Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGERAK TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

Daya upaya modal insan dan khazanah sumber Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya warga BPLTV dan warga SMT dan
KV, digabung jalin, digembleng dan digerakkan ke arah penjanaan dasar Transformasi Pendidikan Vokasional bagi mencapai satu
visi dan menyempurnakan satu misi sepunya yang terbit daripada seperanggu nilai teras yang menjadi pegangan bersama.

2.0 VISI PENDIDIKAN VOKASIONAL

PENERAJU PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL YANG UNGGUL

Keunggulan pendidikan vokasional adalah berteraskan inisiatif Transformasi Pendidikan Vokasional bagi melahirkan modal insan yang
berilmu pengetahuan dan berkemahiran dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.”
Keunggulan pendidikan vokasional ini menjadi acuan penempaan modal insan unggul menerusi penerapan nilai murni, penerapan nilai
aspirasi, penyuburan sikap positif, penguasaan ilmu dan pengasahan kemahiran. Modal insan unggul keluaran model pendidikan
vokasional ini membawa bersamanya kecintaan kepada budaya pembelajaran sepanjang hayat. Dengan demikian keinginan untuk terus
belajar dan berlatih.

Kecemerlangan kerjaya lulusan pendidikan vokasional ini tercapai menerusi program latihan yang berorientasikan pembelajaran
berasaskan kerja. Orientasi Work-Based Learning (WBL) ini memungkinkan kandungan ilmu dan kemahiran yang dibekalkan kepada
murid sentiasa dipertingkatkan dan diselaraskan supaya menepati keperluan baharu dalam industri, perniagaan dan masyarakat.

VISI
Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul.

MISI
Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti.
3.0 HASIL PEMBELAJARAN (LO) KOLEJ VOKASIONAL

Hasil Pembelajaran adalah pernyataan tentang apa yang pelajar perlu tahu, faham dan boleh lakukan apabila tamat tempoh
pengajian. Kolej Vokasional menggunakan Domain Hasil Pembelajaran (LO) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).

Sebelas (11) Domain Hasil Pembelajaran:

● Pengetahuan & Kefahaman

● Kemahiran praktikal

● Kemahiran Saintifik dan Penyelesaian Masalah

● Kemahiran Komunikasi

● Kemahiran Sosial dan Kerja Berpasukan

● Kemahiran Personal

● Kemahiran Keusahawanan

● Etika & Profesionalisme

● Kepimpinan, Autonomi dan Tanggungjawab

● Kemahiran Digital

● Kemahiran Numerasi

4.0 MATLAMAT PROGRAM

Matlamat Program ialah satu penyataan menyeluruh tentang tujuan, falsafah dan rasional dalam penawaran sesuatu program.
Objektif Program pula merupakan penyataan-penyataan tentang apa yang harus dipelajari oleh seseorang pelajar untuk
mencapai matlamat program. Manakala program pula merupakan susunan modul yang di struktur untuk satu tempoh tertentu
dan peringkat pembelajaran, bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan dan yang lazimnya menjurus kepada
penganugerahan satu kelayakan. Oleh itu, struktur program KV bagi kursus teras merangkumi 70 peratus kemahiran dan 30
peratus teori yang bertujuan melahirkan graduan berteknologi.

Matlamat program Diploma KV adalah untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berteknologi dalam pelbagai
bidang yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat
yang lebih tinggi.

5.0 PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO), PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO) DAN
COURSE LEARNING OUTCOME (CLO)

Perlaksanaan pendidikan berasaskan hasil (OBE) mewajibkan setiap program akademik perlu mempunyai Programme
Educational Objectives (PEO). PEO perlu dibuat penambahbaikan secara bersepadu dengan penglibatan pihak-pihak
berkepentingan (stakeholders) agar menepati keperluan dan kehendak mereka. PEO yang disemak semula juga perlu
dihubungkaitkan dengan visi dan misi KV. Setiap program disemak semula perlu mempunyai beberapa penyataan PEO.
Penyataan tersebut mestilah merangkumi domain Pengetahuan dan Kemahiran Praktikal dan merangkumi gabungan tujuh (7)
domain Kemahiran Insaniah (KI).

Analisa pencapaian PEO samada tercapai atau tidak, bergantung kepada KPI yang telah ditetapkan. Lazimnya pencapaian PEO
terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur selepas 3 hingga 5 tahun setelah pelajar bergraduan.

Secara umumnya definisi untuk PEO, PLO dan CLO adalah seperti dalam Jadual 1

Pernyataan Definisi Penilaian


Satu set penyataan-penyataan yang menjelaskan hasil-
hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap graduan Penilaian selepas beberapa tahun
Objektif Pendidikan
dalam sesuatu program akademik setelah berada di kohort tersebut bergraduan (di antara
Program (PEO)
alam pekerjaan selama di antara 3 - 5 tahun. 3 - 5 tahun).

Satu set penyataan-penyataan yang menjelaskan hasil-


hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap
Hasil Pembelajaran
pelajar setelah melengkapkan/ lulus dalam semua Dinilai di hujung semester terakhir.
Program (PLO)
kursus yang ditawarkan dalam kurikulum sesuatu
program akademik.
Hasil Pembelajaran Kursus Satu set penyataan-penyataan (eksplisit dan boleh Dinilai pada awal dan hujung setiap
(CLO) diukur) menerangkan hasil-hasil pembelajaran yang semester (entrance and exit survey).
perlu dicapai oleh seseorang pelajar di akhir sesuatu
kursus.

Jadual 1: Definisi PEO, PLO dan CLO

5.1 MEMBENTUK OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM

Pembentukan PEO untuk setiap program adalah berdasarkan kepada visi dan misi KV KPM. Semua PEO direka bentuk
untuk memenuhi keperluan dan harapan pihak-pihak kepentingan ( stakeholder). Pemetaan antara PEO dengan visi, misi
dengan keperluan stakeholder ditunjukkan dalam Rajah 4. Semua PEO akan menggambarkan pencapaian pelajar yang
dijangkakan. Pencapaian PEO akan mengenal pasti pencapaian visi dan misi kolej yang telah ditetapkan.

KEPERLUAN stakeholder

MISI KV KPM
CIRI GRADUAN:
1. Pengetahuan yang baik.
MATLAMAT 2. Kemahiran amali.
PROGRAM, 3. Kemahiran menyelesaikan
OBJEKTIF Masalah.
PROGRAM 4. Kemahiran berkomunikasi
VISI KV KPM
yang baik.
5. Menghasilkan kerja yang
Berkualiti.
6. Personaliti yang baik.
7. Kemahiran insaniah yang
Baik.
8. Sikap yang positif.
9. Menunjukkan kemahiran
kepimpinan yang berkualiti.
10. Kemahiran Digital.
11. Kemahiran Numerasi.
Rajah 4: Pembentukan Objektif Pendidikan Program

Programme Educational Objective (PEO) bermaksud satu set penyataan yang menerangkan hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh
setiap pelajar dalam sesebuah program akademik setelah berada di alam pekerjaan selama antara 3-5 tahun.

Objektif Pendidikan Program (PEO) Kolej Vokasional:

a) Graduan mempamerkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran kognitif dalam bidang Teknologi Elektrik;
b) Graduan menunjukkan kecakapan kerja dalam bidang Teknologi Elektrik;
c) Graduan menunjukkan kemahiran personal dan kemahiran keusahawanan dalam bidang Teknologi Elektrik;
d) Graduan mempamerkan etika dan profesionalisme, kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab dalam bidang Teknologi
Elektrik.

5.2 MEMBENTUK HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Setelah PEO disediakan, PLO perlu dirangka sejajar dengan PEO. PLO mestilah dinyatakan secara eksplisit merangkumi
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dicapai oleh graduan. Secara umumnya, setiap program perlu mempunyai
sebelas penyataan PLO yang mengandungi kesemua sebelas domain hasil pembelajaran (LO). Lazimnya pencapaian PLO
terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduan.

Programme Learning Outcome (PLO) ditakrifkan sebagai satu set penyataan yang menerangkan hasil pembelajaran yang
perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan atau lulus semua kursus dalam kurikulum sesebuah program
akademik. Pembentukan PLO adalah sangat penting sebagai dokumen asas untuk melaksanakan sesuatu program. Semua
PLO KV dibentuk mengikut sebelas hasil pembelajaran (LO) yang ditetapkan oleh KPM. Kesemua hasil pembelajaran ini
juga disejajarkan dengan domain pembelajaran Taksonomi Bloom iaitu Kognitif (C), Psikomotor (P) dan Afektif (A).
BPLTV telah menetapkan sebelas (11) PLO yang perlu bagi sesebuah program yang dilaksanakan di KV berdasarkan
sebelas Hasil Pembelajaran KPM, iaitu di mana di akhir setiap program, pelajar KV akan dapat:

1. Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan
pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang Teknologi Elektrik. [LO1]
2. Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melaksanakan tugasan dalam bidang
Teknologi Elektrik. [LO2]
3. Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah spesifik berkaitan
bidang Teknologi Elektrik. [LO3]
4. Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam menyampaikan idea, informasi dan
menyelesaikan masalah kepada pelbagai audiens. [LO4]
5. Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat kepada masyarakat. [LO5]
6. Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan kerjaya. [LO6]
7. Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang berkaitan. [LO7]
8. Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta sosial. [LO8]
9. Mempunyai kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban yang signifikan. [LO9]
10. Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti pembelajaran serta mencari dan memproses
data. [LO10]
11. Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan bidang. [LO11]
5.3 MEMBENTUK HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Hasil Pembelajaran Kursus dibentuk dengan menggunakan Taksonomi Bloom yang mengandungi tiga domain iaitu
domain kognitif, psikomotor dan afektif. Domain kognitif mengandungi enam aras, afektif mempunyai lima aras dan
psikomotor ada tujuh aras.

Jadual 2 (a), 2 (b) dan 2 (c) menunjukkan Domain pembelajaran Taksonomi Bloom bagi domain kognitif, psikomotor dan
afektif.

Domain Kognitif: Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya;

Berupaya/ berkebolehan untuk: mengecam, mengulangi,


menyenaraikan, menggambarkan, mengenal pasti,
Mengingat (C1) mengulangi, menamakan, mengingat semula,
menyatakan, memberitahu, mengaitkan, mengesan,
menulis, mencari.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mengaitkan,


menjelaskan, mengklasifikasikan, membezakan,
Memahami (C2) membincangkan, menganggarkan, menyatakan,
melanjutkan, mengenal pasti, menunjukkan, mentafsir,
mengesan, meramalkan, menegaskan, memilih.
Berupaya/ berkebolehan untuk: mengira, menukar,
memilih, melengkapkan, membina, menunjukkan,
menghasilkan penemuan, mengambil, meneliti,
Mengaplikasi (C3)
menggambarkan, mentafsir, mengubah suai,
mengamalkan, melakarkan, menguji, menyelesaikan,
mengitlak, mengaitkan, mengaplikasi.

Domain Kognitif: Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya;

Berupaya/ berkebolehan untuk: menganalisis, menilai,


menyusun, mengira, mengkategorikan, mengklasifikasikan,
Menganalisis (C4) membandingkan, menyambung, membezakan, mengkritik,
membahaskan, membahagikan, menguji, menyimpulkan,
meneliti, menyiasat, mempersoalkan, mengasingkan.

Berupaya/ berkebolehan untuk: menilai, memberi hujah,


melampirkan, memilih, membandingkan, meyakinkan,
mengkritik, menyokong, membela, menghakimi, mengukur,
Menilai (C5)
meramal, mengesyorkan, menyemak, memberikan skor,
membuat pertimbangan, membuat kesimpulan, menilai
kewajaran.
Berupaya/ berkebolehan untuk: mereka bentuk, mencipta,
merancang, membina, menghasilkan, mengarang, meramal,
Mencipta (C6)
mengembangkan, imaginasi, mengusul, menjana,
membangun.

Jadual 2 (a): Domain Kognitif

Domain Psikomotor: Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya;

Berupaya/ berkebolehan untuk: memilih, menerangkan, mengesan,


Persepsi (P1) mengenal pasti, membezakan, mengecam, menghubung kait,
menyisihkan.

Berupaya/ berkebolehan untuk: memulakan, mempamerkan,


Set (P2) menghuraikan, memindahkan, meneruskan, memberi tindak balas,
menyatakan, menunjukkan.

Respons Berupaya/ berkebolehan untuk: menyalin, menjejaki, mengikuti,


Berpandu (P3) memberi respons, menghasilkan semula, memberikan tindak balas.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mencantumkan, menentu ukur,


membina, merungkai, mempamerkan, memasang, memanipulasi,
Mekanisme (P4) membaiki, mengorganisasikan, melakarkan, mencampurkan,
mengukur.

Respons Ketara Berupaya/ berkebolehan untuk: mencantumkan, membina,


mempamerkan, mengukur, memanipulasi, menganjurkan, melakar,
merungkai, mengenakan, membaiki.
Kompleks (P5)

Berupaya/ berkebolehan untuk: mengadaptasi, mengubahsuai,


Adaptasi (P6) menukar, mengatur semula, mengorganisasikan semula, menyemak,
mempelbagaikan

Lakuan Tulen Berupaya/ berkebolehan untuk: menyasarkan, mereka bentuk,


(P7) mencipta, membangunkan, mengarang, mencantumkan, membina.

Jadual 2 (b): Domain Psikomotor

Domain Afektif: Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya;

Berupaya/ berkebolehan untuk: memilih, mengikut,


Menerima (A1) menghuraikan, memberi, memegang, menggunakan,
menjawab, mengenal pasti.

Berupaya/ berkebolehan untuk: membantu, menjawab,


Memberi Maklum mematuhi, membincangkan, menolong, melaksanakan,
Balas (A2) mengamalkan, membentangkan, menulis, melaporkan,
memilih, mendeklamasikan.

Berupaya/ berkebolehan untuk: menerangkan, menunjukkan


Menilai (A3)
cara, membezakan, mewajarkan, melaporkan, memilih.
Berupaya/ berkebolehan untuk: mengatur, menyatu padu,
Mengorganisasi
mengorganisasi, menghubung kait, membuat sintesis,
(A4)
menghuraikan, membandingkan.

Berupaya/ berkebolehan untuk: membezakan, mempamerkan,


Menghayati (A5) mempengaruhi, memupuk, membudayakan, menyemak,
menyelesaikan, mengesahkan, mencadangkan.

Jadual 2 (c): Domain Afektif

JADUAL 3: PEMETAAN STRATEGI PERLAKSANAAN KURIKULUM TERHADAP PEO DAN PLO

STRATEGI PEO PLO

Melaksanakan kurikulum pendidikan


PEO1 PLO1, PLO3
vokasional berasaskan industri

PEO1 PLO1, PLO3

Mentadbir urus institusi pendidikan vokasional PLO2, PLO4, PLO5,


PEO2
bagi melahirkan modal insan berkemahiran. PLO10, PLO11

PEO4 PLO8, PLO9

Mengadakan kolaborasi dengan rakan strategik PEO1 PLO1, PLO3


bagi perluas akses, jamin kualiti dan tingkat
kebolehkerjaan melalui MOU dalam Latihan
Industri, sangkutan guru dan perkongsian PEO3 PLO6, PLO7
pintar kepakaran dan peralatan.

Melaksanakan dan menyelaraskan Pentaksiran PLO2, PLO4, PLO5,


PEO2
Perterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) PLO10, PLO11
berdasarkan Standard Operation Prosedure
(SOP) PEO4 PLO8, PLO9

PEO1
Melaksana dan menyelaraskan kualiti sumber PLO1, PLO3
manusia bagi meningkatkan daya upaya
organisasi pendidikan vokasional KPM
PEO4 PLO8, PLO9

6.0 MATLAMAT PENDIDIKAN PROGRAM

Matlamat program Diploma Teknologi Elektrik ialah untuk membentuk Pembantu Jurutera /Juruteknik
yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing, dan mampu melanjutkan
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

6.1 OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM

Program Diploma Teknologi Elektrik mampu menghasilkan Pembantu Jurutera /Juruteknik yang:

PEO PLO VISI MISI KPI


Peneraju Memperkasa pendidikan
OBJEKTIF PENDIDIKAN HASIL PEMBELAJARAN pendidikan teknikal teknikal dan vokasional
PROGRAM (PEO) PROGRAM (PLO) dan vokasional melalui pelaksanaan
yang unggul program yang berkualiti.
80% graduan berpengetahuan,
Pengetahuan & pemahaman dan berkemahiran
Graduan PLO 1
Kefahaman
/ /
kognitif dalam bidang
mempamerkan
Teknologi Elektrik
pengetahuan,
75% graduan berkebolehan
PE0 1 pemahaman dan
dalam menentukan,
kemahiran kognitif Kemahiran Saintifik dan
PLO 3 / / menganalisis dan
dalam bidang Penyelesaian Masalah menyelesaikan masalah
Teknologi Elektrik
berkaitan bidang Teknologi
Elektrik
70% graduan bekerja di dalam
PLO 2 Kemahiran Praktikal / / bidang Teknologi Elektrik
10% graduan terlibat dalam
PLO 4 Kemahiran Komunikasi / / penulisan laporan
teknikal/keselamatan atau
Graduan menunjukkan terlibat dalam taklimat ringkas
kecakapan kerja Kemahiran Sosial & menjalankan kerja
PEO 2 PLO 5
Kerja Berpasukan
/ /
dalam bidang 90% graduan mempunyai
Teknologi Elektrik Kemahiran Komunikasi dan
PLO 10 Kemahiran Digital / / Kemahiran Sosial & Kerja
Sepasukan di alam pekerjaan.
80% graduan mengaplikasi
PLO 11 Kemahiran Numerasi / / kemahiran digital dan numerasi
di alam pekerjaan

PLO 6 Kemahiran Personal / / 10 % graduan terlibat dalam


Graduan menunjukkan
aktiviti keusahawanan
kemahiran personal
20 % graduan menyambung
PEO 3 dan kemahiran
Kemahiran pelajaran atau telah
keusahawanan dalam PLO 7 / /
Keusahawanan menghadiri kursus untuk
bidang Teknologi
peningkatan kemahiran
Elektrik
Graduan
90% graduan mematuhi etika
mempamerkan etika PLO 8 Etika & Profesionalisme / / dan professionalisme dalam
dan profesionalisme,
pekerjaan
PEO 4 kepimpinan, autonomi
dan tanggungjawab 5% mempunyai berperanan
dalam bidang Kepimpinan, Autonomi sebagai ketua dalam kerja
PLO 9
dan Tanggungjawab
/ /
Teknologi Elektrik kumpulan atau menjadi
pemimpin dalam komuniti
6.2 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Di akhir program Diploma Teknologi Elektrik pelajar akan boleh:

PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO) LEARNING OUTCOMES (LO)


Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan Pengetahuan & Kefahaman
1 teknikal untuk melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang
Teknologi Elektrik;
Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk Kemahiran Praktikal
2
melaksanakan tugasan dalam bidang Teknologi Elektrik;
Kemahiran Saintifik dan Penyelesaikan
Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta
3 Masalah
menyelesaikan masalah spesifik berkaitan bidang Teknologi Elektrik;

Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam Kemahiran Komunikasi
4 menyampaikan idea, informasi dan menyelesaikan masalah kepada pelbagai
audiens;
Kemahiran Sosial & Kerja Berpasukan
Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat
5
kepada masyarakat;

Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan
Kemahiran Personal
6
perkembangan kerjaya;

Kemahiran Keusahawanan
7 Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang berkaitan;

Etika & Profesionalisme


Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta
8
sosial;

Kepimpinan, Autonomi dan


9 Mempunyai kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban yang signifikan;
Tanggungjawab
Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti pembelajaran Kemahiran Digital
10
serta mencari dan memproses data;

Kemahiran Numerasi
11 Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan bidang.

Adaptasi daripada Jadual 1. Mapping of Program Learning Outcomes (PLO) against the Programme
Educational Objective (PEO), Mapping of COPPA 2nd Edition 2017 (ms 38)

6.3 MATRIKS PEO – LO

Kn Pr Pr Co So Pe En Et Le Di Nu
ow act obl m cia rs tre hic ad git me
led ica em mu l on pr s ers al rac
ge l So nic Ski al en & hip Ski y
& Ski lvi ati lls Ski ue Pr , lls Ski
Un lls ng on & lls rial ofe Au lls
de & ski Te Ski ssi to
rst Sci lls am lls on no
PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES an ent wo ali my
din ific rk sm an
(PEO) g Ski Ski d
lls lls Re
sp
on
sib
ilit
y
LO LO LO LO LO LO LO LO LO LO LO
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Graduan mempamerkan pengetahuan,


PEO
pemahaman dan kemahiran kognitif dalam X X
1
bidang Teknologi Elektrik

PEO Graduan menunjukkan kecakapan kerja dalam


2 X X X X X
bidang Teknologi Elektrik

PEO Graduan menunjukkan kemahiran personal


3 dan kemahiran keusahawanan dalam bidang X X
Teknologi Elektrik

Graduan mempamerkan etika dan


PEO
profesionalisme, kepimpinan, autonomi dan
4 X X
tanggungjawab dalam bidang Teknologi
Elektrik
Adaptasi daripada Jadual 1. Mapping of Program Learning Outcomes (PLO) against the Programme
Educational Objective (PEO), Mapping of COPPA 2nd Edition 2017 (ms 38)

6.4 MATRIKS PLO – PEO

PROGRAMME EDUCATIONAL OUTCOMES


PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO) (PEO)

PEO 1 PEO 2 PEO 3 PEO 4

Menjelaskan kefahaman secara sistematik


berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk
PLO 1 X
melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan bukan
rutin dalam bidang Teknologi Elektrik;

Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal,


PLO 2 kaedah dan prosedur untuk melaksanakan X
tugasan dalam bidang Teknologi Elektrik;
Menggunakan kemahiran mentafsir,
mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan
PLO 3 X
masalah spesifik berkaitan bidang Teknologi
Elektrik;

Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan


jelas serta berkesan dalam menyampaikan idea,
PLO 4 X
informasi dan menyelesaikan masalah kepada
pelbagai audiens;

Berinteraksi dengan berkesan secara individu


PLO 5 atau berpasukan dan berkhidmat kepada X
masyarakat;

Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek


PLO 6 pembelajaran sepanjang hayat dan X
perkembangan kerjaya;

Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam


PLO 7 X
bidang berkaitan;

Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam


PLO 8 X
persekitaran pekerjaan serta sosial;

Mempunyai kepimpinan, autonomi dan


PLO 9 X
kebertanggungjawaban yang signifikan;

Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk


PLO 10 menyokong aktiviti pembelajaran serta mencari X
dan memproses data;

Menginterpretasi data numerik dan grafik


PLO 11 X
berkaitan bidang.
Adaptasi daripada Jadual 1. Mapping of Program Learning Outcomes (PLO) against the Programme
Educational Objective (PEO), Mapping of COPPA 2nd Edition 2017 (ms 38)

Anda mungkin juga menyukai