Anda di halaman 1dari 15

PENDAHULUAN

Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu,


kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Sekolah sebagai organisasi yang didukung
golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang
berketrampilan, terpuji di samping melahirkan insan yang intelektual. Hari ini, bidang
pendidikan menjadi tonggak utama sesebuah negara dalam proses pembangunan. Maju
atau mundur sesebuah negara terletak pada keberkesanan dalam sistem pendidikannya.

Malaysia tidak terkecuali dalam usaha membentuk sistem pendidikan berkualiti


bukan sahaja dalam aspek kurikulum, tetapi merangkumi komponen pendidikan lain seperti
kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam
sistem pendidikan Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran
ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep
Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan
masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang
seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di
sekolah-sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah
penyayang. Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani
masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya
para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih
sayang dan bimbingan ini, murid akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah.
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia,
KP8591/Jld.VIII(9) bertarikh 5 September 1995).

Perkara 28 Hak Kanak-kanak PBB mengesyorkan supaya menggalakan


perkembangan pendidikan menengah dan rendah dalam pelbagai bentuk termasuk
pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan terbuka kepada tiap-tiap kanak-
kanak dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan
percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika difikirkan perlu..

Menurut Prof. Dr Chiam Heng Keng, (2008) Malaysia telah meratifikasi Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-kanak. Konvensyen ini menekankan kebajikan dan kesejahteraan

1
kanak-kanak, terutama untuk perkembangan & perlindungan mereka. Dalam hal ini Dasar
Kementerian sememangnya selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC). Para
pendidik seharusnya menyokong dasar ini melalui amalan seharian mereka yang
mengutamakan kesejahteraan kanak-kanak.

Dalam Hierarki Keperluan Maslow pula, kasih sayang merupakan salah satu
keperluan asas yang perlu dipenuhi dan sesuatu yang penting dalam proses
perkembangan dan kehidupannya. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi maka proses
perkembangan seterusnya akan terbantut.

Glasser (2000) juga menyatakan manusia dilahirkan dengan lima keperluan


antaranya keperluan survival dan kasih sayang . Galasser percaya bahawa keperluan
terhadap kasih sayang dan dipunyai adalah penting kerana kita perlukan orang lain untuk
memuaskan kedua-dua keperluan ini. Warga sekolah merupakan agen penting untuk
memenuhi keperluan pelajar.

Menurut al-Ghazali, hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan
lembut seperti tanah menyebabkan benih dapat disemai (Ihya’,Jil.III). Sekiranya dia dilatih
dengan perangai yang baik, nescaya dia akan menjadi seorang yang baik, begitulah
sebaliknya. Kanak-kanak dianggap amanah daripada Allah kepada kedua ibu bapanya
(Hamid Fahmy,1990).

Oleh itu, Sekolah Penyayang dirasakan adalah elemen penting dalam melahirkan
warga negara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah
menyediakan suasana yang kondusif dan baik, akan menarik minat para pelajar untuk ke
sekolah. Minda mereka akan dapat dibina dan diisi dengan unsur-unsur yang boleh
membangun jati diri sebagai warga Malaysia yang membesar dengan acuan kita sendiri.

Diharapkan dengan kesediaan pihak sekolah menganjurkan pelbagai program, akan


meransang minat di kalangan murid untuk hadir dan melibatkan diri. Ekoran itu Unit
Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku merancang program memupuk sahsiah
yang dijenamakan Membidik Bintang. Menjadikan aktiviti memanah sebagai wadah dan
strategi membina dan membentuk sahsiah cemerlang murid-murid.

2
PENGENALAN
Sahsiah merupakan perkataan Arab yang membawa definisi keperibadian atau
peribadi (Kamus Dewan 2011). Peribadi pula bererti manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat
(kelakuan, sikap) seseorang individu yang sudah sebati dengan diri sendiri bagi membentuk
watak dirinya sendiri. Maka, kenyataan ini dapat menggambarkan bahawa seorang individu
itu berbeza dengan individu yang lain. Sahsiah juga dapat menjelaskan sistem tingkah laku
seseorang iaitu bolehlah dikatakan bahawa perlakuan atau tingkah laku itu dapat dilihat
sebagai lebih kurang sama dari sehari ke sehari dan telah tertanam sejak dari kecil dan
menjadi rutin. Maka untuk mengubahnya mengambil masa dan memerlukan pendekatan
yang sangat efisien. Ibarat menarik rambut di dalam tepung rambutnya tidak putus dan
tepungnya tidak berselarak.

Menurut perspektif Islam, sahsiah juga membawa maksud akhlak. Seperti yang kita
sedia maklum, akhlak yang digariskan oleh Al Quran terbahagi kepada dua iaitu sifat
mahmudah dan sifat mazmumah. Rasulullah SAW telah diutuskan oleh Allah SWT bagi
menyempurnakan akhlak yang terpuji iaitu akhlak yang berlandaskan Al Quran.
Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud “agama itu ialah kemuliaan budi
pekerti”. Islam bermatlamatkan akhlak yang mulia dan terpuji. Maka perbincangan mengenai
akhlak tidak dapat lari daripada sifat mahmudah iaitu sifat yang terpuji dan sifat mazmumah
yang membawa maksud sifat tercela.

PENJENAMAAN

Membidik membawa maksud mengarahkan atau menyasarkan (senapang, dan lain-


lain) kepada sesuatu sasaran.

Bintang salah satu unsur yang wujud dalam sistem cakrawala, sering kali dijadikan
simbol untuk menunjukkan aras atau tingkat pencapaian.

Membidik Bintang membawa maksud menyasarkan pencapaian yang tinggi dan


cemerlang.

3
RASIONAL

Aktiviti memanah memberi manfaat yang banyak dalam membentuk kemenjadian


insan. Antara manfaatnya:

Memanah sangat menitik beratkan “body balancing”, untuk mendapat “body


balancing” yang sempurna pemanah akan belajar mengawal emosi, pernafasan dan
pemikiran mereka. Maka jika pemanah emosinya tertekan, panahan amat mudah
tersasar, ini menyebabkan mereka kecewa dan akan terus mencuba memanah lagi
dan lagi untuk mendapat panahan yang sempurna. Secara tidak langsung, sukan ini
melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi serta daya fokus untuk
mencapai kejayaan.

Membina kekuatan bahagian atas badan: memegang busur dan menarik anak panah
memerlukan kekuatan fizikal. Memanah akan memberi kekuatan unggul pada
bahagian atas badan.

Perlakuan masa memanah melatih individu menjadi seorang yang sabar: Sebelum
melepaskan anak panah, pemanah perlu memegang anak panah dan “placing” baik-
baik pada busur. Jika gopoh dan kelam kabut, sudah pasti anak panah akan jatuh ke
tanah. Aktiiviti ini secara tidak langsung akan memupuk sifat sabar, meningkatkan
daya fokus. Ini secara semulajadi akan membuatkan mereka belajar untuk
mengasingkan perkara-perkara lain yang bermain dalam minda mereka.

Gigih dan tekun: untuk mencapai kesempurnaan dalam aktiviti memanah, para
pemanah perlu menjalani latihan yang kerap serta berterusan. Ini akan memupuk
sikap gigih dan tekun berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat dalam hidup.

Meningkatkan fleksibiliti tangan dan jari: memegang busur, memasang, mengangkat


dan melepaskan anak panah adalah semua aktiviti yang mengukuhkan dan
meningkatkan fleksibiliti tangan, pergelangan tangan dan jari.

Meningkatkan kemahiran koordinasi tangan dan mata: memanah adalah untuk


melepaskan anak panah pada sasaran, yang secara semulajadi membantu dalam
pembangunan kemahiran koordinasi tangan dengan mata.

4
Meningkatkan kekuatan mental dan penumpuan: pemanah tahu bagaimana untuk
membebaskan minta mereka dari gangguan dan memberi tumpuan kepada sasaran.
Ia menjadikan memanah sebagai kaedah senaman minda. Memanah juga
merupakan amalan mengawal minda dan meningkatkan kesabaran.

Aktiviti memanah melatih individu terpaksa berani, pemanah terpaksa berani


kehadapan untuk memegang busur dan menariknya untuk melepaskan anak panah.
Kelakuan ini memerlukan keberanian dan keyakinan diri.

Memanah memberikan keseronokan dan meningkatkan keyakinan diri. Matlamat


utama pemanah adalah keseronokan dalam bersukan. Pemanah perlu memberikan
tumpuan dan memperbaiki keyakinan diri bukannya bimbang tentang apa yang
orang lain lakukan, dan dengan itu memanah akan memberi lebih keseronokan serta
keyakinan diri meningkat.

Berjalan memperbaiki kesihatan kardiovaskolar, otot dan kekuatan kaki. Semasa


pertandingan, pemanah boleh berjalan sejauh sehingga 5 kilometer semasa
melaksanakan tugas memanah dan bergerak dari satu kedudukan kepada yang lain.
Walaupun banyak berjalan ini adalah dalam jarak yang pendek, kesan kumulatif
berjalan sepanjang pertandingan boleh memperbaiki kesihatan kardiovaskular, otot
dan kekuatan kaki. Pemanah akan mendapat manfaat ini kerana menghabiskan
sejumlah besar masa berjalan untuk mengambil anak panah disasaran dan kembali
ke garisan permulaan.

Memanah salah satu jenis aktiviti fizikal yang dilakukan oleh individu bagi memenuhi
keperluan, kepuasan dan minat.

Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan


saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan
ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis
dan lain-lain masalah pengaliran darah.

5
Memanah memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri pemanah: Selepas aktiviti
memanah, mereka mengutip semula anak-anak panah yang telah mereka lepaskan.
Setiap pemanah bertanggungjawab untuk memastikan peralatan memanah mereka
dikutip, dijaga dengan baik sepanjang waktu pembelajaran. Aktiviti ini akan
memupuk rasa bertanggungjawab dalam diri mereka bukan sahaja sewaktu aktiviti
memanah bahkan juga dalam kehidupan seharian.

Menjadikan aktiviti memanah sebagai wadah atau strategi untuk memupuk sahsiah
murid, diharap akan menyediakan kepelbagaian dan kelainan. Diharapkan juga ia akan
memberi ruang dan peluang kepada murid-murid, sudah tentu terdiri dari pelbagai
keperibadian yang berbeza diantara satu sama lain. Aktiviti-aktiviti memanah bukanlah
aktiviti sekali-sekala, aktiviti memanah memerlukan latihan yang kerap dan berterusan.
Sudah tentu ini akan mengukuhkan lagi sifat-sifat positif yang dipupuk semasa memanah.

MATLAMAT
Melahirkan insan (murid) cemerlang yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan Sahsiah. Murid-murid berketrampilan, memiliki jati diri, berdisiplin,
bersahsiah dan berperibadi mulia serta berdaya saing.

OBJEKTIF
Menyediakan kepelbagaian strategi untuk membentuk sahsiah murid.

Menyediakan ruang dan peluang kepada murid-murid menguji serta mengasah bakat
mereka.

Memupuk dan membina sahsiah murid untuk menjadi insan yang bersahsiah terpuji.

Menyediakan wadah kepada guru atau jurulatih, untuk mereka jadikan strategi memupuk
sahsiah murid.

PERKARA
Permohonan kebenaran melaksanakan program pemupuk sahsiah murid anjuran Unit
Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku.

6
DIKEMUKAKAN KEPADA
ENCIK ISMAIL BIN SILI
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku,
94900 Lingga,
Sri Aman,
SARAWAK.

KUMPULAN SASARAN
Keutamaan kepada murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6), turut dibuka
kepada murid Tahun 2 dan Tahun 3. Warga sekolah yang lain pun dipersilakan.

PERLAKSANAAN
Membidik Bintang Siri 1/20…..

Tarikh :

Hari :

Tempat : Bilik Sains & kawasan lapang (lapang sasar)

Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

Membidik Bintang Siri 2/20…..

Tarikh :

Hari :

Tempat : Bilik Sains & kawasan lapang (lapang sasar)

Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

7
SENARAI NAMA PESERTA

Bil
Nama Kelas
.

1 Muhammad Daniel Bin Abdul Mulok Tahun 6

2 Nuralia Mysara Binti Mohammad Salleh Tahun 6

3 Nurul Ainna Binti Ismail Tahun 6

4 Desmond Asik Anak Christina Tahun 5

5 Erdy Sutera Bin Eddy Tahun 5

6 Ferdaus Bin Kamarul Jeli Tahun 5

7 Maizatul Dania Najwa Binti Zainal Tahun 5

8 Sharifah Nur Aqilah Fasihah Binti Wan Alwi Tahun 5

9 Abang Daniel Iqhwan Shah Bin Abang Salihin Tahun 4

10 Faridatul Akmal Bin Emeli Tahun 4

11 Nur Aisyah Binti Kamarul Jeli Tahun 4

12 Nur Qalisya Madihah Binti Mohamad Faizal Tahun 4

13 Putri Nurfatihah Binti Abdul Mulok Tahun 4

14 Maizatul Iqma Alya Binti Zainal Tahun 3

15 Dayang Siti Mastika Binti Abdullah Tahun 3

16 Nazrul Izwan Bin Yahya Tahun 3

17 Mohammad Rafiq Bin Jamali Tahun 3

18 Mohamad Qaisar Fazrien Bin Mohamad Faizal Tahun 2

19 Muhammad Qhusyaimie Bin Ismail Tahun 2

20 Nur Auni Arissa Binti Abdullah Tahun 2

8
21 Nur Laila Maisarah Binti Awang Mohamad Hasrekim Tahun 2

22 Nurmierra Fahani Binti Johari Tahun 2

23 Abang Hafizi Wahyu Bin Abang Ajus Tahun 1

24 Dayang Asrina Fatrisha Zulaika Binti Abang Salihin Tahun 1

25 Mohamad Rozaimi Bin Mohamad Razidie Tahun 1

26 Muhamad Zaky Al Bukhori Bin Mohamad Kodri Tahun 1

27 Nur Umairah Aqilah Binti Reduan Tahun 1

PENGISIAN MEMBIDIK BINTANG

BIL. SLOT PERINCIAN

Manusia, busur, anak panah dan ………:


1 Slot 1
Memanah dalam sejarah
Empayar Besar dan Memanah

Memanah Memupuk Sahsiah Seimbang


2 Slot 2
Manfaat memanah

Saad Bin Abi Waqas Pemanah Handalan:

3 Slot 3 Menonton klip video kisah Saad Bin Abi Waqas sahabat
Rasulullah
Hadis

War Of Arrow:

Menonton cerita Korea.


Mengisahkan perjuangan lagenda memanah Korea
menyelamatkan adik perempuannya dari tawanan musuh.
4 Slot 4
Cerita ini memaparkan sifat keberanian, keyakinan diri,
kesetiaan dan cinta.
Senjata utama yang digunakan Hero ialah busur dan anak
panah.
Ulasan nilai-nilai murni

9
Peraturan:
5 Slot 5
Pendedahan kepada murid mengenai peraturan yang wajib
dipatuhi semasa aktiviti memanah

Aku Seorang Hero:

Bengkel memanah
6 Slot 6
Murid dibimbing melakukan aktiviti memanah.
Murid melakukan aktiviti memanah.
Merasai sendiri menjadi seorang hero memanah.

KESELAMATAN
Peraturan Memanah
1. Diwajibkan mendahulukan keselamatan diri dan orang lain.

2. Mendengar dan patuh kepada arahan jurulatih atau guru.

3. Jangan sesekali menghalakan busur kearah orang walaupun tiada anak panah.

4. Jangan bergurau ketika melakukan latihan memanah.

5. Jangan “Dry Fire”, iaitu melepaskan panahan tanpa anak panah, ini akan
menyebabkan kecederaan dan kerosakan kepada busur.

6. Menjunjung tinggi dan mematuhi undang-undang Negara serta peraturan sekolah.

7. Jangan memanah makhluk hidup; tanaman, haiwan dan terutamanya manusia.

8. Patuhi semua peraturan supaya kita dapat menjaga keselamatan ketika berada di
padang atau kawasan sasar memanah.

9. Peralatan mestilah diletakan dalam keadaan tersusun rapi supaya tidak berlaku
kemalangan.

10. Periksa dan pastikan peralatan memanah dalam keadaan elok dan tidak rosak sebelum
memanah.

11. Meminta bantuan daripada jurulatih atau guru atau orang yang berkelayakan jika ada
masalah teknik memanah dan peralatan memanah.

12. Menjaga etika pemanah dan kesopanan semasa latihan atau pertandingan memanah.

10
13. Bersama-sama menjaga kebersihan dan hartabenda kelab atau sekolah untuk kebaikan
bersama.

14. Memakai pakaian yang sesuai untuk memanah (pakaian sukan).

JAWATANKUASA PROGRAM

Dato Wan Abdillah Edruce Bin Wan Abdul Rahman (YDP


Penaung :
PIBG)

Penasihat : Guru Besar Encik Ismail Bin Sili

Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum Encik Hazmi Mohamad Ali

Setiausaha : Encik Zairol Bin Mohamad Narawi

Bendahari : Puan Dayang Lennyazmaria Binti Abang Hossain

Muhammad Daniel Bin Abdul Mulok


Ahli Jawatankuasa : Nuralia Mysara Binti Mohammad Salleh
Nurul Ainna Binti Ismail

11
KEPERLUAN
Untuk menjayakan program MEMBIDIK BINTANG beberapa peralatan memanah
diperlukan. Senarai di bawah hanya satu cadangan keperluan untuk memulakan aktiviti.
Diharapkan kelengkapan peralatan akan dapat diperbanyak dan dipertingkatkan kualiti
peralatan, pada masa mendatang.

Bil. Peralatan Bilangan (anggaran)

1 : Busur 10 unit

2 : Anak Panah 48 batang

3 : Target Butt 10 unit

4 : Arm Guard 10 unit

5 Thumb Guard 10 unit

6 Arrow Rest Glove 10 unit

7 Target Stand 10 unit

8 Lapang sasar 1

9 Arrow Stoper 2 unit

10 Jamuan Ringan 35 orang anggaran

Memandangkan sumber kewangan yang terhad, pembelian peralatan untuk program ini
hanya peralatan asas untuk memanah sahaja mampu dibeli. Peralatan akan digunakan juga
Tangkas
untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum Kelab Memanah Tradisional Sekolah
Kebangsaan Pulau Seduku.

12
SUMBER KEWANGAN
Peruntukkan

Perincian keperluan dan pembelian peralatan:

Bil. Perihal Barang Kuantiti Harga / Harga Catata


Unit RM n
RM
Busur Rolan Snake Poundage
1 5 set 280.00 1400.00
26#
Busur Baby Snake Poundage
2 5 set 260.00 1300.00
15#

3 Anak Panah (Carbon HOA) 48 batang 23.00 1104.00

Target Butt 60cm x 60cm x


4 10 unit 85.00 850.00
15cm

5 Thumb Guard 10 unit 35.00 350.00

6 Arrow Rest Glove 10 unit 45.00 450.00

7 Arrow Stoper 2 unit 950.00 1900.00

Jumlah 7354.00
 Nota: Pembelian bergantung kepada jumlah dana, keutamaan kepada peralatan utama
yang di gelabkan. Peralatan akan diusahakan berperingkat-peringkat (bergantung
kepada dana)

Semua jumlah wang yang digunakan untuk membeli ……

13
PENUTUP
Diharapkan program Membidik Bintang ini akan berjaya dilaksanakan dengan
lancar dan berjaya mencapai objektif. Program ini bukan dirancang untuk setakat ini sahaja,
ia seharusnya diikuti siri-siri Membidik Bintang seterusnya. Semoga program Membidik
Bintang ini akan membawa kebaikan kepada sekolah amnya dan murid khasnya. Dilindungi
dan direda Allah SWT. Selamat Maju Jaya.

Disediakan Oleh
Disemak dan Disahkan Oleh

…………………………………………………
…………………………………………………
(MOHAMAD ZAIROL BIN MOHAMAD
(HAZMI MOHAMAD ALI)
NARAWI)
Penolong Kanan Kokurikulum
Guru
Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku
Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku
94900 Lingga
94900 Lingga
Sri Aman
Sri Aman
Sarawak
Sarawak

Disokong Oleh Diluluskan Oleh

………………………………………………… …………………………………………………
(AHMAD FAIZAL BIN OSMAN) (ISMAIL BIN SILI)
Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku
94900 Lingga 94900 Lingga
Sri Aman Sri Aman
Sarawak Sarawak

ULASAN GURU BESAR


……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

14
LAMPIRAN

15

Anda mungkin juga menyukai