Anda di halaman 1dari 2

1.

Mendengar secara aktif


Mendengarkan secara aktif merujuk kepada memberi perhatian bukan hanya pada apa
yang orang katakan, tetapi juga kepada perasaan, idea atau pemikiran yang
diungkapkan oleh individu tersebut. Bagi berkomunikasi secara berkesan, kita haruslah
belajar untuk menjadi seorang pendengar yang baik terdahulu. Seseorang pendengar
aktif akan mendengar secara teliti lalu berfikir secara mendalam semasa berinteraksi
dengan orang lain. Selepas itu barulah kita kongsikan pandangan atau cadangan kita.
Contohnya, apabila rakan sebaya kita cuba menceritakan kesedihannya, sambil
mendengar, pada masa yang sama kita haruslah mula fikirkan apa yang dia betul-betul
perlukan itu sama ada nasihat atau cadangan. Dengan itu, barulah kita dapat
menyelesaikan masalahnya dengan cara yang paling sesuai dan tepat.

2. Empati
Empati itu membawa maksud sikap yang meletakkan perasaan kita pada orang lain atau
cuba meletakkan diri pada tempat mereka. Sebenarnya, empati adalah salah satu
kemahiran sosial yang paling penting. Hal ini dikatakn demikian kerana manusia
merupakan spesies yang sentiasa hidup bersama. Setiap individu mestilah pernah
membuat kesilapan. Walaupun kita tidak bersetuju sepenuhnya dengan rakan sekerja,
pekerja, atau rakan-rakan, kita perlu memahami sudut pandangan mereka, kerana
mereka juga mempunyai keperluan mereka. Inilah yang dikatakan setiap insan adalah
berbeza dan istimewa. Di samping itu, kita dapat belajar sesuatu atau memahami mesej
yang disampaikan jika kita meletakkan diri pada sudut pandangan mereka.

3. Penyelesaian konflik dan perundingan


Tidak dapat dinafikan bahawa konflik suakr dielakkan dalam kehidupan harian, tidak kira
apa-apa hubungan pun. Walaubagaimanapun kita hendaklah belajar mengawal dan
mengurus emosi diri dengan sabar, serta memikirkan bahawa berunding juga antara
proses yang signifikan untuk menjalinkan hubungan silaturahim. Tiada sesiapa yang
suka berkonflik dengan orang lain, akan tetapi konflik itu akan muncul kerana kita adalah
manusia dan kita berhak mempunyai emosi diri. Apa yang perlu kita tahu ialah
bertengkar sesama lain tidak dapat menyelesaikan apa-apa masalah, konflik itu masih di
sana sahaja. Oleh itu, cubalah memikirkan cara penyelesaian dahulu. Keupayaan
menyelesaikan konflik dengan cekap memerlukan tingkah laku yang tenang, tidak
defensif, dan hormat. Apabila kita mampu mengawal emosi sendiri, adalah mungkin
untuk menyampaikan pendapat kita secara damai tanpa mengancam atau menyerang
orang lain.
4. Bahasa verbal
Salah satu elemen asas komunikator yang baik adalah bagaimana kita bersuara di
hadapan orang lain. Cara penyampaian mesej yang terlalu lembut atau kuat, kata-kata
penghinaan, atau menggunakan terlalu banyak istilah pengisi seperti "ah", "eh" atau "um"
boleh menyebabkan kehilangan mesej penting dan hubungan dengan pihak lain. Oleh
hal yang demikian, perlu jelas, menggunakan contoh konkrit, mempunyai kemampuan
yang baik untuk improvisasi, menyuarakan dengan betul, mempertimbangkan masa, dan
akhirnya menyatakan apa yang ada dalam fikiran kita untuk berhubung dengan
pembicara kita.

5. Pujukan
Pujukan adalah alat komunikasi utama, terutama dalam bidang perniagaan. Hal ini
disebabkan oleh ianya melibatkan pengubahan dan pemindahan idea, kepercayaan,
sikap, serta tingkah laku untuk memenuhi keperluan kedua-dua pihak. Pujukan
kebiasaannya mempunyai reputasi buruk, kerana dengan cara yang salah, ia dapat
dikelirukan dengan manipulasi seperti melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
minat kita. Pujukan adalah asas bagi rundingan yang berjaya.

Anda mungkin juga menyukai