Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan ringkas tentang filem Muhammad: The Messenger of God .

Muhammad: The Messenger of God adalah sebuah filem Islam 2015. Filem ini diarah oleh
Majid Majidi, dan ditulis bersama dengan Kambuzia Partovi. Filem tersebut berlatar
belakangkan abad keenam dimana sebuah kisah menceritakan mengenai latar belakang
baginda diusia kecil baginda Nabi Muhammad S.A.W . Penulis naskah filem ini mencatat
rekod sebagai filem yang menelan belanja terbesar dalam produksi di Iran iaitu sebanyak 40
juta dolar AS. Set untuk pengambaran bermula pada tahun 2009 di sebuah kota bernama
Qom yang terletak di dekat Teheran, Iran. Selain daripada di Qom, Wilayah Amerika Selatan
juga telah menjadi tempat pengambaran kerana tempat tersebut sesuai dengan gambaran
situasi di masa awal kelahiran Nabi Muhammad SAW. Akhirnya Filem ini dapat ditayangkan
di Iran pada 26 Ogos 2015.
"Sinopsis Filem Muhammad: The Messenger of God, menceritakan mengenai sebulan
sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW, terjadi serangan yang dilakukan oleh Abrahah,
Raja Habasya yang ingin menghancurkan Ka’bah yang berada di kota Mekah. Abrahah
datang dengan pasukan yang sangat besar mempunyai ribuan tentera, pasukan berkuda dan
pasukan gajah. Serangan ini pastinya tidak akan berjaya ini kerana Ka’bah adalah tempat
yang dipelihara oleh Allah. Sewaktu pasukan Abrahah cuba mendekati Mekah, pasukan gajah
berundur dan berpatah balik. Tindakan pasukan berkuda juga turut melakukan perkara yang
sama. Hanya tinggal pasukan tentera sahaja yang mara ke Kota Mekah. Lalu datanglah ribuan
burung-burung Ababil yang membawa batu berapi dari neraka dan tanah liat yang panas
terbakar, lalu menjatuhkan batu dan tanah liat tersebut ke pasukan Raja Abrahah. Tentera
Abrahah hancur oleh serangan burung-burung yang membawa batu berapi tersebut.
Kehancuran pasukan gajah Abrahah disebabkan menyerang Ka’bah maka tahun itu dikenali
sebagai Tahun Gajah, dan peristiwa besar menjadi tanda tahun kelahiran Nabi Muhammad
SAW yang disebut Tahun Gajah. Satu bulan setelah peristiwa itu, Aminah ibunya telah
melahirkan Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul Awal dalam keadaan yatim setelah
ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib wafat semasa baginda berusia dua bulan di dalam
kandungan ibunya. Datuknya Abdul Mutalib telah membawa baginda ke dalam Ka’bah
untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah, beliau telah memilih nama “Muhammad” sebagai
nama cucunya yang tidak pernah dinamakan kepada sesiapa pun oleh bangsa Arab sebelum
ini.
Penyusuan yang pertama selepas ibunya ialah daripada Thuwaibah hamba Abu Lahab.
Mengikut tradisi Arab saat itu, bayi yang masih menyusu akan dicarikan ibu susuan yang
tinggal di wilayah pedesaan ia bertujuan sebagai usaha mencegah dari penyakit-penyakit
disamping menguatkan daya tahan sakit pada bayi tersebut. Nabi Muhammad SAW dididik
oleh Halimah binti Abu Dzu’aib selama empat atau lima tahun sekaligus menjadi ibu
susuannya di dusun Badui, lokasi yang aman dari serangan kaum Yahudi. Semasa baginda
dilahirkan api di kuil-kuil penyembahan Parsi padam, berhala-berhala yang memenuhi
pelantaran Kaabah retak dan bergoncang Suasana Mekah dalam keadaan damai dan
menenangkan jiwa, seolah-olah menyambut ketibaan tertamu agung yang tidak pernah dirasai
oleh penduduk Mekah sebelum ini. Bintang turun membawa khabar gembira pada penduduk
Mekah. Cahaya dari tubuh baginda memancar naik ke langit. Peristiwa yang berlaku ketika
kelahiran nabi tidak ada yang terjadi secara kebetulan. Semua peristiwa itu berada dalam
realiti dan perencanaan Allah, khususnya yang berkenaan dengan kelahiran Nabi Muhammad
SAW baik dalam kitab Taurat maupun Injil.
Ketepatan dan keaslian mengenai usaha Filem ini dengan kerjasama dengan ahli
sejarawan Islam dan arkeolog agar pengambarannya akan lebih jelas dan tepat. Bagi keaslian
pengambaran kehidupan Nabi Muhammad SAW tidak terlalu tepat hanya 60% sahaja cerita
tersebut mengikut catatan sejarah dan sumber Islam. Peristiwa pembedahan dada baginda
ketika bermain dengan anak-anak lain tidak ditayangkan, ia bagi mengelakkan daripada
penonton mentafsir rupa bentuk malaikat mengikut logik akal masing-masing.
Walaubagaimanapun Majidi tetap menjaga agar cerita yang diarah tidak melanggar aturan
agama yang ketat. Selain itu Majidi juga membuat perbincangan dengan Ayatullah Ali
Khamenei (pemimpin spiritual tertinggi Iran), Ali Al-Sistani, Ayatullah Wahid Khorasani,
dan filsuf Iran Ayatullah Jawadi Amuli, serta kalangan Sunni seperti Hayrettin Karaman dari
Turki bagi menghasilkan filem yang tidak lari dari catatan sejarah dan sumber Islam. Selain
daripada itu untuk penceritaan babak yang terakhir tidak dinyatakan dalam buku Sejarah
Nabi Muhammad SAW iaitu berkaitan baginda berdiri ditepi laut dan dengan tidak izin
Allah, ikan-ikan di dalam laut tercampak ke darat, penduduk-penduduk disitu berasa gembira
kerana sudah lama mereka tidak mempunyai bekalan makanan. Hampir 5 buah buku saya
mencari cerita tersebut tetapi semua buku tidak menceritakan perkara itu,ini membuktikan
ketepatan dan keaslian cerita ini bukanlah 100% mengikut sirah sebenar malah mereka
menokok tambah agar cerita yang mereka tayangkan menjadi lebih menarik oleh para
penonton.
Penialain terhadap Sinematografi filem, visual dan keseluruhan arahan adalah terbaik,
walaupun cerita ini berlaku pada zaman masihi dari segi sinematografinya masih lagi
mengekalkan elemen-elemen zaman tersebut dari segi pakaian, Bahasa dan adat resam
bangsa Arab. Disini kita dapat melihat perbezaan pakaian dan kehidupan bangsa Arab yang
kaya dan miskin. Selain daripada itu bahasa yang digunakan adalah bahasa bangsa mereka
bukan Bahasa Arab. Adat resam bangsa Arab juga dipamerkan bagi memberi kesedaran pada
kita bahawa adat yang mereka amalkan tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Lokasinya
jelas mengambarkan suasana pada zaman itu. Ia membuatkan penonton dapat merasakan
zaman tersebut. Di beberapa bahagian kita akan melihat perpaduan gambar dan muzik yang
luar bisa, seperti saat penyerangan pasukan Gajah ke Kota Mekah, saat menunjukkan suasana
kelahiran Nabi Muhammad, atau episode menjelang akhir, saat para sahabat berjalan
membawa lampu-lampu dengan latar suara wahyu dari langit. Benar-benar membawa emosi
kita seolah masuk dan menjadi sebahagian dalam filem itu Dengan visual yang begitu
menarik dan realiti membuatkan penonton menjadi sedar bahawa keadaan pada zaman
baginda kebanyakkannya adalah golongan-golongan miskin yang sering ditindas oleh orang-
orang kaya. Ramai golongan-golongan miskin yang diperdagangan sebagai hamba untuk
berkhidmat dengan orang-orang kaya.
Penialain terhadap persembahan pelakon terutamanya pengambaran Nabi Muhammad
SAW adalah sangat penting. Bagi setiap adegan Nabi Muhammad SAW sewaktu kecil, wajah
dan tubuhnya dibaluti cahaya yang menyilaukan mata, kecuali bahagian kaki dan tangan.
Ketika baginda remaja, tidak diperlihatkan wajahnya, hanya dari belakang terlihat dan
berambut panjang dan berbusana serba putih. Manakala suara, ada sedikit perbualan yang
diucapkan, tidak didengari hanya digantikan dengan teks sahaja. Refleksi mengenai susuk
tubuh baginda memberi kesedaran bahawa tubuh baginda tidak boleh diandaikan atau
menyerupai dengan mana-mana manusia. Dengan cara ini menunjukkan bahawa baginda
adalah tokoh sejarah yang perlu dihormati dan disanjungi.
Bagi tema dan mesej yang dibincangkan dalam filem ini ialah berkaitan dengan kelahiran
dan kehidupan baginda dibesarkan dalam keadan tidak berayah dan beribu. Serta memberi
rahmat kepada sesiapa yang bertemu dengannya. Bukti yang jelas baginda adalah utusan dari
Allah adalah segala patung-patung berhala roboh dan api yang disembah oleh penganut
majusi terpadam kesemuanya. Datuknya Abdul Mutalib sangat sayang kepadanya berbaza
dengan cucu-cucunya yang lain. Abu Talib telah diamanahkan menjaga baginda setelah
kewafatan Datuknya Abdul Mutalib. Mesej filem ini memberi keberkesanan dan impak yang
sangat terkesan kepada penonton yang menonton. Rasa kasih sayang yang sangat mendalam
kepada Nabi Muhammad SAW tidak terhingga. Disini kita dapat melihat kepayahan baginda
membesar dengan ketiadaan ibu dan bapa. Dan beliau sering diserang dan diganggu oleh
golongan-golongan yang tidak suka dengan kehadiran baginda. Walaubagaimanapun seorang
Pendeta Buhaira sangat memuliakan Nabi Muhammad SAW. Pendeta itu menjelaskan
kepada Abu Talib bahawa baginda adalah Utusan dari Allah sebagai rahmat untuk sekelian
alam. Ini kerana segala sifat-sifat baginda telah disebut dalam kitab-kitab meraka. Jelas
disini bahawa semua kitab menceritakan tentang lahirnya nabi diakhir zaman dan nabi yang
terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW sebagai kekasih Allah yang Agung.
Filem ini juga mempamerkan representasi budaya pada zaman itu yang sangat
mempercayai perkara-perkara tahyul. Perbuatan yang zalim iaitu pembunuhan bayi
perempuan hidup-hidup, ini kerana mereka menganggap sial dan malu apabila isteri mereka
melahirkan bayi perempuan. Dalam filem tersebut memperlihatkan pasangan suami isteri
yang sedang bergaduh dengan kelahiran bayi perempuan. Si ayah yang merasa aib dan ingin
menguburkan bayinya hidup-hidup, namun siibu yang susah payah mengandung dan
melahirkannya tidak rela dengan perbuatan si suami. Lalu Baginda Nabi Muhammad SAW
datang menggendong bayi perempuan yang cantik di dalam kubur. Dengan lemah lembut, ia
menunjukkan kepada si ayah betapa cantiknya mata bayi perempuannya itu seiras dengan
ayahnya. Ajaibnya, amarah lelaki itu mulai mereda dan terdiam dengan pujian baginda
itu. Dengan tindakan baginda menunjukkan bahawa adat budaya yang mereka ikuti adalah
salah, baginda telah mengangkat darjat wanita sehinggakan diutamakan kedudukan ibu
daripada ayah disebabkan ibu yang telah berkorban melahirkan anak dengan penuh
kesabaran. Indahnya kehadiran Islam itu.
Selain daripada itu penyembahan api, berhala dan macam-macam lagi adalah untuk
memohon pertolongan agar mereka diberikan rezeki yang melimpah banyaknya. Ini
menggambarkan masyarakat arab pada zaman itu masih tidak mempunyai iman dan dan
agama yang betul untuk ditaati. Benarlah dengan adanya iman dalam diri segala kehidupan
yang kita harungi dapat diatasi dengan cara yang betul. Tidak perlu mengharapkan
pertolongan daripada makhluk, hanya Allah sahaja tempat kita memohon pertolongan dan
tempat kita mengadu apabila kita menghadapi kesusahan.
Penerimaan terhadap filem ini, ada dikalangan penonton dan pengkritik telah mendapat
sambutan buruk dari berbagai kalangan, terutama para ulama konservatif di beberapa negara
Arab. Di antara alasan yang kerap dilontarkan adalah munculnya susuk tubuh Nabi
Muhammad SAW dalam filem itu, dianggap mengurangi keadaan kesucian baginda Nabi
Muhammad SAW. Walaupun sebenarnya, kerisauan itu tidak terlalu besar, ini kerana susuk
tubuh kanak-kanak Nabi ditampilkan,hanya nampak di belakang dan disisi, sementara
bahagian muka tetap tidak diperlihatkan. Namun Majidi menjelaskan. beliau tetap tidak akan
menggambarkan tentang bahagian wajah Rasulullah SAW.
Bagi pendapat peribadi tentang pengambaran filem terhadap sejarah dan watak adalah
sangat membantu dalam mendalami masyarakat arab pada zaman itu. Disamping melihat
perwatakkan arab yang pada masa itu masih lagi belum beriman dengan Allah. Selain
daripada itu lahir kecintaan yang sangat kuat kepada baginda Nabi Muhammad SAW apabila
melihat suasana dan keadaan ketika baginda dilahirkan, merasakan diri saya berada pada
zaman itu. Walaubagaimanapun kita sebagai umat Islam janganlah menerima sepenuhnya
tentang cerita yang diarahkan oleh orang yang bukan Islam, ini kerana sedikit sebanyak
memberi impak yang buruk sekiranya kita terus mempercayai sepenuhnya. Ini lah agenda
orang kafir yang ingin menyesatkan diri kita serta membuat kita bersikap keliru dan tidak
mempercayai dengan agama kita sendiri. Pendirian yang kuat dan teguh perlu ada dalam diri
bagi menerima sebarang kritikan dan pengaruh dari orang-orang yang cuba ingin
menyesatkan umat Islam.
Bagi kekuatan filem ini mesej yang hendak disampaikan memberi kesan yang mendalam
serta gambaran yang jelas mengenai kelahiran dan kehidupan baginda Nabi Muhammad
SAW. Air mata saya mengalir sewaktu baginda kehilangan ibu yang dicintai dan ketika
baginda dalam keadaan sakit. Sedih melihat kekasih Allah disakiti dan dihina oleh setengah-
setengah golongan yang tidak menyukai baginda Bagi kelemahan dalam filem ini, banyak
lagi cerita-cerita baginda yang perlu dikongsikan sewaktu baginda berusia remaja, kisahnya
terlalu banyak menunjukkan keadaan zaman jahiliyah yang bagi saya memberi kesan yang
buruk pada yang menontonnya. Bagi cadangan penambahbaikan perlulah disertakan kisah-
kisah dan sifat-sifat terpuji dalam diri baginda serta menampilkan keperibadian baginda yang
agung dan terpuji ketika bersama masyarakat ataupun keluarga, ia bertujuan melahirkan
generasi muda yang bakal menjadi seorang pemimpin, bukan sahaja memimpin keluarga
malah menjadi seorang pemimpin yang dihormati oleh masyarat. Di dalam A-Quran juga
telah menjelaskan akhlak baginda perlu diikuti dan baginda adalah sebaik-baik aklhlak
mengikut aklah Al-Quran.

Semoga kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW dapat lah mencontohi dan mengikut
sunnah yang ditinggalkan oleh baginda untuk umatnya. Amin

Rujukan
Kitab Al-Quran

Rusydi Ramli Al-Jauhari. (2012). Biografi agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wassalam.
Wangsa Melawati: Must Read Sdn Bhd.

Muhammad Adlin Yani. (2012) .190 Keperibadian Rasulullah SAW. Wangsa Melawati: Must
Read Sdn Bhd.

Abdul Basit Abd Rahman. (2008). Makkah Al-Mukarramah kelebihan & sejarah. Bandar
Kinrara:Telaga Biru Sdn Bhd.

Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Murakfuri. (2005). Al-Raheeq Al-Makhtum sirah Rasulullah


(S.A.W). Bandar Tun Razak: Penerbitan Seribu Dinar.

Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti. (2004). Fiqh al-sirah 1. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar
(DPF).

https://id.m.wikipedia.org/wiki/Muhammad:_The_Messenger_of_God_(film)

https://daurahharamain.com/2018/03/07/kelahiran-nabi-muhammad-saw/
https://tirto.id/sinopsis-film-muhammad-the-messenger-of-god-kisah-kelahiran-nabi-gqYY

Anda mungkin juga menyukai