Anda di halaman 1dari 4

Tema 1 Kekeluargaan

Unit 1 Keluarga Cergas


Tajuk Bantu-membantu di Dapur
Buku Teks Tahun 3 Jilid 1
Halaman 3

Standard Pembelajaran
2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai;
(i) ayat tunggal dan ayat majmuk

Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat membaca ayat tunggal dan
ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Cadangan Aktiviti

Sangat Terhad Terhad Memuaskan

1. Murid membaca ayat 1. Murid membaca 1. Murid membaca


tunggal dengan perenggan yang petikan yang
bimbingan guru. mengandungi ayat mengandungi ayat
tunggal dan ayat majmuk tunggal dan ayat
2. Murid membaca ayat secara berkumpulan. majmuk secara
majmuk dengan berpasangan.
bimbingan guru. 2. Murid menggariskan
ayat tunggal yang 2. Murid menggariskan
terdapat dalam perenggan ayat majmuk yang
menggunakan pensel terdapat dalam
warna biru. perenggan
menggunakan pensel
3. Murid membaca semula warna merah.
ayat tunggal yang telah
digaris. 3. Murid membaca
semula ayat majmuk
yang telah digaris.

BBBM 1 BBBM 2 BBBM 3


BBBM 1

Baca ayat tunggal dan ayat majmuk di bawah dengan bimbingan


guru.

Nabila melihat ibunya


Nabila ke dapur. membersihkan ikan,
daging dan sayuran
yang baru dibeli.

Nasri membantu Kita memerlukan


ayahnya. vitamin kerana
vitamin memberi
kita tenaga.

Encik Abdul Aziz Wah, segarnya


pula membawa sayuran dan ikan-
barang-barang ikan ini!
kering.
BBBM 2

Baca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, garisi
ayat tunggal yang terdapat dalam petikan.

Nabila ke dapur. Nabila melihat ibunya membersihkan ikan,


daging dan sayuran yang baru dibeli. Encik Abdul Aziz pula
membawa barang-barang kering. Nasri membantu ayahnya.
”Wah, segarnya sayuran dan ikan-ikan ini! Ibu sungguh
pandai memilihnya,” kata Nabila. Puan Zainab tersenyum.
”Nabila,kita mestilah makan makanan yang segar. Makanan
yang segar mengandungi vitamin,” kata ibunya.
”Mengapakah kita memerlukan vitamin?” tanya Nabila.
” Kita memerlukan vitamin kerana vitamin memberi kita
tenaga. Vitamin juga menjadikan badan kita sihat. Minda kita
pula akan cerdas,” jelas Encik Abdul Aziz kepada Nabila
sambil meletakkan barang-barang di atas meja.
Setelah ibunya siap membersihkan ikan, daging dan
sayuran, Nabila membantu ibunya menyimpan bahan itu ke
dalam peti sejuk. Nasri pula menyusun bahan-bahan kering
ke dalam almari.
BBBM 3
Baca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian,
garisi ayat majmuk yang terdapat dalam petikan.

Nabila ke dapur. Nabila melihat ibunya membersihkan ikan,


daging dan sayuran yang baru dibeli. Encik Abdul Aziz pula
membawa barang-barang kering. Nasri membantu ayahnya.
”Wah, segarnya sayuran dan ikan-ikan ini! Ibu sungguh
pandai memilihnya,” kata Nabila. Puan Zainab tersenyum.
”Nabila,kita mestilah makan makanan yang segar. Makanan
yang segar mengandungi vitamin,” kata ibunya.
”Mengapakah kita memerlukan vitamin?” tanya Nabila.
” Kita memerlukan vitamin kerana vitamin memberi kita
tenaga. Vitamin juga menjadikan badan kita sihat. Minda kita
pula akan cerdas,” jelas Encik Abdul Aziz kepada Nabila
sambil meletakkan barang-barang di atas meja.
Setelah ibunya siap membersihkan ikan, daging dan
sayuran, Nabila membantu ibunya menyimpan bahan itu ke
dalam peti sejuk. Nasri pula menyusun bahan-bahan kering
ke dalam almari.

Anda mungkin juga menyukai