Anda di halaman 1dari 5

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

Semester I Tahun 2023

UJIAN : OKTOBER 2023

Nama : Muhammad Nabil Firdaus bin Mohd Shahril


Unit : A2
Angka Giliran : 2023242310048
No KP : 031106-14-0557

KOD KURSUS: GPMK1012 KURSUS: PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI


BAHAGIAN A
(15 markah)

Bahagian A mengandungi satu soalan. Jawab semua soalan.

A. Dalam linguistik, laras bahasa ialah subset sesuatu bahasa yang digunakan bagi
tujuan tertentu.

I. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan definisi laras bahasa mengikut


pendapat seorang tokoh bahasa dan berikan contoh.

Nik Safiah Karim menyatakan laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu
bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan
variasi yang ada pada tiap penutur. Contohnya, gaya bercakap dalam situasi berbual adalah
tidak formal manakala gaya bercakap dalam suatu mesyuarat adalah formal.

(3 Markah)

II. Berikan perbezaan antara laras bahasa formal dan laras bahasa tidak formal
beserta contoh.

Laras bahasa formal dan contoh:

Laras bahasa formal digunakan di dalam situasi formal seperti di dalam situasi yang formal
seperti majlis rasmi, mesyuarat atau seminar.
Contoh bahasa formal ialah bahasa baku dan bahasa istana, ia juga dikenali sebagai bahasa
terkawal.
(3 Markah)

Laras bahasa tidak formal dan contoh:

Laras bahasa tidak formal biasa digunakan di dalam situasi yang tidak rasmi seperti
pergaulan, atau pertuturan harian.

Contoh bahasa tidak formal ialah bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa
pasar, bahasa halus dan dialek.

(3 Markah)
B. Berikan dua contoh laras bahasa iklan, iaitu laras bahasa iklan memujuk dan laras
bahasa iklan pengisytiharan.

I. Memujuk:

(i) Rasai nikmat yang tiada tandingannya. Anda akan terngiang-ngiang dengan
setiap gigitan. Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan segera ayam kukus!

(ii) Dapatkan internet pantas tanpa had dari kami !

(iii) Kotoran degil tidak mahu hilang? Dapat kan segera sabun pencuci baru kami,
dengan formula dua kali lebih keberkesanan!
(3 markah)

II. Pengisytiharan:

(i) Kini, dengan formula baharu kami, baju harum mekar hanya dengan satu
sudu teh sabun pencuci

(ii) Masa depan di hadapan anda, mempersembahkan Samsung S24

(iii) Nikmati pengalaman yang luar biasa dengan televisyen resolusi tinggi. Ini
adalah masa depan teknologi, dan ia telah tiba.

(3 markah)
Bahagian B

Bahagian ini mengandungi satu soalan sahaja. Jawab soalan berikut:

Kelas anda diminta untuk menganjurkan Perhimpunan Siswa Guru, Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh bagi bulan November 2023.

1. Tuliskan satu memo pemberitahuan yang ringkas memohon semua siswa guru Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh menghadiri perhimpunan tersebut.
Panjang memo tidak melebihi 50 patah perkataan.
(15 Markah)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kepada: Semua Siswa Guru


Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Dari: Unit A2
Tarikh: 6 November 2023
Perkara: Perhimpunan Siswa Guru

Dengan seggala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Kami ingin memaklumkan tuan/puan bahawa Perhimpunan Siswa Guru bagi Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh seperti dibawah:

Tarikh : 10 November 2023 ( Jumaat)


Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Seri Tanjung

Kerja sama dan perhatian tuan/puan amat kami hargai.


Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah


Nabil
( Muhammad Nabil Firdaus)
Wakil kelas A2

Anda mungkin juga menyukai