Anda di halaman 1dari 7

SMK DATO PERMAISURI MIRI

PEPERIKSAAN PENGGAL 3 (2022)


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (TINGKATAN 5)
Masa : 1 jam

NAMA : ________________________________ KELAS :_______________

JAWAB SEMUA SOALAN (40%).

1. Pada asalnya tarian bangra ditarikan dalam majlis …………………………..

A. Majlis kelahiran C. Majlis kematian


B. Majlis perkahwinan D. Majlis pesta Menuai

2. Berikut adalah benar tentang tarian bangra, kecuali?


I. Tarian ini dapat meningkatkan koordinasi pergerakan dan imbangan.
II. Dapat meningkatkan hubungan sosial jika dilakukan secara berkumpulan.
III. Tarian ini berasal dari selatan india.
IV. Muzik tarian bangra banyak menggunakan peralatan muzik moden.

A. i, ii dan iii C. iii dan iii


B. ii dan iii D. ii, iii dan iv

3. Apakah yang di maksudkan dengan Vaskhi?

A. Perayaan tahun baharu agama Sikh.


B. Pesta musim menuai.
C. Perayaan perkahwinan agama Sikh.
D. Majlis-majlis korporat.

4. Berikut merupakan jenis-jenis alat muzik yang dimainkan dalam tarian bangra, kecuali?
I. Dhol
II. Gitar
III. Khunda
IV. Chika

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. II,III dan IV D. I, II dan IV

5. Dari manakah tarian farapeirra berasal?

A. Malaysia C. Belanda
B. Portugis D. Portugal

1
6. Peralatan muzik manakah yang biasa mengiringi tarian farapierra?

A. Gitar, tamborin dan akordion C. Gitar, piano dan akordin


B. Gitar, piano dan tamborin D. Tamborin, piano dan akordin

7. Apakah nama peralatan muzik di atas?

A. Piano C. Akordion
B. Gitar D. Tamborin

8. Tarian farapeirra mempunyai pakaiannya yang tersendiri, apakah nama pakaian bagi penari
lelaki?

A. Blouse C. Sharwani
B. Bolero D. Sari

9. Berikut merupakan kemahiran asas dalam tarian farapeirra, yang manakah betul?

A. Vira, Berskip dan scallop


B. Vira, dammal snaps dan scallop
C. Berskip, scallop dan Punjap
D. Scallop, Punjap dan dammal snaps

10. Apakah yang dimaksudkan dengan kapasiti aerobik?


A. Kebolehan seseorang untuk melakukan aktiviti pergerakan badan yang maksima.
B. Keupayaan otot badan untuk mengangkat beban yang berat dengan pantas.
C. Keupayaan maksimal kandungan oksigen dalam darah yang dipam oleh jantung ke seluruh
badan secara berterusan tanpa merasa letih dan penat.
D. Kemampuan seseorang untuk melakukan aktiviti dalam jangka masa yang lama tanpa
merasa letih, penat dan lesu.

2
11. Yang manakah tidak benar tentang intensiti?
A. Merupakan kualiti beban yang digunakan dalam sesuatu latihan
B. Kebiasaan daripada beban rendah kepada beban tinggi
C. Bermotifkan untuk meningkatkan kekuatan dan dayatahan kardiovaskular
D. Kaedah ini amat sesuai jika dilakukan setiap hari dalam latihan yang beban tinggi.

12. Latihan jeda merupakan salah satu latihan dalam kecergasan fizikal. Berikan maksud
latihan jeda?
A. Latihan melibatkan siri-siri latihan dan diselang seli dengan jangka masa pemulihan.
B. Latihan berterusan dalam masa 40 minit tanpa henti dalam satu masa
C. Latihan yang santai dan lebih kepada aktiviti latihan intensiti rendah.
D. Sesuatu latihan yang khusus bagi permainan padang sahaja.

13. Striding merupakan salah satu jenis larian. Apakah maksud striding?
A. Larian daripada perlahan kepada laju
B. Larian daripada langkah besar kepada langkah anak
C. Larian yang laju secara berterusan dalam satu aktiviti
D. Larian perlahan atau jogging secara berterusan.

Soalan 14 dan 15 berdasarkan kepada kenyataan di bawah?

Apabila melakukan aktiviti berintensiti sederhana tinggi ,


system metabolisme anaerobic menghasilkan tenaga dari
glikogen tanpa kehadiran oksigen dengan asid aktik sebagai
hasil sampingan

14. Berdasarkan kepada kenyataan di atas, yang manakah bukan kesan daripada aktiviti tersebut?
A. Akan meningkatkan kecekapan fungsi sistem kardiovaskular
B. Akan menurangkan masalah jantung seperti strok dan hipertensiti
C. Akan meningkatkan adaptasi sistem tubuh untuk mencerna asid laktik.
D. Akan menurunkan kadar metabolisme badan.

15. Aras latihan jeda yang manakah berupaya untuk memberi kesan seperti kenyataan di atas?
A. Latihan jeda berintensiti tinggi
B. Latihan jeda beintensiti rendah
C. Latihan jeda berintensiti sederhana tinggi
D. Latihan jeda berintensiti sederhana rendah.

16. Apakah yang dimaksudkan kelenturan?


A. Keupayaan individu untuk melakukan aktiviti berat dengan panjang
B. Keupayaan pergerakan otot-otot, sendi-sendi, ligament dan tendon secara khusus untuk
mencapai julat pergerakan yang maksimun.
C. Kebolehan seseorang berlari secara pantas dan konsisten.
D. Kemampuan individu yang mampu membuat pergerakan yang kreatif seperti gimnastik.

3
17. Berdasarkan kepada gambar di atas, otot apakah yang terlibat?
I. Deltoid
II. External oblique
III. Latissimus dorsi
IV. Trapezius

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B.II, III, dan IV D. Semua di atas

18. Aktiviti yang manakah bukan berkaitan dengan aktiviti kelenturan?


A. Groin Dynamic stretching
B. Hamstring Dynamic Stretching
C. Regangan silang dinamik dada dan bahu
D. Naik turun bangku

19. Sukan apakah yang melibatkan aktiviti kelenturan yang tinggi.


A. Gymnastic (senaman lantai)
B. Renang gaya bebas.
C. Bola sepak
D. Tinju

20. Apakah definisi kekuatan otot?


A. Kebolehan sesuatu otot untuk melakukan aktiviti berat dalam jangka masa yang lama tanpa
merasa letih penat dan lesu.
B. Kebolehan sesuatu otot untuk mengangkat beban dan daya yang maksima dengan pantas
tanpa merasa letih penat dan lesu.
C. Kebolehan individu untuk mempamerkan saiz otot dengan besar.
D. Kebolehan otot invidu untuk membuat pergerakan yang maksima.

4
Tandakan (√) bagi contoh yang berkaitan penyakit HIV dan AIDS yang betul dan (X) bagi
yang salah. (16%)

21. HIV merupakan sejenis penyakit 25. Virus AIDS boleh berjangkit melalui
jangkitan virus sentuhan luar dengan pesakit yang
menghidap AIDS seperti sentuhan tangan
22. Jangkitan virus HIV merosakkan sistem 26. Seseorang boleh menjadi pembawa
pertahanan badan virus HIV bertahun-tahun sebelum
mendapat AIDS
23. Seseorang boleh dijangkiti virus HIV 27. Bayi dalam kandungan dan bayi yang
melalui pemindahan darah yang tercemar menyusu boleh dijangkiti daripada ibu yang
dengan virus HIV positif HIV
24. HIV boelh berjangkit dengan 28. HIV dan AIDS mempunyai vaksin dan
mengadakan hubungan seks tanpa pesakit akan sembuh dalam masa rawatan
perlindungan sahaja tertentu

Lengkapkan ruang kosong dengan jawapan yang betul mengenai kepentingan komunikasi dan
masa berkualiti bersama keluarga. (20%)

Komunikasi Riadah Emosi Percakapan Derasi


verbal
Penerima Keakraban Komunikasi Berkualiti Kemesraan
bukan verbal

29. Terdapat dua bentuk komunikasi dalam keluarga iaitu ________________________ dan
_______________________.

30. Komunikasi verbal melibatkan ____________________ untuk menyampaikan _________________


kepada penerima.

31. Kepentingan komunikasi dan masa ___________________ bersama keluarga membentuk


_________________ hubungan keluarga.

32. Contoh aktiviti _________________ bersama keluarga ialah memancing dan berkelah agar dapat
mewujudkan ______________________ antara ibubapa dan anak.

33. Menghadiri aktiviti bersukan secara berkala dapat membantu mengurangkan tekanan
__________________ dan ________________ .

5
Tulis “BETUL” bagi pernyataan yang betul dan “SALAH” bagi pernyataan yang salah. (24%)

34. Iqbal mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak teratur dan tidak seimbang. Amalan ini
mengakibatkan penyakit asma. ( )
35. Hasif ingin mengira Indeks Jisim Badan. Formula untuk mengira Indeks Jisim Badan ialah berat
(kg) bahagi dengan umur. ( )
36. Penyakit diabetes melitus berpunca akibat kegagalan organ pankres merembeskan insulin untuk
mengawal tahap kandungan glukosa di dalam darah. ( )
37. Ujian tekanan darah dilakukan untuk mengesan penyakit hipertensi dengan menggunakan alat
elektrokardiogram. ( )
38. Indeks Jisim Badan adalah kaedah untuk mengetahui tahap obesiti seseorang individu.
( )
39. Setiap agama menuntut penganutnya yang ingin disatukan sebagai suami istri melalui ikatan yang
sah. ( )
40. Sumbang mahram didefinisikan sebagai melakukan hubungan seks secara paksa atau sukarela
sesama ahli keluarga. ( )
41. Perbuatan mencabul kehormatan adalah salah disisi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman
yang setimpal. ( )
42. Murid perlu diberi peluang untuk menyertai aktiviti sukan dan permainan di sekolah tanpa mengira
gender, bangsa dan agama. ( )
43. Pihak yang mengamalkan sikap pilih kasih tidak menafikan hak seseorang atau sesuatu kumpulan
untuk menyertai aktiviti sukan atau permainan. ( )
44. Masalah tidak boleh tidur atau insomnia boleh menggangu kesihatan seseorang.
( )
45. Untuk mendapatkan emosi yang stabil dan mantap, seseorang harus mengutamakan kepentingan diri
sendiri terlebih dahulu tanpa memikirkan emosi orang lain. ( )

6
LAMPIRAN KERTAS JAWAPAN:

1 11 21

2 12 22

3 13 23

4 14 24

5 15 25

6 16 26

7 17 27

8 18 28

9 19

10 20

29

30

31

32

33

34 40

35 41

36 42

37 43

38 44

39 45

Anda mungkin juga menyukai