang lebih baik mengenai produk penjagaan diri. Kadang kala
berlaku kesilapan terhadap produk perubatan yang dianggap sebagai produk kosmetik
sehingga disalahgunakan oleh pengguna. Maka, pengguna perlulah berwaspada bagi
memastikan pengguna tahu tujuan, sifat dan ramuan produk yang dimaksudkan.
Produk perubatan mempunyai kesan terapeutik dan mengandungi bahan aktif tertentu
yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

2.5.1 Bahan Yang Dibenarkan Dalam Kosmetik

Akibat daripada kesan bahan kimia yang terdapat di dalam produk kosmetik
tersebut ia telah membawa kesedaran kepada pengeluar serta pengguna untuk
menghasilkan bahan-bahan yang berunsurkan daripada bahan organik dan natural.
Pengguna sering kali menganggap bahawa bahan organik dan bahan natural adalah
dua perkara yang sama sahaja kerana ia semata-mata daripada tumbuhan yang
dijaga rapi tanpa menggunakan bahan merbahaya akan tetapi bahan-bahan ini
merupakan bahan yang berbeza.

Bahan organik ialah bahan yang berasaskan daripada tumbuh-tumbuhan yang


tidak menggunakan sebarang bahan kimia ketika pembesaran tumbuhan berlaku
termasuklah tidak menggunakan sebarang baja kimia, racun kimia dan sebagainya
sekaligus proses-proses yang digunakan daripada bahan organik semata-mata.
Dalam pada itu, terdapat garis panduan yang perlu diikut untuk mengiktiraf bahan
tersebut adalah organik. Hal ini demikian kerana pelbagai badan yang bertauliah
di seluruh dunia berfungsi untuk menilai dan memberi pengiktirafan sekiranya
bahan tersebut menepati piawaian organik yang telah ditetapkan seperti Ecocert,
Oregon Tilth Certified Organic (OTCO) dan International Maritime Organization
(IMO).

35
Seterusnya, bahan natural pula bermaksud tidak ada bahan kimia yang digunakan
dalam produk tersebut kerana kebiasaannya ia mempunyai label natural yang
diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti tanaman, mineral, atau rumput
laut. Meskipun penggunaan bahan kimia yang masih ada tetapi mempunyai
kuantiti yang sedikit dan selamat untuk pengguna. Sebagai contoh untuk
menghasilkan buih di sabun badan atau syampu di samping meningkatkan prestasi
kerja bahan aktif. Bila dilihat semula bahan organik dan bahan natural diambil
daripada sumber yang sama iaitu tumbuhan tetapi proses penggunaan bagi kedua-
dua bahan ini adalah berbeza dari segi kualiti penjagaan tersebut.

Oleh itu, antara contoh bahan yang berkhasiat atau tidak mendatangkan mudarat
di dalam penggunaan produk kosmetik ialah :-

 Lidah Buaya (Aloe Vera)

Lidah buaya merupakan tanaman yang memiliki banyak manfaat bagi


tubuh manusia seperti kulit, rambut dan badan. Di samping itu, lidah
buaya ini juga kerap digunakan di dalam pembuatan kosmetik, farmasi
bahkan industri makanan juga turut menggunakan aloe vera kerana
terdapat kandungan air, nutrien dan vitamin sehingga membuatkan
kulit lebih bernutrisi, kenyal, sihat dan bercahaya. Vitamin yang
terdapat pada lidah buaya adalah vitamain A dan vitamin E yang
membolehkan merawat muka seseorang seperti parut hitam,
melindungi muka daripada sinaran ultraviolet (UV) di samping
mencerahkan kulit muka seseorang 22. Bukan sahaja dapat merawat
muka tetapi pelbagai manfaat yang boleh digunakan seperti rambut,
kulit dan kuku.

22
Amalina Ariffin (2019 Julai). Kelebihan Daun Lidah Buaya Dalam Kosmetik. Zafesha
Simply. Retrieved Disember 1, 2022, https://zafeshasimplyhq.com/kelebihan-daun-lidah-
buaya-dalam-kosmetik/.

36
 Minyak Zaitun

Minyak zaitun ini diperbuat daripada buah zaitun yang segar tanpa
pemanasan dan bahan kimia. Kelebihan yang ada pada minyak zaitun
ini disebut dalam Al-Quran, surah At Tin Ayat 1. Jelaslah bahawa,
buah zaitun mempunyai keistimewaan yang tersendiri bahkan jarang
dikaji dan diketahui oleh manusia23. Ketika zaman Rom dan Mesir
Kuno, minyak zaitun telah digunakan untuk kecantikan seseorang
kerana mengandungi beberapa khasiat seperti extra virgin kaya dengan
asid lemak, vitamin E dan sterol tumbuhan yang sangat baik untuk
kesihatan. Minyak zaitun sangat bermanfaat bagi membantu
penyembuhan kulit sebagai contoh mengalami kulit terbakar yang
ringan, digunakan sebagai pelembap dan mampu membantu merawat
penyakit alahan kulit kronik seperti eczema, psoriasis dan dermatitis.
Selain itu, minyak zaitun juga mengandungi antioksidan yang boleh
membantu proses awet muda serta mencegah kerosakan akibat sinaran
ultraviolet yang akan menyebabkan kanser.

 Teh Hijau

Dikenali sebagai epigallocatechin gallate (EGCG). Teh hijau adalah


satu bahan yang berkhasiat baik di dalam makanan dan produk
penjagaan diri. Kandungan yang terdapat pada teh hijau ialah bahan
anti oksidan dan bahan anti radang yang membuatkan kulit wajah
kekal sihat dan berseri. Di samping itu, terdapat beberapa kajian yang
mengatakan bahawa teh hijau boleh meningkatkan keanjalan kulit
wajah, mengurangkan penuaan kulit wajah, memberi kelembapan
kepada kulit dan menaturalkan radikal bebas daripada cahaya
matahari. Malah, green tea juga dapat mencegah kanser kulit. Justeru

23
Norkumala Binti Awang (2008 April), Buah Zaitun : Khasiat Dan Kesitimewaannya.
Institusi Kefahaman Islam Malaysia. Retrieved Disember 5, 2022,
https://www.ikim.gov.my/index.php/2008/04/11/buah-zaitun-khasiat-dan-keistimewaannya/.

37
itu, pengguna perlu ingat bahawa teh hijau mengandungi kafein yang
mana seseorang tidak boleh minum secara berlebihan kecuali bahan
yang digunakan tersebut di dalam produk wajah maka penggunaan
secara berterusan tidak menjadi masalah24.

 Vitamin C

Vitamin C dapat menangkis kehadiran untuk memenuhi keperluan di


dalam tubuh seseorang manusia bahkan mempunyai manfaat bagi
melindungi kulit dari sinar matahari dan mencegah iritasi serta
penuaan awal. Manusia perlu mendapatkan vitamin C daripada
makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.
Seterusnya vitamin C juga dapat menangkis kehadiran radikal bebas
yang membuatkan kulit muka rosak, hitam dan boleh menyebabkan
kanser kulit. Dengan wujudnya antioksidan dalam vitamin C
membolehkan ia berfungsi untuk meneutralkan seranagn radikal bebas
pada kulit muka supaya kulit akan menjadi lebih sihat dan berseri.

24
Puan Mary (2019 Oktober). Khasiat Dan Kebaikan Teh Hijau Untuk Kecantikan Kulit.
Glowwe, Inspirasi. Retrieved Disember 8, 2022, https://puanmary.com/khasiat-kebaikan-teh-
hijau-untuk-kecantikan-kulit/.

38
2.5.2 Bahan Yang Dilarang Dalam Kosmetik

Produk kosmetik telah dikawal selia di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan


Dadah dan Kosmetik 1984 dan Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di
Malaysia. Sehubungan itu, di dalam garis panduan kawalan produk kosmetik
terdapat bahan yang tidak boleh digunakan dalam (Annex II), bahan yang tidak
dibenarkan melainkan mengikut syarat dan had yang dinyatakan (Annex III Part
1), manakala bahan yang dibenarkan bersyarat (Annex III Part 2), untuk pewarna
(Annex IV), bahan awet (Annex VI), UV Filter (Annex VII) dan Poison List25.

Sebahagian besar produk kosmetik mengandungi bahan yang berbahaya seperti


parabens, aluminium atau zirconium yang menyebabkan penyakit kanser buah
pinggang. Pada masa kini, terdapat bahan kosmetik yang boleh memutihkan kulit
wajah dengan kandungan bahan beracun sebagai contoh merkuri, hidrokuinon dan
tretinoin. Dengan wujudnya beberapa bahan kimia tertentu yang memberi kesan
mudarat apabila tersalah guna, tugas doktor adalah melihat nama kandungan bahan
kimia pada produk kosmetik itu amat berguna bagi memudahkan rawatan jika
berlakunya kes keracunan terhadap pengguna.

Pada tahun 2009, garis panduan kawalan kosmetik di Malaysia telah menggariskan
panduan dengan beberapa senarai pencerahan kulit tidak dibenarkan kerana
mengandungi bahan yang mudarat dan tidak selamat untuk pengguna. Produk
yang mengandungi logam berat seperti merkuri, plumbum atau bahan racun
berjadual merupakan produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tujuan sebagai
keberkesanan produk dalam masa yang singkat.

Terdapat beberapa bahan yang terlarang dalam penggunaan kosmetik yang perlu
diambil tahu oleh pengguna antaranya:

25
Akta Racun 1953.

39
 Hidrokuinoin (Hydroquinone)

Hidrokuinoin ini seringkali digunakan bagi produk pencerah kulit


muka atau merawat masalah pigmentasi tetapi dalam masa yang sama
kulit muka akan menjadi semakin tipis. Di Malaysia, hidrokuinoin
dikategorikan sebagai bahan terlarang. Sekiranya terdapat kandungan
hidrokuinoin di dalam produk kosmetik maka ia telah melanggar
garispanduan dan peraturan yang ditetapkan terutamanya dengan
tujuan untuk melariskan jualan produk kerana pengguna akan
merasakan kesan yang baik selepas menggunakan produk tersebut
dalam masa singkat 26. Walaubagaimanapun, penggunaan dalam
produk kosmetik hanya dibenarkan dalam campuran produk kuku
tiruan sebnayak 0.02% sahaja sebagai penstabil. Penggunaan dalam
rawatan pula memerlukan preskripsi daripada doktor kerana jangka
masa penggunaan hidrokuinion bergantung kepada seseorang27.

 Tretinoin

Tretinoin merupakan salah satu ubat yang digunakan untuk rawatan


jerawat dan sering didapati dalam bentuk gel atau krim di pasaran.
Malah, merupakan ubat terkawal yang didaftarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibenarkan dalam produk
farmaseutikal. Pada waktu yang sama, pengguna haruslah berhati-hati
bagi sesuatu produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin
biasanya dipromosikan bertujuan merawat masalah jerawat dan

26
Nurhirza Bt Shaiful Yamin (2019 Ogos). Hydroquinone Dalam Sediaan Kosmetik. My
Health Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved Disember 12, 2022,
http://www.myhealth.gov.my/hydroquinone-dalam-sediaan-kosmetik/.
27
Saiful Bahari (2020 Ogos). Hidrokuinon : Ubat Atau Racun?. Majalah Sains. Retrieved
Disember 12, 2022, https://www.majalahsains.com/hidrokuinon-ubat-atau-racun/.

40
membantu mengurangkan kedutan kulit 28. Seterusnya, tanpa
pengawalan penggunaan akan mengakibatkan kemerahan pada kulit,
menyebabkan kulit rasa pedih, kering, menggelupas dan hipersensitif
kepada cahaya matahari. Produk ini juga tidak dibenarkan untuk dijual
di Malaysia.

 Merkuri (Mercury)

Pada awal tahun 1990, bahan merkuri ini telah digunakan dalam
produk sabun dan krim pemutih kerana merupakan salah satu bahan
pencerah kulit yang terbaik. Pencerah kulit kebiasaannya
mengandungi merkuri seperti mercury (II) chloride atau ammoniated
mercury sebagai bahan aktif bagi sesuatu produk kosmetik 29. Terlalu
obses untuk tampil cantik dan berkulit cerah terutamanya kaum wanita
sehingga sanggup meletakkan nyawa sendiri di dalam risiko dengan
mengambil pelbagai produk kosmetik yang diragui keselamatannya
sehingga memudaratkan terhadap kesihatan termasuk meningkatkan
risiko kegagalan buah pinggang dan gangguan sistem saraf. Bagi
mempercepatkan keberkesanannya dalam masa yang pendek dan
bertindak pantas adalah produk kosmetik mengandungi merkuri30.
Keracunan merkuri akan menyebabkan kulit pengguna bertukar warna
kulit kepada kelabu dan untuk pengguna yang baharu, akan
menyebabkan alahan yang teruk. Terdapat dua bentuk merkuri dalam
produk kosmetik iaitu organik dan tidak organik. Merkuri tidak

28
Nurul Husna Shaari (2019 November). Larangan Jual Tretinoin dalam Talian. Akhbar
Harian Metro. Retrieved Disember 15, 2022,
https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/11/515658/larangan-jual-tretinoin-dalam-talian.
29
World Health Organization (WHO). 2008. Guidance for identifying populations at risk from
mercury exposure. Geneva.
30
Yusliza Yakimir Abd Talib (2019 Oktober). Keracunan Merkuri. Akhbar Harian Metro.
Retrieved Disember 11, 2022. https://www.hmetro.com.my/WM/2019/10/502356/keracunan-
merkuri.

41
organik sebagai contoh merkuri ammonia yang digunakan dalam
sabun dan krim pencerah kulit, manakala sebatian merkuri organik
contohnya garam merkuri yang digunakan sebagai bahan pengawet
kosmetik dalam produk pembersih solekan mata dan maskara.

 Asid Azelaik (Azelaic Acid)

Asid Azelaik adalah sesuatu bahan yang boleh didapati secara semula
jadi seperti bijiran iaitu gandum, rai, barli dan daripada
mikroorganisma. Di Malaysia, penggunaan asid azelaik tidak
dibenarkan dicampur di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri
sebagai produk pencerah kulit. Sekiranya pengeluar ingin
menggunakan asid ini perlulah mendapat surat kebenaran daripada
doktor di mana kandungan haruslah 15-20% untuk penyakit kulit
seperti melisma dan jerawat. Sekiranya seseorang mengambil produk
kosmetik yang mengandungi asid secara berlebihan akan mendapat
kesan terhadap kulit seperti menjadi merah dan gatal yang
menyebabkan kulit menjadi menggelupas, melecet, miang dan rasa
panas terbakar. Penggunaan asid azelaik tanpa kebenaran dan nasihat
daripada pakar professional kesihatan akan menyebabkan kesan yang
tidak diigini31.

31
Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah. (2016). Pengguna Dinasihatkan Untuk Mengelakkan
Dari Mengguna Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual.
Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved Disember 11, 2022.
https://kpkesihatan.com/2016/10/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-oktober-2016-pengguna-
dinasihatkan-untuk-mengelakkan-dari-mengguna-produk-kosmetik-yang-dikesan-
mengandungi-racun-berjadual/.

42
2.6 Produk Kosmetik Dan Pengguna

Sebelum ini, pengguna yang beragama Islam tidak hiraukan produk yang mempunyai
logo atau label halal kerana kesedaran tersebut bergantung daripada diri masing-
masing malah daripada maklumat yang tidak tepat. Malaysia mempunyai garis
panduan yang perlu dipatuhi sekiranya ingin mengeluarkan seseuatu produk atau
makanan terutamanya untuk pengguna yang beragama Islam kerana mereka tidak
boleh sesuka hati menggunakan produk atau memakan makanan yang tidak mengikut
garis panduan ditetapkan oleh JAKIM sama ada diimport dari luar negara mahupun di
dalam negara sendiri. Sementara itu, terdapat beberapa jenis produk kosmetik yang
berada dipasaran tidak mempunyai logo halal tetapi pengunaan logo halal amat
digalakkkan dengan syarat mestilah mendapat pensijilan halal daripada JAKIM.
Walau bagaimanapun, penggunaan logo halal ini bergantung kepada permohonan sijil
oleh pihak pengusaha dan bukannya merupakan keperluan mandatori32.

Permasalahan ini boleh ditekankan kerana pengguna kurang peka tehadap keluaran
sesuatu produk yang boleh memberi kemudaratan terhadap diri sendiri. Sebagai
langkah selamat, pengguna perlulah meningkatkan kepekaan melalui pendidikan
berterusan menerusi saluran-saluran media yang tepat. Seterusnya, pengguna
hendaklah diajar untuk memilih produk yang berkualiti dan tidak mendatangkan
bahaya dengan membuat semakan terlebih dahulu sebelum menggunakannya kerana
bahan-bahan yang terkandung di sesetengah produk kosmetik adalah bahan yang
terlarang tetapi tidak diisytiharkan secara meluas 33. Produk yang bersih hendaklah
diluluskan dan diambil kira oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selain pihak
JAKIM bagi meluluskan produk tersebut. Sekiranya tidak diluluskan oleh JAKIM

32
Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Adakah kosmetik di
Malaysia Mendapat Pengesahan Status Halal. Retrieved Disember 11, 2022.
https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/soalan-lazim/adakah-kosmetik-malaysia-mendapat-
pengesahan-status-halal.html-0.
33
Norkumala Binti Awang (2016 April). Cantik: Di Mana Tahap Kesedaran Pengguna?
Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Retrieved Disember 11, 2022,
https://www.ikim.gov.my/index.php/2016/04/12/cantik-di-mana-tahap-kesedaran-
pengguna/.

43
maka pengilang hendaklah membuat beberapa perubahan pada ramuan yang
terkandung di dalam produk kosmetik tersebut. Kesedaran pengguna adalah sangat
penting bukan hanya menjadi ikutan semata-mata untuk melihat diri lebih cantik
seperti orang lain tetapi untuk melihat keberhasilan menggunakan produk itu dengan
jangka masa yang tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lama di samping melihat
kesesuaian produk kosmetik itu dengan kulit.

Dalam pada itu, pengeluar kosmetik mestilah memiliki pensijilan OEM sebagai bukti
pengesahan kilang atau makmal beroperasi mengeluarkan produk secara asli bukan
secara tiruan. Tambahan pula, pihak berkuasa akan memeriksa kemudahan pengilang
agar tidak ada sebarang bahan haram atau alkohol termasuklah cecair yang digunakan
untuk membersihkan peralatan ketika proses pembuatan.

Amat penting kepada pengeluar untuk mengambil perhatian tentang peningkatan


semasa atau masa depan dalam pasaran di samping mengetahui bahan yang
terkandung itu dibenarkan atau yang dilarang. Sedemikian itu juga, salah satu usaha
agar pengguna merupakan seorang yang bijak dan lebih berinformasi haruslah
mengikut panduan-panduan yang boleh diikuti sebelum membeli atau semasa
menggunakn produk kosmetik tersebut.

Antara panduan yang telah digariskan seperti berikut34:

a) Membaca maklumat pada label dan sisip bungkusan (jika ada) produk
kosmetik
b) Sentiasa menyimpan produk kosmetik di tempat yang sesuai
c) Mmebeli produk kosmetik daripada sumber yang boleh dipercayai
d) Merujuk kepada yang professional kesihatan yang sesuai dan diiktiraf (jika
perlu)
e) Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk
kosmetik yang tidak beretika

34
Bintul Huda (2019), Panduan Penggunaan Produk Kosmetik, Retrieved Mac 3, 2023,
http://www.myhealth.gov.my/panduan-penggunaan-produk-kosmetik/.

44
Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah memberi kemudahan terhadap
pengguna yang ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu produk yang ingin
digunakan sebagai rutin harian dan sekiranya pengguna mendapat kesan yang tidak
diigini pada produk kosmetik itu terutamanya mengandungi bahan terlarang pengguna
boleh membuat aduan pada NPRA yang menyediakan borang-borang untuk pihak
bertanggungjawab mengambil tindakan selanjutnya. Bagi pihak pengguna, mereka
tidak boleh bergantung semata-mata kepada testimoni pengguna lain dan iklan-iklan
yang menyakinkan semata-mata kerana ilmu serta kesedaran sebagai pengguna perlu
ada untuk kebaikan dan keselamatan mereka.

2.7 Penguatkuasaan dan Undang-Undang Kosmetik Halal

Perundangan Halal di Malaysia telah diperkenalkan dan telah termaktub sejak awal 70
an. Antara perundangan yang didapati di Malaysia adalah Akta Perihal Dagangan
1972, Akta Makanan 1983 dan Akta Perlindungan Pengguna. Oleh hal yang demikian,
beberapa syarikat atau pengeluar yang memulai perniagaan mereka dari segi makanan,
produk kosmetik atau pelancongan sehingga dieksport ke luar negara seperti Brunei,
Indonesia Singapura dan sebagainya. Kebanyakkan masyarakat hanya melihat
kepentingan halal pada makanan dan kurang memberi penekanan kepentingan halal
terhadap penggunaan produk harian seperti kosmetik dan barangan harian.

Akibat daripada sesetangah produk kosmetik yang boleh menyebabkan kemalangan


jiwa dan risiko terhadap pengguna, kerajaan telah menggubal undang-undang bagi
tujuan mengawal produk kosmetik yang dijual di pasaran. Semua pengeluar dan
pengimport produk kosmetik hendaklah mendaftar barangan pengeluaran mereka dan
mendapat pelesenan syarikat yang diluluskan oleh kerajaan bagi mengenalpasti
kandungan bahan-bahan yang digunakan. Bukan sahaja untuk memastikan produk
kosmetik ini selamat digunakan tetapi sesuai untuk kecantikan pengguna.

Bagi menjamin produk kosmetik ini berkualiti dan selamat untuk digunakan oleh
pengguna di Malaysia yang di kawal di bawah Peraturan Kawalan Produk Kosmetik
dan Garis Panduan Kawalan Kosmetik. Akta ini dikuatkuasakan dengan tujuan
melindungi dan menjamin tahap kualiti keselamatan produk kosmetik kepada para

45
pengguna35. Peraturan Kawalan Produk Kosmetik menyentuh beberapa seksyen yang
penting berkaitan dengan sesuatu produk kosmetik yang mana menjadi satu garis
panduan bagi pengeluar-pengeluar produk untuk mengeluarkan produk mereka
sendiri. Garis Panduan Kawalan Kosmetik pula menjelaskan tentang standard yang
perlu dirujuk oleh pihak-pihak tertentu terutamanya bahagian industri di Malaysia.

Pihak industri haruslah bertanggungjawab ke atas keselamatan kualiti dan prestasi


produk kosmetik di setiap pengilangan sebagai satu inisiatif terhadap pengguna yang
memerlukan maklumat cukup serta lengkap bagi membuat pilihan yang bijak malah
mengetahui cara penggunaan yang betul. Sementara itu, bagi pihak agensi kerajaan
pula telah diberi mandat dan kuasa untuk mendapatkan maklumat daripada pemohon
dan menjalankan pemeriksaan mengikut Amalan Perkilangan Baik di premis
pengilang serta memantau produk kosmetik yang berada di pasaran di seluruh
Malaysia bagi mencegah kemasukan produk kosmetik yang merbahaya untuk
digunapakai oleh pengguna. Perkara ini mestilah diambil serius bagi semua pihak
kerana ia melibatkan pengguna-pengguna yang telah mempercayai kelebihan sesuatu
produk bagi merawat penjagaan diri dengan baik dan berkeyakinan dihadapan
masyarakat.

Dalam bab ini menghuraikan beberapa undang-undang utama yang mengawal selia
dan memberi perlindungan kepada pengguna terhadap produk kosmetik di Malaysia.
Antaranya ialah ASEAN Cosmetic Diractive (ACD) yang telah diubah kepada Garis
Panduan Kawalan Produk Kosmetik, Standard Malaysia merupakan garis panduan
yang diuruskan oleh JAKIM bagi mendapatkan pensijilan logo halal secara sah,
Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 198436 dan Akta Perlindungan
Pengguna 199937.

35
Nurul Hanis Noor Hasni & Mastora Mustafar, Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Kecenderungan Pelajar Untuk Membeli Produk Kosmetik Halal di UUM, Pusat Pengajian
Pengurusan Teknologi dan Holistik UUM, Hlmn. 703-704.
36
Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
37
Akta Perlindungan Pengguna 1999

46
2.7.1 ASEAN Cosmetic Directive (ACD)

Bermula 1 Januari 2008, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah bagi


mengawal produk kosmetik dengan mengantikan prosedur pendaftaran produk
kosmetik di Malaysia kepada prosedur notifikasi produk. Prosedur ini selaras
dengan Skim Harmonisasi Kosmetik ASEAN dengan menerima pakai dan
melaksanakan ASEAN Cosmetic Directive (ACD). Selaras dengan Skim
Harmonisaso Kosmetik ASEAN dan ASEAN Cosmetic Directive (ACD) kesemua
negara Asia telah bersetuju untuk melaksanakan prosedur notifikasi kosmetik
sebagai sistem kawalan bagi semua produk kosmetik di rantau Asia. “Notified
cosmetic” means a cosmetic as specified in the notification note issued by the
Director of Pharmaceutical Services38, yang mana notifikasi kosmetik ini akan
dikeluarkan sendiri oleh pengarah Farmaseutikal Malaysia, bukan daripada mana-
mana pihak.

ASEAN Cosmetic Directive (ACD) telah dilaksanakan di Singapura pada 1 Januari


2008 sebagai perjanjian bagi seluruh negara Asia agar dapat mengurangkan
halangan teknikal untuk perdagangan. Sekiranya pengedar produk kosmetik di
Singapura ingin memasukkan produk kosmetik di Malaysia mestilah mematuhi
peraturan produk ksometik yang selaras dengan ACD. Sebagai peraturan am,
produk kosmetik haruslah membuat faedah tututan kosmetik dan bukan faedah
tuntutan melalui perubatan atau therapeutic yang sejajar denga napa yang diterima
di peringkat antarabangsa dan membenarkan melalui data teknikal daripada
penyediaan kosmetik sendiri. ACD mempunyai kaitan dengan pematuhan garis
panduan ASEAN untuk Good Manufacturing Services (GMP) dari segi aspek
pengeluaran dan kawalan kualiti39.

38
Peraturan 18A. Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.
39
A Singapore Government Agency Website. ASEAN Cosmetic Directive.
https://www.hsa.gov.sg/cosmetic-products/asean-cosmetic-directive.

47
Oleh hal yang demikian, ACD telah dipinda kepada Garis Panduan Kawalan
Produk Kosmetik di Malaysia bagi memastikan pengurusan dan keselamatan
terhadap pengguna yang beragama Islam semakin terjaga supaya tidak berlaku
kemaslahatan pada masa akan datang. Setiap produk kosmetik yang dipasarkan di
Malaysia perlu bernotifikasi pada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
dan KKM sebelum produk tersebut diimport, dikilang, diedarkan atau dijual di
Malaysia tetapi ia bukan bermaksud sudah diluluskan oleh KKM. Setiap produk
bernotifikasi perlu mematuhi garis panduan kawalan produk kosmetik di Malaysia
dengan membuat perakuan sebagai tanggungjawab bagi setiap perkara yang
berkaitan dengan produk untuk dipasarkan di Malaysia 40.

2.7.2 Standard Malaysia

Perkataan “standard” dibawah seksyen 2, Akta Standard Malaysia 1996 [Akta


549] ditakrifkan sebagai satu dokumen yang diluluskan oleh suatu badan yang
diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang,
kaedah-kaedah pengeluaran yang berkaitan, yang pematuhannya tidak mandatori;
dan yang boleh juga termasuk atau memperkatakan semata-mata mengenai
kehendak peristilahan, simbol, pembungkusan, penandaan atau pelabelan
sebagaimana yang ia terpakai bagi sesuatu keluaran proses, atau kaedah
pengeluaran41.

Standard Malaysia ditubuhkan secara seimbang mengikut persetujuan


jawatankuasa-jawatankuasa yang dianggotai oleh perwakilan antaranya daripada
pengeluar, pengguna dan pihak yang berkepentingan dengan perkara yang
diusahakan. Jabatan Standard Malaysia merupakan jawatankuasa atau badan
standard yang berfungsi sebagai mengalakkan standard, penstandardan dan
akreditasi bagi memajukan ekonomi negara di samping mengalakkan kecekapan

40
Erina Camilia bt. Mohd Chazali (Ogos. 2019). Kawalan Produk Kosmetik Di Malaysia.
Retrieved Januari 29, 2023, http://www.myhealth.gov.my/kawalan-produk-kosmetik-di-
malaysia/.
41
Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549].

48
dan pembangunan industri yang bermanfaat terhadap kesihatan serta keselamatan
awam. Selain itu, Jabatan Standard Malaysia juga telah memberi kemudahan di
dalam negeri dan antarabangsa dari segi perdagangan serta melanjutkan kerjasama
antarabangsa berhubung dengan standard dan penstandardan. Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia telah mengiktiraf sebanyak 78 badan pensijilan halal dari 45 buah
negara yang berasaskan kepada pematuhan dan pelaksanaan piawaian halal
mengikut ciri-ciri yang ditetapkan oleh Malaysia42.

Jelaslah bahawa, Standard Malaysia telah diterima di peringkat antarabangsa dan


mendapat kepercayaan oleh negara-negara luar. Terdapat satu akta yang dapat
menentukan kelulusan sesuatu standard seperti Standard Malaysia yang sering
dikaji semula secara berkala untuk mengesahkan kandungan yang terkini iaitu
Akta Standard Malaysia [Akta 549]. Pihak Jabatan Agama Kemajuan Islam
Malaysia bertanggungjawab mengiktiraf sesebuah sijil halal yang perlu dipatuhi
oleh pihak industri mengikut piawaian standard halal.

Antara Standard Malaysia yang dibawah Jabatan Malaysia Standard seperti


Makanan Halal: Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan,
Barang Gunaan Islam – Bahagian 2: Penggunaan Tulang, Kulit dan Bulu Haiwan,
Barang Gunaan Islam – Bahagian 1: Kosmetik dan Dandanan Diri, Farmaseutikal
Halal – Am Garis Panduan, Halalan 2010 – Talian Insurans – Bahagian 1:
Keperluan Sistem Pengurusan bagi Pengangkutan Barang dan Rantaian Kargo
Perkhidmatan, Halalan 2010 – Talian Insurans – Bahagian 2: Keperluan Sistem
Pengurusan untuk Pergudangan dan Aktiviti berkaitan dengan kerjasama Jabatan
Standard Malaysia serta SIRIM Berhad. Inisiatif ini amat penting dengan
perkembangan industri pengeluaran yang mencukupi seperti pengeluaran
makanan, minuman, barang gunaan seperti kosmetik dan sebagainya.

42
Mohd Azrone Sarabatin (2019 Disember). JAKIM Iktiraf 78 Badan Pensijilan Halal 45
Negara. Akhbar Berita Harian. Retrieved Januari 23, 2023,
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/635025/jakim-iktiraf-78-badan-
pensijilan-halal-45-negara.

49
Malah, produk kosmetik yang ingin mendapat pensijilan halal haruslah mematuhi
piawaian yang digariskan terhadap Malaysian Standard iaitu Bahagian Kosmetik
dan Dandanan Diri MS 2634 2019 – Kosmetik Halal – Panduan Umum yang
diperakui di peringkat antarabangsa iaitu International Organization for
Standardization (ISO). Standard Antarabangsa ini telah menambahbaikkan
keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti bagi meningkatkan kepuasan pelanggan
dengan cara memenuhi keperluan dan kehendak mereka tersebut. Oleh sebab itu,
garis panduan ini diwujudkan bertujuan untuk menjadikan sebagai satu rujukan
kepada pihak berkuasa bagi menentukan kehalalan sesuatu produk untuk
mengeluarkan sijil halal tersebut. Selain itu, bertujuan bagi memberi penjelasan
dan kefahaman kepada pengguna serta orang awam sama ada Islam atau bukan
Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi
penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan
pengangkutan.

2.7.3 Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984

Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984 berkaitan dengan kawalan


keselamatan, kualiti dan tuntutan produk bagi memastikan semua tuntutan
kosmetik boleh disokong dengan data yang mencukupi agar dapat melindungi
serta mengalakkan kesihatan pengguna. Produk kosmetik dikawal melalui sistem
pendaftaran dimana terdapat syarikat yang bertanggungjawab untuk memasarkan
di pasaran tempatan haruslah membuat pendaftaran produk dengan Biro
Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) sebelum produk kosmetik boleh dikilangkan, diimport atau
dijual di negara Malaysia semenjak tahun 2002 sehingga hujung tahun 2007 43. Di
samping itu, produk kosmetik di Malaysia perlu mematuhi garis panduan yang
telah ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara.

43
Eva Nee Yuan Qi (2014 November). Semakan Produk Berdaftar Melalui Laman Sesawang.
Retrieved Disember 18, 2022, http://www.myhealth.gov.my/semakan-produk-berdaftar-
melalui-laman-sesawang-bpfk/.

50
Setiap produk-produk yang ingin dipasarkan di Malaysia dipantau di bawah Akta
Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, iaitu di bawah kelolaan Biro Farmaseutikal
Kebangsaan. Hal ini demikian, biro tersebut bertanggungjawab dalam memastikan
setiap produk kosmetik atau produk farmaseutikal di Malaysia telah didaftarkan
dan dilesenkan sebelum berada di pasaran44. Sekiranya sesebuah syarikat atau
individu yang mengeluarkan produk kosmetik dengan melanggar Peraturan-
Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984 maka KKM akan menghentikan
penjualan dan pengedaran dengan serta merta terutamanya kandungan tersebut
mengandungi merkuri yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Oleh itu, produk kosmetik yang tidak didaftarkan boleh didakwa sebagai
perlanggaran peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik
1984 dan satu kesalahan di bawah peraturan 30 (1) peraturan yang sama iaitu:-

Penalti Umum;

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-


peraturan ini atau mana-mana syarat oleh apa-apa lesen yang dikeluarkan di
bawah Peraturan-peraturan ini atau mana-mana syarat yang tertakluk
kepada suatu produk yang didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini
adalah suatu kesalahan45.

Apabila individu yang melakukan kesalahan tersebut akan dikenakan hukuman di


bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 yang memperuntukkan seseorang
akan dikenakan denda setimpal tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan bagi
kesalahan-kesalahan berikutnya akan dedenda tidak melebihi RM 50,000 atau
penjara tidak melebihi lima tahun. Bgi syarikat yang melakukan kesalahan
pertama boleh dikenakan denda sehingga RM 50,000 untuk kesalahan pertama dan

44
Mohd Al’Ikhsan Ghazali et. al. Mengglobalisasikan Sistem Piawaian Standard Halal
Malaysia di Peringkat Dunia. Sains Humanika Fakulti Tamadun Islam UITM Kuala Lumpur.
Hlmn. 17.
45
Peraturan 30 (1), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984

51
denda sehingga RM 100,000 untuk kesalahan berikutnya sebagaimana yang
dinyatakan dalam seksyen 12(2):-

(1) Mana-mana pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan terhadap


Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang
bagi kesalahan tersebut tiada penalti yang diperuntukkan secara nyata
boleh dikenakan hukuman apabila disabitkan kesalahan boleh didenda
tidak melebihi lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan kedua atau
kesalahan berikutnya ia bertanggungan jika disabitkan kesalahan akan
didenda tidak melebihi satu ratus ringgit 46.

Pihak kementerian haruslah bertanggungjawab bagi menasihatkan orang ramai


supaya memastikan produk-produk yang dibeli di pasaran hendaklah mematuhi
keperluan undang-undang yang berkuatkuasa. Sebagai pengguna seharusnya
bersikap bijak dalam memilih produk-produk kosmetik yang dibelinya.

Terdapat satu contoh kes (Unreported case) berkaitan penjualan produk kosmetik
yang tidak bernotifikasi di Sabah pada tahun 2018 yang mana seorang peniaga
produk kosmetik telah didenda sebanyak RM4,000 selepas mengaku bersalah
terhadap dua pertuduhan masing-masing kerana menjual produk tidak berdaftar
dan barangan kosmetik tanpa notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz memerintahkan Ho Weh Thin, 39,
membayar denda RM2,000 bagi setiap pertuduhan atau berdepan penjara dua
bulan jika gagal membayar jumlah denda berkenaan. Azreena, bagaimanapun
membenarkan tertuduh membayar denda secara ansuran sebanyak dua kali dengan
jumlah RM2,000 pada hari ini, manakala baki RM2,000 lagi, bulan depan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di premis Boxes World, Centre Point,
Kota Kinabalu ketika pemeriksaan Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri
Sabah pada 15 Ogos tahun lalu. Dia didakwa memiliki pelbagai jenis keluaran
(produk) tidak berdaftar kerana melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan
Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan di bawah Peraturan
30 (1) peraturan yang sama.

46
Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952

52
Bagi pertuduhan kedua, Weh Thin didakwa memiliki produk kosmetik tidak
bernotifikasi yang melanggar Peraturan 18A (1) (a) Peraturan-Peraturan Kawalan
Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan di bawah Peraturan 18A (15)
peraturan yang sama. Kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan boleh dihukum
mengikut Seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952. Ketika pemeriksaan di premis
tertuduh sebelum ini, sebanyak 10 jenis produk disyaki tidak berdaftar dirampas
untuk semakan sebelum disahkan bukan keluaran berdaftar kerana tidak memiliki
Sijil Perakuan Pendaftaran mengikut Peraturan 9 (4) Peraturan-Peraturan Kawalan
Dadah dan Kosmetik 1984. Bagi produk kosmetik, sebanyak 16 daripada 22 jenis
produk milik tertuduh yang diperiksa disahkan tidak mempunyai notifikasi
KKM47.

2.7.4 Akta Perlindungan Pengguna 1999

Akta Perlindungan Pengguna 1999 merupakan undang-undang Malaysia yang


bertujuan untuk melindungi hak-hak pengguna dan memastikan perlindungan
yang adil dan saksama terhadap pengguna di Malaysia. Akta ini tidak terpakai jika
pembeli membeli barang-barang atau perkhidmatan untuk tujuan perniagaan.

Dalam seksyen 3(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999, telah menjelaskan


maksud “Pengguna” iaitu:

“Memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis


yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau penggunaan diri,
rumah tangga atau isi rumah.”

47
Mohd Izham Unnip Abdullah (2018, April). Padah Miliki Produk Tiada Notifikasi, Tidak
Berdaftar. Akhbar Harian Metro. Retrieved Mac 6, 2023.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/332023/padah-miliki-produk-tiada-
notifikasi-tidak-berdaftar.

53
Akta Perlindungan Pengguna 1999 juga mengandungi peruntukan mengenai
standard keselamatan. Dalam konteks ini, Menteri diberi kuasa untuk menetapkan
standard keselamatan bagi sesuatu produk melalui peraturan-peraturan yang
digubal di bawah akta. Pematuhan kepada standard keselamatan yang telah
ditetapkan di bawah seksyen 19 adalah sesuatu yang mandatori yang amna seksyen
20 melarang pembekalan penawaran atau pengiklanan barang yang tidak
mematuhi standard tersebut.

2.8 Kesimpulan

Konsep halal adalah untuk menjaga keselamatan orang beragama Islam daripada
kemudaratan yang diperolehi dari segi rohani dan jasmani. Kini, halal sudah menjadi
fenomena dalam urusan perniagaan sehingga mempengaruhi pasaran global yang
mematuhi syariah sekaligus mendapat sambutan baik tidak kira orang beragama Islam
atau bukan beragama Islam. Sebagai contoh, penghasilan produk kecantikan yang
menerapkan konsep halal perlu menjalani beberapa uji kaji dan pemeriksaan
daripada badan berkuasa seperti JAKIM.

Produk kosmetik halal menjadi pilihan utama adalah disebabkan lambakan produk
kosmetik yang dapat membahayakan kesihatan dan keselamatan pengguna sehingga
ia telah memberi kebimbangan dan boleh mengancam nyawa pengguna. Dr Noor
Hisham Abdullah merupakan Ketua Pengarah Kesihatan telah menyarankan kepada
pengguna-pengguna yang sedang menggunakan produk kosmteik haruslah
berwaspada dan segera menghentikan penggunaan sekiranya terdapat tanda-tanda
ketidakselesaan pada kulit wajah di samping mendapatkan nasihat daripada pakar
profesional kesihatan. Produk kosmetik halal merupakan satu bahan atau ramuan yang
terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, dipakai, digosok
atau disapu dengan tujuan kecantikan kerana amat digalakkan penggunaan bahan
kosmetik yang diperbuat daripada tumbuhan dan bahan kimia kecuali yang beracun
serta membahayakan kesihatan. Manakala, bagi produk kosmetik halal haruslah
bersumberkan melalui haiwan halal dan disembelih mengikut hukum syarak yang
boleh digunakan oleh pengguna beragama Islam.

54
Pemilihan produk kosmetik yang halal, bersih dan selamat haruslah menjadi
keutamaan bagi setiap pengguna beragama Islam terutamanya kaum wanita kerana
secara tidak langsung ia diselaraskan dengan tuntutan syariah supaya setiap apa yang
dimakan dan dikenakan pada tubuh adalah datang daripada sumber yang halal, bersih
lagi baik. Isu penggunaan bahan yang melibatkan hukum, secara jelasnya para fuqaha
merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai garis panduan. Tambahan pula, ia
dikukuhkan dengan beberapa fatwa semasa terutama penetapan kegunaan sesuatu
sama ada digunakan dengan tujuan dalaman atau luaran.

Lambakan pelbagai produk di pasaran terutamanya dari luar negara mendatangkan


kesukaran kepada pengguna Islam, khususnya untuk membuat pilihan. Oleh hal yang
demikian, amalan pembelian produk yang berstatus halal oleh pengguna dilihat masih
berkurang terutamanya dalam pembelian produk kosmetik atau ubat-ubatan. Sebagai
sebuah institusi kerajaan, JAKIM perlu melaksanakan undang-undang dalam
menentukan standard halal yang lebih kukuh, terutama bagi produk kosmetik dan
farmaseutikal dan undang-undang sedia ada perlu dikaji semula agar pengguna Islam
lebih terjamin. Penggunaan logo halal yang diwajibkan kepada setiap pengusaha
dilihat mampu membantu mempertingkat produk yang dijamin halal dalam pembelian
pengguna, terutama pengguna yang beragama Islam.

Kepatuhan dan panduan daripada Malaysia Standard adalah begitu penting dan perlu
dipenuhi bagi industri kosmetik halal. Hal ini adalah bagi mendapatkan pensijilan
halal yang diiktiraf oleh badan pensijilan halal JAKIM. Secara tidak langsung, pihak
indsutri bukan sahaja dapat menghasilkan produk kosmetik halal yang selari dengan
pensyariatan Islam, malah turut memenuhi tuntutan pengguna dalam mendapatkan
produk kosmetik halal yang selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang
memudaratkan kepada pengguna. Hal ini membuktikan bahawa produk kosmetik halal
perlu dilihat dengan lebih menyeluruh dari sudut aspek bahan ramuan, pemprosesan,
pembungkusan dan penyediaan bagi menghasilkan produk kosmetik halal yang
selamat, berkualiti dan berkesan.

55
BAB TIGA
BAB TIGA

KOSMETIK HALAL DI ZELCOS LABORATORY

3.1 Pendahuluan

Di dalam bab ini, pengkaji akan menyentuh dan memfokuskan kajian di sebuah
makmal yang menjadi satu tempat untuk seseorang yang ingin memulakan produk
sendiri atas faktor terdapat produk kosmetik tiruan di pasaran tempatan yang
semakin membimbangkan dan membahayakan kepada pengguna. Penggunaan
produk kosmetik tiruan atau produk kosmetik timbang kilo yang tidak terkawal
mampu mengancam nyawa malah memberi kemudaratan pada kesihatan pengguna
pada jangka masa panjang.

Apabila seseorang ingin menghasilkan produk sendiri dan mencari makmal yang
dapat menghasilkan produknya itu haruslah mencari makmal atau syarikat
kosmetik Original Equipment Manufacturer (OEM) yang betul untuk memulakan
jenama sendiri dengan mendapat pakar OEM yang berpengalaman dalam industri.
Setelah mendapat syarikat OEM yang betul, mestilah melihat semua keperluan dan
jangkaan produk itu dipenuhi mengikut keperluan yang diingini. Perkara yang
lebih penting untuk memastikan syarikat OEM itu adalah mereka dapat memenuhi
dan mengikut piawaian tempatan serta antarabangsa. Kebanyakkan syarikat
persendirian yang sering menggunakan perkhidmatan OEM, di mana mereka
sendiri yang mencetak logo atau reka bentuk pada produk tersebut.

Malah, syarikat Original Equipment Manufacturer (OEM) turut menyediakan


Original Design Manufacturing (ODM) yang memudahkan seseorang
menghasilkan reka bentuk produk atau membuat perubahan pada produk bagi
menarik minat pelanggan yang melihat reka cipta produk tersebut. Oleh itu,
syarikat mempunyai hak untuk mendapatkan pemilihan reka bentuk daripada
pelanggan bagi memenuhi keperluan mereka dengan harga yang tinggi kecuali

57
ODM memberikan harga rendah sekiranya pelanggan tersebut tidak ingin
memerlukan bantuan pihak syarikat untuk reka bentuk produk mereka 1.

Pengkaji akan menerangkan dengan lebih jelas berkaitan konsep Original


Equipment Manufacturer (OEM) dan Original Design Manufacturing (ODM).
Pengguna-pengguna produk kurang mendengari tentang istilah OEM dan ODM
malah mereka terasa asing ketika mendengar istilah tersebut kerana kurang
pendedahan yang disebarkan oleh mana-mana pihak. Dalam industri, OEM dan
ODM merupakan perkara biasa kerana pertimbangan kos pembuatan, kemudahan
pengangkutan, dan masa pembangunan apabila syarikat-syarikat yang berjenama
terkenal kebiasaannya bersedia mencari pengeluar OEM atau ODM yang dapat
memberi kerjasama dengan baik bagi penghasilan sesuatu produk secara berkualiti
dan bermutu tinggi. Sebilangan menyatakan bahawa OEM tidak mereka bentuk
apa-apa dan hanya bertindak sebagai pembuat untuk sebarang produk yang
dikelolakan oleh pelanggan mereka di samping dikenali sebagai sebuah kilang
yang mepunyai kemampuan untuk mengeluarkan produk mengikut spesifikasi
tertentu. Sebagai contoh, pihak kilang UA Cosmetics Manufacturing mempunyai
formulasi untuk membuat lipmatter. Pengasas akan menggunakan formulasi
tersebut dan menjenamakan sebagai Melon Lipmatte dan dipasarkan kepada
pengguna.

Manakala bagi ODM pula mereka bentuk produk dalam keadaan sedia lengkap
untuk pelanggan yang tidak ada kepakaran dalam mereka bentuk produk yang
dihasilkan oleh kilang mengikut spefikasi pengasas serta formulasi yang
dihasilkan daripada idea daripada pengasas dan kilang hanya keluarkan produk
mengikut apa yang ditentukan oleh pengasas. Sebagai contoh pihak kilang UA
Cosmetics Manufacturing mempunyai formulasi untuk membuat lipmatte.
Pengasas mempunyai idea untuk menambah atau menukar bahan di dalam
formulasi tersebut. Seperti menambah perisa lemon dan menukar warna menjadi
warna kejinggaan. Kemudian pihak kilang melakukan Research And Development
(R&D) dan dipersetujui oleh pengasas. Pengilang akan keluarkan produk

1
Zelcos Laboratory (2020 November). What Is OEM & ODM. Retrieved Februari 2, 2023.
https://zelcos.com/bm/2020/11/26/oem-x-odm-whats-the-difference/.

58
mengikut spefisikasi pengasas dan menjenamakan produk tersebut sebagai
I.Chanted kemudian dipasarkan kepada pengguna.

Selain itu, terdapat kilang yang berjenama di Malaysia kebiasaannya menawarkan


perkhidmatan penuh daripada permulaan penciptaan seperti bahan mentah, beli
botol, mereka bentuk logo, label, mengemas dan pendaftaran produk bagi
mendapatkan kelulusan Kementerian Kseihatan Malaysia (KKM). Secara jelas,
kilang yang mempunyai status Good Manufacturing Practice (GMP) sahaja yang
dapat membantu pengeluar mendaftarkan produk-produk di KKM. Good
Manufacturing Practice diambil dari istilah GMP atau Amalan Perkilangan Baik.
Pensijilan diberikan kepada kilang-kilang yang mencapai piawaian pengeluaran
standard yang tinggi sebagai tahap keselamatan dan kebersihan yang ditetapkan.

Sesetengah kilang bukan sahaja menghasilkan produk kosmetik sahaja tetapi


mereka juga menghasilkan produk makanan tambahan, penjagaan kulit, penjagaan
rambut dan penjagaan badan. Sebagai contoh pengilang Jenama Produk Anda
yang bertungkus-lumus bagi menjayakan produk-produk kosmetik mengikut
piawaian yang ditetapkan untuk memuaskan hati pembeli atau pengguna.
Penghasilan produk berdasarkan Good Manufacturing Practice (GMP) yang telah
ditetapkan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah
pengendalian Kementerian Kesihatan Malaysia.

3.2 Pengenalan Mengenai Zelcos Laboratory

Zelcos Laboratory telah ditubuhkan pada tahun 2011 yang merupakan sebuah
syarikat penyelidikan dan pembuatan produk penjagaan kulit serta kosmetik yang
telah disahkan Halal, Good Manufacturing Practice (GMP) dan International
Organization for Standardization (ISO) 9001:2008 di Pulau Pinang, Malaysia
untuk kegunaan harian pengguna bermula daripada hujung rambut sehingga
hujung kaki. Selain itu, Zelcos bukan sahaja berada di Pulau Pinang, Malaysia

59
tetapi terdapat di Singapura yang menyediakan perkhidmatan OEM produk
penjagaan diri, ODM dan kosmetik label peribadi No.1 yang berkualiti2.

Zelcos Laboratory mempunyai visi dan misi syarikat yang boleh menjamin
keselamatan dan berkualiti untuk pengeluar dan pengguna produk. Bagi visi yang
diterapkan oleh Zelcos Laboratory adalah dengan satu tujuan untuk menyediakan
perkhidmatan OEM, ODM dan label peribadi yang terbaik dengan kumpulan ahli
kimia yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan dan pembangunan
kosmetik. Seterusnya, misi syarikat pula Zelcos Laboratory percaya terhadap
penggunaan ramuan yang terbaik untuk memastikan produk dengan standard
tertinggi malah memastikan semua produk yang dibina oleh Zelcos Laboratory
berasaskan kualiti, integriti dan kesempurnaan sebelum menjalani kawalan kualiti
yang ketat untuk memenuhi standard tinggi syarikat.

Oleh itu, terdapat beberapa pakar-pakar profesional produk di setiap jabatan


antaranya dari jabatan Research and Development (R&D), pengeluaran dan
kawalan kualiti yang berfungsi secara professional bagi memastikan produk-
produk itu menjadi kepuasan terutamanya kepada pengguna yang membeli dan
menggunakan produk tersebut. Pakar-pakar dari jabatan Research and
Development (R&D) telah disahkan sebagai Eksekutif Halal oleh Majlis
Profesional Halal, JAKIM yang berperanan untuk memastikan rantai halal
terjamin di peringkat industri.

Sebagai sebuah syarikat pembuatan Halal yang terkemuka dan disahkan oleh
JAKIM, Zelcos menawarkan pelbagai rangkaian produk kecantikan halal yang
mematuhi Syariah untuk memenuhi permintaan tempatan dan halal pasaran
antarabangsa3.

2
Zelcos Laboratory (2020). Tentang Kami. Retrieved Februari 2, 2023.
https://zelcos.com/bm/about-us/.
3
Ibid (2020). Retrieved Februari 2, 2023. https://zelcos.com/bm/about-us/.

60
Pada 4 Oktober sehingga 7 Oktober 2019, Zelcos Laboratory telah menyertai dan
membuka booth di Kuala Lumpur Convention Centre di dalam Program Beauty
Expo 2019. Sedemikian itu juga, pelbagai maklum balas yang positif diterima oleh
pihak Zelcos Laboratory daripada pelanggan mereka.

Dilengkapi dengan lebih 20 buah mesin berteknologi tinggi, kilang OEM Zelcos
Laboratory mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 10,000 unit produk dalam
tempoh satu hari dengan hasilan produk mengikut GMP yang telah ditetapkan oleh
National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dibawah Kementerian
Kesihatan Malaysia. Oleh itu, produk yang dikeluarkan oleh Zelcos Laboratory
diiktiraf dan keselamatan produk juga terjamin maka pihak pelanggan tidak perlu
khuatir dengan keselamatan produkn kerana ianya sesuai untuk kegunaan oleh
pelbagai lapisan umur.

Dengan interaksi yang diperkenalkan melalui komunikasi yang optimum dari


Zelcos Laboratory serta pelbagai tips, pakej dan pelbagai lagi pilihan yang telah
disediakan secara khas untuk pelanggan. Sekiranya pelanggan takut dengan
kegagalan produk jenama sendiri, Zelcos Laboratory sedia membantu bagi
mencapai target yang diingini serta akan berkongsi pelbagai cara supaya produk
jenama OEM pelanggan mencapai tujuan dan matlamat yang diiginkan. Zelcos
Laboratory akan merealisasikan impian pelanggan untuk menjadi usahawan yang
berjaya dan yang bakal berjaya.

61
3.3 Jenis-Jenis Produk Kosmetik Yang Dikaji Oleh Zelcos Laboratory

Pelbagai produk penjagaan kulit, produk kosmetik, penjagaan diri, penjagaan spa,
penjagaan rambut dan wangian OEM yang disediakan oleh Zelcos Laboratory
dengan menggunakan ramuan bermutu tinggi di dalam produk untuk jenama
pengeluar4. Pelbagai produk yang dapat dihasilkan oleh Zelcos Laboratory
antaranya ialah penjagaan kulit, produk solekan, penjagaan peribadi, wangian,
produk spa dan penjagaan rambut. Kesemua produk-produk ini memerlukan
pensijilan halal daripada pihak JAKIM kerana populasi penduduk Islam di
Malaysia dijangka meningkat ini menunjukkan bahawa peningkatan bagi
permintaan produk halal turut meningkat dan akan mengembang secara pesat.

Antara jenis-jenis produk yang dihasilkan Zelcos Laboratory:

1. Penjagaan Kulit5

Penjagaan kulit adalah amat penting bagi seseorang terutamanya kaum wanita
yang ingin menampakkan wajah mereka berseri dan dipandang elok oleh orang
sekeliling mereka. Seseorang yang memiliki kulit yang cantik ia mempunyai
kulit yang sihat terutamanya produk yang memperakui halal dengan bahan
berkualiti terbaik yang merawat kulit agar menampakkan cahaya dalaman di
dalam kulit secara berseri. Itulah yang ditekankan oleh Zelcos Laboratoty
dalam produk penjagaan kulit kerana mereka dapat menggabungkan hampir
semua jangkaan masalah kulit termasuk penuaan jerawat, kulit kering, warna
kulit, kulit sensitif dan sebagainya. Akan tetapi, bukan sahaja menggunakan
produk penjagaan kulit semata-mata tetapi pengawalan makanan yang
dimakan oleh seseorang juga turut dikenal pasti kerana ia juga boleh memberi
kesan buruk kepada seseorang sekiranya tidak mengawal pemakanan dengan

4
Zelcos Laboratory (2020). Zelcos Sebagai Pilihan OEM Anda. Retrieved Februari 2, 2023.
https://zelcos.com/bm/.
5
Zelcos Laboratory (2020). Penjagaan Kulit. Retrieved Februari 2, 2023.
https://zelcos.com/bm/skincare-products/.

62
baik yang boleh menyebabkan kulit muka menjadi rosak seperti berjerawat,
berjeragat dan lain-lain.

2. Produk Solekan 6

Di pasaran, produk solekan merupakan produk yang menjadi tumpuan kepada


seseorang untuk diguna pakai kerana produk ini dapat mengatasi dan menutup
parut jerawat, kulit kusam atau pori-pori yang terbuka. Kecantikan adalah
kekuatan sehingga pihak Zelcos Laboratory menghasilkan bahan yang
berkualiti dengan meningkatkan rahsia kecantikan personaliti serta
mengungkapkan sesuatu yang unik mengenai diri seseorang. Semua produk
solekan yang dirangkumi oleh pihak Zelcos Laboratory iaitu produk primer,
foundation, bb cream, blusher, eyeliner dan sebagainya. Dengan adanya
produk solekan ini, ia tidak membimbangkan kaum wanita menjadi yakin
berhadapan dengan orang ramai terutamanya mereka bekerja berjumpa dengan
pelanggan. Itu merupakan salah satu strategi atau tarikan yang perlu diambil
oleh seseorang agar pelanggan mereka tidak lari pada orang lain. Selain itu,
produk solekan ini bukan sahaja diguna pakai oleh kaum wanita sahaja tetapi
ia juga diguna pakai oleh kaum lelaki untuk menampakkan keyakinan kepada
mereka.

6
Zelcos Laboratory (2020). Produk Solekan. Retrieved Februari 3, 2023.
https://zelcos.com/bm/make-up-products/.

63
3. Penjagaan Peribadi 7

Bagi menampakkan keyakinan yang penuh sepanjang hari, Zelcos Laboratory


turut menyediakan produk penjagaan diri dan peralatan mandi agar seseorang
dapat menjaga kebersihan serta kesegaran walaupun hanya beberapa jam
selepas penggunaan. Pihak Zelcos Laboratory memberi jaminan kepada
pelanggan mereka produk penjagaan peribadi ini dapat memastikan badan,
tangan dan kaki pengguna dijaga dengan baik setelah mengguna bahan yang
berkualiti tinggi bahkan mereka dapat menggabungkan resepi pelanggan
mereka untuk dijadikan sebagai satu produk unik sehingga menjadikan
penjagaan kesihatan yang paling unik. Sekiranya seseorang mengabaikan
penjagaan peribadi ia dapat memberi kesan yang buruk kerana penjagaan
peribadi merupakan rutin harian seseorang untuk menampakkan kesegaran dan
kebersihan terhadap diri seseorang untuk melakukan aktiviti setiap hari
walaupun berada di rumah.

4. Wangian8

Produk wangian yang semakin berkembang di pasaran untuk seseorang yang


tidak ingin dipertikai oleh sekeliling dengan bauan badan yang kurang
menyenangkan ketika sedang berkomunikasi atau dihampiri. Produk wangian
di Zelcos Laboratory yang berkualiti tinggi dengan pengawasan dari pakar-
pakar professional di jabatan R&D semasa pengeluaran. Pelanggan tidak perlu
khuatir dengan pengeluaran wangian yang dilakukan oleh Zelcos Laboratory
kerana mereka menggunakan teknologi yang canggih dan kesemua produk
wanigan disahkan halal termasuk minyak wangi, kolagen, shower, serbuk
wangi, Eau de Toilette (EDT), Eau de Parfum (EDP) dan minyak wangi bebas
alkohol dan minyak wangi alkohol bertauliah halal. Kebanyakkan produk
wangian yang dihasilkan mempunyai alkohol supaya kesan wangian pada

7
Zelcos Laboratory (2020). Penjagaan Peribadi. https://zelcos.com/bm/personal-care/.
8
Zelcos Laboratory (2020). Wangian. Retrieved Februari 3, 2023.
https://zelcos.com/bm/perfume/.

64
tubuh badan kekal lama dan ia menjadi kebimbangan kepada pengguna yang
beragama Islam untuk melakukan ibadah sekiranya menggunakan produk
wangian yang mempunyai kandungan alkohol.

5. Produk Spa9

Rawatan spa holistik yang diperbuat daripada bahan suci semula jadi bagi
tubuh, jiwa dan minda seseorang dengan jaminan kualiti semasa pengeluaran.
Zelcos Laboratory menyediakan pelbagai rangkaian produk spa untuk
dikembangkan menjadi rangkaian produk unik pengeluar malah digabungkan
dengan jenama pengeluar yang membolehkan pengeluar dapat menikmati
pengalaman yang menenangkan dan santai. Produk spa ini sering digunakan
sekiranya keseluruhan badan seseorang menjadi berat atau merasakan badan
tidak selesa maka mereka akan menggunakan perkhidmatan spa di luar sana
untuk meringkan tubuh badan mereka. Produk spa ini bukan semata-mata
bagus untuk luaran badan sahaja tetapi ia memberi kesan yang baik pada
dalaman badan seseorang terutamanya dapat melancarkan saluran darah yang
tersumbat akibat tekanan terhadap kehidupan seharian. Kebanyakkan
seseorang menggunakan perkhidmatan spa sebanyak dua kali dalam sebulan.

9
Zelcos Laboratory (2020). Produk SPA. Retrieved Februari 2, 2023.
https://zelcos.com/bm/spa-products/.

65
6. Penjagaan Rambut10

Rambut merupakan mahkota yang seseorang tidak akan melepaskan tidak kira
beragama Islam ataupun tidak beragama Islam yang perlu dijaga dengan rapi.
Zelcos Laboratory menggunakan bahan yang berorganik dan berkualiti tinggi
supaya dapat memberi ketenangan dan pengekalan rambut yang sihat. Di
samping itu, pelbagai tawaran yang ditawarkan oleh Zelcos Laboratory untuk
menyuburkan rambut dan kulit kepala seperti produk rawatan rambut dan
rawatan salun namun demikian semua produk yang dihasilkan adalah sah
dengan pensijilan Halal, GMP dan ISO. Sekiranya rambut tidak dijaga dengan
baik akan mengakibatkan rambut menjadi busuk, mempunyai kutu rambut,
rambut rosak dan sebagainya terutamanya kepada kaum wanita yang beragama
Islam amat menitikberatkan untuk menjaga rambut dengan baik kerana setiap
hari mereka akan menutup rambut menggunakan tudung terutamanya bekerja
dari pagi sehingga lewat malam.

Jenis-jenis produk yang disediakan oleh pihak Zelcos Laboratory adalah berkualiti
dan suci yang mengikut prosedur bagi mendapatkan pensijilan halal. Pengeluar
daripada syarikat atau pengguna tidak perlu khuatir dengan produk yang telah
memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada Zelcos Laboratory untuk
menghasilkan produk-produk kecantikan.

10
Zelcos Laboratory (2020). Penjagaan Rambut. Retrieved Februari 3, 2023.
https://zelcos.com/bm/hair-products/.

66
3.4 Peranan Zelcos Laboratory Terhadap Produk Kosmetik Mengikut
Piawaian Standard Halal

Setiap produk daripada Zelcos Laboratory telah disahkan Halal oleh pihak
berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sesuatu produk yang
ingin mendapatkan pensijilan Halal daripada pihak Zelcos haruslah mengikut garis
panduan yang ditetapkan sekaligus ia bersesuaian dengan Skim Pensijilan Halal
Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dengan merujuk kepada
standardisasi produk dan perkhidmatan halal oleh Zelcos sendiri. Selain itu, Zelcos
Laboratory telah menyediakan kemudahan teknologi-teknologi berkualiti tinggi
yang mematuhi syarat JAKIM dalam aspek pengendalian bahan mentah,
pembuatan, penyediaan, pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran produk
syarikat bagi memenuhi standard kualiti tertinggi dan memberi jaminan produk.

Sijil Halal Syarikat Zelcos Laboratory diperakui di bawah MS 2634, Ref: 1 001-
06/2014, berdasarkan Garis Panduan Sistem Pengurusan Jaminan Halal dan
Piawaian Malaysia. Walaubagaimanapun, Zelcos Laboratory menggunakan
ramuan halal yang dibenarkan sahaja dan diiktiraf oleh badan perakuan iaitu
JAKIM yang mana pengguna tidak perlu khuatir tentang pemprosesan yang
dilakukan kerana ia terjamin 100% tidak mempunyai risiko pencemaran silang
dengan bahan najis dalam fasiliti Zelcos Laboratory termasuklah alat
pemprosesan, bahan tambahan, produk pembersih, pelincir dan sebagainya 11.

Untuk pengesahan sijil halal daripada JAKIM bagi produk kosmetik bukan
semata-mata melihat bahan-bahan yang bebas dari unsur babi tetapi terdapat 12
perkara yang perlu di audit untuk memenuhi piawaian ditetapkan malah mengikut
tuntutan syariah.

11
Zelcos Laboratory (2020). Tentang Halal. Retrieved Februari 6, 2023.
https://zelcos.com/bm/halal-cosmetic/.

67
Antara perkara-perkara yang perlu diperiksa dan mendapat kelulusan sijil halal
JAKIM bagi produk kosmetik adalah seperti berikut12:

a) Dokumentasi dan profail syarikat


b) Sistem kawalan halal dalaman
c) Bahan mentah/ramuan dan bahan bantuan pemprosesan
d) Peralatan
e) Pembungkusan dan pelabelan
f) Penyimpanan
g) Pemprosesan
h) Pengangkutan
i) Pekerja
j) Sistem sanitasi dan kebersihan premis
k) Pengurusan sisa buangan
l) Fizikal premis

Sekiranya tidak mengikut perkara-perkara yang ditetapkan pengeluar atau syarikat


tidak mendapat sijil halal yang sah oleh JAKIM kerana JAKIM tidak melihat
bahan yang terkandung sahaja tetapi mereka juga melihat perkara-perkara yang
memberi kebaikan kepada semua terutamanya pembeli. Pensijilan halal sekaligus
memastikan ketulenan status halal bagi sesuatu produk di pasaran. Kesemua bahan
yang digunakan adalah daripada 100% bahan semula jadi dan tidak ada
penyelidikan dilakukan ke atas haiwan bagi mengelakkan sebarang permasalahan
yang berlaku pada masa akan datang terutamanya terhadap hukum syara’
ditetapkan oleh Islam sebagai satu panduan yang baik untuk pengeluar
menyediakan produk-produk berkualiti dengan halallan tayyiban13.

12
Aszulqa.Com (2018 Mac). Sijil Halal JAKIM Untuk Produk Kosmetik (Kosmetik Halal).
Retrieved Februari 15, 2023. https://aszulqa.com/blog/sijil-halal-jakim-untuk-produk-
kosmetik-kosmetik-halal/.
13
Jenama Produk Anda (2020). Tahukah Anda? Kenapa Perlu Memilih Perniagaan Kami?.
Retrieved Februari 15, 2023. https://www.jenamaprodukanda.com/.

68
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) telah memberi kenyataan terhadap usahawan
yang perlu menghormati prosedur operasi standard ditetapkan oleh JAKIM malah
turut menjadikan rujukan pelbagai pihak di peringkat antarabangsa. Islam tidak
membebankan sesiapa malah memudahkan urusan usahawan menggunakan
pendekatan mengikut ketetapan primsip Maqasid Syariah yang sebenar 14.

3.5 Perkhidmatan Zelcos Laboratory Kepada Pengeluar

Sejak akhir-akhir ini, peningkatan dalam permintaan produk kecantikan,


perniagaan kosmetik dan kecantikan adalah salah satu sektor yang menjadi
tumpuan di seluruh dunia. Mengawal kualiti bagi sesuatu produk kecantikan
merupakan satu peranan penting dalam industri kosmetik kerana ia memberi
tumpuan kepada keselamatan produk adalah penting terhadap pengguna. Zelcos
Laboratory telah menggunakan piawaian yang ketat untuk semua produknya,
antara kepentingan yang ditumpukan ialah menentukan sama ada produk tersebut
memenuhi keperluan semasa, kemudian memastikan keselamatan produk serta
menguji keberkesanan produk.

Kelebihan yang diperoleh oleh pelanggan baharu dari kilang-kilang ialah


mendapat bimbingan untuk memulakan produk baharu dengan jenama sendiri dari
proses A sehingga Z tidak terkecuali kepada pelanggan yang sudah berjaya.
Pengilang Jenama Produk Anda telah 10 tahun dalam bidang pemasaran produk
OEM secara online atau offline yang telah melahirkan ramai pelanggan pengasas
produk jenama sendiri yang berjaya bergelar jutawan15.

14
Faris Fuad (2016 Oktober). Pensijilan Halal Malaysia JAKIM Ikut Piawaian. Akhbar Berita
Harian. Retrieved Mac 9, 2023,
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/10/204489/pensijilan-halal-
malaysia%C2%A0jakim-ikut-piawaian.
15
Ibid. Retrieved Februari 15, 2023. https://www.jenamaprodukanda.com/.

69
Terdapat beberapa perkhidmatan yang dilakukan oleh Zelcos Laboratory terhadap
pengeluar produk kosmetik antaranya ialah memilih jenis produk,
memperkenalkan pelbagai pembungkusan produk untuk anda, membincangkan
jenama anda dengan pakar kami, memberikan maklumat berserta contoh rumusan
untuk memulakan jenama produk dan manual produk anda dengan membantu
pendaftaran perlesenan jenama produk.

Berikut adalah perkhidmatan-perkhidmatan Original Equipment Manufacturer


(OEM) yang disediakan oleh Zelcos Laboratory kepada pengeluar antaranya
adalah16:

1. Standard Kualiti

Setiap syarikat mempunyai sasaran sendiri terhadap produk yang dikeluarkan


agar berkualiti dan selamat untuk digunakan oleh pengguna. Pengeluar
hendaklah mengambil cakna tentang kualiti sesuatu produk yang ingin
digunakan oleh pengguna kerana sekiranya produk tersebut tidak berkualiti
maka tidak ada yang membeli dan meragui kandungan yang ada di dalam
produk itu. Beberapa ciri-ciri produk yang berkualiti dapat dilihat antaranya
ialah bahan, persekitaran terkawal dan pemeriksaan kualiti yang dinasihati
oleh pengilang OEM sendiri.

Pengeluar tidak perlu risau tentang produk yang ingin dikeluarkan sekiranya
menggunakan perkhidmatan Zelcos Laboratory kerana bukan sahaja bahan
yang berkualiti digunakan tetapi mereka akan memastikan bahawa tiada
sebarang pencemaran yang berlaku malah selamat untuk digunakan oleh
pengguna dan mudah untuk dijual kerana tiada unsur keraguan kepada
pengguna untuk membeli produk yang selamat dan berkualiti. Zelcos
Laboratory sebagai syarikat penyelidikan dan pembautan kosmetik yang

16
Zelcos Laboratory (2020). Servis Kami. Retrieved Februari 3, 2023.
https://zelcos.com/bm/our-services/.

70
diperakui Halal, GMP dan ISO yang memberikan perkhidmatan OEM, ODM
dan label peribadi yang terbaik buat pengeluar produk kosmetik.

Pada waktu yang sama, syarikat-syarikat boleh memadankan mengikut


kesesuaian dan membuat produk kosmetik itu dengan fleksibel mengikut
keperluan pelanggan kerana pelbagai formula yang dihasilkan dalam produk
kosmetik dan penjagaan kulit dalaman17.

2. Penyelidikan dan Pembangunan Produk

Zelcos Laboratory mempunyai pasukan penyelidikan professional dan


pembangunan produk dengan lebih berkesan secara khusus terutamanya
terdapat penjenamaan sendiri sebagai satu kecekapan maksimum mengikut
jangkaan pengeluar serta cara pembinaan produk yang dimahukan. Pada waktu
yang sama, kilang-kilang telah mempunyai beberapa resepi atau formula untuk
yang akan digunakan sebagai asas kepada penghasilan sesuatu produk. Sebagai
contoh ialah lipmatte, daripada resepi lipmatte ini setiap pelanggan boleh
membuat permintaan utnuk menambah serba sedikit elemen lain seperti bauan
yang menarik minat pembeli. Tanggungjawab kilang dengan menggunapakai
kepakaran yang mereka ada untuk mengubahsuai resepi lipmatte itu bagi
memenuhi cita rasa pelanggan tersebut.

Sesetengah pengeluar mempunyai misi bagi pembinaan produk sendiri


sebelum mendapat perkhidmatan dari mana-mana makmal yang mempunyai
khidmat penyelidikan tetapi pihak Zelcos Laboratory akan melihat beberapa
kekurangan yang ada untuk menyempurnakan sesuatu produk itu. Kajian yang
akan dilakukan dengan teliti bagi memenuhi permintaan serta piawaian
pelanggan.

17
VNI Scientific Sdn Bhd. Service Reduce Your Product Development Time With High
Quality Products. Retrieved Februari 15, 2023. https://vniscientific.com/services/.

71
Pengeluar yang inginkan penghasilan produk kosmetik dengan baik tidak perlu
mempunyai dan mencari kepakaran yang tinggi dalam penghasilan fomulasi
produk kosmetik kerana setiap syarikat mempunyai kepakaran serta teknologi
yang canggih bagi menghasilkan produk kosmetik dengan baik sehingga
pengguna mempercayai kualiti bermutu tinggi18.

3. Keupayaan Pembuatan

Setiap makmal haruslah mempunyai teknologi yang canggih untuk


digunapakai bagi pembuatan sesuatu produk seperti Zelcos Laboratory telah
menyediakan kelengkapan dan kemudahan yang canggih untuk mendapatkan
produk yang selamat, bersih dan berkesan termsuklah fasiliti yang disahkan
oleh Good Manufacturing Practice (GMP), International Organization for
Standardization (ISO) dan HALAL.Teknologi hendaklah mengikut peredaran
zaman agar kandungan bahan bagi sesuatu produk terjamin.

4. Reka Bentuk Pembungkusan dan Label

Setiap produk memerlukan pembungkusan yang rapi dan kemas terutamanya


untuk produk OEM, ODM dan label peribadi kosmetik. Pembungkusan
tersebut haruslah menerangkan kandungan atau berkaitan produk kosmetik
yang ingin dikeluarkan termasuklah penjenamaan produk pengeluar sendiri.
Selain itu, pengeluar hendaklah memerlukan reka bentuk pembungkusan yang
boleh menarik minat pelanggan semasa dan pelanggan akan datang untuk di
pasaran.

18
Kelantan Biotech Corporation (2023). Kilang Penghasilan Produk Kosmetik (GMP) Dan
Halal. Retrieved Februari 15, 2023. https://www.kelantanbiotech.com.my/kilang-
penghasilan-produk-gmp/comment-page-3/.

72
Bagi pelabelan produk, ia memerlukan perincian dan perhatian pada butiran
dalam pembungkusan seperti perkataan dan spesifikasi yang dicetak pada
botol produk. Sekiranya terdapat perkataan atau spesifikasi yang tidak tepat ia
boleh mengelirukan pelanggan yang ingin membeli produk itu maka pengeluar
mestilah menyemak sebelum membuat proses penjualan dan pengedaran di
pasaran19. Perkara ini pernah berlaku sehingga pengeluar mengalami kerugian
yang besar atas faktor kesalahan dalam spesifikasi pelabelan pada produk
tersebut.

Zelcos Laboratory menyediakan perkhidmatan bagi reka bentuk


pembungkusan dan label produk kosmetik. Perkhidmatan ini disediakan
adalah untuk memudahkan pelanggan Zelcos Laboratory agar mereka tidak
berasa tertekan untuk melakukan sendiri. Pihak Zelcos Laboratory mempunyai
pakar-pakar yang boleh memberi terbaik bagi penyediaan reka bentuk
professional malah menyelesaikan masalah pembungkusan yang menarik
sesuai dengan trend terkini untuk produk pengeluar. Secara keseluruhannya,
keperluan menggunakan perkhidmatan pengilang adalah amat dialu-alukan
kerana pengilang dapat mengemaskini semua peraturan dan prosedur yang ada.

5. Pendaftaran Produk

Dengan kata lain, selepas pengeluaran produk pengeluar perlulah memastikan


pengilang OEM disahkan dan diperakui oleh pakar-pakar daripada pengilang
tersebut kerana ini membolehkan produk itu memaparkan kelulusan yang
diperakui pada botol produk malah pengeluar boleh memulakan menjual
dengan mudah. Perjanjian dipersetujui bersama ini memastikan bahan-bahan
yang digunakan semasa pembuatan adalah diperakui berkualiti dan bebas
daripada sebarang merbahaya.

19
Zelcos Laboratory (2021 Januari). Factors You Should Know Before Picking Your Right
OEM. Retrieved Februari 2, 2023. https://zelcos.com/bm/2021/01/05/factors-you-should-
know-before-picking-your-right-oem/.

73
Untuk setiap produk baharu yang dikeluarkan, pihak Zelcos Laboratory
berusaha mengembangkan produk tersebut untuk pelanggan mereka seperti
memberikan servis yang lebih baik dengan mengambil alih perkhidmatan
pendaftaran produk dan permohonan lesen produk untuk produk kosmetik,
kecantikan dan penjagaan kecantikan. Ini dapat membezakan Zelcos
Laboratory daripada makmal yang lain kerana mereka memberikan
perkhidmatan secara menyeluruh sebagai contoh NOT KKM, HALAL dan
Trademark registration.

Bagi pendaftaran produk kosmetik, syarikat atau makmal mempunyai


beberapa pilihan untuk membantu pelanggan-pelanggan mereka
mendaftarkan produk sama ada di National Pharmaceutical Regulatory
Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun melalui
pensijilan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

6. Ujian Produk

Di samping itu, Zelcos Laboratory juga melakukan ujian kestabilan dan


prestasi produk dengan ujian fizikal mikrob untuk produk yang selamat dan
berkesan. Pengeluar tidak perlu khuatir pada keselamatan produk kerana
syarikat-syarikat atau makmal akan menjaga kualiti produk ksometik itu bagi
mengelakkan kesan negatif kepada pengguna dan setiap produk didaftarkan di
samping mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Oleh itu, terdapat beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan
pengujian produk dari makmal-makmal pihak ketiga.

74
7. Pencarian Bahan Mentah Istimewa

Sesetengah syarikat atau makmal telah meneydiakan pelbagai bahan mentah


yang bermutu dan diambil dari seluruh dunia. Mereka juga menyediakan
perkhidmatan pencarian bahan mentah khas untuk produk berjenama
pengeluar bagi membantu pengeluar menghasilkan produk kosmetik. Bahan
mentah tersebut hendaklah diambil dan digunakan sehabis baik untuk
memuaskan pengguna malah menjadikan bahan mentah tersebut sebagai bahan
utama bagi setiap produk pengeluar.

Pada masa yang sama, Zelcos Laboratory akan memastikan produk yang
digunakan adalah Halal dan diambil daripada ekstrak semulajadi tumbuh-
tumbuhan bagi memastikan produk yang dihasil;akn adalah mesra pengguna.

Berbalik kepada topik sebenar ia iaitu perkhidmatan yang digunakan kepada


pengeluar apabila pasukan R&D Zelcos Laboratory mempunyai pengalaman lebih
daripada 15 tahun yang cekap dalam mengendalikan pembuatan sesautu produk
termasuklah pengalaman pasaran yang bukan sahaja semata-mata tertumpu kepada
penyelidikan kandungan bahan produk daripada pengeluar tetapi mereka juga
menyediakan perkhidmatan dari awal pembentukan pembuatan produk sehingga
pengakhiran pemprosesan produk yang memerlukan pensijilan Halal secara sah
daripada pihak JAKIM. Perkhidmatan yang dilakukan oleh Zelcos Laboratory
adalah untuk membantu pengeluar supaya dapat mengurangkan kos overhead
semakin tinggi yang perlu ditanggung untuk membina produk sendiri sekaligus
pengeluar hanya tumpu pada jualan sahaja.

75
3.6 Kesimpulan

Dalam bab ini menumpukan selok belok mengenai Zelcos Laboratory dari sejarah
penubuhan sehingga perkhidmatan yang dilakukan oleh Zelcos Laboratory
terhadap pengeluar. Akan tetapi pengkaji tidak dapat menemu bual pihak Zelcos
Laboratory atas kekangan waktu yang mencemburui pengkaji untuk menemu bual
dan pengkaji hanya mendapatkan maklumat yang lebih lanjut pada laman
sesawang Zelcos Laboratory sahaja. Di samping itu, pengkaji juga telah merujuk
beberapa laman sesawang syarikat atau makmal yang menggunakan khidmat lebih
kurang sama dengan Zelcos Laboratory dengan tujuan untuk menambah bahan-
bahan yang diperlukan bagi menguatkan penulisan dalam bab ini.

Banyak pengeluar penjagaan kulit dan kosmetik OEM di seluruh dunia yang boleh
memberi janji kepada pengeluar bagi membina produk mereka sendiri tetapi
sejauh mana syarikat-syarikat yang lain memberikan perkhidmatan dan produk
berkualiti terbaik yang memenuhi keperluan pengguna sepertimana pihak Zelcos
Laboratory memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Ketua
Pegawai Eksekutif yang merupakan pengasas produk kecantikan Charms, Nur
Bashirah Hussin telah menjelaskan bahawa “Setiap produk kecantikan perlu
diproses di kilang yang mempunyai kelulusan Amalan Pengilang Baik,
Kementerian Kesihatan (KKM) serta lulus ujian makmal sebelum dipasarkan
kepada pengguna20.”

Perkhidmatan Zelcos Laboratory bukan sahaja menumpukan pembuatan


penjenamaan penjagaan kulit semata-mata tetapi ia juga menumpukan penjagaan
kesihatan kulit untuk pengguna bagi mengatasi masalah kulit seperti penuaan
jerawat, kulit kering, tona kulit tidak sekata, kulit sensitif, kulit kelihatan kusam
dan sebagainya. Sebelum produk-produk dihantar kepada pengeluar, pihak Zelcos
Laboratory akan memastikan kestabilan produk dan ujian prestasi yang dilakukan

20
Getaran Gema Berita & Hiburan (2022 Februari). Jangan Guna Kosmetik Tiruan, Timbang
Kilo. Retrieved Februari 15, 2023. https://www.getaran.my/artikel/gaya/19610/jangan-guna-
kosmetik-tiruan-timbang-kilo.

76
melalui ujian fizikal serta mikrob bagi produk itu selamat dan berkesan oleh
pasukan profesional di jabatan R&D.

Pensijilan Halal merupakan bahagian paling penting dalam industri kosmetik yang
ditekankan oleh Zelcos Laboratory malah setiap pengeluar atau syarikat juga ingin
menghasilkan produk sendiri mengikut piawaian yang ditetapkan kerana ia dapat
meningkatkan kredibiliti produk di hati pengguna malah permintaan terhadap
produk kosmetik halal semakin meningkat berbanding tahun-tahun sebelumya.
Dengan munculnya produk kosmetik yang disahkan halal, pengguna beragama
Islam terutamanya pengguna muallaf tidak ada keraguan dan yakin untuk mencari
barangan yang selaras dengan kepercayaan mereka terutamanya produk kosmetik
untuk kegunaan harian. Malah, Zelcos Laboratory bukan sahaja menekankan
halallan toyyiban atau suci semata-mata tetapi mereka melihat dari sudut
keselamatan dan berkualiti terhadap bahan yang terkandung di dalam produk
kosmetik itu.

Perbezaan standard halal bukan sahaja melihat antara negara sahaja tetapi di setiap
negara mempunyai pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menguruskan dan
menentukan status halal. Sedemikian itu, terdapat perselisihan faham ketika proses
pensijilan halal berlaku dan ketika di dalam audit akibat daripada percanggahan di
antara badan-badan persijilan halal serta rangkaian industri bekalan bahan mentah
menjadi perlahan. Sekiranya terdapat syarikat-syarikat yang kehilangan status
halal boleh menyebabkan kerugian yang besar bagi industri makanan, produk
kesihatan dan produk industri pembekal daging import. Menurut Khairy
Jamaluddin merupakan bekas Menteri Kesihatan Malaysia telah menjelaskan
bahawa Pengerusi Forum Halal Dunia adalah di antara faktor utama yang
menjadikan proses perkembangan industri halal bergerak lambat sehingga
mengakibatkan kewujudan standard halal menjadi gagal di peringkat global.
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai struktur standard halal yang
kukuh bagi menjaga kemaslahatan pengguna Islam terutamanya memberi komited
terhadap pengguna bukan Islam yang menerima piawaian standard bagi produk-
produk dikeluarkan sehingga peringkat antarabangsa.

77
BAB EMPAT
BAB EMPAT

PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Seterusnya di dalam bab yang terakhir ini iaitu bab empat, penulis akan
menyimpulkan dan merumuskan hasil dari perbincangan daripada kajian bab dua
dan bab tiga yang telah dibuat melalui penulisan latihan ilmiah ini. Pada waktu
yang sama, di dalam bab ini juga, penulis akan memberi sedikit saranan
penambahbaikkan dari pihak penulis sendiri berdasarkan kajian yang telah dibuat
melalui tajuk ini. Semoga dengan sedikit saranan yang diberikan akan dapat
menambah baik industri halal terutama dalam produk kosmetik di masa akan
datang.

Secara umumnya, tajuk kajian ini lebih memfokuskan pembuatan produk kosmetik
di sebuah makmal terutamanya seseorang yang ingin mengeluarkan produk
keluarannya sendiri di pasaran mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh
pihak berkuasa di Malaysia. Di samping itu, penulis juga menganalisis beberapa
undang-undang di Malaysia bagi melindungi hak dan keselamatan pengguna
produk yang dibeli kerana di Malaysia, pensijilan halal amat diutamakan bagi
semua produk kosmetik yang harus bebas daripada unsur-unsur kandungan haiwan
diharamkan oleh agama Islam serta bahan merbahaya mengikut piawaian yang
ditetapkan oleh Jabatan Standard Malaysia terhadap produk kosmetik iaitu MS
2634:2019.

79
Dari apa yang diperhatikan pada bab dua, penulis telah menjelaskan konsep
kosmetik dan takrifan mengenainya. Pengertian kosmetik diambil menurut laman
sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan standard piawaian
Malaysia. Seterusnya, penulis memasukkan beberapa dalil pensyariatan dan
hukum penggunaan kosmetik terutamanya orang beragama Islam malah
menjelaskan hukum sesetengah bahan-bahan penggunaan yang dimasukkan ke
dalam produk kosmetik seperti arak, plasenta haiwan dan serbuk emas. Tidak lupa
juga, bahan yang terkandung di dalam produk kosmetik sama ada ia dibenarkan
atau dilarang oleh pihak berkuasa. Bahan-bahan ini adalah penting bagi semua
pengguna terutamanya individu yang meminati dan kerap mengambil perhatian
terhadap keluaran produk kosmetik yang baharu tanpa melakukan kajian
kandungan yang terkandung pada produk tersebut. Secara lazimnya, setiap
maklumat pada produk kosmetik telah dinyatakan label-label yang terdekat pada
bekas produk tersebut malah terdapat juga sebahagian produk yang dikepilkan
bersama sisip bungkusan yang mengandungi maklumat sebagai keperluan rujukan
pengguna. Walau bagaimanapun, pengguna hendaklah menggunakan setiap
produk yang dibeli mengikut syarat atau cara-cara penggunaan yang telah
dikhususkan seperti yang tertera pada label bungkusan produk itu. Antara contoh
yang perlu diberi perhatian adalah ‘Sunburn Alert’ yang mana susulan ini daripada
penggunaan produk yang mengandungi Alpha Hydroxy Acids (AHA) bagi
kepekatan tertentu1. Terdapat beberapa jenis AHA yang kerap digunakan dalam
sediaan kosmetik iaitu Glycolis Acid dan Lactic Acid. Pengguna haruslah
mematuhi arahan yang telah ditetapkan sekiranya terdapat kedua-dua jenis
kandungan AHA di dalam produk kosmetik tersebut kerana kandungan AHA ini
tidak membenarkan pengguna terdedah terhadap sinaran matahari secara langsung
kecuali pengguna menggunakan produk penabir suria (sunscreen) untuk mengelak
daripada kerosakan kulit pada wajah mereka semasa dan seminggu selepas
menggunakan produk itu2. Sekiranya pengguna tidak menggunakan penabir suria
(sunscreen), mereka boleh menggunakan cermin mata hitam atau topi sebagai

1
National Pharmaceutical Regulatory Agency Ministry of Health Malaysia. 2017. Guidelines
for Control of Cosmetic Product in Malaysia.
2
Ibid (2019). http://www.myhealth.gov.my/panduan-penggunaan-produk-kosmetik/.

80
pelindungan wajah mereka selepas mereka menggunakan produk kosmetik yang
mengandungi AHA.

Di dalam bab 3 pula, penulis memfokuskan kajian dan tempat perbincangan


utama bagi tajuk latihan ilmiah ini bagi menjawab segala objektif yang telah dibuat
iaitu Zelcos Laboratory akan tetapi penulis tidak dapat menemu bual pihak Zelcos
atas kekangan masa dan penulis hanya mengambil sedikit sebanyak daripada
laman sesawang Zelcos Laboratory serta laman sesawang makmal yang lain
sebagai tambahan rujukan. Penubuhan Zelcos Laboratory juga dimasukkan ke
dalam kajian sebagai pengenalan secara ringkas dalam subtopik ini. Selain itu
juga, jenis-jenis produk kosmetik yang disediakan oleh pihak Zelcos Laboratory
juga memainkan peranan kerana ia melibatkan seseorang pelanggan untuk
mencipta produk kosmetik dengan jenamanya sendiri malah bertanggungjawab
terhadap penciptaan sesuatu produk kosmetik dengan berkualiti dan selamat
digunakan untuk pengguna bahkan perlu mengikut piawaian standard halal oleh
Jabatan Standard Malaysia. Oleh itu, Zelcos Laboratory sering memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan supaya pelanggan berpuas hati
dengan pengurusan Zelcos Laboratory.

Oleh itu, kualiti dan keselamatan terhadap produk kosmetik haruslah ditekankan
kerana ia melibatkan keselesaan pengguna menggunakan produk kosmetik. Pada
masa yang sama, penyimpanan produk kosmetik turut diberi perhatian sebagai satu
saranan terhadap pengguna sekiranya mereka menyimpan produk tersebut dengan
cara dan tempat yang sesuai untuk memelihara kualiti produk ksometik itu.
Sebagai contoh, suhu persekitaran yang sangat panas boleh menyebabkan tekstur
dan aroma sesetengah produk kosmetik seperti gincu bibir, krim pleembap dan
pewangi boleh berubah serta menyebabkan produk itu tidak sesuai untuk
digunakan lagi. Oleh sebab itu, pengguna tidak digalakkan untuk memindahkan
produk kosmetik daripada bekas yang asal kepada bekas yang lain kerana
kestabilan kualiti produk kosmetik itu dikhuatiri akan terjejas sekiranya ia
disimpan pada bekas selain daripada bekas yang telah dikhaskan oleh produk
tersebut. Sekiranya terdapat perubahan fizikal yang tidak diingini terhadap produk
yang sedang digunakan walaupun telah disimpan dan digunakan mengikut arahan
yang dinyatakan pada label, pengguna dinasihatkan untuk menghentikan

81
penggunaan produk itu dan melaporkan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK) untuk membuat siasatan yang lebih lanjut ke atas produk
yang terlibat3.

Sekiranya mengalami masalah kulit yang serius, pengguna digalakkan untuk


berjumpa dengan pakar kulit yang profesional dan bertauliah sepenuhnya.
Menurut Naib Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia, Dr. Madziah Alias
berkata, pengetahuan yang kurang dan salah anggap sekiranya mengalami masalah
jerawat di muka boleh diatasi dengan merujuk pakar kecantikan akan tetapi
mereka perlu tahu bahawa pakar kecantikan yang tidak bertauliah akan
menjerumuskan mereka kepada maslaah kulit yang serius berbanding ia dirawat
oleh professional kecantikan kerana jerawat merupakan sejenis penyakit kulit.
Apabila pengguna berjumpa dengan pakar kecantikan, mereka akan diberikan
produk-produk kosmetik sebagai sampingan untuk menyelesaikan masalah
jerawat tersebut walhal ia memberi kesan sampingan terhadap kulit manusia.
Justeru itu, orang ramai disarankan untuk menambahkan pengetahun mengenai
rawatan kulit dan produk kecantikan menerusi pembacaan daripada sumber
bacaaan yang sahih atau pun merujuk kepada pakar kulit bagi mendapatkan nasihat
serta kaedah penyelesaian yang lebih tepat dengan permasalahan yang dihadapi.

3
Ibid. http://www.myhealth.gov.my/panduan-penggunaan-produk-kosmetik/.

82
4.2 Saranan

Daripada hasilan dapatan kajian pada bab dua dan bab tiga, penulis mendapati
bahawa terdapat beberapa permasalahan dan kekurangan yang masih ada
terutamanya produk kosmetik yang dijual tidak mendapat kelulusan logo halal sah
oleh pihak JAKIM sendiri dan mengedarkan secara haram sehingga memberi
impak yang buruk kepada pengguna terhadap produk tersebut. Jelaslah bahawa,
terdapat sesetengah pihak yang mengabaikan tanggungjawab mereka dengan
menutup sebelah mata berkaitan penjualan produk kosmetik yang merbahaya
semata-mata untuk mendapatkan duit poket daripada peniaga agar peniaga tidak
dikenakan tindakan undang-undang.
Penulis mempunyai beberapa saranan daripada pihak-pihak bagi membendung
permasalahan yang masih wujud sehingga tiada penambahbaikan untuk meluaskan
kosmetik halal diseluruh dunia. Antara saranan yang perlu dilakukan untuk
mengubah persepsi diri yang berteraskan agama Islam mengikut hukum syarak
ditetapkan adalah seperti berikut:

1) Kerajaan

Penguatkuasaan undang-undang yang harus ditekankan secara tegas bagi


mengekang masalah ini yang menjadi keperluan utama kepada sesebuah
negara. Peranan yang boleh diketengahkan oleh kerajaan adalah mengadakan
kempen kesedaran menolak produk kosmetik yang menggunakan bahan
terlarang. Kempen ini mungkin sedikit sebanyak dapat membuka mata
pengguna tidak kira pengguna beragama Islam ataupun bukan beragama Islam
kerana kesan yang buruk mengundang kepada semua pihak terutamanya
produk kosmetik tersebut secara langsung telah memberi kesan cepat antara 3
hari sehingga 5 hari penggunaan dan akan mengundang risiko sekiranya
berhenti menggunakan produk tersebut atau sebaliknya.

Sewajarnya usaha ini perlu dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Jabatan Malaysia Standard, Kemeterian Kesihatan Malaysia dan Jabatan
Agama Islam Negeri bagi setiap negeri. Setiap agensi mempunyai

83
tanggungjawab masing-masing tetapi mereka perlu menekankan permasalahan
yang dihadapi oleh pengguna di Malaysia terutamanya produk kosmetik yang
memasuki sempadan Malaysia tanpa kebenaran dan tidak disahkan oleh pihak
berkuasa. Pemimpin sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab bagi
memikul tugasan mereka terutamanya ia berkaitan hukum syara’.

2) Keluarga

Ibu bapa turut memainkan peranan penting bagi mendidik anak-anak untuk
mengelakkan daripada membeli barang yang mengundang merbahaya dan
melanggar hukum syarak. Peranan ini perlulah di didik seawal yang mungkin
terutamanya ketika anak masih kecil kerana didikan itu anak-anak boleh
menggunpakai sehingga dewasa dan mereka akan berhati-hati untuk memilih
sesuatu barang yang kurang memberi keyakinan kepada mereka untuk
membeli serta menggunakannya. Selain itu juga, ibu bapa juga boleh
menjelaskan kepada anak-anak bahan yang terlarang digunakan bagi setiap
produk tidak kira makanan, kosmetik atau barang gunaan seperti perabot, kasut
kulit, beg tangan atau sebagainya. Ibu bapa yang menekankan halalan
tayyiban, mereka akan mendedahkan kepada anak-anak berkaitan logo halal
yang terkandung di setiap produk terutamanya logo halal yang disahkan oleh
JAKIM.

Pada masa kini, pelbagai buku yang telah dikeluarkan dan dipasarkan di kedai
buku berkaitan halal tidak kira dari segi makanan, produk kosmetik atau bahan
gunaan daripada haiwan yang diharamkan oleh Islam. Buku-buku tersebut
boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan untuk anak-anak kecil agar
mereka lebih peka tentang halal dan haram bagi langkah berjaga-jaga serta
mencegah kemungkaran. Selain berada dipasaran, buku-buku itu turut berada
di perpustakaan untuk rujukan kepada pembaca. Sebelum buku-buku dicetak
dan dipasarkan, pihak berkuasa akan menyemak terlebih dahulu agar tidak ada
percanggahan isi yang dimasukkan ke dalam buku serta mengikut prosedur
Malaysian Standard (MS) daripada Jabatan Standard Malaysia. Sekiranya
pihak berkuasa mendapati buku itu ada sedikit percanggahan, mereka akan

84
meminta pengedar untuk membetulkan semula isi-isi berikut supaya pembaca
tidak keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan. Selain itu juga, pihak
berkuasa turut meminta pandangan ulama’ untuk menyemak isi-isi yang
terdapat pada buku-buku itu.

3) Ulama’

Bagi golongan ulama’ pula adalah mereka haruslah bekerjasama dengan


kerajaan bagi menangani masalah-masalah yang dihadapi bagi mencegah
kemungkaran dan tidak mengundang bahaya kepada masyarakat di negara
Malaysia. Antara saranan yang boleh dianjurkan adalah ceramah-ceramah
agama, kempen, seminar atau fatwa yang telah disepakati oleh semua ulama’
berkaitan sesuatu hukum terutamanya penggunaan atau bahan yang ada pada
produk kosmetik tersebut. Gandingan tenaga dan buah fikiran begini sudah
pasti membentuk satu usaha yang jitu dan lebih berwibawa bagi memberi
pengetahuan dan pemahaman yang lebih jelas khususnya kaum wanita yang
gemar dengan produk kecantikan sebagai perhiasan diri mereka dikhalayak
orang ramai. Peranan ulama’ begitu penting di setiap negara Islam, kerana
setiap apa-apa yang berlaku pihak kerajaan akan merujuk daripada pandangan
ulama’ untuk menjelaskan dan menyatakan hukum-hukum syarak.

4) Wanita

Kaum wanita haruslah bijak mengemudikan kehendak hati berlandaskan


keimanan, bukan bertuhankan hawa nafsu semata-mata. Pokok pangkalnya
terletak pada wanita itu sendiri sama ada memilih untuk kebaikan atau
keburukan. Setiap wanita mempunyai impian yang tersendiri terutamanya bagi
penggunaan produk kosmetik untuk kecantikan mereka yang nampak lebih
yakin berhadapan dengan orang ramai bagi menghargai fitrah kejadian tersebut
mereka akan memilih produk kosmetik yang tidak mengundang bahaya
terhadap diri mereka sendiri malah mereka akan memilih produk yang bersih
dan suci serta mempunyai halalan tayyiban. Pada masa kini, kaum wanita

85
mencari sesuatu produk terutamanya produk kosmetik yang boleh diamalkan
dengan memberi kesan yang cepat supaya mereka dapat nampak lebih
menawan daripada menggunakan produk yang mengambil masa bertahun-
tahun untuk cantik.

4.3 Penutup

Lambakan produk kosmetik yang memberi tamparan hebat terhadap pengguna


terutamanya kemunculan produk kosmetik secara atas talian yang telah
merumitkan pengawalan keselamatan produk kosmetik yang berada di pasaran.
Oleh yang demikian, pendidikan kepenggunaan amat penting agar pengguna lebih
mengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna terutamanya dari aspek
keselamatan produk kosmetik yang dibeli dan digunakan. Pemilihan produk
kosmetik adalah kriteria paling utama kepada pengguna kerana ia bukan sahaja
mengundangkan kerugian sendiri malah boleh menyebabkan kecederaan kepada
pengguna.

Oleh itu di dalam kajian ini penulis telah menganalisis beberapa undang-undang
di Malaysia bagi melindungi hak dan keselamatan pengguna produk yang dibeli
kerana di Malaysia, pensijilan halal amat diutamakan bagi semua produk bukan
sahaja produk kosmetik malah makanan, minuman, barang gunaan dan sebagainya
haruslah bebas daripada unsur-unsur kandungan haiwan yang dilarang oleh agama
Islam. Sesetengah makmal hendaklah menyediakan perkhidmatan untuk
mendapatkan pensijilan halal oleh pihak JAKIM setelah mendapati kandungan
bahan produk itu selamat untuk dijual di pasaran. Setiap syarikat haruslah
mempunyai prinsip dalam perniagaan yang dipegang bertujuan meningkatkan
inovasi secara berterusan dan komited untuk mencipta produk bersama yang unik
mengikut keuntungan serta potensi yang tinggi. JAKIM perlulah meluaskan lagi
polisi mereka dalam memastikan lebih banyak produk kosmetik disemak dan
diberi perhatian terhadap kehalalannya agar pengguna yakin untuk
menggunakannya tanpa rasa ragu-ragu.

86
Acap kali, saluran komunikasi merupakan saluran utama yang diperlukan bagi
pengeluar haruslah berkesan untuk mengumumkan kecacatan atau risiko
keselamatan produk kosmetik mereka. Bagi membendung kegiatan-kegiatan
penipuan, penjualan barang yang tidak berkualiti, produk yang tidak selamat,
barang tiruan dan sebagainya bukanlah satu perkara yang mudah tetapi pihak
kerajaan, pihak ibu bapa, pihak pengeluar, pihak ulama’ dan pihak pengguna
khususnya wanita harus memainkan peranan masing-masing serta berganding
bahu untuk mewujudkan pasaran yang akan menjamin kesejahteraan dan
keselamatan pengguna. Cabaran seterusnya bagi syarikat atau makmal ialah
mengembangkan kosmetik halal ke dalam industri kecantikan global bagi
memperkukuhkan nilai produk kosmetik mengikut garis panduan pematuhan halal
dalam pemasaran global. Syarikat dan makmal memainkan peranan yang penting
kerana mereka adalah pengeluar bagi sesuatu produk malah mereka juga
bertanggungjawab memastikan bahan-bahan yang terkandung di dalam produk
kosmetik tersebut tidak melanggar piawaian yang diselaraskan dari pihak
berkuasa.

87
BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI

BUKU

Kamus Dewan Edisi Keempat

JURNAL

Nur Ilma Ambo & Ana Shakirah Md Sapir. 2020. Tahap Pengetahuan
Kosmetik Halal Dalam Kalangan Pelajar Pascasiswazah di Universiti Malaya.
Journal Of Ilmi. Jilid 10.

Nurul Hanis Noor Hasni & Mastora Mustafar. Faktor-Faktor Yang


Mempengaruhi Kecenderungan Pelajar Untuk Membeli Produk Kosmetik
Halal Di UUM. Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi Dan Holistik UUM.

Norkhazzaina Salahuddin, Normalisa Md. Isa & Nurul Riddaina Salahuddin.


2020. Perbezaan Ketersediaan Pembelian Kosmetik Halal Antara Pengguna
Muslim Dan Non-Muslim Generasi Y. Proceeding 24th MACFEA Virtual
Seminar.

Adilah Ariffin, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid. 2016. Faktor-
Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan Produk Kosmetik Halal.Prosiding
Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS).

Syuhaily Osman, Norzalina Zainuddin & Zumilah Zainalaludin. 2020.


Eksplorasi Faktor Pengaruh Terhadap Tingkah Laku Pembelian Kosmetik
Halal Dalam Kalangan Pengguna. International Journal Of Social Science
Research. Vol. 2, No. 4.

Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Mustafa ‘Afifi Bin Ab. Halim. Mohd Soberi
Awang & Nazariyah Yahaya. 2018. Plasenta Haiwan Dalam Produk Kosmetik
Dan Farmaseutikal : Halal Atau Haram?. Malaysian Journal Of Syariah And
Law. Vol. 8, No. 1.

89
Nur Zulfah Md Abdul Salam. 2019. Agensi Terlibat Dalam Membantu Proses
Pensijilan Halal Bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 5 th
Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC).

Nor ‘Adha Ab Hamid & Mohammad Hafifi Hassim. 2019. Pengguna Dan
Kosmetik Halal : Perspektif Syariah. 5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh
Conference (MFIFC).

Ahmad Hidayat Buang & Zulzaidi Mahmod. 2012. Isu Dan Cabaran Badan
Pensijilan Halal Di Malaysia. Shariah Journal. Vol. 20, No. 3.

Nur Ilmi Ambo, Zalina Zakaria & Ana Shakirah Md Sapir. 2021. Adakah
Mahasiswa Gen-Z Tahu Mengenai Pensijilan Halal Bagi Produk Kosmetik Di
Malaysia?. International Of Conference On Islam In Malay World X.

Prof. Madya. Dr\. Alias Bin Azhar & Prof. Madya. Dr. Harlida Abdul Wahab.
2017. Pentakrifan Halal Menurut Syara’ Dan Perundangan Di Malaysia : Satu
Tinjauan. Journal Of Global Business And Social Entrepreneurship (GBSE).
Vol. 3, No. 5.

Nur Bahirah Baharum, Mohd Daud Awang, Syariena Arshad & Siti Salwa Abd
Ghani. 2020. Kajian Literatur : Konsep Alkohol Menurut Islam. Jurnal Al-
Sirat (KUIPSAS). Vol. 19.

Mohd Al’Ikhsan Ghazali & Siti Salwa Md. Sawari. 2015. Mengglobalisasikan
Sistem Piawaian Standard Halal Malaysia Di Peringkat Dunia. Sains
Humanika. Fakulti Tamadun Islam UITM. Vol. 5, No. 3.

Dr. Khairul Anuwar Mustaffa. 2019. Developing Halalan Tayyiban Concept


In Malaysia’ Food Industry. Halal Journal. No.3.

Rabiatul Adawiyah Abd Rahman & Zalina Zakaria. 2019. Pelaksanaan


Standard Kosmetik Halal : Malaysian Standard MS 2200 – Bahagian 1 : 2008
Barang Gunaan Islam – Kosmetik Dan Dandanan Diri – Garis Panduan Umum
: Satu Sorotan Literatur. Journal Of Shariah Law Research. Vol. 4, No.2.

Baharudin Othman & Nurul Hudani Md. Nawi. 2022. Pensijilan Halal
Malaysia, Cabaran dan Potensinya Sebagai Hab Halal. Jurnal Hadhari. Vol.
14, No. 1.

90
Anis Farhah Zahari, Zalina Zakaria & Atiqah Aziz. 2022. Tuntutan Berlebihan
Dalam Pengiklanan Produk Kosmetik Serta Panduannnya Menurut Al-Quran
Dan Al-Sunnah. Jurnal Hadhari. Vol. 14, No. 1.

Ameer Fikri Bin Mohamad Hilmi, Muhamad Fakhrul Aiman Bin Mohd Asri,
Zainul Arif Bin Mohd Ariffin, Muhammad Iman Hakim Bin Hasbullah, Fazura
Binti Minhad & Mohamd Hilmi Bin Mat Said. 2021. Cabaran Pensijilan Halal
: Kesediaan Pengusaha Industri Dan Premis Makanan. 3rd International Halal
Management Conference.

Roslinahwati Abdul Rajak & Suddin Lada. 2018. Pengaruh Komitmen Afektif,
Kalkulatif Dan Normatif Terhadap Kepercayaan Pengguna Kosmetik Halal.
Journal Of The Asian Of Applied Business. Vol. 5.

Siti Maryam Abdullah & Che Maryam Ahmad. 2018. Hukum Penggunaan
Plasenta Haiwan Dalam Produk Kecantikan Di Malaysia. Journal Of
Contemporary Islamic Law. Vol. 3, No. 2.

Farah Mohd Shahwahid, Norazla Abdul Wahab, Syaripah Nazirah Syed Ager,
Marliana Binti Abdullah, Nor ‘Adha Abdul Hamid, Wawartah Saidpudin,
Surianom Miskam & Norziah Othman. 2015. Peranan Agensi Kerajaan Dalam
Mengurus Industri Halal Di Malaysia : Isu Dan Cabaran Yang Dihadapi.
World Academic And Research Congress.

MAJALAH

Wan Zainal Azman Wan Abdullah. 1996. Bahaya Penggunaan Kosmetik


(Bahagian 1). Dewan Kosmik.

Saiful Bahari. 2020. Hidrokuinon : Ubat Atau Racun?. Majalah Sains.


https://www.majalahsains.com/hidrokuinon-ubat-atau-racun/. [27 Ogos 2020]

91
DOKUMEN AWAM

World Health Organization (WHO). Guidance For Identifying Populations At


Risk From Mercury Exposure. Geneva.
https://www.who.int/publications/m/item/guidance-for-identifying-
populations-at-risk-from-mercury-exposure.

Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Adakah


kosmetik di Malaysia Mendapat Pengesahan Status Halal.
https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/soalan-lazim/adakah-kosmetik-
malaysia-mendapat-pengesahan-status-halal.html-0.

A Singapore Government Agency Website. ASEAN Cosmetic Directive.


https://www.hsa.gov.sg/cosmetic-products/asean-cosmetic-directive.

National Pharmaceutical Regulatory Agency Ministry Of Health Malaysia.


2017. Guidelines For Control Of Cosmetic Product In Malaysia.

LATIHAN ILMIAH, KERTAS PROJEK, TESIS

Nur Khalida Binti Kamaruzzaman. 2013. Penggunaan Kolagen : Satu Kajian


Menurut Syarak Dalam Produk Kosmetik. Sarjana Muda Syariah Dengan
Undang-Undang. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Muhammad Izzat Naim Bin Abdul Latif. 2013. Trend Masa Kini Dalam
Bidang Kecantikan : Satu Kajian Hukum. Diploma Pengajian Islam. Kolej
Univerisiti Islam Antarabangsa Selangor.

Nurul Amirah Binti Ribbang. 2019. Perlindungan Pengguna Terhadap Produk


Kosmetik : Satu Kajian Perundangan. Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-
Undang. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

KERTAS KERJA PERSIDANGAN / SEMINAR

Pengenalan Halal Dalam Industri Kosmetik. 2019. Institute Of Bioproduct


Development (IBD). UTM Johor Bahru, Johor.

92
SURAT KHABAR

Raja Nur Faznie Aida. 2021. Kaji Dahulu Sebelum Guna Produk Kosmetik.
Akhbar Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/122393/suara-
sinar/analisis-sinar/kaji-dahulu-sebelum-guna-produk-kosmetik. [5 Februari
2021]

Yusmizal Dolah Aling. 2022. Bahan Kosmetik Ada Babi: JAKIM Digesa
Nasihati Pengguna Tiktok & Jangan Main-Main Soal Halal Haram. Akhbar
Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/04/829882/bahan-
kosmetik-ada-babi-jakim-digesa-nasihati-pengguna-tiktok. [8 April 2022]

Mohd Nizam Mohamad Yatim. 2022. Pastikan Produk Kosmetik Halal.


Akhbar Utusan Malaysia.
https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/06/pastikan-produk-
kosmetik-halal/. [7 Jun 2022]

KKM Kesan Tiga Produk Kosmetik Beracun. 2022. Akhbar Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/950553/kkm-kesan-
tiga-produk-kosmetik-beracun. [28 April 2022]

Norhafzan Jaafar. 2019. Kosmetik Haram Dikitar Semula. Akhbar Berita


Harian. https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/10/622435/kosmetik-
haram-dikitar-semula. [28 Oktober 2019]

Prof Madya Dr Mohd Mizan Mohd Aslam. 2020. Bukti Kesyukuran Islam.
Pakar Kajian Strategik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Keratan Akhbar
Metro Harian.

Nazmi Yaakub. 2020. Cegah Kemudaratan Diri, Orang Lain Dituntut Syarak.
Akhbar Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2020/03/666076/cegah-
kemudaratan-diri-orang-lain-dituntut-syarak. [17 Mac 2020]

Mahani Ishak. 2016. Emas Serikan Kulit Muka. Akhbar Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/12/225156/emas-serikan-kulit-
muka. [19 Disember 2016]

93
Nurul Husna Shaari. 2019. Larangan Jual Tretinoin Dalam Talian. Akhbar
Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/11/515658/larangan-
jual-tretinoin-dalam-talian. [10 November 2019]

Yusliza Yakimir Abd Talib. 2019. Keracunan Merkuri. Akhbar Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/WM/2019/10/502356/keracunan-merkuri. [1
Oktober 2019]

Mohd Azrone Sarabatin. 2019. JAKIM Iktiraf 78 Badan Pensijilan Halal 45


Negara. Akhbar Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/635025/jakim-iktiraf-
78-badan-pensijilan-halal-45-negara. [4 Disember 2019]

Mohd Izham Unnip Abdullah. 2018. Padah miliki Produk Tiada Notifikasi
Tidak Berdaftar. Akhbar Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/332023/padah-miliki-produk-
tiada-notifikasi-tidak-berdaftar. [19 April 2018]

Faris Fuad. 2016. Pensijilan Halal Malaysia JAKIM Ikut Piawaian. Akhbar
Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/10/204489/pensijilan-
halal-malaysia%C2%A0jakim-ikut-piawaian. [21 Oktober 2016]

LAMAN SESAWANG

Noor Hidayah Bt Mohd Noor. 2019. Produk Kecantikan Atau Produk


Kosmetik. My Health Kementerian Kesihatan Malaysia.
http://www.myhealth.gov.my/produk-kecantikan-atau-produk-kosmetik/.
[22 Ogos 2019]

Tengku Ibrahim Helmi. 2020. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-400 : Hukum Wanita
Memakai Lipstik Dan Alat-Alat Solek Lain. Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-
umum/4109-irsyad-al-fatwa-siri-ke-400-hukum-wanita-memakai-lipstik-dan-
alat-alat-solek-lain. [5 Februari 2020]

94
Mardia Mazri. 2020. Al-Kafi #1737 : Hukum Menggunakan Sake (Sejenis
Arak) Dalam Produk Kosmetik. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4554-al-kafi-1737-hukum-
menggunakan-sake-sejenis-arak-dalam-produk-kosmetik. [2 Julai 2020]

Umar Mukhtar Mohd Noor. 2020. Al-Kafi #1731 : Penyucian Plasenta Khinzir
Dalam Produk Kosmetik Dengan Kaedah Hidrolisis. Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4526-al-kafi-
1731-penyucian-plasenta-khinzir-dalam-produk-kosmetik-dengan-kaedah-
hidrolisis. [21 Mei 2020]

Umar Mukhtar Mohd Noor. 2017. Al-Kafi #512 : Hukum Memakai Alat Solek
Serbuk Emas. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2076-al-kafi-511-
hukum-memakai-alat-solek-serbuk-emas. [16 Januari 2017]

Amalina Ariffin. 2019. Kelebihan Daun Lidah Buaya Dalam Kosmetik.


Zafesha Simply. https://zafeshasimplyhq.com/kelebihan-daun-lidah-buaya-
dalam-kosmetik/.

Norkumala Binti Awang. 2008. Buah Zaitun : Khasiat Dan Keistimewaan


Institusi Kefahaman Islam Malaysia.
https://www.ikim.gov.my/index.php/2008/04/11/buah-zaitun-khasiat-dan-
keistimewaannya/. [11 April 2008]

Puan Mary. 2019. Khasiat Dan Kebaikan Teh Hijau Untuk Kecantikan Kulit
Glowwe. Inspirasi. https://puanmary.com/khasiat-kebaikan-teh-hijau-untuk-
kecantikan-kulit/. [ 21 Oktober 2019]

Nurhirza Bt Shaiful Yamin. 2019. Hydroquinone dalam Sediaan Kosmetik.


My Health Kementerian Kesihatan Malaysia.
http://www.myhealth.gov.my/hydroquinone-dalam-sediaan-kosmetik/. [22
Ogos 2019]

Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah. 2016. Pengguna Dinasihatkan untuk
Mengelakkan dari Mengguna Produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi
Racun Berjadual. Kementerian Kesihatan Malaysia.
https://kpkesihatan.com/2016/10/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-oktober-2016-

95
pengguna-dinasihatkan-untuk-mengelakkan-dari-mengguna-produk-
kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/. [21 Oktober 2016]

Norkumala Binti Awang. 2016. Cantik: Di Mana Tahap Kesedaran Pengguna?


Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
https://www.ikim.gov.my/index.php/2016/04/12/cantik-di-mana-tahap-
kesedaran-pengguna/. [12 April 2016]

Bintul Huda (2019), Panduan Penggunaan Produk Kosmetik.


http://www.myhealth.gov.my/panduan-penggunaan-produk-kosmetik/.
[22 Ogos 2019]

Erina Camilia bt. Mohd Chazali. 2019. Kawalan Produk Kosmetik Di


Malaysia. http://www.myhealth.gov.my/kawalan-produk-kosmetik-di-
malaysia/. [22 Ogos 2019]

Eva Nee Yuan Qi. 2014. Semakan Produk Berdaftar Melalui Laman
Sesawang. http://www.myhealth.gov.my/semakan-produk-berdaftar-melalui-
laman-sesawang-bpfk/. [5 November 2014]

Zelcos Laboratory. 2020. What Is OEM & ODM.


https://zelcos.com/bm/2020/11/26/oem-x-odm-whats-the-difference/. [26
November 2020]

Zelcos Laboratory. 2020. Tentang Kami. https://zelcos.com/bm/about-us/.

Zelcos Laboratory. 2020. Zelcos Sebagai Pilihan OEM Anda.


https://zelcos.com/bm/make-up-products/.

Zelcos Laboratory. 2020. Penjagaan Kulit. https://zelcos.com/bm/skincare-


products/.

Zelcos Laboratory. 2020. Produk Solekan. https://zelcos.com/bm/make-up-


products/.

Zelcos Laboratory. 2020. Penjagaan Peribadi. https://zelcos.com/bm/personal-


care/.

Zelcos Laboratory. 2020. Wangian. https://zelcos.com/bm/perfume/.

Zelcos Laboratory. 2020. Produk SPA. https://zelcos.com/bm/spa-products/.

96
Zelcos Laboratory. 2020. Penjagaan Rambut. https://zelcos.com/bm/hair-
products/.

Zelcos Labporatory. 2020. Tentang Halal. https://zelcos.com/bm/halal-


cosmetic/.

Aszulqa.Com. 2018. Sijil Halal JAKIM Untuk Produk Kosmetik (Kosmetik


Halal). https://aszulqa.com/blog/sijil-halal-jakim-untuk-produk-kosmetik-
kosmetik-halal/. [13 Mac 2018]

Jenama Produk Anda. 2020. Tahukah Anda? Kenapa Perlu Memilih


Perniagaan Kami?. https://www.jenamaprodukanda.com/.

Zelcos Laboratory. 2020. Servis Kami. https://zelcos.com/bm/our-services/.

VNI Scientific Sdn Bhd. Services Reduce Your Product Development Time
With High Quality Products. https://vniscientific.com/services/.

Kelantan Biotech Corporation. 2023. Kilang Penghasilan Produk Kosmetik


(GMP) Dan Halal. https://www.kelantanbiotech.com.my/kilang-penghasilan-
produk-gmp/comment-page-3/.

Zelcos Laboratory. 2021. Factors You Should Know Before Picking Your
Right OEM. https://zelcos.com/bm/2021/01/05/factors-you-should-know-
before-picking-your-right-oem/. [5 Januari 2021]

Getaran Gema Berita & Hiburan. 2022. Jangan Guna Kosmetik Tiruan,
Timbang Kilo. https://www.getaran.my/artikel/gaya/19610/jangan-guna-
kosmetik-tiruan-timbang-kilo. [ 22 Februari 2022]

STATUT

Akta Perlindungan Pengguna 1999

Akta Racun 1953

Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549]

Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984

Malaysian Standard 2018

97

Anda mungkin juga menyukai