Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN KILANG HINO

PUSAT PAMERAN DAN SERVIS SOON SENG merupakan syarikat yang berpusat di negeri
Kelantan, syarikat ini terkenal sebagai pusat penjualan trak bina semula dan baru. Selain itu,
syarikat ini juga berurusan dengan trak Jepun bina semula berkualiti, trak Jepun serba baharu dan
trak pikap china serba baharu.
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1979, dimulakan dengan menjual kenderaan penumpang
terpakai. Dari situ, ia secara beransur-ansur berkembang ke dalam penjualan binaan semula dan
trak komersial ringan baharu.
Di sini, syarikat ini mempunyai tenaga kerja yang paling berpengalaman dan berpengetahuan.
Pekerja disana sudah terlatih untuk menasihati pelanggan mengikut keperluan dan keperluan
perniagaan pada model kenderaan pilihan mereka. Pakar teknikal di syarikat tersebut menyediakan
perkhidmatan selepas jualan tanpa kerumitan dan penyelenggaraan rutin untuk kenderaan
pelanggan.
Bagi para pekerja di syarikat itu, kepuasan pelanggan adalah keutamaan mereka. Pekerja disana
akan memastikan pelanggan mereka mendapat kenderaan yang paling sesuai dan berkualiti
terbaik.
PELAN PENYELENGARAAN YANG COMPANY GUNA

• Mesin Pemampat angin


Mesin ini digunakan sebagai bahan pengalir udara kerana banyak mesin penyelenggaraan lori
menggunakan sistem pneumatik . Oleh itu, mesin ini menjadi keutamaan dalam mengalirkan
udara yang bertekanan tinggi.

• Mesin Pembuka Tayar


Digunakan untuk penyelenggaraan tayar lori bagi memudahkan pekerja untuk menukar tayar lori
yang rosak kepada tayar yang baru.

• Spanar Box
Menggunakan spanar box yang berkualiti tinggi bagi mengurangkan kerosakan pada nut dan
skru semasa operasi penyelenggaraan dijalankan.

• Penyungkil tayar lori


Menggunakan penyungkil tayar yang tahan lasak. Ini kerana tayar lori mempunyai bikar tayar
yang sangat keras berbanding tayar kereta .
PEMERIKSAAN PENYELENGARAAN
Pemeriksaan penyelenggaraan tetap bagi mesin yang digunakan terbahagi kepada 2 iaitu:

1. setiap 6 bulan
2. setiap tahun / 12bulan

Bagi penyelenggaraan untuk setiap 12 bulan, para pekerja hanya perlu membuka dan memeriksa
keadaan di dalam mesin pembuka tayar seperti enjin.Proses ini bertujuan memberikan kualiti
penggunaan yang selamat kepada para pekerja. Halini kerana, enjin didalam mesin tersebut akan
mengawal pam hidraulik dan akan memberi kesan negatif kepada para pekerja dari segi
keselamatan sekiranya terdapat kerosakan.

Selain itu, bagi penyelenggaraan tahunan, proses ini perlu dilakukan oleh jurutera atau orang yang
berpengalaman kerana ia lebih menyeluruh dan memerlukan pengetahuan yang menyeluruh, ini
berbeza dengan penyelenggaraan setiap 6 bulan yang mana penyelenggaraan itu boleh di buat
sendiri oleh para pekerja.
Penyelenggaraan tahunan ini dilakukan dengan memeriksa bahagian-bahagian atau komponen
yang penting didalam mesin bagi membuat pemeriksaan yang menyeluruh terhadap komponen di
dalamnya agar dapat berfungsi dalam jangka masa yang lebih lama serta mengambil inisiatif awal
terhadap perkara yang biasa akan bermasalah dalam jangka masa servis
PENGGUNAAN ALATAN/CARA
Peralatan tangan digunakan untuk kerja -kerja membuka dan memasang kembali mesin. Antara
peralatan asas yang mesti ada ialah playar , sepanar boleh laras , allen key, pemutar skru Philip
dan pemutar skru rata.

Perkakasan dan bahan pula merujuk kepada bahan habis guna dan kelengkapan yang diperlukan
sepanjang kerja menservis. Antara yang diperlukan ialah minyak pelincir, gasket, gam gasket,
pam penyembur, gelang piston, pita paip, penghembus angin (blower).

Slideway 68 Ultraway Lube Oil adalah pengganti kepada ST-450 Pneumatic Lubrication Oil
yang dikatakan lebih likat dan sesuai untuk penggunaan bagi mesin. Pengeluaran unit mesin
pembuka tayar lori telah meningkat dari masa ke semasa oleh kerana pembukaan kilang yang
juga meningkat pada zaman kini.
PENGURUSAN SUMBER PENYELENGGARAAN
Pengurusan penyelenggaraan mesin pembuka tayar melibatkan beberapa langkah penting, seperti
berikut:

1. Pemeriksaan Berkala : Membuat pemeriksaan berkala pada unit mesin pembuka tayar
untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Ini termasuk menukar minyak pelincir,
memeriksa kebocoran pam hidraulik dan penggantian sebarang komponen yang rosak .

2. Penyelenggaraan Pemprosesan Tekanan Udara: Pastikan pam hidraulik berfungsi dengan


baik. Ini membantu menjaga kualiti tekanan udara didalam mesin semasa beroperasi .

3. Pembersihan dan Penjagaan Minyak Pelincir: Membersihkan atau menggantikan minyak


pelincir secara berkala kerana mereka boleh menjadi kotor dengan debu dan kotoran ,
mengurangkan geseran didalam enjin .

4. Penyelenggaraan pengwayaran : Pastikan wayar berfungsi dengan baik kerana ini


membantu dalam pengaliran tenaga elektrik.

5. Pengawasan Butang: Pastikan butang operasi berfungsi dengan betul untuk mengawal
tekanan yang diinginkan semasa beroperasi .
PEMATUHAN DAN PEMULIHAN JAMINAN
Pematuhan dan pemulihan jaminan tayar adalah penting untuk memastikan anda tidak melanggar syarat-syarat jaminan
dan boleh mendapatkan perkhidmatan jaminan jika diperlukan. Berikut adalah beberapa panduan am:

1. Simpan Dokumen Jaminan: Simpan semua dokumen berkaitan jaminan seperti kad jaminan, resit pembelian dan
buku panduan produk. Ini adalah bukti pembelian dan boleh digunakan untuk menuntut jaminan.

2. Ikuti Garis Panduan Penggunaan: Pastikan anda menggunakan tayar mengikut garis panduan yang dinyatakan
dalam buku panduan produk. Melanggar garis panduan boleh menyebabkan pemansuhan jaminan.

3. Pendaftaran Produk: Beberapa pengeluar tayar memerlukan pendaftaran produk untuk mengaktifkan jaminan.
Pastikan anda mendaftarkan produk jika diperlukan.

4. Penyelenggaraan Berkala: Mengadakan penyelenggaraan berkala seperti yang dinyatakan dalam buku panduan. Ini
termasuk pembersihan rim, pemeriksaan berkala dan penjagaan lain.
5. Gunakan Pusat Perkhidmatan Yang Diluluskan: Jika anda memerlukan pembaikan dalam tempoh jaminan, pastikan
anda menghubungi pusat perkhidmatan yang diluluskan oleh pengeluar. Menggunakan pihak luar mungkin akan
menjejaskan jaminan.
6. Keselamatan Produk: Jika anda membuka atau memasang semula tayar , pastikan ia dilakukan dengan betul untuk
mengelakkan kerosakan yang boleh menyebabkan pemansuhan jaminan.

7. Maklum Balas Cepat: Sekiranya anda mengalami masalah dengan tayar yang dijamin, berhubunglah dengan
pengeluar atau pusat perkhidmatan secepat mungkin. Mereka mungkin perlu membuat pemulihan atau pembaikan.

8. Simpan Semua Catatan : Menyimpan catatan pemeliharaan, pembaikan dan komunikasi dengan pengeluar atau pusat
perkhidmatan adalah penting untuk menunjukkan pematuhan dengan jaminan
STANDARD BAGI SUBKONTRAKTOR PENYELENGGARAAN
Standard bagi subkontraktor dalam penyelenggaraan tayar adalah penting untuk memastikan bahawa
penyelenggaraan tayar dilakukan dengan efisien dan berkualiti. Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin
termasuk dalam standard bagi subkontraktor penyelenggaraan dan penukaran tayar:

1. Kelayakan dan Latihan: Subkontraktor mungkin dikehendaki mempunyai kelayakan dan latihan yang
sesuai dalam penyelenggaraan tayar lori termasuk sijil dan lesen yang diperlukan.

2. Pematuhan Piawaian Pengeluar: Standard boleh mengarahkan subkontraktor untuk mematuhi garis
panduan yang diberikan oleh pengeluar tayar lori tertentu semasa menjalankan penyelenggaraan.

3. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja: Subkontraktor perlu mematuhi semua dasar keselamatan dan
kesihatan pekerja semasa melakukan kerja penyelenggaraan tayar lori.

4. Kualiti Kerja: Standard mungkin menetapkan piawaian kualiti yang perlu dicapai dalam penyelenggaraan,
termasuk pemilihan komponen berkualiti dan kerja yang bersih.
5. Penyelenggaraan Berkala: Subkontraktor mungkin diarahkan untuk menjalankan penyelenggaraan berkala
seperti pemeriksaan rim, pembersihan dan penggantian komponen tertentu seperti pad brake dan nut yang
digunakan.
6. Penggunaan Bahan dan Peralatan : Subkontraktor perlu mematuhi standard yang berkaitan dengan penggunaan bahan
dan peralatan dalam penyelenggaraan .

7. Perlindungan Alam Sekitar: Dasar dan amalan untuk perlindungan alam sekitar boleh menjadi sebahagian daripada
standard seperti pembuangan bahan yang boleh dikitar semula.

8. Pelaporan dan Catatan : Subkontraktor mungkin dikehendaki menyediakan laporan berkala dan menyimpan catatan
yang lengkap tentang kerja penyelenggaraan yang telah dijalankan.

9. Kepatuhan dengan Peraturan Tempatan : Standard boleh mengingatkan subkontraktor untuk mematuhi semua
peraturan tempatan yang berkaitan dengan penyelenggaraan tayar lori.

10. Pemulihan dan Tindakan Korrectif : Subkontraktor perlu mempunyai rancangan pemulihan jika terdapat masalah
dalam penyelenggaraan tayar lori dan perlu mengambil Tindakan korrectif segera .
KESIMPULAN
Kesimpulannya , proses penyelenggeraan tayar lori meliputi banyak aspek yang penting untuk memastikan tayar
tersebut dapat berfungsi dengan baik serta dapat memberikan kualiti yang maksima. Jika proses penyelenggaraan ini
diambil mudah dan tidak mengikut jadual atau waktu yang ditetapkan , ia kemungkinan akan membawa kepada
masalah komponen lain. Oleh yang demikian, pengguna akan mengalami kerugian kerana perlu menanggung kos yang
tinggi bagi menggantikan komponen yang rosak . Dengan itu, pengguna haruslah bijak dalam mengatur cara
penyelenggaraan dan tidak mengambil mudah walaupun ada sesetengah pihak yang menganggap proses
penyelenggaraan ini adalah suatu perkara yang tidaklah begitu penting. Akhir sekali, kami berharap dengan usaha
kami untuk menemubual tentang penyelenggaran tayar lori ini dapatlah memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan
kepada pengguna di luar sana.

Anda mungkin juga menyukai