Anda di halaman 1dari 3

SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA

1. Kelas, Kepala dan Sub Kepala Memasuki Tawaran

1.1 Kontraktor-kontraktor Gred G1 (Bumiputera) yang beralamat di Setiu yang


berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan
mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) serta Sijil Perolehan Kerja
Kerajaan (SPKK) di Negeri Terengganu, di bawah Kategori CE Pengkhususan
CE13 serta yang masih dibenarkan membuat kerja-kerja sebutharga adalah
dipelawa menyertai sebutharga ini.

2. Kedudukan Tapak Kerja

2.1 Tapak kerja ini adalah di LALUAN JALAN PERSEKUTUAN DAERAH SETIU,
TERENGGANU
2.2 Penentuan kedudukan tapak sebenar boleh dibuat melalui tawatan bersama di
antara Pegawai Penjaga Kerja dengan Kontraktor sebelum memulakan kerja.

3. Taklimat Kerja/ Lawatan Ke Tapak Kerja

3.1 Kontraktor adalah dikehendaki menghadiri taklimat/lawatan tapak mengenai kerja-


kerja yang ditawarkan, yang akan disampaikan oleh Pegawai Penjaga Kerja dari JKR
Setiu secara atas talian.
3.2 Kontraktor adalah dinasihatkan melawat tapak bina untuk meneliti secara terperinci
mengenai kerja-kerja dalam sebutharga ini. Segala perbelanjaan untuk lawatan
tapak adalah di atas tanggungan Kontraktor sendiri.
3.3 Kontraktor adalah dibenarkan membuat pertanyaan pada waktu-waktu pajabat
sekiranya tidak memahami tataatur kerja dan pelan tawaran sebelum sebutharga
ditutup.
3.4 Kontraktor yang menghadiri taklimat sahaja akan dibenarkan untuk memasuki
tawaran ini.

4. Skop Kerja

4.1 Kerja permulaan termasuk menyediakan Polisi Semua Risko Kontraktor , PERKESO,
Laporan Status Kemajuan Kerja Bergambar, Papan Tanda Kawalan Lalu Lintas dan
mockup Kilometer Post.
4.2 Kerja-kerja Menyelenggara Papan Tanda Tunjuk Arah.

5. Papan Tanda Sementara

5.1 Kontraktor adalah diingatkan bahawa kawasan kerja akan terganggu dengan
kenderaan yang menggunakan jalan raya. Kerja-kerja hendaklah dijalankan dengan
memberikan gangguan yang paling minima.
5.2 Semasa kerja, pihak kontraktor dikehendaki mengawal perjalanan lalulintas dengan
baik dan penutupan jalan hanya dibenarkan separuh jalan sahaja serta se minima
yang mungkin.
5.3 Papan tanda sementara amaran kerja yang secukupnya sepertimana dalam ringkasan
sebutharga untuk keperluan siang dan malam hendaklah disediakan sepanjang kerja
binaan dijalankan. Papan tanda yang disediakan mestilah jenis HIP.
5.4 Kontraktor juga dikehendaki mengadakan pengawal bendera sepenuh masa
sewaktu kerja dijalankan jika diperlukan atau atas arahan pegawal penjaga kerja tanpa
sebarang tuntutan bayaran tambahan.

1
5.5 Sebarang kemalangan yang berlaku akibat kecuaian kontraktor tidak mematuhi
aturan, adalah di bawah tanggungjawab kontraktor sendiri.

6. Pengurusan Kerja - Kerja Sebutharga

6.1 Kontraktor adalah bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja sebutharga ini pada


setiap masa dan perlu berada di tapak semasa karja-kerja dijalankan.
6.2 Kontraktor tidak dibenarkan mengsubsewakan kerja kepada kontraktor lain. Sekiranya
sebahagian kerja diserahkan kepada pekerja binaan, kontraktor hendaklah juga
bertanggungjawab sepenuhnya pengurusan kerja tersebut pada setiap masa.

7. Peraturan Melaksanakan Kerja

7.1 Kerja-kerja yang akan dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi kerja, pelan-
pelan, ringkasan sebutharga/tawaran dan arahan pegawai penjaga kerja.
7.2 Spesifikasi kerja adalah menjadi sebahagian daripada sebutharga dan menjadi
panduan yang mesti diikuti semasa pekerjaan ini dijalankan.
7.3 Kuantiti yang dinyatakan adalah anggaran sementara sahaja mengikut ukuran yang
telah dibuat sebelum tawaran ini dipanggil. Sebarang kelebihan atau kekurangan dari
kuantiti asal akan dibayar mengikut kuantiti kerja yang dibuat berpandukan harga
seunit yang dimasuk harga.

8. Tempoh Kecacatan

8.1 Tempoh kecacatan sebutharga ini adalah enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan
siap. Dalam masa enam (6) bulan pihak JKR akan mengeluarkan senarai kecacatan
jika ada, kontraktor hendaklah membaiki segera atau diberi tempoh satu (1) bulan dari
tarikh tamat tempoh cacat.

9. Menanggung Rugi Kerajaan Mengenai Kecederaan Diri Dan Kerosakan Kepada


Harta

9.1 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab atas, dan hendaklah menanggung rugi


Kerajaan terhadap, apa-apa jua kerosakan, perbelanjaan, liabiliti, kerugian, tuntutan
atau prosiding samada yang berbangkit di sisi common law atau menurut status
berkenaan dengan kecederaan diri atau kematian mana-mana orang yang berbangkit
dari atau dalam masa atau disebabkan oleh perlaksanaan kerja ini.
9.2 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab atas, dan hendaklah menanggung rugi
Kerajaan terhadap apa apa jua kerosakan, perbelanjaan, liabiliti, kerugian, tuntutan
atau prosiding disebabkan oleh apa-apa jua jenis bencana atau kerosakan kepada
harta benda atau harta diri (termasuklah kerja dan apa-apa harta Kerajaan yang lain)
setakat mana bencana atau kerosakan itu berbangkit dari atau dalam masa atau
disebabkan oleh apa-apa kecuaian, peninggalan, pecah kontrak atau kermungkiran
oleh mana mana orang Kontraktor itu bertanggungjawab terhadapnya termasuk
pengkhidmat atau ejen Kontraktor atau oleh mana-mana subkontraktor, sama ada
yang dinamakan atau selainnya, dan pengkhidmat atau ejennya.
9.3 Ganti rugi yang diberi oleh kontraktor di bawah subfasal (a) dan (b) Syarat-syarat ini
tidak boleh dikecewakan atau dikurangkan oleh sebab apa-apa kecuaian atau
peninggalan di pihak Kerajaan atau Wakil P.P. yang gagal menyelia atau mengawal
kerja kontraktor di tapak bina atau cara-cara mengerjakan atau kerja sementara, atau

2
mengesan atau mencegah atau membaiki kerja yang cacal atau mempastikan
perlaksanaan yang wajar akan apa-apa obligasi lain di pihak Kontraktor di bawah
kontraktor ini.

10. Penerimaan Kerja Siap

10.1 Pegawai Penguasa berhak menolak hasil kerja atau mengurangkan nilai harga kerja
ke atas kerja-kerja yang tidak disempurnakan dengan baik atau tidak mengikut
spesifikasi kerja.

11. Gambar Kerja Sebutharga

11.1 Menyediakan perkhidmatan mengambil gambar-gambar sebelum, semasa dan


selepas kerja-kerja dijalankan, dalam bentuk 3 set hard copy A4 dan 2 set soft copy.
11.2 1 Set gambar terdiri daripada 36 keping gambar 3R yang akan menjadi milik
kerajaan. (Gambar-gambar perlu disertakan tarikh)

12. Membersih Kawasan Tapak Selepas Siap

12.1 Kontraktor dikehendaki membersih kawasan binaan dari segala lebihan bahan dan
kotoran keluar dari tapak kerja ke satu tempat pelupusan atau tempat yang sesuai
dengan persetujuan Pegawai Penjaga Kerja.

13. Harga Inginan Jabatan

13.1 Harga Inginan Jabatan bagi sebutharga ini adalah Ringgit Malaysia :
SATU RATUS SEMBILAN PULUH SEMBILAN RIBU LAPAN RATUS
SAHAJA (RM 199,800.00)
13.2 Harga Inginan Jabatan ini merupakan suatu anggaran sahaja dan amaun \
tersebut tidak mengikat Kerajaan atau mana-mana pihak lain juga bagi
maksud mengelakkan kekeliruan yang mungkin berbangkit.
13.3 Pihak Kerajaan tidak menjamin bahawa syarikat akan dipilih atau boleh
menyiapkan kerja dengan bersandarkan Harga Inginan Jabatan.
13.4 Petender yang menawarkan harga melebihi Harga Inginan Jabatan tidak
akan dinilai.

Anda mungkin juga menyukai