Anda di halaman 1dari 104

PRAKATA

Garis Panduan Pembinaan Telaga Tiub Untuk Tujuan Eksplorasi, Pemantauan


dan Pengeluaran Dalam Penggunaan Sumber Air Bawah Tanah (JMG.GP.27) ini
merupakan satu dokumen yang komprehensif terutama kepada Kerajaan
Persekutuan dan Negeri, pihak industri air bawah tanah dan pemegang taruh yang
berkaitan bagi memperkenalkan prosedur lengkap yang dijalankan dalam
pembinaan telaga tiub.

Kandungan garis panduan ini menerangkan dengan terperinci mengenai


pembinaan telaga tiub daripada jenis-jenis telaga sehingga kaedah-kaedah
pembinaan telaga tiub yang diamalkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains
Malaysia (JMG). Kaedah yang sama juga boleh digunapakai oleh pihak-pihak
yang berkepentingan. Diharapkan dengan penghasilan garis panduan ini mampu
mewujudkan keseragaman dalam pembinaan telaga tiub untuk mencapai kualiti
hasil yang tinggi.

Penulisan garis panduan ini adalah disesuaikan dengan hasil


pengumpulan maklumat daripada sumber bahan rujukan utama seperti Garis
Panduan Eksplorasi Air Tanah (JMG.GP.09), Manual Air Tanah Jabatan Mineral
dan Geosains Malaysia (JMG.KLL (HG) 01/2005) serta garis panduan dari
negara-negara lain seperti Minimum Construction Requirements For Water
Bores in Australia National Water Commission (2020) edisi keempat dan
Technical Guidelines For The Construction, Rehabilitation of Drilled Water Wells
(2020).

Garis panduan ini dihasilkan dengan daya usaha tinggi oleh sebuah
kumpulan kerja yang memiliki kepakaran khususnya dalam bidang hidrogeologi
dan pembinaan telaga tiub yang bertujuan untuk menerapkan amalan industri
yang baik dan seragam. Jasa dan sumbangan mereka amat memberi makna dan
disanjung tinggi oleh JMG.

Datuk Haji Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi


Ketua Pengarah
Jabatan Mineral dan Geosains
Malaysia November 2020

i
VISI

Sumber rujukan tempatan dan serantau dalam pembinaan telaga tiub dan
penggunaan air bawah tanah secara lestari.

MISI

Menyediakan garis panduan yang komprehensif dan kontemporari kepada


orang awam dan agensi teknikal dalam kerja berkaitan pembinaan telaga tiub
bagi mendukung amalan industri yang baik dan seragam.

ii
Muka Surat
PRAKATA i

VISI DAN MISI ii

SENARAI RAJAH vi

SENARAI JADUAL vii

SENARAI LAMPIRAN viii

1.0 PENDAHULUAN 1
1.1 Objektif Garis Panduan 1
1.2 Skop Garis Panduan 1
1.3 Definisi 2
1.4 Siapa Dan Bagaimana Menggunakan Garis Panduan 2

1.5 Panduan Permohonan Pembinaan Telaga Tiub 4


1.6 Amalan Industri Yang Baik 4

2.0 SISTEM AIR BAWAH TANAH DI MALAYSIA 6


2.1 Kitaran Hidrologi 6

2.2 Sistem Akuifer Di Malaysia 7

3.0 PENILAIAN KESESUAIAN TAPAK TELAGA TIUB 8


3.1 Status Pemilikan Tapak 9

3.2 Zon Penampan 9


3.3 Kaedah Penyiasatan Tapak 10

4.0 PEMBINAAN TELAGA TIUB 11


4.1 Kaedah Penggerudian 11

4.2 Persampelan Bahan Gerudi 15


4.3 Pengelogan Geofizik 15
4.4 Komponen Telaga Tiub 17
4.5 Reka Bentuk Dan Pembinaan Telaga Tiub 22
4.6 Isu-Isu Dan Penyelesaian Berkaitan Dengan 29
Aktiviti Pembinaan Telaga Tiub
4.7 Amalan Industri Yang Baik 31
Muka Surat

5.0 PEMAJUAN TELAGA TIUB 32


5.1 Kepentingan Pemajuan Telaga Tiub 32

5.2 Kaedah Pemajuan Telaga Tiub 32


5.3 Amalan Industri Yang Baik 34

6.0 UJIAN PENGEPAMAN TELAGA TIUB 36


6.1 Persediaan Sebelum Menjalankan 36
Ujian Pengepaman
6.2 Kaedah Ujian Pengepaman 37
6.3 Kaedah Analisis Ujian Pengepaman 40
6.4 Amalan Industri Yang Baik 41

7.0 PENENTUAN KUALITI AIR BAWAH TANAH 42


7.1 Persampelan Air Bawah Tanah 42

7.2 Kaedah Persampelan Dan Penjagaan 42


Sampel
7.3 Kualiti Air Bawah Tanah Dan Kesesuaian 44
Kegunaannya
7.4 Kaedah Analisis Kimia Air Bawah Tanah 46
7.5 Amalan Industri Yang Baik 47

8.0 PELENGKAPAN TELAGA TIUB (WELL COMPLETION) 48


8.1 Amalan Industri Yang Baik 49

9.0 PENYAHTAULIAHAN LUBANG GERUDI DAN TELAGA 50


TIUB (BOREHOLE AND WELL DECOMMISIONING)

9.1 Tujuan Lubang Gerudi Dan Telaga Tiub Ditutup 50

9.2 Kepentingan Menutup Lubang Gerudi Dan Telaga 50


Tiub
9.3 Kaedah Penutupan Lubang Gerudi Dan Telaga Tiub 50
9.4 Amalan Industri Yang Baik 51

10.0 PENYELENGGARAAN DAN PEMULIHAN TELAGA 52


TIUB
10.1 Penyelenggaraan Telaga Tiub 52
10.2 Kaedah Pemulihan Telaga Tiub 52
10.3 Amalan Industri Yang Baik 53

11.0 PENYEDIAAN LAPORAN TEKNIKAL 55

BIBLIOGRAFI 56

LAMPIRAN 59

GLOSARI 90
SENARAI RAJAH
Muka surat

Rajah 1: Carta Alir Pembinaan Telaga Tiub Air Bawah Tanah 3

Rajah 2: Ilustrasi kitaran hidrologi. Diubahsuai daripada manual 6


Understanding Groundwater and Wells in Manual Drilling,
2010, UNICEF

Rajah 3: Jenis akuifer di Malaysia. Diubahsuai daripada NGWA, 7


2007

Rajah 4: Lubang gerudi terbuka. (Diubahsuai dari: Minimum 19


Construction Requirements for Water Bores in Australia,
Fourth Edition, 2020)

Rajah 5: Telaga tiub eksplorasi yang telah dijadikan sebagai telaga 23


tiub pemantauan.

Rajah 6: Contoh reka bentuk sebuah telaga tiub menegak. 24


Diubahsuai dari Misstear et. al (2006).

Rajah 7: Kerja-kerja pemasangan skrin untuk telaga mendatar. 25

Rajah 8: Jenis telaga tiub pemantauan air bawah tanah 27

Rajah 9: Contoh reka bentuk telaga tiub untuk pemantauan air 29


bawah tanah dalam jenis akuifer yang berbeza.
Diubahsuai dari Schwartz & Zhang (2003).

Rajah 10: Telaga tiub dicuci menggunakan teknik pusuan udara 35


selepas siap dibina. Sumber: Nationaldriller.com

Rajah 11: Rajah skema pengukuran paras air bawah tanah 38

Rajah 12: Telaga tiub pengeluaran yang lengkap dengan komponen 49


Rajah 13: Pam selam yang tersumbat dengan mendakan oksida 53
besi(Fe2O3)

Rajah 14: Segala kotoran dalam telaga tiub akan dikeluarkan 54


menggunakan teknik pengangkatan udara
SENARAI JADUAL
Muka surat
Jadual 1: Jarak selamat telaga tiub dari sumber 10
pencemaran(Diubahsuai dari Geological Survey of Ireland
Information Circular 70/1 Water Well)

Jadual 2: Kesesuaian teknik penggerudian mengikut jenis 14


litologi(Diubahsuai dari sumber: Minimum Construction
requirement for water bores in Australia 4th Edition ,2020)

Jadual 3: Jenis pengelogan dan aplikasi dalam penyiasatan air


bawah tanah 18

Jadual 4: Perbandingan bahan selongsong dan skrin(Diubahsuai 22


daripada Minimum Construction Requirements for Water
Bores in Australia, Fourth Edition, 2020).

Jadual 5 Cadangan percampuran air dan simen Portland (Diubahsuai 23


dari sumber: Minimum Construction requirement for water
bores in Australia 4th Edition ,2020)

Jadual 6 Kesesuaian teknik pemajuan telaga tiub mengikut medium 34


akuifer dan kedalaman telaga tiub.

Jadual 7: Piawaian Air Bawah Tanah Untuk Pertanian, Industri Dan Air
Mentah (Sumber:Standard Dan Indeks Kualiti Air Tanah 45
Malaysia, 2019)
SENARAI LAMPIRAN
Muka
surat
LAMPIRAN 1: Pihak Berkuasa Air Negeri Dan Perundangan 59
Berkaitan

LAMPIRAN 2: Borang Pemberitahuan Mengenai Pemajuan 61


Telaga (Borang 1)

LAMPIRAN 3: Borang Pemberitahuan Maklumat Telaga 66


(Borang 2)

LAMPIRAN 4: Senarai Kesesuaian Kaedah Geofizik Dalam 70


Eksplorasi Air Bawah

LAMPIRAN 5: Graf Taburan Saiz Butiran 74

LAMPIRAN 6: Kebulatan Dan Kesferaan Butiran 75

LAMPIRAN 7: Log Jurugerudi 76

LAMPIRAN 8: Log Geologi dan Reka Bentuk Telaga Tiub 77

LAMPIRAN 9: Carta Alir Ujian Pengepaman 78

LAMPIRAN 10: Rekod Ujian Surutan Berperingkat 79

LAMPIRAN 11: Rekod Ujian Luahan Tetap 84

LAMPIRAN 12: Rekod Ujian Pulih Telaga Tiub 86

LAMPIRAN 13: Analisis Ujian Pengepaman (Kruseman dan de 88


Ridder,2000)

LAMPIRAN 14 Borang Permohonan Untuk Penutupan Telaga 89


Tiub
1.0 PENDAHULUAN

Telaga tiub dibina untuk mendapatkan sumber bekalan air bersih daripada
lapisan akuifer di bawah permukaan bumi. Permintaan terhadap sumber air
bawah tanah di Malaysia semakin meningkat selari dengan pertambahan
populasi penduduk dan aktiviti pembangunan. Air bawah tanah di Malaysia
digunakan untuk keperluan domestik, aktiviti perindustrian dan pertanian.

Garis panduan ini dihasilkan berdasarkan prinsip-prinsip penting dalam


pembinaan telaga tiub iaitu kesesuaian dengan keadaan hidrogeologi,
tujuan serta fungsi telaga tiub dan pemeliharaan sumber air bawah tanah.
Selain itu, penekanan terhadap aspek mutu dan kualiti serta pembudayaan
amalan-amalan terbaik industri dalam pembinaan telaga tiub selaras
dengan peraturan-peraturan dan undang-undang semasa turut
dibincangkan dalam garis panduan ini.

Dengan adanya garis panduan ini, proses pembinaan telaga tiub dapat
diseragamkan bagi menjamin kelestarian kualiti dan keselamatan bagi
setiap telaga tiub yang dibangunkan. Garis panduan ini akan menjadi
dokumen yang penting dalam aspek perancangan, pembangunan dan
pengurusan sumber air bawah tanah yang lestari di Malaysia.

1.1 Objektif Garis Panduan

Objektif garis panduan ini adalah untuk:

1.1.1 Menerangkan tatacara operasi pembinaan telaga tiub bagi tujuan


pemuliharaan, perlindungan, pembangunan dan pengurusan
sumber air bawah tanah;

1.1.2 Menekankan kaedah dan teknologi pembinaan terkini yang akan


membantu meningkatkan keberhasilan pembinaan telaga tiub; dan

1.1.3 Menggariskan tatacara amalan pengurusan dan pembinaan telaga


tiub yang terbaik serta membantu usaha Kerajaan dalam
memperkukuhkan dan mempromosikan amalan terbaik industri.

1.2 Skop Garis Panduan

Garis panduan ini merangkumi maklumat terperinci mengenai pembinaan


telaga tiub untuk tujuan eksplorasi, pengeluaran dan pemantauan, bermula
daripada perancangan, pembangunan dan pengurusan yang memberi
kesan langsung atau tidak langsung kepada air bawah tanah di Malaysia.
1.3 Definisi

1.3.1 Air bawah tanah bermaksud air yang ditemui di bawah


permukaan bumi termasuk mata air dan punca-punca geoterma.

1.3.2 Penyiasatan geologi bermaksud apa-apa siasatan yang


sistematik mengenai permukaan atau isi bumi dengan atau
tanpa bantuan apa-apa sukatan fizik atau kimia.

1.4 Siapa dan Bagaimana Menggunakan Garis Panduan

1.4.1 Garis panduan ini dihasilkan untuk dijadikan panduan kepada


Kerajaan Persekutuan dan Negeri, pihak industri air bawah tanah
dan pemegang taruh berkaitan serta semua yang terlibat dalam
aktiviti pembinaan telaga tiub di Malaysia.

1.4.2 Garis panduan ini disasarkan kepada:

i. Pihak berkuasa air negeri.

ii. Pegawai yang terlibat dalam aktiviti hidrogeologi di agensi


kerajaan yang berkaitan.

iii. Operator penggerudian telaga tiub.

iv. Pemilik telaga tiub.

v. Ahli penyelidik.

vi. Orang awam.

1.4.3 Garis panduan ini menggariskan prosedur-prosedur yang patut


dilakukan dalam pembinaan telaga tiub. Pengguna boleh merujuk
carta alir seperti Rajah 1.
Rajah 1:Carta Alir Pembinaan Telaga Tiub Air Bawah Tanah
1.5 Panduan Permohonan Pembinaan Telaga Tiub

1.5.1 Pihak berkaitan yang ingin membina telaga tiub mestilah merujuk
kepada pihak berkuasa air negeri masing-masing (Lampiran 1).

1.5.2 Akta-dan perundangan berkaitan dengan pembinaan telaga tiub


adalah:

i. Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974 di bawah Seksyen 13.

ii. Peraturan-Peraturan Penyiasatan Kaji Bumi (Pemberitahuan


Pemajuan Telaga dan Korekan) 2013 tertakluk kepada
subperaturan 3;

1. Mana-mana orang yang berhasrat untuk menggerek,


menggerudi menggali atau dengan cara lain memajukan
suatu telaga bagi maksud mencari atau mengambil air
daripadanya hendaklah memberitahu Ketua Pengarah
mengenai apa-apa butir sebagaimana yang dinyatakan
dalam Borang 1 Jadual dalam tempoh empat belas hari
bekerja sebelum aktiviti yang dicadangkan itu dijalankan.

2. Mana-mana orang yang telah menggerek, menggerudi


menggali atau dengan cara lain memajukan suatu telaga
bagi maksud mencari atau mengambil air daripadanya
hendaklah memberitahu Ketua Pengarah mengenai apa-
apa butir sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 2
Jadual dalam tempoh empat belas hari bekerja selepas
menjalankan aktiviti itu.

iii. Borang 1 dan Borang 2 boleh dirujuk pada Lampiran 2 dan


Lampiran 3.

1.5.3 Pembinaan telaga tiub yang melibatkan pengeluaran lebih daripada


4.5 juta liter/hari memerlukan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar
(Rujuk Seksyen 34A, Environmental Quality Act,1974).

1.5.4 Bagi permohonan air mineral semula jadi (AMS), pengguna perlu
merujuk kepada garis panduan sedia ada (JMG.GP.19).

1.6 Amalan Industri Yang Baik

1.6.1 Operator dan pekerja penggerudian mestilah mempunyai kad


personel binaan (Kad Hijau) yang dikeluarkan oleh Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) atau Pasport
Keselamatan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Negara (NIOSH).
1.6.2 Mesin penggerudian mestilah mendapat sijil perakuan kelayakan
daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP).

1.6.3 Setiap pelanggan dan kontraktor yang dilantik hendaklah mematuhi


segala prosedur berkaitan kerja-kerja penggerudian dan pembinaan
telaga tiub.

1.6.4 Pemetaan utiliti hendaklah dijalankan sebelum kerja penggerudian


untuk mengelakkan kerosakan terhadap utiliti sedia ada.

1.6.5 Setiap majikan dan pekerja haruslah mengamalkan amalan kerja


yang selamat semasa kerja-kerja penggerudian dan pembinaan
telaga tiub dijalankan.

1.6.6 Pelanggan dan kontraktor hendaklah melaksanakan tanggungjawab


dan memainkan peranan masing-masing sepanjang kerja-kerja
pembinaan telaga tiub dijalankan.
2.0 SISTEM AIR BAWAH TANAH DI MALAYSIA

2.1 Kitaran Hidrologi

Air hujan terbentuk hasil proses kondensasi air yang disejat dari permukaan
bumi dan tumbuhan. Air hujan yang turun akan mengalir sebagai air larian
permukaan dan mengalir masuk ke jasad air. Jasad air terdiri daripada
sungai, tasik dan lautan.Sebahagian dari air hujan akan meresap masuk ke
bawah permukaan dan menjadi sumber air bawah tanah. Air bawah tanah
juga akan mengalir masuk semula ke laut. Proses-proses dalam kitaran
hidrologi ditunjukkan dalam Rajah 2.

Rajah 2: Ilustrasi kitaran hidrologi. Diubahsuai daripada Manual


Understanding Groundwater and Wells in Manual Drilling, 2010, UNICEF.
2.2 Sistem Akuifer Di Malaysia

2.2.1 Lapisan akuifer di Malaysia terdapat di dalam:

i. Lapisan aluvium (lapisan tak konsolidat)

ii. Retakan dalam batuan sedimen, volkanik, igneus dan metamorf.

iii. Dalam rerongga (cavity) batu kapur atau batuan berkarbonat

2.2.2 Sistem akuifer terbahagi kepada tiga, iaitu akuifer tidak terkekang
(unconfined aquifer), akuifer terkekang (confined aquifer) dan akuifer
separa terkekang (semi confined aquifer) seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 3.

2.2.3 Maklumat mengenai geologi dan hidrogeologi boleh dirujuk melalui


Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Rajah 3:Jenis akuifer di Malaysia. Diubahsuai daripada NGWA 2007.


3.0 PENILAIAN KESESUAIAN TAPAK TELAGA TIUB

i. Penilaian kesesuaian tapak dilakukan sebelum aktiviti penggerudian air


bawah tanah dijalankan. Pemilihan tapak telaga tiub adalah
berdasarkan tujuan telaga tiub dibina.

ii. Maklumat berikut akan membantu semasa pemetaan geologi dan


penyiasatan geofizik dijalankan di kawasan kajian seperti:

a. Maklumat geologi dan hidrogeologi dari kajian terdahulu.

b. Maklumat aktiviti guna tanah.

c. Sistem saliran.

d. Taburan hujan.

iii. Sekiranya kerja-kerja penilaian tapak projek tidak dilakukan, berikut


merupakan antara masalah yang mungkin dihadapi semasa aktiviti
pembinaan telaga tiub:

a. Sumber air bawah tanah gagal ditemui

b. Penyusutan paras air permukaan yang berhampiran dengan telaga


tiub yang dibina.

c. Kualiti air bawah tanah yang tercemar akibat penyusupan air dari
permukaan.

d. Isu pemilikan tanah.

e. Luahan air telaga tiub yang tidak mencapai kuantiti yang


disasarkan.

f. Kerosakan infrastruktur yang berhampiran dengan telaga tiub yang


dibina.

iv. Punca air bawah tanah mestilah bebas daripada pencemaran hasil
aktiviti manusia. Pemilihan lokasi juga hendaklah tidak menyebabkan
berlakunya masalah terhadap kawasan sekeliling akibat penggunaan
sumber air bawah tanah tersebut.
3.1 Status Pemilikan Tapak

3.1.1 Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon perlu mendapatkan


pengesahan status pemilik tanah dari Pejabat Daerah dan Tanah
(Semenanjung)/Jabatan Tanah dan Ukur Sabah/Jabatan Tanah dan
Survei Sarawak terlebih dahulu.

3.1.2 Penggunaan tanah untuk tujuan pembinaan telaga tiub haruslah


mendapat persetujuan secara bertulis bersama pemilik tanah dan
pemohon untuk mengelakkan berlakunya konflik antara dua pihak
tersebut.

3.2 Zon Penampan

3.2.1 Zon penampan bagi telaga tiub adalah jarak telaga tiub (dalam
radius) yang ditetapkan dari aktiviti guna tanah bagi tujuan
memelihara kualiti sumber air bawah tanah. Sumber yang berpotensi
untuk mencemarkan air bawah tanah dikenalpasti sebelum telaga
tiub dibina iaitu seperti tangki septik, tangki minyak, kandang haiwan
peliharaan, kawasan pertanian dan tapak pelupusan sampah.

3.2.2 Zon penampan ini adalah penting ditentukan terutamanya jika


sumber air digunakan sebagai air minuman. Jarak selamat telaga
tiub dari sumber pencemaran adalah seperti Jadual 1.

3.2.3 Sekiranya jarak telaga tiub kurang daripada yang dicadangkan,


pemohon perlu menyediakan laporan hidrogelogi bagi membuktikan
perlindungan akuifer terhadap pencemaran di kawasan sekeliling
punca.

Jadual 1: Jarak selamat telaga tiub dari sumber pencemaran.


(Diubahsuai dari Geological Survey of Ireland Information Circular
70/1 Water Well)
Jarak minimum (m) di mana arah aliran air
bawah tanah telah diketahui atau dianggar
Jarak minimum (m) di
mana aliran air bawah
Ketebalan
Kecerunan hidraulik Kecerunan hidraulik tanah tidak diketahui
tanah*
Jenis tanah lebih tinggi daripada lebih rendah daripada
telaga (up-gradient telaga (down-gradient
(m)
from well) from well)
Tangki Tangki Tangki
Ladang/ Ladang/ Ladang/
septik/ septik/ septik/
Kawasan Kawasan Kawasan
Tangki Tangki Tangki
pertanian pertanian pertanian
minyak minyak minyak

1-3 100 40 50 15 100 40


Lodak/Lempung
>3 75 30 75 30
>8 60 60

Lempung 1-2 120 45 50 15 120 45


berpasir, Lodak 2-8 90 30 90 30
>8 90 30 90 30

Pasir dan 1-2 150 60 50 15 150 60


Kelikir 2-8 150 40 150 40
>8 120 30 120 30

*Ketebalan tanah daripada permukaan batuan dasar sehingga sumber


pencemaran (seperti tangki septik, tangki minyak).

3.3 Kaedah Penyiasatan Tapak

3.3.1 Kaedah penyiasatan tapak merangkumi kajian penderiaan jauh,


geologi, hidrogeologi dan geofizik.

3.3.2 Kajian geologi dijalankan untuk mendapatkan maklumat seperti jenis


tanah dan batuan dan kewujudan struktur geologi seperti kekar,
sesar dan lipatan.

3.3.3 Penentuan profil bawah permukaan bumi dilakukan melalui kajian


hidrogeologi menggunakan data lubang gerudi, kaedah penderiaan
jauh dan kajian geofizik mengikut kriteria yang ditetapkan dalam BS
5930:2015 Code of Practice for Ground Investigation. Jadual
ringkasan mengenai kaedah geofizik boleh dirujuk pada Lampiran
4.
4.0 PEMBINAAN TELAGA TIUB

Telaga tiub dibina mengikut kegunaannya iaitu sama ada untuk eksplorasi,
pengeluaran atau pemantauan. Aktiviti pembinaan telaga tiub ini akan
melibatkan kerja-kerja penggerudian lubang gerudi, pengelogan lubang
gerudi, mereka bentuk telaga tiub dan bina telaga tiub. Umumnya,
pemilihan kaedah penggerudian dan juga reka bentuk telaga tiub banyak
bergantung kepada keadaan litologi dan hidrogeologi setempat, tujuan
pembinaan telaga tiub, teknologi semasa dan kos peruntukan bagi
pembinaannya.

4.1 Kaedah Penggerudian

4.1.1 Kaedah penggerudian dipilih berdasarkan jenis litologi kawasan dan


jenis telaga tiub yang akan dibina. Pemilihan kaedah penggerudian
berdasarkan jenis litologi adalah seperti dalam Jadual 2.

4.1.2 Kaedah penggerudian yang boleh digunakan bagi pembinaan telaga


tiub berkedalaman kurang daripada 30 meter adalah seperti :

i. Kaedah Gali.

ii. Kaedah Gerimit.

iii. Kaedah Pasak.

iv. Kaedah Pengejetan.

Perincian mengenai setiap kaedah penggerudian tersebut boleh


dirujuk di dalam JMG GP.09.

4.1.3 Kaedah penggerudian yang boleh digunakan bagi pembinaan telaga


tiub berkedalaman lebih 30 meter, adalah seperti berikut:

i. Perkakasan Kabel (Cable Tool)

a. Kaedah ini boleh digunakan untuk menggerudi lubang telaga


tiub berdiameter di antara 80-600 mm. Penggerudian
dijalankan secara hentakan dengan penimba (bailer) dan
mata gerudi untuk memecahkan batuan lembut.

b. Kaedah ini kurang sesuai digunakan pada lapisan pasir dan


kelikir tak konsolidat disebabkan oleh masalah nendatan
(slumping) dan runtuhan lubang gerudi. Mesin gerudi ini lebih
ringkas dan operasinya agak perlahan.
ii. Putaran Lumpur (Mud Rotary)

a. Teknik ini menggunakan lumpur gerudi yang berfungsi untuk


mengangkat cebisan sampel potongan ke atas, menahan
dinding lubang gerudi daripada runtuh dan juga
menyejukkan mata gerudi.

b. Masalah hilang edaran (loss of circulation) sering berlaku


sekiranya formasi terlampau telap atau bergegua.

iii. Putaran Udara (Air Rotary)

a. Menggunakan udara termampat bagi menggantikan lumpur


gerudi. Teknik ini lebih cepat dan mudah bagi lubang gerudi
berdiameter kecil (60 mm) terutama di dalam lapisan tak
konsolidat. Kebaikan teknik ini kerana ia hanya memerlukan
sedikit air atau tanpa air.

iv. Tukulan Putaran (Downhole Hammer)

a. Menggunakan udara termampat untuk memacu mata gerudi


dan juga bertindak sebagai cecair penggerudian. Sangat
sesuai digunakan di dalam formasi batuan keras. Apabila
terdapat formasi mudah runtuh atau air yang banyak, kaedah
putaran lumpur selalunya akan digunakan semula.

v. Putaran Edaran Terbalik (Reverse Circulation)

a. Kaedah penggerudian edaran terbalik berbeza dengan


penggerudian putaran, di mana edaran bendalir masuk ke
dalam telaga tiub dan keluar menerusi rod penggerudian.
Selongsong tidak diperlukan bagi penggerudian dengan
kaedah ini kerana tekanan hidrostatik mampu menahan
dinding lubang gerudi daripada runtuh.

vi. Penggerudian Dual Putaran (Dual Rotary Drilling)

a. Kaedah ini menggunakan mesin yang mempunyai dua


pacuan putaran yang boleh beroperasi serentak, di mana
pacuan bahagian atas digunakan bagi aktiviti penggerudian
dan pacuan bawah digunakan bagi memasukkan
selongsong keluli.

b. Kaedah ini sesuai digunakan dalam formasi tak konsolidat


mengandungi pasir, kelikir, cobble mahupun bongkah
batuan.

4.1.4 Kaedah pengerudian lain dan kebiasaan digunakan bagi pembinaan


telaga tiub eksplorasi atau pemantauan adalah seperti berikut;
i. Penggerudian Sonik (Sonic Drilling)

a. Kaedah ini menggunakan getaran frekuensi tinggi yang


dihasilkan oleh kepala gerudi yang berputar dengan kadar
getaran 40 ke 120 kitaran sesaat. Frekuensi getaran dikawal
bagi mencapai gema yang dapat menghasilkan getaran
mata gerudi yang maksimum. Gema tersebut dapat dinilai
oleh penggerudi dengan mengambil bacaan tekanan
pemacu hidraulik dan kelajuan penggerudian.

b. Penggerudian sonik adalah sangat sesuai digunakan pada


formasi tak konsolidat. Kaedah ini juga sesuai untuk
pembinaan telaga tiub pemantauan bagi kajian pencemaran
kerana tidak memerlukan bendalir penggerudian dalam
proses penggerudian.

ii. Penggerudian Gerimit Batang Lompang (Hollow Stem Auger


Drilling)

a. Kaedah ini menggunakan batang gerimit berongga atau


lompang di tengahnya. Sayap dikimpal pada batang paip
gerimit dengan kepala pemotong dipasang di bahagian
bawahnya. Palam dimasukkan ke dalam batang gerimit di
kepala pemotong untuk mengelakkan tanah daripada masuk
ke dalam gerimit. Unit pemacu di atas batang gerimit akan
memastikan bahawa batang gerudi berputar.

b. Kaedah ini sesuai bagi pembinaan telaga tiub pemantauan


untuk kajian pencemaran.

4.1.5 Selain daripada teknik-teknik di atas, terdapat kaedah-kaedah lain


yang digunapakai seperti Penggerudian Tukulan Perkusi Dwi
Dinding (Dual Wall Percussion Hammer Drilling), Penggerudian
Teras Kawat Talian (Wireline-Core Drilling) dan Penggerudian Tekan
Langsung (Direct-Push Drilling).

4.1.6 Semasa proses penggerudian dijalankan, bendalir penggerudian


diguna bagi membantu mengeluarkan sisa penggerudian (cutting)
dari dalam telaga tiub serta mengekalkan tekanan hidrostatik dalam
telaga tiub. Bendalir penggerudian yang sering digunakan adalah
seperti udara termampat, air, bentonit, polimer dan buih. Bendalir ini
juga berfungsi sebagai pelincir dan menghalang dinding lubang
gerudi daripada runtuh.

Jadual 2: Kesesuaian teknik penggerudian mengikut jenis litologi


(Diubahsuai dari sumber: Minimum Construction requirement for
water bores in Australia 4th Edition ,2020)
Kaedah
Putaran Putaran Tukulan
Jenis Litologi Perkakas Gerimit Sonik
Udara Lumpur Putaran
Kabel

Sesuai
Tidak
Pasir Sesuai Sesuai Tidak Sesuai Sesuai
Sesuai
Sesuai
Kelikir & Tidak
Sukar Sederhana Sukar Sesuai
pasir longgar Sesuai

Sesuai
Kelikir kasar Tidak Sukar - Tidak
Sesuai Tidak sesuai
dan bongkah sesuai lambat sesuai

Sesuai
Tidak
Lodak Sesuai Sederhana Sederhana Sesuai
Sesuai
Sesuai
Tidak
Lempung Sesuai Sederhana Sesuai Sesuai
Sesuai

Syal Sederhana Lambat Sesuai Sesuai Sesuai Lambat


Batu pasir Sederhana Lambat Sesuai Sesuai Sesuai Lambat
Tidak Sesuai -
Konglomerat Lambat Sesuai Lambat Sesuai
sesuai Lambat
Sesuai
Batu kapur & Tidak
Lambat Sesuai Sederhana Sesuai
dolomit Sesuai
Batu kapur Sesuai
Sederhana - Tidak
dengan Sesuai Sederhana Sesuai
lambat sesuai
retakan kecil
Sesuai
Batu kapur Tidak
Lambat Sesuai Sukar Sesuai
gegua sesuai
Sesuai
Basalt
Lambat Sukar Sesuai Sesuai Sesuai
terluluhawa
Lapisan Tidak
Tidak Tidak
basalt yang Lambat Lambat Sesuai sesuai
sesuai sesuai
tebal
Lambat
Tidak Tidak
Syis & gneis Lambat Lambat Sesuai
Sesuai Sesuai
Tidak
Tidak Tidak
Granit Sesuai Sesuai Sesuai sesuai
Sesuai Sesuai

Petunjuk:
Tidak sesuai: Tidak boleh menggerudi dalam litologi yang dinyatakan.
Sukar: Tidak sesuai tetapi kadang-kadang boleh digunakan.
Lambat: Boleh digunakan tetapi masa penggerudian lama.
Sederhana: Sesuai dengan sedikit pengubahsuaian teknik.
Sesuai: Sesuai untuk menggerudi.
4.2 Persampelan Bahan Gerudi

4.2.1 Sampel gerudi yang ditemui bagi setiap meter kedalaman dan pada
setiap perubahan litologi perlu dikutip semasa proses penggerudian
dijalankan.

4.2.2 Sampel gerudi yang dikutip perlu mempunyai berat minimum satu (1)
kg, disimpan dalam beg plastik berzip kedap udara dan dilabel
dengan lokasi, tarikh dan kedalaman persampelan.

4.2.3 Sampel yang diambil perlu diteliti dan direkodkan oleh Ahli Geologi
mengikut kriteria dalam piawai BS 5930:2015.

4.2.4 Maklumat litologi yang direkodkan digunapakai bagi penyediaan reka


bentuk telaga tiub. Sampel tanah yang dikutip akan dianalisis bagi
menentukan peratus kandungan air (moisture content) dan taburan
saiz butiran (particle size distribution) mengikut piawai ASTM D6913-
17. Taburan saiz butiran sampel ditentukan dengan memplot data
pada graf taburan saiz butiran seperti dalam Lampiran 5.

4.1.5 Baki sampel tanah dan sampel pecahan batuan perlu disimpan untuk
rujukan dan pengesahan jenis strata yang ditemui.

4.3 Pengelogan Geofizik

4.3.1 Pengelogan geofizik boleh digunakan bagi menentukan litologi, sifat-


sifat batuan serta bendalir yang mengisi formasi geologi lubang
gerudi. Di dalam kerja-kerja pembinaan telaga tiub, pengelogan
geofizik diguna untuk memastikan log geologi yang direkod semasa
proses penggerudian dan kedudukan akuifer dengan lebih tepat.

4.3.2 Pengelogan ini dicadangkan bagi lubang gerudi berdiameter


melebihi 100 mm. Perlaksanaan pengelogan geofizik hendaklah
berpandukan kepada cara yang dinyatakan dalam MS 2038:2006
Site Investigation-Code of Practice (Section 5) dan BS 5930:1999
Code of Practice Ground Investigation (Section 4). Jenis pengelogan
dan kegunaannya dalam penyiasatan air bawah tanah adalah seperti
Jadual 3. Jenis pengelogan yang sering digunakan dalam
pembinaan telaga tiub adalah seperti berikut:

i. Pengelogan Sinaran Gamma Semulajadi

Pengelogan radioaktif adalah seperti gamma semulajadi dan dan


gamma spektrum. Sinaran gamma digunakan bagi menentukan
perubahan litologi termasuk mengenal pasti litologi bahan tak
konsolidat seperti lempung dengan pasir.
ii. Pengelogan Keberintangan Elektrik

Pengelogan keberintangan elektrik digunakan bagi mengenalpasti


zon-zon berkandung air dan kualitinya, di mana maklumat
tersebut berguna bagi reka bentuk telaga tiub terutama bagi
penentuan kedudukan dan panjang skrin telaga tiub.

iii. Pengelogan Keupayaan Sendiri (Self Spontaneous Potential)

Pengelogan ini diguna sebagaimana log keberintangan, dan


sering direkodkan bersama log keberintangan kerana saling
melengkapkan satu sama lain. Pengelogan ini juga sering diguna
bagi menentukan perubahan litologi.

iv. Pengelogan Angkup (Caliper)

Log angkup dapat memberikan maklumat kedudukan dan saiz


selongsong serta skrin. Bagi lubang terbuka, log ini juga dapat
memberi maklumat garis pusat purata lubang gerudi, perubahan
litologi serta lokasi zon retakan. Pengelogan ini dapat digunakan
bagi menentusahkan reka bentuk telaga tiub yang telah dibina.

Jadual 3: Jenis pengelogan dan aplikasi dalam penyiasatan air


bawah tanah.Diubahsuai dari:

Jenis Pengelogan
Ketebalan Dan

Sifat Akuifer

Tertentu Dan

Lubang Gerudi

Lubang Gerudi

Lubang Gerudi
(Keporosan,
Konduktiviti

Konduktiviti

Ketegakan
Air
Hidraulik)
Hidraulik

Menegak

Diameter

Integriti
Litologi

Luahan
Akuifer

Kualiti
Aliran

Angkup (Caliper) X
Gama Semulajadi X X
Gama Spektrum X
Keberintangan X X
Elektrik
Keupayaan X
Sendiri (Self
Potential)
Resonans X
Magnetik Lubang
Gerudi (Borehole
Magnetic
Resonance)
Meter Alir X
Suhu Bendalir X X
Dan Konduktiviti
Gelombang Sonik X
Petelelihat X
Akustik Dan
Optik.
(Televiewer)
4.4 Komponen Telaga Tiub

Komponen-komponen utama dalam pembinaan telaga tiub adalah seperti


berikut:

4.4.1 Selongsong (Casing).

i. Selongsong telaga tiub berfungsi memberi sokongan kepada


dinding telaga tiub daripada runtuh dan bersifat kedap terhadap
air. Selongsong juga mampu berfungsi mengurung air bawah
tanah atau menghalang bahan cemar daripada bercampur
dengannya apabila ruang antara lubang gerudi dan selongsong
diturap.

ii. Ketebalan anulus tidak boleh melebihi 127 mm (5 inci) disebabkan


ia akan mewakili ketebalan padatan kelikir yang mana akan
menyukarkan proses pemajuan telaga tiub (tubewell
development). Cadangan ketebalan anulus adalah pada julat 76.2
mm (3 inci) hingga 127 mm (5 inci) (Sterrett, 2007). Ketebalan
anulus yang dicadangkan adalah untuk memudahkan pengisian
padatan kelikir, kerja-kerja penurapan dan sebagainya.

iii. Kebiasaannya selongsong paip u-PVC digunakan bagi


pembinaan telaga tiub menegak. Selongsong paip u-PVC yang
dicadangkan adalah minimum Kelas D (PN 12). Selongsong jenis
lain yang boleh digunakan adalah keluli (steel), keluli tahan karat
(stainless steel) dan gentian kaca (fibre glass). Selongsong jenis
keluli sering diguna bagi pembinaan telaga tiub mendatar kerana
mampu menahan beban di atasnya. Perbandingan antara jenis
selongsong ditunjukkan dalam Jadual 4.

iv. Selongsong yang digunakan mestilah menepati piawai MS 628-


2:2014 (bagi u-PVC), MS 1968: 2007 (confirmed: 2011) bagi
selongsong jenis keluli dan MS 1988:2007 (confirmed: 2011)
bagi selongsong jenis keluli tahan karat.

Jadual 4: Perbandingan bahan selongsong dan skrin.


(Diubahsuai daripada Minimum Construction Requirements for
Water Bores in Australia, Fourth Edition, 2020).
Bahan
pembentuk
Kelebihan Kekurangan
selongsong
dan skrin
• Mudah karat
• Lebih kuat daripada
bahan yang lain.
• Tahan pada suhu
Keluli
yang tinggi
• Terdapat dalam
diameter lebar
• Tidak mudah runtuh
• Mahal
Keluli Tahan • Tahan kakisan
berbanding
Karat
bahan lain
• Rosak pada suhu
• Tahan kakisan
yang tinggi
• Terdapat dalam
• Kurang sesuai bagi
u-PVC pelbagai saiz
pembinaan telaga
• Ringan dan mudah tiub berdiameter
dikendalikan besar
• Lengai

• Mahal bagi yang


• Tahan pada suhu
berdiameter besar
yang tinggi
• Perlu
Gentian Kaca • Tahan kakisan
sambungan
secara
mekanikal

v. Sambungan di antara selongsong dan juga skrin boleh


dilaksanakan dengan kaedah seperti berikut:

a. Penyambung berbenang (Threaded coupling)

b. Sambungan kimpal (Welded joints)

c. Kimpal Pelarut (Solvent Welded)

4.4.2 Skrin (Screen)

i. Skrin telaga tiub adalah merupakan bahagian telaga tiub yang


boleh dimasuki air dan juga bertindak sebagai penahan padatan
kelikir atau pasir daripada memasuki telaga tiub.

ii. Skrin hendaklah dipasang pada zon-zon akuifer sahaja. Ia boleh


dipasang secara berterusan atau pada sela kedalaman tertentu.

iii. Terdapat pelbagai corak binaan skrin, termasuk skrin berlubang


(perforated screen), tebukan memanjang (continuous slot), dan
paip bertebukan (slotted pipe). Skrin berlubang kebiasaannya
ditebuk secara menegak bagi menjamin kekuatan mampatan.
Skrin keluli yang dibuat dengan kaedah balut dawai (wire wrap)
mempunyai luas bukaan yang paling tinggi berbanding lain-lain
skrin.
iv. Telaga tiub yang dibina di dalam batuan keras boleh dibina tanpa
skrin atau dikenali sebagai ‘lubang terbuka (open hole) sekiranya
dinding telaga tiub tidak mudah runtuh seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 4. Kaedah ini sesuai digunakan bagi batuan yang
bersifat homogen dan tidak mudah runtuh seperti granit dan
kuarzit.

Rajah 4: Lubang gerudi terbuka (Diubahsuai dari: Minimum


Construction Requirements for Water Bores in Australia,
Fourth Edition, 2020)

v. Skrin telaga tiub yang dibuat daripada u-PVC, aloi atau keluli
tahan karat biasanya digunakan kerana tidak mudah terkakis dan
berkerak.

vi. Saiz bukaan skrin boleh ditentukan berdasarkan analisis saiz


butiran yang dijalankan semasa penggerudian (Rujuk Perkara
4.2). Manakala peratusan bukaan skrin merupakan faktor utama
yang mengawal hilangan hulu (head loss) dalam telaga tiub.
Bukaan minimum bagi skrin per meter yang dicadangkan adalah
sekurang-kurangnya 15%.

vii. Halaju kemasukan air yang tinggi boleh menyebabkan mendapan


terbentuk pada skrin (screen incrustation), hilangan hulu (head
loss) telaga tiub berlebihan dan kerosakan skrin akibat aliran
golakan (turbulance). Halaju kemasukan air yang dicadangkan
untuk skrin ialah di antara 0.03 hingga 0.06 m/s (Sterrett, 2007).
viii. Purata halaju kemasukan (entrance velocity) air ke skrin
ditentukan dengan menggunakan formula seperti berikut (Sterrett,
2007):

#
!=
$
Di mana,
Q = Kadar luahan air, yield (m3/s)
V =Halaju kemasukan (m/s)
A =Jumlah keluasan bukaan skrin (m2)

Jumlah keluasan bukaan skrin = Bilangan slot x Lebar bukaan


slot(m) x Panjang slot (m)

ix. Bagi akuifer terkekang, skrin hendaklah dipasang sekurang-


kurangnya meliputi 80-90% lapisan akuifer. Bagi akuifer tidak
terkekang, skrin mestilah dipasang pada kedalaman sekurang-
kurangnya 1/2 daripada bahagian atas lapisan akuifer.

x. Bahagian bawah skrin hendaklah ditutup dengan bail plug


sepanjang 0.5 m.

4.4.3 Padatan kelikir (Gravel packing)

i. Padatan kelikir diletakkan di sekeliling skrin telaga tiub bertujuan


bagi menghalang kemasukan bendasing, membolehkan
penggunaan bukaan skrin yang besar dan menjadikan zon anulus
berkebolehterlapan tinggi serta menstabilkan akuifer.

ii. Bahan untuk padatan kelikir hendaklah bersilika, mempunyai


isihan yang baik (uniform) dan berkebulatan tinggi (well rounded)
seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 6, tahan lelas dan
tumpat. Bahan untuk padatan kelikir hendaklah mengandungi
kurang daripada bahan-bahan lain seperti mineral mika, mineral
lempung, garam, bahan organik dan bahan berkapur (calcareous
material). Penggunaan serpihan batuan (rock chipping) granit atau
batuan jenis lain adalah tidak dibenarkan. Mineral feldspar dalam
batuan granit akan terluluhawa menghasilkan mineral lempung
yang akan menyumbat skrin telaga tiub.

iii. Saiz bahan padatan kelikir bergantung kepada saiz butiran yang
paling halus yang diperolehi semasa analisis taburan saiz butiran
(Rujuk Perkara 4.2). Saiz bahan padatan kelikir yang dicadangkan
adalah lima (5) kali lebih kasar berbanding saiz butiran yang paling
halus. Saiz bahan padatan kelikir yang biasa digunakan adalah di
antara tiga (3) mm hingga enam (6) mm.
iv. Padatan kelikir diletakkan di sekeliling skrin sehingga sekurang-
kurangnya satu (1) meter melebihi bahagian atas skrin. Ketebalan
padatan kelikir yang dicadangkan pada julat 76.2 mm (3 inci)
hingga 127 mm (5 inci).

v. Jumlah isipadu bahan untuk padatan kelikir mestilah ditentukan


terlebih dahulu dengan formula berikut:

Isipadu bahan padatan kelikir (m3)=


%& ! '(#$%&'( (*+$,-) − %& ! '(/*#0'(/0'()
Di mana;

r = jejari telaga tiub pada lubang gerudi/selongsong, m


l = panjang selongsong, m

4.4.4 Pemusat (Centralizer)

i. Pemusat merupakan alat yang diperbuat daripada keluli tahan


karat atau u-PVC

ii. Pemusat dipasang pada selongsong atau skrin bagi memastikan


telaga tiub yang dibina dalam keadaan tegak dan saiz anulus
adalah seragam.

iii. Pemusat hendaklah dipasang sekurang-kurangnya pada sela 30


meter.

4.4.5 Palam telaga tiub (Tubewell plug)

i. Bahan palam harus mempunyai ikatan yang baik dengan


selongsong, tidak mengecut atau menyebabkan keretakan. Untuk
tujuan ini bentonit atau simen Portland boleh digunakan.

vi. Palam harus dibuat sekurang-kurangnya lima (5) meter di bawah


permukaan bagi telaga tiub dalam mendapan aluvium dan 10 m di
bawah permukaan bagi telaga tiub dalam batuan keras. Ketebalan
palam yang dicadangkan pada julat 76.2 mm (3 inci) hingga 127
mm (5 inci).

ii. Jenis bahan dan jumlah isipadu bahan palam telaga tiub mestilah
ditentukan terlebih dahulu dengan menggunakan formula seperti
Perkara 4.4.3 (vi).

iii. Nisbah bentonit atau simen Portland terhadap air yang


dicadangkan untuk palam telaga tiub adalah 1.8 kg per liter.
Nisbah campuran air dan simen Portland ditunjukkan dalam
Jadual 5.
Jadual 5 Cadangan percampuran air dan simen Portland
(Diubahsuai dari sumber: Minimum Construction requirement for
water bores in Australia 4th Edition ,2020)

Bilangan beg Air yang digunakan


simen (20 kg setiap untuk bancuhan
satu) simen penurap
(liter)

1 15

1 12.5

1 10

4.4.6 Kolar telaga tiub (Tubewell collar)

i. Kolar telaga tiub merupakan bahagian selongsong di atas


permukaan bumi yang berfungsi menghalang kemasukan bahan
cemar daripada permukaan.

ii. Kolar harus dipasang sekurang-kurangnya 0.6 meter di atas


permukaan tanah dan tapaknya perlu di palam dengan simen.
Bagi kawasan yang berisiko untuk banjir, kolar telaga tiub harus
ditinggikan melebihi paras banjir yang diketahui.

4.5 Reka Bentuk Telaga Tiub

Reka bentuk pembinaan telaga tiub sama ada untuk eksplorasi,


pengeluaran atau pemantauan mestilah memenuhi keadaan geologi
setempat, tidak menganggu sistem akuifer dan bersesuaian untuk tujuan
kegunaannya. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan di dalam
pemilihan kaedah penggerudian dan membuat reka bentuk telaga tiub,
antaranya adalah kedalaman dan diameter telaga tiub, kekerasan formasi,
jenis dan sifat akuifer, akses ke tapak kerja, dan keperluan air untuk
penggerudian.

4.5.1 Reka bentuk Telaga Tiub Eksplorasi

i. Telaga tiub eksplorasi dibina bagi tujuan mendapatkan


maklumat geologi dan hidrogeologi di bawah permukaan bumi
serta pengambilan sampel untuk penentuan kualiti.

ii. Maklumat yang boleh didapati daripada telaga tiub eksplorasi


adalah seperti ketebalan akuifer, paras air statik dan
anggaran luahan.

iii. Umumnya, telaga tiub eksplorasi adalah berdiameter kecil


(<100 mm).
iv. Pembinaan telaga tiub eksplorasi mengikut kriteria dalam
piawai BS 5930:2015 boleh diamalkan.

v. Telaga tiub eksplorasi ini boleh dijadikan sebagai telaga tiub


pemantauan seperti dalam Rajah 5 atau dikambus semula.
Kaedah kambus semula telaga tiub boleh dirujuk di dalam
Perkara 9.

Rajah 5: Telaga tiub eksplorasi yang telah dijadikan sebagai


telaga tiub pemantauan.

4.5.2 Reka bentuk Telaga Tiub Pengeluaran

i. Telaga tiub pengeluaran merupakan telaga tiub yang digunakan


bagi tujuan pengeluaran air bawah tanah untuk pelbagai
kegunaan sama ada untuk bekalan air minuman, pertanian,
industri dan sebagainya.

ii. Saiz atau diameter telaga tiub pengeluaran ditentukan


berdasarkan kadar luahan air yang diperlukan. Namun begitu
kadar luahan bagi sesebuah telag tiuba banyak dipengaruhi oleh
keadaan geologi setempat. Umumnya, telaga tiub yang dibina
dalam lapisan akuifer pasir tebal akan memberi kadar luahan yang
tinggi berbanding telaga tiub yang dibina dalam akuifer batuan.
Saiz telaga tiub yang dicadangkan untuk akuifer batuan keras
adalah lebih kecil berbanding telaga tiub yang dibina dalam akuifer
pasir tebal.

iii. Dalam membuat reka bentuk telaga pengeluaran, bahagian yang


perlu dipasang selongsong dan skrin perlu ditentukan dahulu.

iv. Ketebalan anulus di antara lubang gerudi dengan selongsong


yang dicadangkan pada julat 76.2 mm (3 inci) hingga 127 mm (5
inci).

v. Kebiasaannya telaga tiub pengeluaran dibina secara menegak,


namun begitu telaga tiub boleh juga dibina dalam keadaan
mendatar. Telaga tiub menegak adalah lebih mudah dibina
dengan kedalaman yang tidak terhad dan boleh dibina sama ada
di dalam batuan keras atau mendapan aluvium. Contoh reka
bentuk telaga tiub menegak ditunjukkan dalam Rajah 6.

Rajah 6: Contoh reka bentuk sebuah telaga tiub menegak.


Diubahsuai dari Misstear et. al (2006).

vi. Telaga mendatar kebiasaannya dibina di dalam akuifer cetek


mengandungi lapisan pasir atau kelikir yang nipis. Telaga
mendatar ini juga dibuat sebagai sistem, di mana beberapa telaga
mendatar dibina sebagai jejari telaga yang disambungkan ke
telaga pengumpul dikenali sebagai caisson. Kaedah ini
digunapakai dalam pembinaan Sistem Penapisan Tebing Sungai
(River Bank Filtration System), di mana jejari telaga dibina di
dalam lapisan pasir atau kerikil di bawah dasar sungai bagi
mendapat imbuhan air sungai yang melalui tapisan pasir atau
kelikir tersebut. Kerja pemasangan skrin telaga untuk telaga
mendatar ditunjukkan dalam Rajah 7.

Rajah 7: Kerja-kerja pemasangan skrin untuk telaga mendatar.

4.5.3 Reka Bentuk Telaga Tiub Pemantauan

i. Tujuan pembinaan telaga tiub pemantauan adalah untuk


menyediakan akses kepada zon tertentu, di mana pengukuran
paras air dan /atau sampel kualiti air bawah tanah boleh
diperolehi.

ii. Peralatan dan prosedur yang mempengaruhi pilihan diameter


telaga tiub pemantauan termasuk: - alat geofizik dan kamera
lubang gerudi, alat pengukur aras air, alat pensampelan air bawah
tanah, dan prosedur ujian akuifer.

iii. Lokasi dan taburan telaga tiub untuk aktiviti pemantauan


ditentukan oleh:

a. . Keluasan zon pemantauan.

b. Arah pergerakan air bawah tanah; dari zon imbuhan di hulu


(upgradient) sehingga ke laut (downgradient).

c. Jenis litologi.

d. Aktiviti guna tanah seperti:

• Perindustrian
• Pertanian.

• Tapak pelupusan sampah dan kawasan tercemar.

• Hutan dan paya bakau.

e. Kawasan yang mengalami masalah mendapan tanah (ground


settlement).

f. Kawasan yang mempunyai tangki bawah permukaan seperti di


pam minyak dan tangki septik.

iv. Terdapat pelbagai sistem pemantauan daripada yang mudah


hingga komplek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8. Perihal
jenis telaga tiub pemantauan tersebut dinyatakan seperti di
bawah. Jenis telaga tiub pemantauan adalah seperti:

a. Lubang Terbuka (Open Boreholes)

• Telaga tiub yang dibina dalam batuan bagi tujuan


pemantauan air bawah tanah. Bahagian telaga tiub di dalam
lapisan tanah dipasang dengan selongsong dan dipalam
dengan bahan turap.

b. Telaga Tiub Skrin Tunggal (Single Screened Tubewell)

• Telaga tiub pemantauan dengan satu skrin samada dibuat


daripada PVC, keluli tahan karat, dan lain-lain yang
dimasukkan ke dalam lubang terbuka. Padatan pasir atau
kelikir dipasang pada bahagian berskrin.

c. Telaga Tiub Kluster (Tubewell Clusters)

• Kelompok telaga tiub yang terdiri daripada pembinaan


telaga-telaga tiub pemantauan di satu lokasi tertentu,
dengan masing-masing memantau kedalaman atau zon air
bawah tanah yang berbeza.

• Kaedah pembinaan ini lebih mudah dan lebih baik daripada


kaedah telaga tiub berbilang skrin.

d. Telaga Tiub Berbilang Skrin (Multiple Screened Tubewells)

• Telaga-telaga tiub yang dibina dalam satu lubang besar


untuk persampelan zon air bawah tanah pelbagai
kedalaman. Setiap zon adalah terasing supaya hanya zon
yang diingini boleh diakses untuk pemantauan.
Walaubagaimanapun, ia agak sukar dilaksanakan.

• Dalam pembinaan telaga tiub ini, perhatian perlu diberi


terhadap bahagian yang diturap supaya tidak berlaku
hubungan hidraulik antara perlapisan.

e. Telaga Tiub Titik (Tubewell Points)

• Telaga tiub titik merupakan telaga tiub cetek, biasanya


panjang 30 cm -100 cm.

• Skrinnya terletak bersekali dengan kepala logam tajam dan


dipasang dengan kaedah pasak, ditekan masuk, atau
digerudi ke kedalaman yang dikehendaki.

• Sesuai dipasang dalam lapisan tak konsolidat.

f. Piezometer

• Telaga tiub berdiameter kecil, dengan skrin yang pendek dan


kebiasaannya tidak digunakan untuk persampelan. Ia
digunakan untuk mengukur paras air bawah tanah.

Rajah 8: Jenis telaga tiub pemantauan air bawah tanah


v. Penyiasatan hidrogeologi bagi kajian pencemaran kebiasaannya
dijalankan dalam beberapa peringkat dengan aktiviti tertentu.
Aktiviti pembinaan telaga tiub pemantauan dijalankan pada
peringkat;

a. Penyiasatan Tapak Awalan (Preliminary Field Investigation)

• Pembinaan telaga tiub pemantauan bagi tujuan


mengenalpasti unit hidrostatigrafi utama dan arah aliran air
bawah tanah iaitu dari zon imbuhan di hulu (upgradient)
sehingga ke laut (downgradient).

• Sekurang-kurang tiga (3) buah telaga tiub pemantauan


dibina bagi tujuan tersebut iaitu sebuah telaga tiub di
bahagian hulu dan dua (2) buah telaga tiub dibina di
bahagian hilir.

• Penggerudian dijalankan hingga penemuan sempadan


bawah lapisan berketelapan rendah atau penemuan
batuan dasar.

• Jenis telaga tiub pemantauan yang dibina samada telaga


tiub tunggal atau berbilang telaga tiub adalah berdasarkan
kepada keadaan tapak dan bahan pencemaran.

b. Penyiasatan Tapak Terperinci (Detailed Site Investigation)

• Pembinaan rangkaian telaga tiub pemantauan bagi tujuan


menyedia sistem hidrostatigrafi terperinci dan model
konsep tapak serta maklumat untuk analisis kuantitatif
sistem aliran air bawah tanah.

• Pembinaan telaga pemantauan pelbagai kedalaman dalam


bentuk grid yang sesuai dengan keluasan tapak.

vi. Bahan-bahan yang digunakan bagi pembinaan telaga tiub


pemantauan juga mesti dipastikan tidak mencemar air bawah
tanah yang dipantau.

vii. Ilustrasi reka bentuk telaga tiub pemantauan dalam lapisan akuifer
terkekang dan tidak terkekang adalah seperti dalam Rajah 9.

viii. Saiz diameter selongsong yang dicadangkan adalah minimum


101.6 mm (4 inci) anulus (bergantung kepada tujuan aktiviti
pemantauan).

ix. Kedalaman telaga tiub dan kedudukan skrin adalah mengikut sifat
bahan pencemar dan lapisan akuifer yang ingin dikaji. Bahan
pencemar yang berpotensi ditemui di dalam air bawah tanah akan
diperincikan dalam Perkara 7.
x. Sekiranya kaedah penggerudian jenis putaran digunakan, bahan
kimia yang sesuai serta sumber air yang bersih hendaklah
digunakan bagi mengelakkan daripada pencemaran akuifer
daripada berlaku.

xi. Selongsong yang digunakan untuk aktiviti pemantauan yang


berkaitan dengan aktiviti pencemaran mestilah tahan karat dan
lengai kimia (chemical inertness). Jenis PVC yang dicadangkan
adalah jenis Schedule 40.

xii. Ketebalan padatan kelikir yang dicadangkan pada julat 76.2 mm


(tiga (3) inci) hingga 127 mm (lima (5) inci).

xiii. Bahan yang dicadangkan sebagai simen penurap adalah simen.


Jumlah isipadu padatan kelikir dan simen yang akan digunakan
perlu ditentukan terlebih dahulu. Lapisan simen penurap mestilah
berada di zon tidak tepu air (unsaturated zone).

a b

Rajah 9: Contoh reka bentuk telaga tiub untuk pemantauan air


bawah tanah dalam jenis akuifer yang berbeza. Diubahsuai dari
Schwartz & Zhang (2003).

4.6 ISU-ISU DAN PENYELESAIAN BERKAITAN DENGAN AKTIVITI


PEMBINAAN TELAGA TIUB

Berikut antara masalah yang biasa dihadapi semasa penggerudian:

4.6.1 Lubang gerudi runtuh (Borehole collapse)


Dinding lubang gerudi runtuh semasa penggerudian disebabkan oleh
jenis litologi yang ditemui semasa penggerudian. Antara litologi yang
berpotensi tinggi adalah seperti breksia dan milonit (di zon sesar),
syal berkarbon/syis bergrafit, tuf, batu kapur dan lapisan pasir tak
konsolidat.

Selain daripada itu, dinding lubang gerudi boleh runtuh disebabkan


oleh bendalir penggerudian mempunyai tekanan hidrostatik yang
rendah berbanding lapisan yang telap seperti lapisan pasir untuk
aluvium dan zon retakan dalam batuan keras. Masalah ini boleh
diatasi dengan:

a. Menggunakan bendalir penggerudian yang sesuai.

b. Lubang gerudi yang dibina mestilah diteruskan serta merta


dengan pemasangan selongsong.

c. Penggunaan selongsong sementara (temporary casing) yang


mencukupi semasa aktiviti penggerudian.

4.6.2 Kehilangan bendalir penggerudian (Loss of drilling fluid circulation)

Kehilangan bendalir selalunya disebabkan oleh tekanan litologi yang


lemah berbanding dengan berat bendalir penggerudian yang
digunakan.

Keadaan ini selalunya berlaku apabila penggerudian dijalankan


dalam litologi yang mempunyai tekanan litologi yang lebih rendah
seperti batu kapur atau aluvium yang sangat poros atau zon retakan
batuan yang tinggi (heavily fractured zone). Kehilangan bendalir
sangat penting dikenal pasti terutamanya dalam formasi yang
ditarget (aquifers sections) untuk memastikan kebersihan air bawah
bawah selepas pengerudian.

Masalah kehilangan bendalir dapat dielakkan dengan menggunakan


jenis dan berat bendalir yang bersesuaian mengikut jenis litologi.

4.6.3 Poket Gas

Poket gas terdiri daripada gas biogenik ataupun gas termogenik yang
terperangkap di dalam lapisan telap. Penggerudian di kawasan ini
akan mengakibatkan gas akan dilepaskan ke permukaan. Pelepasan
gas ini boleh dikawal dengan menggunakan jenis dan berat bendalir
penggerudian yang bersesuaian.
4.7 Amalan Industri Yang Baik

4.7.1 Pencirian geologi dan hidrogeologi kawasan kajian yang terperinci


(Perkara 3) akan memastikan kos penggerudian telaga tiub adalah
efektif.

4.7.2 Aktiviti pembinaan telaga tiub dijalankan selepas operator mendapat


kelulusan daripada Pihak Berkuasa Air Negeri masing-masing.

4.7.3 Pembinaan telaga tiub di kawasan seperti di dalam kawasan batu


kapur, di dalam syal/syis berkarbon, berdekatan dengan kawasan
hutan dan paya bakau hendaklah disokong dengan kajian
hidrogeologi terperinci.

4.7.4 Aktiviti penggerudian direkodkan dengan terperinci pada setiap hari


di dalam log jurugerudi (driller log) (Lampiran 7)

4.7.5 Penggunaan gandingan bebenang yang kalis bocor (leak-tight


threaded coupling) dicadangkan untuk digunakan dalam
penyambungan selongsong.

4.7.6 Cadangan reka bentuk telaga tiub terutamanya bilangan selongsong,


jumlah keluasan bukaan skrin dan kedudukan skrin, kedudukan pam,
jenis bahan dan isipadu padatan kelikir dan simen penurap perlulah
diperincikan sebelum telaga tiub dibina.

4.7.7 Maklumat terperinci mengenai skrin seperti bilangan slot, jarak


antara slot, lebar bukaan slot, panjang slot dan panjang skrin
hendaklah dinyatakan dalam laporan.

4.7.8 Rekod harian data lubang gerudi mestilah disediakan oleh ahli
geologi.

4.7.9 Log geologi lubang gerudi mestilah disediakan oleh ahli geologi
berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi (site geologist) serta
mestilah disemak dan disahkan oleh ahli geologi profesional yang
berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi. (Lampiran 8)
5.0 PEMAJUAN TELAGA TIUB (TUBEWELL DEVELOPMENT)

5.1 Kepentingan Pemajuan Telaga Tiub

5.1.1 Pemajuan telaga tiub hendaklah dilakukan bagi membersih semua


mendapan dan sisa-sisa bendasing yang terkumpul disebabkan oleh
aktiviti penggerudian.

5.1.2 Pemajuan telaga tiub dilakukan untuk membersihkan dinding lubang


gerudi yang diselaputi oleh mendapan lumpur (mud cake) yang
terbentuk daripada bendalir penggerudian. Mendapan lumpur ini
akan mengisi rongga antara butiran dan rekahan dalam batuan.
Keliangan (porosity) medium akuifer akan berkurang dan
menyebabkan kadar luahan air telaga tiub tidak mencapai tahap
optimum.

5.1.3 Prosedur ini juga dijalankan bagi meningkatkan keupayaan telaga


tiub seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.

5.2 Kaedah Pemajuan Telaga Tiub

5.2.1 Pemilihan teknik yang akan digunakan dalam aktiviti pemajuan


telaga tiub adalah bergantung kepada:

i. Medium akuifer iaitu sama ada akuifer di dalam lapisan tak


konsolidat atau dalam lapisan retakan batuan.

ii. Kedalaman telaga tiub yang dibina iaitu sama ada cetek (kurang
daripada 30 m) atau dalam (lebih daripada 30 m).

iii. Kaedah penggerudian yang digunakan semasa pembinaan telaga


tiub.

iv. Reka bentuk telaga tiub yang dibina seperti lubang terbuka (open
hole) atau penggunaan skrin, jenis selongsong dan skrin yang
digunakan, panjang skrin dan ketebalan lapisan padatan kelikir.

5.2.2 Teknik-teknik yang digunakan dalam aktiviti pemajuan telaga tiub


adalah seperti:

i. Pengepaman Berlebihan (Over pumping)

Kaedah paling mudah di mana ia hanya melibatkan pengepaman


telaga tiub daripada luahan rendah hingga kepada luahan
melebihi daripada luahan yang dicadangkan. Pengepaman secara
tak sekata dan tak berterusan yang dijalankan pada setiap
peringkat, akan mengaduk bahan-bahan halus di sekeliling telaga
tiub yang kemudiannya dipam keluar. Namun begitu kaedah ini
mungkin akan menyebabkan padat sedimen halus di sekitar
telaga tiub dan menyekat aliran air ke dalam skrin.
ii. Pusuan Udara (Air Surging)

Kaedah ini melibatkan kemasukan udara termampat yang


dibebaskan secara mengejut ke dalam telaga tiub dan seterusnya
menghasilkan pusuan yang kuat di dalam telaga tiub. Bahan–
bahan halus kemudiannya dibawa keluar daripada telaga tiub
secara julang udara sehingga pertambahan pasir/lumpur yang
dikeluarkan menjadi semakin kurang.

iii. Pengejetan Air (Water Jetting)

Kaedah pengejetan berkesan sekiranya digandingkan dengan


kaedah pengepaman. Dalam kaedah pengejetan, air bersih
dimasukkan ke dalam telaga tiub dengan kadar yang dikawal oleh
saiz muncung alatan pengejetan menggunakan pam bertekanan
tinggi. Pengepaman air keluar dari telaga tiub akan dilakukan
semasa pengejetan, di mana isipadu air yang dipam keluar harus
sentiasa melebihi isipadu air yang dipam masuk semasa
pengejetan.

Pergerakan air yang stabil ke dalam telaga tiub membantu


mengeluarkan beberapa bahan terampai yang dilonggarkan oleh
operasi pengejetan. Kaedah ini sesuai digunakan bagi telaga tiub
yang dibina di dalam lapisan tak konsolidat seperti pasir dan
kelikir.

iv. Cucian Semula (Backwashing)

Kaedah pemajuan telaga tiub yang mudah, di mana air daripada


telaga akan dipam ke permukaan dan disimpan dalam satu bekas.
Air yang disimpan dalam bekas tersebut kemudian dialirkan atau
dimasukkan semula dengan cepat ke dalam telaga tiub. Proses
tersebut diulang sehingga air yang keluar menjadi jernih.

v. Penggunaan Agen Penyebar (Dispersing Agent)

Telaga tiub akan dimasukkan dengan polyphosphate dan


dibiarkan semalaman. Segala mendapan dalam lubang gerudi
atau telaga tiub akan disingkirkan menggunakan teknik
pengejetan atau pusuan udara.

vi. Penimbaan (Bailing)

Penimbaan digunakan dengan berkesan secara manual untuk


pemajuan telaga tiub berdiamter kecil dan yang mempunyai paras
air yang tinggi (<4.5 m). Penimbaan akan menggoncang air dalam
telaga tiub seperti menggunakan surge block dan ianya harus
digunakan disepanjang skrin. Kaedah ini jarang digunakan di
Malaysia.

5.2.3 Teknik yang selalu digunakan dalam aktiviti pemajuan telaga tiub di
Malaysia adalah pengejetan air, pusuan udara dan penggunaan
agen penyebar. Kesesuaian teknik yang akan digunakan dalam
aktiviti pemajuan telaga tiub ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual 6: Kesesuaian teknik pemajuan telaga tiub mengikut


medium akuifer dan kedalaman telaga tiub.

Kesesuaian teknik pemajuan telaga tiub mengikut


Kaedah
medium akuifer dan kedalaman telaga
Pengepaman berlebihan
Telaga tiub dalam dan batu retakan
(Overpumping)
Pusuan (Surging) Telaga tiub cetek dan aluvium
Agen Penyebar
Telaga tiub dalam dan batuan retakan
(Dispersant Agent)
Pengejetan dengan air (Water
Telaga tiub cetek, batuan sedimen dan batu retakan
Jetting)
Penimbaan (Bailing) Telaga tiub cetek
Pengangkatan udara (Air
Telaga tiub dalam dan batuan retakan
Lifting)

5.2.4 Tempoh aktiviti pemajuan telaga tiub ini dijalankan adalah


bergantung kepada tujuan aktiviti ini dijalankan (rujuk Perkara 5.1).
Tempoh minimum yang dicadangkan adalah 30 minit bagi setiap
panjang skrin. Tempoh yang lama diperlukan sehingga kualiti air
yang dipam keluar adalah stabil.

5.2.5 Air yang dipam mestilah jernih selepas prosedur ini dijalankan iaitu
tidak mengandungi pasir dan mempunyai nilai kekonduksian elektrik
yang stabil.

5.2.6 Kedalaman telaga tiub diukur sebelum dan selepas prosedur


pemajuan telaga tiub dijalankan bagi memastikan kedalaman telaga
tiub adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

5.3 Amalan Industri Yang Baik

5.3.1 Pemajuan telaga tiub dilakukan selepas telaga tiub siap dibina.

5.3.2 Sebarang perubahan sifat fizikal air seperti warna, kekeruhan dan
bau semasa prosedur direkodkan.

5.3.2 Perubahan nilai kekonduksian elektrik, pH dan suhu diukur dengan


peralatan yang sesuai.

5.3.3 Peralatan yang sesuai perlu digunakan untuk mengeluarkan


mendapan dan sisa-sisa bendasing yang digunakan semasa
penggerudian.
5.3.4 Ujian pengepaman dijalankan selepas pemajuan telaga tiub .

5.3.5 Pengelogan kamera video setelah pemajuan telaga tiub adalah


disarankan untuk dilakukan bagi tujuan memeriksa telaga sekiranya
berlaku kerosakan telaga tiub , mengesahkan pembinaan telaga tiub
dan memastikan tebukan skrin tidak tersumbat.

Rajah 10: Telaga tiub dicuci menggunakan teknik pusuan udara


selepas siap dibina. Sumber: Nationaldriller.com
6.0 UJIAN PENGEPAMAN TELAGA TIUB
i. Setiap telaga tiub eksplorasi, pengeluaran dan pemantauan perlu
diukur aras laut minimum (mean sea level). Sila rujuk Lampiran 3.

ii. Keadaan cuaca (terutamanya hujan), aktiviti pasang surut air laut
semasa ujian pengepaman dijalankan direkodkan.

iii. Ujian pengepaman dijalankan untuk:

a. Menentukan keupayaan hidraulik telaga tiub yang dibina.

b. Mendapatkan maklumat mengenai ciri-ciri akuifer seperti


kekonduksian hidraulik (hydraulic conductivity, K), keterusan
(transmissivity, T) dan pekali simpanan (storage coefficient, S).

c. Mengenal pasti sifat akuifer berdasarkan hidrogeologi kawasan.

iv. Ujian pengepaman di dalam akuifer aluvium biasanya melibatkan


beberapa telaga tiub cerapan di sekitar telaga tiub yang dibina, dengan
andaian akuifer bersifat homogen dan keluasannya tidak terbatas.

v. Ujian pengepaman di dalam akuifer batuan keras dijalankan di dalam


telaga tiub yang dibina dan juga dalam telaga tiub cerapan (jika ada).
Dicadangkan dibina sekurang-kurangnya satu (1) telaga tiub cerapan
yang berdiameter kecil untuk mendapat nilai hidraulik yang lebih jitu.

vi. Ujian pengepaman bagi telaga tiub artois dicadangkan melibatkan


sekurang-kurangnya satu telaga tiub cerapan berhampiran telaga tiub
yang dibina.

6.1 Persediaan Sebelum Menjalankan Ujian Pengepaman

6.1.1 Peralatan Yang Digunakan

i. Pam selam atau pam emparan (centrifugal pump)

ii. Meter paras air/pengelog aras air

iii. Perekod masa

iv. Buku nota

v. Borang untuk merekod data ujian pengepaman

vi. Meter aliran/tangki V-Notch 90o

vii. Paip aliran air dengan panjang yang sesuai


6.1.2 Pemilihan Pam

i. Spesifikasi pam dipilih berdasarkan:

a. Saiz telaga tiub.

b. Kadar luahan air yang terhasil.

c. Kedudukan pam di dalam telaga tiub.

ii. Pam hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya satu (1) m di atas


kedudukan skrin pertama telaga tiub atau di atas zon retakan bagi
mengelakkan aliran gelora (turbulence).

6.1.3 Persampelan Air

Sampel air bawah tanah hendaklah diambil selepas aktiviti


penggerudian dan semasa ujian pengepaman dijalankan. Sila rujuk
JMG.GP.16.

6.2 Kaedah Ujian Pengepaman

i. Paras air statik di dalam telaga tiub yang dibina dan telaga tiub cerapan
(sekiranya ada) diukur terlebih dahulu sebelum ujian pengepaman
dimulakan. Paras air permukaan yang berhampiran dengan telaga tiub
juga diukur sekiranya ada.

ii. Pengukuran paras air telaga tiub (dari permukaan) hendaklah dilakukan
dengan betul seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.

iii. Kaedah ujian pengepaman yang perlu dijalankan adalah ujian surutan
berperingkat, ujian luahan tetap dan ujian pulih telaga tiub. Carta alir
untuk ujian pengepaman adalah seperti di Lampiran 9.
Rajah 11: Rajah skema pengukuran paras air bawah tanah

6.2.1 Ujian Surutan Berperingkat (Step-Drawdown Test)

i. Ujian ini dijalankan untuk menentukan:

a. Kadar pengepaman optimum telaga tiub.

b. Kecekapan telaga tiub (tubewell efficiency).

c. Kadar pengepaman yang sesuai untuk ujian luahan tetap.

ii. Ujian ini dijalankan dengan beberapa peringkat kadar


pengepaman, bermula dengan kadar luahan minimum hingga
maksimum. Sebanyak lima (5) peringkat kadar pengepaman
(minimum) perlu dilakukan dan tempoh pengepaman setiap
peringkat adalah sekurang-kurangnya satu (1) jam. Data surutan
direkod menggunakan borang di Lampiran 10.

iii. Sebelum ujian dimulakan:

a. Sampel air diambil untuk dianalisis di makmal.

b. Parameter fizikal bagi sampel air seperti nilai pH, nilai jumlah
pepejal terlarut (TDS) dan kekonduksian elektrik (EC)
ditentukan di lapangan.
6.2.2 Ujian Luahan Tetap (Constant Discharge Test)

i. Paras air dalam telaga tiub hendaklah sekurang-kurangnya 90%


kembali ke paras asal sebelum ujian luahan tetap dimulakan.

ii. Kadar pengepaman bagi ujian luahan tetap ditentukan


berdasarkan hasil analisis ujian surutan berperingkat di mana
kadar pengepaman yang optimum digunakan iaitu sekurang-
kurang 70% daripada kecekapan telaga tiub (tubewell efficiency).

iii. Paras air direkod menggunakan borang di Lampiran 11. Ujian


pengepaman yang disarankan adalah sekurang-kurangnya
selama 72 jam.

iv. Parameter fizikal bagi sampel air ditentukan di lapangan. Sampel


air diambil untuk parameter kimia dan biologi di peringkat awal dan
akhir ujian. Penentuan kualiti air bawah tanah akan diperincikan
dalam Perkara 7.

6.2.3 Ujian Pulih Telaga Tiub (Recovery Test)

i. Ujian pulih telaga tiub dijalankan sebaik sahaja pam dihentikan


setelah ujian luahan tetap selesai.

ii. Pengukuran paras air dilakukan mengikut sela masa tertentu


sehingga paras air kembali sekurang-kurangnya 90% atau 24 jam
(mana-mana yang terdahulu). Data surutan direkodkan di dalam
borang di Lampiran 12.

6.2.4 Slug Test

i. Ujian ini mengambil masa yang singkat untuk dijalankan. Ujian ini
sesuai dijalankan untuk telaga tiub yang mempunyai diameter
yang kecil seperti piezometer.

ii. Ujian ini dijalankan untuk menentukan nilai K dengan mengukur


perubahan paras air dalam telaga tiub. Nilai K yang diperolehi
adalah nilai anggaran.

iii. Perubahan paras air dalam telaga tiub dilakukan dengan:

a. Mengeluarkan air telaga tiub dengan bailer. Isipadu air yang


dikeluarkan direkodkan.

b. Memasukkan air ke dalam telaga tiub. Isipadu air yang


dimasukkan ke dalam telaga tiub diketahui.
c. Memasukkan objek besi (slug) ke dalam telaga tiub. Isipadu
objek perlu diketahui terlebih dahulu.

6.2.5 Ujian Pengepaman bagi Telaga Tiub Artois.

i. Telaga tiub cerapan hendaklah dibina berhampiran dengan telaga


tiub artois sebelum ujian pengepaman dijalankan.

ii. Selongsong telaga cerapan hendaklah ditinggikan melebihi


permukaan potentiometri bagi memastikan paras air telaga
cerapan dapat diukur. Jika selongsong tidak dapat ditinggikan,
maka muka telaga cerapan ditutup rapi dan dipasang dengan
meter tekanan (pressure meter) yang telah dikalibrasi.

iii. Sewaktu ujian pengepaman, pam selam akan dipasang di telaga


tiub artois untuk mengukur kadar luahan air bawah tanah.
Manakala, telaga cerapan akan digunakan untuk merekod surutan
atau perubahan paras air bawah tanah.

6.3 Kaedah Analisis Ujian Pengepaman

6.3.1 Kaedah analisis ujian pengepaman boleh dirujuk kepada Kruseman


dan de Ridder (2000). Pemilihan analisis ujian pengepaman
bergantung kepada:

i. Kaedah ujian pengepaman yang dijalankan (Rujuk Perkara 6.2).

ii. Jenis akuifer iaitu sama ada jenis terkekang, tidak terkekang dan
separa terkekang/bocor seperti dalam Lampiran 13.

6.3.2 Analisis ujian surutan berperingkat bagi semua jenis akuifer


dicadangkan menggunakan kaedah Hantush Bierschenk. Bagi
akuifer terkekang, dicadangkan menggunakan kaedah Eden dan
Hazel.

6.3.3 Analisis ujian luahan tetap dijalankan mengikut jenis akuifer yang
dikaji seperti kaedah Theis bagi akuifer terkekang, kaedah Neuman
bagi akuifer tidak terkekang dan kaedah Walton bagi akuifer separa
terkekang/bocor. Kaedah Cooper Jacob sesuai untuk semua jenis
akuifer.

6.3.4 Analisis ujian pulih telaga tiub dicadangkan menggunakan kaedah


Theis Recovery.

6.3.5 Analisis Slug Test dicadangkan menggunakan kaedah Hvorslev


(1951).
6.3.6 Analisis ujian surutan tetap bagi telaga tiub artois dicadangkan
menggunakan kaedah Jacob, Lohman dan Hantush (sila rujuk ASTM
D 5786 – 95).

6.4 Amalan Industri Yang Baik

6.4.1 Paras air bagi telaga tiub yang berhampiran juga diambil sebelum
ujian pengepaman ke atas telaga tiub ujian dijalankan.

6.4.2 Jarak antara telaga tiub berhampiran dengan telaga tiub ujian
direkodkan.

6.4.3 Air yang dipam keluar mesti disalurkan jauh dari telaga tiub ujian bagi
mengelakkan ia memasuki semula ke dalam akuifer tersebut
terutama bagi akuifer tak terkekang.

6.4.4 Kadar pengepaman yang tetap digunakan di mana perbezaan kadar


pengepaman yang dibenarkan adalah tidak melebihi lima (5) peratus
sepanjang ujian pengepaman berlangsung.

6.4.5 Pemerhatian terhadap sebarang perubahan yang berlaku pada


kawasan sekitar telaga tiub ujian pengepaman direkodkan.

6.4.6 Kekerapan parameter fizikal dan kimia bagi sampel air telaga tiub
diukur adalah bergantung pada kualiti air yang ditemui (sama ada
payau atau masin).

6.4.7 Perbandingan lengkung graf yang diperolehi dengan lengkung Theis


dicadangkan bagi mengenal pasti cirian akuifer (sila rujuk Lloyds
1999).

6.4.9 Data ujian pengepaman boleh dianalisis menggunakan perisian


(software) yang bersesuaian.
7.0 PENENTUAN KUALITI AIR BAWAH TANAH

7.1 Persampelan Air Bawah Tanah

7.1.1 Sampel air bawah tanah bagi telaga tiub eksplorasi dan pengeluaran
hendaklah diambil selepas aktiviti penggerudian dan semasa ujian
pengepaman dijalankan. Manakala, bagi telaga tiub pemantauan
diambil sebanyak dua kali iaitu selepas telaga tiub siap dibina dan
selepas telaga tiub dicuci (flushing).

7.1.2 Sampel air bawah tanah bagi telaga tiub pengeluaran yang telah
beroperasi diambil sekurang-kurangnya sekali dalam setahun
sebagai salah satu keperluan untuk memperbaharui lesen abstraksi.
Bagi tujuan ini, sila rujuk Pihak Berkuasa Air Negeri masing-masing.

7.1.3 Bagi telaga tiub pemantauan yang sedia ada, sampel air bawah
tanah hendaklah diambil sekurang-kurangnya dua kali setahun
(pada musim kering dan musim hujan) dan juga mengikut keperluan
semasa. Isipadu air telaga tiub dibuang menggunakan teknik purging
atau pam yang bersesuaian sebelum sampel air diambil.

7.2 Kaedah Persampelan Dan Penjagaan Sampel

7.2.1 Kaedah persampelan air bawah tanah dan peralatan yang digunakan
perlu disesuaikan dengan:

i. Diameter dan kedalaman telaga.

ii. Kedalaman paras air bawah tanah dari permukaan.

iii. Parameter kimia yang hendak dianalisis.

7.2.2 Parameter seperti suhu, pH, TDS, EC, oksigen terlarut, oksida besi
(Fe2O3), keliatan (alkalinity), kekeruhan (turbidity) dan bakteria (total
coliform dan E. coli) diukur di lapangan dengan menggunakan
peralatan mudah alih yang sesuai.

7.2.3 Peralatan untuk persampelan yang biasa digunakan ialah:

i. Pam persampelan seperti pam emparan (centrifugal pump), pam


selam (submersible pump), pam peristalsis (peristaltic pump) dan
pam pundi (bladder pump).

ii. Timba (bailer).

iii. Dua (2) botol berkapasiti dua (2) liter (awet dan tidak awet) jenis
kaca pyrex atau plastik polietilena (HDPE dan PTFE) yang telah
dibersih dan direndam dengan asid lemah seperti 10% asid
hidroklorik (HCl) dan dibilas dengan air suling. Botol yang
digunakan mestilah kalis cahaya dan bebas daripada gelembung
udara.

iv. Alat penguji parameter kimia dan biologi mudah alih seperti
spektrofotometer, colilert dan pengelog multi parameter (CTD
diver).

7.2.4 Sampel air yang diambil hendaklah diawet dengan memasukkan


asid sehingga pH<2. Tujuan pengawetan sampel adalah:

i. Menghentikan pembiakan bakteria

ii. Menghalang tindakbalas pengoksidaan daripada berlaku

iii. Menghentikan proses jerapan (adsorption) dan pemendakan


(precipitation) kation daripada berlaku.

7.2.5 Bahan pengawet yang biasa digunakan ialah asid nitrik (HNO3).
Nisbah penggunaan asid nitrik yang dicadangkan adalah 0.7mL 65%
HNO3 bagi 100mL sampel air (Appelo dan Postma, 2010). Bahan
pengawet lain yang boleh digunakan adalah seperti asid sulfurik
(H2SO4) dan natrium hidroksida (NaOH).

7.2.6 Botol sampel mestilah dilabel dengan maklumat seperti:

i. Lokasi persampelan.

ii. Tarikh dan masa persampelan.

iii. Kedalaman telaga tiub.

iv. Kedudukan skrin.

v. Kadar pengepaman/kaedah pengepaman yang digunakan.

7.2.7 Pengujian E. coli menggunakan alat seperti colilert hendaklah


dijalankan dalam tempoh 24 jam. Manakala sampel air bawah tanah
yang akan dihantar ke makmal hendaklah disimpan di dalam kotak
penyejuk pada suhu 4°C.

7.2.8 Sampel hendaklah dihantar ke makmal secepat mungkin atau dalam


masa 24 jam bagi mengelakkan ralat kepada keputusan analisis.
Panduan kesesuaian jenis botol sampel, bahan pengawet dan masa
pegangan boleh dirujuk pada Garis Panduan Pengukuran Paras Air
Tanah dan Persampelan (JMG.GP.16).
7.2.9 Selain parameter dalam Jadual 7, parameter lain yang dicadangkan
untuk analisis adalah mengikut jenis guna tanah sekitar telaga tiub.
Antara parameter yang dicadangkan adalah:

i. Light non-aqueous phase liquid (LNAPL) dan dense non-aqueous


phase liquid (DNAPL).

ii. Jumlah Fenol (Total phenol).

iii. Detergen (Anionic detergent/MBAS).

iv. Ammoniacal Nitrogen, NH3N / Ammonia, NH3.

v. Radionuklid/Gross alpha dan Gross beta.

vi. Racun serangga dan perosak (Pesticide dan Herbicide).

7.2.10 Walaubagaimanapun, senarai parameter untuk dianalisis boleh


dirujuk pada Pihak Berkuasa Air di negeri masing-masing.

7.3 Kualiti Air Bawah Tanah Dan Kesesuaian Kegunaannya

7.3.1 Parameter kualiti air bawah tanah yang dipilih untuk analisis adalah
mengikut keperluan Pihak Berkuasa Air Negeri masing-masing.
Secara amnya, parameter yang akan diuji adalah seperti berikut:

i. Parameter fizikal seperti pH, suhu, kekonduksian elektrik (EC),


kekeruhan, warna, jumlah kealkalian (total alkalinity).

ii. Kimia Bukan Organik seperti jumlah pepejal terlarut (TDS), jumlah
pepejal, jumlah pepejal terampai, oksigen terlarut, BOD, COD,
kekerasan dan ion utama air bawah tanah iaitu Na+, K+, Ca2+,
Mg2+, Cl-, SO42-, NO3-, HCO3-, NH3, SiO2, Fe2+, Mn2+ dan F-

iii. Logam berat seperti Zn2+, Pb2+, Ni2+, Co2+, CN-, Cl-, As3-, Cr2+,
Cd2+, Se2-, Hg2+, Cu2+ dan B.

iv. Mikrobiologi iaitu untuk mengesan kehadiran bakteria Escherichia


coli (E.coli) dan coliform.

7.3.2 Senarai parameter mengikut piawaian air bawah tanah di Malaysia


berdasarkan kegunaannya boleh dirujuk pada Jadual 7.

Jadual 7: Piawaian air bawah tanah untuk pertanian, industri dan air
mentah. (Sumber: Standard Dan Indeks Kualiti Air Tanah Malaysia, 2019)
Piawaian Air Bawah Tanah Mengikut Kegunaan (mg/L)

Parameter
Pertanian Industri Air Mentah

Kekeruhan (Turbidity) - - 1000 NTU


Warna - - 300 TCU
pH - 6.5 – 8.0 5.5 – 9.0
Suhu - - Normal +2oC
Kekonduksian elektrik, 700 - 1000
μS/cm
Jumlah kealkalian - 300 -
(Total alkalinity)
Ferum, Fe2+ - 0.3 1.0
Nitrat, NO3- 100 10
Nitrit, NO2- 100 - 0.4
Jumlah Pepejal 3,000 450 1500
Terlarut (Total
Dissolved Solid)
Jumlah pepejal - 5 -
terampai (Total
Suspended Solid)
Kekerasan (Hardness) - 250 500
Klorida, Cl- 4.0 me/L 100 250
Fluorida, F- - - 1.5
Sulfat, SO₄²- - 200 250
Chemical Oxygen - 30 10
Demand (COD)
Biochemical Oxygen - - 6
Demand (BOD)
3.0 - 200
Natrium, Na+ me/L*(SAR1<
3)
Magnesium, Mg2+ - - 150
Ammonia, NH3 - - 1.5
Mangan, Mn2+ 0.2 0.2 0.2
Aluminium, Al3+ 5.0 - -
Raksa, Hg2+ - - 0.001
Kadmium, Cd2+ 0.01 - 0.003
Arsenik, As3- 0.1 - 0.01
Sianida, CN- - 0.07
Plumbum, Pb2+ - - 0.05
Kromium, Cr2+ 0.1 - 0.05
Kuprum,Cu2+ 0.2 1.0
Kobalt, Co2+ 0.2 - -
Zink, Zn2+ 2.0 - 3
Selenium, Se2- - - 0.01
Perak, Ag+ - - 0.05
Nikel, Ni2+ 0.2 - 0.05
Boron, B 0.7 - -
Sulfida, S2- 1000 - -
Minyak - - 0.3
Fenol, C6H6O - - 0.002
Silika, SiO2 20
- - 5000 MPN /
Jumlah Koliform
100 ml
- - 5000 MPN /
Escherichia coli (E.coli)
100 ml
*milliequivalent per litre
1
Sodium Absorption Ratio
(SAR) dikira berdasarkan persamaan berikut:
SAR = Na/square root of Ca + Mg/2
(Semua di dalam me/L)

7.3.3 Maklumat kualiti air bawah tanah digunakan untuk:

i. Menilai kesesuaian air tersebut untuk kegunaan domestik,


pertanian dan industri (sila rujuk JMG.GP.09 dan JMG.GP.16).

ii. Mengetahui komposisi kimia air bawah tanah di sesuatu kawasan.

iii. Memantau kualiti air bawah tanah mengikut masa.

7.4 Kepentingan Analisis Kimia Air Bawah Tanah

7.4.1 Kimia air bawah tanah dianalisis untuk:

i. Mengenal pasti komposisi kimia air bawah tanah mengikut jenis


litologi

ii. Untuk memastikan kesemua bendalir penggerudian disingkirkan


daripada telaga tiub.

iii. Untuk mengenal pasti sebarang perubahan komposisi kimia


mengikut aktiviti guna tanah Kawasan.

7.4.2 Keputusan analisis kimia bagi setiap parameter dibuat dalam bentuk
jadual dan grafik (sila rujuk JMG.GP.09).

7.4.3 Data yang diterima daripada makmal perlu dipastikan kesahihan


dan kualiti analisisnya dengan cara mengira nilai Keseimbangan
Cas (Ionic Balance). Nilai ini ditentukan dengan mengira peratus
perbezaan di antara jumlah cas positif (kation) dan negatif (anion)
seperti formula di bawah:

-.%/'ℎ !'1$2( − -.%/'ℎ 4($2(


!"#"$%&'()'( +'# = × 100%
-.%/'ℎ !'1$2( + -.%/'ℎ 4($2(

Jumlah ion dikira dalam milisetaraan per liter (meq/L) dan peratus
perbezaan yang diterima pakai hendaklah dalam julat + lima (5) %.

7.4.4 Keputusan analisis kimia dipersembahkan dalam bentuk graf atau


rajah hidrogeokimia (Sila rujuk JMG.GP.16).

7.4.5 Kesahihan data analisis boleh diperiksa dengan membandingkan


nilai EC dengan nilai TDS yang diukur dalam makmal (measured)
dan nilai TDS yang dikira (calculated). Nilai TDS yang diukur mestilah
hampir sama dengan yang dikira. Nilai EC mestilah berkadar terus
dengan nilai TDS.

7.5 Amalan Industri Yang Baik

7.5.1 Selain parameter untuk analisis yang dicadangkan oleh Pihak


Berkuasa Air Negeri masing-masing, parameter untuk analisis
adalah disaran mengikut aktiviti guna tanah di kawasan kajian.

7.5.2 Kadar pengepaman semasa persampelan seharusnya dilakukan


secara perlahan bagi mengelakkan gelora (turbulence) dan
gelembung udara.

7.5.3 Peralatan persampelan seperti timba dan talinya, pam dan kabel,
kuar (probe) dan sebarang alat yang menyentuh sampel air atau
yang dimasukkan ke dalam telaga tiub hendaklah dinyahcemar
terlebih dahulu sebelum digunakan ke atas telaga tiub yang
berikutnya.

7.5.4 Peralatan mudah alih yang digunakan untuk persampelan hendaklah


dikalibrasi terlebih dahulu sebelum digunakan.

7.5.5 Sampel air bawah tanah hendaklah dianalisis di makmal yang


mempunyai Sijil Akreditasi Makmal.
8.0 PELENGKAPAN TELAGA TIUB (TUBEWELL COMPLETION)

i. Pelengkapan telaga tiub bertujuan untuk:

a. Menghalang kemasukan air dari permukaan (termasuk banjir),


bakteria dan bahan pencemar yang lain ke dalam telaga tiub.

b. Menyokong sistem pam selam.

c. Melindungi telaga tiub daripada laku musnah.

ii. Telaga tiub yang dibina mestilah dalam kawasan berpagar dan berlabel
serta dilaporkan kepada pihak JMG setelah selesai pembinaan.

a. Perkara yang perlu ada dalam laporan pelengkapan ialah log grafik
mengenai strata termasuk aras air bawah tanah, paras air statik dan
log penggerudian.

b. Maklumat yang dicadangkan untuk dimasukkan dalam perlabelan


telaga tiub adalah kedalaman telaga tiub, kedudukan skrin dan
koordinat telaga tiub.

iii. Telaga tiub pengeluaran yang lengkap (Rajah 12) mesti mempunyai:

a. Pam selam atau pam emparan (centrifugal pump).

b. Meter tekanan (pressure meter) atau meter aliran (flow meter).

c. Paip untuk aktiviti persampelan.

d. Injap kawalan (gate valve).

e. Panel kawalan operasi telaga. tiub

f. Paip untuk mengukur paras air telaga tiub.

g. Lantai konkrit yang berukuran 1.5 m x 1.5 m x 0.3 m di sekeliling


muka telaga tiub.

iv. Telaga tiub eksplorasi dan pemantauan yang lengkap mesti


mempunyai:

a. Penutup telaga tiub (tubewell cap).

b. Lantai konkrit yang berukuran 1.5 m x 1.5 m x 0.3 m di sekeliling


muka telaga tiub.
8.1 Amalan Industri Yang Baik

8.1.1 Ketinggian kolar telaga tiub dari tapak telaga tiub ditentukan
berdasarkan keadaan sekeliling terutamanya jika telaga tiub di dalam
kawasan banjir.

8.1.2 Tapak pembinaan mestilah dikemas seperti keadaan asal. Sebarang


bahan yang telah digunakan semasa kerja perlu dibuang dengan
cermat.

8.1.3 Telaga tiub yang dibina dengan baik serta dilengkapi dengan sistem
kawalan keselamatan yang tinggi akan membantu dalam
pemeliharaan sumber air bawah tanah.

Rajah 12: Telaga tiub pengeluaran yang lengkap dengan komponen


9.0 PENYAHTAULIAHAN LUBANG GERUDI DAN TELAGA TIUB
(BOREHOLE AND TUBEWELL DECOMMISSIONING)

9.1 Tujuan Lubang Gerudi Dan Telaga Tiub Ditutup

Lubang gerudi dan telaga tiub ditutup disebabkan oleh perkara-perkara


seperti berikut:

9.1.1 Tempoh operasi telaga tiub telah tamat.

9.1.2 Telaga tiub ditinggalkan oleh kontraktor begitu sahaja.

9.1.3 Lubang gerudi atau telaga tiub runtuh dengan sendiri.

9.1.4 Perubahan guna tanah di kawasan telaga tiub disebabkan oleh


aktiviti pembangunan.

9.1.5 Kemerosotan kadar luahan telaga tiub.

9.1.6 Paip penyambungan pam selam terputus dan pam selam tidak dapat
dikeluarkan dari telaga tiub.

9.2 Kepentingan Menutup Lubang Gerudi Dan Telaga Tiub Ditutup

9.2.1 Lubang gerudi dan telaga tiub dikambus untuk:

i. Menghindarkan bahaya dan mudarat kepada manusia dan


hidupan lain.

ii. Mengelakkan kemasukan air dari permukaan atau bahan


tercemar di permukaan ke dalam akuifer.

iii. Mengelakkan penyusupan air bawah tanah yang tercemar ke


lapisan akuifer lain.

9.3 Kaedah Penutupan Lubang Gerudi dan Telaga Tiub

Berikut merupakan prosedur yang dilakukan untuk menutup lubang gerudi


dan telaga tiub yang tidak digunakan:

9.3.1 Mendapatkan maklumat log dan reka bentuk lubang gerudi dan
telaga tiub. Maklumat ini adalah penting untuk menentukan jenis
bahan dan jumlah isipadu bahan yang akan digunakan.
9.3.2 Menanggalkan komponen.

i. Bagi telaga tiub yang hendak ditutup, semua komponen seperti


meter aliran atau meter tekanan, injap kawalan, paip persampelan
dan penutup muka selongsong telaga tiub perlu ditanggalkan.

ii. Paip pemantauan paras air telaga tiub dan pam selam dikeluarkan
daripada telaga tiub.

9.3.3 Menimbus lubang gerudi dan telaga tiub.

i. Perlu ditimbus dengan bahan yang bersih dan tidak reaktif serta
menyerupai bahan lapisan akuitard.

ii. Bahan yang sesuai adalah bahan yang berketelapan rendah


seperti lempung.

iii. Permukaan ditutup dengan simen.

9.3.4 Permohonan penutupan telaga boleh dirujuk pada Lampiran 14.

9.4 Amalan Industri Yang Baik

9.4.1 Keadaan dalam telaga tiub perlulah diperiksa menggunakan kamera


lubang gerudi sebelum dikambus.

9.4.2 Lubang gerudi dan telaga tiub dicuci sebelum dikambus.

9.4.3 Prosedur ini hendaklah dilakukan di bawah seliaan ahli geologi.


10.0 PENYELENGGARAAN DAN PEMULIHAN TELAGA TIUB

10.1 Penyelenggaraan Telaga Tiub

10.1.1 Penyelenggaraan telaga tiub secara berkala adalah perlu bagi


memastikan kualiti dan kuantiti air telaga tiub terpelihara.

10.1.2 Interaksi kimia yang berlaku antara air bawah tanah dengan
tanah/batuan (dengan kehadiran oksigen) akan menghasilkan
mendakan oksida besi (Fe2O3) seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 13. Mendakan yang terhasil akan menyumbat bukaan skrin
dan juga selongsong.

10.1.3 Mendakan ini disingkirkan dengan menggunakan teknik seperti


berikut:

i. Pengangkatan udara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14.

ii. Rawatan kimia.

iii. Penggunaan bahan pencuci.

iv. Rawatan ultrasonik (jika perlu).

10.2 Kaedah Pemulihan Telaga Tiub

10.2.1 Kaedah pemulihan telaga tiub perlu dijalankan sekiranya


kecekapan telaga tiub merosot sehingga 40%. Telaga tiub
dipulihkan dengan menggunakan kaedah seperti berikut:

i. Menggunakan tekanan udara yang sesuai seperti 10 bar dengan


memasukkan nozzle sehingga ke kawasan skrin untuk
menyingkirkan bendasing yang terkumpul.

ii. Memasukkan bahan kimia seperti asid sulfamik (H3NSO3) ke


dalam telaga dan dibiarkan selama 48 jam sebelum telaga tiub
dibersihkan.

iii. Memasukkan selongsong yang baru ke dalam telaga tiub yang


mempunyai masalah penapisan air atau kekeruhan yang tinggi. Ini
digunapakai untuk telaga tiub yang bersaiz besar.
Rajah 13: Pam selam yang tersumbat dengan mendakan oksida
besi (Fe2O3).

10.3 Amalan Industri Yang Baik

10.3.1 Keperluan sesuatu telaga tiub pengeluaran untuk diselenggarakan


dapat diketahui melalui pemantauan kualiti dan kuantiti air secara
berkala.

10.3.2 Kamera lubang gerudi boleh digunakan untuk mengenal pasti


keadaan telaga tiub sebelum diselenggara.

10.3.3 Sampel air dianalisa setelah selesai proses penyelenggaraan bagi


memastikan semua mendapan dan sisa-sisa bendasing dalam
telaga tiub disingkirkan sepenuhnya.

10.3.4 Sampel mendakan dianalisa untuk mengenal pasti koloni bakteria


yang hidup dalam telaga tiub.

10.3.5 Ujian pengepaman hendaklah dijalankan ke atas telaga bagi


mengenal pasti keupayaan telaga tiub setelah menjalani proses
pemulihan.
Rajah 14: Segala mendapan dan sisa-sisa bendasing dalam telaga
tiub akan dikeluarkan menggunakan teknik pengangkatan udara.
.
11.0 PENYEDIAAN LAPORAN TEKNIKAL

Laporan teknikal mengenai pembinaan telaga tiub hendaklah ditulis mengikut


format yang ditetapkan dengan merujuk kepada garis panduan JMG.GP.09.
Laporan mestilah ditulis oleh seorang ahli geologi berdaftar dan perlu
disahkan oleh ahli geologi profesional yang diiktiraf dengan Lembaga Ahli
Geologi seperti dalam peruntukan Akta Ahli Geologi 2008.

55
BIBLIOGRAFI

1. Aller, L. (1991). Handbook of suggested practices for the design and


installation of ground-water monitoring wells (Vol. 1). Environmental
Monitoring Systems Laboratory, Office of Research and Development, US
Environmental Protection Agency.

2. Appelo, C.A.J., & Postma, D. (2005). Geochemistry, Groundwater and


Pollution (2nd ed.). CRC Press.

3. ASTM International. (1995). ASTM D 5786 – 95 (Reapproved 2000) Standard


Practice for (Field Procedure) for Constant Drawdown Tests in Flowing Wells
for Determining Hydraulic Properties of Aquifer Systems.West
Conshohocken, PA.

4. ASTM International. (2014). ASTM F480-14: Standard Specification for


Thermoplastic Well Casing Pipe and Couplings Made in Standard Dimension
Ratios (SDR), SCH 40 and SCH 80. West Conshohocken, PA.

5. ASTM International. (2014). ASTM F480-14: Standard Specification for


Thermoplastic Well Casing Pipe and Couplings Made in Standard Dimension
Ratios (SDR), SCH 40 and SCH 80. West Conshohocken, PA.

6. ASTM International. (2016). ASTM D5092 / D5092M-16: Standard Practice


for Design and Installation of Groundwater Monitoring Wells. West
Conshohocken, PA.

7. ASTM International. (2017). ASTM D6913-17: Standard Test Methods for


Particle-Size Distribution (Gradation) of Soils Using Sieve Analysis. West
Conshohocken, PA.

8. ASTM International. (2018). ASTM D5299 / D5299M-18: Standard Guide for


Decommissioning of Groundwater Wells, Vadose Zone Monitoring Devices,
Boreholes, and Other Devices for Environmental Activities. West
Conshohocken, PA.

9. ASTM International. (2018). ASTM D5521 / D5521M-18: Standard Guide for


Development of Groundwater Monitoring Wells in Granular Aquifers. West
Conshohocken, PA.

10. ASTM International. (2019). ASTM A312 / A312M-19: Standard Specification


for Seamless, Welded, and Heavily Cold Worked Austenitic Stainless Steel
Pipes. West Conshohocken, PA.

11. ASTM International. (2020). ASTM D6429-20: Standard Guide for Selecting
Surface Geophysical Methods. West Conshohocken, PA.

56
12. ASTM International. (2020). ASTM A53 / A53M-20: Standard Specification
for Pipe, Steel, Black and Hot-Dipped, Zinc-Coated, Welded and Seamless.
West Conshohocken, PA.

13. British Standards Institution. (2015). BS 5930:2015: Code of Practice for


Ground Investigation. 5. 96-106.

14. Bureau of Indian Standard. (1994). ISBN 81-7061-041-9: Location, Operation


and Maintenance of Tube/Bore Wells-Guideline.

15. Environmental Quality Act. (1987). P.U.(A) 362: Environmental Quality


(Prescribed Activities) (Environmental Impact Assessment) Order 1987.
Department of Environment Malaysia.

16. Garis Panduan Eksplorasi Air Tanah (JMG.GP.09). (2010). Jabatan Mineral
dan Geosains Malaysia.

17. Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan Dan Pembangunan KSAS


Kawasan Tadahan Air Dan Sumber Air Tanah. (2010). Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

18. Garis Panduan Pengukuran Paras Air Tanah dan Persampelan


(JMG.GP.16). (2013). Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

19. Garis Panduan Penyediaan Laporan Hidrogeologi Dan Geologi Bagi Maksud
Permohonan Lesen Punca Air Mineral Semulajadi (JMG.GP.19). (2015).
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

20. Garis Panduan Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah (SPeKAT). (2019).
Jabatan Alam Sekitar.

21. Good Practice for Decommissioning Redundant Boreholes and Wells.


(2010). Scotland: Scottish Environment Protection Agency.

22. Good Practice for Decommissioning Redundant Boreholes and Wells.


(2012). United Kingdom: Environment Agency.

23. Ground Water Manual. (1995). US Department of Interior, Bureau of


Reclamation.

24. Kruseman, G.P., & de Ridder, N.A. (2000). Analysis and Evaluation of
Pumping Test Data (2nd ed.). International Institute for Land Reclamation and
Improvement.

25. Lloyd, J.W. (1999). Water Resources of Hard Rock Aquifers in Arid and Semi-
Arid Zones. Paris: UNESCO Publishing.

26. MacDonald, A., Davies, J., Calow, R., & Chilton, J. (2005). Developing
Groundwater: A Guide For Rural Water Supply. ITDG Publishing.

57
27. Manual Air Tanah. (2005). Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

28. MS 628-1:2014 Plastics Piping System for Water Supply and for buried and
above-ground drainage and sewerage under pressure- Unplasticized poly
(Vynil Chloride) PVC-U. Part 1: General second revision

29. MS 628-2:2014 Plastics Piping System for Water Supply and for buried and
above-ground drainage and sewerage under pressure- Unplasticized poly
(Vynil Chloride) PVC-U (part 2-Pipes)

30. MS 628-3:2014 Plastics Piping System for Water Supply and for buried and
above-ground drainage and sewerage under pressure- Unplasticized poly
(Vynil Chloride) PVC-U. part 3:Joints and Fittings)

31. MS 1968:2007 (confirmed:2011) Non Alloy Steel Tubes and fittings for the
conveyance of aqueous liquids including water for human consumption-
technical delivery conditions

32. MS 1988:2007 Welded Stainless Steel Tubes for the conveyance of aqueous
liquids including water for human consumption-technical delivery conditions
and includes amendment A1

33. National Uniform Drillers Licensing Committee. (2020). Minimum


Construction Requirements for Water Bores in Australia. 4th Edition. National
Water Commission.

34. Papadopulos, I. S., & Cooper, H. H. (1967). Drawdown in a well of large


diameter. Water Resources Research, 3(1), 241-244.

35. Schwartz, F.W., & Zhang, H. (2003). Fundamentals of Ground Water. John
Wiley & Sons, Inc.

36. Standard Dan Indeks Kualiti Air Tanah Malaysia. (2019). Jabatan Alam
Sekitar.

37. Sterrett, R. J. (Ed.). (2007). Groundwater and Wells. Johnson Screens.

38. Technical Guidelines for the Construction, Rehabilitation of Drilled Water


Wells. (2020). Somalia Wash Cluster.

39. Van der Wal, A. (2010). Understanding Groundwater & Wells in manual
drilling: Instruction handbook for manual drilling teams on hydro-geology for
well drilling, well installation and well development. PRACTICA
Foundation, 3, 1-41

58
LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

Senarai Pihak Berkuasa Air Negeri Dan Perundangan Berkaitan.

NEGERI PIHAK BERKUASA AIR NEGERI ENAKMEN/AKTA/PERUNDANGAN


Johor Badan Kawal Selia Air Johor. Enakmen Air 1921.
Seksyen 7- Prohibition of diversion or abstraction of water from rivers, except
under licence

Kedah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Enakmen Sumber Air Kedah 2008 (Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah
(Pengabstrakan Air) 2015).
Seksyen 24-Pengabstrakan air.
Seksyen 26 -Cari gali dan pengabstrakan air tanah.
Seksyen 27 -Penggunaan air sara hidup.
Kelantan Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan. Enakmen Sumber Air Kelantan 2019.
Seksyen 12 -Kawalan penggunaan sumber air.
Seksyen13 -Pengabstrakan air tanah.
Seksyen 17- Hak terhadap air bagi maksud sara diri.
Melaka Badan Kawal Selia Air Melaka. Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014.
Seksyen 11-Cari gali dan pengabstrakan air bumi .
Seksyen 12 -Penggunaan air sara hidup.
Negeri Sembilan Badan Kawal Selia Air Negeri Akta Air 1920
Sembilan. Seksyen 7-Prohibition of diversion of water from rivers. except under license.
Enakmen Air (Pindaan Akta Air 1920) 2007.
Pahang Badan Kawal Selia Air Negeri Pahang. Enakmen Sumber Air 2007.
Seksyen 17-Lesen diperlukan untuk membekal air mentah.
Seksyen 53-Telaga.
Seksyen 54-Penalti kerana mengusahakan telaga tiub tanpa lesen
.
Penang Badan Kawal Selia Air Negeri Pulau Enakmen Pembekalan Air 1998.
Pinang. Seksyen 61
Seksyen 62

59
NEGERI PIHAK BERKUASA AIR NEGERI ENAKMEN/AKTA/PERUNDANGAN
Perak Pejabat Tanah dan Galian Negeri Akta Air 1920;
Perak. Kaedah-Kaedah Abstraksi Air Tanah (Perak)2011;
Kaedah-Kaedah Caj Air (Perak) 2010

Perlis Pihak berkuasa Bekalan Air Negeri Enakmen Bekalan Air 2006.
Perlis. Seksyen 15 – Lesen diperlukan untuk membekal air.
Seksyen 17-Lesen.
Seksyen 62-Perigi
Sabah Jabatan Air Negeri Sabah. Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.
Seksyen 16- Private rights to water.
Seksyen 17- Authorisation of water activities.

Sarawak Pihak Berkuasa Air Negeri. Ordinan Air 1994.


Seksyen 12-Licence to abstract groundwater.
Seksyen 13-Abstraction of groundwater to be certified as safe for drinking.

Selangor Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Enakmen LUAS 1999.


Seksyen 41-Kawalan penggunaan dan aliran air.
Seksyen 44-Kuasa untuk mengenakan caj.
Seksyen 45-Hak terhadap air untuk pertanian saradiri.
Seksyen 59-Kuasa untuk mengeluarkan lesen.

Terengganu Jabatan Bekalan Air Negeri Enakmen Bekalan Air 1998.


Terengganu. Enakmen Air 2020 (Baru diluluskan).
Seksyen 7- Prohibition of diversion of water from rivers except under licence.

Wilayah Jabatan Bekalan Air, Kementerian


Persekutuan Tenaga dan Sumber Asli.
Labuan
Wilayah Perbadanan Putrajaya.
Persekutuan
Putrajaya
Wilayah Kementerian Wilayah Persekutuan. Akta Air 1920 (Akta 418);
Persekutuan Bekalan Air (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Akta 1998 (Akta 581)
Kuala Lumpur

60
LAMPIRAN 2

Borang Pemberitahuan Mengenai Pemajuan Telaga.

61
62
63
64
65
LAMPIRAN 3

Borang Pemberitahuan Maklumat Telaga.

66
67
68
69
LAMPIRAN 4
Senarai Kesesuaian Kaedah Geofizik Dalam Eksplorasi Air Bawah Tanah.

KAEDAH KELEBIHAN KEKURANGAN KESESUAIAN UNTUK


EKSPLORASI AIR BAWAH
TANAH
Keberintangan Elektrik Dapat membezakan antara Tidak dapat membezakan Sesuai dalam aluvium dan
(Electrical Resistivity) lapisan tepu dan lapisan tak dengan jelas antara lapisan batuan.
tepu akuifer (batu pasir) tepu dan
Parameter seperti keporosan, Dapat membezakan antara zon lapisan lempung tepu.
ketelapan, ketepuan air dan terkekar tepu dan batuan masif. Kedalaman optimum adalah
jumlah kepekatan pepejal larut berkadaran dengan panjang
dalam liang bendalir diambil kira garis survei. Secara amnya
untuk pengukuran kedalaman penyiasatan adalah
keberintangan. 1/3 dari panjang garisan survei.

Pengutuban Teraruh (Induced Dapat membezakan antara Lebih terdedah kepada Sesuai dalam aluvium.
Polarization,IP) lapisan aquifer (batu pasir) tepu gangguan (noise).
dan lapisan lempung tepu. Instrumen lapangan yang lebih
Memberi maklumat mengenai Lempung mempunyai sifat berat dan besar, memerlukan
sifat kapasitif bahan bawah kapasitif yang lebih tinggi lebih banyak kuasa, kos, &
permukaan. berbanding pasir. limitasi dalam penafsiran data.

70
KAEDAH KELEBIHAN KEKURANGAN KESESUAIAN UNTUK
EKSPLORASI AIR BAWAH
TANAH
Elekromagnet Fana Masa pemerolehan data yang Sensitif terhadap gangguan Sesuai untuk penyiasatan air
(Transient Electromagnet, secara relatifnya singkat. arus elektrik dari bawah tanah secara rantau dan
TEM) Tidak memerlukan garis survei kabel/pencawang elektrik. tempatan.
yang panjang untuk target yang Terdedah kepada gangguan
Survei TEM memberi maklumat dalam. persekitaran
mengenai sifat kekonduksian Isu pengunaan ruang semasa
pukal bawah permukaan. pemerolehan data.

Seismos Biasan (Seismic Dapat menentukan kedalaman Kaedah seismos biasan adalah Sesuai dalam batuan.
Refraction) paras air statik atau batuan bergantung kepada andaian di
dasar atau ketebalan beban mana halaju seismos setiap
Boleh digunakan untuk atas (overburden) lapisan bertambah mengikut
menentukan halaju seismos kedalaman.
lapisan geologi dan Geometri susunan geofon
menentukan kedalaman bergantung kepada lapisan
berdasarkan perbezaan antara terbias yang akan
muka akustik. mengenalpasti lapisan geologi
yang nipis.
Proses pemerolehan data
memerlukan tenaga kerja yang
ramai dan garis survei yang
panjang.
Seismos Pantulan (Seismic Memberikan gambaran lapisan Memerlukan tenaga kerja yang Sesuai dalam aluvium dan
Reflection) bawah tanah dengan ramai. batuan
sempurna. Proses pemerolehan data yang
Gelombang bergerak ke Digunakan untuk survei yang lebih kompleks dan masa
subpermukaan dan akan dalam seperti kajian lembangan pemprosesan data beresolusi
memantul semula ke air bawah tanah bagi tinggi menjadi lebih lama
permukaan. memetakan kedalaman batuan disebabkan oleh limitasi
dasar. kemampuan komputer.

71
Graviti (Gravity) Pemerolehan data boleh Melibatkan kos yang tinggi dan Kurang sesuai unutk
meliputi kawasan yang besar. masa yang lama bagi penyiasatan air bawah tanah
Asas kaedah graviti melibatkan Bacaan dapat diambil di pengukuran di kawasan yang
pengukuran nilai graviti bumi. mana-mana lokasi luas.
VarIasi nilai graviti bergantung Tidak terdedah kepada Setiap stesen pengukuran
kepada perubahan ketumpatan gangguan persekitaran. graviti memerlukan ketepatan
bahan bawah permukaan ketinggian dan latitud
secara lateral di titik
pengukuran.

Elektromagnet Berfrekuensi Sangat berkesan untuk Bilangan stesen pemancar yang Sesuai dalam retakan batuan
Rendah (Very Low Frequency mengesan zon berkonduktiviti sedikit menyebabkan limitasi keras.
Electromagnetic, VLF EM) tinggi seperti rekahan terisi air terhadap arah isyarat yang
atau mineral atau sesar dalam dapat dikumpulkan.
VLF mengesan konduktor batuan Arah dari stesen pemancar VLF
elektrik dengan menggunakan Pemerolehan data yang cepat kepada target mesti di
isyarat radio berfrekuensi dan memerlukan tenaga kerja tempatkan paling selari dengan
rendah pada julat sekitar 15 – yang sedikit. jurus konduktor atau target yang
30 kHz. ingin dikesan.
Digunakan untuk mengesan Dipengaruhi oleh semua
konduktor elektrik yang panjang konduktor elektrik.
dan lurus.

72
Elektromagnetik Awangan Mampu untuk memetakan Kos operasi yang tinggi. Sangat sesuai dalam alluvium
(Airborne Electromagnetic, kawasan yang luas secara dan kurang sesuai dalam
AEM) berterusan dan menghasilkan batuan keras.
peta geologi bawah permukaan
Kemampuan untuk mengesan beresolusi tinggi sehingga
konduktiviti atau keberintangan kedalaman ratusan meter serta.
elektrik litologi di
subpermukaan.

Magnetotelurik Berguna untuk korelasi antara Taburan arus telurik bergantung Sesuai untuk eksplorasi air
(Magnetotellurics, MT) kekondusian elektrik dengan kepada keberintangan batuan. bawah tanah (melebihi satu km)
suhu bahan di beberapa aras dan hidroterma.
Arus semulajadi yang teraruh kedalaman.
dalam bumi dan arus ini Boleh memetakan lapisan
mengalir di lapisan permukaan penutup berkonduksi tinggi.
dan bawah permukaan.

73
LAMPIRAN 5

Graf Taburan Saiz Butiran.

74
LAMPIRAN 6

Kebulatan Dan Kesferaan Butiran (Diubahsuai Dari Pettijohn et al., 1987).

75
LAMPIRAN 7

LOG JURUGERUDI

PROJEK:

ID TELAGA TIUB: LOKASI TELAGA TIUB:

Tarikh Mula Bina : Pemampat Udara (psi & cfm):

Tarikh Siap Bina : Tekanan Pam Lumpur (bar) :

Rig Penggerudian :

Nama Syarikat :

Nama Operator :

Putaran
Kadar
per
Kedalaman

Jenis selongsong/ tusuk Jenis


Teknik minit
tukul/ bit dan saiz bendalir
(m)

Penggerudian
dalam unit mm. penggerudian
(ROP)
(RPM)

76
LAMPIRAN 8

LOG GEOLOGI DAN REKA BENTUK TELAGA


PROJEK :
NO. PROJEK : KAEDAH
NO. TELAGA : PENGGERUDIAN : Kaedah: TARIKH & MASA MULA :
LOKASI : (1) Kedalaman: Kaedah: TARIKH & MASA SIAP :
(2) Kedalaman: Kaedah: PEMILIK :
(3) Kedalaman: m SYARIKAT PENGGERUDIAN:
JUMLAH KEDALAMAN : m JURU GERUDI :
KOORDINIT : U T TINGGI KOLAR : m
KETINGGIAN : m ARAS AIR STATIK : (b.a. MESIN PENGGERUDIAN :
(a.l. TARIKH PENGUKURAN: p.b.)
m.)

KEDALAMAN LITOLOGI KETERANGAN


(m) GRAFIK KADAR LOG
(Warna, tekstur, struktur, CATATAN REKA BENTUK
MUAN

GEOFIZIK
PENE

PENEMBUSAN
(m3/ja

batuan/tanah dsb…) TELAGA


AIR
m)

PENYIAPAN TELAGA :
Kedalaman telaga ........................................... (m)
Jenis skrin :………………………. Dilog oleh: …………………………………………………… Disahkan oleh: ……………………………………………
Jenis selongsong :………………………. Jawatan : …………………………………………………… Jawatan : …………………………………………….
Anggaran luahan :……………………… (m3/h) Tarikh : …………………………………………………… Tarikh :
……………………………………………

77
LAMPIRAN 9

Carta Alir Ujian Pengepaman.

78
LAMPIRAN 10

79
Masa Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4 Fasa 5
dari Luahan (Q) = Luahan (Q) = Luahan (Q) = Luahan (Q) = Luahan (Q) =
mula Catatan
m3/jam m3/jam m3/jam m3/jam m3/jam
pengep
aman
Ara Surut Aras Surut Aras Suru Aras Suru Aras Surut
(min)
s an Air an Air tan Air (m) tan Air an
Air (m) (m) (m) (m) (m) (m) (m) (m)
(m)
0.0
0.5
1.0
1.5
2.0
2.5
3.0
3.5
4.0
4.5
5.0
7.5
10.0
15.0
20.0
25.0
30.0
35.0
40.0
45.0
50.0

80
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4 Fasa 5
Masa Luahan (Q) = Luahan (Q) = Luahan (Q) = Luahan (Q) = Luahan (Q) =
dari Catatan
m3/jam m3/jam m3/jam m3/jam m3/jam
mula
penge
Aras Surut Aras Surut Aras Suru Aras Suru Aras Surut
paman
Air an Air an Air tan Air (m) tan Air an
(min)
(m) (m) (m) (m) (m) (m) (m) (m) (m)
55.0
60.0
65.0
70.0
80.0
90.0
100.0
110.0
120.0
130.0
140.0
150.0
160.0
170.0
180.0

81
LAMPIRAN 11

84
85
LAMPIRAN 12

86
87
LAMPIRAN 13

Kaedah Analisis Ujian Pengepaman Mengikut Jenis Akuifer

Jenis Analisis Data Ujian Analisis Data Ujian Analisis Data Ujian
Akuifer Surutan Luahan Tetap Pulih Telaga
Berperingkat

Terkekang Steady state


• Kaedah
Thiem
Unsteady state
• Kaedah Theis
• Kaedah Jacob

Separa Steady state flow


terkekang/ • Kaedah De
bocor • Kaedah Glee’s
Hantush- • Kaedah
Bierschenk Hantush- • Kaedah
• Kaedah Jacob Theis
Eden-Hazel Unsteady state Recovery
(untuk • Kaedah (selepas
akuifer Walton ujian luahan
jenis • Kaedah tetap dan
terkekang Hantush ujian surutan
sahaja) • Kaedah tetap)
• Kaedah Hantush’s
Rorabaugh curve-fitting • Kaedah
• Kaedah • Kaedah Birsoy
Sheahan Neuman- Summers
Witherspoon (selepas
ujian surutan
Tidak Steady-state flow berperingkat)
terkekang • Kaedah
Thiem-Dupuit
Unsteady-state flow
• Kaedah
Neuman’s
curve-fitting

88
LAMPIRAN 14 BORANG PERMOHONAN KAMBUS TELAGA

MAKLUMAN PENUTUPAN/KAMBUS LUBANG GERUDI ATAU TELAGA TIUB


(NOTIFICATION FOR BOREHOLE OR TUBEWELL DECOMMISSIONING)

A. MAKLUMAT PEMOHON
Nama dan Alamat Syarikat/Agensi: No Tel. dan Faks:

Nama Pemohon: No Tel. :

Pegawai Geologi yang terlibat: No Tel. :

No. Pendaftaran Syarikat: Alamat Tapak:

Alamat Surat Menyurat:

B. PENUTUPAN TELAGA TIUB


1. Kaedah Penutupan telaga: 2. Punca penutupan:
Kambus

Tutup kepala telaga tiub (well cap)

C. MAKLUMAT TELAGA TIUB


1. Jenis Litologi: 5. Jenis Selongsong:

2. Jenis Akuifer: 6. Jenis Skrin:

3. Diameter, mm: 7. Kedalaman Skrin, m:

4. Kedalaman, m: 8. Paras Air Statik dari Permukaan Bumi, m:

D. MAKLUMAT BAHAN BAGI PENUTUPAN TELAGA TIUB


1. Jenis bahan: 2. Isipadu Bahan, m3:

*Nota: Sila lampirkan bersama salinan log lubang gerudi ATAU borang penyiasatan lubang gerudi sebagai
pengesahan maklumat di atas.
Saya mengesahkan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan benar.

(Tandatangan dan cop pemohon) ………………………………………. (Tarikh) ……………………………………………………

89
GLOSARI

Rujukan:

i. Daftar Istilah Geologi Dewan Bahasa dan Pustaka 1988. ISBN 983-62-0529-
2
ii. Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (dalam
talian).

Air Minuman Berbungkus (AMB)

Air minuman atau air minuman yang diperlakukan dan mematuhi Jadual Ke-25
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 selain daripada air mineral semula jadi,
yang berkedap dalam botol atau lain-lain bungkusan dan dicadangkan untuk
makanan manusia. AMB boleh mengandungi tambahan klorida, bikarbinat dan
sulfat bagi kalsium, magnesium, kalium dan sodium serta karbon dioksida.

Air Mineral Semulajadi (AMS)

Air bawah tanah yang diperolehi untuk makanan manusia daripada strata
kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan atau lain-lain jalan
keluar, dengan atau tanpa tambahan karbon dioksida.

Akuifer (Aquifer)

Pembentukan geologi, kumpulan formasi, atau sebahagian daripada formasi


yang dapat mengeluarkan air ke perigi atau mata air.

Akuifer tidak terkekang (Unconfined Aquifer)

Sebuah akuifer yang tidak dibatasi oleh lapisan kebolehtelapan yang jauh lebih
rendah daripada akuifer di permukaan atas dan berisi air bawah tanah di bawah
muka air yang mengandungi tekanan yang sama dengan atmosfera.

Akuifer terkekang (Confined Aquifer)

Akuifer yang dibatasi di atas dan di bawah oleh formasi yang


berkebolehterlapan rendah.

Akuiklud (Aquiclude)

Bahan geologi yang tepu tetapi berkebolehterlapan rendah yang tidak


mengalirkan air ke telaga tiub atau mata air.

Akuitard (Aquitard)

Formasi geologi di mana tiada pengerakan air berlaku.

90
Analisis ayakan (Sieving analysis)

Penentuan taburan saiz zarah tanah, sedimen atau batuan dengan mengukur
peratusan zarah-zarah mengikut ayakan piawaian yang tertentu.

Aras air (Water level)

Lapisan atas badan air bawah tanah yang terkekang pada tekanan atmosfera.

Bahan mendakan (Precipitate materials)

Bahan yang akan terpisah dari larutan atau buburan sebagai pepejal dalam
keadaan kimia dan/atau fizikal yang berubah.

Bahan tambahan (Additive materials)

Ejen tambahan yang digunakan untuk pengkondisian cecair penggerudian bagi


mendapatkan sifat fizikal yang diinginkan.

Bendalir penggerudian (Drilling fluid)

Medium yang digunakan untuk menstabilkan formasi, mengawal air bawah


tanah, dan mengeluarkan keratan gerudi dari lubang ketika pengerudian
berlangsung.

Bentonit (Bentonite)

Silikat aluminium hidrat yang terdapat dalam bentuk serbuk, granul atau pelet
dan digunakan untuk menutupi bahagian di antara selongsong telaga tiub dan
lubang gerudi. Bentonit juga ditambahkan ke dalam bendalir penggerudian
untuk memberikan ciri khas pada bendalir tersebut.

Bit (Bit)

Alat pemotong yang dilekatkan pada bahagian bawah batang gerudi. Reka
bentuk bit berbeza untuk penggerudian dalam pelbagai jenis formasi dan
merangkumi bit jenis gulung, kon dan seret.

Edaran (Circulation)

Pergerakan bendalir penggerudian dari lubang sedutan melalui pam, paip


gerudi, bit dan ruang anulus dalam lubang gerudi dan kembali ke lubang
sedutan. Masa yang terlibat biasanya disebut sebagai masa peredaran.

Sejat transpirasi (Evapotranspiration)

Kehilangan air dari permukaan melalui proses transpirasi daripada tumbuhan


dan penyejatan dari tanah.

91
Bendalir lumpur (Mud cake)

Pepejal yang terdeposit pada medium berliang semasa proses penapisan


berlaku.

Formasi kandung air (Water-bearing Formation)

Formasi yang berupaya untuk menyimpan dan mengalirkan air.

Formasi terkonsolidat (Consolidated Formation)

Strata batuan keras dari sedimen-igneus, atau batuan jenis metamorf, yang
berliang dan telap untuk menjadi akuifer.

Geomorfologi (Geomorphology)

Bidang kajian sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan
bentuk di permukaan bumi secara saintifik.

Graviti (ter)tentu (Specific Gravity)

Berat isipadu bahan bandingkan dengan berat isipadu air yang sama pada suhu
rujukan dalam keadaan piawai.

Jaringan (Mesh)

Medium jaringan yang mempunyai bukaan ukuran dan bentuk yang seragam
dan diperbuat daripada bahan anyaman, tebukan atau elektro deposit.

Jejambat (Bridging)

Halangan pada lubang gerudi atau anulus. Jejambat biasanya terbentuk


melalui pembentukan gegua pada dinding lubang gerudi, kemasukan sedimen
atau serpihan lain ke dalam lubang gerudi, pembengkakan lempung, atau
bahan penapis ketika proses penyelesaian telaga.

Kapasiti (ter)tentu (Specific capacity)

Nisbah luahan ke surutan yang dihasilkan, diukur di dalam lubang (L / min / m


surutan).

Kekonduksian (Conductivity)

Ukuran kuantiti elektrik yang dipindahkan di seluruh unit kawasan per unit
kecerunan potensi per unit masa.
Keberintangan (Resistivity)

Sifat rintangan elektrik sesuatu bahan yang dinyatakan dalam ohm meter.

92
Keterusan (Transmissivity)

Kadar di mana air yang mempunyai kelikatan kinematik dialirkan melalui unit
lebar akuifer di bawah unit kecerunan hidraulik, dinyatakan dalam meter persegi
sehari.

Kebolehterlapan (Permeability)

Ukuran kemudahan relatif di mana medium berliang dapat mengalirkan cecair


di bawah kecerunan berpotensi.

Kekeruhan (Turbidity)

Ketidakjernihan atau kekaburan sesuatu bendalir disebabkan oleh zarah


individual (pepejal terampai) yang biasanya tidak boleh dilihat oleh mata kasar.

Kekuatan tegangan (Tensile Strength)

Tekanan longitud terbesar yang boleh ditanggung oleh sesuatu bahan tanpa
terkoyak.

Keporosan (Porosity)

Peratusan ruang kosong atau bukaan dalam bahan yang terkonsolidat atau
bahan tidak terkonsolidat.

Kekonduksian hidraulik (Hydraulic Conductivity)

Keupayaan sesuatu bahan untuk mengalirkan air. Kekonduksian hidraulik


dinyatakan sebagai isipadu air pada kelikatan kinematik yang ada yang akan
mengalir dalam satuan masa di bawah unit hidraulik kecerunan melalui satu
unit kawasan yang diukur pada sudut tepat ke arah aliran air.

Kualiti air (Water Quality)

Istilah yang digunakan untuk memastikan air selamat atau tidak selamat
(tercemar atau tidak tercemar) untuk diminum.

Lempung (Clay)

Tanah mudah lentur, lembut, berwarna tona bumi, biasanya silikat hidrat
alumina yang terbentuk oleh penguraian felspar dan silikat aluminium lain.

Lodak (Silt)

Zarah halus dengan ukuran antara 0,004 mm dan 0.063 mm. Lodak lebih besar
daripada lempung dan lebih kecil daripada pasir.

93
Log penggerudian (Drilling log)

Rekod bertulis mengenai formasi (lapisan dan ciri tanah) yang digerudi,
mengikut kedalaman.

Luahan (Discharge)

Kuantiti air per unit masa yang mengalir atau dipam dari telaga tiub dengan
spesifik keadaan.

Lubang Gerudi (Drilling hole)

Lubang yang telah digerudi atau dibor, biasanya untuk tujuan penerokaan atau
ekonomi, seperti telaga tiub air atau telaga tiub minyak.

Lubang Terbuka (Open hole)

Telaga tiub yang dibina tanpa selongsong.

Lubang ujian (Test Bore)

Lubang gerudi yang telah selesai untuk dipam bagi mendapatkan maklumat
mengenai kapasiti, kualiti air bawah tanah, keadaan geologi dan hidrologi, dan
maklumat yang berkaitan.

Luluhawa (Weathering)

Proses pemecahan, peleraian, pereputan dan penguraian batuan di permukaan


bumi secara in-situ yang menyebabkan berlakunya perubahan dari segi fizikal
atau kandungan kimia batuan yang disebabkan oleh agen-agen luluhawa.

Lurutan/Alir undur (Backwash)

Kesan pusuan atau pembalikan aliran air di dalam telaga tiub bagi
memindahkan bahan berbutir halus dari formasi sekitar lubang gerudi dan
mencegah penyambungan.

Menurap (Grouting)

Perbuatan di mana turap diletakkan di antara selongsong dan dinding lubang


gerudi untuk menetapkan selongsong di tempatnya dan untuk menghalang air
dan cecair lain dari bergerak ke dalam dan melalui lubang gerudi.

Palam (Plug)

Palam diperbuat daripada bahan yang dapat digerudi agar sesuai dengan
diameter dalam selongsong. Palam dipam ke bahagian bawah selongsong
untuk memaksa semua simen keluar dari selongsong.

94
Paras air statik (Static water level)

Paras air bawah tanah dalam telaga tiub sebelum pengepaman dijalankan

Pek kelikir (Gravel pack)

Kelikir atau bahan penapis telap lain yang diletakkan di ruang anulus di sekitar
telaga tiub untuk mengelakkan pergerakan bahan yang lebih halus ke dalam
selongsong telaga, untuk menstabilkan formasi dan untuk meningkatkan
kemampuan telaga tiub mengeluarkan air.

Pemulihan (Recovery)

Perbezaan antara paras air yang diperhatikan semasa tempoh pemulihan


selepas pengepaman dihentikan dan paras air diukur dengan segera sebelum
pengepaman berhenti.

Pemusat (Centralizer)

Pegas pemberat yang digunakan untuk memusatkan selongsong di lubang


gerudi untuk memastikan perletakan pek penapis atau grout yang berkesan.

Pengenyahairan (Dewatering)

Penurunan paras air bawah tanah statik melalui pengekstrakan lengkap


kesemua air bawah tanah yang tersedia, biasanya dengan cara pengepaman
dari satu atau beberapa lubang air bawah tanah.

Pengepaman (Pumping)

Teknik pemajuan telaga tiub yang memulakan dan menghentikan pam secara
bergantian untuk menaikkan dan menjatuhkan lajur air di lubang gerudi dalam
tindakan yang melonjak.

Penimba (Bailer)

Tiub diperbuat dari paip dengan injap di bahagian bawah, digunakan untuk
mengeluarkan keratan atau endapan dari lubang.

Penjajaran (Alignment)

Sisihan mendatar antara garis tengah lubang sebenar dan garis lurus yang
mewakili garis tengah yang ideal.

Penutup (Seal)

Bahan tak telap seperti turap simen, bentonit atau lempung yang dimasukkan
dalam ruang anulus antara dinding lubang gerudi dan selongsong kekal.

95
Penutup telaga tiub (Well Cap)

Alat yang digunakan untuk menutup telaga.

Penyerapan (Absorption)

Penembusan atau penyesapan molekul atau ion yang jelas daripada satu atau
lebih bahan ke bahagian dalaman pepejal atau cecair.

Penyimenan (Cementing)

Proses penurapan ke ruang anulus untuk penutupan kekal. Juga merujuk


kepada kaedah yang sering digunakan untuk menstabilkan zon peredaran yang
hilang atau rongga.

Polimer asli (Natural Polymer)

Pemekat yang boleh terbiodegradasi. Campuran dengan air menjadikan cecair


penggerudian yang sangat baik.

Piezometer (Piezometer)

Paip di mana ketinggian paras air atau permukaan potentiometri dapat


ditentukan. Paip ditutup rapat sepenuhnya dan terbuka untuk aliran air di
bahagian bawah.

Sisa bahan gerudi (Cutting)

Partikel-partikel formasi yang diperoleh dari lubang gerudi semasa proses


penggerudian.

Pusuan (Surging)

Teknik pemajuan telaga tiub di mana blok pusuan akan diangkat dan dihentak
secara bergantian di dalam lubang gerudi berdekatan skrin untuk menghasilkan
pergerakan air yang kuat.

PVC Bebenang (Threaded PVC)

Sejenis PVC yang memberikan lenturan di dalam dan di luar sendi. Penutup
yang fleksibel disyorkan untuk memastikan sendi kedap air. Penggunaan
pelarut untuk tujuan ini adalah tidak digalakkan.

Rig (Rig)

Mesin penggerudian yang digunakan untuk gerudi lubang.

Ruang anulus (Annulus Space)

96
Ruang antara dinding lubang gerudi dan selongsong telaga, atau ruang antara
paip selongsong dan paip pelapik.

Sampel (Sample)

Bahan yang diperolehi dari lubang gerudi semasa proses penggerudian


dan/atau pensampelan formasi yang memberi maklumat geologi.

Saiz butiran (Grain Size)

Dimensi umum partikel dalam sedimen atau batuan, atau butir mineral tertentu
yang membentuk sedimen atau batuan. Umumnya dimensi ini disebut dengan
istilah yang luas, seperti halus, sederhana, dan kasar. Klasifikasi saiz butiran
yang banyak digunakan adalah skala gred Udden-Wentworth.

Selongsong (Casing)

Paip kalis air dan tahan lama yang diletakkan di dalam telaga tiub untuk
mengelakkan dinding lubang gerudi daripada berlakunya perampakan dan
menutup saliran permukaan atau air, gas, atau cecair lain yang tidak diingini
supaya tidak masuk ke dalam telaga.

Selongsong sementara (Temporary casing)

Selongsong sementara yang diletakkan di permukaan yang lembut, berpasir


atau zon perampakan untuk mengelakkan lubang gerudi daripada perampakan
semasa penggerudian.

Selongsong pelindung (Protection casing)

Selongsong pendek yang dipasang di sekitar selongsong telaga.

Sifat hidrogeologi (Hydrogeological properties)

Sifat formasi yang mengawal pergerakan dan penyimpanan air bawah tanah
(seperti kekonduksian hidraulik dan kebolehtelapan).

Simen turap (Cement grout)

Campuran bendalir simen dan air dengan konsistensi yang boleh dipaksa
melalui paip dan dimasukkan seperti yang diperlukan.

Skrin (Screen)

Alat penyaring yang digunakan untuk mencegah bahan selain air daripada
masuk ke dalam telaga tiub dan untuk menstabilkan formasi sekitarnya.

Surutan (Drawdown)

97
Perbezaan antara paras air yang diperhatikan semasa pengepaman dan paras
air sebelum pengepaman bermula.
Tidak telap (Impermeable)

Bahan atau formasi yang tidak mengalirkan air.

Terisih (sorted)

Ukuran keseragaman saiz butiran.

Telaga tiub (Tubewell)

Lubang galian tangan atau gerudi untuk mendapatkan air bawah tanah.

Telaga tiub artois (Artesian Tubewell)

Air telaga tiub yang berpunca dari akuifer terkekang di mana paras air berada
di atas permukaan tanah; sinonim dengan telaga tiub artois yang mengalir.

Turap (Grout)

Campuran bendalir simen dan air berkonsistensi dan dapat dipam melalui paip,
yang boleh ditambah dengan bahan lain (misalnya bentonit) untuk
meningkatkan sifatnya.

Zon Pengeluaran (Production zone)

Zon dalam formasi sasaran yang menghasilkan keperluan bekalan air ke


lubang gerudi.

Zon Tepu (Saturated zone)

Zon bawah permukaan di mana semua ruang pori diisi dengan air.

Zon vados (Vadose zone)

Vados juga disebut sebagai zon tak tepu, merangkumi dari atas permukaan
tanah hingga ke permukaan air. Di zon vados, air di liang tanah berada pada
tekanan atmosfera.

98

Anda mungkin juga menyukai