Anda di halaman 1dari 6

2

PERINGKAT AWAL KEREMAJAAN


Dalam sesi pertama persidangan ini, anda telah membincangkan
sebilangan konsep penting yang berkaitan dengan menjadi seorang
belia. Satu idea yang anda pertimbangkan adalah pengaruh daya-daya
sosial yang membangun dan membinasakan kepada golongan belia.
Sekarang anda dijemput untuk memikir tentang belia muda yang
berada pada usia khusus masa awal keremajaan dan “terdapat
takungan keupayaan untuk mentransformasikan masyarakat yang
sedang menunggu untuk digunakan.”9 Apakah yang membuat usia ini
istimewa?

Berada di antara umur 12 dan 15 tahun dan sedang menjalani sebuah


perubahan daripada zaman kanak-kanak menuju zaman belia, para
belia muda mengalami perubahan fizikal, intelektual dan emosi yang
sangat cepat. Kekuatan rohani mereka berkembang. Sebuah tahap
kesedaran yang baru mendorong di dalam diri mereka satu
peningkatan dalam tarikan kepada persoalan-persoalan yang
mendalam dan pada bakat dan kemampuan mereka. “Kekuatan
pemerhatian mereka diperluaskan dan diperdalamkan.”10 'Abdu'l-
Bahá menyatakan bahawa, “keupayaan intelektual mereka dilatih dan
dibangkitkan.”11 Sepanjang jangkamasa tiga tahun yang pendek dan
kritikal ini, terbentuklah idea-idea tentang individu dan masyarakat
yang secara menyeluruh membentuk kehidupan mereka pada masa
depan. Walau bagaimanapun, kegembiraan mendapat kekuatan baru
ini seringkali digabungkan dengan perasaan kekhuatiran, tidak selesa,
dan keraguan yang dapat menghasilkan pertentangan dalam tingkah
laku. Oleh kerana itu, mengarahkan kemampuankemampuan baru
mereka ke arah khidmat kepada masyarakat yang tidak mementingkan
diri sendiri, diperlukan pada zaman ini. Ini menuntut bahawa mereka
memperoleh jenis pendidikan dan asuhan yang betul, jika tidak “sifat-
sifat mereka akan dilumpuhkan dalam suasana buruk keakuan.”12

Banyak pendapat-pendapat tentang belia muda tidak menggambarkan


peringkat kehidupan ini suatu pandangan yang positif. Pendapat yang
popular, sebagai contoh, merujuk usia ini sebagai masa yang penuh
dengan kekeliruan dan krisis. Pemikiran-pemikiran seperti ini
memupuk keadaankeadaan di mana pola-pola kelakuan yang tidak
diinginkan disebarkan. Pemahaman yang betul tentang usia ini adalah
bahawa mereka merupakan golongan muda yang tidak mementingkan
diri sendiri dengan “rasa keadilan yang teliti, semangat untuk belajar
tentang segala sesuatu dan hasrat untuk menyumbang pada
pembangunan dunia yang lebih baik.”13 Sifat-sifat negatif yang
kadangkadang mereka tunjukkan tentu saja bukanlah sifat dasar tahap
kehidupan manusia.

Isu-isu utama untuk difikirkan adalah apakah puncanya pola-pola


kelakuan yang tidak dapat diterima yang kadang-kadang mencirikan
beberapa belia muda. Dua faktor memerlukan pertimbangan yang
teliti mengenai perkara ini. Pertama, pengaruh daya-daya sosial yang
negatif ke atas banyak komuniti telah membawa kepada
penyebarluasan pelbagai penyakit sosial yang banyak mempengaruhi
akan bagaimana golongan muda memandang diri mereka sendiri dan
masyarakat. Kedua, belia muda amat dipengaruhi oleh kelakuan orang
dewasa terhadap mereka. Meskipun pada usia ini mereka
mendapatkan pengertian yang banyak akan perkara yang mendalam,
orang dewasa kadang-kadang berkeras melayan mereka seperti kanak-
kanak. Tambahan pula, perbezaan di antara kata-kata dan tindakan
yang ditunjukkan oleh beberapa orang dewasa akan menjadi punca
kekeliruan pada golongan muda yang sedang mencari standard-
standard yang mana akan membentuk kehidupan mereka.

Menekankan pada pengaruh negatif daya-daya sosial pada belia muda


tidaklah menyatakan bahawa golongan muda secara dasarnya adalah
mudah dipengaruhi. Mereka boleh, dengan bantuan, menghadapi
daya-daya tersebut. Mereka dapat mengembangkan kekuatan-
kekuatan jiwa dan minda yang tidak hanya membolehkan mereka
mengatasi cabaran-cabaran seperti ini namun juga dapat menjadikan
mereka sebagai penyumbang kepada pembangunan sebuah
masyarakat baru. Dalam hal ini, Balai Keadilan Sedunia telah
menyeru pada pendekatan-pendekatan “yang akan menumpukan
perhatian pada minat-minat mereka, membentuk keupayaan mereka
untuk mengajar dan berkhidmat, dan melibatkan mereka dalam
interaksi sosial dengan belia yang lebih dewasa.”14Mereka
memerlukan sebuah persekitaran yang memupuk sifat-sifat rohani
mereka dan membangkitkan semangat mereka untuk pembelajaran
dan tindakan bermakna. Peranan belia yang lebih dewasa, yang mana
berkaitan dengan pengalaman-pengalaman zaman awal keremajaan,
dapat menciptakan sebuah suasana sepertiitu merupakan peranan yang
kritikal. Kerana seringkali para belia muda melihat mereka sebagai
contoh bagaimana bertindak, belia dewasa dipanggil untuk suatu
tugas suci membantu rakan-rakan seperjuangan muda mereka untuk
memperkuatkan asas moral mereka.

Berkaitan dengan hal ini, belia Bahá'í dan rakan-rakan mereka di


banyak komuniti sedang berkomitmen untuk berkhidmat sebagai
animator dalam program pemerkasaan rohani belia muda. Program ini
memberikan golongan muda “alat-alat yang diperlukan untuk
melawan daya-daya yang akan merampas identiti sebenar mereka
sebagai ciptaan mulia dan untuk bekerja bagi kebaikan
bersama.”15Dalam sebuah kumpulan sebaya yang riang gembira dan
bersahabat dapat berfungsi sebagai sebuah persekitaran saling
menyokong, para belia muda mempelajari teks-teks yang
memperkenalkan kepada mereka pelbagai konsep yang penting.
Mereka dibantu untuk menajamkan persepsi rohani mereka dan
mengenalpasti daya-daya yang membentuk masyarakat, dan untuk
meningkatkan kekuatan ekspresi mereka yang mana akan
membolehkan mereka untuk memahami dan menggambarkan dengan
jelas dunia di sekitar mereka. Melalui tindakan khidmat, mereka
belajar bersama-sama untuk menyumbang secara nyata pada
kesejahteraan masyarakat.

Dengan menguatkan struktur moral yang sedang berkembang dalam


fikiran mereka, idea-idea yang disebutkan dalam setiap teks
memberikan belia muda sebuah pandangan penuh harapan terhadap
kehidupan dan masyarakat. Para animator, yang berperanan sebagai
rakan mereka, menyokong dan membimbing mereka dalam proses ini,
dengan berhati-hati untuk tidak berhubung dengan mereka sebagai
kanak-kanak namun sebagai orang muda dengan kemampuan yang
sedang berkembang untuk menyumbang pada kebangkitan sebuah
tamadun baru. Ketika memupuk suasana-suasana yang meningkatkan
khidmat yang tidak mementingkan diri sendiri kepada masyarakat,
para animator juga perlu berwaspada, jangan sampai aktiviti-aktiviti
yang mereka laksanakan membangkitkan ego atau sifat keakuan belia
muda tanpa disedari. Interaksi-interaksi mereka dengan ibu bapa belia
muda memupuk sebuah semangat kerjasama dan membantu
menyalurkan persekitaran positif yang diciptakan dalam kumpulan
belia muda ke dalam keluarga dan seluruh komuniti.

Pengaruh daripada program ini terhadap animator juga sama


pentingnya. Samada mereka pernah menjadi ahli sesebuah kumpulan
belia muda atau tidak, mereka semua dipengaruhi oleh kekuatan
program ini untuk membentuk tujuan moral. Sejauh mana komitmen
mereka pada pertumbuhan rohani mereka sendiri, akan menentukan
peningkatan keberkesanan khidmat mereka pada generasi yang lebih
muda. Sedar akan konsep-konsep warisan masyarakat yang
mempengaruhi minda mereka, para animator sesungguhnya sedar
akan pengaruh ajaran-ajaran Bahá'u'lláh pada pemikiran dan tindakan
mereka. Mereka berusaha untuk menciptakan sebuah suasana di
antara mereka dan dalam komuniti mereka di mana kebahagiaan yang
terbesar berasal daripada membantu “satu sama yang lain mendaki
ketinggian pengabdian”.16

Setelah perbincangan ringkas idea-idea dalam setiap


perenggan, pecah kepada kumpulan-kumpulan kecil dan fikirkan
soalan-soalan yang berikut:

a) Bacaaan di atas menyebutkan bahawa daya-daya social yang


mempengaruhi belia sesungguhnya akan mengakibatkan pengaruh
yang lebih besar lagi pada belia muda. Ketika memikirkan belia
muda dalam komuniti anda, bincangkanlah bagaimana mereka
dipengaruhi oleh daya-daya merosak dan pola-pola kelakuan yang
mereka timbulkan.
b) Beberapa daripada anda berasal dari komuniti di mana sekurang-
kurangnya beberapa kumpulan belia muda telah terbentuk dan anda
mungkin pernah berkhidmat sebagai animator. Jelaskan bagaimana
belia muda yang terlibat dalam program ini sedang maju secara
rohani dan intelektual, dan bagaimana mereka sedang belajar untuk
menyumbang kepada kemajuan keluarga dan komuniti mereka.

c) Setiap buku dalam program belia muda membantu golongan muda


memahami satu atau beberapa konsep penting. Bayu-Bayu
Pengesahan, sebagai contoh, membantu mereka menghargai
bahawa jika mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha-
usaha untuk memajukan diri mereka dan komuniti mereka, Tuhan
akan mengesahkan usaha mereka. Bincangkan konsep-konsep
utama dari sekurang-kurangnya tiga lagi buku program belia muda.
Bagaimanakah buku-buku tersebut mempengaruhi cara remaja
memandang diri mereka sendiri dan dunia di sekitar mereka.

d) Pernyataan di atas telah menegaskan hubungan timbal balik di


antara berkhidmat sebagai animator dan pertumbuhan rohani.
Bincangkanlah sifat-sifat rohani dan sikap-sikap yang anda fikir
satu pendorong sebuah kumpulan belia muda akan berusaha keras
untuk menunjukkan hal tersebut dan bagaimana pengabdian
membantu dia dalam hal ini.

Anda mungkin juga menyukai