Anda di halaman 1dari 15

KALENDAR

AKTIVITI
EJEN
BACA INI DAHULU!
Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kerana dapatkan Kalendar Aktiviti Ejen. Salam perkenalan dari saya. Hi,
saya Shafiq Supenah, pengasas & CEO Ejenpro.

Kalendar ini adalah inspirasi dari banyak persoalan yang saya dapat tentang cara nak buat aktiviti dalam tim ejen.
Ada yang tanya apa nak buat dan bagaimana nak buat aktiviti bersama ejen. Maka terhasilah kalendar ini!

Ok now pasti anda dah tak sabar nak guna calendar ini. Tapi nanti dulu, ada pesanan penting saya nak bagitahu
anda supaya anda boleh gunakan kalendar ini secara efektif.

Ini benda yang wajib anda tahu :


• Kalendar ini adalah kalendar 2 tahun iaitu pada tahun 2023 dan 2024.
• Nama bagi setiap aktiviti ini juga anda boleh ubah ikut kreativiti anda.
• Maka, tarikh atau tempoh aktiviti ini anda boleh ubah ikut kesesuaian jadual anda.

Jelas? Baiklah. Untuk bantu anda merangka aktiviti ejen. Next, saya akan terangkan perincian setiap aktiviti seperti
berapa kerap nak buat, berapa panjang, apakah objektif setiap aktiviti & pengisian aktiviti.
8 Aktiviti High
Impact Ejen
GOOD MORNING CULTURE
Konsep :
• Aktiviti ini adalah aktiviti harian untuk bina engagement dan bonding bersama team di dalam group komuniti
anda sama ada di Whatsapp, Telegram atau Facebook Group.
Objektif :
• Bina bonding dengan team supaya group anda bukan sahaja group menjadi group bisnes tapi menjadi group
komuniti.
Kekerapan :
• Setiap hari.
Tempoh :
• Tiada tempoh spesifik.
Content :
• Topik engagement di dalam group boleh merangkumi share situasi semasa yang berlaku seperti contoh update
masak rendang ketika raya dan banyak lagi.
• Anda juga boleh bina engagement dengan update aktiviti semasa yang anda lakukan seperti contoh COD,
event yang anda buat & aktiviti ‘behind the scene’.
• Anda juga boleh share video motivasi dan minta setiap team tonton dan share apa yang mereka dapat dari
video yang anda share.
INDUCTION TRAINING
Konsep :
• Di dalam mazhab training Ejenpro, training perlu dilakukan secara segment atau kategori.
• Contoh : segmen ejen baru join, segmen ejen yang dah buat jualan 10 unit, segmen ejen yang dah buat 5
angka dan sebagainya.
• Training ada 2 jenis. Pertama, induction training & kedua advance training.
• Induction training adalah training penngenalan dan orientasi untuk ejen baru.
• Content di dalam induction training merangkumi pengenalan syarikat, product knowledge, komisyen plan dan
ilmu asas jualan dan pemasaran.
• Kehadiran adalah wajib.
Objektif :
• Pengenalan kepada bisnes andabertujuan untuk tanamkan ‘belief’ pada bisnes anda supaya ejen setia.
• Bantu ejen untuk hasilkan jualan yang pertama.
Kekerapan :
• Minima 2 minggu sekali. Supaya ejen baru tak perlu tunggu lama untuk hadir program ini.
• Boleh buat lebih kerap seperti seminggu sekali atau seminggu 2 kali bergantung pada kadar aktif rekrut. Lebih
aktif kadar kemasukan ejen lagi kerap perlu buat.
Tempoh :
• Minima 1 jam setengah. Buat di ZOOM atau Offline.
Content :
• Pengenalan syarikat, product knowledge, pelan komisyen, cara buat jualan (basic tak perlu susah-susah) dan
banyakkan sharing dari ahli kumpulan yang berjaya.
SMALL GROUP MEETING (SGM)
Konsep :
• Meeting adalah aktiviti 2 hala. Bukan 1 hala seperti training.
• Ramai tersalah anggap meeting sama dengan training.
• Untuk lebih impak, meeting perlu dilakukan dalam group yang kecil maximum 15 orang supaya setiap orang
boleh bercakap.
• Kehadiran adalah wajib.
Objektif :
• Plaform untuk tim bersuara & mereka rasa suara mereka didengari.
• Peluang untuk leader bina bonding dengan tim bawah leader dengan lebih mudah. Tak perlu jumpa satu-satu.
Jimat masa!
• Menyelesaikan masalah & roadblok secara spesifik berdasarkan soalan yang ejen tanya.
Kekerapan :
• 1 bulan sekali untuk setiap tim dibawah leader anda.
Tempoh :
• Maximum 2 jam. Buat di ZOOM atau Offline. Cadangan pada 20 hb keatas sebelum masuk bulan baru untuk
target dan planning jualan bulan depan.
Content :
• Tiada topik spesifik di dalam meeting.
• Lebih kepada sesi soal jawab tentang permasalahan ejen atau perbincangan target jualan pada bulan depan.
• Sharing untuk boost energi.
• Jika ada dikalangan ahli yang ada result bagus. Banyakkan sharing supaya ejen lain boleh belajar.
ONE TO ONE COACHING
Konsep :
• Sesi private anda bersama leader anda.
• Sesi penyelesaian masalah atau perancangan bulanan spesifik pada individu yang hadir.
• Kehadiran adalah wajib.
• Untuk lebih impak, sesi ini tidak dibuat untuk semua. Hanya pada top performer atau kategori leader sahaja.
• Aktiviti ini sama dengan Small Group Meeting. Yang membezakan sesi ini lebih privasi & eksklusif.
Objektif :
• Program ini dibuat untuk beri peluang secara lebih eksklusif dan privasi kepada ejen.
• Bagi penyelesaian atau perancangan spesifik.
Kekerapan :
• 1 bulan sekali untuk setiap leader.
Tempoh :
• Maximum 2 jam. Buat di ZOOM atau Offline. Cadangan pada 20 hb keatas sebelum masuk bulan baru untuk
target dan planning jualan bulan depan.
Content :
• Tiada topik spesifik.
• Lebih kepada sesi soal jawab tentang permasalahan ejen atau perbincangan target jualan pada bulan depan.
WEEKLY LIVE SHARING
Konsep :
• Open topik untuk upgrade ilmu tambahan untuk semua ejen.
• Tak seperti training yang lebih kepada ilmu wajib tahu setiap ejen. Dalam sharing ilmu yang disampaikan lebih
kepada ilmu tambahan.
• Sesi ini adalah sesi untuk recharge energi team.
Objektif :
• Program ini dibuat team untuk galakkan budaya sharing & didik team untuk bercakap di depan.
• Dengan sharing, team boleh upgrade ilmu pengetahuan.
Kekerapan :
• Seminggu sekali.
Tempoh :
• Maximum 2 jam.
Content :
• Open topik dari team.
• Cadangan topik yang dikongsikan adalah topik yang datang dari pengalaman mereka. Contoh : Ada ejen yang
capai jualan dengan teknik X bulan lepas. Mereka kongsi apa yang mereka buat.
BUSINESS OPPORTUNITY PREVIEW (BOP)
Konsep :
• Sesi penerangan peluang jana pendapatan dalam bisnes anda.
• Ejen atau tim bawa prospek yang berminat untuk dengar. Mereka hadir dan di hujung program mereka
akan join jadi ejen sekiranya berminat.
Objektif :
• Membantu ejen dalam proses rekrut ejen baru.
• Memudahkan urusan ejen tanpa perlu mereka buat penerangan. Kita buat penerangan bagi pihak mereka.
• Jadikan system atau rutin dalam bisnes supaya proses & kadar closing ejen dapat diseragamkan.
Kekerapan :
• Minima 2 minggu sekali. Di selang selikan dengan Induction Training.
• Boleh buat lebih kerap seperti seminggu sekali atau seminggu 2 kali bergantung pada kadar aktif rekrut.
Lebih aktif kadar rekrut ejen lagi kerap perlu buat.
Tempoh :
• Maximum 2 jam. Buat di ZOOM atau Offline.
Content :
• Pengenalan syarikat, produk, pelan ganjaran & sharing ejen berjaya.
• Nampakkan potensi perniagaan.
• Kenapa mereka perlu bersama kita.
KEMPEN REWARD & PRODUCT LAUNCHING
Konsep :
• Reward adalah aktiviti yang dibuat untuk boostkan jualan ejen anda.
• Manakala product launching adalah kempen yang dibuat untuk boostkan belian pelanggan.
• Kedua-dua kempen ini dibuat untuk bina excitement pada team. Supaya ada elemen baru untuk buat ejen
kekal semangat.
Objektif :
• Kempen ini dibuat atas tujuan merancakkan lagi jualan ejen mereka dengan memberi mereka perasaan teruja.
Kekerapan :
• Sekali dalam 3 bulan atau 2 bulan.
• Jangan terlalu pendek juga supaya anda ada masa untuk promosikan kempen ini pada seluruh ejen atau
pelanggan anda.
Tempoh :
• Tempoh untuk join kempen ini dalam masa sebulan minima.
Content :
• Tiada
SOCIAL BONDING ACTIVITY
Konsep :
• Hari penganugerahan untuk raikan ejen yang berjaya.
• Boleh jadi event makan malam formal atau makan di tempat eksklusif.
• Percutian ke tempat tertentu juga adalah salah satu cara.
• Aktiviti santai bina hubungan antara team ejen.
Objektif :
• Untuk ejen rasa diri dihargai.
• Bina bonding antara team dan leader.
Kekerapan :
• Setahun 2 kali. Setiap 6 bulan.
Tempoh :
• Bergantung kepada program.

Content :
• Sembang santai. Aktiviti sukan, picnic,makan-makan & travel.
• Peluang untuk anda lebih dekat dengan mereka untuk bina personal bonding.
• Sangat bagus jika program ini melibatkan keluarga mereka supaya dapat bina bonding yang lebih kuat untuk
beli hati mereka.
Kalendar
Ejen 2023
2023 KALENDAR AKTIVITI WORKSHEET
Kalendar
Ejen 2024
2024 KALENDAR AKTIVITI WORKSHEET

Anda mungkin juga menyukai