Anda di halaman 1dari 2

Tugas utama seorang murid (yang berkeinginan) menuju Allah azzawajalla itu ada 4 perkara.

Pertama mengurangkan makan.

Kedua mengurangkan tidur .

Ketiga mengurangkan berbicara

dan keempat mengurangkan pergaulan.

Untuk apa?

Supaya kita boleh fokus dalam melaksanakan tugas tugas lain dalam perjalanan kita itu.

Dan tidak lah dia makan kecuali dia memang sangat berhajat untuk makan ( bukan nyemil
nyemil tu). Makan kerana dia lapar. Masalahnya kita sekarang ni asyik lapar.

Macam mana nak tahu kita betul betul kelaparan? Tanda nya ialah kita makan je apa yang
terhidang tak ada memilih milih lauknya apa. Seadanya saja . Apa adanya makan. Kalau ini tak
mau yang itu tak mau, masih boleh memilih milih maksudnya dia belum benar benar lapar.

Ada satu keluarga miskin menghidangkan roti kering untuk anak anaknya makan. Anaknya tak
mahu makan . Ha yelah sabar nanti lauknya datang. kata ayah nya. Ditunggu tunggu tak datang
juga lauknya. Mana ni? Tanya anak anak . Macam lama lagi je . Dahla kalau macam tu makan je
lah roti kering ni. Maka ayahnya kata ha tu lauknya dah sampai iaitu lapar.

Dan tidak lah dia tidur kecuali dia benar benar sangat mengantuk. Tapi kena jaga jaga dalam
bab kurangkan tidur ini kerana memang nya Allah jadikan tidur ini supaya jadikan badan nya
istirehat dan sebagai manusia biasa tetap memerlukan tidur atau kita berdepan dengan tekanan
mental . Habis tu macam mana nak kurangkan tidur? Jadi kena buat bertahap tahap . Kalau
selalu nya kita tidur 8 jam, maka dikurangkan jadi tujuh jam di tahap awal. Kemudian kurang kan
jadi 6 jam kemudian kurang kan setengah jam lagi .

Buat sedikit demi sedikit dan memang ambil masa . Jika dah bertahun tahun buat maka badan
nya akan jadi biasa. Ada orang tidurnya cukup setiap hari cuma empat jam .

Bila tidur nya berkualiti maka dia tak mengantuk bahkan lebih baik dari kebiasaan badan yang
tidur lapan jam . Cuma kalau kita bergadang untuk benda tak bermanfaat seperti layan tik tok
tengok FB main game atau benda benda lalai yang lain seperti lepak mamak dengan kawan
kawan maka tak usahlah . Eloklah kau tidur kalau macam tu . Berguna lah juga. Isilah masa
bergadang tu dengan solat, tilawah , zikir, munajat.

Dan selain bertahap kurang kan tidurnya kenalah juga tengok keperluan tubuh masing masing.
Ada yang kerja nya berat di siang hari dan memerlukan rehat yang lebih. Tak semua orang sama
keperluan nya . Kena tengok kondisi dan situasi mas

Dan jangan lah berbicara kecuali perkara tersebut sangat penting. Dan jangan lah dia bergaul ,
berkumpul dengan orang melaikan perkumpulan tersebut mendatang kan faedah baginya.
Faedah itu baik duniawi atau ukhrawi. Kalau setakat duduk duduk berbual bual perkara tak
bermanfaat buang buang masa maka tak perlulah . Tinggal kan perkumpulan tersebut.

Dan Imam Al Haddad menulis lagi bahawa orang yang banyak makan ini akan keras hatinya,
memberatkan anggota badannya untuk ibadah, membuatkan kita kerap mengantuk dan banyak
berbicara.

Siapa yang boleh control makannya maka dia boleh control anggota tubuhnya yang lain . Jadi
bila mana kita makan , usahakan untuk khusyuk , hadir hatinya. Lah kok makan disuruh khusyuk
macam solat . Yelah makan tu hakikat nya bukan untuk memenuhi dan mengenyangkan perut
tetapi untuk menjadikan tenaga supaya mampu tubuh kita bergerak , boleh bekerja dan otak kita
memikir. Itu tujuan utama makan . Tak kisahlah apa makanan nya asalkan halal ya silakan
sahaja .

Habib Ahmad Al Kaff

Adab Sulukil Murid

Anda mungkin juga menyukai