Anda di halaman 1dari 2

Syuib

Pertama-tama saya ingin mengucapkan tahniah kerana terpilih untuk review Musim 8(B).
Ada kesungguhan Syuib untuk menyampaikan / menceritakan lagu ini kepada audien. Itu
suatu yang baik, bermakna Syuib memahami cerita / maksud lagu ini. Namun, beberapa
perkara perlu diperbetulkan antaranya:-

1. Phrasing. Cara mengungkapkan 1 baris lagu. Memang kedengaran sebutan jelas


tetapi disebut satu per satu. Cuba jadikan satu nafas bagi satu baris lagu tersebut.
Sebagai contoh sebutan memori (sebagai dinyanyikan …”mem|mori”…). Perkataan
memori mempunyai 3 suku kata iaitu …me|mo|ri… Walau bagaimanapun, saya tidak
sarankan untuk menyebut 3 suku katanya secara satu per satu tetapi menyebutnya
dalam terus dalam satu nafas.

2. Sebutan perlu diperbaiki. Walaupun sebutan jelas namun ia perlu diperbaiki


terutamanya menyebut huruf vokal dan konsonan. Hati-hati dengan sebutan
membawa yang disebut sebagai membawah (dalam nyanyian). Sebutan abjad ..T..
bukannya …th…, lagu Mutiara bukannya lagu Bahasa Inggeris oleh itu sebutan T
perlu disebut baku. Sebutan walaupun kedengaran walahpun (dalam nyanyian).

3. Kawalan penafasan perlu dipertingkatkan. Kawalan pernafasan yang baik dapat


menjadikan penceritaan dan penghayatan sesebuah lagu itu lebih menyengat. Dalam
kes ini saya dapati part akhir nyanyian Syuib sudah hilang powernya; habis nafas /
semput dan perkara ini juga bersangkut paut dengan perkara No. 1 tadi.

4. Pic / Intonasi – 3, Penghayata – 3.5, Originaliti – 3.5

Ryan

Ryan perlu tahu range vocal dan genre yang sesuai dengan Ryan. Oleh sebab itu, saya
berpendapat bahawa pemilihan lagu yang tidak begitu sesuai untuk uji bakat kali ini.
Penghayatan dan penceritaan lagu kurang menyengat. Suara Ryan tengelam dengan
kekuatan melodi / muzik lagu ini. Lagu ini perlukan suara yang power / bertenaga sesuai
dengan melodinya yang cukup bertenaga. Beberapa perkara juga perlu diberi perhatian,
antaranya adalah:-

1. Sebutan perlu diperbaiki. Latihan vokal yang betul boleh membantu Ryan untuk
memerbaiki sebutan dalam nyanyian Ryan. Saya dapati sebutan bersemuka disebut
sebagai bersemukah, gagal disebut gagah (dalam nyanyian).

2. Dinamik lagu yang tidak menentu. Ryan tidak tahu bagaimana


Juhairi

Pertama kali dengar saudara Juhairi nyanyi, penghayatan itu ada cuma ada sesuatu yang
kurang. Perasaan ingin tahu terhadap sesuatu itu membuatkan saya memilih untuk
mendengar versi nyanyian asal terhadap lagu ini. Jujur saya katakan untuk uji bakat ini,
nyanyian saudara Juhairi kurang menyengat. Saya setuju dengan saudari Amie bahawa
nyanyian saudara Juhairi agak mendatar. Dalam erti kata lain, kurang dinamik terutamanya
setiap rangkap sebelum chorus jika dibandingkan dengan nyanyian asal. Tidak dinafikan,
nyanyian saudara sememangnya baik cuma masih kurang power / ump-nya.

Saya berpendapat, pemilihan lagu yang kurang sesuai. Saudara Juhairi punya vokal yang
lantang dan cukup bertenaga namun, kelebihan itu tidak digunakan sebaiknya.

Bahagian adlib …”da da da da”… (harap saudara Juhairi faham bahagian apa yang
dimaksudkan), untuk bahagian ini saya berpendapat bahawa ia perlu dinyanyikan sebab itu
la puncak yang mencabar vokal, yang akan membuatkan pendengar mengingati nyanyian
saudara Juhairi. Tambahan, sebagai kelainan daripada penyanyi asal.

Asrul

Nyanyian saudara Asrul hanya bersahaja. Attack / release verse pertama nyanyian sudah
membuatkan audien rasa bosan mendengarnya. Nyanyian yang mendatar, kurang dinamik.
Saudara juga perlu perbaiki cara sebutan

Anda mungkin juga menyukai