Anda di halaman 1dari 4

1. Huraikan konsep – konsep tersebut ?

Etnosentrisme
- Kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik
bahawa budaya mereka adalah jauh lebih baik dan hebat berbanding kelompok budaya yang lain.
Contoh : Sepanjang era penjajahan eropah, terdapat kepercayaan bahawa orang asli adalah lebih
rendah dan tidak cerdik.
Bias
- Berat sebelah ataupun prasangka yang memihak kepada sesuatu perkara, orang ataupun
kumpulan berbanding yang lain dengan cara tidak adil.
Contoh : dalam kaunseling kelompok, ketua hanya bertanyakan khabar kepada Alia kerana Alia
memiliki rupa paras yang cantik.
Diskriminasi
- Satu proses apabila ahli sesuatu kumpulan atau kategori dalam masyarakat dinafikan hak untuk
mendapat layanan yang saksama dari segi undang-undang dan hak untuk menikmati manfaat
sosial yang lain. Tindakan membeza-bezakan anggota masyarakat atas dasar kelas atau kategori
tanpa mengambil kira faktor kebolehan atau kelebihan seseorang.
Stereotaip
- Kenyataan umum yang positif/negatif tentang sesuatu kelompok. Gambaran berlebihan tentang
sesuatu perlakuan baik dan buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik. Pandang rendah
berteraskan interaksi dan semangat perkauman.
Asimilasi
- Proses percantuman atau penyatuan antara golongan etnik yang berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Enculturation
- Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berbeza. Satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan
dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu
akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
Silang Budaya
- Berkaitan dengan pertembungan atau perbandingan antara dua atau lebih budaya yang berlainan.
Prejudis
- Sikap atau tanggapan yang lazimnya bersifat negatif terhadap sesuatu kumpulan manusia atau ras
yang berlainan atau sikap yang dibentuk berdasarkan generalisasi yang tidak rasional kerana
kumpulan tersebut mempunyai kualiti tersebut.
Racism
- Satu bentuk kepercayaan, sikap, amalan yang mendiskriminasikan beberapa golongan manusia
berdasarkan ciri-ciri perkauman. Kepercayaan ini mengandaikan bahawa manusia hanya boleh
dibahagikan kepada kaum yang berbeza, nilai dan darjat seseorang itu hanya ditentukan oleh kaum
yang diwakilinya sahaja.
Persepsi
- Tindakan menerima, menafsirkan dan memahami melalui jiwa yang menghubungkan individu
dengan dunia luar. Persepsi juga adalah penting bagi manusia untuk merespon kepada keadaan
dan persekitarannya. Persepsi juga dikenali sebagai tanggapan.
Akomodasi
- Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai
kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Multi-culture
- Kepelbagaian budaya masyarakat dan dasar-dasar yang mempromosikan kepelbagaian ini.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan asimilasi budaya ?


- Asimilasi ialah proses percantuman atau penyatuan antara golongan etnik yang berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
- Satu proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan,
menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna
menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.
3. Huraikan kesan asimilasi ?
- Etnik minoriti sanggup menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti majoriti.
- Cara atau gaya hidup akan sama dan kekal.
- Etnik minoriti yang menjalani proses asimilasi tidak berasa takut dengan budaya etnik majoriti.
- Penyerapan gaya bahasa yang sama setelah berlakunya asimilasi.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan bias ?
- Berat sebelah ataupun prasangka yang memihak kepada sesuatu perkara, orang ataupun
kumpulan berbanding yang lain dengan cara tidak adil.
Contoh : dalam kaunseling kelompok, ketua hanya bertanyakan khabar kepada Alia kerana Alia
memiliki rupa paras yang cantik.

5. Berikan definisi komunikasi.


- Komunikasi merupakan aktiviti keperluan bagi setiap individu, kerana ia berlaku setiap hari.
Komunikasi adalah proses berterusan yang melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber
kepada penerima dan ada maklum balas di antara kedua-duanya.
- Komunikasi merupakan sesuatu mesej daripada penyampai kemudian dipindahkan menerusi alat
atau saluran khas kepada penerima yang kemudiannya memberi maklum balas terhadap mesej
tersebut yang mengembalikan isyarat dalam bentuk yang sama ada mesej tersebut difahami atau
tidak difahami.

6. Jelaskan empat (4) perkara yang berpotensi mengganggu komunikasi antara kaunselor dan klien
dalam konteks kepelbagaian budaya.
- Laras bahasa yang mempunyai jurang
- Penyampai dan penerima tidak dapat mengenalpasti dan memisahkan antara pemerhatian,
sangkaan dan mesej sebenar.
- Persediaan yang tidak mencukupi di pihak penyampai sehingga menyebabkan mesej kurang jelas.
- Pemilihan perkataan yang tidak tepat dan terlalu umum yang mengundang tafsiran berbeza-beza
mengenai perkataan.

7. Jelaskan tiga (3) ciri komunikasi berkesan.


- Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima
- Perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat dari mesej adalah seperti perubahan yang
dikehendaki oleh penghantar
- Mesej yang disampaikan mempunyai kos efektif
- Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima
- Penerima menerima dan merespon terhadap apa yang disampaikan
8. Nyatakan tiga (3) fungsi komunikasi dalam konteks perkhidmatan kaunseling.
- Untuk memberi informasi tertentu > Komunikasi berfungsi untuk memberikan informasi kepada
seseorang atau publik mengenai idea, pengalaman hingga sesuatu untuk diluahkan.
- Untuk mendidik dan membimbing > Komunikasi menjadi medium penyampaian idea dan
pandangan kepada klien sehingga membuatkan klien mendapatkan maklumat dan ilmu
pengetahuan.
- Untuk memberi pendapat > Kaunselor memberikan pendapat dan alternatif kepada klien melalui
komunikasi yang berkesan.
- Untuk mengubah tingkah laku > Kaunselor melakukan konfrontasi demi klien mendapatkan celik
akal melalui komunikasi berkesan.
9. Bincangkan konsep budaya yang terdapat dalam proses pembentukan budaya.
- Kebudayaan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi daripada satu generasi
kepada satu generasi yang berikutnya. Kebudayaan berkaitan dengan keseluruhan sistem
kehidupan yang dipraktikkan oleh sesuatu masyarakat. Dalam kebudayaan itu, terkandung unsur
sosial, kepercayaan, sistem simbol, unsur teknologi, ekonomi yang menjadi milik masyarakatnya.
Budaya dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya sesuatu
masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara. Di Malaysia, budaya
Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan, namun unsur-unsur budaya kaum
lain seperti Cina dan India turut diambil kira.
- Budaya merupakan tatacara hidup sesuatu kelompok atau kumpulan sosial,iaitu seluruh
kehidupan dan persekitaran yang dibina oleh manusia hasil amalandan hubungan manusia dalam
linkungan persekitaran yang meliputi budayakebendaan dan budaya bukan kebendaan.

10. Huraikan secara ringkas tiga (3) peranan budaya dalam proses pembentukan tingkah laku individu.
- Untuk menjadi panduan kepada masyarakat dalam bertingkah laku > perlakuan yang diboleh dan
tidak dibolehkan, perlakuan yang patut dan tidak patut serta perlakuan yang digalakkan dan tidak
digalakkan.
- Untuk membentuk sosioemosi yang baik bagi seseorang individu > gaya hidup rakan sebaya
menjadi pengaruh kepada tingkah laku melalui jalinan interaksi dan pertemanan.
- Sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti > sesuatu bangsa dikenali bukan dari fizikalnya
sahaja tapi dari segi budayanya seperti memberikan salam hormat kepada bangsa lain.

11. Berikan dua (2) faktor yang mempengaruhi pembentukan budaya.


- Faktor persekitaran sosial – sekelompok individu yang mampu mempengaruhi perilaku individu
ketika melakukan suatu tindakan berdasarkan kebiasaan. Contohnya, didikan ibu bapa dari rumah,
status dan darjat seseorang.
- Faktor perkembangan teknologi – sesuatu perkembangan teknologi yang diinovasikan oleh
individu tertentu membawa peralihan daripada budaya tradisional kepada budaya moden serta
teknologi yang canggih.
- Faktor geografi – kelompok yang tinggal di kawasan sejuk berlainan budaya dan adaptasi
berbanding kelompok yang tinggal di kawasan gurun.
- Bahasa – yang meliputi bahasa lisan dan tulisan yang memiliki fungsi berinteraksi merupakan tanda
budaya suatu peradaban.
- Agama – merangkumi aliran kepercayaan atau agama yang dianut oleh masyarakat iaitu elemen
seperti upacara atau tradisi kepercayaan tertentu.

12. Masyarakat cina, India dan orang asli.


Perkahwinan
- Bagi kaum Cina, Ann Wan Seng (1994) menjelaskan bahawa tanda termeterai ikatan perkahwinan
hanya dengan menandatangani buku daftar perkahwinan. Pengantin lelaki akan berkunjung ke
rumah pengantin perempuan untuk disandingkan dan sesi perkenalan diri kepada keluarga pihak
lelaki. Tradisi yang penting adalah tradisi minum teh yang dipercayai mampu membina hubungan
mesra antara pengantin dan keluarga.
- perkahwinan kaum India dilakukan dengan mengelilingi manavarai (mimbar) mengikut arah jam
sebagai tanda memohon restu Dewa Ganesha dan diteruskan dengan upacara penyarungan cincin
dan pengalungan thaali. Kedua-dua mempelai kemudian memberi hormat kepada ibu bapa
sebagai tanda rasmi suami isteri.
- upacara perkahwinan kaum Melayu bermula dengan upacara akad nikah, berarak dan bersanding
dan adat menyambut menantu. Upacara akad nikah menjadi simbol kesahihan ikatan perkahwinan
yang disaksikan oleh wali perempuan. Semasa majlis akad, pengantin lelaki dan perempuan saling
membalas hantaran dulang dalam jumlah yang ganjil. Majlis berarak dan bersanding pula
merupakan majlis utama dalam adat perkahwinan melayu untuk menguar-uarkan tentang status
hubungan pengantin kepada orang ramai.
- Bagi masyarakat orang asli, upacara perkahwinan dimulakan dengan mengasah gigi kedua-dua
mempelai bagi membuang sial. Upacara berinai dilakukan sehari sebelum bersanding. Acara
makan diadakan oleh kedua-dua pihak pengantin dan selepas itu pengantin dimandikan sebagai
tanda selamat dikahwinkan.
Perayaan
- Aidilfitri ditentukan oleh kemunculan anak bulan pada malam 29 Ramadhan dalam kalendar Hijrah
dan sekiranya anak bulan tidak kelihatan maka kaedah hisab akan digunakan bagi menentukan
tarikh perayaan.
- Tahun Baru Cina disambut bagi menandakan kedatangan tahun baru berdasarkan kalendar mereka
yang terbahagi kepada 12 kitaran tahun. Tahun-tahun tersebut dinamakan sempena nama haiwan
dan setiap satunya membawa tuah tersendiri.
- Deepavali akan diraikan setiap kali tibanya bulan Aipasi iaitu bulan ketujuh daripada putaran 12
bulan.

13. Apakah yang dimaksudkan dengan prejudis ?


- Sikap atau tanggapan yang lazimnya bersifat negatif terhadap sesuatu kumpulan manusia atau ras
yang berlainan atau sikap yang dibentuk berdasarkan generalisasi yang tidak rasional kerana
kumpulan tersebut mempunyai kualiti tersebut.

14. Berikan dua (2) kesan negatif prejudis dalam proses kaunseling pelbagai budaya.
- Menimbulkan persepsi yang negatif yang mampu memburukkan imej dan perspektif yang tidak
baik. Orang akan menjauhkan diri daripada berinteraksi dengannya.
- Tidak wujud keterlekatan dan kebersamaan antara kaunselor dan klien yang mempunyai sikap
prejudis.
- Tidak disenangi oleh orang sekeliling.
15. Berikan kesan sekiranya kaunselor mempunyai sikap prejudis terhadap klien ?
- Klien berasa tidak yakin untuk meluahkan atau berkongsi ceritanya kerana bimbang akan sikap
prejudis kaunselor.
- Klien tidak mempercayai kebolehan kaunselor sekiranya kaunselor menunjukkan sisi prejudisnya
dan berisiko untuk di anggap sebagai orang yang gagal dan bermasalah.
16. Anda didatangi seorang klien yang berbeza orientasi seksual (LGBT). Sebagai seorang kaunselor
muslim, jelaskan perancangan rawatan untuk klien tersebut.
- melaksanakan program intervensi (bengkel) terhadap golongan kecelaruan seksualiti ini dengan
memberikan pendedahan tentang bahayanya HIV jika mengamalkan hubungan songsang dari segi
seksualiti. menjalankan sesi perbincangan bersama secara terbuka dalam kumpulan itu untuk
membantu mereka kembali ke jalan yang sepatutnya. Pendekatan ini tertakluk kepada kesedaran
sama ada mereka wajar untuk berubah atau sebaliknya.
- pendekatan kemahiran mendengar dan rasionalisasi yang merupakan kemahiran kaunseling asas
yang harus dijalankan terhadap mereka, sesuai dengan konteks permasalahan ini. Tindakan
menghukum dan tidak mendengar dengan baik akan menyebabkan golongan ini terus hanyut
dengan dunia mereka. Justeru, sesi kaunseling secara berterusan dan cuba memahami daripada
sudut diri mereka akan membantu perubahan dalam diri mereka secara perlahan-lahan.
- Isu sebegini wajar dijalankan sesi kaunseling melalui pendekatan REBT (Rational Emotive Behavior
Therapy) untuk menegakkan pemikiran yang rasional dan jelas orientasi seksual mereka
berasaskan gender hakiki

Anda mungkin juga menyukai