Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGERAK TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

Daya upaya modal insan dan khazanah sumber Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya warga BPTV dan warga SMT dan
KV, digabung jalin, digembleng dan digerakkan kearah penjanaan dasar Transformasi Pendidikan vokasional bagi mencapai satu
visi dan menyempurnakan satu misi sepunya yang terbit daripada seperanggu nilai teras yang menjadi pegangan bersama.

2.0 VISI PENDIDIKAN VOKASIONAL

PENERAJU PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL YANG UNGGUL

Keunggulan pendidikan vokasional adalah berteraskan inisiatif Transformasi Pendidikan Vokasional bagi melahirkan modal insan yang
berilmu pengetahuan dan berkemahiran dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.”
Keunggulan pendidikan vokasional ini menjadi acuan penempaan modal insan unggul menerusi penerapan nilai murni, penerapan nilai
aspirasi, penyuburan sikap positif, penguasaan ilmu dan pengasahan kemahiran. Modal insan unggul keluaran model pendidikan
vokasional ini membawa bersamanya kecintaan kepada budaya pembelajaran sepanjang hayat. Dengan demikian keinginan untuk terus
belajar dan berlatih.

Kecemerlangan kerjaya lulusan pendidikan vokasional ini tercapai menerusi program latihan yang berorientasikan pembelajaran
berasaskan kerja. Orientasi work-based learning (WBL) ini memungkinkan kandungan ilmu dan kemahiran yang dibekalkan kepada
murid sentiasa dipertingkatkan dan diselaraskan supaya menepati keperluan baharu dalam industri, perniagaan dan masyarakat.

VISI

Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul.

MISI

Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti.
3.0 HASIL PEMBELAJARAN (LO) KOLEJ VOKASIONAL

Hasil Pembelajaran adalah pernyataan tentang apa yang pelajar perlu tahu, faham dan boleh lakukan apabila tamat tempoh
pengajian. Kolej Vokasional menggunakan Domain Hasil Pembelajaran (LO) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).

Sembilan (9) Domain Hasil Pembelajaran:

 Pengetahuan
 Kemahiran praktikal
 Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran sains
 Kemahiran komunikasi
 Kemahiran sosial, kerja berpasukan dan tanggungjawab
 Nilai, sikap dan profesionalisme
 Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 Kemahiran pengurusan dan keusahawanan
 Kepimpinan

4.0 MATLAMAT PROGRAM

Matlamat Program ialah satu pernyataan menyeluruh tentang tujuan, falsafah dan rasional dalam penawaran sesuatu program.
Objektif Program pula merupakan pernyataan-pernyataan tentang apa yang harus dipelajari oleh seseorang pelajar untuk
mencapai matlamat program. Manakala program pula merupakan susunan modul yang distruktur untuk suite tempoh tertentu
dan peringkat pembelajaran, bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan dan yang lazimnya menjurus kepada
penganugerahan suite kelayakan. Oleh itu, struktur program KV bagi kursus teras merangkumi 70 peratus kemahiran dan 30
peratus teori yang bertujuan melahirkan graduan berteknologi.

Matlamat program Diploma KV adalah untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berteknologi dalam pelbagai
bidang yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing, dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat
yang lebih tinggi.
5.0 PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO), PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO) DAN
COURSE LEARNING OUTCOME (CLO)

Perlaksanaan pendidikan berasaskan hasil (OBE) mewajibkan setiap program akademik perlu mempunyai Programme
Educational Objectives (PEO). PEO perlu dibuat penambahbaikan secara bersepadu dengan penglibatan pihak-pihak
berkepentingan (stakeholders) agar menepati keperluan dan kehendak mereka. PEO yang disemak semula juga perlu
dihubungkaitkan dengan visi dan misi KV. Setiap program disemak semula perlu mempunyai beberapa pernyataan PEO.
Pernyataan tersebut mestilah merangkumi domain Pengetahuan dan Kemahiran Praktikal dan merangkumi gabungan tujuh (7)
domain Kemahiran Insaniah (KI).

Analisa pencapaian PEO samada tercapai atau tidak, bergantung kepada KPI yang telah ditetapkan. Lazimnya pencapaian PEO
terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur selepas 3 hingga 5 tahun setelah pelajar bergraduat.

Secara umumnya definisi untuk PEO, PLO dan CLO adalah seperti dalam Jadual 1

Pernyataan Definisi Penilaian


Satu set pernyataan-pernyataan yang menjelaskan
hasil-hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap Penilaian selepas beberapa tahun
Objektif Pendidikan
graduan dalam sesuatu program akademik setelah kohort tersebut bergraduan (di antara
Program (PEO)
berada di alam pekerjaan selama di antara 3 - 5 tahun. 3 - 5 tahun).

Satu set pernyataan-pernyataan yang menjelaskan


hasil-hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap
Hasil Pembelajaran pelajar setelah melengkapkan/ lulus dalam semua
Dinilai di hujung semester terakhir .
Program (PLO) kursus yang ditawarkan dalam kurikulum sesuatu
program akademik.

Satu set pernyataan-pernyataan (explisit & boleh


diukur) menerangkan hasil-hasil pembelajaran yang
Hasil Pembelajaran Kursus Dinilai pada awal & hujung setiap
perlu dicapai oleh seseorang pelajar di akhir sesuatu
(CLO) semester (entrance & exit survey).
kursus.

Jadual 1: Definisi PEO, PLO dan CLO


5.1 MEMBENTUK OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM

Pembentukan PEO untuk setiap program adalah berdasarkan kepada visi dan misi KV KPM. Semua PEO direkabentuk
untuk memenuhi keperluan dan harapan pihak-pihak kepentingan ( stakeholder). Pemetaan antara PEO dengan visi, misi
dengan keperluan stakeholder ditunjukkan dalam Rajah 4. Semua PEO akan menggambarkan pencapaian pelajar yang
dijangkakan. Pencapaian PEO akan mengenalpasti pencapaian visi dan misi kolej yang telah ditetapkan.

KEPERLUAN stakeholder

MISI KV KPM
CIRI GRADUAN:
1. Personaliti yang baik
MATLAMAT PROGRAM 2. Kemahiran berkomunikasi
OBJKETIF PROGRAM yang baik
3. Sikap yang positif
4. Kemahiran insaniah yang
VISI KV KPM baik
5. Kemahiran amali
6. Pengetahuan yang baik
7. Menghasilkan kerja yang
berkualiti
8. Kemahiran menyelesaikan
masalah
9. Menunjukkan kemahiran
kepimpinan yang berkualiti

Rajah 4: Pembentukan Objektif Pendidikan Program


Programme Educational Objective (PEO) bermaksud satu set penyataan yang menerangkan hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh
setiap pelajar dalam sesebuah program akademik setelah berada di alam pekerjaan selama antara 3-5 tahun.

Objektif Pendidikan Program (PEO) Kolej Vokasional:

(a) Berpengetahuan dan berkemahiran dalam disiplin Teknologi Kimpalan;


(b) Efektif dalam komunikasi kerja berpasukan dan memaparkan ciri kepimpinan yang beretika dalam sebuah organisasi ; dan
(c) Menunjukkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk kemajuan kerjaya

5.2 MEMBENTUK HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Setelah PEO disediakan, PLO perlu dirangka sejajar dengan PEO. PLO mestilah dinyatakan secara eksplisit merangkumi
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dicapai oleh graduan. Secara umumnya, setiap program perlu mempunyai
Sembilan pernyataan PLO yang mengandungi kesemua sembilan domain hasil pembelajaran (LO). Lazimnya pencapaian
PLO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduat. Seharusnya pemetaan
satu dengan satu antara PLO dengan LO (contoh PLO1 pemetaan kepada LO1)

Programme Learning Outcome (PLO) ditakrifkan sebagai satu set pernyataan yang menerangkan hasil pembelajaran yang
perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan atau lulus semua kursus dalam kurikulum sesebuah program
akademik. Pembentukan PLO adalah sangat penting sebagai dokumen asas untuk melaksanakan sesuatu program.
Semua PLO KV dibentuk mengikut sembilan hasil pembelajaran (LO) yang ditetapkan oleh KPM. Kesemua hasil
pembelajaran ini juga disejajarkan dengan domain pembelajaran Taksonomi Bloom iaitu Kognitif (C), Psikomotor (P) dan
Afektif (A).
BPTV telah menetapkan sembilan PLO yang perlu bagi sesebuah program yang dilaksanakan di KV berdasarkan sembilan
Hasil Pembelajaran KPM, iaitu di mana di akhir setiap program, pelajar KV akan dapat:

1. Mengamalkan pengetahuan yang mempunyai hubungan dengan bidang vokasional Teknologi Kimpalan [LO1]
2. Mengaplikasi kemahiran praktikal dan menyelesaikan masalah; [LO2]
3. Mengenalpasti penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif; [LO3]
4. Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawat, dan ahli profesional lain dalam komuniti kejuruteraan / sains
sosial serta masyarakat; [LO4]
5. Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam kerja berpasukan untuk melaksanakan pelbagai bidang tugas;
[LO5]
6. Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selari dengan kod amalan
profesion dalam bidang Teknologi Kimpalan; [LO6]
7. Mengaplikasi kemahiran pengurusan maklumat dalam pembangunan profesional berterusan dan melibatkan diri dalam
pembelajaran sepanjang hayat; [LO7]
8. Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman dalam aspek perniagaan bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan untuk
kemajuan kerjaya dalam bidang Teknologi Kimpalan; [LO8]
9. Mengamalkan ciri-ciri kemahiran kepimpinan yang berkesan. [LO9]
5.3 MEMBENTUK HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Hasil Pembelajaran Kursus dibentuk dengan menggunakan Taksonomi Bloom yang mengandungi tiga domain iaitu
domain kognitif, psikomotor dan afektif. Domain kognitif mengandungi enam aras, afektif mempunyai lima aras dan
psikomotor ada tujuh aras.

Jadual 2 (a), 2 (b) dan 2 (c) menunjukkan Domain pembelajaran Taksonomi Bloom bagi domain kognitif, psikomotor dan
afektif.

Domain Kognitif: Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya ........

Berupaya/ berkebolehan untuk: mengatur, mengumpul,


menentukan, menerangkan, memeriksa, mengenal pasti,
Pengetahuan (C1) menyenaraikan, mengingat, menamakan, mengaitkan,
memetik, mengulangi, menghasilkan semua, merekodkan,
menunjukkan, menyatakan.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mengaitkan, menjelaskan,


mengklasifikasikan, membezakan, membincangkan,
Kefahaman (C2) menganggarkan, menyatakan, melanjutkan, mengenal
pasti, menunjukkan, mentafsir, mengesan, meramalkan,
menegaskan, memilih.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mengira, menukar,


memilih, melengkapkan, membina, menunjukkan,
menghasilkan penemuan, mengambil, meneliti,
Aplikasi (C3)
menggambarkan, mentafsir, mengubah suai, mengamalkan,
melakarkan, menguji, menyelesaikan, mengiktlak,
mengaitkan, mengaplikasi.
Domain Kognitif: Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya ........

Berupaya/ berkebolehan untuk: menganalisis, menilai,


menyusun, mengira, mengkategorikan, mengklasifikasikan,
Analisis (C4) membandingkan, menyambung, membezakan, mengkritik,
membahaskan, membahagikan, menguji, menyimpulkan,
meneliti, menyiasat, mempersoalkan, mengasingkan.

Berupaya/ berkebolehan untuk: menilai, memberi hujah,


melampirkan, memilih, membandingkan, meyakinkan,
mengkritik, menyokong, membela, menghakimi, mengukur,
Penilaian (C5)
meramal, mengesyorkan, menyemak, memberikan skor,
membuat pertimbangan, membuat kesimpulan, menilai
kewajaran.

Berupaya/ berkebolehan untuk: berhujah, menyusun,


mengumpul, mengarang, membina, mencipta, mereka bentuk,
membangun, menubuhkan, membentuk, menghasilkan,
Sintesis (C6)
mengintegrasikan, mengurus, menyusun, merancang,
menyediakan, mencadangkan, mengaitkan, menulis semula,
membuat kesimpulan.

Jadual 2 (a): Domain Kognitif


Domain Psikomotor: Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya ........

Berupaya/ berkebolehan untuk: memilih, menerangkan, mengesan,


Persepsi (P1) mengenal pasti, membezakan, mengecam, menghubung kait,
menyisihkan.

Berupaya/ berkebolehan untuk: memulakan, mempamerkan,


Set (P2) menghuraikan, memindahkan, meneruskan, memberi tindak balas,
menyatakan, menunjukkan.

Respons Berpandu Berupaya/ berkebolehan untuk: menyalin, menjejaki, mengikuti,


(P3) memberi respons, menghasilkan semula, memberikan tindak balas.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mencantumkan, menentu ukur,


membina, merungkai, mempamerkan, memasang, memanipulasi,
Mekanisme (P4) membaiki, mengorganisasikan, melakarkan, mencampurkan,
mengukur.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mencantumkan, membina,


Respons Ketara mempamerkan, mengukur, memanipulasi, menganjurkan, melakar,
Kompleks (P5) merungkai, mengenakan, membaiki.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mengadaptasi, mengubahsuai,


Adaptasi (P6) menukar, mengatur semula, mengorganisasikan semula, menyemak,
mempelbagaikan

Berupaya/ berkebolehan untuk: menyasarkan, mereka bentuk,


Lakuan Tulen (P7) mencipta, membangunkan, mengarang, mencantumkan, membina.
Jadual 2 (b): Domain Psikomotor

Domain Afektif: “Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya ........”

Berupaya/ berkebolehan untuk: memilih, mengikut,


Menerima (A1) menghuraikan, memberi, memegang, menggunakan, menjawab,
mengenal pasti.

Berupaya/ berkebolehan untuk: membantu, menjawab,


Memberi Maklum mematuhi, membincangkan, menolong, melaksanakan,
Balas (A2) mengamalkan, membentangkan, menulis, melaporkan, memilih,
mendeklamasikan.

Berupaya/ berkebolehan untuk: menerangkan, menunjukkan


Menilai (A3)
cara, membezakan, mewajarkan, melaporkan, memilih.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mengatur, menyatu padu,


Mengorganisasi (A4) mengorganisasi, menghubung kait, membuat sintesis,
menghuraikan, membandingkan.

Berupaya/ berkebolehan untuk: membezakan, mempamerkan,


Menghayati (A5) mempengaruhi, memupuk, membudayakan, menyemak,
menyelesaikan, mengesahkan, mencadangkan.

Jadual 2 (c): Domain Afektif


STRATEGI PEO PLO

Melaksanakan kurikulum pendidikan


PEO1 PLO1, PLO2, PLO3
vokasional berasaskan industri

PLO1, PLO2, PLO3,


Mentadbir urus institusi pendidikan vokasional PEO1
bagi melahirkan modal insan berkemahiran PLO4, PLO5 PLO6,
PEO2
PLO9

Mengadakan kolaborasi dgn rakan strategik


bagi perluas akses, jamin kualiti dan tingkat PEO1 PLO1 PLO2, PLO3,
kebolehkerjaan melalui MoU dalam Latihan
Industri, sangkutan guru dan perkongsian PEO3 PLO 7, PLO8
pintar kepakaran dan peralatan.

Melaksanakan dan menyelaraskan Pentaksiran PLO4, PLO5, PLO6,


Perterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) PEO2
PLO9
berdasarkan Standard Operation Prosedure PEO3
(SOP) PLO7, PLO8

Melaksana dan menyelaraskan kualiti sumber


manusia bagi meningkatkan daya upaya PEO1 PLO, PLO2, PLO3
organisasi pendidikan vokasional KPM

Jadual 3 : Pemetaan Strategi Perlaksanaan Kurikulum Terhadap PEO dan PLO


6.0 MATLAMAT PENDIDIKAN PROGRAM

Matlamat program Diploma Teknologi Kimpalan ialah untuk membentuk Pembantu Teknologis
Kimpalan yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing, dan mampu
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
6.1 OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM
Program Diploma Teknologi Kimpalan mampu menghasilkan :

PLO PLO VISI MISI


Peneraju Memperkasa
pendidikan pendidikan teknikal
OBJEKTIF PENDIDIKAN HASIL PEMBELAJARAN KPI
teknikal dan dan vokasional melalui
PROGRAM (PEO) PROGRAM (PLO)
vokasional yang pelaksanaan program
unggul yang berkualiti.
Berpengetahuan dan PLO1 Pengetahuan / /
70 % responden adalah
berkemahiran dalam PLO2 Kemahiran pratikal / /
PE0 1 berkerja di dalam bidang
disiplin Teknologi
Kimpalan Penyelesaian
PLO3 / /
Masalah
10% reponden terlibat dalam
penulisan laporan
Kemahiran
PLO4 / / teknikal/keselamatan atau
berkomunikasi
terlibat dalam taklimat
Efektif dalam
ringkas menjalankan kerja
komunikasi kerja
PLO5 Bekerja berpasukan / / 5% mempunyai peranan
berpasukan dan
sebagai ketua di dalam mana-
PEO 2 memaparkan ciri
mana kerja kumpulan atau
kepimpinan yang PLO9 Kepimpinan / / menjadi pemimpin dalam
beretika dalam sebuah
komuniti
organisasi
100 % responden tidak
mempunyai laporan salah
PLO6 Etika / /
laku atau tindakan disiplin
dalam pekerjaan
PEO 3 Pembelajaran 20 % responden sedang /
Menunjukkan PLO7 / / telah menyambung pelajaran
sepanjang hayat
kemahiran atau telah menghadiri kursus
keusahawanan dan PLO8 Keusahawanan / / untuk peningkatan
pembelajaran kemahiran kompetensi kerja
sepanjang hayat untuk sekurang-kurangnya sekali
kemajuan kerjaya dalam setahun

6.2 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Di akhir program Diploma Teknologi Kimpalan pelajar akan boleh:

PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO) LEARNING OUTCOMES (LO)

Mengamalkan pengetahuan yang mempunyai hubungan dengan bidang vokasional


1 Pengetahuan
Teknologi Kimpalan

2 Mengaplikasi kemahiran praktikal dan menyelesaikan masalah; Kemahiran Psikomotor/ Teknikal

Kemahiran Penyelesaian Masalah,


3 Mengenalpasti penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif; Pemikiran Kritikal dan Pendekatan
Saintifik
Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawat, dan ahli profesional lain
4 Kemahiran Berkomunikasi
dalam komuniti kejuruteraan / sains sosial serta masyarakat;

Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam kerja berpasukan untuk Kemahiran Sosial/Kerja Berpasukan/
5 melaksanakan pelbagai bidang tugas; kebertanggungjawaban

Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan


6 bertanggungjawab selari dengan kod amalan profesion dalam bidang Teknologi Profesionalisme, Nilai, Sikap dan Etika
Kimpalan;

Mengaplikasi kemahiran pengurusan maklumat dalam pembangunan profesional Pembelajaran Sepanjang Hayat dan
7 berterusan dan melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat; Pengurusan Maklumat
Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman dalam aspek perniagaan bagi
Kemahiran Pengurusan dan
8 meningkatkan kemahiran keusahawanan untuk kemajuan kerjaya dalam bidang
Teknologi Kimpalan; Keusahawanan

9 Mengamalkan ciri-ciri kemahiran kepimpinan yang berkesan. Kemahiran Kepimpinan


6.3

PEO 2
PEO 1

sebuah organisasi
MATRIKS PEO – LO

Teknologi Kimpalan
(PEO)
PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES

Efektif dalam komunikasi kerja berpasukan dan


Berpengetahuan dan berkemahiran dalam disiplin

memaparkan ciri kepimpinan yang beretika dalam


Knowledge

X
LO

Practical Skills and High Technology


2

X
LO

Analytical, Critical Thinking and Scientific Approach


3

X
LO

Communication skills
4

X
LO

Social and Responsibility in Society and


5

X
LO

Technologist Community

Lifelong learning and information management


6

X
LO
PLO DOMAIN MBOT

Technoprenuership and Management Skills


7
LO

Ethics and Professionalism


8
LO

Teamwork and Leadership


9

X
LO
Menunjukkan kemahiran keusahawanan dan
PEO 3 pembelajaran sepanjang hayat untuk kemajuan X X
kerjaya

6.4 MATRIKS PLO – PEO

PROGRAMME EDUCATIONAL
PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO)
OBJECTIVES (PEO)

PEO 1 PEO 2 PEO 3

Mengamalkan pengetahuan yang mempunyai hubungan dengan


PLO 1 X
bidang vokasional Teknologi Kimpalan

PLO 2 Mengaplikasi kemahiran praktikal dan menyelesaikan masalah; X

PLO 3 Mengenalpasti penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif; X

Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawat, dan ahli


PLO 4 profesional lain dalam komuniti kejuruteraan / sains sosial serta X
masyarakat;
Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam kerja
PLO 5 X
berpasukan untuk melaksanakan pelbagai bidang tugas;
Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika
PLO 6 dan bertanggungjawab selari dengan kod amalan profesion dalam X
bidang Teknologi Kimpalan;
Mengaplikasi kemahiran pengurusan maklumat dalam
PLO 7 pembangunan profesional berterusan dan melibatkan diri dalam X
pembelajaran sepanjang hayat;
Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman ciri-ciri keusahawanan
PLO 8 untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan bagi tujuan X
kemajuan kerjaya dalam bidang Teknologi Kimpalan;

PLO 9 Mengamalkan ciri-ciri kemahiran kepimpinan yang berkesan X

Anda mungkin juga menyukai