Anda di halaman 1dari 1

PERANAN APLIKASI WHATSAPP DALAM MENINGKATKAN SEMANGAT KEJIRANAN DALAM PENDUDUK

TAMAN AMALINA SAUJANA, RAUB, PAHANG.

1.0 ABSTRAK
2.0

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji peranan aplikasi WhatsApp dalam meningkatkan semangat
kejiranan dalam penduduk Taman Amalina Saujana. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
peranan aplikasi WhatsApp bagi menyebarkan maklumat dalam kalangan penduduk serta kesan aplikasi
WhatsApp terhadap hubungan kekeluargaan dalam kalangan penduduk Taman Amalina Saujana, Raub,
Pahang. Kajian ini telah dijalankan di Taman Amalina Saujana di daerah Raub negeri Pahang. Kaedah soal
selidik dan rujukan telah digunakan. Seramai 30 orang penduduk taman tersebut telah dipilih sebagai
responden untuk kajian ini. Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan Kualitatif. Hasil
daripada dapatan kajian, pengkaji telah mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi WhatsApp mampu
mengeratkan hubungan silaturahim, memudahkan penyebaran maklumat, memudahkan program atau
aktiviti komuniti dan melahirkan masyarakat yang harmoni. Kajian ini juga dapat menyimpulkan bahawa
penggunaan aplikasi WhatsApp dapat membantu memupuk kejiranan yang harmoni.

Anda mungkin juga menyukai