Anda di halaman 1dari 1

Teks Syarahan Junior 2022

Ingatkah kalian kes seorang remaja terjun dari tingkat 3 di Sarawak? Menurut Ketua polis
daerah Padawan Sarawak, remaja itu tertekan kerana bapanya jarang pulang ke rumah
selepas berkahwin di Singapura.

Sekalung apresiasi buat peneraju acara, kombinasi kehakiman berintegriti, penjaga


masa yang setia, guru-guru dan hadirin sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. “Remaja
Ketandusan Kasih Sayang : Salah siapa?” Demikianlah mauduk syarahan saya rungkaikan.

Hadirin sekalian,

Sebelum bibir rancak berbicara, remaja ialah individu yang akil baligh, ketandusan
pula ditakrifkan keadaan yang kehabisan. Frasa kasih sayang pula ialah perasaan cinta.

Sandaran kesalahan utama, kesibukan ibu bapa mengejar kemewahan duniawi. Ibu
bapa sememangnya berkewajipan memenuhi keperluan hidup keluarga namun sikap
mementingkan kemewahan duniawi perlu dikikis kerana ibu bapa berobligasi mencurahkan
kasih sayang kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.

Lontaran idea kedua, kegagalan remaja menyesuaikan diri mendepani perubahan


semasa. Dr. Hazli Zakaria, pensyarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM) menjelaskan 39 peratus kes bunuh diri berlaku kerana anak-anak ingin menarik
perhatian ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa wajar mendengar rintihan anak-anak.

Cetusan idea terakhir, kealpaan dalam menerapkan nilai-nilai agama dan moral.
Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah mengatakan bahawa agama merupakan benteng ampuh agar
anak-anak tidak hanyut dalam menempuh arus modenisasi. Tuntasnya, semua pihak
hendaklah membuka minda remaja dengan agama yang sememangnya penyuluh kehidupan
remaja.

Para hadirin,

Anak-anak merupakan anugerah Tuhan manakala ibu bapa merupakan adiwira anak-
anak. Wahai ibu bapa, contohilah sifat Luqman al-Hakim yang berjaya mendidik anak-
anaknya berlandaskan agama. Semaikanlah perasaan kasih sayang dalam keluarga sebelum
padi di tangan menjadi lalang.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai