Anda di halaman 1dari 4

SEKULARISME, ORIENTALISME DAN ISLAM

PPPM 1033

ULASAN ARTIKEL :
SAINS DAN AGAMA KAWAN ATAU LAWAN

Pensyarah :
DR. MUHAMAD FAISAL BIN ASHA`ARI

Disediakan Oleh :
Amirul Syafiq Bin Shaiful Hisham ( A172406 )

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM ( PUSAT BANGI )


JABATAN PENGAJIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PBJJ SEMESTER 2 2020/2021
SEMESTER 6
Ulasan
Sains dan agama: kawan atau lawan?
Oleh Dialog Jalanan

Berdasarkan sebuah artikel tersebut terdapat beberapa perkara yang menjadi persoalan
dan isu kepada gaya pemikiran penulis dalam menilai hubungan antara Islam dan juga sains.
Petikan ini membincangkan mengenai sains sebagai sebuah falsafah di dalam hidup. Serta
kaitan sains sebagai sebuah mekanisme di dalam ideologi humanisme dan sekularisme. Dalam
pada masa yang sama, penulis turut menyatakan bagaimana sesebuah masyarakat manusiawi
yang skeptik dan rasional dapat dibentuk melalui sains dan masih mampu mengekalkan
keadilan dan keamanan.

Penulis juga turut mengemukakan lima persoalan yang memberikan tanda tanya yang
jelasnya menolak agama sebagai salah satu panduan yang penting dalam kehidupan manusia.
Penulis malah meletakkan ideologi skeptisisme sebagai asas pemikiran kepada permasalahan
ini. Jelas sekali hal ini mengundang kepada fahaman yang salah.

Persoalan yang timbul adalah seperti bagaimana kita boleh membudayakan sudut
pandang skeptisisme supaya dapat mematangkan lagi wacana politik dan kemasyarakatan
negara? Selain itu, persoalan berkenaan apakah cabaran sains dan amalan tahayul yang semakin
menjadi-jadi? Apakah hubungan di antara agama dan semangat persoalan saintifik? Adakah
sains dan agama itu sepatutnya bercanggah? Bolehkah kita berlaku adil tanpa percaya kepada
tuhan?

Berdasarkan petikan ini jelas sekali pemikiran yang dibawa oleh penulis ini menjadi
tanda tanya yang mampu mendatangkan fitnah kepada keperluan agama di dalam kehidupan
seharian. Meletakkan sains sebagai asas dalam falsafah hidup merupakan suatu pegangan yang
fatal. Hal ini disebabkan sebahagian daripada sains itu sendiri mengalami kepincangan dari
sudut teorinya yang bercanggah antara satu sama lain. Walhal teori saintifik itu sendiri masih
lagi tidak mampu berdiri kukuh atas sebab kebarangkalian yang begitu rawak untuk dijadikan
sebagai falsafah hidup.

Gerakan ideologi humanisme dan juga sekularisme ini merupakan satu fahaman yang
meletakkan hak asasi manusia dan juga hal keduniaan berasingan dengan agama. Jelas sekali
perkara ini bercanggah dengan ajaran Islam. Allah menjelaskan di dalam surah al Baqarah ayat
208 dengan firmanNya :

‫الش ْيطن ِا َّنه َل ُك ْم َع ُدو ُّمب ْ ن‬


َّ ُ َّ َ َ َّ ۤ َ ْ ِّ ُ ُ ُ ٰ َّ َ ٰٓ
‫ي‬ ِ ‫السل ِم كافة ۖ َّول تت ِب ُع ْوا خ ُطو ِت‬ ‫يا ُّي َها ال ِذ ْي َن ا َمنوا ْادخل ْوا ِف‬
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan
janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh
yang nyata bagimu.

Merujuk kepada maksud dalil di atas Allah SWT mengajar kita untuk memasuki Islam
secara sepenuhnya dan tidak membahagikan Islam antara kehidupan duniawi dan juga
kehidupan ukhrawi. Kerana sesungguhnya Islam merupakan gaya hidup yang meliputi segenap
aspek kehidupan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Merujuk kepada sifat skeptik dan rasional kedua-duanya merupakan sikap yang terbit
dari akal manusia. Oleh itu, akal secara hakikinya mempunyai kemampuannya yang terbatas
dan berbeza dengan wahyu yang pada hakikatnya memiliki perbezaan dan persempadanan
yang mutlak antara perkara yang dibenarkan atau dilarang. Merujuk kepada surah An-Nahlu
ayat 44 dengan firmanNya :
َ َّ َ َّ َ َ ُ َّ َ ِّ َ ُ َ ْ ِّ َ ْ َ َ ْ َ ْ َ َ ُ ُّ َ ْ
‫ي ِللناس َما ن ِّز َل ِال ْي ِه ْم َول َعل ُه ْم َي َتفك ُر ْون‬ ‫ِبال َب ِّين ِت والزبر وانزلنا ِاليك الذكر ِلتب‬
Dan kami turunkan kepadamu Al-Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa
yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka berfikir.

Antara persoalan yang diajukan adalah adakah skeptisisme mampu mematangkan


wacana politik dan kemasyarakatan negara. Tidak dinafikan, bahawa ideologi ini mampu
memberikan beberapa kesan positif kepada institusi ini sebagai satu langkah untuk membaiki
kekurangan. Namun begitu sekiranya ia merupakan sebuah ideologi tunggal yang tidak
berpaksikan agama, maka ia turut mewujudkan kesan negatif dan akan membawa kepada
kepincangan sesebuah sistem.

Sains merupakan sebuah disiplin ilmu yang membincangkan fenomena semula jadi
secara lebih terperinci dengan fakta yang dapat dibuktikan secara uji kaji. Namun begitu, tidak
tertinggal juga bahawa sains ini masih lagi tidak dapat merungkai beberapa fenomena alam dan
hanya memberikan teori mekanisme sahaja. Oleh itu, sebahagian daripada penemuan saintifik
telah ditemukan di dalam al-Quran sebelum ilmu saintifik itu sempat berkembang lagi.
Walaupun begitu, Allah masih memberikan ruang agar hambanya mengkaji dan menjadi pakar
di dalam bidang masing-masing dan menjadi rujukan kepada ahli yang lain. Sains juga tidak
seharusnya bercanggah dengan Islam malah memberikan gambaran yang lebih tepat berkenaan
beberapa bab di dalam sains. Misalnya penemuan pembentukan janin dan gambaran yang tepat
membincangkan berkenaan zigot dan embrio di dalam al-Quran merupakan penemuan yang
lebih awal berbanding sains.

Persoalan yang terakhir yang menjadi tanda tanya adalah mampukah kita berlaku adil
sekiranya tanpa kepercayaan kepada tuhan. Nilai adil dari segi akal dan pertimbangan manusia
tidak sempurna dan kebarangkalian berlakunya penindasan dan berat sebelah itu tinggi. Oleh
itu wujudnya satu perlembagaan dan perundangan mutlak daripada Allah sebagai satu panduan
kepada semua. Garis panduan yang ditetapkan di dalam Islam meliputi segenap aspek sama
ada di dalam bab perundangan negara sehinggalah akhlak seharian untuk menjadi manusia
yang mampu memberikan manfaat pada orang lain. Oleh itu, itu nilai adil yang ditetapkan oleh
Allah itu mempunyai timbang tara yang berbeza mengikut pelbagai faktor dan tidak terlalu
keras sehingga menutup keadilan itu sendiri.

Kesimpulannya, secara asas ilmu sains ini merupakan sebuah disiplin ilmu yang
digunakan bagi mengkaji kebesaran Allah dalam setiap hal. Sains merupakan sebuah disiplin
ilmu yang tidak cukup kukuh untuk dijadikan sebagai pegangan tunjang kepada manusia. Hal
ini kerana alam ini sendiri dicipta oleh Allah apatah lagi ilmu panduan dunia semata-mata.
Oleh itu, meletakkan Allah di dalam semua hal itu adalah penting dan disokong melalui ilmu
duniawi bagi memahami kewujudan Allah dengan lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai