Anda di halaman 1dari 1

Pada cuti semester yang lalu, aku bersama keluargaku pergi bercuti di Melaka.

Kami
bertolak pada pukul 3.00 petang. Selepas beberapa jam, kami tiba di tempat yang
dituju. Kami terus ke hotel yang telah ditempah oleh ayah. Kami sekeluarga
membawa barang masing-masing masuk ke dalam hotel. Kami kemudiannya terus
membersihkan diri dan berehat.

Pada pukul 8.00 pagi keesokan harinya, kami bersiap untuk melawat tempat-
tempat menarik di Melaka. Kami melawat Zoo Melaka yang terletak di sekitar Ayer
Keroh. Kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan di sana.

Setelah itu, kami melawat Muzium Melaka iaitu muzium yang terkenal di
Malaysia. Aku dapat melihat bahan-bahan bersejarah yang di pamerkan. Aku
mendapat banyak ilmu pengetahuan yang boleh digunakan dalam penulisan dan
berkongsi dengan rakan-rakan di sekolah.

Selepas kami sekeluarga berehat dan makan tengah hari, kami meneruskan
perjalanan. Kami melawat Bandar Hilir. Di sana, terdapat Kota A'Famosa, bangunan
Stadhuys, River Cruise dan lain-lain lagi. Tempat-tempat yang menarik ini telah
membuatku lupa akan keletihan sepanjang hari. Kami sekeluarga bergambar di
tempat-tempat yang menarik sebagai kenangan.

Akhir sekali, kami membeli hasil kraftangan di kedai berhampiran sebagai


cenderamata. Aku membeli cenderamata untuk guru dan rakan-rakanku. Hasil kraf
tangan yang cantik dan unik pasti menggembirakan mereka setelah menerima
cenderamata tersebut.

Keesokan harinya, kami mengemas barang-barang untuk pulang ke rumah.


Walaupun kepenatan, kami tetap gembira dan mendapat banyak ilmu pengetahuan
serta pengalaman yang menarik.

Anda mungkin juga menyukai