Anda di halaman 1dari 43

uu Huuu! Hari Ahad Petang sudah! esok sekolah dah....

Hari ni TeaCha tetiba teringat


angan-angan dan impian TeaCha untuk mengubah persekitaran teratak. Terus terang
TeaCha katakan TeaCha tidak berapa suka dengan beberapa "interior design" dalam terak
kita kita. Kenapa TeaCha tidak berapa suka? ( Maaf yah... buka TeaCha kurang bersetuju
dengan hasil kerja guru atau yang terlibat sebelum ni.... TeaCha amat menghargai... TeaCha
kalian faham.... kita ini berbeza dan keperluan serta kesesuaian murid juga berbeza......Sekali
lagi maaf jika TeaCha bunyi macam "individualistik"...hehehe, TeaCha sebenarnya stress
dibelenggu bayang2 org sebelum TeaCha...oleh itu TeaCha kena buat "renovation" utk
membaca "cara" TeaCha sendiri...)

Sebenarnya...makin hari makin TeaCha tidak bermotivasi dan meneruskan angan2...


namanya pun dah angan2.... so TeaCha kena tukar jadi IMPIAN atau MATLAMAT. TeaCha
dah buat pelan strategik nak buat benda ni.... alih2 tangguh punya tangguh dan beberapa
kekangan akhirnya.......... Tak pa lah hari ini TeaCha mengumpul maklumat semula.... jom
kita tgk teratak orang lain dan belajar dari situ! Bila dah siap Pelan Strategik ni... Semoga
ianya bukan IMPIAN SIOK SENDIRI TeaCha.... ;-)

Setelah hampir lima tahun berkecimpung dalam bidang perguruan pendidikan khas
bermasalah pembelajaran ini. TeaCha perhatikan banyak sekali yang perlu TeaCha pelajari
dan perlu ubahsuai mengikut cantuman ilmu dan pengalaman demi kebaikan yang diajar
dan juga pengajar macam TeaCha.
Teacha percaya umum sudah tahu dan jelas bahawa tumpuan anak-anak bekeperluan khas
ini mudah terganggu terutamanya ketika sedang menyiapkan tugasannya. Berdasarkan
TeaCha, beberpa perkara yang berkemungkinan besar menganggu daya tumpu anak-anak
khas ini.

Pernahkah anda masuk sebuah bilik yang berwarna warni dan anda berasa kurang selesa
atau pun tiba-tiba anda rasa stress dengan sekitar itu. Dengan warna-warna terang dan
pelbagai itu membuatkan anda seperti ingin pening, pandangan kurang selesa.

Warna memberi boleh faktor kepada apa emosi kita. Bagi anak-anak khas ini, terlalu banyak
warna pada dinding serta poster atau arahan-arahan yang berwarna-warni yang menarik
ditampal atau dipaparkan pada dindidng kelas sebenarnya bukan sahaja boleh mengganggu
tumpuan murid untuk menyiapkan tugasannya malah emosinya dan seterusnya
menimbulkan tingkah laku tidak diingini.

Ryn- seorang anak autism, dia lebih tertarik menulis semula huruf-huruf jawi yang ada di
dinding berbanding menyiapkan tugasannya memadankan nombor dengan bilangan
gambar. ;-).
Masalahnya, Ryn akan menconteng lantai dan dinding.... ;-).

Bunyian dari dalam atau luar kelas juga boleh menjadi faktor kepada gangguan tumpuan
anak-anak khas. Contohnya bunyi dari Kakak Ain menggoreng ayam..hehehe, bunyi dari
printer TeaCha sedang cetak lembaran kerja, bunyi dari Ustazah Nur membuka grill dan
bunyi dari beberapa peralatan elektrik seperti penghawa dingin, pemanas air dan etc.
Bunyian dari luar seperti murid lain yan lalu lalang, bunyi enjin/hon kereta serta bunyi
pembesar suara juga boleh mengganggu kosentrasi mahupun emosi murid.

Nas- Seorang anak yang dikategorikan mental development delay (fizikal juga sebenarnya)
mudah terganggu sekiranya ada bunyi mesin rumput, traktor, lori dan kapal terbang lalu.
serta merta Nas lari mencari arah bunyi tersebut serta sanggup ke arah kenderaan tersebut
tidak pun, berdiri depan pintu atau tepi tingkap dalam tempoh masa yang lama dengan
"kosentrasi yg mendalam". Tindakannya sangat berbeza bila berhadapan dengan aktiviti p &
p atau tugasan.
Cahaya! Cahaya bukan sahaja boleh menimbulkan "stress" pada mata kita sebagai orang
dewasa. Ada ketika jika cahaya terlalu terang atau malap, boleh mengakibatkan emosi kita
juga terganggu. Dengan itu, cuba kita fahami kanak-kanak khas. Berbeza dengan mereka,
kita sebagai orang dewasa berupaya mengawal emosi kita. Sebaliknya, kanak-kanak
terutamanya anak-anak khas hanya menunjukkan ketidak selesaan dengan ekpresi emosi,
tingkah laku dan kosentrasi. Lampu cahaya kalimantang atau cahaya di luar yang terlalu
terang misalnya boleh menganggu penglihatan mereka dan juga boleh datang bersama
dengan haba panas.

Faktor gangguan-gangguan di atas datang secara tidak lansung dan datangnya adalah
sesuatu yang agak mustahil untuk kita mengelaknya 100%. Apa yang boleh kita usahakan
ialah mengurangkannya atau meminimakan punca-punca gangguan tersebut. Menyediakan
sebuah kelas yang kondusif, dan lebih selesa untuk anak-anak khas ini perlu mengambil kira
keperluan serta praktikalnya "dekorasi" kelas tersebut untuk pergerakkan dan pembelajaran
secara lansung atau tidak lansung. Terlalu banyak perabot boleh menyekat luasnya
pergerakkan. Terlalu tersusun / disimpan rapi alat permaianan boleh menyekat kebebasan
dan peluang anak-anak khas ini menggunakan alat tersebut dan ini secara tidak lansung
menyekat kreativiti dan pembelajaran mereka melalaui bermain. TeaCha lebih suka anak-
anak TeaCha bebas menyentuh dan bermain dengan alat2/bbm yang ada. Melalui itu,
TeaCha boleh melihat sikap ingin tahu mereka, TeaCha boleh melihat samada mereka tahu
fungsi alat bbm tersebut dan juga cara untuk mendisiplinkan diri mereka untuk menyimpan
semula peralatan mengikut kategori selepas menggunakannya.

Ermmm.... Teacha ada mengumpul beberapa maklumat mengenai "setting" yang kondusif
dan praktikal ini untuk anak-anak kahs ini. Sebenar untuk mencari idea untuk transformasi
teratak kami juga... kalaulah tiada halangan dan jodoh TeaCha panjang di sini.....

Bila TeaCha melayari internet mencari rujukan ternyata, apa yang dalam fikiran TeaCha
tentang sebuah interior sebuah kelas untuk anak-anak khas adalah lebih kurang seperti
mana tip atau panduan yang diberikan oleh 'rujukan2' tersebut. Tidak perlu terlalu "sesak"
dan beberapa perabot/peralatan yang sepatutnya ada tapi tiada atau yang sepatutnya tiada
tapi ada.. ;-).

Jom! kita lihat tip2 berikut: - Sumber: Do 2 Learn (sila klik untuk ke web)
AK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham
percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua.
“ANAK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak
faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua.

“Namun apabila sepupunya yang tua setahun daripadanya datang ke rumah, banyak juga
perkataan keluar daripada mulutnya,” keluh seorang ibu bercerita mengenai anaknya.

Sebenarnya ada ramai kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap.
Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang
menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat.

Ibu bapa perlu tahu, perkembangan bahasa tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi
juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual.

Lewat bercakap boleh disebabkan beberapa masalah dengan:

 Kebolehan bercakap (ada masalah pada korda suara dan lidah)

 Kemasukan percakapan (masalah pendengaran)

 Pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)

Dua jenis masalah lambat bercakap ialah kelewatan ekspresif (kesusahan menggunakan
percakapan untuk meminta atau berinteraksi) atau kelewatan reseptif (sukar menafsir atau
memahami percakapan orang). Ada juga kanak-kanak yang mengalami gabungan kedua-dua
keadaan di atas.

Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan


bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual
(mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan
yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau
menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.

Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain,
kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa
perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota
badan atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan
reseptif.

Namun jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh
bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.

Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif hanya lambat


bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan pertuturan berlaku secara berperingkat.

Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi normal
dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan.
Malangnya sehingga kini tiada kaedah membezakan atau menentukan sama ada seseorang
kanak-kanak mengalami kelewatan tersusun yang boleh bertutur dengan peningkatan umur
dengan kanak-kanak yang memerlukan terapi.

Masalah pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat bercakap. Justeru, kanak-
kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu dibawa menjalani ujian pendengaran.

Jangan anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini menunjukkan tindak
balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau datang apabila dipanggil dari bilik
sebelah.

Punca lain kelewatan bercakap termasuk masalah membabitkan otak seperti terencat akal dan
autisme. Selain kelewatan ekspresif dan reseptif, perkembangan kemahiran bahasa visual
(mengenali objek, bertindak balas terhadap mimik muka, mematuhi arahan dengan
ditunjukkan pergerakan tangan) juga lambat.

Bagaimanapun, keadaan ‘berat mulut’, malas bercakap atau mempunyai ramai adik beradik
yang lebih banyak bercakap atau dibesarkan dalam keluarga bertutur dua bahasa tidak
menyebabkan masalah kelewatan bercakap.

Senarai di bawah adalah sebagai panduan terhadap perkembangan percakapan kanak-kanak.


Kanak-kanak yang menunjukkan pencapaian 75 peratus, perkembangan pertuturan mereka
boleh berlaku secara normal. Namun ini hanya panduan, dapatkan nasihat pakar kanak-kanak
jika anak anda tidak menunjukkan perkembangan seperti disenaraikan. Kelewatan bercakap
jika disebabkan kurang pendengaran perlu dikenal pasti seawal mungkin.

Perkembangan percakapan

 Bayi baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri
atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga
sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan
menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa
pada umur satu hingga 2½ bulan

 Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan

 Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)

 Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang
(contoh bababa, lalala)

 Enam hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar
(emak, ayah, tak)

 Lima hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak
hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya

 Enam hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan
pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia
memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi
sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan

 Tujuh hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah
dengan betul

 Sembilan hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan
(selain emak, ayah)

 10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang


dikehendakinya

 11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam
perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)

 14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan
pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia
seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam
anggota badan pada umur 22 bulan

 16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu


perkataan (jus, susu, lagi, banyak)
 18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat
mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’

 16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah


perkataan

 19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala


terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur
30 bulan

 24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang
jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan

 24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar

 26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah

 27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak
cawan di atas meja atau sebelah buku’

 29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek.


Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan
empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun

 Tiga tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang
bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada
umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu
menguasai 600 perkataan

Saringan pendengaran boleh dilakukan pakar kanak-kanak melalui satu ujian mudah
(audimetri) apabila mereka boleh memberi kerjasama (biasanya selepas umur empat tahun).
Kanak-kanak (dari dilahirkan hingga empat tahun) perlu berjumpa pakar pendengaran untuk
ujian selanjutnya.

Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada
masa sama kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar
terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.

Pada masa sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak dengan:
 Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya
untuk menunjuk atau menamakan objek

 Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau
tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan
bukan memberi arahan

 Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya

 Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi
memanjangkan ayat berkenaan

 Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk
anak menghabiskan ayatnya

 Jangan paksa anak bercakap.

erti yang Teacha nyatakan sebelum ini, tahun ini kelas Teacha ada seorang anak murid
Autisma yang sudah boleh membaca dalam Bahasa Malaysia mahupun dalam Bahasa
Inggeris. Bagaimanapun, banyaknya RM belum memahami ayat / perkataan yang
dibacanya.

Teacha pun serchinglah di internet. Mencari idea. Takkan kerana tidak ada dalam silibus
KSSRPK kemahiran membaca, TeaCha pun lepaskan peluang nak ajar RM membaca dan
memahami petikan. RM perlu di ambil peduli juga. TeaCha rancang dalam memodifikasikan
tingkah-lakunya dan kosentrasinya, TeaCha boleh menggunakan kaedah membaca ini secara
tidak lansung. Sebelum itu, TeaCha kena fikirkan perkara yang menarik minatnya dan juga
sekaligus membolehkan dia menyiapkan tugasan tersebut.
Kanak-kanak autisma juga boleh membaca dan perlu diajar membaca. Ada kenyataan
menyatakan sekalipun kanak-kanak tersebut mengalami masalah komunikasi teruk, kanak-
kanak tersebut boleh di ajar membaca. Dengan mengajarnya membaca, sebenarnya boleh
membantu secara tidak lansung boleh membantu kanak-kanak ini berkomunikasi. Dalam
mengajar kanak-kanak autisma ini membaca, kaedah yang digunakan adalah sedikit
berbeza. Pendekatan yang digunakan ialah pembelajaran visual dan perkataan berbentuk
arahan. Pendekatan ini boleh dilaksanakan di kelas mahupun di rumah.

Sebelum itu, perkara yang perlu disediakan ialah:


1. Kertas Board
2. Maker Pen
3. Bakul
4. Alat untuk bacaan
5. Alat tulis (untuk menulis dan melukis)
6. Kamera Digital
7. Buku Nota
PANDUAN 1.
Gantungkan beberapa kad perkataan pada dinding. Perkataan pada kad terdiri perkataan
yang telah di ketahui dan juga perkataan baru bagi mereka. Contohnya perkataan "lari', arah
anak tersebut gantungkan perkataan "lari" di sebelah perkataan "saya" (anggaplah perkataan
"saya" sudah difahami) sambil menyebut dan mengulang perkataan tersebut.
Jika perlu beberapa perkara boleh dilakukan mengikut keupayaan anak murid;
1. Arahkan anak murid melukis perbuatan "berlari" di sebelah kad perkataan "lari".
2. Arahkan anak murid melakukan perbuatan "belari"
3. Arahkan anak murid memadankan perkataan "lari" dengan kad imbas "berlari".
*** panjangkan / pelbagaikan ayat mengikut keperluan dan lakukan secara berulang.

PANDUAN 2.
Isi bakul atau baldi dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Bahan-
bahan ini bolehberkisar dari fiksyen dan buku non-fiksyen kanak-kanak, majalah alam, man
ual, brosurperjalanan, atau apa pun yang bergambar atau diagram. Pastikan juga
andamenyertakan bahan bacaan yang berkaitan dengan topik yang dipelajari dan juga
mampu menarik minat mereka.

PANDUAN 3.
Di satu bahagian di bilik, sediakan satu pusat menulis. Sediakan pelbagai jenis peralatan
menulis dan melukis dalam pusat tersebut seperti pen, pensel, marker, warna lilin, pensel
warna, chop dan papan menulis magnetic. Galakkan anak murid untuk sering menggunakan
peralatan tersebut walaupun kelihatan mereka tidak pun menulis sesuatu perkataan yang
dibacanya.

PANDUAN 4.
Hasilkan sebuah buku berdasarkan aktiviti yang dilakukan di dalam bilik darjah / rumah.
Gunakan kamera digital untuk mengambil gambar pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh
anak murid dan tampalkan gambar yang sudah dicetak di dalam buku nota yang disediakan.
Galakkan anak murid untuk "membaca" buku tersebut dengan menambah atau memberi
keterangan sendiri terhadap gambar yang dilihat. Atau biarkan meraka imlak keterangan
yakni guru/ibubapa menulis keterangan yang disebut anak murid dan kemudiannya baca
kan semula keterangan tersebut kepada mereka.

PANDUAN 5.
Bacakan kepada mereka sekerap mungkin. Jelaskan detail dalam gambar, dan mintamereka
untuk melakukan hal yang sama untuk memastikan bahawa mereka memahamiapa yang
anda baca.

**TIPS & !!AMARAN


** Fokus pada perkataan yang anak murid bermotovasi untuk belajar. Contohnya, jika
anakmurid suka belajar tentang bunga, membaca tentang bunga, tengok bunga, dan
galakkan mereka untuk mengimlakkan cerita bagaimana bunga tersebut membesar/tumbuh.

!! Meskipun kebanyakkan kanak-kanak belajar dengan baik dengan pendekatan


phonics, ini sebenarnya
jarang berlaku untuk anak autisma. Fokus pada pengajaranbahasa secara
keseluruhan sebagai gantinya. Jangan memaksa anak-
anak untukmembaca. Sebaliknya, sediakan mereka dengan persekitaran yang boleh
memotivasikan mereka untuk mahir dalam kemahiran membaca.

Pengenalan Pendidikan Khas"

1. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid


berkeperluankhas bermasalah pembelajaran, bermasalah
pendengaran dan bermasalahpenglihatan. la diwujudkan di
sekolah harian biasa rendah dan menengah dan
sekolahmenengah teknik/vokasional yang menggunakan
pendekatan pengajaran danpembelajaran secara pengasingan
dan separa inklusif1.1 Definisi Pendidikan KhasPendidikan khas
merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu
kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi,
tidak mencapai pertumbuhandan penyuburan biasa, hinggakan
mereka tidak mendapat faedah sepenuhnyadaripada rancangan
sekolah biasa(Chua,1982)Pendidikan Khas ialah subsistem dalam
sistem pendidikan, yang bertanggungjawabmengadakan
peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu
kanak-kanakdan belia yang bersifat luarbiasa.(Gearhart dan
Weishahn,1980) Page 1 Sekolah Khas bagi murid bermasalah
penglihatan dan bermasalah pendengaran.TAJUK 1 : ASAS
PENDIDIKAN KANAK-KANAK
BERMASALAHPEMBELAJARANTakrif Sekolah Khas Pendidikan
khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakanmelalui:
2. 2. Orang berminat mengkaji tentang pendidikan khas mungkin
kerana mereka mempunyaianak atau ahli keluarga yang
memerlukan perkhidmatan khas atau mereka inginmenjadi
sukarelawan membantu badan-badan terlibat dengan mendidikan
kanak-kanakberkeperluan khas atau mereka yang ingin menjadi
guru pendidikan khas di sekolahrendah atau menengah. Apakah
pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikankhas
adalah wajar kita meninjau beberapa definisi yang dikemukankan
oleh pakar-pakar dalam bidang:Hallahan dan Kauffman(2006):
Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan
yang disediakanuntuk memenuhi keperluan kanak-kanak
berkeperluan khas.Gargiulo (2003): Pendidikan khas merupakan
program pengajaran khusus yang direkabentuk bagi memenuhi
keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukanpenggunaan
bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.Friend
(2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk
khusus bagimemenuhi keperluan kanakkanak yang kurang
upaya.Pengajaran ini mungkindikelolakan dalam bilik darjah, di
rumah, di hospital atau institusi lain.Mansor (2005): Program
pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha
yangberterusan untuk menggalakkan perkembangan optima
seseorang sebagai seorangyang berkemahiran Page 2
3. 3. Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks MalaysiaPendekatan
Baru Definisi Kanak-Kanak Dengan Keperluan-Keperluan
Pendidikan Khasmenekankan kepada kebolehan, kefungsian,
kemahiran, perkembangan, penguasaandan pencapaian kanak-
kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan
(development skill). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi
yang menekankankecacatan dan ketidakbolehan (medical defict
model).Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran
tersebut berdasarkankepada peringkat-peringkat kebolehan
seseorang murid dan pelajar dengan keperluanpendidikan khas
seperti berikut :- kebolehan kognitif perkembangan tingkahlaku
sosial / perkembangan kemahiran sosial penguasaan bahasa
lisan / pertuturan penguasaan membaca kemahiran matematik
kemahiran pertumbuhan asas manusia kemahiran berdikari
kemahiran keusahawanan kebolehan penglihatan kebolehan
pendengaranKANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASDalam
Bahasa Ingerís istilah „kanak-kanak bekeperluan khas‟
dinamakan ‘children withexceptional needs’ atau secara ringkas
„exceptional children’. Pelbagai istilah lain telahdigunakan untuk
„kanak-kanak bekeperluan khas‟ dan antaranya ialah; kanak-
kanakistimewa (special children), kanak-kanak luar biasa, kanak-
kanak kurang upaya(children with disabilities), kanak-kanak
cacat (handicapped children), kanak-kanakabnormal (abnormal
children), kanak-kanak bermasalah (children with impairments)
dankanakkanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan Page
3
4. 4. Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri
daripada individu luarbiasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.
Terdapat kanak-kanak yang dilahirkantanpa boleh mendengar
apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan
tanpamempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya
termasuk muka ibu bapasendiri. Terdapat kanak-kanak yang
mengalami kesukaran memberi tumpuan ataumengala mi
kerencatan mental sejak dilahir. Secara umumnya, kanak-
kanakberkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal
dari segi ciri-ciri mental(pencapaian akademik), keupayaan deria
(melihat dan mendengar), keupayaanberkomunikasi (menulis dan
bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi(bercampur
gaul), dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri).
Walaupunistilah kurang upaya dan kecacatan digunakan sebagai
sama, kedua-dua istilah inimempunyai maksud yang berlainan. (a)
Kurang upaya [atau Bermasalah] (disability or disorder) berlaku
apabila sesuatu kekurangan menghad individu berkenaan
melakukan tugas harian atau kerja tertentu seperti berjalan kaki,
melihat, mendengar atau pun menyelesai masalah matematik
yang mudah seperti 10 + 5. Individu kurang upaya tidak cacat,
kecuali kekurangan itu membawa kepada masalah pembelajaran,
masalah peribadi, masalah bercampur gaul masalah melakukan
pekerjaan dan masalah-masalah lain (Heward, 2003). Contohnya,
seorang kanak-kanak yang lumpuh pada kedua-dua kakinya
tetapi boleh pergi ke sekolah menggunakan kerusi roda dan
belajar bersama pelajar lain tidak cacat.Istilah Definisi Kurang
upaya (disability) Kecacatan (handicap) Sesuatu
yangmenghalang seseorang melakukan kerja tertentu yang dapat
dilakukan oleh individunormal. Sesuatu kelemahan yang terdapat
pada seseorang akhibat daripada sesuatukekurangan yang
menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan
sebagaiseorang yang normal. Page 4
5. 5. (b) Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesuatu masalah
atau penghalang yang dihadapi oleh seorang kurang upaya
apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling. Sesuatu jenis
kecacatan mungkin menjadi masalah dalam suatu persekitaran
tetapi tidak menjadi penghalang dalam persekitaran yang
berlainan. Contohnya, seorang pelajar yang pekak mungkin
berasa tercacat kerana sukar bermain alat muzik dalam
pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya,
kanak-kanak yangsama tidak berasa tercacat ketika dalam
makmal sains.KLASIFIKASI KANAK-KANAK PENDIDIKAN
KHAS.Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia,
menggunakan klasifikasi yangdicadangkan oleh IDEA (1990) di
Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanak-
kanakberkeperluan khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13
kategori kurang upaya(disability). Untuk tujuan kursus ini, kanak-
kanak berkeperluan khas di kategorikankepada 8 kategori
sahaja. Untuk memudahkan perbincangan beberapa kategori
telahdicantumkan.(a) Kanak-kanak Kurang Upaya Pendengaran
atau Bermasalah PendengaranKanak-kanak kurang upaya
pendengaran terbahagi kepada beberapa kumpulanberdasarkan
tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan deria
pendengarandibezakan sama ada seseorang itu boleh mendengar
bunyi pada desibel (denganringkas dB yang merupakan ukuran
kekuatan bunyi) yang berlainan. Individu yanghanya boleh
mendengar bunyi antara 27 hingga 65 dB dikatakan sebagai
mengalamikesukaran pendengaran (hard of hearing) manakala
individu yang hanya bolehmendengar bunyi pada 90 dB dan ke
atas dikatakan sebagai pekak (deaf). Kehilanganderia
pendengaran boleh mempengaruhi pertuturan dan penguasaan
bahasa. Inisecara langsung akan memberi kesan ke atas
kebolehan membaca, Page 5
6. 6. perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca.
Penguasaan bahasa akanterjejas bagi kanak-kanak yang menjadi
pekak pada usia yang muda (sebelum 3 tahun).(b) Kanak-kanak
Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah PenglihatanKanak-
kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua
kumpulansahaja iaitu: (i) Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka
yang tidak dapat melihat apa-apa, termasuk objek atau sumber
cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan, pendengaran,
hidu, dan rasa. Mereka mengunakan tulisan braille. Mereka juga
perlu menggunakan tongkat putih apabila bergerak dari satu
tempat ke satu tempat. (ii) Kanak-kanak berpenglihatan terhad
atau rabun (low vision) mempunyai keupayaan melihat dan boleh
membaca, melihat muka orang lain, objek atau gambar setelah
diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta pembesar
dan lain-lain. Mereka perlu ditempatkan di bahagian hadapan
kelas dan dibantu dengan cahaya yang sesuai dan tulisan bersaiz
besar. Kurang upaya penglihatan atau bermasalah penglihatan
tidak mempengaruhi kapasiti intelek atau kebolehan untuk
belajar. Bagaimana pun kanak-kanak yang buta atau
berpenglihatan terhad memerlukan perkhidmatan pendidikan
khas untuk berjaya dalam pendidikan. Antaranya ialah bahan
dengan saiz huruf besar, bukubuku yang dirakam pada pita audio
atau cakera padat dan buku-buku Braille(c) Kurang Upaya Mental
atau Kerencatan MentalKurang upaya mental atau kerencatan
mental dikaitkan dengan individu yang tidakdapat belajar
secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat
sebaikmereka yang normal dan yang dan tidak dapat memahami
dengan jelas dan sukar Page 6
7. 7. untuk menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu
situasi kepada situasilain. Dengan perkataan lain kanak-kanak
kerencatan mental kecelaruan fungsianintelektual dan dua atau
lebih daripada kemahiran adaptif berikut: komunikasi, urus
diri,kemahiran hidup, kemahiran sosial, arahan kendiri, kesihatan
dan keselamatan,akademik, beriaya dah dan kerja. Kerencatan
mental lazim berpunca sebelum umur 18tahun(d) Kurang Upaya
FizikalKurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang
penyakit yang merosakkanotak, otot dan tulang belakang
seseorang. Terdapat beberapa jenis penyakitsedemikian.
Contohnya, kanak-kanak palsi serebral (cerebral palsy)
mengalamikesukaran mengerakkan kaki atau tangan atau leher
atau lebih daripada satu anggotabadan. Keadaan ini wujud
disebabkan kecederaan kepada otak yang mengawal fungsimotor
atau pergerakan. Keadaan ini bermula pada peringkat bayi dan
awalperkembangan seorang kanak-kanak. Lagi satu penyakit
yang membawa kepadakurang upaya fizikal ialah spina bifida
(spina bifida) yang menyerang dan merosakkantulang belakang
seseorang. Penyakit ini menyebabkan badan menjadi bengkok
danakhirnya lumpuh. Distropi otot (muscular dystrophy) ialah
sejenis penyakit yangmenyebabkan otot-otot skeletal menjadi
lemah. Kanak-kanak yang diserang penyakit inilama-kelamaan
dapati sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda
danramai di antara mereka meninggal dunia apabila sampai
remaja(e) Kurang Upaya Pertuturan atau BahasaMasalah bahasa
merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak
menguasaikemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima
komponen bahasa iaitu fonologi,morforlogi, sintaksis, semantik
dan aspek pragmatik. Kanak-kanak bermasalah
bahasamengalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut
sesuatu perkataan. Masalahberbahasa menyebabkan kanak-
kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak Page 7
8. 8. mahu bertindak balas atau menjawab soalan-soalan, memberi
penerangan atauarahan. Mereka akan terus mendiamkan diri
kecuali kalau dipaksa untuk menjawabsoalan. Kanak-kanak ini
akan mengambil masa yang lama untuk memahami
danmengeluarkan pendapat apabila bercakap(f) Kurang Upaya
PembelajaranKanak-kanak kurang upaya pembelajaran atau
bermasalah pembelajaran adalahkanak-kanak yang telah dikenal
pasti sebagai mengalami kecacatan yang
mengganggupembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak
yang mempunyai keupayaanmental yang rendah dan
pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Kecacatan
yangdialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku
sosial, penguasaan bahasalisan dan pertuturan, penguasaan
membaca, kemahiran dan kemahiran matematik.Masalah
pembelajaran dianggap berpunca daripadaketidakfungsian sistem
saraf pusat.(g) Gangguan EmosiEmosi bermaksud perasaan pada
jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira dansebagainya.
Emosi berpunca daripada mental seseorang dan wujud
bergantungkepada keadaan tertentu. Sesetengah kanak-kanak
tidak menunjukkan emosi kanak-kanak lain pula emosi
dipamerkan melalui sesuatu tingkah laku. Gangguan
emosimempengaruhi keupayaan untuk belajar, kesukaran
membina dan mengekalkanhubungan interpersonal yang baik
dengan rakan sebaya dan guru dan mudah merasaisedih. Kanak-
kanak yang mengalami gangguan emosi mempamerkan tingkah
lakuluaran seperti kerap berjalan dalam kelas,
menjerit,mengacau pelajar lain dan sebagainya; dan tingkah laku
dalaman seperti memencilkandiri, berkhayalan dan sebagainya.
Page 8
9. 9. (h) Pintar CerdasPelajar pintar cerdas dan berbakat tidak
hanya terdiri daripada mereka yangmempunyai pencapaian
akademik yang tinggi tetapi mereka yang mempunyai
dayaimaginasi yang luas, kebolehan untuk mengemukakan idea-
idea yang unik, kepintaranmemimpin, mempunyai bakat dalam
bidang seni dan muzik. Kadang-kala, pelajar inidisalah sangka
oleh guru sebagai pelajar nakal kerana suka mengganggu pelajar
lainatau pun tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
Mereka mudah merasabosan kerana apa yang diajar telah mereka
fahami. Mereka sebenarnya suka aktiviti-aktiviti yang lebih
kompleks dan mencabar .Ringkasnya, kanak-kanak yang
dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan di atasmemilikiciri-ciri
umum tertentu yang dikongsi oleh kanak-kanak dalam kumpulan
yangsama.Contohnya, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai
bermasalah pendengaranberkongsiciri-ciri ketidakupayaan
mendengar bunyi dan menghadapi masalah
bertutur.Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa ciri-ciri ini
hanya wujud dari segi teori sahajakerana setiap individu adalah
tidak sama dan berbeza. Dalam keadaan sebenar, kanak-kanak
yang dikategorikan sebagai pekak tidak semua mempunyai tahap
kepekakanyang sama atau ketidakupayaan menghasilkan bahasa
pertuturan yang sama. Ada dikalangan kanak-kanak ini yang
boleh mendengar sedikit dan boleh bertutur. Begitu jugadengan
kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan yang lain.
Mereka mungkinmemiliki persamaan dari segi ciri-ciri umum
tetapi tidak sama dari segi ciri-ciri khusus.Memahami persamaan
dan perbezaan ciri-ciri umum dan khusus ini amat penting
bagiguru pendidikan khas. Kanak-kanak dalam sesuatu kategori
berbeza dan mempunyaipotensi diri yang berbeza. Oleh itu, guru
seharusnya member layanan yang berbezakepada setiap kanak-
kanak dalam sesuatu kumpulan atau kategori. Page 9
10. 10. 1.2 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI
MALAYSIAPendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal
tahun 1920-an di kalangansukarelawan yang membuka sekolah-
sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurangupaya penglihatan
dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting
dalamperkembangan pendidikan khas.Di Malaysia pendidikan
khas formal bermula pada tahun 1948 dengan
tertubuhnyaSekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth
di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah
Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan diPulau Pinang
untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar
“lembam”(lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis
dan mengira pada tahapumurnya) bermula pada tahun 1978.
Manakala program untuk kanak-kanak„Bermasalah Pembelajaran‟
baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama
kaliKementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah
Kebangsaan Jalan Batu,Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa
perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpukepada
kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah
pembelajaran.PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARASeperti juga
di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan
pendidikan khas dibarat, khususnya di Britain dan di Amerika
tidak begitu mendapat perhatian. Namun,berbanding di Malaysia
perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih cepatdan
maju. Perbincangan seterusnya difokuskan di Britain dan Amerika
supaya andadapat membandingkan perkembangan dan
pembangunannya dengan apa yang berlakudi Malaysia. Di
Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula
apabilaAkta Pendidikan 1996 diwartakan dan di Amerika apabila
Public Law 1975diperkenalkan. Manakala di Britain pengumuman
Warnock Report 1978 merancakkanperkembangan pendidikan
khas. Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih kurang20
tahun lebih awal daripada Malaysia yang kesannya amat besar
dari aspekpertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan
dalam pendidikan khas. Dalam halini, selain daripada kesedaran
masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan undang- Page 10
11. 11. undang atau polisi pemerintah merupakan penggerak
utama untuk membangunkanpendidikan khas. Sebagai
perbandingan, kita akan teliti secara umum perkembangandan
pembangunan pendidikan khas di Amerika dan di
Britain.Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat.Pada
29 Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat
meluluskanPublic Law 94-142 yang dahulunya dikenali sebagai
Akta Pendidikan untuk SemuaKanak-Kanak Cacat (Education for
All Handicapped Children Act). Undang-undang inimenjamin
bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga 21 tahun akan
menerimapendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa
boleh tidak menghalangperkembangan intelek mereka. Undang-
Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika
Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa
tempatanmelindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-
kanak dan belia yang kurangupaya serta keluarga mereka.
Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurangupaya
dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau
biasa. Bagaimanapun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak
itu melampaui dan didapati dia tidakakan maju dalam kelas
biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap
sekolahdisediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas.Pada
tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan
diperluaskan. Kini ia panggilAkta Pendidikan Individu Kurang
Upaya (Individuals with Disabilities Education Act,Public Law 94-
476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA. Undang-undang
inmenunjukkan betapa penting hak orang kurang upaya
dilindungi. Antara yangditekankan ialah: Penyediaan pendidikan
percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai
kepadakanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and
appropriate public education). Halini bermakna tidak ada
sebarang bayaran dikenakan ke atas kanakkanak khas
terhadappersekolahan mereka. Semuanya dibiayai oleh kerajaan
yang mendapat hasil daripada Page 11
12. 12. sistem percukaian negara, yang kemudiannya
disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak ini.Pendidikan bagi
kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang
tidakmenghalangkan mereka untuk berkembang (Educate
children in the least restrictiveenvironment). Hal ini membawa
pengertian bahawa tidak ada pengasingan sama adadalam
bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas.
Kanakkanakkhas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan
di dalam kelas kanakkanak biasa.Pendidikan bercorak sebegini
dikenali sebagai “pendidikan inklusif”Kanak-kanak khas
dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi
dalampenilaian pendidikan (Protection against discrimination in
testing). Penilaian pendidikandilaksanakan dalam pelbagai cara.
Namun dengan terlaksananya undang-undang ini,penilaian ke
atas kanak-kanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang
ada padakanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan
kecacatan atau kekuranganmereka.Penglibatan ibu bapa dalam
merancang dan menentukan perkembangan pendidikansetiap
murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang
mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam
merancang dan menentukan perkembanganpendidikan untuk
anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum
ini.Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid
khas, iaitu gurupendidikan khas dikehendaki menyediakan
rancangan pendidikan individu bagi setiapmurid khas dengan
mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi membolehkan
gurumerancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas
dalam satu-satu jangka masatertentu semasa kanak-kanak khas
ini bersekolah dengan mengambil kira potensi dankekurangan
seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini konsep „kolaboratif ‟
dalampendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana
pelbagai pihak seperti ibu bapa,kaunselor dan guru, terlibat sama
dalam merancang pendidikan murid-murid khas.Sebelum IDEA,
ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang
pendidikan Page 12
13. 13. Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada
lima kanak-kanak kurang upayaberpeluang pergi ke sekolah.
Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika Syarikatmempunyai
undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak,
buta,kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah
biasa. Oleh kerana IDEA,kini program intervensi awal disediakan
untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanakkurang upaya dan pada
tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-
kanak dan belia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan
lain bagi memenuhikeperluan mereka. Lebih ramai pelajar kurang
upaya menghadiri sekolah di kawasanperumahan masing masing
yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurangupaya
yang belajar dalam kelas atau bangunan terasing telah
berkurangan dan kinibelajar bersama dengan pelajar lain. IDEA
dilihat sebagai satu pembaharuan yangmana pendidikan untuk
kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang
lebihkhusus. Melalui akta ini juga konsep „pendidikan untuk
semua‟ dan „pendemokrasianpendidikan‟ diperkemaskan dan ibu
bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkansama dalam
perancangan keperluan pendidikan anak-anak mereka. Di
samping itukonsep „kolaborasi‟ dalam pendidikan yang
membabitkan pihak dalam pelbagaikepakaran disepadukan untuk
kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluankhas. Akta ini
juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas
disesetengah negara lain.Perkembangan Pendidikan Khas di
BritianPada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-
kanak Cacat Warnockditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula
pendidikan khas di Britain. LaporanWarnock yang diumumkan
pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan
danpembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun
cadangan-cadangan yangdikemukan dalam laporan itu tidak
dilaksanakan serta merta tetapi laporan Warnockdijadikan asas
dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan-cadangan
yangdikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-
tahun berikutnya. Page 13
14. 14. Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep
pendidikan untuk kanak-kanakberkeperluan khas adalah
berasaskan kepada „pengasingan‟ iaitu kanak-kanakberkeperluan
khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang
merekadaripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini
menekankan kepada konseppercampuran antara kanak-kanak
berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yangdikenali
sebagai „integerasi‟ atau „inklusif‟ diperluaskan. Konsep
integrasi atau inklusifmenekankan bahawa kanak-kanak
berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harianbiasa dan
berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini
dilaksanakan dandiamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga
dijadikan panduan kepada negara-negaralain dalam
melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula
meletakkankepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan
pendidikan khas. Manakala AktaKanak-kanak 1989 (Children’s
Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikankhas melalui
dua perubahan yang ditekankan.Pertama, amalan membuat
diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yangsebelum
ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep
„koloboratif‟iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang
terlibat dalam pendidikan khasmengikut kepakaran dan
keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan
membuatdiagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan
ahli patologi bahasa membuatpenilaian terhadap keupayaan
berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apayang
jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan
pelbagai kepakarandalam menentukan pendidikan kanak-kanak
berkeperluan khas.Keduanya, konsep „pengasingan‟ tempat
belajar kanak-kanak berkeperluan khasdiganti dengan konsep
integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan
khasbelajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah
dan kelas yang sama.Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan
Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telahmengambil kira cadangan-
cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apayang
berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan
kesedaranmasyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh
kerajaan terhadap pendidikankanak-kanak berkeperluan khas di
Britain. Page 14
15. 15. 1.3 AKTA,PERATURAN DAN PEKELILING.Dalam
Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak
bagisetiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan
semula dalamPersidangan Dunia bertemakan „Pendidikan Untuk
Semua‟ di Jomtien, Thailandyang menekankan: Keperluan-
keperluan pembelajaran untuk orang kurang upayamenuntut
perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk
menyediakanpersamaan akses kepada pendidikan untuk semua
kategori orang kurang upayasebagai bahagian yang sepadu
dalam sistem pendidikan. [Terjemahan]2. Pada
tahun1959,Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah
mengisytiharkan Hak Kanak-KanakSedunia dan antara yang
ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu merekaberhak
mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut
kecacatan yangdialami serta peluang menjadi seberapa normal
yang mungkin . Dasar mengenaipendidikan khas di Malaysia
dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian
I(Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; “sekolah khas bermakna
sekolah yangmenyediakan layanan pendidikan yang khas untuk
muridmurid yang kurang upaya”.Laporan Jawatankuasa Kabinet
(1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaranmelalui
Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada
satupenekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada
perkembangan Pendidikan Khas diMalaysia. Perakuan ini
menyebut;Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan
seharusnya bertanggungjawab terhadappendidikan kanak-kanak
cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih
Page 15
16. 16. sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-
pihak persatuan yangmengendalikannya pada masa ini. Di
samping itu penyertaan oleh badan-badansukarela dalam
memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus
digalakkan.Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan
telah bersidang pada 30 Jun1981 dan memutuskan penubuhan
sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untukmengkaji dan
menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak
kurangupaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain
daripada Kementerian Pendidikanialah Kementerian Kesihatan,
Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini
KementerianPembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
dan Kementerian Buruh.Pada amnya, Jawatankuasa ini
menetapkan: Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap
pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah
pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran
(terencat akal) yang boleh dididik. Tanggungjawab Kementerian
Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak- kanak yang
kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana serta kanak-kanak
spastik.. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal
pasti di peringkat awaldan menyaring kanak-kanak yang
dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran1961 disemak
semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab
khususmengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta
tersebut yang menyarankanbahawa: Seksyen 40 and seksyen 41
dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihaksebagai „era baru ‟
dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan
dikehendakimembuka kelas jika ada permintaan daripada
masyarakat. Akta ini jugamemperuntukan kuasa kepada Menteri
untuk menentukan tempoh persekolahan dankandungan
kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa
ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah
sehingga mereka berumur 19 tahun. Page 16
17. 17. 41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri
boleh melalui peraturan- peraturan menetapkan: (a) Tempoh
pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan
murid yang menerima pendidikan khas; (b) Kurikulum yang
hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas; (c)
Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah
yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah
khas; dan (d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri
suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah
mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di
bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah
atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat. AKTA
ORANG CACAT 2002BAHAGIAN 2. PENDIDIKAN1. Setiap kanak-
kanak yang mempunyai apa jua jenis atau tahap kecacatan
harusmenerima pendidikan percuma dalam suasana yang
bersesuaian sehingga umur lapanbelas tahun.2. Pendidikan bagi
orang kurang upaya harus termasuk ke dalam
perancanganpendidikan kebangsaan, perkembangan kurikulum
serta organisasi sekolah.3. Pihak berkenaan harus berusaha
mengalakkan mengintegrasikan pelajar kurang upayake dalam
sekolah biasa.Untuk memasukkan kemudahan pendidikan bagi
pelajar kurang upaya ke dalam sekolahbiasa, pihak berkenaan
harus - Page 17
18. 18. (a) mengadakan polisi yang jelas, dihayati dan diterima
di peringkat sekolah dan masyarakat umum; (b) membenarkan
kelonggaran kurikulum, serta tambahan dan adaptasi; (c)
menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan mudah
didapati, latihan perguruan yang berterusan dan guru
penyokong.4. Pendidikan khas boleh dipertimbangkan di mana
sekolah biasa belum mempunyaikemudahan yang diperlukan atau
bila mana pendidikan khas dianggap paling sesuai bagipelajar
kurang upaya berkenaan. Ia harus bertujuan menyediakan pelajar
untuk dididiksekolah biasa. Kualiti pendidikan harus
menggambarkan piawaian serta aspirasi samaseperti pendidikan
biasa dan harus berkaitan dengannya. Secara minimum,
pelajarkurang upaya harus diberi pengagihan sumber pendidikan
sama seperti yang diberikepada mereka yang bukan cacat.5.
Untuk memastikan pendidikan berkualiti dapaat dinikmati semua,
tumpuan khas harusdiberikan kepada bidang seperti kurikulum,
program pendidikan, kaedah pengajaran danperkhidmatan
sokongan: 5.1 Bagi mereka yang cacat penglihatan, di peringkat
tadika dan sekolahrendah, kurikulum yang diubahsuai yang
merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada,latihan sensori,
kemahiran hidup seharian, cara khas membaca dan menulis
brel,orientasi dan pergerakan, pengetahuan asas dalam bidang
komputer yangmempunyai perisian pembaca skrin, matematik,
muzik dan sukan.Persediaan untuk mainstreaming harus
diuruskan pada tahap awal persekolahandi peringkat sekolah
rendah untuk memastikan kanak-kanak cacat penglihatanseperti
kanak-kanak kurang upaya yang lain, kecuali mungkin mereka
yangterencat akal, diberi pendidikan bersama rakan sebaya yang
tidak cacat ke tahapyang setinggi-tingginya. Di sekolah
menengah dan institusi pengajian tinggi,mereka akan
diintegrasikan bersaama pelajar lain dan mengikuti kurikulum
yang Page 18
19. 19. sama. Pelajar yang cacat penglihatan di peringkat ini
akan diberi perkhidmatansokongan seperti bahan bacaan dalm
bentuk brel atau audio, kelengkapan brel,alat pembaca, komputer
yang dilengkapkan dengan kemudahan khas, alatkelengkapan
bagi mereka yang kurang penglihatan, orientasi dan
pergerakan,kaunseling, dan guru sumber (di sekolah menengah)
5.2 .Bagi mereka yang cacat pendengaran, kurikulum
yangdiubahsuai akan menitiberatkan kepada perkembangan
komunikasi dan bahasayang sesuai dengan keperluan pelajar.
Kurikulum akan merangkumi cara khasuntuk mengajar
pertuturan, memahami pertuturan, latihan pendengaran dan
rentakmenggunakan komunikasi keseluruhan, pelbagai sensori
serta pendekatan yanglain. Mereka akan diirujukan kepada staf
sokongan seperti jurubahasa isyarat,otologist, audiologist, pakar
pemulihan pertuturan, jurulatih auditori dan yang lainseperti
diperlukan.Berdasarkan keperluan khas bagi mereka yang pekak
atau pekak-buta, pendidikanbersesuaian boleh dikendalikan di
sekolah khas atau pun di kelas atau unit khas disekolah biasa.
5.3.Bagi mereka yang mengalami kecacatan otopedik,
pendidikanberkualiti akan diberi sama seperti untuk mereka di
sekolah biasa, dan merekaakan dibenarkan menghadiri kelas di
tingkat bawah bangunan sekolah di manaboleh. Penjadualan
kelas serta pertimbangan lain akan dibuat bersesuaian
dengankeperluan pendidikan mereka. Usaha akan dibuat supaya
bangunan sekolah danmaktab tidak mempunyai sebarang
halangan bersifat pembinaan. 5.4 Bagi mereka yang terencat
akal, kurikulum yang diubahsuaiakan menitikberatkan latihan
megurus diri, sosialisasi, kemahiran hidup seharianyang
berdasarkan pergerkan, pra-vokesyenal dan vokesyenal. Bagi
mereka yangterencat akal yang teruk, tumpuan akan diberi
kepada peningkatan kemahiranpenjagaan diri. Page 19
20. 20. 5.5 Bagi mereka yang mempunyai masalah perlakuan
sepertiautisma, mereka yang bermasalah pembelajaran dan
mereka yang mempunyaikecacatan pelbagai, kurikulum yang
diubahsuai akan merangkumi aktiviti sertateknik penyampaian
bagi menormalisasikan perlakuan dan juga
kemahiranberdasarkan fungsi serta akademik untuk
mengintegrasikan mereka ke dalammasyarakat. 5.6 Pihak
berkuasa berkenaan akan memulakan atau
menyebabkanbermulanya penyelidikan yang bertujuan mereka
bentuk dan menyediakan alat bantuan,alat bantuan pengajaran,
kelengkapan khas pengajaran atau apa sahaja peralatan
yangdiperlukan untuk memberi peluang pendidikan yang sama
rata kepada kanak-kanakkurang upaya. 5.7 Pihak berkuasa
berkenaan akan menubuhkan insitusi latihanperguruan yang
secukupnya di samping memberi sokongan kepada badan
bukankerajaan untuk mengadakan rancangan pendidikan
perguruan dengan pengkhususandalam bidang mengajar pelajar
kurang upaya supaya tenaga pengajar yang terlatih
dapatdisalurkan ke sekolah khas dan sekolah berintergrasi bagi
kanak-kanak kurang upaya. 5.8 Dengan tidak prejudis kepada
peruntukan di atas, pihak berkuasaberkenaan akan menyediakan
skim pendidikan yang komprehensif yang
merangkumipelaksanaan rancangan pendidikan individu bagi
setiap kanak-kanak kurang upaya disekolah;-kemudahan
pengangkutan bagi kanak-kank kurang upaya atau
bantuankewangan kepada ibu bapa atau penjaga utnuk
membolehkan anak kurang upayamereka menghadiri sekolah;-
memberikan secara percuma buku serta alat kelengkapan khas
yang diperlukanbagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya; Page
20
21. 21. -biasiswa bagi pelajar kurang upaya;-mengadakan
saluran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu
bapadalam menempatkan kanak-kanak mereka dalam
sekolah.BAHAGIAN 3. PEKERJAAN1. Pihak berkuasa berkenaan
akan mengendalikan projek untuk menggalakkanpenggajian
orang kurang upaya, dengan:-mewujudkan peluang pekerjaan dan
mengadakan kerja yang bersesuaian untukorang kurang upaya-
langkah untuk mereka bentuk serta mengubahsuai tempat kerja
supaya memberikemudahan akses kepada mereka yang
mempunyai kecacatan yang berbeza.-menyokong kegunaan
teknologi baru serta mengeluarkan alat bantuan, danperalatan
serta mengambil langkah untuk memberi kemudahan kepada
orangkurang upaya menggunakan peralatan tersebut untuk
mencari kerja-menyediakan latihan dan penempatan dalam
pekerjaan yang bersesuaian sertasokongan berterusan seperti
kemudahan bantuan peribadi dan jurubahasa isyarat;- kempen
kesedaran awam bertujuan menghapuskan sikap negatif
sertakecurigaan terhadap orang kurang upaya- langkah untuk
meningkatkan keadaan persekitaran kerja untuk
mengelakkankecederaan semasa bekerja dan juga menyediakan
kemudahan pemulihan bagimereka yang mengalami kecederaan
sewaktu bekerja. Page 21
22. 22. 2. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal dasar-
dasar berikut untuk memastikanpeluang pekjaan bagi orang
kurang upaya:-sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor awam
dikhaskan bagi orang kurangupaya-sebanyak satu peratus
pekerjaan di sektor swasta dikhaskan bagi orang kurangupaya-
insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak
kurang daripada5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh
berterusan sekurang-kurangnya 12bulan, serta insentif khas bagi
majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratuspekerja kurang
upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan;-
Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi
pekerja kurangupaya mereka atau untuk membuat
pengubahsuaian pada tempat kerja bagimereka.3. Pihak
berkuasa berkenaan akan menggubal skim berikut bagi
mengalakkankeusahawanan dan pekerjaan sendiri di kalangan
orang kurang upaya: · bantuan kewangan bagi perniagaan kecil
yang dimiliki sendiri oleh orang kurang upaya; · pinjaman bagi
modal; · tapak perniagaan yang sesuai bagi orang kurang upaya; ·
kontrak serta hak pengeluaran yang dikhaskan bagi orang kurang
upaya; · agensi yang khas untuk memasarkan hasil keluaran
orang kurang upaya. Page 22
23. 23. BAHAGIAN 4. PEMULIHAN1. Pihak berkuasa berkenaan
akan mengadakan atau menyokong penubuhan
programpemulihan di peringkat kebangsaan bagi orang kurang
upaya yang mengalami berbagaijenis kecacatan. Program
tersebut harus berdasarkan keperluan sebenar orang
kurangupaya dan atas prinsip penyertaan penuh dan penyamaan
peluang.2. Program pemulihan akan merangkumi, tetapi tidak
dihadkan kepada, latihan kemahiranasas bagi meningkatkan atau
menampung sesuatu fungsi yang terjejas,
perkhidmatankaunseling kepada orang kurang upaya serta
keluarga mereka, menggalakkan sifatberdikari, serta
perkhidmatan tidak berkala seperti penilaian dan bimbingan.3.
Perkhidmatan pemulihan tersebut akan dibka kepada semua
orang kurang upaya,termasuk mereka yang mengalami
kecacatan yang teruk atau pelbagai.BAHAGIAN 5.
AKSESIBILITI1. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal polisi
untuk menyediakan kemudahanakses di persekitaran serta
memberi akses kepada maklumat dan komunikasi bagi
orangkurang upaya.2. Kerajaan tempatan akan memastikan
bahawa pencapaian persekitaran tanpahalangan, melalui
pelaksanaan undang-Undang Kecil Bangunan, akan memberi
orangkurang upaya kemudahan bergerak di tempat awam dan
bangunan kepunyaan pihakswasta.3. Pihak berkuasa berkenaan
akan menyediakan peruntukan kewangan untukmenyediakan
kemudahan bagi orang kurang upaya di bangunan kerajaan serta
tempatlain yang berkaitan.4. Pihak berkuasa akan mengadakan
program komprehensif untuk membantu orangkurang upaya
menggunakan kemudahan pengangkutan. Page 23
24. 24. 5. Pihak berkuasa akan mengadakan rancangan untuk
memastikan maklumat sertadokumentasi mudah diakses oleh
semua golongan orang kurang upaya. Brel,perkhidmatan
rakaman, cetakan besar serta teknologi bersesuaian yang lain
harusdigunakan untuk memberi akses kepada maklumat bersifat
peruturan bagi mereka yangcacat pendengaran.6. Sebagai
langkah untuk memudahkan komunkasi antara orang pekak dan
yang lain,perkhidmatan alih bahasa isyarat akan disediakan di
tempat-tempat utama seperti institusipendidikan dan pusat
perubatan manakala perkhidmatan telekomunkasi terkini
sepertikamera web, persidangan video dan perkhidmatan
telekomunikasi penyiaran harusdiadakan.7. Pihak berkuasa
berkenaan akan menggubal garis panduan bagi media
terutamanyatelevisyen, radio dan akhbar, dan pembekal
perkhidmatan telekomunikasi harusmemastikan perkhidmatan itu
boleh diakses oleh oran kurang upaya.8. Persatuan orang kurang
upaya akan dihubungi apabila, (a) menggubal piawaian serta
amalan bagi kemudahan akses kepada alam persekitaran; (b)
mengambil langkah untuk memastikan perkhidmatan maklumat
mudah diakses;BAHAGIAN 6. PERKHIDMATAN SOKONGAN1.
Pihak bekuasa berkenaan akan mengadakan perhubungan
berkala dengan persatuanorang kurang upaya untuk memastikan
penyertaan mereka dalam pembangunan
dasarkerajaan.Persatuan orang kurag upaya akan mempunyai
peranan mengenalpasti keperluan sertakeutamaan, menyertai
dalam perancangan, implimentasi dan pematauan perkhidmatan
Page 24
25. 25. tindakan berkenaan khidupan orang kurang upaya, dan
menyumbang tehadap kesedaranawam dan untuk menggalakkan
perubahan.2. Pihak berkuasa bekenaan harus menjemput
persatuan orang kurang upaya memberipandangan mereka dan
mengambil keputusan dalam perancangan program
yangberkaitan dengan orang kurang upaya atau yang melibatkan
kedudukan sosial daneonomi mereka.3. Pihak berkuasa
berkenaan akan, dalam jangka masa tertentu, mengumpul
statistikberdasarkan jantina atau maklumat lain mengenai
keadaan kehidupan orang kurangupaya. Pengumpulan statistik
sedemikian boleh dilakukan semasa banci penduduk danbanci
seisi rumah, dan dikendalikan dengan kerjasama, antara lain,
universiti, institusipenyelidikan dan persatuan orang kurang
upaya.4. Pihak berkuasa berkenaan harus menyokong dari segi
kewangan atau dengan caralain, perkembangan, pengeluaran,
penyibaran dan penyelenggaraan alat bantuan sertaalat
kelengkapan serta penyibaran maklumat mengenainya.5. Pihak
berkuasa harus menyokong, dengan bantuan kewangan atau
selainnya,perkembangan dan penyediaan program pembantu
peribadi dan perkhidmatan alihbahasa, terutamanya bagi mereka
yang mengalami kecacatan teruk atau pelbagai.BAHAGIAN 7.
KESELAMATAN SOSIAL1. Pihak berkuasa berkenaan akan
memastikan bahawa pemberian bantuan pendapatankepada
orang kurang upaya yang, oleh kerana kecacatannya atau faktor
yang berkaitandengan kecacatannya, telah kehilangan
pendapatan untuk sementara waktu ataumenerima pendapatan
yang berkurangan atau tidak diberi peluang pekerjaan.2.
Rancangan keselamatan sosial juga harus memberi insentif
kepada orang kurangupaya untuk mencari pekerjaan supaya
mereka boleh memperolehi pendapatan.3. Orang kurang upaya
dan keluarga mereka harus dimaklumkan tentang langkah Page
25
26. 26. pencegahan terhadap penderaan seksual dan juga
penderaan yang lain. Orang kurangupaya mudah jadi mangsa
kepada penderaan oleh keluarga, komuniti atau institusi
danmereka harus dimaklumkan bagaimana mengelakkan
berlakunya penderaan, menyedariapabila berlakunya penderaan
dan melaporkan perkara sedemikian. 1.4 FAKTOR-FAKTOR YANG
MENYEBABKAN BERLAKUNYA MASALAH PEMBELAJARAN.
Pendapat orang ramai sesetenganya menyatakan bahawa
kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran, mungkin mengalami sedikit kerencatan mental
kerana tahap kognitif,jasmani,emosi dan afektifnya yang terlalu
rendah dan terlampau tidak munasabah dengan tahap
perkembangan serta pertumbuhannya. Kebanyakan pakar
perubatan berpendapat bahawa kanak-kanak yang mengalami
masalah pembelajaran mungkin berpunca daripada beberapa
faktor seperti yang telah disenaraikan dibawah ini KECEDERAAN
OTAK. Sebelum kelahiran. Pelbagai kecederaan atau kecacatan
janin boleh berlaku kepada kanak-kanak ketika berada di dalam
kandungan ibunya. Semasa mengandung, jika ibunya mengalami
demam yang teruk atau dijangkiti rubella,herpes simplex,
toxoplasmosis, chicken pox, cytomegalovirus ( CMV ) dan AIDS,
maka keputusan untuk mendapat kecederaan otak amat tinggi.
Pendedahan kepada bahan-bahan toksik seperti minuman
keras,tabiat merokok dan penyalahgunaan dadah boleh
merencatkan pertumbuhan organ-organ penting janin seperti
otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.kekurangan zat
pemakanan dan mengambil makanan yang tidak seimbang
seperti asid folik dan vitamin boleh menjejaskan pertumbuhan
janin.. Page 26
27. 27. Kekerapan serangan sawan semasa mengandung,
menjadi salah satu puncakerencatan mental kerana dos ubat
antisawan dalam darah perlu diambil sekiranyaserangan semakin
kerap. Secara keseluruhan, risiko untuk mendapat bayi yang
cacatdalam populasi adalah sekitar 2-3%, tetapi dengan penyakit
sawan, nilai ini bertambahmenjadi sekitar 6-8%. Risiko ini juga
berkait dengan jenis ubat antisawan yangdigunakan. Di antara
jenis-jenis lazim kecacatan bayi adalah seperti:1. Sumbing bibir
serta lelangit pada mulut.2. Keabnormalan tiub neural, contohnya
spina bifida.3. Bayi yang rendah berat kelahirannya4. Kepala
kecil5. Ketandusan dari segi tumbesaran serta
perkembangandarah8. Masalah sawan pada masa hadapan.9.
Terencat mental10. Masalah pembekuan darah.Semasa
kelahiran.Risiko seseorang kanak-kanak untuk menjadi cacat
semasa dilahirkan mungkin jugaberpunca daripada kelahiran
yang tidak cukup bulan,berat badan kurang daripada 2.5kg , bayi
yang lemas dan tertelan najis semasa dalam kandungan, mungkin
mengalamikecacatan mental selepas dilahirkan. Begitu juga
kanak-kanak yang menghidappenyakit kuning
( jaundis ).Kandungan bilirubin yang tinggi boleh merosakkan
otak.Kanak-kanak juga boleh mengalami kecacatan otak kerana
kekurangan oksigensemasa dilahirkan atau terlambat lahir dalam
tempoh masa yang ditetapkan, lantaranitu para doktor terpaksa
menggunakan alat perubatan alternative seperti
penggunaanvakum dan forsep Page 27
28. 28. Lebih 90% bayi dilahirkan dalam kedudukan normal
iaitukepala keluar dahulu. hanyasebilangan kecil mungkin
berkedudukan luar biasa sama ada songsang (breech)
ataumelintang (tranverse lie).Hanya sebilangan kecil sahaja yang
berkedudukan luar biasasehingga saat tiba untuk dilahirkan. bayi
songsang akan menyebabkan punggung ataukaki keluar dahulu.
Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkan otak dan saraf
bayiakibat kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada
kematian.Punca Bayi SongsangIni merupakan satu petanda
bahawa bayi yang dilahirkan ini tidak cukup bulan atau
pramatang. Oleh itu tarikh akhir putaran haid ibu perlu disemak
semula. Jika semua benar,bayi masih juga berkedudukan luar
biasa ini bermakna bayi mengalami kecacatanseperti saiz kepala
melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Ia
bolehdikenal pasti melalui ujian ultrasound atau x-ray. Songsang
juga dikaitkan denganfaktor kandungan air dalam rahim
berlebihan (polihidramnion) atau
berkurangan(oligohidramnios)Selepas kelahiran.Kadangkala
kanak-kanak mengalami asphysia sewaktu dilahirkan,iaitu
masalahkesukaran bernafas seperti penyakit asma yang
menyebabkan oksigen tidak sampaike otak. Kanak-kanak juga
boleh mengalami gegaran otak yang serius, akibat
pernahdigoncang dengan kuat ( shaken baby syndrome ) semasa
bayi atau kerap jatuhdaripada buaian atau tempat tinggi.
Kemalangan jalan raya turut menyumbang kepadakecederaan
otak ,kesan hentakan yang kuat pada bahagian kepala. Penyakit
lainseperti demam panas yang terlampau tinggi, ketumbuhan
pada otak dan jangkitankuman seperti enchepalitis dan
meningitis juga boleh menyebabkan kanak-kanakmenjadi lembam
dan lambat pertumbuhan mental dan fizikalnya. Page 28
29. 29. GENETIK.Walaupun hubung kait di antara masalah
genetik dengan masalah pembelajaran masihlagi menjadi
pertikaian, namun kelewatan perkembangan kanak-kanak juga
kadangkalaberpunca daripada genetic kedua ibu bapanya atau
salah satu. Menurut Safani,MohdMokhtar dan Abdullah
( 2006 ),para penyelidik telah mendapati bahawa kira-kira 35 –45
% kanak-kanak yang menghadapi masalah membaca mempunyai
ibu atau bapayang juga mempunyai masalah membaca.
Penemuan yang sama juga didapati bagikanak-kanak yang
menghadapi masalah pertuturan ( Lewis 1992 ), dan juga
masalahejaan ( Schulte-korne,Diemel,Muller,Gutenbrunner dan
Remschmidt,1996 ).hasilbeberapa kajian jelas membuktikan
bahawa kembar monozigot ( kembar seiras )menghadapi masalah
membaca jika kembanya itu menghadapi masalah
yangsama.Menurut Gargiulo ( 2006 ) , ini memperkukuhkan lagi
hipotesis bahawa masalahpembelajaran mempunyai kaitan
dengan genetik.KETIDAK SEIMBANGAN
BIOKIMIA.Ketidakseimbangan bahan-bahan kimia dikatakan
dikatakan boleh menjadi puncakepada masalah hiperaktif yang
boleh mengakibatkan kesukaran member tumpuan keatas kerja
sekolah.kekurangan vitamin menyebabkan masalah pembelajaran
,andainyaberlebihan dan makan tidak mengikut peraturan yang
ditetapkan ia boleh menjadi racundan memudaratkan pelajar.
Kesan pengambilan ubat pada peringkat trimester pertamaboleh
menganggu perkembangan normal otak, jantung dan organ-organ
lain.Masalahtimbul selepas anak itu dilahirkan, apabila proses
metobolisme ubat disingkirkan melaluibuah pinggang bayi yang
belum matang .Penggunaan bahan-bahan pengawetmakanan
berlebihan dan asap-asap gas yang dilepaskan oleh kilang
bolehmenyebabkan kecacatan bayi.Semasa mengandung para ibu
dilarang melakukansinaran x-ray kerana ia juga akan
menjejaskan kandungan .Kajian menunjukkan ibuyang terdedah
kepada radiasi semasa hamil adalah dua kali ganda
berkemungkinanmempunyai anak yang menghidap
leukemia.amalan atau cubaan mengugurkan anakdengan cara
tradisional seperti makan akar kayu,jamu, tapai dan pil-pil
daripada doctor, Page 29
30. 30. turut menjadi penyumbang kepada kerosakkan
pertumbuhan janin serta kecacatanorgan bayi, sekiranya
perbuatan tersebut gagal dilaksanakan.PERSEKITARAN.Beberapa
kajian telah menunjukkan bahawa persekitaran yang serba
kekurangankerana kemiskinan boleh menyumbang kepada
masalah pembelajaran kanak-kanak.Bagi keluarga yang
miskin ,mungkin tidak dapat menyediakan makanan
yangmencukupi, tempat tinggal yang sesuai dan lain-lain
keperluan untuk perkembangansosial dan kognitif anak yang
sihat. ( hill 2001 ) dan ( Wan Sofiah Meor Othman
2007 ).Kadangkala masalah pembelajaran juga merujuk kepada
bagaimana guru-gurumeningkatkan kebolehannya sebagai
guru.Bagi ibu bapa pula, bagaimana iamemberikan bimbingan dan
sokongan kepada anak-anak mereka.Rancangan disekolah
kebanyakannya memberikan tumpuan seratus peratus kepada
anak-anaksederhana dan cerdik.Dalam situasi seperti ini, kana-
kanak merasakan dia akan gagaldalam hidupnya,cita-citanya
tidak diendahkan,terbantut dan dimusnahkan.LAIN-LAIN
FAKTOR.Ketika berusia 35 tahun ke atas para ibu tidak
digalakkan mengandung kerana risikomelahirkan bayi yang cacat
syndrome down,cerebral palsy dan sebagainya.walaupunfakta ini
masih lagi belum dapat dibuktikan dengan bukti yang kukuh,
namun paradoktor sering menasihatkan kepada ibu yang
mengandung pada usia lewat agarmenjaga kesihatan diri, kerana
semakin berusia semakin merosot tahap kesihatanmereka. Page
30
31. 31. 1.5 IMPLIKASI MASALAH PEMBELAJARAN.Implikasi
kepada pendidikan. a. Deklerasi-deklerasi antara bangsa
merupakan penyumbang terbesar kepada perkembangan
pendidikan khas di Malaysia iaitu; - Deklerasi ini menghasilkan
„ Peraturan-peraturan Standard Mengenai Persamaan Peluang –
Peluang Pendidikan Untuk Orang Kurang Upaya (1993). - Negara-
negara dunia digesa memastikan bahawa pendidikan orang
kurang upaya dimasukkan dalam system pendidikan negara-
negara masing-masing. - Mereka yang memerlukan pendidikan
khas mesti mempunyai akses di sekolah-sekolah biasa yang
menerima mereka dengan pedagogi yang berpusatkan murid dan
mampu memenuhi keperluan mereka. - Sekolah-sekolah biasa
yang berorientasikan inklusif merupakan cara yang paling
berkesan untuk menentang sikap-sikap diskriminasi,membentuk
komuniti yang menerima,membina masyarakat yang inklusif dan
memenuhi pendidikan untuk semua. - Pendidikan inklusif
diperkenalkan di Malaysia bagi murid-murid pendidikan khas. b.
Penggubalan Akta Pendidikan 1996. - Penghasilan Falsafah
Pendidikan Khas. - Penglibatan ibu bapa. Implikasi kepada
kebajikan. a. Pemberian insentif dan elaun kepada semua
kumpulan OKU. b. Penglibatan ibu bapa. c. Sokongan moral dari
pelbagai agensi,komuniti dan orang perseorangan. Page 31
32. 32. Implikasi kepada perkhidmatan. a. Mewujudkan
kolaborasi dari kumpulan pelbagai disiplin. b. Penyediaan
kemudahan,infrastruktur dan peralatan mengikut keperluan
kumpulan OKU. c. Kepentingan peranan setiap ahli kumpulan
pelbagai disiplin. d. Kerjasama dari pelbagai agensi,komuniti dan
orang perseorangan.1.6 MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS UNTUK
MURID-MURID BERMASALAHPEMBELAJARAN.Amalan untuk
berdikari.Latihan kemahiran kerja perlu diberikan pendedahan
kepada murid pendidikan khas.Matlamat utamanya untuk
member kemahiran kendiri,sosialisasi dan kemahiran
asasberkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan kemahiran
kerja dibahagikan kepadatiga bentuk iaitu:a.latihan dalaman -
berbentuk kerja projekGuru perlu melaksanakan aktiviti
berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik.CONTOH; A.
Perkebunan dan penjualan hasil tanaman. B. Aktiviti-aktiviti
perdagangan seperti membuat aiskrim,biskut,kek dan lain-lain. C.
Memelihara ikan,burung dan lain-lain. Page 32
33. 33. D. Latihan kerja yang melibatkan pihak luar atau kerja
luar. Maksudnya mendapatkan barangan dari luar ( kilang ) untuk
pembungkusan (assemble) dalam waktu persekolahan.Membuat
barangan yang tertentu,contohnya hasil kraftangan murid seperti
batik,bunga telur dan lain-lain untuk dijual.b. Latihan kerja
sebenar.Mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan kerja
seperti mencuci kereta,mendobi dan lain-lain yang dibuat di
sekolah. Murid-murid dihantar bekerja di tempatsebenar dan
pemantauan dibuat oleh pegawai kerja.Keusahawanan /
kerjaya..Fungsi bengkel terlindung adalah untuk member
pengalaman,latihan,penilaian danpekerjaan kepada individu yang
berkeperluan khas.terdapat bengkel terlindung yangberoperasi
sendiri ( dibawah pengurusan sekolah ) atau yang mempunyai
perjanjiandengan agensi yang member perkhidmatan berkaitan
kerjaya.Bengkel terlindung tidakmementingkan hasil pengeluaran
tetapi lebih mengutamakan pengalaman
bekerjaindividu,menanam minat,memenuhi keperluan sosial dan
memberi kemahiran inter-personal.Di bengkel terlindung perlu
ada : a. Penilaian kemahiran vokasional. b. Latihan bekerja
secara umum atau khusus. c. Memberi peluang latihan kepada
individu yang berkeperluan khas. d. Peluang berekreasi. e.
Perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa hadapan. f.
Bekerja dalam jangka masa panjang sebelum mendapat
pekerjaan lain. Page 33
34. 34. Potensi diri.Kanak-kanak istimewa boleh dilatih dan
dididik untuk memperkembangkan potensidiri. Potensi diri yang
ditunjukkan mengambil masa yang panjang dan
memerlukankesabaran untuk menguasainya. Beberapa jenis
potensi diri yang boleh dikuasaioleh murid-murid istimewa
ialah:a. Melakukan kerja amal.b. Mengembangkan bakat.c.
Perkembangan fungsi diri. - Perkembangan psikomotor. -
Perkembangan kognitif. - Peningkatan sosialisasi. - Peningkatan
akademik. - Perkembangan komunikasi. - Pengurangan masalah
tingkah laku. Page 34
35. 35. Tajuk 2: PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
BERMASALAH PEMBELAJARANDefinisi Perkembangan.Bersifat
kualititatif, tersusun bertahap dan berterusan pada diri manusia
bermulasemenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat
organism hasil dari kombinasipembelajaran, pengalaman dan
kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi,mental dan
sosial.2.1 Peringkat perkembangan: 1. Peringkat bayi 0-2 tahun.
Kadar pertumbuhan lambat seperti merangkak, berjalan,
mengeluarkan bunyi- bunyi suara , lambat bercakap dan bertutur.
Kurang kemahiran kawalan motor, motor halus dan motor kasar
seperti tidak boleh memegang objek dengan kuat. 2. Peringkat
awal kanak-kanak 2 – 10 tahun Kurang kawalan motor halus dan
kasar dan penguasaan kemahiran. Kadar pertumbuhan lambat
dan tidak boleh berinterksi dengan baik dengan rakan sebaya
serta suka mengasingkan diri. Memerlukan perhatian dan kasih
sayang serta motivasi. Lemah kemahiran kooedinasi mata dan
tangan. Bersikap agresif, pasif dan hyperaktif, kurang tumpuan
serta kurang kemahiran urus diri. 3. Awal remaja 11- 14 tahun
Berlaku perubahan fizikal, mula menunjukkan minat untuk
bersosial. Tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.
Melihat dan menilai sesuatu mengikut pandangan sendiri.
Sukakan kebebasan dan tidak suka dikawal serta tidak boleh
membuat keputusan sendiri dan sangat bergantung kepada orang
lain. 4. Remaja 15 – 20 tahun. Perkembangan fizikal dan mental
yang lambat dan perlahan. Sangat mudah dipengaruhi oleh
persekitaran. Menunjukkan perasaan rendah diri yang menebal,
Page 35
36. 36. kurang keyakinan diri , lambat matang serta mudah
dipengaruhi olehpersekitaran.2.2 PERBANDINGAN DAN
PERBEZAAN PERKEMBANGAN DENGANKANAK-KANAK
NORMAL.KANAK-KANAK NORMAL KANAK-KANAK
BERMASALAHBayi 0-2 tahun. Bayi 0-2 tahun Boleh mengecam
suara, Kadar pertumbuhan lambat bunyi,member tindakbalas,
seperti merangkak, berjalan, tersenyun,membalas sentuhan
bercakap da bertutur. dan menggenggam. Kurang kawalan
kemahiran Kemahiran motor kasar dan motor halus dan kasar.
motor halus meningkat. Tahap pertumbuhan dan Tahap
pertumbuhan dan perkembangan tidak mengikut perkembangan
berlaku umur hayat. mengikut umur.Awal kanak-kanak 2-10
tahun. Awal kanak-kanak 2-10 tahun Pertumbuhan cepat seiring
Kadar pertumbuhan lambat. dengan umur. Memerlukan lebih
perhatian Pandai berdikari dan mengurus dan kasih sayang. diri
sendiri. Kawalan motor lambat dikuasai Kawalan motor dan
Sukar bergaul, mengasingkan penguasaannkemahiran cepat diri.
dikuasai. Lemah koordinasi mata tangan Kemahiran berinteraksi
dan Agresif, pasif dan hyperaktif. komunikasi Kurang kemahiran
urus diri. Boleh member tumpuanAwal remaja 11-14 tahun Awal
remaja 11-14 tahun Perubahan fizikal yang Perubahan fizikal
tidak seimbang dan ketara seimbang dengan umur. Page 36
37. 37. Pandai bersosial Tidak dapat beza yang baik Dapat
membezakan perkara dan buruk yang baik dan buruk Melihat
sesuatu dengan Boleh membuat keputusan , pandangan sendiri.
rumusan dan menilai sesuatu. Mula minat untuk bersosial.
Remaja 15-20 tahun Remaja 15-20 tahun Perkembangan fizikal
dan Perkembangan fizikal dan mental yang optimum mental
lambat Emosi yang stabil Mudah dipengaruhi oleh Citarasa dan
keyakinan yang persekitaran tinggi Kurang keyakinan diri Matang
dan tidak suka Perasaan rendah diri yang bergantung kepada
orang lain menebal Boleh menentukan hala tuju Suka kebebasan
dan sukar di dan membuat keputusan kawal. sendiri. Tidak boleh
memberi keputusan.SIALA Aspek Pertumbuhan Perkembangan
Jasmani Pertumbuhan saiz, berat, gigi Bertambah kemahiran
menggunakan anggota seperti merangkak, berjalan, berlari dan
melompat Mental Bertambah keupayaan berfikir Berkembangnya
kemahiran menggunakan perkataan, bahasa, angka, pemikiran,
mengingat, menaakul, analisis Emosi Perasaan seronok, gembira,
Kemahiran mengawal sedih , takut perasaan dalam situasi
tertentu Sosial Meluaskan perhubungan, Kemahiran mendisiplin
dan komunikasi, bergaul dengan sesuaikan diri dalam orang lain
pergaulan Page 37
38. 38. Merupakan variasi yang dapat diperhatikan di
kalangan ahli-ahli satu kumpulan dari beberapa aspek seprti
temperamen, tenaga, pola persahabatan, hubungan
kekeluargaan.Satu konsep yang merujuk kepada keunikan dan
ketidaksamaan yang wujud di anrtaramanusia yang berlainan.
Variasi atau ketidaksamaan individu daripada normakumpulan
sama ada daripada sifat-sifat kognitif, emosi,fizikal dan moral.
Tingkah lakusosial, bakat dan aspek-aspek lain yang mungkin
terdapat dalam kalangan individu.Aspek-aspek perbezaan
individu: 1) Budaya 2) Sosial 3) System nilai / norma 4) Status
sosio ekonomi 5) Aspirasi/motivasi 6) Kecerdasan 7) Gaya
kognitif/gaya belajar 8) Emosi 9) Lokasi 10) Kesihatan 11) Bangsa
12) Personality 13) Fizikal Page 382.3 PERBEZAAN
INDIVIDUBorish dan Tambori 1997….Variasi yang boleh
diperhatikan dalam kalangan ahli-ahli satu kumpulan dari segi
ciri-ciri tertentu.Definisi:
39. 39. 2.3.1 TEORI-TEORI PERBEZAAN INDIVIDU 1) Teori
ekologi Bronfenbrenner; menekankan aspek sistem mikro, sistem
meso, sistem ekso, makro dan krono Sistem ini berpusat secara
kecil kepada besar/ lingkaran dalam bulatan/ tindanan . 2) Teori
Arnold Gessel Fokuskan kepaa baka sebagai penggerak utama
dalampekembangan individu. Beliau percaya bahawa
kematangan fizikal pentinga alam kelancaran proses
pembelajaran. Kebolehan anak akan muncul mengikut
perkembangan dan kematangan masing-masing. Ia juga mengikut
urutan dan pola tertentu. Maka perkembangan tingkah laku tidak
dapat diramalkan. 3) Teori Havigurst Tugas perkembangan
bermaksud jangkaan han harapan ibu bapa dan masyarakat . 4)
Teori Psikososial Erikson Seseorang kanak-kanak melalui lapan
tahap perkembangan dalam kidup yang penuh dengan krisis.
Sesorang perlu melalui krisis pada tahap-tahap tersebut.2.3.2
Perbezaan dari aspek Kognitif: Galton(1865),
Goddard(1890),Newman(1937), dan Sheldon(1962) telah
membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan
kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya.
Menaakul, berfikiran logik, kebolehan bergaul, mengira dan
berimaginasi. Setiap individu berbeza dari segi kecerdasan,
keupayaan mental, dan cara individu mengadaptasi kepada
persekitaran serta penyesuaian seseorang dengan persekitaran
baru. Umur mental tidak sama dengan umur hayat. Page 39
40. 40. Kesediaan belajar – setiap kanak kanak mempunyai
tahap kecerdasan yang berbeza. Ini bermakna kesediaan belajar
juga adalah berbeza. Guru perlu mempertimbangkan bagi
mengelakkan berlaku keciciran. Page 40Perbezaan dari aspek
Bahasa Murid yang menggunakan bahasa yang pelat dan sukar
difahami akan ketinggalan jika dibandingkan dengan murid-murid
yang menggunakan bahasa yang betul. Bahasa yang diwarisi
daripada nenek moyang akan mempengaruhi perkembangan
bahasa kanak-kanak. Perbezaan dari aspek Psikomotor Setiap
murid berbeza dari segi fizikal, tinggi – rendah, warna kulit, saiz.
Tiada dua orang yang sama kecuali mereka yang kembar seiras.
Perbezaan dari aspek Afektif Murid murid yang ceria dan bersedia
untuk belajar akan lebih mudah menerima pelajaran yang
murung, suka memendam perasaan dan mrendah diri.
Persekitaran di rumah juga mempengaruhi emosi kanak-kanak.
Perbezaan dari aspek Personaliti Ekstrovert – periang , petah
bercakap , suka berkawan, mudah menyesuaikan diri, bersifat
kembara, meminati aktiviti luar dan tahan lasak. Introvert –
pendiam, kurang bersosial, lebih berbakat dalam penulisan,
sensitive dan berhati-hati dalam membuat tindakan. Ambivert-
kombinasi ciri-ciri ekstrovert dan introvert.2.3.3 Implikasi
perbezaan individu kepada pengajaran dan pembelajaran
41. 41. Pembelajaran koperatif – Aktiviti pembelajaran
dijalankan dalam kumpulan di mana murid yang cerdas akan
membantu murid yang lembab kerana prestasi murid yang lembab
akan membantu markah dalam kumpulan. Ini kerana
pembelajaran dalam kum Pengajaran terancang/ modul/ bahan
Multimedia-penyediaan bahan bagi pelbagai kumpulan agar murid
dapat memahami objektif pengajaran  Program pengayaan dan
pemulihan – mudah bagi guru menyediakan latihan dan bahan
mengikut kumpulan murid, pengayaan untuk kumpulan yang
cerdas dan pemulihan untuk kumpulan yang lemah.  Pemilihan
kaedah kumpulan – membentuk aktiviti mengikut kaedah
kumpulan berdasarkan tahap keupayaan murid. Secara tidak
langsung akan memudahkan guru menyediakan latihan dan
aktiviti serta rekod kemajuan murid .  Perbezaan personaliti
pelajar ( pendiam, dan ceria, bising dan ramai kawan)- Pelbagai
personality boleh mendatangkan masalah jika kanak-kanak tidak
dapat menyesuaikan diri dan bekerjasama dalam kumpulan.2.3.4
Peranan guru menghadapi Perbezaan Individu  Perbezaan gaya
kognitif dan gaya belajar –mengesan gaya kepelbagaian belajar
kanak-kanak yang berbeza-beza sesuai dengan bahan dan aktiviti
yang dijalankan.  Kewujudan pola tingkah laku yang
mengganggu pengajaran guru- Peka kepada keperluan pelbagai
tingkah laku yang distruktif dan hiperaktif supaya tidak
menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.  Penentuan
objektif dan aras pengajaran – Menentukan objektif yang sesuai
dan berbeza mengikut tahap keupayaan dan kebolehan kanak-
kanak dengan pelbagai aktiviti yang mengikut aras murid supaya
yang lemah tidak ketinggalan.  Peneguhan positif dan negatif –
Guru perlu member peneguhan yang positif pada setiap perlakuan
yang disukai dengan serta merta, dan peneguhan yang negatif
Page 41pulan dengan rakan sebaya lebih berkesan dari guru.
42. 42. Pelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran-
Pelbagai teknik dan kaedah yang dipelbagaikan akan menarik
perhatian murid dan motivasi menjalankan aktiviti dan
penglibatan dalam pembelajaran. Page 42 Pengajaran semuka/
individu- Bimbingan dan latihan yang dijalankan secara individu
sesuai dengan tahap keupayaan murid. Bahan-bahan dan model
digunakan memberikan keseronokan kepada murid.
Kepelbagaian Bentuk penilaian –Penilaian kertas dan pensil tidak
dapat menggambarkan kecerdasan yang sebenar, pelajar boleh
dinilai semasa menjalankan aktiviti melalui hasil kerja, buku
skrab, projek dan sebagainya. Kepelbagaian Bahan bantu
mengajar – Bahan bantu mengajar akan dapat merangsang minda
murid dan dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Pencarian dan penyampaian maklumat memberikan banyak
pengetahuan kepada murid-murid. Agihan tugas mengikut minat
dan keupayaan –Latihan dan tugasan yang sesuai dengan tahap
keupayaan murid bagi menggalakkan murid berfikir dan
berkembang mengikut tahap keupayaan dan kebolehan
murid.pada setiap perlakuan yang tidak disukai supaya murid
dapat membuat perbandingan serta membaiki kepada tingkah
laku yang lebih baik.
43. 43. TAJUK 3: KATEGORI KANAK-KANAK BERMASALAH
PEMBELAJARAN3.0.PengenalanMurid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran ialah golongan murid yangdikenalpasti
dan disahkan oleh Pengamal Perubatan sebagai mengalami
kecacatanyang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan
yang dialami boleh dikategorikanmengikut tahap kefungsian
murid-murid dalam kebolehan-kebolehan berikut: Kognitif
Tingkahlaku sosial / perkembangan sosial Penguasaan bahasa
lisan / pertuturan Penguasaan membaca Kemahiran
perkembangan (development skills) Kemahiran matematik3.1.
Kanak-kanak bermasalah emosi atau tingkah lakuKanak-kanak
tidak terkawal menghadapi masalah emosi ini. Disebabkan
olehperubahan emosi dapat dilihat seperti sedih, takut, marah
atau bermasalah tingkahlaku.Kanak- kanak ini berisiko
mengalami kemurungan berpunca dari pengalaman
tekananperasaan persekitaran contoh dipulau oleh keluarga,
kehilangan seseorang yangdisayangi seperti ahli keluarga yang
terdekat, keluarga yang mempunyai sejarahpenyakit kemurungan
dan mempunyai sejarah masalah penyakit jiwa (mental)
padazaman kanak-kanak. Page 43
44. 44. 3.1.1. Definisi dan punca masalah emosi atau tingkah
laku Masalah emosi ialah merupakan gangguan perasaan yang
berlaku kepadaindividu sehingga mengganggu aktiviti kehidupan
seharian. Mengikut pendapat Twiford,1979, masalah emosi ialah
tingkah laku yang menganggu pertumbuhan
perkembangannormal kanak-kanak , dipetik dari buku Ang Huat
Bin (1999). Kerap kalinya tingkah lakuyang tidak normal dapat
kita lihat dari segi intelek, pencapaian akademik,
penyesuaianemosi dan pelakuan sosial kanak-kanak tersebut.
Menurut Herbert (1974) dan bukuAng Huat Bin (1999), masalah
emosi ialah manifestasi yang berbagai-bagai sepertipenarikan
diri, pengantungan diri kepada orang lain, kekuatan, masalah
kencingmalam, mencuri, agresif, malas dan kurang pencapaian
akademik.Secara umumnya, ciri-ciri asas gangguan emosi ialah
keresahan yang dianggapketerlaluan. Keresahan ini mungkin
tidak ditunjukkan secara terbuka. Gangguan inisering berlaku
dalam kalangan kanak-kanak yang kebanyakkanya disebabkan
reaksiterhadap tekanan daripada alam persekitaran (Kasmini
Kassim, 1992). Secarakhususnya dapatlah dikaitkan bahawa
emosi yang tidak stabil akan mempengaruhitingkah laku
seseorang murid. Situasi ini akan member gambaran bahawa jika
muridpendidikan khas mengalami masalah seperti merajuk, ia
akan memperlihatkan tingkahlakunya seperti mendiamkan diri
atau mengasingkan diri.Masalah emosi dan tingkah laku boleh
wujud bersama dengan ketidakupayaan laincontohnya,
ketidakupayaan pendengaran, masalah pembelajaran, autisme
dansebagainya.Kategori ini mungkin merangkumi kanak-kanak
atau remaja yang menghidapi„schizophrenia‟, masalah afektif,
masalah kebimbangan (anxiety) atau masalah tingkahlaku lain
bila ia memberi kesan buruk kepada perlakuan pendidikan. Page
44
45. 45. 3.1.2.Punca masalah emosi dan tingkah lakuAspek
masalah emosi:1. Faktor genetik atau baka Menurut Kasmini
Kassim (1992: 28), faktor genetik boleh menerangkan sebahagian
gangguan emosi walaupun pada zahirnya belum boleh dipastikan
lagi. Gangguan obsesif kompulsif, sindrom Gilles de la Tourette
dan tik kronik boleh dikaitkan dengan faktor genetik. Ada kanak-
kanak yang cepat naik radang dan ada pula yang cepat rasa
gelisah. Ini mungkin berlaku disebabkan temperamen kanak-
kanak yang semulajadi. Keadaan ini boleh juga disebabkan oleh
cara bagaimana ibu bapa mendidik anak-anak.2. Faktor
persekitaran Faktor persekitaran memainkan peranan penting
dalam mempengaruhi perasaan dan emosi kanak-kanak. Keluarga
adalah yang paling rapat dengan kanak-kanak. Kanak-kanak yang
dibesarkan dalam keluarganya yang menghadapi tekanan,
keresahan, kerunsingan atau ketegangan akan memberi
pengaruh yang besar kepada kanak-kanak. Kawalan yang
keterlaluan kepada anak-anak atau terlalu bebas boleh memberi
kesan yang sama. Jika kanak-kanak tidak mendapat jaminan
keselamatan dalam keluarga, akan menyebabkan dia sentiasa
berasa terancam apabila berhadapan dengan dunia luar.
Pertelingkahan dan perceraian dalam keluarga juga akan
menyebabkan kanak- kanak hilang kasih sayang dan rasa
diabaikan, sekaligus menganggap ibu bapanya sebagai satu
ancaman kepada mereka. Tekanan yang sedikit dan terus
bertambah akhirnya mewujudkan satu gangguan emosi yang
kritikal. Suasana sekolah juga turut memberi kesan yang besar,
wujudnya masalah ini. Pencapaian yang rendah dalam akademik
menyebabkan kanak-kanak rasa rendah diri dan kurang yakin
pada diri sendiri. Ejekan dari rakan sebaya mengenai kekurangan
dirinya misalnya Page 45
46. 46. gemuk dan sebagainya, membuatkan kanak-kanak ini
rasa disingkirkan dan tidak berguna lagi.3. Faktor penyakit fizikal
atau kecederaan Penyakit fizikal dan kecederaan boleh
menimbulkan gangguan emosi dengan 3 cara : 1.Kanak-kanak
yang menghidap penyakit lelah/asma. Mereka akan rasa takut
setiap kali diserang penyakit ini, mereka takut untuk dirawat di
hospital atau takut akan mati. Perasaan yang menyelubungi diri
mereka ini akhirnya menjadi satu tekanan yang berat dalam diri
mereka. 2.Sikap ibu bapa yang terlalu bimbangkan akan
kesihatan anak mereka. Ibu bapa terlalu resah dan cuba
melindungi anak mereka setiap saat sampai ke tahap yang
keterlaluan, menyebabkan kanak-kanak rasa terkongkong.
Kadang kala keadaan ini menyebabkan anak menjadi terlalu
manja, tidak tahu berdikari, sentiasa bergantung kepada ibu bapa
dan kurang keyakinan diri. 3.Bentuk fizikal kanak-kanak. Kanak-
kanak yang mempunyai bentuk badan yang ganjil atau
mempunyai kecacatan fizikal akan selalu diperhatikan orang lain
dan sering diejek oleh rakan. Ini akan menimbulkan perasaan
malu dan rendah diri dalam kalangan kanak-kanak ini. Contohnya
tubuh badan yang gemuk, gigi jogang, pendek dan
sebagainya.3.1.3.Aspek masalah tingkah lakuMasalah tingkah
laku berpunca daripada berbagai faktor yang bertindak antara
satusama lain. Secara ringkas, sebab-sebabnya bolehlah
dibahagikan kepada 4 faktor : Page 46
47. 47. 1. Faktor juzukan (konstitusi) 1.1.Faktor baka Menurut
Kasmini Kassim (1992), faktor baka boleh sedikit sebanyak
mempredisposkan seseorang kepada gangguan ini. Ini adalah
berdasarkan kajian yang dijalankan kepada kembar-kembar dan
anak angkat kerana seseorang itu boleh dipredisposkan kepada
jenayah, namun bukti ini tidak terlalu jelas dalam kalangan
kanak-kanak. 1.2.Kecelaruan kromosom Kanak-kanak yang
mempunyai lebih daripada satu kromosom yang mempunyai risiko
yang tinggi untuk menjadi kanak-kanak Sindrom Down. Oleh itu
kanak- kanak ini akan menunjukkan masalah tingkah laku dan
emosi. 1.3.Kerosakan atau penyakit semasa dalam kandungan
Janin yang terganggu perkembangan semasa dalam kandungan
disebabkan penyakit atau kecederaan. Contohnya jangkitan
kuman, virus, penyakit berjangkit dan sebagainya.
1.4.Kecederaan semasa bersalin Kecederaan pada otak atau
koma yang berpanjangan kerana susah semasa proses hendak
melahirkan anak. Contohnya seperti bersalin dengan
menggunakan kaedah forcep, vakum dan sebagainya.
1.5.Kelahiran tidak cukup bulan Kanak-kanak ini perlu diberi
rawatan intensif selepas dilahirkan oleh itu mereka terpaksa
dipisahkan dari ibu mereka selama beberapa bulan. Ini boleh
menjejaskan perhubungan emosi di antara ibu dan anak.
Perpisahan ini boleh menwujudkan masalah emosi dan tingkah
laku kanak-kanak di kemudian hari. Page 47
48. 48. 2. Faktor Penyakit dan Kecederaan Kanak-kanak yang
menghadapi penyakit yang melibatkan bahagian otak, lebih
berisiko tinggi menunjukkan gangguan tingkah laku. Keadaan
begini sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang
menghidapi penyakit epilepsy dan juga kanak- kanak yang
mempunyai tahap kecerdasan otak yang rendah. Ada juga
kecederaan atau kemalangan yang berlaku kepada kanak-kanak
tersebut sehingga meninggalkan atau memberi kesan terhadap
emosi dan tingkah lakunya. Contohnya, kanak-kanak terbabit
terlibat dalam kemalangan jalan raya dan memdapat kecederaan
di kepala atau anggota yang lain. Ini akan memberi kesan yang
mendalam dalam jiwa dan perasaan kanak-kanak tersebut, jika ia
tidak dibendung atau mendapat rawatan yang sewajarnya
menyebabkan timbulnya masalah tingkah laku dalam diri kanak-
kanak tersebut.3. Faktor Persekitaran a) faktor dalam keluarga o
·Kurangnya keharmonian dalam keluarga, timbulnya ketegangan
dan pertelingahan dalam keluarga tersebut. Contohnya, ibu bapa
yang selalu bertelingkahan di hadapan anak-anak, ibu bapa yang
bercerai dan tidak ada persefahaman antara ibu bapa dengan
anak-anak atau ketegangan/pertelingkahan dalam kalangan adik
beradik. Kanak-kanak yang sering berpindah tangan dari satu
keluarga ke satu keluarga yang lain atau dari satu pengasuh
kepada pengasuh yang lain. Sepatutnya kanak-kanak mempunyai
keluarga yang tetap. Kadangkala bila wujudnya masalah atau
bencana dalam keluarga, kanak-kanak terpaksa dipelihara oleh
orang lain. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut
tidak dapat menikmati pengalaman pembelajaran yang konsisten
yang diperlukan untuk Page 48
49. 49. pergaulan mereka. Mereka juga berasa sukar untuk
merapatkan diri kepadakeluarga baru dan sukar mendapat kasih
sayang sepenuhnya. Kanak-kanak inijuga sukar untuk
merapatkan diri dengan seseorang yang boleh dijadikansebagai
contoh.Ibu dan bapa yang sibuk, sering tiada di rumah bila anak-
anak memerlukanmereka, menyebabkan kanak-kanak rasa bagai
tersisih dan hilang kasih sayang.Mereka bebas melakukan apa
saja untuk melepaskan perasaan tertekan dankesunyian yang
dialaminya tanpa kawalan ibu bapa.Tidak ada persefahaman
antara ibu bapa dengan anak-anak. Ibu bapa seringkali tidak
memahami perasaan dan kehendak anak-anak,
menyebabkantimbulnya konflik dalam perhubungan mereka.
Selalunya keadaan ini akanmewujudkan satu situasi yang negatif
dalam diri anak-anak. Ada sesetengah ibubapa yang terlalu
mengongkong anak-anak sehingga anak-anak rasa
sangattertekan dan seterusnya memberontak. Ada pula ibu bapa
yang terlalumembebaskan atau memberi kebebasan yang
melampau sehinggakan anaktersebut tak tahu membezakan
mana yang baik dan mana yang buruk. o Keluarga yang terlalu
besar atau ramai sehinggakan anak-anak tidak terjaga atau
terbiar untuk menjalani kehidupan sendiri atau berdikari tanpa
pengawasan ibu bapa. o Kedudukan atau status ekonomi yang
rendah juga menjadi faktor berlakunya gangguan tingkah laku
pada kanak-kanak. Kemiskinan hidup menyebabkan kanak-kanak
mencari jalan sendiri untuk merasai kemewahan yang diimpikan
mereka. o ·Sikap ibu bapa yang tidak dapat dijadikan satu contoh
atau „role model‟. Kadangkala ibu bapa bersikap tidak konsisten
dalam sesuatu peraturan atau disiplin yang dibuat , samada
terlalu ketat, longgar atau tidak tetap pendiriannya. Page 49
50. 50. · Kurang penekanan disiplin dan adab dalam keluarga.
Contohnya tidak ada peraturan tetap mengenai rancangan atau
aktiviti harian anak-anak seperti waktu makan, belajar,
menonton, bermain dan sebagainya. · Kanak-kanak kurang diberi
ganjaran yang berkesan. Maksudnya di sini ialah menunjukkan
tindak balas yang berlainan setiap kali satu tingkah laku yang
buruk atau yang baik di lakukan oleh anak. Kegagalan ibu bapa
menunaikan janji-janji hukuman atau janji-janji ganjaran mengikut
tingkah laku mereka juga menyebabkan anak-anak hilang
kepercayaan dan rasa hormat mereka kepada orang tua. b) faktor
rakan sebaya Kanak-kanak sering terpengaruh dengan tingkah
laku rakan sebaya. Oleh kerana mereka mahu diterima dalam
kumpulan rakan sebaya, maka mereka sedia mengikut sikap dan
rentak kumpulan tersebut walaupun bersifat negatif.d)faktor
sekolah/guru Kanak-kanak yang sering berpindah sekolah tidak
dapat menyesuaikan diri dan sering menunjukkan gangguan
tingkah laku, terutama sekali di sekolah yang ada pengaruh
unsur-unsur buruk. Sikap guru yang tidak peka dan tidak
memahami masalah pelajar juga memburukkan lagi keadaan
kanak-kanak. Page 50
51. 51. e)Sosial penolakan oleh rakan sebaya Penolakan rakan
sebaya atau pun dengan kata lain, tidak di terima dalam
kumpulan rakan sebaya. Situasi ini akan mengakibatkan kanak-
kanak rasa tertekan dan membuat tingkah laku di luar kawalan
untuk menarik perhatian.3.1.3 .Ciri-Ciri Kanak-Kanak Bermasalah
Emosi dan Tingkah Laku1.Kelakuano Sedih, menyayat hati atau
tangisan berterusano Kurang berminat dalam aktiviti yang
menggembirakano Terpinggir / terasingo Marah dan suka
bermusuho Hubungan yang tegango Kerapkali tidak hadir ke
sekolaho Hendak lari dari rumaho Kelakuan yang merosakkan diri
sendiri2. Perasaan /Emosi/Pemikirano Perasaan tidak puas hatio
Kurang tumpuano Kurang keyakinan dirio Rasa diri tidak
bergunao Bosano Tertekan kerana disingkiro Cepat marah3.
Perubahan Fizikal Page 51
52. 52. o Kurang tahap tenaga kecerdasano Perubahan masa
tidur atau makano Masaalah fizikal seperti sakit kepala, sakit
perut dan sebagainyao Perubahan berat badanDi bawah ini
disenaraikan secara ringkas ciri kanak-kanak yang menghadapi
masalahemosi : ·Emosinya kurang matang. ·Kanak-kanak ini
sentiasa bergantung kepada ibu bapa dan tidak tahu untuk
bergaul dengan kanak-kanak lain. ·Hidup mereka penuh dengan
kebimbangan kerana takut akan kehilangan keluarga, mati atau
ditimpa bencana. ·Sukar untuk tidur, tidur mudah terganggu
kerana sering bermimpi dan mengigau. ·Tumpuan fikiran mereka
mudah terjejas dan mereka mudah dipengaruhi oleh apa yang
berlaku di sekeliling mereka. · Hilang selera makan, rasa loya,
sakit perut, cirit birit, muntah, pening kepala, mulut rasa kering
dan rasa hendak pitam. · Tapak tangan terasa seram sejuk dan
berpeluh. ·Kerap kencing dan gagal mengawal kencing pada
waktu malam atau siang.3.1.4. Pertimbangan pendidikan Page 52
53. 53. Murid yang bermasalah emosi atau tingkah laku perlu
diberi cara yang betul untukmemperbetulkan kesalahan
bukannya didenda. Guru perlulah merangsang dan mengajar
tingkah laku yang bersesuaian agartingkah laku yang negatif itu
dapat dikurangkan secara beransur-ansur. Contonhnyatingkah
laku yang suka mengambil barang kawan. Pengajaran guru perlu
disokong dengan ganjaran apabila menunjukkan tingkah
lakupositif. Contohnya guru memberi tepukan / pujian setelah
murid yang melakukantugasan dengan kemas. Ganjaran ini tidak
semestinya pada tingkah laku tetapi padapenampilan diri murid
yang positf sebagai tanda menghargai diri mereka. Contoh
CikguSalmah memuji Amir yang berambut pendek. Guru kerap
berinterkasi dan melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran.
Gurumemberi perhatian dengan cara memberi peluang murid
menjawab dulu soalan yangdiberi. Ini sudah tentu memberi
perangsang kepada murid untuk belajar dengan tekun. Murid juga
diberi cara untuk mengawal diri dengan kaedah pemantau kendiri
atauguru akan memantau tingkah laku murid dengan cara
merekod. Kemudian guru akanmaklumkan berapa kali tingkah
laku yang negatif itu diulang.3.2. Kanak-kanak Autism Page 53
54. 54. Sindrom Autisme adalah satu masalah perkembangan
yang paling sukar untuk memahami. Iamerupakan satu fenomena
yang luar biasa dan kejadian insiden adalah lebih kurang 5 -
15setiap 10,000 kelahiran. Ramai kanak-kanak yang mengalami
sindrom ini menghadapi masalahkomunikasi, tingkah laku, sosial
dan adaptasi. Trend pendidikan masa kini menggalakan
muridautisme ditempatkan belajar bersama murid normal dalam
kelas biasa. Matlamatnya ialah untukmemberi peluang kepada
murid autistik menerima pengajaran dan pembelajaran dan
menyertaisemua aktiviti yang terdapat di sekolah.Biasanya
sindrom autisme lebih kerap berlaku di kalangan jantina lelaki
dibandingkan denganjantina perempuan, dalam nisbah 4 : 1.
Sejak penemuan oleh Kanner pada tahun 1943, ahlipenyelidik
telah berusaha mencari punca kejadian autisme. Selepas hampir
enam puluh tahun,penyebab spesifik berlakunya sindrom ini
masih tidak di ketahui lagi walaupun ada bukti yangmenyokong
sebab-musabab yang pelbagai( Bauserman, 1981).Autisma dapat
dikesan menerusi masalah dari segi perkembangan yang
melibatkan interaksisosial,ramai murid dalam situasi tersebut
tidak dapat menunjukkan potensi
sebenar.MenurutSimpson(2001 ) kanak-kanak dan belia autisma
merupakan sebahagian kumpulan yang unikbilamana
dibandingkan dengan kanak-kanak berketidakupayaan yang
lain.3.2.1. definisi dan punca autismaIstilah autisme berasal dari
perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yangbererti
aliran. Ini bermakna autisma membawa maksud keadaan yang
menyebabkankanak-kanak menumpukan perhatian dalam
dunianya sendiri. Autisma adalah kategoriketidakupayaan yang
dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi
sosial,gangguan deria, pola bermain, dan perilaku emosi.Punca
berlaku autisma Page 54
55. 55. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun.
Dianggarkan bahawa autismemembabitkan dalam 2 hingga 6 kes
setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerapdalam kanak-
kanak lelaki berbanding perempuan.1.kerosakan otakGangguan
ini dipercayai berkaitan dengan ketidaknormalan pada beberapa
bahagianotak. Malah, saiz otak kanak-kanak autistik juga tidak
sama seperti kanak-kanak normalkerana ada yang lebih
besar.2.GenetikKecelaruan autistik boleh diwarisi.3.Komplikasi
semasa kandunganDalam kes tertentu autism dikaitkan dengan
gangguan semasa atau selepas mengandung,termasuk·
Kekurangan oksigen semasa kelahiran· Keracunan thalidomide·
Rubela kongenital· Encephalitis· Measles-campak· Mum-Begok
(Chess, Korn, & Fernandez, 1971).Kedudukan anak juga ada
kaitan iaitu:· Anak pertama daripada dua anak dlm sekeluarga ·
Anak keempat atau seterusnya bagi yg anak lebih daripada
empat orang (Mesibov et al.,1997)4.faktor pemakanan yang tidak
seimbang dan berkhasiat Page 55
56. 56. Pemakanan yang seimbang merupakan saranan yang
terbaik untuk menjamin kandungan yangbakal lahir tidak
bermasalah. Kebiasaannya ibu yang mengandung akan
mengalami alahanyang teruk dan ini menyumbang kepada
pemilihan makanan yang tidak sihat dan berkhasiat.Contohnya
kekurangan zat besi akan menyebabkan bayi tumbesarannya
terbantut.5.Emosi ibu yang mengandung yang sering
murungSemasa mengandung, ibu dan ahli keluarga perlu
memastikan tahap emosi berada dalamkeadaan terkawal. Ini
kerana emosi yang terganggu seperti bergaduh dengan suami
akanmemberi kesan kepada emosi si ibu untuk bersikap murung
dan seterusnya memberi kesanyang negatif kepasa bayi yang
bakal lahir.6.Kesihatan ibu yang sering tergangguIbu yang
mengandung perlu memastikan kesihatan diri sentiasa terkawal
dan dipantau agarmasalah yang dihadapi / penyakit dapat
dikesan dan dirawat dengan segera. Kesihatan yangsering
terganggu menyebabkan ibu yang mengandung sukar untuk
memberi tupuan kepadabayi yang dikandung.7. Teratogen adalah
agen atau bahan yang akan menyebabkan kecacatan bayi di
dalamkandungan ibunya.Teratogen memberi kesan buruk
terhadap kandungan pada 8 minggupertama kehamilan.Di
antaranya ialah :1. Thalidomide2. Asid Valproik3. Misoprostol4.
Jangkitan Rubella pada ibu3.2.2. ciri-ciri kanak-kanak Autisma
Page 56
57. 57. Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor
utama :1.Komunikasi Lambat, tidak normal atau tidak boleh
bertutur Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang
pergerakan anggota badan. Kurang cerdas semasa bermain
Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain Ekolalia
Tidak suka bertentang mata dengan orang lain2.Tindak balas
sosial Hilang tumpuan dan kurang mimik muka Tiada kesedaran
perasaan terhadap orang lain Suka bersendirian tanpa berkongsi
pengalaman dengan orang lain Suka bermain sendirian Tidak
suka bergaul3.Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan
aktiviti Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti
bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan
belakang, menganguk kepala Menumpukan perhatian kepada
satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan Tertekan ke atas
perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran Hanya berminat
terhadap satu atau dua perkara sahaja. Sukakan rutin Cederakan
diri sendiri Tidak suka disentuh Page 57
58. 58. Selain dari itu murid Autisma juga bermasalah dari
segi:1. Kerencatan bahasa2. Masalah kefahaman3.2.3.
Pertimbangan pendidikanGuru perlu memainkan peranan untuk
sentiasa memberi peneguhan positif kepada muridAutisma.
Situasi ini akan merangsang mereka untuk berkomunikasi dan
aktif dalam aktivitipembelajaran.Di samping itu juga sebagai guru
kelas, murid Autisma perlu diberi peluang untuk
membentukkemahiran dalam pelbagai situasi. Guru perlu
perkenalkan situasi yang berbeza untuk muridAutisma merasa
perbezaan. Ini kerana mereka sukakan rutin. Oleh itu dengan
sedikitperubahan yang dibuat, murid akan cuba menyesuaikan
diri dengan keadaan baru dansekaligus mendapat pengalaman
serta pengetahuan baru.Murid Autisma berpotensi dalam
akademik. Prestasi mereka diukur melalui pemerhatian
dandiubahsuai jika guru tidak berpuashati.Kerjsama ibu bapa dan
guru dalam kaedah terapi amat memberi kesan kepada kemajuan
dirimurid Autisma. Antara kaedah yang dapat digunakan ialah
kaedah terapi Floortime iaitu muriddidedahkan ke tahap yang
lebih tinggi dengan bantuan orang dewasa. Kaedah
TerapiPertuturan akan membantu murid Autisma bertutur dengan
bahasa dan situasi yang sesuai.Guru dan ibu bapa juga boleh
menggunakan kaedah TEACCH (Training and Education ofAutistic
and Related Communication Handicapped) iaitu kaedah yang
menggunakan bahanvisual untuk meningkatkan kefahaman dan
kemahiran berdikari seperti menyusun pakaiansecara teratur.
Kaedah dijelaskan dengan kad gambar secara berperingkat iaitu
dari mudahkepada susah.3.3. Kanak-kanak Sindrom Down Page
58
59. 59. Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris
bernama Dr. Langdon Down, orangpertama yang menjelaskan
penyakit ini pada tahun 18663.3.1. Definisi dan punca Sindrom
DownSindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh
kromosom tambahan pada kromosomnombor 21 yang terdapat
pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21
(biasanyahanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu
sel.Punca Sindrom Down1. Faktor usia ibuBagi ibu-ibu yang
berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko
yang lebihtinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down.2.Faktor
kromosom yang ganjil95% Sindrom Down disebabkan oleh
kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh"non-
dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana
semasa prosespembahagian sel secara mitosis pemisahan
kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Dikalangan 5% lagi
kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang
dinamakan"Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh
pemindahan bahan genetik dari kromosom14 kepada kromosom
21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau
jumlahkesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya
berlaku pada ibu-ibu di peringkat umuryang lebih muda.
Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh
mekanisma.3.faktor bakaSalasilah keluarga yang ada Sindrom
Down,kebarangkalian untuk mewarisinya adalah tinggi.3.3.2. Ciri-
ciri kanak –kanak Sindrom Down Page 5

Anda mungkin juga menyukai