Anda di halaman 1dari 9

SURAH AT TIN

‫ِبْس ِم ٱلَّلِه ٱلَّر ْح َم ٰـ ِن ٱلَّر ِح يِم‬


BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM

1) Wat teeni waz zaitoon

2) Wa toori seeneen
3) Wa haazal baladil ameen

4) Laqad khalaqnal insaana fee ahsani taqweem

5) Summa ra dad naaho asfala saafileen

6) illal lazeena aamanu wa ‘amilus saalihaati; falahom ajrun ghairo mamnoon


7) Fama yu kaz ziboka b’ado bid deen

8) Alai sal laaho bi-ahkamil haakimeen


Asal usul surah At-Tin

Surah At-Tin adalah surah yang ke-95 dalam Al-Quran dan diturunkan selepas surah Al-Insyirah. Ia mengandungi 8
ayat dan turut tergolong di antara surah Makkiyah.
Nama At-Tin diambil daripada ayat pertama surah ini yang maksudnya buah tin. Asbab an-Nuzul surah ini
diturunkan adalah menerangkan mengenai kesempurnaan kejadian manusia dan faktor kejatuhannya.

Malik dan Syukbah mengatakan dari Adiy bin Thabit dari al-Barra’ bin Azib, Rasulullah SAW membaca surah ini
dalam satu rakaat solat yang Baginda kerjakan dalam sebuah perjalanan.

“Saya belum pernah mendengar seorang yang lebih bagus bacaannya daripada Baginda.”
Hadis ini diriwayatkan oleh para perawi kitab hadis yang enam dalam kitab masing-masing.

Ringkasan surah
Allah SWT bersumpah bahawa Dia menciptakan manusia dan menyeimbangkannya. Kemudian Dia kembalikan
manusia ke darjat yang paling rendah kecuali mereka yang beriman. Mereka yang beriman mendapat ganjaran
pahala yang besar dan Allah merupakan hakim yang paling adil.

3 sumpah dalam At-Tin yang Allah lakukan dengan tiga tempat suci untuk memuliakan para Nabi dan Rasul yang
mendiaminya. Sumpah itu adalah seperti:

 Ayat 1 (tin dan zaitun) : pohon-pohon yang banyak tumbuh di Syams. Negeri Nabi Isa AS.
 Ayat 2 (Bukit Sinai) : nama bukit yang terletak di Tur, Sina tempat Nabi Musa AS bermunajat.
 Ayat 3 (Kota Mekah) : penutup semua Nabi, Nabi Muhammad SAW, Rasulullah SAW.
Ayat 4, Allah menerangkan betapa kompleksnya penciptaan manusia. Penciptaan manusia sepatutnya menjadi
hakikat kebenaran dalam manusia untuk mentauhidkan Allah Yang Maha Esa kerana tidak ada sesiapa yang
berkuasa selain Nya.

Ayat 5, menerangkan persekitaran yang penuh dengan kejahatan telah mengubah manusia dari fitrahnya yang
mulia, baik, dan indah kepada penghuni neraka. Ayat 6, namun masih ada manusia yang terselamat dari semua ini
iaitu manusia yang dipenuhi dadanya dengan iman yang suci.

Ayat 7 dan 8 pula menerangkan kepada kita mengapa kita menidakkan sesuatu yang kita ketahui kebenarannya,
iaitu hari kiamat? Bukanlah Allah hakim yang paling adil untuk mengadili perbuatan baik dan buruk seseorang?
Balasan bagi kemungkaran dan kejahatan adalah nyata, dan Allah Maha Adil.

Anda mungkin juga menyukai