Anda di halaman 1dari 52

LAPORAN PROJEK

DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA

PEMASANGAN PERANTI PERLINDUNGAN UNTUK KABEL


BAWAH TANAH BAGI BEKALAN LV DI
13 STOREY HOTEL,
ON CL. 015292887 AT INANAM TOWN,
KOTA KINABALU ( PHASE 3 ).

SAIDIL BIN MADIN

131064

PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK VOLTAN


RENDAH

F432-005-5:2019

PENGESAHAN LAPORAN PROJEK

1
TAJUK PROJEK : PEMASANGAN KABEL BAWAH TANAH
BAGI BEKALAN ELEKTRIK LV DI 13
STOREY HOTEL,
ON CL. 015292887 AT INANAM TOWN,
KOTA KINABALU ( PHASE 3 ).

DUTI/ CU BERKAITAN:

02 – LV Underground Cable System Installation & Maintenance

Saya membuat akuan bahawa hasil laporan projek dibuat dengan mempraktikkan
pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang berdasarkan kepada pengalaman
serta kemahiran tanpa meniru dari mana-mana sumber.

TANDATANGAN PEMOHON :
NAMA : SAIDIL BIN MADIN
NO. KAD PENGENALAN : 651203-12-5575
TARIKH : 22 FEBRUARI 2021
NAMA MAJIKAN (Jika berkaitan) :

“Saya mengaku telah membaca Laporan Projek ini dan pada pandangan saya, laporan
ini adalah mencukupi dari skop dan kualiti bagi tujuan penganugerahan Persijilan
Kemahiran Malaysia”

TANDATANGAN PP-PPT :
NAMA : KHIDIR BIN TONY
NO. KAD PENGENALAN : 830320-13-5223
TARIKH : 28 FEBRUARI 2021

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan izinNya dapat saya menyiapkan kertas projek ini.


Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia
projek saya, En. Moktar Bin Matjin selaku Pegawai Penilai PP-PPT yang telah
banyak memberi bimbingan dan nasihat kepada saya sepanjang tempot
penugasan PPT. Penghargaan juga kepada kontraktor DEMI CERAH
CONSTRUCTION SDN BHD dan Cik Kamisah binti Baharun Pengurus
GIATMARA Gaya yang banyak memberi sokongan dan dorongan yang kuat
2
sepanjang projek ini dijalankan. Kepada semua rakan-rakan seperjuangan
yang secara langsung atau tidak dalam memberikan idea-idea dan cadangan.
Segala tunjuk ajar, nasihat dan panduan tidak akan saya lupakan. Kepada
isteri tersayang dan anak-anak yang dikasihi, terima kasih atas kesempatan
dan sokongan kelian. Untuk rakan-rakan seperjuangan dan anak-anak murid
di GIATMARA Gaya terutama saudara Jacob Boritus, dan semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih. Semoga projek yang dijalankan ini mendapat keberkatan dari
Allah.

ABSTRAK

Projek pemasangan kabel bawah tanah voltan rendah ini adalah permintaan bekalan
elektrik bagi sebuah Hotel 13 Tingkat baru yang terletak di Inanam Twon dan
bersebelahan dengan GIATMARA Gaya. Bekalan masuk diterima dari Pencawang
Masuk Utama MSB (SESB) menggunakan kabel berperisai 300mm2 3C 11kV .
Bekalan disalurkan ke 4 buah Pencawang Elektrik PE yang disambung secara gelang.
Setiap PE dikawal oleh papan pensuisan switchgear dan stepdown transormer
berkadar 1000 kVA. Terdapat 13 buah feeder pillar berkadar 1600 A bagi
mengagihkan 6 buah unit kawasan projek bay Fhase setiap satu.. Oleh itu cadangan
pemasangan kabel bawah tanah bagi bekalan voltan rendah dan menggunakan kabel
XLPE bersaiz 300mm2 4C 11kV untuk pemasangan dari PE ke feeder pillar 1600 A.
Kabel jenis yang sama juga dipasang dari feeder pillar ke unit lain. DEMI CERAH
CONSTRUCTION SDN BHD telah memenangi tender bagi memasang kabel bawah
3
tanah XLPE 300mm2 4C 11kV. Projek yang direka bentuk sepenuhnya oleh SESB ini
dapat memenuhi permintaan kemungkinan beban yang dikehendaki di kawasan ini
dan tidak mungkin akan berlaku kegagalan bekalan. Ini kerana sistem bekalan
elektrik yang diagihkan adalah sistem gelang dari dua arah palang bus atau looping
ring system. Andai berlaku kegagalan pada satu kabel, kabel lain yang berada pada
busbar tersebut akan mengambil alih agihan bekalan elektrik dengan membuat
pensusian menggunakan switchgear pada pencawang elektrik. Sesungguhnya dengan
siapnya projek ini diharapakan dapat menarik pelancong luar dan dalam negara untuk
tinggal di Hotel tersebut dan meningkatkan lagi ekonomi kawasan KK Taipan khasnya
GIATMARA Gaya yang bersebelahan saja.

ISI KANDUNGAN

PERKARA

HALAMAN

TAJUK PROJEK i
PENGESAHAN LAPORAN PROJEK ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ISI KANDUNGAN v
SENARAI RAJAH viii
SENARAI LAMPIRAN ix

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN 1
4
1.2 PERNYATAAN MASALAH 1
1.3 OBJEKTIF PROJEK 2
1.4 SKOP PROJEK 2
1.5 KEPENTINGAN PROJEK 3

BAB 2

METODOLOGI & PERANCANGAN PERLAKSANAAN PROJEK

2.1 PENGENALAN 4
2.2 PERANCANGAN PROJEK 5
2.3 CARTA GANTT 8
2.4 KABEL MASUK UTAMA 9
2.5 PEMASANGAN KABEL BAWAH TANAH 11
2.6 KOS PROJEK 13
2.7 PEMASANGAN FEEDER PILLAR 13
2.8 TEMPAT ATAU LOKASI PROJEK 14
2.9 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN LITAR 14
10 CARTA LIR 17

BAB 3

KEPUTUSAN & ANALISIS PROJEK

3.1 PENGENALAN 18
3.2 PEMASANGAN FEEDER PILLAR 19
3.3 UJIAN PENGENALAN FASA 19
3.4 UJIAN RINTANGAN PENEBATAN 20
3.5 UJIAN KETERUSAN 21
3.6 ANALISIS DATA UJIAN 22
3.7 KESIMPULAN 23

5
BAB 4

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

4.1 PENGENALAN 24
4.2 PERANCANGAN KERJA YANG TERATUR 24
4.3 PROJEK DAPAT DILAKSANAKAN 25
4.4 KOMITMEN SEMUA PIHAK 25
4.5 CADANGAN 25
4.6 KESIMPULAN 26

RUJUKAN 27

6
SENARAI RAJAH

NO. TAJUK Muka Surat

Rajah 2.1 Pelan Bentangan lokasi 2


Rajah 2.2 Carta Alir 5
Rajah 2.3 Keratan Rentas Kabel yang di guna 9
Rajah 2.4 Carta Gantt 10
Rajah 2.5 Keratan Rentas Parit 15
Rajah 2.6 Jadual Keputusan Ujian 23
Rajah 2.7 Ujian pengenalan fasa 24
Rajah 2.8 Ujian rintangan penebatan 26
Rajah 2.9 Ujian penebatan kabel baru 26
Rajah 2.10 Ujian keterusan kabel 27
Rajah 2.11 Analisis data ujian 28
Rajah 2.12 Anilisis data voltan masukan 29

7
SENARAI LAMPIRAN

NO. TAJUK

Lampiran 1: HRC fuse


Lampiran 2: Pensuisan switchgear
Lampiran 3: Transformer 1000 kVA
Lampiran 4: Kerja mengorek peparit
Lampiran 5: Kerja menutup peparit
Lampiran 6: Sesalur kabel
Lampiran 7: Technical data transformer
Lampiran 8: Rekabentuk Pencawang Elektrik
Lampiran 9: Pelan Bentangan Lokasi

….

..

8
BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALA
N

Projek ini adalah bertujuan untuk membuat kajian tentang penggunaan suis

kawalan jarak jauh untuk mengawal Papan Suis Utama (Main Switch board)

dan Sub-switch Board bagi voltan rendah (Low Voltage). Pada masa kini, sistem

pemutus bekalan utama elektrik pada sesebuah papan suis utama masih

menggunakan kaedah lama dimana ianya perlu dihidupkan atau dimatikan

secara insani (manual) dengan menggunakan tangan.

Keadah pemutusan bekalan secara insani ini mendedahkan pengguna

atau juruteknik elektrik kepada bahaya yang disebabkan elektrik, seperti

terkena renjatan elektrik. Jadi dengan penggunaan suis kawalan jarak jauh ini

dapat membantu pengguna atau juruteknik elektrik mengawal suis utama

dengan selamat dan terhindar dari bahaya-bahaya yang disebabkan oleh arus

elektrik.

9
1.2 OBJEKTIF PROJEK

Projek ini secara amnya ingin mencapai objektif berikut :

1.2.1 Merekabentuk sistem kawalan yang mudah tetapi efiesen

1.2.2 Merekabentuk sistem kawalan dan keselamatan tanpa kos yang

tinggi (murah).

1.2.3 Merekabentuk sistem kawalan yang boleh berfungsi dengan

pantas bila berlaku kecemasan atau apabila diperlukan.

1.2.4 Mendorong guru / tenaga pengajar dan pelajar

mengaplikasikan inovasi dalam proses pembelajaran.

1.2.5 Mengenalpasti sama ada projek yang dihasilkan membantu

tugas guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


1.3 SKOP
PROJEK

Skop atau had pelaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi

memastikan setiap pelaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin

dicapai. Skop pelaksanaan projek ditetapkan berdasarkan objektif projek.

Antara skop projek yang terdapat dalam kajian ini


ialah:

1.3.1 Membangunkan sistem kawalan yang mudah digunakan.

1.3.2 Mengatasi masalah dalam menghadapi kecemasan.

1.3.3 Meningkatkan mutu dan kualiti sistem kawalan dan

keselamatan dalam bidang Pemasangan dan Penyelenggaraan

Elektrik.

1.3.4 Mengenalpasti keberkesanan suis kawalan jarak jauh

pelbagai guna di dalam peralatan-peralatan elektrik.


1.4 PERNYATAAN
MASALAH

Pada asasnya, hampir kesemua peralatan elektrik yang digunakan

dibekalkan dengan peralatan kawalan bagi melindungi pengguna dan

perkakasan elektrik dari bahaya-bahaya elektrik. Namun disepanjang penelitian

pengkaji terhadap sistem kawalan bekalan utama elektrik yang sedia ada, perlu

ditambah baik kepada suatu mekanisma yang lebih mudah dan efisien.

Pada kebiasaanya semua peralatan kawalan dihidupkan secara

amalan biasa sepeti menggunakan pergerakkan tangan secara insani

(manual). Dalam situasi begini, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti

terkena renjatan elektrik, pihak yang membantu akan mengambil masa untuk

memutuskan bekalan elektrik dari punca bekalan utama sepeti di papan suis

utama. Kelewatan mungkin boleh menyebabkan berlakunya kecederaan dan

kemalangan jiwa atau kerosakkan harta benda sehingga menyebabkan kerugian

yang besar.

Bagi mengatasi permasalahan tersebut, maka kaedah pengawalan

bekalan utama yang lebih efiesyen dan selamat perlu diperkenalkan. Konsep

kawalan ini begitu mudah dan pantas dilakukan serta kos yang minima.

Kawalan ini hanya menggunakan satu mekanisma dan inovasi dari sistem

kawalan yang sedia ada dipasaran.

Kaedah suis kawalan jarak jauh pelbagai guna adalah salah satu

kaedah yang disyorkan untuk menambah baik kepada kawalan yang sedia ada

di setiap kawalan papan suis utama yang mana secara tidak langsung akan
membantu para pengguna dalam mengurangkan risiko kemalangan dan bahaya

elektrik.
1.5 KEPENTINGAN
PROJEK

Hasil projek ini sangat penting kepada semua peringkat pengguna, kerana

ianya merupakan satu penambah baikkan kepada sistem kawalan dan

keselamatan yang sedia ada khususnya pada Papan Suis Utama.

Kepada guru dan tenaga pengajar yang mengajar dalam bidang

kemahiran khususnya dalam bidang elektrik, ianya memudahkan guru yang

mengajar untuk bertindak jika berlaku kecemasan seperti renjatan elektrik

semasa pelajar sedang menjalankan kerja-kerja amali, dengan memutuskan

bekalan dari Papan Suis Utama tanpa perlu berlari ke tempat ianya di pasang.

Antara beberapa kepentingan lain bagi projek ini ialah:

1.5.1 Kos murah.

1.5.2 Mudah alih

1.5.3 Kawalan jarak jauh

1.5.4 Keselamatan Tambahan

1.5.5 Penghidup & Kawalan pelbagai guna

1.5.6 Kawalan Bekalan untuk satu fasa & Tiga fasa

Oleh itu, projek dan kajian ini dirasakan amat penting dan

bersesuaian untuk memberi manfaat kepada para pengguna, guru-guru dan

tenaga pengajar kemahiran sama ada di Sekolah, kolej mahupun di institusi

pendidikan dan latihan kemahiran yang lain.


BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALA
N

Bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan. Oleh sebab aliran arusnya
tidak nampak, bahaya ini sukar dikesan. Jika tersalah aliran, arus ini boleh
mencacatkan anggota, menyebabkan renjatan, lumpuh, kebakaran, letupan,
kematian dan sebagainya. Gejala ini hanya dapat diatasi jika peraturan-
peraturan keselamatan dipatuhi. Peraturan-peraturan keselamatan ini
bertujuan untuk melindungi pekerja, pengguna, peralatan elektrik dan bangunan
dari bahaya yang disebabkan oleh elektrik.

Kerosakkan peralatan elektrik dan kecuaian manusia merupakan


antara punca-punca terjadinya renjatan elektrik. Semasa renjatan, badan
seseorang yang menjadi mangsanya menjadi pengalir arus elektrik. Menurut
jadual 1 dibawah, Arus sebanyak 15mA sudah memadai untuk memberikan
kesan renjatan.

Kadar aliran arus pula bergantung kepada jenis darah dan kulit
seseorang mangsa. Apabila tersentuh dawai hidup pada litar yang sedang
berkendali dan badannya bersentuhan dengan bumi atau dawai neutral, orang
tersebut akan terkena renjatan elektrik.
Bahaya pada pengguna
Kadaran Arus
yang
menyentuhnya
1 mA hingga 3 mA Tidak merbahaya

10 mA hingga 15 mA Kaku dan Kebas

Kaku yang lebih ketara dan boleh


25 mA hingga 30 mA
membawa maut.
Memberhentikan denyutan jantung
50 mA ke atas
dan membawa maut

Jadual 1 : Kadaran Arus dan Bahayanya

Hasil kajian-kajian lepas, didapati kemalangan elektrik boleh terjadi

semasa mengendalikan Papan Suis Utama (PSU). Antara kesan kemalangan

tersebut, ialah, terkena renjatan elektrik akibat litar pintas, terputus tangan,

cacat anggota badan dan yang paling parah boleh mengorbankan nyawa

juruteknik dan pengguna. Oleh itu satu mekanisma atau kaedah perlu dicari

agar keselamatan pengguna / juruteknik yang mengendalikan PSU terselamat

dari bahaya-bahaya tersebut .


2.2 PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH

Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan
elektrik yang mula- mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya
diagih- agihkan ke bahagian-bahagian lain beban atau bangunan. Ia juga
merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan. Di dalam PSU
inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan.
Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan
komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi keseluruhan
pemasangan juga ditempatkan disini.

Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada


keupayaan membawa arus, kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak
dikawalnya. Ada sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang tertentu
sahaja misalnya motor-motor elektrik.

Rajah 1 : Bilik Papan Suis Utama yang besar dan bersih


2.3 JENIS PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH

Umumnya ada tiga jenis PSU yang biasa digunakan iaitu:

a. Jenis melekat di dinding (wall mounted)

b. Jenis pedestal (floor mounted / wall mounted, front access)

c. Jenis Cubicle (floor mounted front / rear access)

Rajah 2 : PSU Jenis Wall Mounted

Jenis melekat di dinding biasanya untuk pemasangan kecil, sehingga


100 ampiar. Jenis pedestal untuk pemasangan sederhana manakala jenis cubicle
untuk pemasangan besar. Namun begitu berat sesebuah PSU akan juga
menentukan jenis yang sesuai digunakan (wall mounted atau floor mounted).
Rajah 3 : PSU Jenis Padestel

Rajah 4 : PSU Jenis Cubical yang mempunyai laluan di sekelilingnya


4 BINAA Papan Suis Utama

PSU terdiri dari binaan rangka utama yang akan menyokong berat segala
peralatan yang terdapat di dalam PSU. Kekuatan rangka hendaklah minima
10G berbentuk U-section channel. Rangka yang baik adalah dari jenis berlubang-
lubang dengan saiz yang sesuai dan dengan jarak 25mm supaya tidak
mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil jenis modular
dimana ia boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan
menyambong sahaja rangka tambahan.

Dibahagian luar sekelilingnya ditutup dengan kepingan logam dengan


tebal tidak kurang dari 2mm. Palang bas pembumian dengan keratan rentas
yang mencukupi hendaklah dipasang dibahagian bawah sebelah dalam PSU
meliputi keseluruhan panjang PSU tersebut

Rajah 5 : Gambarajah skematik sub papan suis 3 fasa


2.5 KELAS Papan Suis Utama

Terdapat 3 kelas PSU

a. Tiada kompartmen (Form 1) – tiada pengasingan (dinding


pemisah) diantara bahagian- bahagian dalam PSU

b. Sebahagian berkompartmen (Form 2a) – Palang bas dipisahkan


daripada yang lainnya menggunakan sleeving, (Form 2b) menggunakan
enclosure/barrier.

c. Sepenuhnya berkompartmen (Form 3) – semua pemutus litar


diasingkan diantara satu sama lain tetapi tidak terminal kabelnya.

Sepenuhnya berkompartmen (Form 4) – semua pemutus litar dan


terminal kabel diasingkan diantara satu sama lain.

Jenis mana yang kita mahukan bergantung kepada keperluan,


kesesuaian, tahap keselamatan dan harga yang perlu kita bayar. Jenis yang
paling baik dan mahal ialah setiap kompartmen dalam PSU diasingkan
dengan dinding logam supaya apabila berlaku percikan api bahagian lain
tidak terlibat. Selain mahal ianya juga berat.

Jenis sederhana baik hanya memisahkan sebahagian sahaja


kompartmen terutama bahagian yang menempatkan pemutus litar udara
(ACB), kerana disinilah selalunya berkemungkinan besar berlaku percikan api
elektrik. Jenis yang paling mudah dan murah ialah tiada langsung pemisahan
diantara kompartmen di dalam PSU tersebut.
2. 6 SPESIFIKASI PENGGUNAAN PAPAN SUIS UTAMA.

a. Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan


dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau
OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal
dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan di sini.

b. Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada


keupayaan membawa arus. Ada sesetengah PSU hanya mengawal beban
elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik.

Rajah 6 : Gambarajah pendawaian sesentuh dan suis kecemasan.


2.7 LOKASI PEMASANGAN PAPAN SUIS UTAMA

Di antara lokasi yang sesuai untuk bilik suis adalah:

a. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi


bagi mengurangkan perbelanjaan submains dan kabel.

b. Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air.

c. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-


kerja operasi dansenggaraan mudah dijalankan.

d. Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci

2.8 KEPERLUAN BILIK SUIS PSU

Diantara keperluan bilik suis adalah:

a. Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.

b. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin


proff netting supaya serangga tidak dapat masuk.

c. Ruang kosong berukuran minima 2.5kaki dibahagian belakang


dan minima 4.5 kaki dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja
senggaraan .

d. Mempunyaisaluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan


dan keluar kabel.

e. Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api


jenis gas yang dibenarkan seperti CO2.

f. Lampu biasa,lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan


jumlah yang mencukupi hendaklah disediakan di dalam bilik suis.

g. Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai


hendaklah dipaparkan didalam bilik PSU.
2.9 PERKAKASAN DALAM PAPAN SUIS UTAMA

Rajah 7 : Bahagian Dalam PSU – Palang Bas

2.9.1. Palang Bas (bus


bar)

Palang bas merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari


campuran tembaga dan bersalut timah. Ia mengalirkan dan
mengagihkan bekalan elektrik daripada pemutus litar utama ke
pemutus-pemutus litar yang lain. Ianya digunakan menggantikan kabel
disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas serta mudah
melaksanakan kerja pemasangan.

Kedudukan palang bas biasanya mendatar, tetapi ada yang


menegak dan ada juga yang mengabungkan kedua-duanya. Palang
bas hendaklah mempunyai ketumpatan arus tidak melebihi 1.5A/mm
persegi. Keupayaan membawa arus palang bas adalah bergantung
kepada saiznya, bahan yang digunakan iaitu tembaga atau tembaga
campuran. Palang bas hendaklah diasingkan dari bahagian-bahagian
logam PSU menggunakan nonhygroscopic insulators untuk menahan
tekanan mekanikal abila berlaku kerosakan ditahap maksima.
Rajah 8 : Pemutus Litar Udara (ACB)

2.9.2 Pemutus Litar Udara


(ACB)

Pemutus litar udara ialah sebuah pemutus litar yang bertindak


memutus dan menyambungkan litar dengan sesentuh utamanya berada
didalam udara biasa, tidak didalam medium pemutus jenis lain seperti
minyak, hampagas atau SF6. Ianya hendaklah jenis metalclad flush
mounted.

Pemutus litar yang asas adalah satu alat untuk memutus atau
menyambungkan bekalan atau disebut juga sebagai pengasing sahaja.
Namun begitu apabila ianya dilengkapkan dengan komponen
perlindungan seperti alatubah arus, geganti dan shunt trip coil, ianya
dapat memberi perlindungan yang diperlukan secara otomatik.
Perlindungan yang diperlukan ialah arus lebih, beban lebih dan
rosak ke bumi.

Pemutus litar yang biasa digunakan ialah Pemutus Litar Udara


(ACB), tetapi pada masa ini Pemutus Litar Teracu (Moulded Case
Circuit Breaker / MCCB) semangkin banyak digunakan. Penggunaan
samada ACB atau MCCB bergantung kepada kadaran arus sesuatu
pemasangan elektrik. Untuk pemasangan yang melebihi 400A selalunya
ACB digunakan walaupun MCCB ada juga digunakan. ACB ditentukan
didalam B.S 4752
dimana voltan nominalnya tidak melebihi 660V AC dengan ulangan
50Hz atau 60Hz. Kadaran arusnya tidak melebihi 8000A dan kapasiti
pemutusan litar pintas berkadar tidak melebihi 200KA. Minimum rupturing
capacity ialah 31MVA pada 415V. Saiz ACB terkecil yang terdapat
dipasaran pada masa ini ialah 600A. Dengan penatahan (setting) kepada
alat perlindungan dan bersesuaian dengan kadaran arus pemasangan
ianya boleh ditatah kepada kadaran arus kurang daripada 600A,
contohnya 200A, 400A dan sebagainya. Saiz ACB yang besar pula
ada yang mencapai 6300A.

Dalam kes-kes tertentu terdapat lebih dari satu ACB di dalam


sesebuah PSU samada mempunyai kadaran arus yang sama atau
dengan kadaran yang berlainan. Dengan itu rangka PSU mestilah
mempunyai kekuatn mekanikal yang mencukupi untuk menampung
berat komponen- komponen tersebut. Nilai arus kerosakan (fault level)
ACB ialah 45KA untuk 3 saat. Ini bermakna dengan arussebanyak 45KA
ACB ini boleh bertindak dengan selamat tanpa ianya mengalami
kerosakan. Kegunaan lain ACB selain dari sebagai pengasing dan
pemutus litar ialah sebagai bus tie atau bus coupler atau sesentuh tukar
alih, tetapi hendaklah dari jenis empat kutub.

ACB boleh dipasang secara tetap (fixed type) iaitu tidak boleh
dibawa keluar (not withdrawable) kecuali dengan membuka skru atau
boleh dibawa keluar untuk tujuan senggaraan dan ujian (drawout
type). ACB hendaklah diuji dan diperakui mengikut standard ASTA atau
KEMA.

2.9.3. Pemutus Litar Bekas Beracuan ( Moulded Case Circuit Breaker


- MCCB)

MCCB digunakan untuk memutuskan litar bersaiz sederhana kecil.


Biasanya 40A hingga 400A. Funginya hanya untuk memutus litar.
Tidak perlu disenggara.
2.9.4. Alatubah arus (Current transfomer -
CT)

CT digunakan untuk menurunkan arus utama yang tinggi kepada arus


skunder yang lebih rendah. Kebiasaannya dipasang untuk alat
pengukur (metering) atau perlindungan. CT tidak dipasang secara direct
dengan litar utama, tetapi menggunakan konsep aruhan untuk
menghasilkan arus sekunder yang kecil samada 5A, 10A, dan
sebagainya. Kebiasaannya adalah 5A.

2.9.5. Geganti Perlindungan (Protection


Relay)

Relay digunakan untuk tujuan menghantar isyarat kepada breaker


untuk memutuskan litar secara automatik. Relay perlu ditatah (setting)
mengikut keperluan bergantung pada beban (% amp) dan masa untuk trip.
Terdapat 2 jenis
Relay;
(1). Earth Leakage/Fault Relay
(2). Overcurrent Relay

2.9.6. Capasitor
Bank

Capacitor bank digunakan untuk memperbetul atau membaiki faktor


kuasa (power factor). Faktor kuasa yang sebaik-baiknya adalah 1 tetapi
adalah mustahil untuk mendapatkan pf=1. Pembekal membenarkan pf
dalam lingkungan 0.85 hingga 1, TNB akan mengenakan caj penalti jika
kurang dari itu. Operasi capasitor bank ini dikawal oleh power factor
regulator.

Tidak semestinya semua papan suis akan ada capasitor bank.


Ianya bergantung kepada rekabentuk sesebuah papan suis tersebut.
Mungkin ada lagi komponen-komponen yang lain yang terdapat pada
papan suis yang saya tidak sebut kerana setiap papan suis adalah
direka mengikut keperluan pelanggan. Semuanya adalah unik. Boleh
tambah dan buang aksesori pada papan suis bergantung pada kehendak
dan bajet.
BAB III

METODOLOGI & PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK

3.1 PENGENALA
N

Metadologi merupakan kaedah atau tatacara yang digunakan untuk

melaksanakan projek atau kajian secara terperinci. Langkah-langkah ini

sangat penting dalam pelaksanakan projek, bagi memastikan projek yang

dirancang berjaya disiapkan pada masa yang ditetapkan.

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan beberapa langkah yang

berkaitan yang dilakukan bagi melaksanakan projek yang di kaji. Langkah-

langkah ini perlu dilakukan dengan penuh ketelitian agar dapat menghasilkan

projek yang bermutu, berkualiti dan berfungsi.


3.2 REKABENTUK KAJIAN
PROJEK

Rekabentuk kajian digunakan sebagai panduan bagi pengkaji mendapatkan


data dan maklumat. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk penghasilan
projek kemahiran.

Dalam menghasilkan sesuatu kajian berbentuk projek, beberapa


langkah perlu direka dan dilalui sebelum projek atau kajian berkenaan berjaya
disiapkan. Setiap langkah-langkah ini perlu dilakukan dengan teliti agar dapat
menghasilkan sesuatu kajian dan projek yang bermutu, berkualiti dan seterusnya
berfungsi.

Kenalpasti Masalah

Kajian Literatur
(Kumpul Data)

Jana Idea

Bina Projek & Uji Lari

Dokumentasi

Rajah 9 : Carta Alir Kajian & Projek


3.3 PROSEDUR
KAJIAN

3.3.1 Pemilihan Projek dan Tajuk


Projek

Pemilihan projek dan tajuk projek ini adalah berdasarkan konsep inovasi dan
penambahbaikan kepada sistem kawalan dan keselamatan yang sedia ada
pada Papan Suis Utama. Pemilihan projek yang sesuai membantu daya
pemikiran yang kreatif dan inovatif di samping ianya melambangkan taraf
pemikiran dan pengetahuan seseorang pengkaji di dalam menjalankan
kajiannya.

3.3.2 Perancangan
kerja.

Perancangan perjalanan dan pelaksanaan kerja-kerja membuat projek ini


boleh diringkaskan dengan merujuk jadual di bawah.

Minggu
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
Aktiviti
Mengenalpasti
Projek
Mengumpul
Maklumat
Menjana
Idea
Pembinaan
Projek
Pemasangan
Projek
Pengujian
Projek
Sedia
Dokumentasi

Jadual 2 : Perancangan & Pelaksanaan Projek


3.3.3 Pembinaan Projek

i). Langkah 1 – Membuat Litar


 Membina lakaran litar projek hasil daripada idea yang telah
dijana dan disesuaikan dengan litar sedia ada di dalam PSU.

ii). Langkah 2 – Penyediaan Bahan


 Menyenaraikan keperluan bahan dan komponen seperti yang
terdapat di dalam litar.

 Membuat pencarian dan pembelian di kedai bahan dan komponen


di kedai elektrik & elektronik berhampiran

iii). Langkah 3 – Mendawai & memasang.


 Membuat pendawaian dan pemasangan komponen mengikut
keperluan di dalam litar.

vi). Langkah 4 – Pengujian Litar.


 Setelah pemasangan berjaya dilakjukan, pengujian litar pula
akan dilakukan. Ujian ini perlu untuk menentukan litar berfungsi
seperti yang dikehendaki dan mengelakkan berlakunya
kemalangan akibat litar pintas dan kecuaian.

v). Langkah 5 – Penyambungan Litar


 Setelah selesai membuat pengujian, litar akan di pasang bersama
di dalam Papan Suis Utama sebagai salah satu komponen.
3.3.4 Litar Kawalan Tambahan

(i). Alat kawalan jauh dan alat Penerima


Alat kawalan jauh dan alat penerima pancaran akan
disambungkan kepada PSU. Ianya akan digunakan untuk mengawal (
Mematikan atau menghidupkan ) bekalan secara jarak jauh hanya
dengan menekan butang sahaja.

Alat
Penerim
a Alat
Kawalan
Jauh

Rajah 10 : Alat Kawalan Jauh dan Alat Penerima

(ii). Litar Pemasangan Alat Kawalan Jauh


Litar pemasangan alat penerima kawalan jauh ditunjukkan seperti
rajah di bawah.

Rajah 11 : Litar Penyambungan Alat Kawalan Jauh


(iii). Gambarajah Pendawaian.
Berikut adalah gambarajah pendawaian litar kawalan tambahan bagi
Papan Suis Utama (PSU) atau Kotak Unit Pengguna (KUP).

L
N

Lam - 1

MCB – 20 A

ON
OVER N/O
LOAD RLY-1 Coil – 1
RELAY Magnetic
OFF
Contactor
(MC)

8 7 3 C-1
2

9 N/O-1
Lam - 2
13

REMOTE White
CONTROL Antenn
SUIS a 14
Coil
RECEIVER RLY-1
REMOTE
CONTROL SUIS

Lam - 3

Rajah 12 : Gambarajah Pendawaian Komponen Kawalan.


3.3.5 Langkah-langkah pemasangan dan pengujian:

(i) Sediakan peralatan (pemutar skru, kertas pasir halus, berus, kain
lap yang bersih, petroleum gel dan lain-lain mengikut keperluan)

(ii) Buka Papan Suis Utama.


(iii). Pasang Alat Kawalan Tambahan.

(iv). Buat ujian keterusan untuk setiap fasa (pastikan ada


keterusan semasa ON dan tiada keterusan semasa OFF)
(v). Buat ujian keterusan gegelung pelantik (bacaan dalam ohm,
nilai bergantung pada gegelung pelantik

(vi). Buat ujian penebatan fasa-fasa dan fasa-bumi (MegaOhm)


(viii). Bersihkan.

(x). testing kefungsian.


3.4 LOKASI DAN PERSAMPELAN
DATA

Lokasi kajian adalah di pencawang SESB Keningau, Sabah.

Populasi pula merujuk kepada satu kumpulan individu yang


mempunyai satu atau lebih ciri-ciri yang dikaji ataupun sebagai kumpulan
keseluruhan unit yang ciri-cirinya hendak dikaji ( Sulaiman, 1996).
Memandangkan kajian ini berbentuk penghasilan projek kemahiran, maka tiada
populasi bagi sampel kajian yang digunakan. Hanya data-data kemahiran
berbentuk teknikal sahaja yang akan dianalisa dan disesuaikan dengan tajuk
kajian yang dilaksanakan.

3.5. INSTRUMEN
KAJIAN

Instrumen kajian adalah alat yang digunakan untuk mendapat data daripada
sampel. Ianya menentukan jenis data yang diperolehi dan secara tidak
langsung akan mempengaruhi jenis analisis pengkaji. Untuk itu, pengkaji
boleh memilih sama ada ingin menggunakan instrumen yang sedia ada yang
pernah digunakan oleh pengkaji terdahului ataupun membina instrumen sendiri.
(Mohd. Najib,1999)

Di dalam kajian ini, instrumen yang digunakan, adalah berbentuk


pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan ialah terhadap keperluan alat
kawalan keselamatan yang segera berfungsi untuk memutuskan bekalan
utama apabila berlaku kecemasan di dalam bengkel.
3.6 KAEDAH PENGUMPULAN & PENGANALISAAN
DATA.

Pengkaji telah memohon kebenaran daripada pihak Kolej untuk menjalankan


kajian dan merekabentuk projek di dalam masa yang terluang. Pengkaji juga
telah berbincang dengan pihak pengurusan sekolah dan Pegawai Penilai bagi
membuat dan menyiapkan kajian / projek dalam jangka masa yang telah
ditetapkan.

Data-data dari kajian ini akan dianalisa bagi mendapat hasil kajian
yang dijalankan. Data-data yang telah dikumpul akan dianalisa secara manual
dan akhirnya akan di dokumentasikan di dalam kerta kerja projek.

3.7 CARTA GANTT


PROJEK

Berikut adalah carta Gantt pelaksanaan aktiviti kajian /


projek:

Minggu 13 15 17 19
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 & & & &
Aktiviti 14 16 18 20
Pendaftaran
PPT
Sesi
Kaunseling
Sesi
Bimbingan

Draff 1 Projek

Draff 2 Projek

Laporan Projek

Sesi
Pembentangan
Jadual 3 : Carta Gantt Projek
BAB IV

PENEMUAN & ANALISIS HASIL PROJEK

4.1 PENGENALA
N

Projek ini adalah merupakan inovasi penambahbaikan terhadap sistem dan


kaedah kawalan dan keselamatan bagi sesebuah pemasangan Papan Suis
Utama (PSU) voltan rendah dengan pemasangan komponen kawalan tambahan.

Komponen kawalan tambahan yang dimaksudkan ialah suis kawalan


jarak jauh (Remote Control). Komponen kawalan ini terdiri daripada dua
bahagian, iaitu alat kawalan (remote switch) dan alat penerimaan arahan
(Wireless Receiver). Kedua-dua komponen elektronik ini digunakan untuk
memudahkan pengguna sama ada untuk menghidupkan atau mematikan
Papan Suis Utama (PSU) atau Kotak Unit Pengguna (KUP) secara jarak jauh
tanpa sentuhan secara insani.

Secara teorinya dengan pemasangan komponen tersebut, bahaya


yang mungkin berlaku semasa mengendalikan papan suis utama di kilang-
kilang atau bengkel-bengkel boleh dielakkan. Sistem kawalan kecemasan pula
dapat dipertingkatkan dengan memudahkan kawalan dari jarak jauh.
4.2 ANALISA KEHENDAK
PASARAN

Berdasarkan pasaran semasa, semua Papan Suis Utama hanya dibekalkan


dengan dengan komponen keselamatan seperti Pemutus Litar Udara (ACB),
Pemutus litar Bekas beracuan (MCCB) dan Geganti Perlindungan (Protection
Relay). Kaedah samaada untuk menghidup atau mematikan PSU masih
dengan kaedah lama iaitu secara manual dengan menggunakan tangan.

Apabila berlaku kegagalan fasa atau litar pintas, suis utama di PSU
akan terpelantik dan memutuskan bekalan utama. Untuk menghidupkan
semula, juruteknik elektrik atau pengguna akan mengendalikannya dengan
tangan. Kaedah ini kadangkala mendatangkan bahaya kerana voltan yang
tinggi sedia untuk dibekalkan melalui suis utama tersebut dan jika terlisal
langkah suis utama akan melantun balik atau menghasilkan arka atau bunga
api dan boleh mencederakan tangan orang yang mengendalikannya.
Pengalaman seumpama ini sudah tentu mendatangkan rasa cemas dan fobia
keatas juruteknik atau pengguna setiap kali terpaksa menengdalikan suis utama
pada PSU.

Terhasilnya projek suis kawalan jarak jauh ini yang digunakan untuk
menengendalikan PSU, sudah tentu akan memudahkan kerja-kerja mereset
atau menghidupkan suis utama pada PSU tanpa mencederakan orang yang
mengendalikannya.

Buat masa ini, suis kawalan secara jarak jauh telah banyak
digunakan untuk mengawal peralatan-peralatan elektrik terutamnya peralatan
elektronik seperti radio, televisyen, kipas dan sebagainya. Tetapi ianya masih
belum digunakan untuk mengawal peralatan-peralatan elektrik yang besar.
Berdasarkan kehendak pasaran, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan
suis kawalan ini nanti sudah tentu mendapat sambutan terutamanya kepada
para pengguna komersial khususnya kilang-kilang atau bengkel yang
mempunyai pemasangan papan suis utama.
4.3 ANALISA KOS OPERASI

Bil Senarai Bahan / Komponen Saiz / kadar Kuantiti Kos (RM)

Papan Suis utama


1 x Suis Utama 32A/240V AU 1 20.00
1. 1 x PLAB 32A/240V AU 1 30.00
1 x PLM 16A 1 05.00
1 x PLM 6A 1 05.00

2 Alat kawalan Jauh 240V / 5A 1 set 55.00

3 Geganti Beban Lampau 240V / 5A 1 10.00

4 Geganti 240V / 5A 1 12.00

5 Sesentuh Magnet 240V/ AC 1 38.00

6 Lampu Penunjuk 240V / 5A 3 12.00

7 Punatekan Hidup dan henti 240V / 5A 1 06.00

8 Palam 3 pin 240V / 15A 1 03.50

9 Penyambung PVK 240V / 5A 12 hala 04.00

10 Rail PLM sesuai 1 btg 05.00

11 Kabel PVK - Merah 1.0 mm 5 mtr 05.00

12 Kabel PVK - Hitam 1.0 mm 2 meter 02.00

13 Kabel PVK - Hijau 1.0 mm 1 meter 02.00

14 Kabel tiga teras 2.5 mm 5 meter 10.00

15 Kotak PVK 8” x 10” 1 14.00

Jumlah Keseluruhan (RM) 238.50

Jadual 4 : Senarai Bahan/Komponen Projek


4.4 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PROJEK

Diantara Kelebihan dan kelemahan pemasangan suis keselamatan


kawalan jauh di Papan Suis Utama (PSU) atau Kotak Unit Pengguna
(KUP), ialah:

4.4.1 Kelebiha
n

i). Cepat &


efisyen

ii). Mudah alih- alat


kawalan

iii). Boleh dikawal secara jarak


jauh

iv). Kawalan Bekalan untuk satu fasa & Tiga


fasa

v). Sebagai alat / mekanisma Keselamatan


Tambahan

4.4.2 Kelemaha
n

i). Memerlukan masa untuk


memasang.

ii). Kos tambahan untuk membeli peralatan


kawalan.

iii). Alat kawalan (Remote Control) Mudah Hilang /

Tercicir. iv). Bateri alat kawalan perlu di tukar-ganti.

v). Kemungkinan disalahgunakan untuk mematikan dan

menghidupkan bekalan.
BAB V

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALA
N

Dalam bab ini pengkaji akan membincang dan merumuskan dapatan yang
diperolehi dari kajian dan projek yang dihasilkan. Ini termasuklah
permasalahan yang dihadapi dalam proses menyiapkan dan mengujilari projek,
langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi permasalahan tersebut dan
penambahbaikan keatas projek khususnya di masa akan datang.

Papan suis atau switch board yang biasa kita dengar adalah Main
Switch Board (MSB) atau Sub-Switch Board (SSB). Kedua-duanya secara
asasnya mempunyai fungsi yang sama. Fungsi Papan Suis utama (PSU)
adalah untuk memutuskan litar sama seperti fungsi suis-suis yang lain. Selain
dari itu fungsi Papan Suis utama adalah untuk mengawal kemasukan dan
pengagihan kepada beban. Di Malaysia, kebiasaannya pengeluar Papan Suis
akan menggunakan/mengikut standard yang di keluarkan oleh Jabatan Kerja
Raya (JKR) kerana JKR merupakan pelanggan yang paling utama dan paling
cerewet bagi produk Papan Suis ini.
5.2 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Daripada pelaksanaan kajian dan proses menyiapkan projek menunjukkan


wujudnya beberapa masalah kecil seperti:

5.3.1. Kekurangan kemudahan peralatan di bengkel dan ini boleh melambatkan


proses menyiapkan projek.

5.3.2 Penggunaan Suis kawalan jauh, menyebabkan pertambahan kos


untuk membeli komponen kawalan.

5.3.3 Kesukaran mendapatkan bekalan alat kawalan jauh (perlu tempahan).

5.3 CADANGAN PENYELESAIAN.

Berhubung dengan masalah tersebut, maka dengan itu pihak pentabir

sekolah atau kolej dan pusat latihan kemahiran perlulah mengambil langkah-

langkah untuk mengatasi permasalahan tersebut.

Apabila pihak pentabdir sendiri mengambil berat dan memberi

sokongan seperti mengadakan peruntukkan khas bagi memasang suis kawalan

ini di semua bengkel disamping mengadakan kursus atau seminar kesedaran

berhubung dengan pengunaan alat keselamatam tambahan ini bagi menjamin

keselamatan para pelajar, tenaga pengajar, peralatan dan bangunan yang

digunakan.
5.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kepada hasil kajian dan projek ini, pengkaji cuba


mengetengahkan beberapa cadangan yang difikirkan penting dan memberi
manfaat. Antaranya adalah seperti berikut:

5.4.1 Sesuai digunakan samaada untuk bekalan elektrik satu fasa atau tiga fasa.

5.4.2 Sistem ini juga boleh digunakan untuk mengawal peralatan elektrik
mudah alih yang lain.

5.4.3 Kegunaan suis kawalan jauh juga sesuai di gunakan untuk mengawal
Papan Suis Utama (PSU) dan Kotak Unit Pengguna (KUP) di rumah-
rumah kediaman pengguna.

5.4.4. Pusat-pusat latihan kemahiran teknikal dan vokasional terutamanya yang


mempunyai bengkel-bengkel perlu mewajibkan pemasangan alat
kawalan keselamatan tambahan ini untuk kegunaan dan keselamatan
pelajar, tenaga pengajar dan peralatan mereka.

5.4.5 Pihak pengeluar atau pengilang hendaklah mengkaji projek ini dan
mencipta mekanisma seumpama ini dan dipasang secara tetap (buil-in)
di dalam setiap PSU dan KUP yang dijual dipasaran.
5.5
KESIMPULAN

Inovasi penambahbaikan sistem kawalan dan keselamatan yang sedia ada

pada sesebuah pemasanga Papan Suis Utama (PSU) dan kotak unit pengguna

(KUP), diharapkan projek ini mampu mendapat sambutan dan memenuhi

kehendak pengguna khususnya terhadap keselamatan elektrik.

Projek ini juga dilihat sangat efisyen dalam membantu mengurangkan

masalah sistem pengawalan elektrik secara sistematik. Kos pula adalah

sangat minima di samping ianya dapat membantu negara untuk mengurangkan

kemalangan yang disebabkan oleh elektrik .

Hasil daripada dapatan kajian dan projek ini juga akan menjadi lebih

mantap dan bermakna sekiranya disusuli dengan kajian-kajian dan

penyelidikan lanjutan oleh pengkaji-pengkaji yang lain di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai