Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA KOS BAIK PULIH TANDAS MURID SMADHM 2024

SMADHM mililik 307 murid yang terdiri 250 penghuni asrama. Tandas murid merupakan keperluan
asas yang digunakan ketika pembelajaran dan prep petang, malam dan hujung minggu.
`Penggunaan tandas yang maksimum dan bilangan tandas yang terhad serta kelengkapan
yang tidak berkulaiti mengakibatkan banyak kerosakan terjadi dan berulang kali.
Faktor tiada air yang berpunca daripada tekanan air rendah daripada SAINS atau bekalan air
terganggu mengakibatkan murid memerontak kerana tidak dapat membuang air dengan selesa. Ini
berpunca SMADHM tidak ada tangki simpanan air yang mencukupi.
Blok Pentadbiran terdapat 1 bilik tandas murid lelaki dan 1 tandas murid perempuan yang terdiri 7
tandas cangkung 1 tandas duduk yang menggunakan sistem paip terus. Tangki lama tidak berfungsi.
Keroskan Tandas Murid Lelaki.
i. 3 daripada 8 mangkuk tandas tersumbat. Usaha memperbaiki menggunakan bahan
kimia, tembak menggunakan air tekanan tinggi tidak berjaya.
ii. 4 pintu tiada.
iii. 6 Tangki simbah rosak
iv. Sistem perpaipan PVC pecah di dinding dan bawah singki
v. 3 cermin muka tiada
vi. Paip salur singki tiada
Perlu tambah tangki takungan 600 gelen dan pam air.
Sistem perpaipan dalam tandas perlu menggunakan paip besi galvani. Paip PVC tidak sesuai untuk
kegunaan lasak dan kerap.
Tandas murid pintunya hanya 28 inci. Kecil dan sempit untuk yang berbadan besar. Jika ada baldi di
dalam tandas, pintu tidak boleh terbuka dengan luas. Jika dipaksa pintu akan tercabut atau pecah.
Anggaran kos perbelanjaan RM20,000.00
Keroskan Tandas Murid Lelaki STAM
Kebocoran paip dalam lantai dan dinding mengakibatkan bangkel RBT dan Stor banjir. Menganggu
sistem elektrik. Kipas dan lampu tidak boleh digunakan. Ketika peperiksaan STAM calon terpaksa
diiring ke tandas kantin.
Penambah baikan.
Memperbarahui sistem perpaipan dengan menutup paip lama yang berkungsi dengan bilik masakan.
Perlu tambah tangki takungan 600 gelen dan pam air.
Anggaran kos perbelanjaan RM20,000.00

Anda mungkin juga menyukai