Anda di halaman 1dari 11

PENGGUNAAN KAEDAH "RODA PINTAR TAJWID" UNTUK

MENINGKATKAN PENGUASAAN TAJWID DALAM


KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

Nur Hafizah Akmal Mansor1, Norul Syifaa’ Zahari2, Nur Athirah Mohd Shuaimi3 &
Nordin Mamat
Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
email: (hafizahakmal96@gmail.com)1, (syifaazahari@gmail.com)2,
(nurathirahshuaimi@gmail.com)3

*Corresponding author: nurathirahshuaimi@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini akan mengkaji penggunaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid
yang melibatkan hukum nun sakinah dan tanwin yang sukar dikuasai oleh pelajar. Kajian ini
bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah Roda Pintar Tajwid terhadap penguasaan murid
melibatkan hukum nun sakinah dan tanwin. Kaedah Roda Pintar Tajwid menggunakan teknik
padanan hukum-hukum tajwid dengan membuat pusingan mengikut padanan warna. Dengan
menggunakan reka bentuk Ujian Pra dan Ujian Pasca terhadap kumpulan kawalan, seramai 20
orang murid dipilih bertujuan untuk mengikuti kaedah Roda Pintar Tajwid manakala 20 orang
murid lagi mengikuti kaedah pembelajaran biasa. Hasil daripada kajian yang dijalankan
menunjukkan kaedah Roda Pintar Tajwid telah dapat mempercepatkan proses pengajaran dan
pembelajaran berkaitan dengan nun sakinah dan tanwin. Kaedah Roda Pintar Tajwid juga
mampu membantu murid memahami, mengingati dan menguasai hukum Iklab, Idgham Bila
Ghunnah, Idgham Maal Ghunnah, Izhar Halqi dan Ikhfak Hakiki dengan mudah dan pantas.
Hasil daripada kajian ini menyumbang kepada peningkatan kepelbagaian kaedah pengajaran
dan pembelajaran ilmu tajwid agar menjadi satu ilmu yang mudah untuk dikuasai oleh murid
dan secara tidak langsung dapat membantu memperbetulkan bacaan al-Quran dengan
bertajwid.
Kata kunci
Kaedah Roda Pintar Tajwid, Hukum Tajwid, Penguasaan Tajwid

PENGENALAN
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dari segala mukjizat yang pernah diberikan
oleh Allah. Ilmu tajwid merupakan suatu ilmu yang sangat penting untuk dipelajari bagi setiap
muslim supaya dapat membaca al-Quran dengan baik, betul dan bertajwid. Pembelajaran ilmu
tajwid sudah diajarkan sejak di bangku sekolah rendah lagi dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam khususnya bidang tilawah al-Quran. Melalui bidang al-Quran murid dibekalkan
kemahiran membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid. Berdasarkan objektif KSSR
Pendidikan Islam, murid-murid yang mempelajari Pendidikan Islam di sekolah akan boleh
membaca al-Quran menggunakan hukum tajwid dengan betul, lancar dan fasih secara
berterusan. Hasrat ini akan dapat tercapai apabila murid-murid benar-benar menguasai ilmu
tajwid secara teori dan amali agar ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca terhindar daripada
kesalahan dan dapat membacanya dengan betul.

1
Walaupun murid-murid telah dibekalkan kemahiran membaca al-Quran dengan betul dan
bertajwid oleh guru, namun berdasarkan pemerhatian guru ketika tasmi' guru mendapati
kebanyakkan murid tidak membaca al-Quran mengikut tajwid yang betul menyebabkan berlaku
banyak kesalahan dari segi bacaan ayat al-Quran. Hal ini membimbangkan para guru dalam
penguasaan ilmu tajwid. Pendekatan yang disampaikan oleh guru juga memainkan peranan
penting dalam meningkatkan penguasaan ilmu tajwid khususnya hukum apabila tanwin atau
nun sakinah bertemu dengan huruf hijaiyah. Oleh itu tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
meningkatkan tahap penguasaan tajwid dalam kalangan murid dengan menggunakan kaedah
Roda Pintar Tajwid.

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah Roda Pintar Tajwid
untuk meningkatkan penguasaan tajwid dalam kalangan murid sekolah rendah. Melalui
pemerhatian suatu penyelidikan kajian tindakan dilaksanakan bagi mencari jalan penyelesaian
untuk mengatasi masalah kelemahan murid dalam menguasai tajwid. Melalui kajian tindakan
ini, guru dapat mengenal pasti kaedah lain yang boleh digunakan menyelesaikan masalah murid
yang kurang menguasai kemahiran tajwid dalam membaca al-Quran. Aspek yang menjadi
objektif kajian ini ialah:
1. Mengenalpasti hukum tajwid dan cara bacaan dengan menggunakan Roda Pintar
Tajwid.
2. Menggunkan alat bantu mengajar Roda Pintar Tajwid sebagai pendekatan yang khusus
untuk memahami hukum tajwid.
3. Memahami fungsi tanwin dan nun sakinah dan mengaplikasikan dalam bacaan al-
Quran.

KAJIAN LITERATUR
Kaedah penggunaan Roda Pintar Tajwid merupakan suatu pendekatan kreatif yang disukai oleh
semua peringkat murid kerana mampu meningkatkan minat dan pengetahuan murid terhadap
pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc).
Menurut Howard Gardner (1983) melalui kecerdasan visual atau ruang adalah kecerdasan yang
membolehkan seseorang individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. individu yang
mempunyai kecerdasan ini juga mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi
dalam bentuk gambaran dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta minda,
carta, lukisan dan sebagainya. Kebolehan murid untuk menghubungkan konsep yang dipelajari
dengan menggunakan peta minda, graf dan bentuk grafik yang lain memudahkan seseorang
pelajar itu belajar mengenalpasti dan menghubungkait konsep. Sehubungan dengan itu, kaedah
roda impian amat bersesuaian untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) terutamanya di dalam penguasaan tajwid.
Selain itu, untuk menguasai ilmu tajwid dalam pembacaan al-Quran, teknik ataupun kaedah
yang ditonjolkan oleh guru semasa PdP berlangsung memainkan peranan penting dalam
meningkatkan penguasaan ilmu tajwid di kalangan murid khususnya tanwin atau nun sakinah
apabila bertemu dengan huruf hijaiyah. Hal ini penting bagi mengelak berlaku banyak
kesalahan dari segi bacaan ayat al-Quran. Menurut jurnal Pendidikan Dasar Islam oleh Zuha
Prisma, Uswatun Chasanah, dan Zumrotul Mukaffa (2023), yang bertajuk Penggunaan Media
Roda Putar Untuk Meningkatkan Pemahaman Tajwid Peserta Didik. Menurut jurnal ini
permasalahan yang timbul adalah apabila guru menggunakan buku cetak sebagai media
pembelajaran pada mata pelajaran Al-Quran Hadits yang menjadikan murid tidak tertarik ketika
mengikuti kegiatan pembelajaran. Hal ini menyebabkan murid mengantuk dan tidak memberi
perhatian kepada guru ketika pembelajaran berlangsung. Selain itu juga, menurut jurnal ini juga

2
permasalahan lain yang dikemukakan adalah sebanyak 20 murid dari 31 murid yang membaca
Al-Quran tanpa menggunakan kaedah tajwid yang betul, sehingga dapat disimpulkan bahawa
pemahaman tajwid murid masih rendah.
Manakala Khairiah Razali (2023) dalam kajiannya pada jurnal Asas Pendidikan menyebut
bahawa terdapat murid yang masih membaca iqra 1 hingga 3 sedangkan pelaksanaan
pentaksiran tajwid memerlukan murid boleh membaca kalimah, potongan ayat dan ayat al-
Quran dalam surah tertentu serta betul tajwidnya. Selain itu juga, dalam jurnalnya juga
menyebut penetapan tajwid hukum mad dalam kurikulum Pendidikan Islam yang dianggap
tinggi seawal usia Sembilan tahun merupakan cabaran yang harus didepani oleh guru. Di
samping itu juga, Penggunaan BBM seperti carta dan lambaran kerja dilihat kurang mampu
memenuhi keperluan murid. Malah menurut Zainora Daud, Shaharuddin Saad, Hayati Hussin
(2018) dalam kajiannya pada Jurnal Pendidikan Quran Sunnah yang bertajuk Tahap
Keberkesanan Ilmu Tajwid: Analisis Terhadap Sekolah Tahfiz Swasta Di Selangor. Menurut
jurnal ini, yang mana persepsi pelajar-pelajar tahfiz berkaitan silibus ilmu tajwid berada pada
tahap yang tinggi. Tambahan pula, para pelajar mempunyai persepsi dan minat yang mendalam
terhadap ilmu tajwid akan tetapi kaedah pengajaran dan pembelajaran memberi sedikit faktor
kepada pelajar untuk menguasai ilmu tersebut dengan lebih baik.
Pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai kaedah pengajaran yang disampaikan oleh guru
memainkan peranan untuk murid menguasai ilmu tajwid dengan berkesannya. Sebagai contoh
alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru memberi impak yang besar untuk seseorang
murid itu menguasai setiap topik yang diajarkan oleh guru. Jika dilihat daripada jurnal
Norwardatun Mohamed Razali, Siti Rosilawati Ramlan, Maisarah Saidin (2021) yang bertajuk
Kemahiran Bacaan al-Quran Secara Bertajwid Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Harian.
Kajian ini meninjau tahap kemahiran bacaan al-Quran di kalangan pelajar sekolah menengah
harian. Pengkaji mendapati keberkesanan silibus tajwid terhadap keupayaan bacaan al-Quran
pelajar masih di tahap tidak memuaskan. Pengkaji juga mendapati guru yang tidak
berkemahiran dan kaedah pengajaran serta pembelajaran yang kurang berkesan merupakan
antara faktor penyumbang kepada kelemahan penguasaan bacaan al-Quran. Daripada jurnal ini,
terbukti bahawa dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan memberi
impak kepada murid dalam menguasai ilmu tajwid dengan baik.
Penggunaan pendekatan yang menarik seperti roda impian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bukan sahaja dapat membantu menarik minat pelajar untuk belajar malah murid
juga dapat mengetahui peranan tanwin atau nun sakinah apabila bertemu dengan huruf hijaiyah,
mengenali, dan mengingat hukum tajwid dengan betul malah dapat membaca ayat al-Quran
dengan tajwid yang betul tanpa ada kesalahan. Disamping dapat memberi keseronokkan kepada
murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini telah dibuktikan
daripada dapatan kajian Yesi Fadlilah dan Zainal Abidin (2020) dimana penggunaan media
tajwid putar mengalami peningkatan daripada 67.6% menjadi 80%. Ini menunjukkan
keberhasilan daripada penggunaan media tajwid putar berbanding buku dan papan putih. Hal
ini juga dapat memberi pengalaman yang baru kepada murid dan guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Akhir sekali, kemahiran guru dalam mengelola aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah sangat penting kerana dapat memupuk perkembangan emosi murid. Malah, dengan
menggunakan kaedah roda pintar tajwid ini dapat meningkatkan minat dan kemahiran murid
dalam pembelajaran. Teknik pengajaran dan pembelajaran seperti ini menjadikan murid lebih
gemar bermain sambil belajar. Oleh itu, para guru haruslah merancang aktiviti pengajaran
mereka dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya emosi murid dapat berkembang
dengan baik serta dapat meningkatkan tahap penguasaan ilmu dengan lebih efektif.

PERNYATAAN MASALAH

3
Penguasaan murid sekolah rendah terhadap ilmu tajwid belum mencapai tahap yang ditetapkan
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (KPM, 2016). Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Kelas Khas
Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) menyatakan bahawa penguasaan kemahiran dalam
tajwid mengandungi enam tahap yang menekankan semua aspek dalam kemahiran tajwid.
Namun begitu, hasrat untuk mencapai objektif tersebut masih belum tercapai kerana kelemahan
murid dalam mengingati dan memahami hukum tajwid menyebabkan bacaan al-Quran secara
bertajwid menjadi sukar (Hamir Hamzah & Mohd Hilmi, 2019). Manakala faktor penguasaan
al-Quran yang masih lemah terutama murid yang membaca Iqra’ secara langsung menjejaskan
penguasaan dalam hukum tajwid (Khairiah Razali & Ahmad Sihes, 2017).
Seterusnya, murid tidak mendapat pendedahan yang khusus tentang hukum tajwid kerana guru
lebih mementingkan pembacaan ayat al-Quran bertajwid secara langsung tanpa menerangkan
setiap hukum dengan terperinci.
Permasalahan ini ditambah dengan amalan pengajaran guru yang tidak menggunakan alat atau
bahan bantu mengajar memberi pengaruh yang besar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tajwid. Hamir Hamzah dan Mohamad Hilmi (2019) menyatakan bahawa
kegagalan guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang berkesan akan menyebabkan
masalah penguasaan ilmu tajwid dalam kalangan pelajar.
Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
didapati sebahagian besar murid-murid sekolah rendah kurang menguasai ilmu tajwid yang
melibatkan perbezaan peranan nun mati dan tanwin bertemu huruf hijaiyyah dengan baik
samaada secara teori mahupun pembacaan. Dalam masa yang sama, murid juga menghadapi
kesukaran dalam mengingat dengan tepat huruf - huruf hijaiyyah yang berada dalam kumpulan
hukum tajwid.
Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik dalam sesi pengajaran bagi
menambahkan kefahaman dan minat murid dalam ilmu tajwid. Norwardatun Mohamed Razali
(2021) mendapati bahawa guru yang kurang kemahiran dalam ilmu tajwid akan mempengaruhi
murid menguasai hukum tajwid dengan baik. Selain itu, kebergantungan pada media
pembelajaran yang tersedia seperti buku teks sahaja akan menyebabkan pelajar kurang
memahami ilmu tajwid. Ini kerana, buku teks adalah teori manakala ilmu tajwid perlu
dilaksanakan secara praktikal dan tidak boleh hanya tertumpu pada aspek teori semata-mata.
Justeru, bahan bantu mengajar yang kreatif dan inovatif dan bersesuaian perlu diwujudkan
supaya pelajar dapat menguasai ilmu tajwid dengan lebih cepat dan berkesan.
Oleh itu, teknik baru telah diperkenalkan sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
ilmu tajwid dengan penggunaan kaedah Roda Pintar Jawi. Pengkaji ingin mengetahui
keberkesanan kaedah Roda Pintar Tajwid yang digunakan dalam pengajaran untuk
meningkatkan kemahiran penguasaan tajwid dalam kalangan murid sekolah rendah. Teknik
atau kaedah pengajaran tajwid yang baik dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran
mengaplikasikan ketika membaca al-Quran.

KAEDAH RODA PINTAR TAJWID


Kaedah Roda Pintar Tajwid merupakan satu inovasi kaedah pengajaran untuk membantu
murid-murid menguasai dan mengingati ilmu tajwid dengan mudah. Teknik padanan warna
digunakan bagi menentukan nama hukum-hukum tajwid, peranan huruf hijaiyyah bagi setiap
hukum tajwid dan cara bacaannya. Satu model roda digunakan sebagai bahan bantu mengajar.
Model Roda Pintar Tajwid ditunjukkan seperti gambar rajah dibawah.

4
Rajah 1: Roda Pintar Tajwid

Roda Pintar Tajwid mengandungi 16 bentuk tanda bacaan yang dipilih dan ditempatkan ke
dalam tiga bahagian iaitu Tanda-tanda waqaf (lapan tanda), Tanda-tanda Khusus (empat tanda)
dan Bentuk Tanda Bacaan (empat tanda).
Fungsi lapisan bagi Roda Pintar Tajwid ialah lapisan pertama dan terbesar mengandungi hukum
tajwid yang belum dipecahkan seperti Qalqalah, Mim mati, Waqaf dan sebagainya. Manakala
bagi lapisan kedua diletakkan huruf hijaiyyah dan tanda Waqaf. Pada lapisan ketiga diletakkan
nama-nama hukum tajwid serta cara membacanya dengan betul. Roda Pintar Tajwid
menggunakan konsep padanan warna bagi mentukan setiap hukum dan cara bacaan.
Cara penggunaan Roda Pintar Tajwid:
1. Lapisan pertama pilih satu hukum yang ingin ditentukan cara bacaannnya dan letakkan di
bawah anak panah.
2. Lapisan kedua pusing roda untuk padankan huruf tersebut dan padankan warna yang sama
dengan lapisan pertama.
3. Pusingkan lapisan terkecil dan padankan warna yang sama dengan lapisan pertama dan
kedua. Lapisan yang ketiga ini mengandungi hukum tajwid dan cara bacaannya.

5
( Asy-Syams 91:1)
Contohnya, huruf alif lam )‫ (ال‬bertemu dengan huruf )‫ (ش‬menjadikan hukumnya Alif Lam
Syamsiah. Hukum ini ditentukan oleh warna yang sama bagi setiap bahagian dan huruf.

METODOLOGI
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah Kuantitatif yang berbentuk kuasi-
eksperimen . Dalam kajian ini, kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dipilih tanpa
dilakukan pengelompokan secara rawak. Ini bermakna dua kumpulan murid dipilih sebagai
responden kajian. Satu kumpulan dijadikan kumpulan kawalan manakala satu kumpulan lagi
diberikan rawatan (treatment) atau disebut sebagai kumpulan eksperimen. Rawatan yang
dimaksudkan dalam kajian ini ialah pembelajaran menggunakan kaedah Roda Pintar Tajwid
kepada kumpulan eksperimen dan pembelajaran secara konvensional kepada kumpulan
kawalan. Kedua-dua kumpulan ini akan melalui Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Jadual di bawah menunjukkan reka bentuk eksperimen bermula dari ujian pra, pelaksanaan
kaedah rawatan dan pelaksanaan ujian pasca.

Jadual 1:
Jadual Reka bentuk Asas Eksperimen

Kumpulan Bilangan Ujian Pra Kaedah Ujian Pasca

Eksperimen 20 U1 X U2

Kawalan 20 U3 Y U4

X : Pembelajaran menggunakan kaedah Roda Pintar Tajwid


Y : Pembelajaran menggunakan pendekatan konvensional.

Jadual 1 menunjukkan ujian pra (U 1 dan U 3) dilakukan kepada kedua-dua kumpulan iaitu
kumpulan eksperimen (X) dan kumpulan kawalan (Y) sebelum rawatan atau eksperimen
dijalankan. Tujuan ujian pra adalah untuk mengetahui tahap penguasaan tajwid kalangan murid
sebelum eksperimen dijalankan. Seterusnya dilakukan ujian pasca (U 2 dan U 4) selepas kedua-
dua kumpulan selesai memperolehi rawatan iaitu kumpulan eksperimen bagi pembelajaran
menggunakan kaedah Roda Pintar Tajwid dan kumpulan kawalan bagi pembelajaran
konvensional. Tujuan ujian pasca ini dilakukan untuk mengetahui adakah berlaku peningkatan
terhadap tahap penguasaan tajwid ataupun tidak. Seterusnya, hasil ujian pra dan ujian pasca
dianalisis mengikut objektif kajian ini.
Dapatan data daripada ujian ini akan dapat menjelaskan objektif kajian iaitu murid boleh
menguasai hukum tajwid dengan betul setelah mempelajari melalui Roda Pintar Tajwid.
Mengenalpasti masalah murid yang tidak dapat menguasai hukum-hukum tajwid dari segi nama
hukum, pembahagian huruf, cara bacaan dan contoh ayat merupakan tindakan awal yang
dilakukan sebelum kajian dimulakan. Instrumen ujian pra telah dilaksanakan bagi
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid. Berdasarkan ujian pra yang telah dilakukan,
masih ramai murid yang tidak dapat menguasai hukum tajwid dengan baik.

Satu kaedah pengajaran telah dibangunkan sebagai salah satu cara untuk mengatasi kelemahan
ini dikenali sebagai kaedah Roda Pintar Tajwid. Kaedah ini merupakan satu inovasi yang

6
dibangunkan oleh pengkaji yang menggunakan roda dan warna sebagai konsep utama, Yusrin
Junaidi (2017). Satu model roda yang dilengkapi dengan lapisan maklumat telah dibina bagi
melaksanakan pengajaran. Pelaksanaan kaedah ini dilakukakan secara tiga tahap. Tahap yang
pertama dimulakan dengan murid menggerakkan lapisan pertama roda. Murid memilih hukum
yang ingin ditentukan cara bacaannnya dan letakkan di bawah anak panah. Kemudian, tahap
kedua diteruskan dengan memusing lapisan kedua roda untuk padankan huruf tersebut dan
padankan warna yang sama dengan lapisan pertama. Seterusnya, pada tahap ketiga, lapisan
tengah dan terkecil perlu dipusingkan untuk memadankan warna yang sama dengan lapisan
pertama dan kedua. . Lapisan yang ketiga ini mengandungi nama hukum tajwid dan cara
bacaannya.
Contohnya dalam lapisan pertama roda yang mengandungi alif lam (‫ )ال‬bertemu dengan huruf
yang berada dalam lapisan kedua (‫ )ش‬menjadikan hukumnya Alif Lam Syamsiah. Hukum ini
ditentukan oleh warna yang sama bagi setiap bahagian dan huruf pada lapisan ketiga. Menurut
Saifuddin dan Muhammad Idham (2017) bahan bantu mengajar didefinisikan sebagai alat
pembelajaran yang digunakan untuk memudahkan mencapai tujuan pembelajaran. Selain itu,
ia juga ditakrifkan sebagai segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya
dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan Bantu Mengajar merangkumi
semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dihidu, digunakan dan
sebagainya (Nur Syafiqah & Nurul Nazirah, 2018). Bahan ini tidak terhad kepada aspek
konvensional sahaja seperti buku teks, papan tulis dan gambar, tetapi juga melibatkan semua
perkara yang digunakan dalam proses pengajaran.
Jumlah keseluruhan sampel yang terlibat dalam kajian ini seramai 40 orang yang merupakan
murid di sebuah sekolah rendah di daerah Pasir Mas. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan
iaitu 20 orang diletakkan dalam kumpulan eksperimen dan 20 orang dalam kumpulan kawalan.
Prosedur pengumpulan data yang digunakan bagi kajian ini ialah ujian pra dan pasca, tentang
keberkesanan pembelajaran tajwid menggunakan kaedah Roda Pintar Tajwid. Hasil dapatan
diterjemahkan dalam bentuk jadual bagi menganalisis data pencapaian murid. Jadual ini
menunjukkan perbandingan pencapaian murid sebelum dan selepas penggunaan Roda Pintar
Tajwid dalam proses pembelajaran dan perbandingan pencapaian dengan kumpulan
eksperimen.

DAPATAN KAJIAN
Peningkatan Penguasaan Hukum Tajwid Yang Diajar Menggunakan Kaedah Roda
Pintar Tajwid
Jadual 2 di bawah menunjukkan peningkatan penguasaan hukum tajwid murid yang diajar
menggunakan kaedah Roda Pintar Tajwid (kumpulan eksperimen). Dapatan kajian
menunjukkan terdapat peningkatan penguasaan murid dalam hukum tajwid dari segi nama
hukum, taburan huruf hijaiyyah dan cara bacaan dan contoh ayat yang mempunyai hukum
tajwid setelah murid didedahkan dengan kaedah Roda Pintar Tajwid. Dari analisis yang
dijalankan nilai peratus yang diperolehi oleh murid kumpulan eksperimen tersebut adalah:
(i) Menyatakan nama hukum tajwid dengan betul (sebelum diajar menggunakan kaedah Roda
Pintar Tajwid = 45% [9 murid], setelah belajar menggunakan kaedah Roda Pintar Tajwid =
90%) [18 murid] peningkatan 45% [9 murid], (ii) Membunyikan dan mengingati huruf
hijaiyyah dengan betul (sebelum diajar menggunakan kaedah Roda Pintar Tajwid = 40% [8
murid], setelah belajar menggunakan kaedah Roda Pintar Tajwid= 100% [20 murid]
peningkatan 60% [12 murid], (iii) Menyatakan cara bacaan dengan betul (sebelum diajar
menggunakan kaedah Roda Pintar Tajwid = 35% [7murid], setelah belajar menggunakan
kaedah Roda Pintar Tajwid = 95% [19 murid] peningkatan 60% [12 murid], (iv) Menulis contoh
ayat yang mempunyai hukum tajwid dengan betul (sebelum diajar menggunakan kaedah Roda
Pintar Tajwid = 25% [5 murid], setelah belajar menggunakan kaedah Roda Pintar Tajwid =

7
90% [18 murid] peningkatan 65% [13 murid]. Secara terperincinya ditunjukkan dalam jadual
2.
Jadual 2:
Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan Eksperimen

Bentuk Soalan Ujian Pra Peratus Ujian Pasca Peratus Nilai


Tokokan
U1 (29) U2 (29)
(+ -)

Nama Hukum 9 orang 45% 18 orang 90% +45%

Huruf Hijaiyah 8 orang 40% 20 orang 100% +60%

Cara Bacaan 7 orang 35% 19 orang 95% +60%

Contoh Ayat 5 orang 25% 18 orang 90% +65%

Manakala jadual 3 di bawah menunjukkan peningkatan penguasaan hukum tajwid murid yang
diajar menggunakan kaedah biasa (kumpulan kawalan). Dapatan kajian menunjukkan terdapat
peningkatan penguasaan murid dalam hukum tajwid dari segi nama hukum, taburan huruf
hijaiyyah dan cara bacaan dan contoh ayat yang mempunyai hukum tajwid setelah murid diajar
menggunakan kaedah biasa. Dari analisis yang dijalankan nilai yang peratus diperolehi oleh
murid kumpulan kawalan adalah: (i) Menyatakan nama hukum tajwid dengan betul (sebelum
diajar menggunakan kaedah biasa = 30% [6 murid], setelah belajar menggunakan kaedah biasa
= 75%) [15 murid] peningkatan 45% [12 murid], (ii) Membunyikan dan mengingati huruf
hijaiyyah dengan betul (sebelum diajar menggunakan kaedah biasa = 25% [5 murid], setelah
belajar menggunakan kaedah biasa = 80% [16 murid] peningkatan 55% [11murid], (iii)
Menyatakan cara bacaan dengan betul (sebelum diajar menggunakan kaedah biasa = 25% [5
murid], setelah belajar menggunakan kaedah biasa = 45% [12 murid] peningkatan 20% [7
murid], (iv) Menulis contoh ayat yang mempunyai hukum tajwid dengan betul (sebelum diajar
menggunakan kaedah biasa= 20% [4 murid], setelah belajar menggunakan kaedah biasa = 50%
[10 murid] peningkatan 30% [6 murid]. Secara terperincinya ditunjukkan dalam jadual 3.
Jadual 3:
Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan Kawalan

Bentuk Soalan Ujian Pra Peratus Ujian Pasca Peratus Nilai


Tokokan
U3 (29) U4 (29)
(+ -)

Nama Hukum 6 orang 30% 15 orang 75% +45%

Huruf Hijaiyah 5 orang 25% 16 orang 80% +55%

Cara Bacaan 5 orang 25% 12 orang 45% +20%

8
Contoh Ayat 4 orang 20% 10 orang 50% +30%

Perbandingan Keputusan ujian ini ditunjukkan di dalam graf seperti berikut;

JADUAL PERBANDINGAN
KEPUTUSAN UJIAN PRA
DAN PASCA

Nama Hukum Huruf Hijaiyah Cara Bacaan Contoh Ayat

100
KUMPULAN X KUMPULAN Y
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
Ujian 1(Pra) Ujian 2 (Pasca) Ujian 3 (Pra) Ujian 4 (Pasca)

Rajah 2 : Graf Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Pasca Kumpulan X Dan Y

Keseluruhannya, dapatan kajian ini hanya melibatkan bilangan murid yang menjawab soalan
berkaitan hukum tajwid dengan betul dalam ujian pra dan ujian pasca yang telah dilaksanakan.
Faktor-faktor lain seperti jantina, etnik, tempat tinggal, tahap pendidikan ibu bapa, dan status
sosioekonomi tidak diambil kira dalam penghasilan kajian ini. Pengkaji merumuskan dapatan
kajian adalah seperti berikut;
a) Tahap penguasaan hukum tajwid yang sedia ada pada murid berada pada tahap yang lemah.
b) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penguasaan hukum tajwid dalam
kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen sebelum pembelajaran biasa dan penggunaan
kaedah Roda Pintar Tajwid.
c) Terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan dalam kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen selepas pembelajaran biasa dan penggunaan kaedah Roda Pintar Tajwid.
d) Keputusan keseluruhan analisis pencapaian kumpulan eksperimen dengan kumpulan
kawalan menunjukkan peningkatan jumlah sample yang menjawab soalan tentang hukum
tajwid dengan betul selepas pelaksanaan kaedah Roda Pintar Tajwid dan kaedah biasa. Namun
peningkatan penguasaan murid dalam hukum tajwid menggunkan kaedah Roda Pintar Tajwid
lebih tinggi kerana ke empat-empat aspek yang dikaji mempunyai peningkatan yang baik. Ini
menunjukkan bahawa kaedah Roda Pintar Tajwid berupaya meningkatkan pencapaian dan
ingatan murid dalam ilmu tajwid yang berkaitan hukum lima dengan mudah dan pantas.

9
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
Kajian ini telah menunjukkan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca mempunyai
perbezaan yang amat ketara dari segi peningkatan peratus murid yang menjawab soalan dengan
betul membuktikan keberkesanan kaedah Roda Pintar Tajwid dalam menguasai hukum lima.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah Roda Pintar Tajwid dapat membantu murid
meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari serta
menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan. Ini
menunjukkan bahawa guru harus memberikan penekanan yang lebih dari aspek kaedah dan
pendekatan pengajaran agar pendekatan tersebut tidak membosankan, membingungkan dan
memberatkan murid untuk menguasai pelajaran (Noornajihan Jaafar, 2018). Selain itu, dalam
kajian ini menunjukkan betapa pentingnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam
memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kaedah Roda
Pintar Tajwid yang menggunakan Roda Pintar Tajwid sebagai bahan bantu mengajar oleh guru
dan murid memutarkan roda mengikut padanan warna berdasarkan hukum-hukum tajwid yang
telah dapat meningkatkan kefahaman mereka untuk mengingati dan menguasai isi pelajaran.
Dapatan ini beketepatan dengan Nur Atiqah Abdul Aziz (2018), penggunaan BBM yang sesuai
memberi impak yang positif kepada murid-murid dalam proses menguasai bacaan Iqra’ dan
meningkatkan minat dengan pembelajaran.
Pada zaman moden ini, guru bertanggung jawab untuk memberi pendidikan dan menghasilkan
perubahan tingkah laku ke atas diri seseorang murid. Amalan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah perlulah menjadi lebih kreatif, kritis dan inovatif (Azlina Amat Yasin, 2017).
Guru harus memahami idea perubahan dengan sempurna dan menyusun strategi yang rapi
untuk memastikan perubahan dilaksanakan dengan jayanya. Dengan itu, mereka boleh
menghasilkan pengetahuan baru atau inovasi dengan melakukan kajian untuk mengatasi
sebarang masalah dalam profesion mereka.

RUMUSAN
Penggunaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid memberi impak yang
sangat besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah Roda Pintar Tajwid yang
menggunakan teknik padanan hukum-hukum tajwid dengan membuat pusingan mengikut
padanan warna. Kaedah ini dilihat berkesan untuk membantu meningkatkan kefahaman murid
berdasarkan kepada pencapaian murid dari ujian pasca dan ujian pos yang telah dilakukan. Ini
menunjukkan bahawa keberkesanan kaedah Roda Pintar Tajwid terhadap penguasaan murid
melibatkan hukum nun sakinah dan tanwin. Murid dapat memahami, mengingati dan
menguasai hukum Iqlab, Idgham Bila Ghunnah, Idgham Maal Ghunnah, Izhar Halqi dan Ikhfak
Hakiki, pembahagian setiap huruf hijaiyyah dan cara bacaan setiap hukum dengan mudah dan
pantas. Bagi menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi
penekanan aspek pemilihan dan penggunaan kaedah yang sistematik kerana sangat
mempengaruhi proses penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru. Penggunaan kaedah dan
BBM yang sesuai dan semasa dalam pembelajaran ilmu tajwid amat diperlukan selaras dengan
pendidikan abad ke 21. Hasil kajian ini menyumbang kepada peningkatan kepelbagaian kaedah
pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid yang mampu membantu guru memenuhi tuntutan
penyediaan bahan bantu mengajar yang berbentuk inovasi yang akan memberi kesan yang
positif terhadap murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran bidang al Quran dan bidang
tajwid di sekolah.

10
RUJUKAN
Al-Quran
Ahmad Sihes & Khairiah Razali (2017). The Effectiveness of e-Quran in Improving Tajweed Learning
Among Standard Three Pupils in Primary School. Sains Humanika. 9. 10.11113/sh.v9n1-
3.1143.
Ariffin, S.R., Zin, R.A.A.M.,& Mohamed, N. N. N. (2011). Faktor Kecerdasan Pelbagai Dalam
Pembentukan Profil Remaja. Malaysian Journal of Learning and Instruction. Universiti
Kebangsaan Malaysia
Hamir Hamzah Jaafar dan Mohamad Hilmi Mat Said (2019). Inovasi Pengajaran Untuk Menarik Minat
Pelajar Menguasai Ilmu Tajwid. International journal of Humanities Technology and
Civilization (IJHTC), Universiti Malaysia Pahang, Issue 6, Vol 1, Disember 2019, pp.8-17.
http://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/3387

Kementerian Pendidikan Malaysia (2020). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Kelas Khas
Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-
lain/pendidikan-islam/3651-panduan-pelaksanaan-pbd-dalam-kkq/file

Mahzan, Sulaiman and Sadikan, Siti Fairuz Nurr and Md Shah, Mohd Ab Malek and Shahudin, Mohd
Harun and Shafie, Shamsol and Rahmat, Mohamad Hafidz (2018). Aplikasi Didik Hibur Tajwid
Al-Quran (Teroka Tajwid): kajian awal persepsi pengguna / Sulaiman Mahzan … [et al.].
Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 2 (1). pp. 1-16. ISSN 2600-7606. Official URL:
https://jurim.uitm.edu.my/

Nur Syafiqah, I., & Nurul Nazirah, M. I. M. (2018). Keberkesanan Penggunaan Grafik Berkomputer
Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Reka Bentuk Dan Teknologi.
Jurnal Sains Humanika, 10(3-3), 81-87.
Razali, N. M., Ramlan, S. R., & Saidin, M. (2021). Kemahiran Bacaan Al-Quran Secara
Bertajwid Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Harian: Satu Tinjauan Awal. pp. 526-
527 Proceedings of the 7 th International Conference on Quran as Foundation of
Civilization (SWAT 2021) FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia.
Razali, K. B. Teknologi e-Quran Dalam Meningkatkan Penguasaan Tajwid Dalam Kalangan
Murid Tahun 3. Jurnal Asas Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Saifuddin, M., & Muhammad Idham. (2017). Strategi belajar mengajar. Syiah Kuala University
Press.
Sulaiman, A.R & Hassan, H. (2019). Persepsi Guru Pendidikan Islam Dalam Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah. International Journal of
Humanities Technology and Civilization. Universiti Malaysia Pahang.
Yusrin Junaidi et al., (2017). Roda Tajwid, Teknik Mudah Belajar Al-Quran. Media Permata
https://mediapermata.com.bn/roda-tajwid-teknik-mudah-belajar-al-quran/
Yesi Fadlilah & Zainal Abidin. (2020). Implementasi Media Tajwid Putar Dalam Pembelajaran Ilmu
Tajwid. Jurnal Pendidikan Agama Islam.
Zuha Prisma, Uswatan Chasanah & Zumrotul Mukaffa (2023). Penggunaan Media Roda Putar Untuk
Meningkatkan Pemahaman Tajwid Peserta Didik. Jurnal Pendidikan Dasar Islam. Pendidikan
Guru Madrasah Ibtidaiyah Universiti Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya.

Anda mungkin juga menyukai