Anda di halaman 1dari 5

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

PENGARUH ISRAILIYYAT DALAM KITAB BAD’ KHALQ AL-SAMAWAT WA AL-ARD:


ANALISIS TENTANG BAB KEJADIAN SINDRATUL MUNTAHA

Mohd. Solahuddin Shahruddin1, Ahmad Zuhdi Ismail,2 Mohd. Norazri 3,


Asmak Husin, Mohd Fakarudden Che Omar4

Abstrak
Kepercayaan seseorang itu tidak boleh dicipta melainkan dengan memberi pemahaman
dan mengemukakan bukti yang konkrit. Namun begitu, pegangan yang dianuti oleh
sebilangan kecil umat Islam hari ini banyak terdedah dengan periwayatan yang
berunsurkan Massehiyat dan Israiliyyat. Justeru, artikel ini menjelaskan unsur Israiliyyat
yang terkandung di dalam salah satu karya Al-Raniri yakni tokoh ulama Acheh pada
1047H /1637M. Analisis teks berkaitan dengan fasal kelapan memberi ungkapan dan
perbezaan dengan nas. Corak penceritaan oleh Al-Raniri lebih tertumpu pada gambaran
keadaan sesuatu tempat tersebut seperti suasana di dalam teks bab kejadian Sindratul
Muntaha. Oleh itu, penggunaan karya sebagai bahan tafsiran seperti manuskrip Jawi-
Arab ulama Nusantara ini perlu diteliti terlebih dahulu sumber dan asas pegangan
kepercayaannya. Sumber-sumber Israiliyyat seperti Ka’b Al-Akhbar dan Wahb bin
Munabbih disebut oleh Al-Raniri di dalam karyanya. Catatan manuskrip Jawi ini juga
memberi gambaran falsafah penulis bahawa bentuk penulisan yang bersifat inkuiri
terhadap ilmu kosmologi.

PENGARANG MAKALAH**
Nama penuhnya Nur al-Din Muhammad ibn Ali ibn Hasan-Ji ibn Muhammad Hamid1 al-Qurayshi al-Shafi’i al-
‘Ash’ari al-‘Aydrusi al-Raniri2. Beliau dilahirkan di Ranir (Rander), iaitu di sebuah pelabuhan lama yang
terkenal di Pantai Gujarat, India. Tarikh kelahiran beliau tidak jelas dan tidak dicatatkan secara terperinci oleh
pengkaji sejarah. Antara ilmu yang disampaikannya adalah ‘ilm al-fiqh, usul al-fiqh, akhlak, ilmu mantik, dan
balaghah3. Keluarga Syeikh Nuruddin Al-Raniri kebanyakannya adalah perantau dan menetap di kota sekitar
pelabuhan Samudera India dan wilayah kepulauan Melayu Indonesia4.

LATAR BELAKANG KITAB


Kitab Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard beerti Permulaan Kejadian Langit dan Bumi. Kitab ini merupakan
kitab berbentuk sejarah. Ia merupakan petikan daripada bab pertama kitab bustan al-Salatin. Ia ditulis
dengan nama dan pengantar yag tersendiri. Kitab ini membicarakan kejadian alam dan hubungannya dengan
Allah, persoalan-persoalan tauhid seperti kedudukan alam sebelum dijadikan, kenapa ia dijadikan dan
sebagainya. Kitab ini pernah dicetak beberapa kali di Mekah, Mesir dan Asia Tenggara. Antaranya cetakan
Matba’ah Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah yang dimilki oleh ‘Isa al-Babi al-Halabi & Co, Mesir pada tahun
1344H yang ditashih oleh Haji Darwish Kati al-Azhari. Kitab ini juga pernah dicetak di tepi bersama dengan
kitab Taj al-Mulk karangan Haji Ismail Aceh.

Kitab ini mempunyai 29 fasal5 yang bermula dengan Nur Muhammad, penciptaan alam, langit dan bumi,
Qalam sehinggalah penciptaan iklim. Manuskrip jawi lama ini juga merupakan bab pertama disentuh dalam
kitab Bustan al-Salatin dan menyatakan kejadian tujuh petala langit dan bumi dalam 10 fasal. Kejadian alam
yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai jutaan rahsia yang belum disingkap manusia.

1
Calon Sarjana Usuluddin di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
2
Pensyarah Kanan di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
3
Calon Sarjana Usuluddin di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
4
Pensyarah, Centre for Islamic Thought and Understanding, Universiti Teknologi MARA, Selangor, Malaysia.

223
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

Di dalam al-Qur’an, proses penciptaan langit dan bumi memberi implikasi bahawa wujudnya pencipta yang
esa. Hanya Allah SWT yang Esa yang layak disembah dan tiada satu yang mampu menangani kekuasaan-Nya.
Penulisan kitab Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard berlatarkan konsep kejadian yang bermula dari rahsia
kekuasaan Tuhan yang belum dikupas setiap fasal isi kandungan di dalamnya. Namun begitu konsep
kosmologi yang dibawa kitab Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard memberi gambaran kesinambungan setiap
penciptaan berkait rapat antara satu sama lain.6

PENGERTIAN ISRAILIYYAT
Israiliyyat diambil daripada kata Israiliyyah yang dinisbahkan kepada keturunan Bani Israil. Isi kandungan dan
pecahan Israiliyyat itu sama penceritaannya di dalam kitab Taurat dan Injil hanya pengalihan bahasa Ibrani ke
dalam bahasa arab.7 Dalam kajian hadith teologi Islam, Isra'iliyat adalah sumber hadith berasal dari golongan
Yahudi dan Kristian, bukan dari sumber Islam.8 Oleh yang demikian Israiliyyat menurut istilah ahli tafsir ialah
kisah-kisah Yahudi yang menyerap masuk ke dalam masyarakat Islam melalui tafsir al-Qur’an yang banyak
berlaku di zaman tabi’in. Namun ulama tafsir dan hadith menggunakan istilah Israiliyyat terhadap perkara-
perkara yang lebih luas, iaitu setiap kisah termasuk cerita lama yang diadakan, dimasukkan ke dalam tafsir.
Bahkan sesetengah ulama tafsir dan hadith menganggap Israiliyyat adalah setiap kisah yang dicipta dan
disampai oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dengan tujuan untuk merosakkan kesucian Islam.9

RIWAYAT ISRAILIYYAT
Secara umumnya, riwayat Israiliyyat boleh dibahagikan kepada tiga bahagian;

1. cerita yang berbentuk sejarah berdasarkan Turat dan Injil10 yang dimula disebarkan pada zaman
pemerintahan Muawwiyah.11
2. cerita membesarkan keturunan bangsa Israel.
3. bersumberkan dari Yahudi.12

PENGARUH ISRAILIYYAT DALAM BAB KEJADIAN SINDRATUL MUNTAHA


Artikel ini melihat satu sudut yang berkaitan dengan unsur berbentuk Israiliyyat. Unsur-unsur tersebut adalah
bertentangan dengan akal rasional dan nas. Lebih daripada itu, ia boleh merosakkan pemikiran umat Islam
khususnya mereka yang membaca tafsir-tafsir yang mengandungi pengaruh Israiliyyat tersebut. Pengaruh
Israiliyyat yang terdapat di dalam bahagian Sindratul Muntaha, karangan al-Raniri adalah seperti berikut:
1. Pohon di Sindratul Muntaha tersebut amat besar saiznya seperti kubah di Mekah dan daun dipohon
itu besarnya seperti telinga gajah

“...ertinya dinaikkan aku keatas pohon Sindratul Muntaha tatkala itu kelihatan besar
pohonya seperti kubah di Mekah dan daunya seperti telinga gajah...” 13

2. ‘Arasy itu ditelangkupkan atas kepala malaikat menyebabkan semua makhluk mengetahui isi
dalamnya.
“…(kata) Ka’ab al-Akhbar bahawasanya Sindratul Muntaha itu di bawah ‘arasy dan di atas
kepala malaikat yang menungging ‘arasy hingga itu lah sampai pengetahuan segala makhluk
dan barang yang dibelakangan itu tiada mengetahui seorang daripada makhluk jua
melainkan Allah Taala jua...”14
3. Perjalanan umpama ruangan di antara langit dengan bumi yang memakan masa selama seratus
tahun perjalanan dengan menunggang kuda yang pantas.

“...ertinya adalah luas sawang suatu jawang daripada Sindratul Muntaha itu sekira-kira
seratus tahun perjalanan kuda yang pantas...” 15

224
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

4. Pelbagai rupa dan warna.

“…bahawasanya adalah diatas (Sindratul Muntaha ) itu beberapa daripada perhiasan dan
pakaiannya yang indah-indah dan yang berbagai-bagi rupa dan warna bawahnya…”16

5. Luruh sehelai daun ke bumi maka penuhlah bumi ini dengan pakaian pohon-pohon yang indah
bernama syajaratu al-Tuba.

“…dan jikalau luruh sehelai daun kepada bumi nescaya penuhlah daripada pakaian daripada
bumi iaitulah yang bernama syajaratu al-Tuba…”17

6. sebuah syurga yang bernama Jannah al-Maawa dan menurut maqail dan kalbi tempat itu adalah
tempat bagi manusia yang mati syahid.

“…(kata) maqail dan kalbi iaitu lah tempat daripada kediaman daripada segala orang yang
syahid…”18

7. peranan Malaikat ketika itu sama seperti unggas yang mempunyai pelbagai rupa dan disebut di atas
setiap daun.
“…dan adalah beberapa daripada segala malaikat yang serupa dengan unggas dan yang
berlain-lain rupanya…” 19

8. Dipenuhi dengan Malaikat yang sentiasa bertasbih kepada Allah S.W.T.

“…dan diatas tiap-tiap daunya itu seorang malaikat berdiri mengucap tasbih akan Allah
Taala…”20

9. pohonnya Sindratul Muntaha itu daripada mutiara putih, dan cabangnya pula daripada batu permata
hijau (zabrajad) dan merah (yakut) dan batang di tengahnya daripada zamrud.Justeru daunnya pula
daripada sutera hijau yang lembut dilitupi dengan emas dan merah.

“…pada suatu riwayat hadis bahawasanya adalah pohon kayu Sindratul Muntaha itu
daripada mutiara yang putih dan segala cawangan itu daripada zabrajad yang hijau dan
daripada yakut yang merah dan sama tengah batangnya itu daripada zamrud dan adalah
daunnya daripada sundus iaitu daripada kain sutera yang hijau bertelipuk dengan emas yang
merah dan adalah ia dihiasai dengan indah-indah perhiasan daripada mutiara dan adalah
baginya tujuh cawang yang amat elok daripadanya daripada berbagai-bagai jenis.”21

ANALISIS PETIKAN BAB KEJADIAN SINDRATUL MUNTAHA


Perkataan sidrah dalam bahasa arab bermaksud pokok yang penuh dengan daun dan mempunyai
naungan yang besar.22 Manakala al-Qur’an pula menjelaskan tentang Sindratul Muntaha ialah
sebuah tempat tinggi dimana malaikat Jibril tidak dapat melepasi ruang tesebut.23 Pengertian istilah
pula ialah sebuah pokok yang penuh dengan daunan, tempat bernaungnya para malaikat, tempat ruh
para syuhada berkumpul.24 Al-Qur’an tetapi tidak menghuraikan secara terperinci. sehingga wujud
hadis dengan pelbagai tanggapan bentuk dan hiasan semata-mata.

Kajian tentang sumber rujukan yang ditulis oleh al-Raniri dalam karyanya berkaitan kejadian Sindratul
Muntaha, antaranya ialah:

225
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

1. Dari Anas bin Malik, dari Malik bin Sha'sha'ah, dari Nabi s.a.w.. Dia pun menyebutkan hadis Mi'raj,
dan di dalamnya: "Kemudian aku dinaikkan ke Sindratul Muntaha ". Lalu nabi s.a.w mengisahkan:
"Bahwasanya daunnya seperti telinga gajah dan bahwa buahnya seperti bejana batu". 25 Oleh
demikian, sebahagian tafsiran menyebut Sindratul Muntaha bukannya seperti pokok-pokok di dunia
tetapi merujuk kepada tempat lindungan yang besar dan dekat dengan Allah S.W.T, di mana tempat
setiap malaikat memuji Allah S.W.T dan tempat golongan manusia yang mulia dan manusia beramal
soleh.26

Manakala, di dalam al-Qur’an tidak menerangkan bentuk pokok ini dan tidak berkata apa-apa
tentangnya seolah-olah al-Qur’an tidak mahu menjelaskannya. Namun begitu, di dalam hadis
ditafsirkan sebagai Sidrah atas langit yang ke-7 di mana para hambanya pergi untuk
mendapatkannya.27

2. Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “sesungguhnya di
dalam Syurga terdapat sebatang pokok yang akan dilalui oleh orang yang berkenderaan di bawah
teduhannya selama seratus tahun”28. Perkara ini turut di sebut oleh periwayat hadis Sahl ibn Sa'd
yang menyatakan bahawa dari Rasulullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat
sebatang pokok yang akan dilalui oleh orang yang berkenderaan di bawah teduhannya selama
seratus tahun tanpa melepasinya.”.29 Hadis ini juga telah di riwayat oleh Abu Sa'id al-Khudri,
bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda “Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebatang
pokok yang akan dilalui oleh penunggang kuda yang pantas selama seratus tahun tanpa
melepasinya.”30

3. Berdasarkan hadis dari Rasulullah s.a.w bersabda “saya menyaksikan malaikat pada setiap daun
sambil memuji kepada Allah S.W.T”31 Kesinambungan daripada hadis ini juga boleh dilihat
berdasarkan Nurul Thaqalain berbunyi “saya sampai di Sindratul Muntaha dan melihat di bawah dan
ada pelbagai bangsa”32

KESIMPULAN
Kesimpulannya, konsep Sindratul Muntaha tidak dinyatakan secara terperinci di dalam al-Quraan,
tetapi para periwayat hadith banyak menokok tambah tentang Sindratul Muntaha sehingga
bertentangan pemikiran rasional. Al-Raniri dalam konsep ini tidak mengubah tentang pengambilan
riwayat hadith tersebut meskipun terdapat para ulama tafsir dan hadith menjelaskan perkhabaran
dan penceritaan yang berpunca dengan ahl al-kitab dapat merosakkan kesucian Islam, namun mereka
juga terperangkap di dalam mengungkapkannya. Faktor-faktor ini terdapat juga di alam pemikiran
melayu.

RUJUKAN
Ahmad Daudy, N.A (1983). Allah dan Manusia dalam Konsespsi Syeikh Nururddin Al-Raniri, Jakarta.
Al-Attas (1986), A Commentary on the Hujjat al-Siddq of Nur al-Din al-Raniri, Kuala Lumpur: Ministry of
Culture, h.3
Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad b. Ismail. t.th. Matan al-Bukhari bi hasyiah al-Sindi. Misr: Mitbaah
Faisal Isa al-Babi al-Halabi.
Ali al-Hiwayzi, Tafsir Nur Thaqalayn,V,, h.155
Al-Raniri (t.t) Bad’ al-khalq al-Samawat wa al-Ard, op.cit.h.47
Al-Tabarsi, Majma’ al-Bayan. Lihat al-Qur’an, surah al-Najm
Al-Tabataba’i, al-Sayyid Muhammasd Husayn (m.1321 H/1903) Al-Mizan fi Tafsir al-Qur’an, Dar al-Kutub
al_Islamiyyah, cet I, Tehran, 1324H.
Ensyclopedia of Islam Indonesia, new edition. Syed Muhammad Naquib Al-Attas

226
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

Fath al - Bari Sharh Sahih al- Bukhari. Vol. 7. B eiru t: Dar al - Kutub al-'Ilmiyah.
Hadis Ibnu Abi Arubah. Hadits riwayat al-Baihaqi (1304). Ibn. Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayat.
Majma’ al-Lughah al-‘Arabiah, al-Mu’jam al-Wasit (1960), I, h.425
Muhammad Abu Rayyah Adwa' 'ala al-Sunnah al-Muhammadiyyah.
Muhammad Hussin al-Zahabi. 1990. al-Israiliyyat fi al-Tafsir wa al-Hadith . Qaherah: Maktabah Wahbah.
Muhammad Hussin al-Zahabi. t.th. al-Tafsir wa al-mufassirun . Qaherah: Maktabah Wahbah.
Sahih Muslim Kitab Al-Jannat wa Sifat Naimiha wa Ahliha , no. hadis 6784
Sahih Muslim, Ibid. no. hadis 6786
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1969), Preliminiray Statement On A General Theory Of The Islamization Of
The Malay-Indonesia Archipelago. Kuala Lumpur.h.29-30

**Penulis sedang mengkaji salasilah al-Raniri dan pemikiran di peringkat pengajian Ijazah Sarjana Usuluddin
1
Ada yang menyebut dengan Humayd. Lihat al-Attas (1986), A Commentary on the Hujjat al-Siddq of Nur al-Din al-Raniri, Kuala
Lumpur: Ministry of Culture, h.3
2
Lihat Ensyclopedia of Islam Indonesia, new edition. Syed Muhammad Naquib Al-Attas
3
Al-Raniri (2004), op.cit, h.339-340
4
Ibid. h.339-340
5
Fasal ialah bab yang merupakan tajuk-tajuk utama di dalam Kitab Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard
6
Ahmad Daudy, N.A (1983). Allah dan Manusia dalam Konsespsi Syeikh Nururddin Al-Raniri, Jakarta. Lihat juga Syed Muhammad
Naquib Al-Attas (1969) , Preliminiray Statement On A General Theory Of The Islamization Of The Malay-Indonesia Archipelago.
Kuala Lumpur.h.29-30
7
Riwayat Abû Hurairah 2: 136
8
Muhammad Abu Rayyah Adwa' 'ala al-Sunnah al-Muhammadiyyah. H.
9
Muhammad Hussin al-Zahabi. 1990. al-Israiliyyat fi al-Tafsir wa al-Hadith . Qaherah: Maktabah Wahbah.
10
al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad b. Ismail. t.th. Matan al-Bukhari bi hasyiah al-Sindi. Misr: Mitbaah Faisal Isa al-Babi al-
Halabi.
11
Ibn. Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayat.
12
Muhammad Hussin al-Zahabi. t.th. al-Tafsir wa al-mufassirun . Qaherah: Maktabah Wahbah.
13
Lihat juga petikan dalam Hadist Shahih Bukhari No. 211 Jilid I, peristiwa israk wal-mikraj. Lihat juga al - 'Asqalani.
2003. Fath al - Bari Sharh Sahih al- Bukhari. Vol. 7. B eiru t: Dar al - Kutub al-'Ilmiyah.
14
al-Raniri (t.t) Bad’ al-khalq al-Samawat wa al-Ard, op.cit.h.45
15
Ibid.h.45
16
Ibid.h.46
17
Ibid.h.46
18
Ibid.h.46
19
Ibid.h.47
20
Ibid.h.47
21
al-Raniri (t.t) Bad’ al-khalq al-Samawat wa al-Ard, op.cit.h.47
22
Majma’ al-Lughah al-‘Arabiah, al-Mu’jam al-Wasit (1960), I, h.425
23
Al-Tabarsi, Majma’ al-Bayan. Lihat al-Qur’an, surah al-Najm
24
Al-Tabataba’i,al-Sayyid Muhammasd Husayn (m.1321 H/1903) Al-Mizan fi Tafsir al-Qur’an, Dar al-Kutub al_Islamiyyah, cet I,
Tehran, 1324H.
25
Hadis Ibnu Abi Arubah. Hadits riwayat al-Baihaqi (1304). al-Bukhari (3207) op.cit dan Muslim (164) op.cit
26
Ali al-Hiwayzi, Tafsir Nur Thaqalayn,V,, h.155
27
Tabatabai, Seyyed Muhammad Husein, Al-Mizan.op.cit
28
Sahih Muslim Kitab Al-Jannat wa Sifat Naimiha wa Ahliha , no. hadis 6784
29
Sahih Muslim,Ibid. no. hadis 6786
30
Ibid.
31
Tabarsi, Majma’ul-Bayan, XIV.Lihat al-Qur’an, surah Najm, “‫”عند سدرة المنتهی‬
32
Nurul-Thaqalain, bil. 5, h.155.opc.it

227

Anda mungkin juga menyukai