Anda di halaman 1dari 1

RPH PENDIDIKAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 1

KSSR SEMAKAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


KELAS PK 1 MINGGU M6
HARI KHAMIS TARIKH 18/04/2024
MASA 1050-1150 BIL. MURID /9
TEMA MENGGAMBAR TOPIK MENGENAL ALATAN SENI
LUKIS
SK 1.1 Mengenal dan SP 1.1.1 Menamakan media
menggunakan alatan seni kering seperti : i. pensel ii.
lukis. pensel warna iii. krayon iv.
pena penanda

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPc, murid dapat: menamakan media kering seperti pensel, pensel warna, krayon dan
pena penanda dengan bimbingan
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengenalan:-
1) Murid bersoal jawab dengan guru tentang pelajaran lepas, iaitu menyebut dan menamakan media kering
seperti krayon.
2) Murid dijelaskan tentang tajuk/topik pelajaran pada hari ini, iaitu menamakan media kering seperti pena
penanda.

Aktiviti:-
3) Murid diminta membuka semula buku teks muka surat 3 dan bersoal jawab dengan guru tentang gambar
pena penanda.
4) Murid diperkenalkan dengan satu lagi jenis media kering, iaitu pena penanda berdasarkan pada gambar yang
terdapat di dalam buku teks.
5) Murid dibimbing menyebut dan menamakan media kering tersebut secara latih tubi dalam kumpulan.
6) Murid dibimbing mengeja dengan membatang dan membunyikan suku kata daripada frasa pena penanda
tersebut secara berkumpulan.
7) Murid juga dijelaskan tentang fungsi dan kegunaan pena penanda tersebut dalam aktiviti seni lukis.

Penutup:-
Murid dibimbing membuat latihan atau aktiviti yang disediakan oleh guru.

REFLEKSI
___/___murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
___/___murid boleh melengkapkan latihan yang diberikan.
___/___murid memerlukan latihan lanjut dan bimbingan guru.

Catatan: Pengajaran dan Pembelajaran tidak dapat dijalankan pada hari ini dan akan diteruskan
pada sesi pembelajaran seterusnya kerana:

Anda mungkin juga menyukai