BAHASA MELAYU - Tahun - 4

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 11

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 4 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
1 5
kepada guru bertugas pada akhir ujian. B
2 5
C 1 10
D 1 20
Jumlah 50

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Cikgu Azman sedang memasukkan markah muridnya secara dalam talian dengan
____________ supaya tidak berlaku kesilapan.
A cepat
B teliti
C jelas
D lincah

2 Najah menerima sebuah telefon pintar ____________ ibu sempena hari jadinya.
A dari
B oleh
C untuk
D daripada

Soalan 3

3 Pilih ayat yang betul.


A Mak Cik Asmah menjual kuih-muih dengan harga yang murah.
B Sempena Hari Ibu Aleya membelikan minyak wangi oleh ibunya.
C Nasi lemak yang dijual di gerai itu sangat laris supaya rasanya enak.
D Kita hendaklah pandai mengurus wang ketika senang pada masa hadapan.

TERHAD
011
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Adam dan Halim akan berjalan pergi ke kantin. Mereka membawa bekal yang disediakan
oleh ibu mereka. Membawa bekal sendiri boleh menjamin kebersihan. Sebelum makan
mereka mencuci tangan. Mereka sentiasa menjaga kebersihan tangan sebelum menjamah
makanan.

Pengalaman yang lalu mengajar Adam tentang pentingnya menjaga kebersihan.


Selama seminggu dia terlantar di hospital kerana mengalami keracunan makanan. Sejak
kejadian tersebut, dia sangat berhati-hati dan sentiasa menasihati rakan-rakannya tentang
menjaga kebersihan tangan sebelum makan.

4 Apakah yang dilakukan oleh Adam dan Halim sebelum makan?


A Menjamah makanan
B Mengambil bekal
C Mencuci tangan
D Menasihati rakan

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Adam dan Halim terlantar di hospital.
B Halim menasihati rakan-rakannya.
C Adam membersihkan tangan sebelum makan.
D Halim menyediakan bekal sendiri.

6 Berikut adalah perkara yang berkaitan Adam dan Halim kecuali


A menjaga kebersihan.
B membeli makanan.
C menuju ke kantin.
D membawa bekal.

TERHAD
011
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

Puan Alia mengusahakan perniagaan pisang goreng dan tapai di hadapan


rumahnya. Dia seorang ibu yang rajin.

Anak-anaknya sering mengadakan promosi perniagaan makanan ibu


mereka. Oleh sebab itu, jualan mereka mendapat sambutan ramai dan habis setiap
hari.

BAHAN 2

TERHAD
011
TERHAD 5 011

7 Puan Alia mengusahakan perniagaan


A ubi goreng.
B kerepek ubi.
C pisang goreng.
D kerepek kentang.

8
Puan Alia mengusahakan perniagaan menjual pisang goreng dan tapai di
hadapan rumahnya.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A biji.
B buah.
C bidang.
D bentuk.

9 Perkataan promosi dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A iklan.
B sumber.
C rujukan.
D panduan.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Harga promosi untuk kerepek pisang ialah RM12.00.
B Puan Alia dan Pak Malik mengadakan promosi dalam talian.
C Puan Alia mengusahakan perniagaan menjual kerepek pisang.
D Pak Malik menjual pisang goreng dengan harga yang murah dan berpatutan.

TERHAD
011
TERHAD 6 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Setiap minggu Puan Devi ke pasar tani di Grik. Di situ terdapat pelbagai
barangan yang dijual terutamanya hasil tani.

Hasil tani yang dijual segar dan bermutu. Puan Devi dapat berjimat dengan
berbelanja di pasar tani. Harga barangan di pasar tani lebih murah berbanding
dengan harga di pasar raya.

Penjualnya pula mesra pengguna dan peramah. Ini menjadi tarikan kepada
orang ramai untuk berbelanja di pasar tani.

1 (a) Tujuan pengguna ke pasar tani untuk ____________.


[1 markah]

(b) Mengapakah pengguna suka berbelanja di pasar tani?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Harga barangan di pasar tani lebih murah berbanding dengan harga di pasar
raya.

[1 markah]

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Hasil tani yang dijual segar dan bermutu.

Barangan yang dihasilkan segar dan bermutu.

Barangan yang dijual segar dan bermutu.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 7 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2
Kamu dan rakan-rakan mengikuti rombongan sekolah ke Muzium Negara.
Tiba-tiba rakan kamu tergelincir semasa menaiki tangga.

Apakah tindakan yang akan kamu lakukan?

[5 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan tentang makanan kegemaran masyarakat di Malaysia.

Tuliskan pendapat kamu tentang makanan kegemaran masyarakat di Malaysia.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 9 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

CIRI-CIRI MURID CEMERLANG

TERHAD
011
TERHAD 10 011

TERHAD
011
TERHAD 11 011

[20 markah]

TERHAD
011

Anda mungkin juga menyukai