Anda di halaman 1dari 1

Hak Jagaan Anak

Home Artikel Hak Jagaan Anak

Hak Jagaan Anak

Spread the love

HADHANAH: Bagaimana Status


Hak Jagaan Anak Selepas
Perceraian?

Isu Hadhanah atau hak jagaan anak sering timbul


apabila berlakunya permasalahan rumah tangga atau
perceraian di antara pasangan suami dan isteri.
Perebutan hak jagaan anak sama ada di antara ibu dan
bapa kandung atau pihak ketiga seperti ahli keluarga
yang lain adalah sukar untuk diselesaikan dan sering
memberi kesan bukan sahaja kepada pasangan
tersebut, malah turut memberi kesan kepada anak
tersebut sama ada secara fizikal atau mental.

Selepas berlakunya perceraian, persoalan yang sering


timbul adalah siapakah yang akan mendapat hak
jagaan anak, apakah hak bagi pihak yang tidak
mendapat hak jagaan, berapa lama tempoh penjagaan
dan sebagainya.

Alangkah indahnya jika selepas berlaku perceraian, ibu


dan bapa kandung kepada anak tersebut boleh
berbincang berkenaan hak jagaan anak, nafkah anak
dan perkara yang melibatkan kebajikan dan
kepentingan anak tersebut secara bersama. Namun
realitinya tidak semudah itu. Pihak-pihak akan
bertengkar dan berebut hak jagaan anak tersebut
sehingga menyebabkan tekanan kepada kedua-dua
pihak dan keluarga mereka, namun mereka sering
terlupa bahawa perebutan dan pertengkaran terebut
juga pada masa yang sama akan memberikan tekanan
dari segi emosi dan fizikal kepada anak tersebut.

Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam di


Malaysia telah memperuntukkan berkenaan undang-
undang serta garis panduan hak jagaan anak dan
dengan jelas menyatakan bahawa kebajikan,
kepentingan dan kemahuan anak didahulukan
berbanding kepentingan ibu bapa.

Merujuk kepada Seksyen 82 (1) Enakmen Undang-


undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, ibu
kandung adalah paling layak untuk mendapat hak
jagaan anak selagi mana ibu kandung tersebut tidak
hilang kelayakan sebagai penjaga. Sebab yang
membolehkan ibu kandung hilang kelayakan
berdasarkan Seksyen 84 Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 ialah:-

i. Jika dia berkahwin dengan seseorang yang tidak

mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang

orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu,

jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan

menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya

untuk penjagaan akan kembali semula jika

perkahwinan itu dibubarkan.

ii. Jika dia berkelakuan buruk secara keterlaluan dan

terbuka.

iii. Jika dia menukar pemastautinannya dengan tujuan

untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari

menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-

kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang

bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat

lahir isteri itu.

iv. Jika dia murtad.

v. Jika dia mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak

itu.

Ketetapan ini menggambarkan penekanan Undang-


Undang Keluarga Islam terhadap kebajikan anak
tersebut dan bukannya pemilikan ibu bapa terhadap
anak tersebut.

Apabila ibu kandung kepada anak tersebut telah hilang


kelayakan, hak jagaan tersebut akan berpindah kepada
salah seorang berikut mengikut susunan keutamaan
yang diperuntukkan dalam Seksyen 82 (2) Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
2003:-

a. Nenek sebelah ibu hingga ke atas;

b. Bapa;

c. Nenek sebelah bapa hingga ke atas;

d. Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

e. Kakak atau adik perempuan seibu;

f. Kakak atau adik perempuan sebapa;

g. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan

seibu sebapa;

h. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan

seibu;

i. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan

sebapa;

j. Emak saudara sebelah ibu;

k. Emak saudara sebelah bapa;

l. Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai

‘asabah atau residuari.

Merujuk kepada Seksyen 85 Enakmen Undang-


undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003,
tempoh hak jagaan bagi seorang kanak-anak itu tamat
apabila anak tersebut mencapai umur mumaiyyiz iaitu
tujuh (7) tahun bagi lelaki dan umur sembilan (9)
tahun bagi anak perempuan. Setelah tamatnya hak
penjaga tersebut, penjagaan adalah turun kepada bapa
dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur
kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah
berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada
dengan ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah
memerintahkan selainnya.

Namun berlainan bagi hak jagaan anak bagi anak tidak


sah taraf di mana hak jagaan anak tersebut adalah
milik mutlak ibu kandung dan saudara mara sebelah
ibu menurut Seksyen 86 Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Walaupun hak jagaan ini telah diperuntukkan dengan


jelas dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam,
namun pihak-pihak masih perlu membuat permohonan
di Mahkamah Tinggi Syariah dan merekodkan hak
tersebut sebagai Perintah Mahkamah. Tujuan Perintah
Hak Jagaan ini adalah bagi memastikan hak kedua-dua
pihak iaitu ibu dan bapa kandung terhadap anak
tersebut terjaga dan tidak boleh dinafikan oleh mana-
mana pihak.

Adalah penting untuk kedua-dua pihak mendapatkan


nasihat dan fahaam berkenaan hak mereka dalam
peruntukkan undang-undang berkenaan hak jagaan
anak agar hak mereka tidak dinafikan dan kebajikan
serta kepentingan anak tersebut terjamin.

Artikel ini disediakan oleh

Nursahila binti Ayub


Senior Associate, Abdul, Low & Partners

Artikel Berkaitan:

Soalan Lazim: Faraid

Sep 29, 2022

Spread the loveSoalan Lazim: Faraid Harta apa yang

boleh difaraidkan? J: Harta yang didaftarkan di bawah

nama Si Mati seperti: a) Harta Tak Alih: tanah dan

rumah. b) Harta Alih: wang simpanan bank, saham,

KWSP,...

Soalan Lazim: Wasiat

Sep 29, 2022

Spread the loveSoalan Lazim: Wasiat Apakah wasiat?

J: Wasiat adalah pemberian oleh pewasiat kepada

penerima wasiat sama ada dalam bentuk benda,

hutang atau manfaat untuk dimilik dan pemberian


tersebut dilaksanakan selepas pewasiat meninggal

dunia. Apakah...

Pertanyaan? Sila Hubungi


Peguam Kami

Send Us Inquiries/ Message/ Feedback :

Send

" Enakmen Keterangan Mahkamah


Syariah (Negeri Selangor) 2003
Fitnah #

Like this post?

Tweet Save

Like 23

More sharing options

Artikel

Artikel (18)

Bidangkuasa Mahkamah Syariah (12)

Bindangkuasa Mahkamah Sivil (3)

Enakmen Negeri Selangor (8)

Enakmen Wilayah Persekutuan (6)

Komersial/ Korporat (1)

Undang-Undang Pekerjaan (2)

Abdul, Low & Partners

Utama

Hubungi Kami

Pasukan Kami

Perkhidmatan Kami

Nilai Kami

Sumber

Sumber Am

Kalkulator Yuran Guaman

Firma Guaman Malaysia

Lokasi Mahkamah Syariah Malaysia

Artikel Undang-Undang di Malaysia

Hubungi Peguam Kami

Peguam Syarie Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur/

Putrajaya)

Peguam Syarie Selangor

Peguam Syarie Perak

Peguam Syarie Negeri Sembilan

Peguam Malaysia

Peguam Syarie – Damansara

! 5A, Jalan SS 21/23,


Damansara Utama,
Petaling Jaya 47400,
Selangor Malaysia

Peguam Syarie – Shah Alam

! No.70A, Jalan Nova U5/N,


Subang Bestari, 40150
Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Peguam Syarie – Kuantan

! A13 (Tingkat 2), Lorong Tun Ismail 2,


Sri Dagangan 2, 25000,
Kuantan, Pahang

© 2009-2023 Notis Hak Cipta | Notis Privasi | Penafian


|
Contact Us

Anda mungkin juga menyukai