Anda di halaman 1dari 2

Nama: Yugees Tahun : 4

ULASAN

Burung Pucung dengan ketam

Salam sejahtera saya _______________ berumur 10 tahun.Saya belajar di SJK(T)


Sri Telemong.. Saya berasa amat gembira untuk berkongsi mengenai sebuah buku cerita yang
telah saya baca. Ia itu buku cerita yang bertajuk Burung Pucung dengan ketam

Buku ini adalah hasil karya Encik Hanafi Zakaria. Ianya adalah salah satu buku dalam
Siri Cerita Haiwan Terunggul. Beliau telah menulis 24 buah buku dalam siri ini. Semua buku
dalam siri ini telah diterbitkan oleh Super Yueta Print. Setiap buku dalam siri ini mempunyai
16 halaman bercetak dengan cerita yang yang sangat menarik. Siri ini adalah salah satu
koleksi cerita nilai-nilai murni yang amat penting dalam kehidupan seseorang. Di antara 24
buah buku dalam siri ini buku yang bertajuk Burung Pucung dengan ketam adalah buku yang
paling saya minati. Buku cerita ini mengandungi banyak isi menarik. Jom kita dengarkan..

Ianya adalah kisah tentang seekor burung pucung yang berpura-pura baik dengan
ketam dan ikan-ikan. Burung pucung yang tinggal di sisi kolam menjadikan ikan-ikan di
dalam kolam sebagai makanan utamanya. Burung pucung yang semakin hari semakin tua
tidak dapat menangkap ikan seperti dahulu. Ianya mula berfikir akan cara yang paling mudah
untuk menangkap ikan.

Burung pucung mula berpura-pura tidak mahu menangkap ikan lagi. Ketam yang
tinggal di dalam kolam itu sangat hairan dan tanyakan sebabnya. Burung pucung
memberitahu bahawa tiga orang nelayan yang telah melintasi kolam itu telah berbual akan
menangkap semua ikan di dalam kolam itu. Semua ikan di dalm kolam itu takut mendengar
cerita burung pucung. Burung pucuk juga berpura-pura susah hati. Ikan-ikan dalam kolam itu
juga tanyakkan cara menyelamatkan diri kepada burung pucung. Burung pucung pun
bersetuju membantu ikan-ikan di dalam kolam itu.

Burung pucung memberitahu ianya akan membantu membawa semua ikan ke kolam
yang lebih besar. Ikan-ikan pun bersetuju. Burung pucung pun menggonggong seekor demi
seekor lalu terbang pergi. Seketika kemudian ia hinggap di atas batu yang rata dan memakan
ikan yang dibawanya.
Beberapa hari kemudin , ketam ingin ke kolam yang baharu itu. Burung pucung juga
bersetuju membawa ketam ke kolam baru. Jadi ketam bergantung pada leher burung pucung.
Burung pucung terbang tinggi ke udara membawa ketam. Ketika burung pucung hendak
hinggap di atas batu yang rata, ketam nampak tulang-tulang ikan di situ. Ketam telah
menyedari penipuan yang dilakukan oleh burung pucung. Dengan cepatnya ia menguatkan
cengkaman sepitnya yang tajam itu pada leher burung pucung. Burung pucung pun rebah lalu
mati.

Kawan-kawan orang yang jahat selalu berpura-pura baik. Kita hendaklah sentiasa
berwaspada supaya tidak mudah tertipu. Saya sangat suka semua cerita di dalam siri ini. Jom
kita baca . Sekian,Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai