Anda di halaman 1dari 4

Maklumat Lanjut

DOSM/BPTMS/2.2020/Siri 39

Disediakan oleh:
NOR ALKASHAH ARIF SHAH
Ketua Penolong Pengarah, BPTMS

SITUASI PEKERJA BUKAN WARGANEGARA DI MALAYSIA


Pengenalan
Peningkatan pekerja bukan warganegara dapat dilihat tidak hanya di negara maju tetapi juga di negara-negara
membangun. Walaupun peningkatan pekerja bukan warganegara menjadi kebimbangan umum di Malaysia, kewujudan
mereka telah menunjukkan kesan produktiviti yang positif terhadap ekonomi (J.J. Jordaan. (2018)). Pandangan negatif
yang sangat ketara terdadap pekerja asing dalam negara, Jordaan (2018), Nur'ain Achim et al. (2017) dan Ramesh Kumar
Moona Haji Mohamed et al. (2012) menekankan tumpuan kajian terhadap golongan ini dalam beberapa industri
tertentu.
Objektif
Rencana ini adalah memaparkan taburan pekerja bukan warganegara kepada penduduk bekerja di Malaysia, statistik
pekerja bukan warganegara mengikut tahap kemahiran, taraf pekerjaan, sektor utama, subsektor perkhidmatan dan
kewarganegaraan. Statistik yang dipaparkan adalah berdasarkan Survei Tenaga Buruh Tahunan.

Pekerja Bukan Warganegara


Istilah ‘Pekerja Bukan Warganegara’ harus difahami sebagai seseorang yang meninggalkan kediaman biasanya untuk
bekerja di negara lain, sebagai seorang pekerja atau majikan di negara itu.

Taburan Pekerja Bukan Warganegara di Malaysia


Carta 1: Pekerja bukan warganegara dan Pada 2018, terdapat 14,776 juta penduduk bekerja di Malaysia.
pekerja warganegara, 2018 Daripada jumlah ini, 85.2 peratus adalah pekerja warganegara dan
14.8 peratus adalah pekerja bukan warganegara. Dalam tempoh
Pekerja Bukan 2010 hingga 2018, pekerja bukan warganegara di Malaysia
Warganegara; meningkat 3.3 peratus secara tahunan kepada 2.18 juta orang
14.8% (2018) berbanding 1.68 juta orang (2010).

Pada 2018, pekerja bukan warganegara menyusut 2.7 peratus


Pekerja kepada 2.18 juta orang pada 2018 berbanding 2.24 juta orang pada
Warganegara; 2017. Manakala, pekerja warganegara meningkat 2.9 peratus
85.2% kepada 12.59 juta orang pada 2018 berbanding 12.23 juta orang
pada 2017.
Jadual 1: Bilangan penduduk Malaysia, penduduk bekerja, pekerja warganegara dan pekerja bukan warganegara, 2010-2018
(‘000)
Bilangan 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018
a 28,588.6 29,062.0 29,510.0 30,213.7 30,708.5 31,186.1 31,633.5 32,022.6 32,382.3
Penduduk Malaysia
Penduduk Bekerja b 11,899.5 12,351.5 12,820.5 13,545.4 13,852.6 14,067.7 14,163.7 14,476.8 14,776.0
b 10,216.2 10,595.8 10,994.5 11,425.2 11,741.7 11,940.6 11,958.4 12,232.8 12,592.5
Pekerja Warganegara
b 1,683.2 1,755.6 1,826.0 2,120.2 2,110.9 2,127.1 2,205.3 2,244.0 2,183.4
Pekerja Bukan Warganegara
Nota: a Anggaran penduduk semasa, Malaysia
b Survei Tenaga Buruh Tahunan
Hasil tambah mungkin berbeza kerana pembundaran.
1

Pastikan Anda
DIBANCI
Taburan Pekerja Bukan Warganegara Mengikut Tahap Kemahiran

Carta 2: Pekerja bukan warganegara mengikut tahap kemahiran, 2010-2018

5.2% 4.1% 3.8% 4.1% 4.4% 4.9% 4.2% 4.7% 5.6%


100%

80%
55.8% 56.7% 55.2% 53.6% 48.6% 53.0% 52.9% 56.4%
60% 67.2%

40%

20% 40.1% 39.5% 40.7% 42.0% 46.5% 42.8% 42.3% 38.1%


27.6%
0%
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018
Berkemahiran rendah Separuh Mahir Mahir

Statistik menunjukkan peratus tertinggi pekerja bukan warganegara di Malaysia ialah kategori separuh mahir iaitu antara
48.6 peratus hingga 67.2 peratus dalam tempoh 2010 hingga 2018. Pada 2018, kategori ini mencatatkan 56.4 peratus,
diikuti pekerja berkemahiran rendah 38.1 peratus dan pekerja mahir 5.6 peratus.

Pekerja bukan warganegara bagi kategori mahir dan separuh mahir masing-masing meningkat 0.9 dan 3.5 mata peratus
pada 2018 berbanding tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, pekerja bukan warganegara berkemahiran rendah
menurun 4.2 mata peratus kepada 38.1 peratus berbanding 42.3 peratus pada 2017.

Taburan Pekerja Bukan Warganegara Mengikut Taraf Pekerjaan

Carta 3: Pekerja bukan warganegara mengikut taraf pekerjaan, 2010-2018

100%
8.6% 8.1% 8.5% 7.6% 8.0% 9.6% 11.2% 10.1% 12.3%
80%

60%
88.8% 88.8% 88.2% 89.0% 89.2% 87.3% 85.3% 86.6% 84.0%
40%

20%

0%
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018
Pekerja keluarga tanpa gaji Pekerja Bekerja sendiri Majikan

Dalam tempoh 2010 hingga 2018, kategori pekerja mencatatkan peratusan tertinggi iaitu menyumbang antara
84.0 peratus hingga 89.2 peratus diikuti kategori bekerja sendiri antara 7.6 peratus hingga 12.3 peratus.

Pada 2018, pekerja bukan warganegara bagi kategori bekerja sendiri meningkat 2.2 mata peratus kepada 12.3 peratus
berbanding 10.1 peratus pada tahun sebelumnya. Sebaliknya, kategori pekerja menyusut 2.6 mata peratus iaitu daripada
86.6 peratus (2017) kepada 84.0 peratus (2018).
2

Pastikan Anda
Taburan Pekerja Bukan Warganegara Mengikut Sektor
Carta 4: Pekerja bukan warganegara mengikut sektor, 2010-2018
(‘000) Pertanian,
1,000.0 Perhutanan dan
900.0 862.3
Perikanan
805.3 Perlombongan dan
800.0
700.0 Pengkuarian
612.8
600.0 543.5 Pembuatan
500.0
516.6 492.4
400.0
297.2 280.3 Pembinaan
300.0
200.0
100.0 Perkhidmatan
12.1 4.9
-
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018

Bagi tempoh 2010 hingga 2018, majoriti pekerja bukan warganegara bekerja di tiga sektor utama di Malaysia iaitu
sektor perkhidmatan, pertanian dan pembuatan. Pada 2018, pekerja bukan warganegara dalam sektor perkhidmatan
adalah 862.3 ribu orang, diikuti sektor pembuatan (543.5 ribu orang) dan sektor pertanian (492.4 ribu orang).

Pekerja bukan warganegara dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan masing-masing meningkat 7.1 dan 5.2 peratus
pada 2018. Namun, pada tempoh yang sama, pekerja bukan warganegara bagi tiga sektor yang lain mencatatkan
penurunan iaitu sektor perlombongan & pengkuarian (59.5%), pertanian (19.6%) dan pembinaan (5.7%).

Taburan Pekerja Bukan Warganegara Mengikut Subsektor Perkhidmatan

Carta 5: Pekerja bukan warganegara mengikut subsektor perkhidmatan (kedudukan 3 teratas), 2010-2018

(‘000) Perdagangan borong dan


300.0 265.2 runcit; pembaikan kenderaan
250.0 243.5 bermotor dan motosikal
252.9
200.0 231.2 Penginapan dan aktiviti
150.0 perkhidmatan makanan dan
93.7 90.0 minuman
100.0
50.0 Aktiviti isi rumah sebagai
- majikan
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018

Statistik menunjukkan majoriti pekerja bukan warganegara bekerja dalam tiga subsektor utama perkhidmatan iaitu
aktiviti Perdagangan borong dan runcit; pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, Penginapan dan aktiviti
perkhidmatan makanan dan minuman dan Aktiviti isi rumah sebagai majikan bagi tempoh 2010 hingga 2018.

Pekerja bukan warganegara dalam subsektor Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
meningkat 14.7 peratus kepada 265.2 ribu orang pada 2018 berbanding 231.2 ribu orang pada 2017. Manakala,
pekerja bukan warganegara bagi subsektor Perdagangan borong dan runcit; pembaikan kenderaan bermotor dan
motosikal turut meningkat 3.9 peratus (2018: 252.9 ribu orang; 2017: 243.5 ribu orang). Namun, pekerja bukan
warganegara dalam Aktiviti isi rumah sebagai majikan menyusut 3.9 peratus kepada 90.0 ribu orang pada 2018
berbanding 93.7 ribu orang pada 2017.
3

Pastikan Anda
Taburan Pekerja Bukan Warganegara Mengikut Kewarganegaraan

Carta 6: Negara asal pekerja bukan warganegara aktif (kedudukan 6 teratas)

Indonesia Bangladesh

704,175 568,929
Statistik menunjukkan
60.6% 39.4% 99.8% 0.2% Indonesia menyumbang
peratusan tertinggi bilangan
pekerja bukan warganegara
Nepal Myanmar di Malaysia diikuti
Bangladesh dan Nepal. Dari
316,102 125,795 segi jantina, pekerja lelaki
96.9% 3.1% 82.5% 17.5% melebihi perempuan dalam
keenam-enam negara ini.

India Pakistan

117,733 61,689 Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia,


97.7% 2.3% Kementerian Dalam Negeri
99.6% 0.4% (sehingga 30 Jun 2019)

Perbincangan dan Kesimpulan

 Kajian menunjukkan permintaan terhadap pekerja bukan warganegara ke negara ini masih berterusan bagi
memenuhi keperluan beberapa sektor utama di Malaysia. Situasi ini menyebabkan rakyat memberikan persepsi
terhadap isu-isu pekerja bukan warganegara. Salah satu kerisauan yang dialami adalah kehilangan pekerjaan
oleh pekerja tempatan.

 Rencana ini memberi gambaran umum pekerja bukan warganegara mengikut tahap kemahiran, taraf
pekerjaan, sektor utama dan subsektor perkhidmatan serta kewarganegaraan. Berdasarkan data yang dikumpul
pada tahun 2010 hingga 2018, komposisi pekerja bukan warganegara majoriti berada dalam kategori pekerja
dan bekerja sendiri dan terdiri daripada mereka yang berkemahiran separuh mahir dan rendah. Pekerja bukan
warganegara ini turut mendominasi sektor pertanian, pembuatan dan dua subsektor perkhidmatan iaitu aktiviti
Perdagangan borong dan runcit; pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal dan aktiviti Penginapan dan
aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman.

 Analisis lanjut boleh dilakukan dengan mengkaji taburan data pekerja bukan warganegara dalam industri yang
lebih meluas iaitu hingga ke peringkat terperinci subsektor perkhidmatan, taburan pekerja bukan warganegara
mengikut negeri, statistik pendapatan dan pencapaian pendidikan. Selain itu, liputan pekerja bukan
warganegara perlu diperluaskan dengan memaksimakan penggunaan data pentadbiran dan data raya seperti
data ekspatriat dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

PENAFIAN: Artikel dalam newsletter ini adalah inisiatif pegawai DOSM berdasarkan pemerhatian dan
pengumpulan maklumat ringkas secara ad-hoc di lapangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Ianya
tidak memenuhi sepenuhnya piawaian pengeluaran statistik rasmi negara. Justeru, kandungan newsletter
ini tidak boleh ditafsir sebagai statistik rasmi DOSM.
4

Pastikan Anda

Anda mungkin juga menyukai