Anda di halaman 1dari 16

Dr Asri: su haram yoga, fatwa jangan kaku

Disiarkan pada Nov 24, 2008 dalam kategori Berita


Oleh ZIEMAN
KUALA LUMPUR Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini mula menegur Majlis Fatwa Kebangsaan tentang isu
pengharaman yoga yang diumumkan baru-baru ini.
Walaupun pada dasarnya, beliau bersetuju ada unsur agama lain dalam yoga, pergerakan senaman itu menurut
beliau tidak seperti air yang sudah tercemar yang sukar untuk dipisahkan.
"Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saj a tapi berilah alternatif. Banyak lagi amalan-amalan sukan yang
diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando. Semua sukan ini bukan asal usul slam tetapi diamalkan
kerana ianya baik untuk kesihatan, jelas Dr Asri dalam satu temubual telefon sebentar tadi.
Dr Asri difahamkan tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan kerana dikatakan kurang
selesa dengan sikap diskriminasi JAKM kepadanya dan kenyataan Pengarah JAKM yang tidak berapa senang
dengan pandangan alternatif beliau.
Pun begitu, ini tidak menghalang beliau untuk memberi satu lagi pandangan tentang fatwa 'yoga'.
"Pengamal-pengamal yoga yang beragama slam sepatutnya ada alternatif dengan diberikan satu versi amalan
yoga yang terpisah dengan pergerakan yang terlalu jelas menyamai agama lain, bacaan-bacaan yang
bertentangan dengan agama slam dan kepercayaan karut. Versi yoga yang disyorkan ini seharusnya
mengekalkan pergerakan yang baik untuk kesihatan.
"Tanggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan. Kekalkan pergerakan
yoga yang baik untuk kesihatan, jelas Dr Asri.
Kata Dr Asri lagi, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya tidak terlalu kaku.
"Fatwa yang dikeluarkan pada zaman sekarang hendaknya jangan terlalu kaku. Berilah alternatif yang
memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga yang baik untuk kebaikan
kesihatan. Sekiranya ada kelebihan dari segi kesihatan dan ianya memanfaatkan, itu boleh dikekalkan.
"Pergerakan manusia itu tidak semestinya berkaitan dengan agama. Sama seperti amalan judo, misalnya. Apa
yang tidak sesuai, dihapuskan saja dan diambil manfaatnya. Kita kekalkan pergerakan yang meafaatkan badan,
jelas Dr Asri.
Beliau juga berharap Majlis Fatwa memberi ruang untuk umat slam melihat alternatif.
Sabtu lepas, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Pengerusi, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin
mengumumkan Majlis Muzakarah Kebangsaan (yang bersidang pada 22 hingga 24 Oktober di Kota Bharu)
bersetuju memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang
kerana bertentangan dengan slam.
Umat slam negara ini diminta tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur
keagamaan, mentera dan pemujaan.
Tambah beliau, amalan fizikal senaman yoga tanpa unsur-unsur tersebut pada zahirnya tidaklah menjadi
kesalahan.
Namun, beliau menasihati umat slam agar meninggalkan amalan tersebut kerana dikhuatiri akan menghakis
akidah mereka.
"Tiga perkara yang boleh menghakis akidah umat slam adalah kepercayaan di hati, menerusi perkataan dan
perbuatan.
"Memandangkan terdapat elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat slam wajib memelihara akidah
mereka daripada terhakis. Saya nasihatkan mereka tinggalkannya (yoga) dan pilih senaman lain seperti
berbasikal,solat, zikir dan sebagainya, kata beliau pada sidang media hari itu.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh
negara melalui Jabatan Kemajuan slam Malaysia (Jakim).
Jelasnya, pelaksanaan dari dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
"Kuasa perlaksanaan dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa keraj aan negeri. Setelah ia
diwartakan barulah kita boleh tahu apa tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang masih
mengamalkannya, katanya.
Awal bulan lalu pensyarah Fakulti Pengaj ian slam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Zakaria Stapa
menasihati orang slam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh
memesongkan akidah.
Menurut Zakaria, yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan
penyembuhan jiwa.
"Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan Tuhan, katanya.
Yoga adalah amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu
melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.





uLwu UIumu Dun nsLILusI sIum Berkenuun Yogu
Posted 10 February 2009 By pendita
Pandangan Yang Mengharamkan
1. Pandangan Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi
"Dan sesiapa yang mengamalkan senaman yoga - iaitu latihan pergerakan tubuh dan tidak
terlintas di fikirannya unsur penyembahan, tidak juga untuk mengikuti golongan penyembah
berhala, tidak juga menyerupai mereka, maka yang lebih selamat dan lebih berhati-hati ialah
menjauhkan diri daripada menyerupai mereka, lebih-lebih lagi setelah mengetahui bahawa asal-
usul senaman yoga yang mempunyai unsur keberhalaan, sebagai beramal dengan hadith:
"Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan. Malah Islam telah
melarang tegas sebarang penyerupaan dengan penyembah berhala walaupun hanya dari segi rupa
dan bentuk.
Oleh sebab itu Islam telah menegah solat pada waktu terbit matahari dan ketika tenggelamnya,
kerana penyembah matahari menyembah matahari pada kedua-dua waktu ini. Tidak diragukan
lagi bahawa larangan solat pada kedua-dua waktu tersebut ialah sebagai menyekat jalan-jalan
kerosakan walaupun ia tidak terlintas di benak orang yang solat untuk menyembah matahari atau
menghadap ke arahnya dalam solat.

(http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=4627&version=1&template_i
d=258&parent_id=12, dilayari pada 7 April 2008)
2. atwa Majlis Ugama Islam Singapura
"Yoga adalah antara perkara-perkara bidah yang digolongkan ke dalam bidah dhalalah. la
mengandungi unsur-unsur agama Hindu. Segala perkara yang mengandungi unsur-unsur syirik
dan boleh merosakkan kepercayaan (iktikad) seperti yang menganjurkan kepada persemadian
kepada yang bukan mengingati Allah adalah dilarang dan hukumnya haram
(http://www.muis.gov.sg/websites/rservices/opendocall.asp?type=I&sno=266, dilayari pada 7
April 2008).
Pandangan Yang Membenarkan Dengan Syarat
1. atwa Dar al-Ifta' Mesir
"Bahawa pergerakan senaman semata-mata yang bermanfaat bagi tubuh atau sebahagian
anggota badan, tidak salah dan tidak haram, tetapi ini tidak dinamakan yoga. Bahawa apa yang
disandarkan kepada nama ini (yoga) semestinya dikaitkan dengan konsep `guru (mursyid),
konsep cakra (titik-titik pusat) dan konsep `energi (tenaga tertinggi), semuanya ini konsep-
konsep yang berkaitan dengan keberhalaan dan kesyirikan. Adapun hanya pergerakan semata-
mata maka ia tidak dinamakan dengannya (yoga).
Pemaksaan seseorang untuk menamakan pergerakan-pergerakan badan ini sebagai yoga tidak
harus dari segi syara. Ia termasuk dalam bab menamakan sesuatu dengan bukan namanya yang
boleh menatijahkan penghalalan atau pengharaman sesuatu, dan ia telah pun ditegah. Rasulullah
SAW bersabda: Akan ada manusia di kalangan umatku yang meminum arak yang mereka
gelarkan bukan dengan namanya. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Malik al-Asyari
RA. Dalam riwayat al-Darimi daripada Aisyah RAH menyebut: Mereka menamakannya dengan
selain namanya lalu menghalalkannya (arak)
(www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=4194, dilayari pada 7 April 2008. Lihat Lampiran E).
2. atwa Ustaz Mas'ud Sobri (Islamonline)
"Hukum syara bagi melakukan senaman ini boleh disimpulkan seperti berikut: Sesiapa yang
mengamalkan yoga dan mempercayai yoga sebagai satu kepercayaan yang meningkatkan
kerohanian dan diri, menyerupai aqidah agama Hindu, maka mengamalkannya adalah haram.
Sesiapa yang melakukan senaman yoga sebagai satu jenis senaman semata-mata yang tiada
kaitannya dengan aqidah, maka hukumnya ialah harus berasaskan kepada asal yang telah
diletakkan oleh jumhur fuqaha: Bahawa asal setiap sesuatu itu harus sehingga terdapat nas yang
mengharamkan, diiringi pula dengan niat seseorang yang melakukannya, sebagaimana yang
berlaku ke atasnya kebanyakan hukum berdasarkan sabda Rasulullah SAW, Bahawasanya setiap
amalan itu dengan niat, dan setiap orang berdasarkan apa yang diniatkannya.
Sebagaimana Islam mendapati banyak amalan tradisi kemasyarakatan seperti perkahwinan
dengan pelbagai jenis. Lalu Islam membatalkan kesemuanya dan mengekalkan apa yang
dimaklumi oleh ramai hingga ke hari ini, iaitu (kebiasaan) seorang lelaki menuntut anak gadis
daripada bapanya dan lain-lain bentuk tradisi kemasyarakatan dalam perkahwinan yang telah
dikekalkan oleh Islam. Berdasarkan apa yang diterangkan sebelum ini, tidak mungkin dihukumkan
haram ke atas pengamalan yoga, sekiranya yoga itu hanya senaman secara jasmani semata-
mata, yang tiada kaitannya dengan aqidah.
(http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-
Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1137319993300, dilayari pada 13 Oktober 2008)
3. Pandangan atwa Islamweb.net
"Yoga bukanlah hanya senaman badan semata-mata, tetapi ia ialah ibadah yang dihadapkan oleh
pelakunya kepada matahari selain daripada Allah SWT. Ia tersebar ke seluruh India sejak zaman
dahulu.
Nama asal bagi senaman ini dalam bahasa Sanskrit sastanja surya nama sakar, bermaksud
sujud kepada matahari dengan lapan titik di tubuh. Bermula latihan-latihan yoga dengan
kedudukan pertama yang menggambarkan penghormatan kepada yang disembah, iaitu matahari.
Latihan-latihan ini semestinya diiringi dengan lafaz-lafaz yang jelas menyebut tentang
penyembahan matahari dan menghadap ke arahnya.
Dan sekiranya ditanya: Adakah harus beramal dengan latihan-latihan ini tanpa menghadap ke
arah matahari dan melafazkan ucapan-ucapan yang disebutkan mentera?Jawapannya: Bahawa
sekiranya latihan-latihan ini terlepas daripada kalimah-kalimah keberhalaan dan menghadap ke
arah matahari serta tunduk dan hormat kepadanya, ia tidak dinamakan yoga.
Sebaliknya ia adalah senaman mudah yang dilakukan oleh semua bangsa, maka tiada larangan
untuk melakukannya ketika itu, di samping memelihara dua perkara berikut:
1. Menyalahi susunan posisi yang disebutkan dalam yoga serta memasukkan sesetengah posisi yang
baru ke atasnya bagi mengelakkan unsur penyerupaan.
2. Tidak melakukannya pada waktu yang digalakkan oleh agama Hindu melakukannya seperti pada
waktu terbit matahari.
(http://www.islamweb.net/ver2/fatwa/ShowFatwa.php?Option=FatwaIdO=A&Id=1043, dilayari
pada 13 Oktober 2008. Lihat Lampiran G)
eputusan Panel ajian Aqidah (PA) JAIM
Kertas berkenaan yoga telah dibentangkan dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah (PKA) sebanyak
tiga kali oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim dan Urus Setia JAKIM. Kali pertama ia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dibentangkan pada mesyuarat PKA kali ke-31 bertarikh
20 Disember 2005, kali kedua pada mesyuarat PKA kali ke-35 bertarikh 19 Jun 2007 dan kali
ketiga pada mesyuarat PKA kali ke-37 bertarikh 13
hingga 15 Mei 2008.
Kesemua mesyuarat memutuskan bahawa amalan yoga adalah bercanggah dengan Islam dan
secara tidak langsung mempromosikan ajaran Hindu. Mesyuarat PKA kali ke-31 juga antara lain
mengesyorkan supaya senaman lain seperti taichi boleh dijadikan sebagai senaman alternatif
kepada yoga kerana ianya tidak mempunyai falsafah tertentu di sebaliknya.
Berdasarkan penjelasan dan hujah di atas, kesimpulan yang boleh dijadikan asas pertimbangan
dalam menetapkan hukum adalah seperti berikut:
1. Yoga ialah sejenis senaman yang bersumberkan dan berlatarbelakangkan agama dan falsafah
Hindu.
2. Kebanyakan penganjur dan pengajar senaman yoga adalah terdiri dari kalangan bukan Islam yang
tidak mampu membezakan antara senaman semata-mata atau senaman yang dicampuri unsur
ibadat Hindu.
3. Posisi yang dilakukan di dalam senaman yoga, walaupun ianya tidak disertai dengan niat untuk
melakukan ibadat Hindu, namun pergerakan-pergerakan tersebut sekurang-kurangnya
menyerupai ibadat Hindu pada bentuknya.
4. Senaman yang berbentuk pergerakan fizikal semata-mata tidak boleh dikaitkan dengan yoga
kerana yoga mempunyai unsur-unsur keagamaan. Jika ia dikaitkan dengan yoga sudah tentu
senaman tersebut mempunyai falsafah tersendiri yang akhirnya akan merujuk kepada
latarbelakang ia diasaskan iaitu bersumberkan agama Hindu.
5. Senaman yoga tidak boleh dikaitkan sama sekali dengan usaha bagi meningkatkan kerohanian
dalam erti keagamaan seperti mendakwa ia boleh menghubungkan diri manusia dengan tuhan.
Kepercayaan sebegini menyerupai tujuan yoga dalam agama Hindu.
6. Senaman yoga yang mengandungi unsur-unsur falsafah keagamaan bukan Islam adalah dilarang
dan diharamkan beramal dengannya. Manakala senaman yoga yang hanya bersifat posisi tubuh
badan semata-mata perlu dijauhi bagi mengelakkan umat Islam terjebak ke dalam perkara
syubhat serta penyerupaan terhadap ibadat agama lain.

eputusan Muzakarah Jawatankuasa atwa ebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-
83 pada 22 hingga 24 Oktober 2008 bersamaan 22 hingga 24 Syawal 1429H telah mengambil
keputusan seperti berikut:
"Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah
berpandangan bahawa senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum
Masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan
tertentu adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah umat Islam.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk senaman yang
mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat
Islam.





Yogu
Posted 6 February 2009 By pendita
Yoga Masa ini
Kebelakangan ini, senaman yoga telah menjadi satu budaya baru dalam masyarakat di negara ini
bagi membina kesihatan mental dan fizikal. Senaman yoga menurut pengamalnya didakwa boleh
menghilangkan tekanan fikiran dan perasaan di samping menyihatkan dan mencantikkan tubuh
badan.

Bagi tujuan ini banyak pihak tampil ke hadapan untuk mempersembahkan teknik-teknik berserta
faedah senaman yoga. Sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai termasuk umat
Islam menyebabkan perniagaan berasaskan yoga telah menjadi semakin tersebar luas. Iklan
berkenaan yoga memenuhi laman web, kedai buku, artikel-artikel di dalam majalah serta
penubuhan pusat-pusat latihan yang mengendalikan senaman yoga.
Pusat-pusat latihan yoga didapati tumbuh dengan pesat di seluruh negara. Kebanyakan penganjur
dan pengajar senaman yoga terdiri daripada kalangan bukan Islam, namun demikian terdapat
juga segelintir umat Islam turut terlibat dalam pengajaran yoga.

Dalam kepelbagaian teknik yoga yang dipersembahkan kepada orang ramai, ia mempunyai unsur-
unsur penyelewengan aqidah. Contohnya, kaedah yang dibawa oleh Sahaja Yoga Malaysia jelas
boleh membawa kepada syirik dan pluralisme agama. Menurut pengasas yoga ini, iaitu Shri Mataji
Nirmala Devi, Sahaja Yoga mampu menyatukan inti kepada semua agama. Dalam upacara yoga
yang dilaksanakan pula, pelajar diminta supaya menatap gambar wajahnya, serta menyebut
dengan sepenuh hati, "Ibu (gelaran bagi beliau), berikanlah aku kesedaran diri (self-realisation).
Pertubuhan ini dilihat telah berjaya mengembangkan pusat-pusat latihannya hampir ke seluruh
negara.
Sesetengah yoga lain pula, seperti Talltree Yoga mendakwa yoga ialah penyatuan tenaga
tersendiri dengan tenaga yang berada di luar, iaitu tenaga alam sekitar. Ini bermakna yoga ialah
koleksi teknik dan amalan kerohanian bertujuan untuk menyepadukan pemikiran, badan, jiwa,
emosi dan kepercayaan.
lenomena yoga yang dlkaLakan mampu mengambll allh peranan agama bagl menglsl kekosongan
[lwa dan rohanl manusla lnl Lelah melahlrkan keblmbangan kepada umaL beragama Sebagal conLoh
pada Lahun 2004 pemlmpln Cere[a 8oman kaLhollk Lelah memberl amaran kepada penganuL
krlsLlan supaya berhaLlhaLl Lerhadap senaman yoga yang dlkaLakan boleh menglkls amalan lbadaL
menuruL agama krlsLlan 88C news melaporkan kenyaLaan berlkuL
1he 8oman CaLhollc Church has warned ChrlsLlans agalnsL resorLlng Lo new Age Lheraples Lo saLlsfy
Lhelr splrlLual needs ubllshlng Lhe resulLs of a slxyear sLudy of pracLlces such as yoga feng shul
and shamanlsm Lhe vaLlcan sald LhaL whaLever Lhe lndlvldual merlLs of such Lheraples none
provlded a Lrue answer Lo Lhe human LhlrsL for happlness new Age ls a mlsleadlng answer Lo Lhe
oldesL hopes of man Cardlnal aul oupard"
(Rujuk http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/2722743.stm, dilayari pada 7 April 2008)
Pengertian Yoga
Yoga ialah perkataan Sanskrit yang mempunyai banyak makna (Apte, Vaman Shivram (1965). The
Practical Sanskrit Dictionary. Delhi: Motilal Banarsidass Publishers, p.788). Ia berasal daripada
bahasa Sanskrit yuj, bermaksud mengawal, menyambung atau menyatu (Flood, Gavin (1996). An
Introduction to Hinduism. Cambridge: Cambridge University Press, p.94). Yoga dari segi istilah
ialah union; kesatuan; sambungan atau `kuk roh individu dengan roh alam semesta; penyatuan
dengan roh Ilahi (John Ferguson, An Illustrated Encyclopedia of Mysticism, "Atman, New York:
Seabury Press, 1977, p.20).
Sumber Ilmu Yoga
Pengajaran Yoga terdapat dalam kitab suci agama Hindu, iaitu Bhagavad Gita. Nama `Bhagavad
Gita bermaksud `lagu tuhan, dan `Bhagavat merupakan gelaran Krishna. Dalam konteks
Bhagavad Gita, perkataan `yoga memerihalkan satu pandangan bersatu, ketenangan fikiran,
kemahiran bertindak, serta keupayaan untuk mengekalkan penyesuaian dengan kemuliaan Diri
(Atman), dan yang mempunyai intipati yang sama dengan asas Kewujudan (Brahman).
Menurut Bhagavad Gita, tujuan hidup adalah untuk membebaskan fikiran dan intelek daripada
kerumitan masing-masing, dan untuk menumpukan kedua-dua ini kepada kemuliaan diri melalui
penujuan tindakan kepada Tuhan. Tujuan ini dapat dicapai melalui yoga-yoga tafakur, tindakan,
pengabdian, dan pengetahuan. Gita memerihalkan
bahawa Yoga yang terbaik ialah yoga yang sentiasa berfikir dalam-dalam tentang Tuhan. Krishna
meringkaskan yoga dalam lapan belas bab.
Terdapat empat jenis yoga, iaitu Raja Yoga atau Tafakur Psikofizikal , Bhakti Yoga atau
Pengabdian, Karma Yoga atau Tindakan Tanpa Mementingkan Diri dan Jnana Yoga atau
Pengetahuan Mengatasi Diri.
Setiap laluan berbeza, tujuan asas masing-masing adalah sama sahaja, iaitu untuk menyedari
bahawa Brahman (Intipati Ketuhanan) merupakan kebenaran tunggal, badan mempunyai batas
waktu dan Tuhan Yang Maha Agung (Paramatman) adalah tidak terhad.
Tujuan Yoga (nirvana atau moksha) adalah untuk melepaskan diri daripada kitaran penjelmaan
semula melalui kesedaran perpaduan dengan kebenaran muktamad. Terdapat tiga peringkat
dalam kesedaran diri yang diberikan dalam Bhagavad Gita, iaitu; Brahman: tenaga sejagat yang
tidak bersifat peribadi; Paramatma: Tuhan yang berada di pusat setiap hidupan; dan Bhagavan:
Tuhan sebagai satu personaliti, dengan bentuk transendental (Kertas Yoga pada mesyuarat Panel
Kajian Aqidah kali ke-31/2005 & 35/2007 oleh Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim &
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kandungan_Bhagavad_Gita, dilayari pada 7 April 2008).
Yoga Menurut Agama Bukan Islam
Yoga Hindu
Mengikut Yoga Hindu, seseorang itu boleh bersatu dengan Tuhan semasa roh masih berada dalam
badan, iaitu semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini (James McCartney, 1969, Yoga The Key
to Life, New York: E.P. Dutton & Co., Inc., p.2). Selepas seseorang itu mati, rohnya akan hidup
semula ke dalam jasad lain. Keadaan ini berterusan sehingga sampai ke tahap suci yang layak
bersatu dengan Tuhan - Brahma.
Jalan keluar daripada dukkha dan samsara yang berterusan ini ialah melalui belajar cara-cara
mengamalkan Yoga yang betul (John Ferguson, 1977, An Illustrated Encyclopedia of Mysticism,
"samsara, New York: Seabury Press, p.163 & Armstrong, K, A History of God, New York:
Ballantine Books, 1993, p. 32).
Yoga Buddha
Hasil daripada pertapaannya, Gautama Buddha mendapat Kegemilangan Rohaniah (Enlightened).
Hasil daripada terlepas dirinya daripada kenyataan hidup di dunia ini ialah tidak lain daripada
dukkha dan samsara.
Yoga Yahudi
Yahudi yoga menggunakan cara yang sama seperti latihan bernafas, membaca mentera dan
melakukan kedudukan badan yang berbagai-bagai yang disebut Asana demi hendak mencapai
sejenis keadaan kesedaran consciousness (Armstrong, K, . A History of God, New York: Ballantine
Books, 1993, p. 250.).
Yoga ristian
Matlamat Yoga Kristian ialah "Kesatuan Roh dengan Tuhan, bererti yoga sesuai dengan Kristian.
Yoga Kristian mengatakan bahawa seseorang itu bersatu dengan Tuhan selepas mati. Ini berbeza
dengan Yoga Hindu yang mengatakan bahawa manusia boleh bersatu dengan Tuhan semasa roh
masih ada dalam badan, iaitu semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini (James McCartney,
1969, Yoga The Key to Life, New York: E.P. Dutton & Co., Inc., p.2.).
Bersambung.. Jenis-jenis Senaman Yoga

enIs Senumun Yogu
Posted 8 February 2009 By pendita
Perbincangan berkaitan Senaman Yoga ialah Asana Yoga. Enam contoh senaman asana ialah
seperti berikut:-
1. Padmasana
Seorang duduk bersila di atas lantai. Kaki kanan di atas peha kiri dan kaki kiri di atas peha kanan.
Tapak tangan kanan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri. Ibu jari menyentuh
jari telunjuk. Erti Padmasana ialah kedudukan teratai. Di kalangan penganut Hindu, bunga teratai
adalah simbol keheningan, kejernihan dan keyakinan diri. Bunga teratai juga menjadi simbol
kepada anggota kemaluan perempuan (Phelan, N and Volin, Michael, Sex and Yoga, New York:
Bantam Books, 1969, p. 150). Padmasana merupakan imbangan yang sempurna, seperti bunga
teratai terapung di atas air kolam yang tenang.
2. Yoga-Mudra
Yoga-Mudra merupakan simbol sujud seseorang kepada Tuhan. Cara duduknya ialah bersila sama
seperti duduk Padmasana. Tarik nafas dengan mendalam, kemudian hembuskan. Tunduk
perlahan-lahan ke hadapan sehingga dagu dan mulut mencecah lantai. Dua belah lengan angkat
ke atas, kedua belah tangan berpegangan. Kekalkan dalam keadaan begitu seberapa lama yang
boleh tanpa menarik nafas, kemudian tarik nafas dan angkat badan perlahan-lahan sehingga
tegak seperti kedudukan asal serta hembuskan nafas. Yoga-Mudra ini amat jelas melibatkan
perkara agama atau ketuhanan.
3. Matsyasana
Matsyasana ertinya kedudukan ikan. Kaedahnya duduk sama seperti Padmasana juga. Rebahkan
badan ke belakang. Angkat dada ke atas supaya bahagian tengah kepala dapat mencecah lantai.
Tangan kanan memegang kaki kanan dan tangan kiri memegang kaki kiri. Bernafas seperti biasa
tanpa ada rasa paksaan (Alain, Yoga for Perfect health, New York: Pyramid Books, 1970, pp. 85-
89).
4. Padmasana cara Gheranda Saniluta.
Duduk bersila sama seperti Padmasana. Kedua tangan silangkan ke belakang dan pegang jari ibu
kaki yang bersilang itu dengan kuat (jari ibu kaki kanan dengan tangan kanan dan jari ibu kaki kiri
dengan tangan kiri). Tundukkan kepala sehingga sampai ke dagu dan tekankan dagu itu ke dada
serta mata melihat batang hidung (John Ferguson, 1977, An Illustrated Encyclopedia of Mysticism,
"Yoga, New York: Seabury Press, p.213).
5. 'ajraana
Vajraana menyerupai duduk tasyahhud dalam solat Islam, punggung duduk di atas tumit dan peha
di atas labu betis (Alain, Yoga for Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 86).
6. Garudasana
Garuda ialah nama burung khayalan berkepalakan rupa manusia tunggangan Tuhan Vishnu
apabila dia mahu naik ke langit. Vishnu sendiri biasanya digambarkan dengan bunga teratai (Abdu
Fatah, Sumber Ajaran Sesat, Putrajaya: JAKIM).
Cara melakukan Garudasana: Berdiri tegak dengan sebelah kaki kanan memijak kuat di atas
lantai. Kemudian angkat kaki kiri, peha kiri jadi bersilang dengan peha kanan. Belakang betis kiri
dan kaki membelit betis kanan seperti akar membelit pohon. Cara yang sama dilakukan ke atas
lengan, sebelah lengan membelit lengan sebelah lagi. Tapak tangan menyentuh satu sama lain.
Tangan terletak di hadapan muka. Kedudukan kaki dan tangan hendaklah bertukar ganti (Alain,
Yoga for Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 105).
Daripada enam contoh senaman Asana Yoga, terdapat unsur agama Hindu - Buddha, iaitu bunga
teratai, asana sujud dan asana garuda.
Lima jenis senaman yoga yang lain ialah seperti berikut:
1. Hatha Yoga
Ha ertinya matahari dan tha ertinya bulan. Ini memberi pengertian menyatukan matahari dan
bulan melalui jalan pernafasan. Hatha Yoga ini semata-mata mengenai badan fizikal manusia. Ini
bererti Hatha Yoga bermaksud menguasai pemikiran manusia melalui cara pernafasan tertentu.
Menyedut nafas ke paru-paru disebut puraka; menahan nafas dalam paru-paru disebut kumbhaka
dan menghembuskan nafas dari dalam paru-paru disebut rerchaka.
Cara mengamalkannya: Tutup lubang hidung kanan dengan ibu jari kanan; tarik nafas perlahan-
lahan (puruka); ulang beberapa kali; lepaskan ibu jari dan tutup lubang hidung kiri dengan jari
tengah dan jari manis; lakukan sedutan dan hembusan nafas beberapa kali sama seperti yang
dilakukan sebelumnya.
Pranayama tertentu (pernafasan tertentu): Tutup lubang hidung kanan dengan ibu jari kanan;
tarik nafas perlahan-lahan; tutup lubang hidung kiri dengan jari tengah dan jari manis; lakukan
kumbhaka (simpan nafas dalam paru-paru); hembuskan nafas perlahan-lahan; tarik nafas semula;
tutup hidung dengan ibu jari; lakukan kumbhaka; jatuhkan jari; hembus nafas perlahan-lahan.
Amalan ini disebut pranayama Hatha Yoga bertujuan menguasai pernafasan. Ini peringkat
permulaan dan amalan seperti ini boleh diulang beberapa kali sesuka hati. Amalan ini ada
bahayanya kecuali jika dilakukan dengan cara sederhana. Ada aliran lain yang seakan sama
dengan Hatha Yoga, iaitu yang disebut chakra (pusat)(Wood, E.E., Practical Yoga, California,
Wilshire Book Company, 1970. pp. 119-120 & 170).
Hatha Yoga ini bertujuan mendapatkan kesegaran dan kesihatan sebagai sokongan kepada Asana
Yoga yang mempunyai tujuan yang sama. Selepas Hatha Yoga diikuti dengan Karma Yoga
(McCartney, J. Yoga: The Key To Life, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp. 10, 40-41).
2. arma Yoga
Karma Yoga ialah yoga sebab musabab. Karma Yoga melatih hidup tidak mementingkan diri,
berkhidmat untuk umat manusia, kepada masyarakat dan negara di mana seseorang itu berada.
Daripada Karma Yoga seseorang itu mempelajari bagaimanakah cara dia melawan sifat tamak dan
mementingkan diri sendiri. Seseorang itu menuai atau memetik buah daripada pokok yang dia
tanam.
Karma Yoga adalah latihan penyucian diri. Melalui meditasi seseorang itu dapat mengangkatkan
darjat ke darjat tahap tertinggi. Hasil daripada latihan ini hatinya menjadi lembut yang
melayakkannya mengamalkan tahap berikutnya, iaitu Bhakti Yoga (McCartney, J. Yoga: The Key
To Life, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp. 41, 105, 149).
3. Bhakti Yoga
Bhakti Yoga ialah yoga ibadat, atau yoga cinta Ilahi. Melaluinya seseorang itu terbuka akal dan
hati kepada martabat kehidupan tertinggi, mengajarnya beribadat kepada Tuhan. Karma dan
Bhakti Yoga ini disatukan lalu melahirkan tenaga, kemahuan dan kekuatan mental. Dari sinilah
Raja Yoga menarik seseorang itu ke jalan menguasai daya fikiran, melalui proses muhasabah diri
menaikkan darjat ke tahap kuasaan rohaniyah (psychic powers).
Bhakti Yoga ialah yoga devotion (ibadat) atau yoga kecintaan kepada Tuhan dengan menyerahkan
diri dengan sepenuhnya kepada Tuhan, yoga seorang faqir, atau seorang sederhana bersahaja,
dan inilah namanya Bhakti (McCartney, J. Yoga: The Key To Life, New York: E.P/ Dutton & Co.,
Inc. 1969, pp. 41, 149). Bhakti Yoga ialah hubungan pengamal yoga (yogin) dengan Tuhan
melalui cinta, taat dan menyerah diri (Bhakti) (ALAIN, Yoga For Perfect Health, New York:
Pyramid Books, 1970, p.154).
4. Jnana Yoga
Apabila sampai ke tahap ini, seseorang itu sudah layak memeriksa diri dengan minda yang terlatih
dan daya yang tinggi melakukan konsentrasi terhadap apakah hikmat manusia ada di dunia ini,
kesatuan segala-gala (Unity of Allah Things; Wahdat al-Wujud atau Allah ialah segala-gala), serta
lain-lain masalah; meneliti secara umum alam dunia yang kita berada, bagaimanakah evolusi
manusia sehingga boleh sampai ke tahap sekarang dan pola kehidupan manusia mengikut arus
masa mendatang. Kajian seperti ini disebut Jnana Yoga atau Yoga Pengetahuan (McCartney, J.
Yoga: The Key To Life, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp. 41).
5. #aja Yoga
Raja Yoga membawa seseorang kepada Mutlaq (Absolute, Tuhan, God, Allah, Ultimate Reality)
melalui concentration dan meditation. Raja Yoga atau Yoga Diraja, laluan pencapaian. Yoga-yoga
yang lain hanyalah persediaan belaka. Semuanya itu dicantumkan menjadi laluan hingga ke
matlamat pencapaian Yoga Diraja ini.
Raja Yoga ialah kuasa mental, selaras dengan meditasi, jasad mesti ikut fikiran dan bukan
sebaliknya. Raja Yoga membimbing seseorang pengamal yoga sehingga mengalami pencapaian
Samadhi (bersatu) tertinggi, boleh bersatu dengan Mutlaq (Allah) (ALAIN, Yoga For Perfect Health,
New York: Pyramid Books, 1970, p. 131).
aitan Senaman Yoga Dengan Agama Hindu
Kaitan senaman yoga dengan agama Hindu boleh disimpulkan seperti berikut:
1. Padmasana merupakan imbangan yang sempurna seperti bunga teratai terapung di atas air kolam
yang tenang.
2. Bunga teratai dalam agama Hindu adalah simbol keheningan, kejernihan dan keyakinan diri.
Bunga teratai selalunya digambarkan dengan Tuhan Vishnu.
3. Garudasana atau senaman geroda yang merujuk nama burung khayalan yang menjadi
tunggangan Vishnu ketika mahu naik ke langit.
4. Yoga-Mudra simbol sujud seseorang kepada Tuhan. Cara duduknya: Bersila sama seperti seperti
duduk Padmasana, tarik nafas dengan mendalam, kemudian hembuskan. Tunduk perlahan-lahan
ke hadapan sehingga dagu dan mulut mencecah lantai
5. Bhakti Yoga ialah yoga ibadat, atau yoga cinta ilahi. Seseorang itu terbuka akal dan hatinya
kepada martabat kehidupan tertinggi, mengajarnya beribadat kepada Tuhan. Bhakti Yoga ialah
yoga devotion (ibadat) atau yoga kecintaan kepada Tuhan dengan menyerahkan diri dengan
sepenuhnya kepada Tuhan, yoga seorang faqir, atau seorang sederhana bersahaja, dan inilah
namanya Bhakti (McCartney, J. Yoga: The Key To Life, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969,
pp. 41, 149).Bhakti Yoga ialah hubungan yogin dengan Tuhan melalui cinta, taat dan menyerah
diri (Bhakti)(ALAIN, Yoga For Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 154).
6. Apabila sampai ke tahap "Kesatuan segala-gala, pengamal yoga sudah layak memeriksa diri
dengan minda yang terlatih dan daya yang tinggi melakukan konsentrasi terhadap hikmat manusia
ada di dunia ini, kesatuan segala-gala, unity of Allah/ things atau wahdat al-wujud atau Allah ialah
segala-gala (McCartney, J. Yoga: The Key To Life, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp.
41).
7. Jnana Yoga (yoga marifat) bertukar daripada perkara zahir dunia kepada batin yang ada dalam
diri seseorang. Sains nature menjelaskan mengapakah sesuatu benda itu bergerak; Jnana Yoga
mencari rahsia apakah benda yang menggerakkan diri seseorang. Rahsia ini disebut roh. "Kenallah
dirimu, kata-kata yang terpahat di Delphi inilah yang menjadi perhatian Jnana Yoga. Perkara ini
tidak menyentuh persoalan apakah kita tetapi mengenai siapakah kita.
8. Dengan akal sahaja tidak boleh sampai kepada Tuhan. Jnana Yoga melalui penafian segala benda
dan akhirnya sampai kepada "Aku (bererti Tuhan).
9. Ilmu melalui jalan akal hanyalah batu loncatan kepada mengenal Atman, Diri bukannya Maya.
Jnana Yoga (Yoga Marifat) sampai kepada jalan terakhir Maha Esa. Atman, Diri Tuhan itulah
ultimate reality. Dia Maha Esa tidak berbelah bagi ada dalam diri setiap insan. Semua makhluk
semesta alam adalah penyataan Brahman. Kerajaan Alam Semesta dalam dirimu. (ALAIN, Yoga
For Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 126-130)
10. Raja Yoga membawa seseorang kepada Mutlaq (Absolute, Tuhan, God, Allah, Ultimate Reality)
melalui concentration dan meditation.
11. Raja Yoga atau yoga diraja, laluan pencapaian, manakala yogayoga yang lain hanyalah persediaan
belaka. Semuanya itu dicantumkan menjadi titi laluan hingga ke matlamat pencapaian yoga diraja
ini. Raja Yoga ialah kuasa mental, selaras dengan meditasi. Jasad mesti menuruti fikiran dan
bukan sebaliknya. Raja Yoga membimbing seseorang pengamal yoga (yogin) itu kepada
mengalami pencapaian Samadhi (bersatu) tertinggi, boleh bersatu dengan Mutlaq (Allah).
Yoga bukan senaman badan asana semata-mata. Senaman Yoga tidak lengkap tanpa meditasi
yang melibatkan fikiran. Meditasi (tumpuan fikiran semata-mata ke alam rohaniah)
bermatlamatkan bersatu dengan Roh Alam (Tuhan), seperti tersebut di atas. Itulah arah tuju
meditasi.
Siapakah boleh menjamin pengamal Asana Yoga tidak terbawa-bawa kepada falsafahnya yang
bercanggah dengan Islam?
Yoga: Asana Yoga, bukanlah sejenis senaman badan yang simple semata-mata, tetapi secara
langsung atau tidak langsung melibatkan berbagai-bagai fenomena kemasyarakatan yang terdiri
daripada falsafah, sains, seni, agama, politik, ekonomi dan sosial. Perkataan yoga berasal daripada
bahasa Sanskrit, bererti "union atau " bersatu melalui disiplin rohaniah yang diamalkan mengikut
ajaran agama Hindu dan Buddha.
Melalui disiplin inilah seorang pengamal yoga bermujahadah hendak membebaskan fikiran
daripada belenggu kebendaan deria agar dapat mencapai Samadhi - bersatu dengan tuhan
Brahma - lalu menjadi satu ("Yoga The New Websters International Encyclopedia, D.S. MAX
1966). "Brahman (Allah) ialah segala-gala dan Atman (zat maha batin setiap individu) ialah
Brahman; diri alam semesta maha tinggi dengan Tuhan (John Ferguson, An Illustrated
Encyclopedia of Mysticism, "Atman, New York: Seabury Press, 1977, p.20).

Hos NLKO: Ada berapa banyak gerakan dalam yoga?
Mir Hazil : Yoga ada banyak pergerakan. Boleh dikatakan ada ratusan gerakan. Tapi
yang asasnya, yoga yang kita kenal; asanas, dalam yoga maksudnya duduk, maksudnya
postur-postur ataupun cara duduk yang tertib dan sopan. emudian mementingkan
pengaliran energi ataupun tenaga supaya pernafasan jadi elok supaya pengaliran tenaga
kita jadi sempurna. En. Aziz tunjuk tadi juga dikira yoga.
Hos NLKO: Hari ini majlis fatwa kebangsaan akan umumkan keputusan berhubung fatwa hukum
senaman yoga mengikut agama islam. Keputusan akan diumumkan pengerusinya Prof Dato Dr
Abdul Shukor Husin selepas kajian mendalam dilakukan oleh jabatan kemajuan islam jakim dan
khabarnya akan diumukan kira-kira pukul 10 pagi nanti. Kami cuba untuk membawa Dr Shukor
tapi kerana dia yang akan umumkan, jadi dia tidak dapat bersama.
Yoga ni berasal dari perkataan Sanskrit yang berbunyi yuga; yang bermaksud bercantum,
bergabung dan integrasi secara menyeluruh antara jiwa dan fikiran bagi melegakan kesakitan
serta penderitaan. Dapat kita lihat ada bukti-bukti sejarah penemuan batu di lembah Indus sekitar
3 ribu tahun sebelum masihi yang menunjukkan bahawa yoga ini memang wujud dalam
kepercayaan dan amalan orang Hindu dan batu yang dijumpai menyerupai lord Shiva ataupun
tuhan masyarakat Hindu dan parvathi, dewi, sebenarnya ditemui oleh pendeta Hindu yang
bernama Chendekiawan Maharisih. Tapi memang diaplikasikan dalam semua bentuk.
Bukan setakat penganut agama Hindu yang mengamalkan yoga, kita juga. Inilah yang timbulnya
isu yang JAKIM nak buat keputusan samada boleh atau tak.
(klip temubual bersama master Nurulhuda, Sharin, Rohaiza & Jehanshah)
Hos NLKO: Yang pentingnya niat. Yoga sudah lama di Malaysia, teknik yoga bagaimana?
bawa sekali (yoga). Mir Hazil : Pertama mulanya saya kena terus terang juga. Saya
bukan secara main nya adalah yoga. Sebenarnya saya lebih kepada perawatan yang
menjurus kepada sistem tenaga manusia. Yoga merupakan salah satu teknik yang bagus
seperti Tai Chi, Qi Qong ataupun senaman yang lain yang membantu untuk sistem
jasmani. Yoga ini uniknya sebab ada gabungan untuk minda dan rohani atau jiwa. Yoga
ini lebih kurang 3 ribu tahun dulu dituliskan di dalam sutras ataupun kitab-kitab agama
Hindu tentang penemuannya, caranya, tekniknya. Ini berkembang ke seluruh dunia dan
masuk ke Malaysia sudah berpuluh tahun, malah pengamal professional yang
memperkenalkan diri mempraktis yoga ini lebih dari 30, 40 tahun. alau kita bercakap
dari segi ketamadunan, kita di Tanah melayu dari 13 Masihi,
budaya induism atau Buddhism masuk dan
Hos NLKO: Amalan yoga di Malaysia, versi bagaimana. Adakah sama seperti di tempat-tempat lain
atau ada modulnya yang tersendiri.
Mir Hazil : Sebenarnya kalau kita teliti latar belakang di mana letaknya, kerana
informasi ini penting untuk menentukan atau memperjelaskan kepada kita supaya kita
memahami dan ini juga kan membetulkan hala tuju kita dalam mempraktis sesuatu.
Kalau kita cakap tentang yoga ni, ia merupakan salah satu tajuk ataupun cabang yang
dibicarakan di dalam kitab enam di dalam agama Hindu. Ia ada cabang-cabangnya,
dan salah satunya adalah yoga. Ada empat cawangan, yang ada lebih kurang lapan
dahan, Malaysia dan kebanyakan negara-negara yang praktis yoga ini cuma
mengambil satu dari dahan tersebut. Kalau asal usulnya, ada lapan, tapi kita baru
ambil satu yang dinamakan duduk (asana). Asana lebih kepada postur atau
pergerakan.
Hos NLKO: Apa yang dilakukan, apa yang akan diajar kepada mereka yang baru mempelajari
yoga.
Panggilan 1: "Pernah yoga. Sudah tidak amalkan... Solat lima waktu terbaik.
Mir Hazil : Saya lebih kepada sudut falsafahnya (rawatan), sebab itu saya tidak boleh
menjadi wakil kepada semua pengamal yoga. Mungkin pengamal yoga yang tulen itu,
cara posturnya, fahamannya berbeza, mungkin lebih dalam. Tapi saya menghayati
setiap jenis ilmu. Dalam yoga, tidak cukup jika kita sebagai orang Islam hanya ambil
sebahagian. Penting untuk kita tahu keseluruhanya secara.on.eptual atau secara
ideologi dan falsafah hala tuju. Disebabkan hala tuju dalam yoga ini akan pergi kepada
konsep ketuhanan. ita sebagai orang Islam, mungkin kita kena ada sedikit sistem
penapis yang mesti diletak. alau tidak, pada mulanya, hanya pergerakan sahaja,
apabila pergi kepada inti yang lebih dalam, kita takut yang tidak kuat iktikad dan
akidahnya akan terpesong. Umpama sahabat saya berpesan, orang awam, perlu berhati-
hati, sebaiknya harus berilmu bukan sahaja dari segi senaman tapi juga dari segi
konsep, dari segi apa yang disyarah, diceritakan dalam kitab itu. Ada yang bercakap
tentang kebaikan. Itu prinsip bagaimana kita berinteraksi dengan alam, orang dan lain-
lain. Itu semua ada dalam kitab yoga ini. Ia mengacu kepada kebaikan, benda-benda
yang berunsur kepada kesejahteraan , kebaikan dan akhlak juga. Tapi pada peringkat
yang lebih tinggi, namanya 'Samadhi', seperti bersemadi jiwa dan raga, macam bersatu
dengan Tuhan. onsep di sini mungkin sedikit berbeza dengan iktikad dan akidah cara
fahaman yang diajar oleh Islam.
Hos NLKO: Mencari kerehatan, ketenangan. Yoga di dalam kategori apa? Sukan, perubatan?
Mir Hazil : Saya mewakili pengamal perubatan dalam bidang komplementari dan
tradisional di Malaysia. Yoga itu sendiri sebenarnya, mungkin ramai yang tidak tahu,
yoga ini merupakan salah satu terapi yang dikategorikan sebagai wellness effect,
maknanya ia memberikan kesan yang merehatkan. 1adi ia bernaung di bawah jenis-
jenis terapi komplementari dan bernaung di bawah Unit Tradisional dan
Komplementari Malaysia di Kementerian Kesihatan. Divisyen ini sudah dari tahun
1998 telah ditubuhkan. Di Malaysia, kita dalam proses akhir penetapan akta.
InsyaAllah pada tahun hadapan akta-akta tentang rawatan sebegini akan keluar.
Refleksologi, aromaterapi, aura, chakra, akan ada kategori-kategorinya. Yoga,
menariknya, dikategorikan sebagai wellness effect yang akan dikatakan membantu
meransang, menjana mind, body and soul.
Hos NLKO: Konsep?
Mir Hazil : Terapi ini ialah salah satu method yang seorang pengamal itu boleh
kongsikan dengan, katalah pesakit, di mana pesakit boleh mempelajari teknik-teknik
tertentu dan dia dapat praktiskan. Apabila kita bercakap dari segi sudut keilmuan,
contohnya, seorang yang mempunyai masalah stress, menyebabkan tekanan darahnya
meningkat. Tetapi dalam yoga ini diajarkan teknik duduk, bagaimana mengalirkan
tenaga dengan sempurna. Contohnya, pergerakan tangan macam berdoa, membantu
untuk membuka otot dada dan paru-paru supaya dapat berkembang dengan lebih
sempurna, melenturkan organ-organ, otot-otot supaya dapat stret.hing pada tahap
yang sepatutnya. Dalam aktiviti seharian kita mungkin ada otot-otot tertentu yang tidak
dapat berfungsi secara optimum.
Hos NLKO: Apa bezanya yoga dengan sukan-sukan lain dari segi ke berkesanannya?
Mir Hazil : elebihan yang ada dalam yoga ini, ia mencantumkan nilai-nilai estetika,
nilai-nilai bersifat penyatuan jiwa. Yang lain menjurus kepada fizikal (jasmani), ini ada
kelebihan kerana yoga campur untuk ketenangan minda.
Hos NLKO: Bolehkah yoga atas katil?
Mir Hazil : Saya suka menekankan di sini bahawa apa yang telah ada dalam Islam sudah
tentulah jauh lebih hebat. Tambah pula pada solat itu merupakan satu benda yang
bersifat ritual atau amalan kerohanian. Jangan samakan senaman dengan amalan dalam
peribadatan. Cuma untuk mereka yang beragama lain, diturunkan ilmu yang
ada similarity. Boleh dibuat di dalam atau di luar rumah. Yoga ini juga
pentingkan balan.ing.
Hos NLKO: Yoga itu bukan solat. Jangan samakan yoga dan solat.
Panggilan 2: "Yoga sesuai untuk orang-orang tua.patut buat di padang.
Hos NLKO: Persoalannya, berkesankah untuk menguruskan badan?
Mir Hazil : Yoga ini merupakan satu teknik yang telah diterima secara internasional
untuk kesihatan. Senaman itu dapat membantu untuk menyusun semula sistem aliran
tenaga pada tubuh. Tenaga ini macam suis-suis di rumah. alau kita ada satu plug, tapi
ada banyak perkakas elektrik, kabel berserabut, banyak plug nak dicucuk pada satu.
Begitulah yoga, menyusun balik, menyelaraskan. Mungkin yang berumur, ada banyak
yang perlu diselaraskan. Yang muda (pun) , ada juga.
Panggilan 3: "Apa yang dikatakan Dr. tentang yoga adalah betul. Yoga adalah satu amalan
spiritual. Kepada agama kami (Hindu), kerohanian. Yang dikatakan tentang asana memang
disediakan di dalam yoga mencapai kerohanian. Memang setiap agama ada amalan yang
tersendiri. Selepas amal asana ini, kita boleh mengamalkan apapun mengikut kepercayaan
masing-masing. Kalau jasmani telah jadi agama, agama itu tiada makna. Itu kita kena faham.Yoga
itu kesihatan dari segi mental dan fizikal.
Hos NLKO: Memang yoga ada gabungan spiritual dan fizikal. Memang ini adalah untuk agama
Hindu, tapi untuk agama yang lain, kita fokuskan pada ajaran agama sendiri, kita tapiskan. Boleh
Dr. komen lebih lanjut?
Mir Hazil : Apa yang pemanggil cuba memberitahu, kalau dari segi sudut asalan
pengajaran ilmu itu yang bersifat menyeluruh di mana ada tahap-tahap yang akan
pergi ke peringkat yang lebih tinggi iaitu kerohanian. Salah satunya, yang masyarakat
Malaysia, antarabangsa kenal, yang dikatakan asanas`, seni pergerakan, atau seni
duduknya. Pergerakan dan duduk ini memang fokuskan kepada kesihatan jasmani dan
minda. Ini akan ergi kepada pencerahan jiwa, tetapi ia perlu berlaku berperingkat-
peringkat dan apa yang membuat saya tertarik dalam mendalami dan mempelajari
falsafah dalam yoga ini, pengasasnya, tidak menulis dengan spesifik nama dewa dan
Tuhan. Saya mungkin silap sebab saya kurang ilmu dari segi pengamalan agama
Hindu, tapi ia menyebut tentang Tuhan Yang Satu.
Hos NLKO: Boleh Dr. beritahu saya maknanya ada ruang dalam yoga ini yang mungkin kalau silap
boleh menyebabkan kita tersesat.
Mir Hazil : Secara umumnya, ya, ada.
Panggilan 4: Pandangan Ustaz.
$ebenarnya yoga ini satu senaman yang berkait dengan agama sebenarnya sebab ia ada
peringkat-peringkatnya. Cuma, senaman itu peringkat pertamanya untuk mengekang nafsu dan
perasaan. Yang keduanya tertumpu kepada perasaan tenang dan kesemuanya perasaan gembira
hilangkan untuk sampai ke peringkat yang tertinggi yang namanya tak sedar diri. Mereka
bertumpu kepada soal ketuhanan. Dalam Islam, kita diminta boleh untuk bersenam, tapi kita ada
yang namanya solat, gerakan-gerakan. Dalam Islam, sesuatu yang menyentuh tentang akidah
yang walaupun nampak gerakan biasa tapi dihujungnya ada tujuan akhir untuk soal ketuhanan,
Tuhan yang lainnya dari Islam, Allah.
Hos NLKO: Tadi ada dicadangkan, katanya, kalaulah kita perlu sampai ke satu tahap di mana ada
konsep ketuhanan di akhirnya itu, instead of ingat pada Tuhan yang lain tapi kita ingat pada
Tuhan kita, Tuhan agama masing-masing. Kalau macam itu, macam mana?
Usta: . 'Sebenarnya dalam Islam ini kalau kita tumpukan pada Allah Taala. Perkara ini
telah diafar diamalkan di semua tempat banyak orang ambil. Oleh kerana orang belafar tak
semua tahu apa yang kita cerita ini sebab pengamal yoga bukan semua tahu tentang nak
pusatkan kepada Allah Swt. Jadi bimbang ia akan berfangkit fadi untuk fatwa umum, maka
ketidakbolehan itu perlu diberitahu kepada pengamalnya. Kita yang tahu ini, gerakan yang
biasa kalau tidak ada unsure penyembahan, maka gerakan biasa tidak salah. Tapi kalau
tufuan akhir sampai ke situ dan di situ akhir sekali dimasukkan farum-farum cerita tentang
akidah yang tidak betul, maka secara umum memang tak bolehlah.`
Hos NLKO: Berdasarkan pengamatan, apakah keputusan jam 10 nanti akan menyatakan ini tidak
dibolehkan. Apa jangkaan Ustaz?
&staz : $ebenarnya saya merujuk, bertanya kepada Dr. Ahmad $uhaidi, seorang pakar fekah
yang datang ke Malaysia. Dan ditanya beliau ada disiplin ilmunya mengatakan memang tak boleh.
Cuma yang penting sekarang ini bagaimana nak terangkan kepada masyarakat supaya
masyarakat dapat memahami kenapa tak boleh.
Hos NLKO: Cara Ustaz yoga bagaimana?
&staz : $ebenarnya solat juga senaman. Tetapi 15 minit baru jadi senaman. Yang asalahnya kita
semayang 3 minit, itu yang tidak jadi senaman.
Hos NLKO: Itu yoga ekspres. Sebenarnya tidak mengapa. Yang penting sekarang ini kita cuba
mencari satu jawapan dari segi akidah orang Islam. Dan mungkin kalaupun fatwa ini tidak
berpihak kepada orang Islam, dan mungkin penjelasan itu. Kesimpulannya Dr.?
Mir Hazil : Pada saya pokok pangkalnya adalah ilmu. erana ilmu itu akan membantu
kita untuk memahami dan daripada situ akan membentuk kepercayaan. Dan
kepercayaan ini akan mengikat satu sistem yang dinamakan keimanan. Jadi kalau tanpa
ilmu yang jelas, mungkin dia tak faham, dia faham sedikit atau ambil cabang sahaja
nanti akan membawa kepercayaan yang sedikit-sedikit sahaja akhirnya nanti mungkin
membawa kepada kebinasaan kembali. Secara umum, apa juga yang terbaik, perlu
dilandaskan dan pada pandangan, nasihat saya, ilmu itu yang utama, kalau nak dapat
satu benda itu, dihidangkan itu kena galilah. Gali dan cari dulu apa intinya, sudah
faham, jelas iktikad dan akidah baru jalankan. Jangan budaya terikut-ikut.
Hos NLKO: Orang ke yoga dia pun ikut. Walau apapun mudah-mudahan apa yang
disampaikan Dr. tadi akan menjadi renungan kita bersama. Terima kasih banyak Dr. Mir
Hazil Azran Ramli.

PS: Terima kasih untuk Shuada IQBC Sdn Bhd untuk transkrip ini
Isu Yogu: Trunskrlp Sesl Temubuul Mlr Huzll dl Nusl Lemuk Kopl
O TV9
Salam Aura Penyatuan.
Pada 22hb November yang lalu (beberapa jam sebelum FATWA YOGA DIUMUMKAN OLEH JAKIM)
saya telah ditemubual di rancangan Nasi Lemak Kopi O berkenaan ISU YOGA (sila klik sini untuk
part1 & sini untuk part2). Halatujunya adalah mencari & mendengar pendapat umum tentang
fatwa yang nak diumumkan pada hari itu. Saya agak heran juga mengapa penerbit tidak
menjemput mereka-mereka yang arif pasal yoga atau dalam erti kata lain PENGAMAL YOGA atau
JURULATIH YOGA dari pusat-pusat yoga yang ada di KL ni. Namun, saya terima jemputan ini
sebagai suatu ketetapan dariNYA untuk saya berkongsi apa yang mampu dari sudut pandangan &
ilmu yang saya tahu.

Anda mungkin juga menyukai